Thursday 17 April 2014

Di Penghujung Rindu: BAB 15

Ehem..Ehem...

Assalamualaikum..Pembuka bicara :)

xtahu nak kata apa,cuma nak beri nie saja...

Jomlah baca,

UPDATE: BAB 15

zahrahcinta_ceknursalisa

 

Dah lama tak buat nasi lemak walaupun teringin sangat nak makan.

Sebabnya?

Takut rindu kat orang tu..

 

Anis Adelia mengetap bibirnya,teringat pulak babak air mata masa mengandungkan putera mereka dulu.

Disebabkan takut tak dapat tanggung rindu pada Aniq Ehsan,sanggup tahan keinginan nak makan nasi lemak walaupun dah mengidam sangat masa tu.

Mujur duduk kat tempat jauh ditempat orang pula.Susahlah sikit nak jumpa dengan menu yang diidam-idamkan tu,dengan Suhana dan kawan-kawan melayu yang lain juga sudah siap dipesan agar tidak menyediakan menu itu jika dia akan kerumah mereka.

Tapi hari ini?

Dia dah ada kat depan mata,inilah makanan kegemarannya.Nasi lemak sambal tumis sotong.

Berpeluang lagi aku menyediakan makanan daripada air tanganku sendiri untuknya,ya Allah.

Anis Adelia memandang kearah menu yang baru disediakannya tadi dengan hati yang berbelah bahagi.

Inilah hari paling bermakna pun buatnya dan anak,dapat makan bersama insan itu.

Sudah 3 hari berlalu,namun baru hari ini dia berkesempatan untuk...melayaninya?

Tak sabar pulak rasanya,nak kembali ke bilik..Kejutkan dia.

Pelawanya untuk berjemaah subuh bersama lagi dan..menghabiskan sepanjang hari ini dengannya dan Ariq Ehsan mereka.

Hanya mereka bertiga.

Allahummasolli ‘ala Muhammad..

Lapang hatinya hari ini..

 

Anis Adelia memandang lama kearah jarum jam dinding yang berada dihadapannya.

“Dah pukul 5.00?”Hatinya menyoal,tidak percaya.

Ralit menyediakan makanan kegemaran suami hingga tidak sedar subuh sudah pun masuk seawal jam 4.45 pagi tadi.

“Tak bangun lagi suami dan anak aku nie??”

Baru Anis Adelia menyedari,Ariq Ehsannya juga tidak bangun lagi.

Selalunya suara tangisan itu yang akan membangunkannya atau mengingatkannya mengenai waktu subuh yang dah masuk jika Anis Adelia tersedar lebih awal dan ralit menyiapkan kerja.

Tanpa menunggu lama dia meninggalkan kawasan dapurnya ini lantas membawa langkahnya kembali kebilik.

Nyenyak sangat ke anak dan bapa itu terlena sehingga sikecil yang selalunya menjadi jam loceng hidup umminya juga masih tidak bangun?

 

“Dah mandi,dah wangi..lepas nie kita pergi tengok ummi didapur.Apa ummi masak hari ini? Ermm...bau macam sambal tumis,ummi buat nasi lemak ke??”

Anis Adelia memperlahankan langkahnya,suara orang berbual didalam bilik membuatkan langkahnya terhenti dihadapan pintu bilik yang terbuka luas.

Dihadapannya sekarang,kelihatan Aniq Ehsan sedang menyiapkan putera mereka yang sudah sedia dimandikannya.

Alahai...Mesranya mereka,berkasih sayang,melepaskan rindu meskipun tidak pernah bertemu muka selama ini.

“Ummi cuti,hari ini kita dapat luangkan masa dengan ummi.Abah,Ariq dan ummi...”

Dia yang gembira??

Anis Adelia sengaja menyepikan dirinya seketika,melihat akan gelagat kedua-dua lelaki yang dikasihinya itu.

Aniq Ehsan masih dengan keterujaannya,hanya selepas beberapa bulan berlalu baru dia dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah.

Ariq Ehsan juga,telatahnya makin menghiburkan hati ummi dan abahnya...keriuhan mulut kecil itu berbalas kata dengan abahnya dalam bahasanya membuatkan Anis Adelia hampir menitiskan air matanya.

Agaknya banyak benda yang nak dikongsi dan diceritakannya kepada abahnya.

Dulu..ada ummi sahaja dalam hidupnya.Semua nak ummi,tak boleh ummi hilang daripada pandangan walaupun seminit cuma tapi sekarang? Abah dia dah kembali diantara mereka.

 

Anis Adelia tahu..lelaki ini takkan pernah melakukan sesuatu yang akan melukai hatinya jauh sekali membuatkan diri ini membencinya.

Hanya satu yang dibimbanginya,kesungguhan lelaki itu.

