Update : BAB 21
Selamat membaca dan terima kasih :)
Tidur
juga..
Hati
kecil Aniq Ehsan berdesis perlahan.
Wajah
yang mula sembab dek menangis tadi ditatapnya lama.Tangannya kembali berada
diwajah itu,helaian-helaian rambut yang berada diwajah itu dialihkan dengan
jari jemarinya.Bibirnya dijatuhkan kewajah itu.Lama.
Hatinya benar-benar terbeban,setiap kali wanita ini menangis..bukan mudah untuk dihentikan air mata
itu daripada terus mengalir.
Bagaimana
pula keadaannya selama ketiadaan diriku?
Aniq
Ehsan menarik selimut yang berada dibawah kaki isterinya sebelum menyeliputi
tubuh itu hingga pinggag Anis Adelia.Bibirnya disinggahkan seketika diubun-ubun
itu..
Perbualan
mereka tadi masih jelas diingatannya apatah lagi mengingatkan permintaan Anis
Adelia supaya dia pergi..pergi daripada hidup mereka?!
Ya
Allah!
Apa
lagi yang perlu aku lakukan untuk melembutkan hati wanita ini??
Tidak
dia nampak lagi apa yang aku korbankan untuknya selama ini?
Masihkah
dia tidak melihat akan keikhlasan hati ini..mencintainya? Mengasihinya?
Tidurlah
sayang..ada urusan yang perlu abang lunaskan.
Bisiknya
perlahan bersama hangatnya kucupan diwajah itu.
Kepala
yang tadinya berbantalkan lengannya diubah keatas bantal perlahan-lahan.
Dia
pula tiada keinginan untuk menyambung lenanya.
Aniq
Ehsan turun daripada katil,menuju pula kearah katil anak yang sejarak dua kaki
sahaja daripada katil mereka.
“Assalamualaikum..?!
Anak abah bangun dah??” Aniq Ehsan agak terkejut melihatkan mata bulat itu
sedang memandang kepadanya ketika dia melewati katil kecil ini tadi.
Niatnya
sekadar ingin menatap seraut wajah kecil ini,rupa-rupanya?
Ariq
Ehsan juga sudah terjaga?
Tangan
kecil itu sudah mengepak-ngepak minta didukung.
Aniq
Ehsan tidak menunggu lama untuk mendukung anak kesayangannya itu.
Dikucupnya
segenap wajah mulus itu dengan penuh rasa kasih.
Tiada
tangisan,tiada rengekan..cuma sebuah senyuman yang disambutnya ketika
melihatkan wajah abahnya tadi.
“Ummi
baru saja tidur,abah nak solat,mengaji.Teman abah pagi nie,kita biar ummi
rehat.Abah panaskan susu dulu,minum susu baru teman abah.Okey?!” Bicaranya
kepada Ariq Ehsan.
Mulut
kecil itu bising dengan bicaranya sendiri.Bagai mengerti sahaja apa yang
dibualkan abah dengannya.
Aniq
Ehsan ketawa gembira.
Zuriat
ini?!
Bagaimana
abang nak penuhi kehendak Anis?!
Anak
kita nie sayang..! Bukan barang mainan tapi amanah Allah untuk kita! Abang
terutamanya..
Sepertimana
dia melihat anaknya diuruskan oleh Anis Adelia,begitu jugalah yang dilakukan
Aniq Ehsan tadi.Kerusi kecil anaknya itu diletakkan disebelahnya.
Ariq
Ehsan diam dipangkuan abahnya.Melihat Aniq Ehsan solat bersendirian hampir
setengah jam yang lalu kemudian..menemani pula abahnya mengaji.
Aniq
Ehsan pula yang teruja melihatkan setiap reaksi anaknya.
Menatapnya
dan setiap kali pandangannya singgah kewajah mulus itu,bibir kecil itu
tersenyum kepadanya.
Ya
Allah!
Tertumpah
air mata Aniq Ehsan di atas helaian naskhah Al-Quran yang berada ditangannya.
Bagaimana
ingin aku meninggalkan mereka??
