Showing posts with label taman hati. Show all posts
Showing posts with label taman hati. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

Ingatan Terhadapnya....

Ingatan Terhadapnya Tiba-Tiba Menggamit Hati Ini Semula.

Mengapa?

Kerna Aku Juga Pernah Menjadi Anak Didiknya.

Pernah Dijatuhkannya Air Mata Kami Pelajarnya Dengan Kisahnya Yang Begitu Meruntun Jiwa.

Subhanallah,Dialah Guru Yang Membuatkan Diri Ini Begitu Mengaguminya.Diamnya Penuh Rahsia.

Sudilah Kiranya Membaca Dan Merenungi Seuntai Kata  Ini Sebagai Ingatan Kita Juga..Bersama.

Warkah Daripada Seorang Bapa Buat Anak-Anaknya..

Bagai Mengerti Ajal Bakal Menjemputnya..

Warkah Yang Dititipkannya 4 Tahun Yang Lalu Dan Beliau Telah Pergi Tidak Sampai Setahun Selepas Itu..

3 Tahun Lebih Sudah Arwah Kembali Kepada Illahi,Moga Beliau Tenang Dan Bahagia Disamping-Nya....

Anak-anak ayah
Dengar betul-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah


Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati


Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat


Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya


Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali


Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah


Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua


Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan


Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana


Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah


Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa


Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah


Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah


Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi


Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata


Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman


Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan


Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan


Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita


Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali


Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri


p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..


http://azamanakfelda.blogspot.com

Friday, 9 August 2013

Muhammad Haziq.

Nak cerita pasal budak nie kejap cos tengah menantikan kehadirannya..pertemuan semula selepas dua tahun lebih berlalu..huhu..

Yup!Dah dua tahun lebih tak jumpa budak nie..Rindu?? Huhuhu..Mestilah rindu sampai tak leh nak cakap tahap apa punya rindu nie :) Muhammad Haziq..Sedapnya nama dia.Inilah our baby :) hehehe..

Sbenarnya Haziq nie anak ustazah sekolah rendah.Mak yang mengasuh dia.Mula-mula janji nak jaga untuk dua tiga hari jer,last-last..Sampai 6 bulan,sampailah setahun.. Mula-mula ingatkan 6 bulan jer sebab umi dia ingat permohonan pertukaran sekolahnya diluluskan PPD.

Itu yang dari 6 bulan jadi setahun.. Dari mula sicomel nie datang kerumah kami..'Sombong' skit orangnya,hehe :) Biasalah budak-budak..Masa tu dekat sapa-sapa pun dia tak nak kecuali Mak.Kalau tak silap CN masa tu umur dia baru 6 bulan. Kesian umi dia cos sicomel Haziq nie selalu menangis setiap kali umi nak pergi sekolah,lagipun abi dia tak da.Abi sicomel Haziq nie pun seorang ustaz tapi mengajar disekolah MRSM.Faham-fahamlah tugas seorang gurukan? Dimana tempat dia diletakkan,disitulah dia akan pergi mengajar.Jadi seminggu sekali sajalah abi balik jumpa umi dan sicomel Haziq. Okeylah..Sambung cerita pasal sicomel Haziq nie.Dpd dulu suka sgt tengok dia,sejuk mata memandang.

Sunday, 26 May 2013

2 minggu.

cuti..........

Heheh..cuti sekolah datang balik.

2 minggu tu..

macam2 perancangan...

Ikutkan hati,benda y paling nak buat..

Ialah...:

WorlD-Tennisball-3D

 

 

 

Yeah!! keliling dunia.huhu..

Subhanallah..alangkah indahnya jika seumur hidup ini aku berpeluang untuk menjelajah muka bumi MU ini Ya Allah..paling tidak pun..aku mampu menjejakkan kaki ini ke bumi Anbiya' MU..

InsyaAllah..ada rezeki,diberi peluang untuk terus menghirup nafas lagi..aku akan sampai kesana..Amin...

Balik semula kepada topik cuti sekolah tadi..

Sebenarnya Cek nak bgitau y Cek akan pergi kesesuatu tempat..maybe sebulan..tambah lagi dua minggu lepas cuti sekolah.

Perjalanan y agak jauh n meletihkan..

Sebuah pendalaman.. 8)

x pasti ada line ke x kat sana,dpat perkhabaran dpd mereka xdak katanya..telefon tu mungkin ada.

ermm..

So..bila dah tak line internet tu..

Maknanya...

