
Takdir itu milik Allah,
Cinta itu juga milik Allah,
kerana itu takdir telah menyatukan diriku dan dirinya,
ikatan yang membuatkan aku dan dia tersimpul satu,
ikatan yang menjadikan titik permulaan kehidupan baru kami,
Yang penting,
terjalinnya ikatan ini kerana redha kedua-dua buah keluarga yang bersilaturrahim,
Dan..
disebabkan takdir itu aku juga redha untuk menerima ikatan ini atas dasar keikhlasan,
meskipun..
pada awalnya...
aku juga sama seperti mu..
terpaksa mengambil dan menerima,
walaupun bagimu,
caraku telah memerangkapkan dikau..
namun,
pilihan apa yang aku ada bila keaiban keluarga menjadi galang ganti?
pilihan apa yang aku ada bila kesalahan itu datangnya dari pihak kami?
Aku tidak sanggup jika dihari muka,keluarga terus menjadi cemuhan atas kesilapan seorang insan!
Aku tidak sanggup,persahabatan yang terjalin sekian lama tiba-tiba bermusuhan!
Aku tidak sanggup..melihat kesusahan yang sedang ditanggung semua..
Aku tidak berdaya..sayang..
aku tidak berdaya untuk melihat kesedihan,kelukaan dihati mereka
dihati kedua insan yang kukasihi..
Aku cuma seorang anak yang mengasihi kedua-dua orang tuaku.
Kerana itu aku menerima mu..
tapi..
aku tidak pernah menyangka..
perasaan yang selama ini hanya atas dasar persaudaraan,
tiba-tiba membenihkan rasa cinta terhadapmu..
Cinta seorang isteri terhadap suaminya,
cinta seorang wanita kepada kekasihnya.
Akulah isteri itu dan aku jugalah wanita itu.
Engkau pula adalah suami itu dan engkau jualah kekasih itu,
Engkaulah suami dan kekasih yang telah dihalalkan perasaan itu untukku.
Siapa aku untuk menolaknya kerana ia adalah anugerahNya?
Milik Allah yang dihadiahkan kepada setiap insan sepertiku? Sepertimu?
Untuk kita semua saling bermahabbah diatas muka bumiNya ini.
Salahku aku sayang?
Mencintaimu setulus hati ini?
Mengasihimu seada dan selayaknya untuk suami yang menjadi khalifahku?
Salahkah aku sayang?
Menginginkan ikatan ini sehingga kehujung nafasku,
dan terus mengikat kita sehingga kesyurga?
Kenapa??
Kerana aku benar-benar ingin menjadi bidadarimu didunia ini dan di sana nanti..
Selama-lamanya sayang..
Selama-lamanya..
Nur Imani ini hanya ingin menjadi isteri kepada dirimu,Ariff Farhan.
Hanya dirimu!
terbaik la cerita ni.... :)
ReplyDeletewow..kalau novel ni da di pasarkan ,cpt2 saya nak beli tanpa ragu2..teruskan usaha anda..!
ReplyDelete