Ya! Dia bukan seorang lelaki yang tahu apa itu erti putus asa.

Kerana kesungguhannya,aku pertaruhkan diri aku padanya,menjadi isterinya...

Kerana kesungguhannya,aku hampir meletakkan seluruh kehidupan ini didalam genggamannya,

Apakah dia akan meleburkan tembok keegoan yang telah aku bina semula ini?

 

“Assalamualaikum..”  Salam dihulurkan sebagai ucapan pengganti selamat pagi untuk kedua-duanya daripada seorang wanita bernama isteri dan ibu.

Kehadirannya disambut dengan dua pasang mata kekasih hatinya itu,tepat diwajahnya.

Cukup dua buah senyuman itu menceriakan lagi paginya hari ini.

Tumpuan Anis Adelia pastinya kepada Ariq Ehsannya.

“Waalaikumussalam..” Baru kedengaran suara lelaki itu menyahut salam yang dihulurnya.

 

“Dah bangun anak ummi nie??” Senyumannya mengiring langkahnya merapati mereka,sikecil itu juga masih tersenyum kepadanya.

Anis Adelia melabuhkan duduknya disisi putera kesayangannya,dihadapan suaminya.

Tanpa kata seterusnya dia melabuhkan bibirnya diubun-ubun Ariq Ehsannya.

Subhanallah,wangi putera ummi...haruman syurgawi yang masih bersisa,hiasan duniawi

“Hari ini bangun tak menangis,abang tengok saja tadi.Terus hulur tangan,mintak dukung.” Ceritanya tanpa dipelawa,tangannya menyudahkan sentuhan-sentuhan terakhirnya ditubuh kecil itu,Ariq Ehsan sudah disiapkan.

“Hari ini,abah mandikan lagi..? Abah siapkan dia lagi..?” Anis Adelia memulakan perbualannya dengan sikecil mereka.

Ketika bibirnya kembali menyentuh pipi itu,tersentak Anis Adelia seketika,lehernya dipeluk erat tangan kecil itu.

Ai??

Belum pun Anis Adelia kembali tegak,Ariq Ehsan sudahpun menghulurkan tangan,apa lagi kalau bukan isyaratnya..minta didukung.

“Tak naklah,ummi tak mau dukung dulu..”

Usik umminya,membuatkan wajah kecil yang tadi berseri-seri dengan senyuman,mencebik tiba-tiba..Matanya dialihkan kepada abahnya,

La...dah pandai mengadu? Amboi,amboi dia..?

Anis Adelia mengalihkan seketika pandangannya kewajah Aniq Ehsan.

Lelaki itu turut menyedarinya? Pandangan mereka menyatu,Anis Adelia gagal menyembunyikan senyumannya.

“Dah pandai mengadu?”  Ujarnya kepada Aniq Ehsan yang mungkin juga sepertinya,terkejut melihat telatah anak teruna mereka.

Mata kecil itu sudah berkaca-kaca..Tunggu masa sahaja nak melepaskan tangisan kecilnya yang akan meruntunkan hati ummi yang mendengar.

Tahupun rindu kat ummi? Ingatkan nak abah jer??

“Iyelah..ummi dukung..” Usik umminya lagi sambil memain-mainkan tangannya dihidung kecil itu,sengaja tidak mahu mendukungnya lagi,hampir tangisan manjanya kedengaran,barulah Anis Adelia mendukungnya.

Sekali lagi Anis Adelia dikejutkan dengan reaksi anak kesayangannya ini.

Bukan main erat lagi dia hug ummi nie?? Semalam takda pun macam nie? Dulu semalam pun...?

Alala..rindu betul nie?

Selalunya kalau kena tinggal dengan Cik Su,bila ummi balik mesti buat ummi macam nie,tapi hari ini? Pagi-pagi lagi dah peluk ummi kuat-kuat?

“Ummi marah dia??” Sengaja Aniq Ehsan menegur,ingin melihat akan reaksi Ariq Ehsan mereka.

Air mata yang tadinya ingin menitis sekadar bertakung ditubir mata kecil itu,tangan kasar Aniq Ehsan segera menyekanya lembut.

Sedarlah dia..sikecil mereka ini miliki hati selembut umminya,mudah benar terasa hati.

“Ummi tak marah...ummi sayang,” Perbetul Anis Adelia.Sempat wajah suaminya dijeling,suka pulak duk mengusik anaknya.

 

“Ummi sayang Ariq.Abah sayang ummi dan anak abah nie.” Anis Adelia membekukan diri,disisinya ada anak dan suaminya.

Hanya bibirnya sahaja dibiarkan mengenai kepala yang terlentok manja dibahunya,sempat pulak bermain dan ketawa bersama abahnya semula.

Ummi takkan pisahkan Ariq dengan abah lagi,itu janji ummi sayang.