Mulai hari nie dan hari-hari y akan mendtag..blog Cek nie xkan ada kisah terbaru mengenai Ariff n Nur.Sorry u olls ;-

Harap2,Cek dapat balik semula lebih awal dpad y drancang..

Belum apa-apa..dah rasa rindu..hua.

dalam masa y sama pulak..excited nak pi...huhu

page

 

 

Tempat y cukup menenangkan tp bukan ler kat tmpat dlam gambar kat atas tu..cuma hiasan..

duk berangan sendiri kot2la ada salah satunya yang ala2 tempat y nak pergi nie..hehe..y pasti..nak rehat sepuas2nya..

jauh dpada semua kekusutan,tekanan dan y seumpama dgannya..insyaAllah

 

 

 

 

Nak rehat sepuas2nya.. :P

RosesHQ15ss

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun cek tahu....

I-Miss-you-97

 

 

 

 

 

 

 

 

So..ini jerlah yang Cek nak maklumkan..

Jgan ada y t'cari2 pulak..

ta...babai...Assalamualaikum... :)

Monday, 11 March 2013

Aku cinta...dia!

Assalamualaikum semua...


Sempatlah buat satu cerpen pendek nie selepas beberapa hari sibuk+stress+penat menyiapkan beberapa bab tesis..=release tension


tajuk tu pun main celum2 jer..entah kena ke x dgan cerita xtau la..


apapun,layan jer la k.. ;0 


kalu bnyak y kureng..sory :)


->->->->->->->->->->->->->->-><-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<



 “Dhea!!”


Dhea Ameera tersentak,bertambah dia terkejut melihat kearah lelaki yang sedang berlari anak mendapatkannya itu.


Khalish Firman?? Apa dia buat kat sini?? Macammana pulak dia boleh ada kat sini??


Sebelum lelaki yang memanggilnya tadi menghampirinya,Dhea Ameera terlebih membuka langkahnya.Laju meninggalkan Khalish Firman yang terpinga-pinga dengan tingkahnya itu.


.......................................


Tuesday, 19 February 2013

Semester...akhir..

INSYAALLAH..JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DAH PUN KELUAR,INSYAALLAH..INI JUGA JADUAL PEPERIKSAAN TERAKHIR AKU DI BUMI......................INI.




  1. 23/03/13              (SABTU)             9.00-12.00           HIFZ 3(LISAN)

  2. 24/03/13              (AHAD)               9.00-12.00          HIFZ 2(LISAN)

  3. 25/03/13              (ISNIN)               9.00-11.30           ENG 4 SPECIFIC

  4. 02/04/13              (SELASA)           9.00-11.00           M. MUASIRAH

  5. 02/04/13              (SELASA)           3.00- 5.00            HIFZ 3(TAHRIRI)

  6. 03/04/13              (RABU)                9.00-11.00           F.MUQORAN 2

  7. 03/04/13              (RABU)                 3.00-5.00             F.MUQORAN 3

  8. 09/04/13              (SELASA)            9.00-11.00           USUL DA’WAH

  9. 11/04/13              (KHAMIS)            9.00-11.00         SIYASAH SHARI’YYAH

  10. 11/04/13              (KHAMIS)            3.00-5.00            HIFZ 2(TAHRIRI)

Sunday, 3 February 2013

2012 in review---hehehe,saja click..so,inilah yang keluar ;)

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.



Here's an excerpt:



600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 9,800 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 16 years to get that many views.


Click here to see the complete report.

Salahkah aku...Mencintaimu??? (10)

Renungan bersama...;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

 

Bahagian ; 10

->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->

Nur Imani melabuhkan punggungnya diatas kerusi ditaman mini ditepi banglo milik suaminya ini,selepas menyiapkan menu untuk makan tengah harinya dia terus keluar dihalaman rumah sambil berehat,tidak bercadang untuk menjamah masakannya lagi.

Monday, 1 October 2012

My Mother..

Selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi...mak.
selamat hari....jadi.:)



Semoga mak akan diberikan nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin harian seperti selalu,
dimurahkan rezeki,dilindungi ALLAH sentiasa walau dimana pun berada..
hari nie..genaplah umur mak 40 tahun..
20 tahun lepas,Cek dilahirkan didunia..
maksudnya??
maksudnya...masa umur mak 20 tahun..mak dah ada seorang anak,
Cek pulak?
masih belajar..hehehe..

Luv you my dear..

Wednesday, 19 September 2012

Kemanakah arah tujuku...selepas ini...?