Bagaimana
ingin aku melepaskan mu wahai Anis Adelia?
Engkau..
Isteri
yang aku pilih kerana Allah dan bukannya nafsu semata-mata?!
Tidakkah
anak ini bukti kasih sayang abang pada Anis?
Tak
nampak lagi ke sayang..??
Hiba
hatinya,anak yang berada dipangkuan begitu setia menemaninya sedari
tadi.Bibirnya dijatuhkan kekepala itu.
Menyedari
dirinya disentuh,Ariq Ehsan mengangkat kepalanya.Mata kecil itu bersinar-sinar
memandang kewajah abahnya.Terpadam segala resah yang bertandang.
Meski
hatinya agak terluka dengan apa yang telah terjadi diantaranya dan Anis Adelia
pagi tadi,rasa kasihnya terhadap wanita itu lebih hebat mengatasi rasa itu.
Tikar
sejadah ditinggalkan selepas solat subuh ditunaikan.
Kerusi
kecil dihadapannya dihampiri,mata kecil yang bersinar-sinar itu.
Sejak
2 jam yang lalu..Sikecilnya ini setia menemani abah.Sedikit pun tidak
menangis.Masa mengaji tadi juga,begitu baik dia dipangkuan abah.Al-Quran
ditangan abah juga tidak mahu disentuhnya,seperti mengerti apa yang sedang dilakukan
abah..dia diam dan mendengar sahaja bacaan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang
dibaca oleh abahnya.
Siapa
lagi yang telah mengasuh dan mengajar sikecil ini kalau bukan umminya?
Satu
lagi perkara yang membuatkan Aniq Ehsan begitu mengagumi wanita itu.Tanpanya..dia
masih mendidik zuriat mereka ini sebaiknya.
Seandainya
nyawanya terpisah daripada badan,Aniq Ehsan tahu..isterinya akan menjaga amanah
ini sebaik-baiknya.
“Hari nie kita masak untuk ummi.Biar ummi
rehat sekejap lagi,dah siap nanti.Kita masuk balik.Kejut ummi.Sarapan
sama-sama..Sebelum tu,kita masak dulu!”
Aniq
Ehsan meleraikan tali pinggang keselamatan yang dipasangkan ditubuh putera
kesayangannya.Didukungnya kembali tubuh kecil itu.
Sebelum
dia membawa anaknya keluar,sempat Aniq Ehsan singgah dikatilnya.Kucupan kasih
daripadanya dan Ariq Ehsan mereka dihadiahkan kepada satu-satunya wanita yang
mereka kasihi ini.
Hari
ini gilirannya menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka.
Agenda
seterusnya,masak!
Allahhumma
Solli ‘Ala Muhammad!
Pagi
yang begitu mendamaikan.
Tiada
lagi kerisauan dihati Anis Adelia ketika melihatkan anak dan suaminya tiada
didepan mata ketika dia bangun tadi.
Selesai
mandi.Baru dia keluar.Mencari kelibat dua kekasih hatinya itu.
Dari
pintu biliknya,haruman cabai tumis yang membangkitkan selera meyapa deria
baunya.
Tahulah
Anis Adelia apa yang sedang dilakukan lelaki itu,bersama anak mereka..
Ermm..dah
pesan dah,jangan buat kerja?!
Rumah
yang sedia berkemas ini juga membuatkan Anis Adelia membebel sendirian didalam
hatinya.
Tiba
di pintu dapur..
Langkahnya
dihentikan.
Anis
Adelia tidak jadi masuk kedapurnya.
Gelagat
suami dan anaknya menjadi pencuci mata.
Hatinya
agak lucu dan tersentuh melihatkan Aniq Ehsan berinteraksi dengan anak mereka.
Apalah
yang dibualkan kedua-duanya?
“Nasi
goreng? Sedapnya.”
Kehadirannya
baru disedari.Cuma soalannya tidak berjawab.
Seakan-akan
hanya sikecil mereka yang mengalu-alukan kedatangannya?
Wajah
kecil itu,tersenyum-senyum memandang kepada ummi.
