Wednesday, 19 September 2012

Kemanakah arah tujuku...selepas ini...?

Assalamualaikum.. :)
Sekadar ingin berkongsi cerita..
Pergi kolej hari nie,kawan2 dah start berbual tentang arah tuju selepas habis belajar..Almaklumlah,semalam ada diantara mereka yang menghantar pelajar kolej ke Jordan,itu pasallah semangat nak ikut jejak langkah senior2 tu makin memuncak agaknya.. ;)


seorang akak tu nak pegi Melbourne,nak ambik islamic study kat sana.Wow! Mesti best..katanya lagi,kos hidup kat sana lebih murah berbanding di Jordan,hmm..betullah tu,cos dengar cerita dari kawan2,kalau nak ke Jordan sekurang2nya kena ada 20 ribu..huh..banyak tu..mana nak cari? Pinjam PT? Agak2nya lepas tu bila boleh selesai semua utang2 tu? pinjaman yang sekarang nie pun dah 21 ribu..ha??
Termenung Cek seketika..
Ada pulak yang kata nak pi Indon..
Indon??
Rasanya kalau diberi pilihan pun,Cek tak nak kesana.
Kenapa?
Cek rasa daripada belajar di Indon,lebih baik Cek belajar dalam Malaysia jer.Hmm...tapi tak tahulah pula apa yang akan terjadi di masa depan kan? Kot-kot Allah tiba-tiba takdirkan Cek terbuka hati untuk belajar disana ke? Cek redha juga..
Balik pada cerita tadi,ada juga mereka tanya tentang perancangan Cek jugak tapi Cek tak bagi keputusan yang pasti lagi.Rasa dihati ingin ke Syria ataupun ke Mesir ataupun ke Mekah sebabnya memang dari mula Cek teringin nak belajar kesana.Merantau dibumi anbiya' pastinya sesuatu yang menyeronokkan.InsyaAllah..
Sebenarnya dalam hati,nak belajar hidup berdikari,jauh daripada famili...inilah salah satu sebabnya,huhuhu..
Yalah,tengok kawan2 yang lain,boleh dikatakan semuanya dah hidup berdikari,merantau kat tempat orang..Cek pulak? Masih dengan famili sampai la..
Bukanlah saja nak tinggalkan mereka,tapi dah tiba masanya untuk Cek bina hidup Cek sendiri.Biar padan muka Cek nanti,rindukan famili sampai menangis2.
Dulu tu,bukannya tak boleh buat pilihan,tapi hati masih terluka,tengah sedih lagi..so terima sajalah apa keputusan sebab yakin terbaik buat diri.Alhamdulillah sehingga sekarang terasa bersyukur dengan apa yang dikurnia,luka lama juga sedang terubat sikit demi sedikit...
tinggal tak sampai setahun saja lagi Cek akan berada disini,tak tahu apa akan terjadi dimasa depan..
so,dah terlanjur bercerita nie..na kongsilah sikit pengalaman dapat mimpi yang membuatkan Cek kadang-kadang termenung sendiri memikir tafsirannya..
mimpi apa?
mimpi....Cek kahwin khitbah..!
hahaha...rasa nak gelak pula bila memikirkannya tapi kadang-kadang seriau pun ada.
serius! Masa terjaga hari tu,mata nie terus melilau dalam bilik..takut2 betul apa yang dimimpikan tadi(takut tiba-tiba tercegul muka encik suami ke?? Ha! Sudah??Mahu pengsan Cek masa tu! Huhuhu)..bila dah sedar yang semua tu sekadar mainan tidur,terus Cek berselawat sambil menyapu muka.
Agak2 membimbangkan..
Perancangan Cek sebenarnya nak habiskan study dulu,sekurang-kurangnya ada segenggam ijazah dalam tangan sebelum memikirkan kehidupan kearah itu,tapi...kalau dah jodoh?
Redha sajalah dengan takdir Allah yang bakal diberikan nanti..
Hmm,apa pun..Cek nak sangat habiskan study dulu sebelum menempuh sesuatu yang lebih mencabar daripada apa yang sedang Cek lalui sekarang.
InsyaAllah..
Jordan..Syria..Mesir..Mekah..Jordan..Syria..Mesir..Mekah..Atau mungkin Malaysia saja?
Masih ada lebih kurang 7-8 bulan untuk memikirkan destinasinya.Moga Allah memberikan pilihan yang tepat ketika takdir nanti telah kupilih.Amin..

No comments:

Post a Comment