Assalamualaikum.. :)
Sekadar ingin berkongsi cerita..
Pergi kolej hari nie,kawan2 dah start berbual tentang arah tuju selepas habis belajar..Almaklumlah,semalam ada diantara mereka yang menghantar pelajar kolej ke Jordan,itu pasallah semangat nak ikut jejak langkah senior2 tu makin memuncak agaknya.. ;)

Tuesday, 11 September 2012

Cepatnya masa berlalu...

Ingatkan Cek seorang jer yang rasa masa nie cepat benar berlalu,rupa-rupanya kawan2 yang lain pun rasa benda yang sama.. tik tok,tik tok,tik tok...Waktu akan terus berjalan sehingga ia akan berhenti pada akhirnya disaat Allah menghendakinya!
hermm..dunia,di akhir zaman..beginilah keadannya..Setahun bagaikan sebulan,sebulan bagaikan seminggu,seminggu bagaikan sehari,sehari bagaikan sejam,sejam bagaikan seminit,seminit bagaikan sesaat,sesaat??? ............!

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan hanya DIA yang tahu akan apa yang terbaik buat kita,yakni hamba2nya..

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan kareem + kuliah

Tinggal dua hari saja lagi bulan syaaban akan melangkah pergi...
Ramadhan pula akan berkunjung semula selepas setahun menghilangkan diri..
ahlan wasahlan ya Ramadhan,salam perpisahan buat syaaban..
Semoga dapat aku lalui mu penuh keberkatan..
....

Friday, 13 July 2012

dimanakah??,...

Kering idea nak sambung cerita AF dan NI..macammana nie?.....

blurr sekejap..0

Wednesday, 11 July 2012

Moga Allah mempermudahkan segala urusan mak..Amin..

Dup dap,dup dap rasa kat hati nie,tak tahu macammana nak cakap.

Baru-baru nie mak Cek Nursalisa ada buat pemeriksaan kesihatan di PPLKN.Kalau tak silap mak buat ujian PAP SMEAR,baru semalam dapat tahu keputusan.Antara ketiga-tiga orang yang pergi (kawan-kawan mak),cuma mak yang sangkut..Jadi,esok mak kena ke PPLKN,tak tahu nak buat apa.Mungkin juga buat pemeriksaan sekali lagi..

Monday, 2 July 2012

Renungan bersama...

Kata sahabat Cek Nursalisa:

"Sebagai seorang pelajar,aku menuntut ilmu agama nie bukan sebab nak cari kerja sbagai ustazah atau pensyarah atau sbagai pgawai agama apatah lagi sebagai pguam,aku juga tak bercita-cita ingin menjadi yang utama.

Aku cuma mencari bekal untuk mendidik anak-anak2 dan menjadikan diri seorang zaujah yg solehah buat seorang lelaki bernama suami.
Hakikatnya setinggi mana atau segah mana pun kerjaya aku nanti tapi jika pelayaran hidupku sudah mempunyai nokhoda,dan dia meminta aku untuk meninggalkan semua yg aku miliki ketika itu maka akan jadilah aku seorang wanita biasa yg tak punya apa2,sama seperti mereka.

Monday, 25 June 2012

Semester 5..

Alhamdulillah,Cek Nursalisa selesai dah membuat pendaftaran subjek untuk sem 5.

Alhamdulillah,keputusan f.exam sem khas dua minggu y lepas juga agak baik walaupun pointer jatuh..Sikit jer..x banyak.

Sem ni 21 jam kredit untuk 12 subjek y d ambil.Moga Allah mempermudahkan segala urusan sepanjang 6 bulan y mendatang ini..Amin..Image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berjihad di Jalan Allah!!

Allahhuakbar!!

Sunday, 17 June 2012

16 Jun 2012...

Semalam sehari suntuk Cek Nursalisa dengan mak dan dua orang lagi adik Cek Nursalisa turut serta dalam program yang diadakan oleh rukun tetangga di kawasan taman perumahan kami.
Letih..Tapi puas..
Penat..Tapi seronok..
Puas sebab Cek Nursalisa pun dapat join dua tiga pertandingan.Walaupun kalah tapi stay mendapat kepuasan :)

Tuesday, 12 June 2012

Pengalaman..

Cek Nursalisa nak kongsi 1 story nie dengan kalian.Cerita benar dan telah pun berlaku dalam kehidupan Cek Nursalisa.

Kisah tentang seorang anak yang baru kehilangan ibunya.