Terpaksa
Anis Adelia menukar haluannya,mendapatkan anak yang begitu teruja melihat akan
kehadiran umminya.
Happy jer anak ummi nie..
Wajah
kecil itu menjadi persinggahan bibirnya.
Anak
ummi dan abah.
Ralit
melayani anaknya..hatinya berdebar tiba-tiba.
Perbualan
diantara mereka pagi tadi kembali mengganggu ketenteraman sekeping hati Anis
Adelia.
Sungguh!
Dia terlupa apa yang telah dilakukannya pagi tadi?!
Ya?!
Bukan dia sahaja yang menangis,tetapi juga telah mengalirkan air mata lelaki
itu,tapi...lelaki itu juga yang memujuk dan menemani lenanya tadi.
Wajah
Aniq Ehsan dipandang seketika.Lelaki itu sibuk dengan urusannya.Mengertilah
Anis Adelia mengapa perangai Aniq Ehsan agak dingin pagi ini.
Hatinya
kembali resah,insan ini..
Apa
yang susah sangat hati ini ingin menerimanya?
Kenapa
aku masih ingin menduganya meski aku tahu,setianya hanya untukku? Kasihnya
ikhlas buatku?
Ya
Allah..
Sayang
ummi..Tengoklah abah awak tu..merajuk dengan ummi ke? Pandang ummi pun tak sudi
dah?
Tadi
rancak bersembang dengan sayang,ummi datang jer..? Terus diam.Macam ummi tak
wujud pulak?
Merajuklah
tu sebab semalam ummi lukakan hati dia lagi..
Sempat
lagi wajah itu dicuri tatapnya namun masih membeku seperti tadi juga.Sibuk
dengan kerjanya.
Sayang,ummi
pergi pujuk abah..duduk kat sini dulu.Kejap lagi ummi ambil sayang pula..
Ariq
Ehsan ditinggalkan kembali.
Suaminya
dihampiri..
“Awak
marah saya?”
Anis
Adelia memulakan perbualan.Dia sudah berada disebelah Aniq Ehsan.
Melihatkan
tiada sebarang reaksi daripada lelaki itu,mangkuk yang berada didepan matanya
diambil.Telur dadar yang sedia terpukul didalam mangkuk itu dituangkan kedalam
kuali yang telah sedia dipanaskan.
Disebelahnya
Aniq Ehsan sedang membancuh air.
Dia
tidak menegur..?
“Awak
dah subuh?” Terpaksa Anis Adelia bersuara kembali,jika masih kebisuan Aniq
Ehsan yang diterimanya.Memang benar lelaki ini marah padanya.
Tanpa
suara lelaki itu menganggukkan kepalanya.
Lega
sedikit Anis Adelia menerimanya..sekurang-kurangnya dia memberi jawapan
walaupun sekadar isyarat.
“Kan
dah cakap..awak berehat jer.Kenapa berkemas juga? Kenapa memasak juga? Ini kan
kerja saya.” Rasanya ini sahaja jalan yang Anis Adelia untuk membuatkan Aniq
Ehsan membuka mulutnya.
“Abang
tak boleh bantu?”
Alhamdulillah,dia
bersuara juga akhirnya.
Baru
Anis Adelia merapatkan lagi kedudukan mereka.
Selepas
apa yang dilakukannya semalam,Anis Adelia tidak merasakan dia sepatutnya
membiarkan Aniq Ehsan terus terasa hati dengannya.Cukuplah sampai semalam,kesilapannya
takkan diulangi atau dia akan menyesal dengan tindakannya sendiri.
Satu
yang Anis Adelia sedar,keputusannysa sekarang bukan sahaja akan memberi impak
kepada hidupnya,bahkan juga..satu-satunya harta yang mereka miliki,Ariq Ehsan..
Perasaan
kekonya cuba dibuang,perlahan-lahan..lengan lelaki itu dipeluknya.
Anis
Adelia tahu,tindakannya mungkin mengejutkan lelaki ini.Entahlah..rasanya dia
perlu berubah!