“Gomol anak jer..abah dia nie??” Aniq Ehsan yang leka melihatkan telatah anaknya tiba-tiba mengajukan soalan itu kepada isterinya.

Anis Adelia tersentak.

Pandangannya dialihkan kewajah Aniq Ehsan.Sejak beberapa ketika lalu,baru kedengaran suaranya semula.

Pandangan yang penuh persoalan daripada Anis Adelia buatnya,pun begitu lelaki itu sekadar tersenyum?

Diperhatikan suaminya seketika.

Sibuk dengan anaknya.Diri sendiri? Kain pelikat saja dipakainya?

“Pergilah siap,dah subuh...Saya menyusukan anak dulu.Kejap lagi boleh berjemaah.” Ujar Anis Adelia tenang.

Aniq Ehsan tersenyum sambil mengeleng,gurauannya tidak bersambut.Tubuhnya direndahkan,giliran bibirnya pula singgah diubun-ubun Ariq Ehsan.

“Abah sayang Ariq...” Bisik Aniq Ehsan perlahan sambil membalas pandangan anaknya.

Sebelum dia menegakkan kembali tubuhnya,

Cupp!

Eh?!

Suasana sepi sekelip mata.

Anis Adelia terpempan,percaya dan tidak sahaja dia dengan apa yang baru berlaku tadi.

Wajahnya sudah membahang.Hangat dirasakan meskipun suasana pagi ini begitu sejuk.

Tangannya sudah beralih kepipi yang masih terasa hangatnya selepas disinggahi bibir itu.

 

“Encik Aniq Ehsan??” Nama itu dipanggil Anis Adelia.

Sepasang anak matanya hitamnya segera mencari seraut wajah itu semula.Namun begitu,Aniq Ehsan sudahpun menghilang dibalik pintu almari pakaian yang baru dibukanya.

Cepatnya dia lari???

Melihatkan wajah terpinga-pinga isterinya,Aniq Ehsan hampir ketawa.Perbuatannya baru disedari,meskipun dia tahu tindakannya mungkin membangkitkan kemarahan wanita itu.Tapi tak salahkan?

“Awak buat apa tadi ye??” Terpaksa Anis Adelia menegur sendiri apabila tiada balasan daripada lelaki itu.

Makin tercuit pula hati Aniq Ehsan mendengar soalan isterinya.

Sudah begitu lama dia tidak merasakan perasaan bahagia seperti ini.

Bergurau dengan isteri tercinta.

Ya Allah,berkesempatan lagi aku merasainya??! Ralit dengan perasaan gembiranya ketika ini,hatinya turut dipagut sayu.

Dengan suara yang tenang,Aniq Ehsan bersuara semula.

“Yang tadi tu istimewa untuk ummi Ariq Ehsan..!”

Sambil itu dia turut mengintai kembali wajah isterinya

Innocentnyer?? Giliran Anis Adelia,omelan yang hanya kedengaran didalam hati.

Haih! Tiada perkara rumit untuk di perbalahkannya dengan lelaki itu.

“Yalah awak..”

“...terima kasih.” Perlahan Anis Adelia menuturkan bicara terakhirnya itu namun agak jelas dipendengaran Aniq Ehsan.

“....?”

Terbantut niat Aniq Ehsan mencari pakaian yang ingin dikenakan ketubuhnya ini. Kata-kata isterinya beberapa saat lalu membuatkan kepalanya tercegul kembali namun sayang sekali kerana pandangan isterinya sudah kembali kepada anak mereka.

 

Tingkah wanita itu diperhatikan dengan senyuman...

Anis Adelia menyedarinya.

Abah awak tu seronoklah..dengar pulak ummi cakap macam tu?? Anis Adelia masih berbicara sendiri didalam hatinya tetapi kali ini ditujukan pula kepada sikecil mereka ini.

Mata sikecil itu pula dipanahnya,rupanya daripada tadi memandang ummi jugak?

Senyum pulak? Reaksi Ariq Ehsan membuatkan bibirnya kembali dihiasi dengan senyuman..

Hee..anak ummi nie,

Sekali lagi pipi tembam Ariq Ehsan menjadi persinggahan bibir umminya.

“Okey...! Sekarang masa untuk menyusu,kejap lagi ummi dan abah nak sembahyang.Ummi bagi susu dulu..Macam biasa,lepas nie ummi akan letak sayang sebelah ummi dan abah.Lepas ummi dan abah sembahyang,baru kita pergi makan,main...Hari ini,semua masa ummi hanya untuk buah hati ummi nie dan abah.InsyaAllah sayang.”

Perbualan wajibnya kepada sikecil ini sejak Ariq Ehsan mula memahami tentang tanggungjawab utama umminya ini.

*****************