“Hari
nie..kita pergi jalan-jalan.Awak teman saya dan anak?” Masih Anis Adelia yang
memulakan kata.
“Pergi
mana?” Sekurang-kurangnya dia sudah bersuara kembali.
“Ambil
angin..Saya bawa awak tengok bumi Melbourne.Semalam seharian terperuk kat
rumah,nak?”
Dia
tidak mengangguk,mengeleng jauh sekali.
Dari
air mukanya,Anis Adelia bagaikan dapat meneka apa keputusannya.
“Niq.”
Nama lelaki itu kembali diseru.Dia tidak menjawab tapi daripada air
mukanya,Anis Adelia tahu..lelaki itu mahu dia menyudahkan kata-katanya terlebih
dahulu
“Awak
marah saya ke? Hal pagi tadi?”
Barulah
hal yang telah berlaku beberapa jam lepas disentuh kembali Anis Adelia.
“Kalau
marah,cakap sahaja ya.” Tambahnya lagi.Menantikan jawapan daripada bibir itu.
“Kalau
abang cakap ya,Anis nak buat apa?”
Benar
telahannya.
“Saya
minta maaf.” Reaksi Aniq Ehsan benar-benar tidak disenangi Anis Adelia.
Beku
juga.
“Ya.saya
tahu,kata-kata tu tak cukup untuk tebus dosa saya pada awak,tapi itu saja yang
saya boleh buat.Awak kenal saya kan?”
Hanya
itu modalnya.
“Kalau
abang memang marah?”
“Awak
pukullah saya.” Ujar Anis Adelia perlahan.
“Pernah
abang berkasar dengan Anis?!” Aniq Ehsan tidak suka dengan jawapan isterinya.
Anis
Adelia terdiam.
Tak..Sikit
pun tak pernah..
Hati
kecilnya pula yang menjawab.
“Maafkan
saya.Saya janji.Takkan cakap macam tu lagi.” Masih dia yang memulakan kata.Biarlah
dia mengalah..
“Cakap
apa?”Anis Adelia tahu,Aniq Ehsan sengaja mengajukan soalan itu.Ingin dia
sendiri yang mengakui..
“Suruh
awak tinggalkan kami..”
Ya!
Kerana perkara itulah dia tidak menegurku sedari tadi.
“Dah
tahu abang paling tak suka Anis cakap perkara tu.Masih juga nak uji abang?”
Tertunduk
Anis Adelia mendengar soalan yang diajukan kepadanya itu.
“Saya
minta maaf.” Hanya perkataan itu yang mampu meniti bibirnya.
Bukan
aku mahu mengujinya tapi aku memang memaksudkan.Sehingga semalam,aku masih
berharap dia rela melepaskan aku dan anak,tapi sekarang?
Tak
lagi.
Aku
cuba..dan aku ingin belajar untuk menerimanya.
Sepertimana
yang diperkatakan kak Sofia,kak Suhana,mama...sampai bila aku nak lari
daripadanya?
Aku
isterinya! Selagi dia tidak melepaskan aku,sampai di Hari Perhitungan pun aku
tidak mampu menafikan hakikat itu!
Anak
itu pula! Anak dia,syurga hatinya.Kekasih hati kami berdua.
“Siap
dah nasi goreng kita.Jom makan..Pergi duduk dulu,abang hidangkan.” Aniq Ehsan
mematikan segala-galanya.
Seperti
tiada apa yang berlaku,dia kembali seperti semalam dan hari-hari
sebelumnya.Aniq Ehsan yang aku kenali dua tahun yang lalu.
“Tak
apa..saya tolong.” Pinta Anis Adelia.Aniq Ehsan tidak menghalangi.
Selepas
meleraikan pelukan tangannya dilengan itu,Anis Adelia bergerak kearah almari
yang menyimpan pinggan mangkuknya.Tanpa disengajakan,pandangannya tersinggah
kewajah anak yang terpaksa ditinggalkan tadi.
Alahai..muka?
Merajuk
ke?
Ummi
dan abah tak layan dia..?
“Awak..”
Sengaja
Anis Adelia memanggil suaminya terlebih dahulu.Giliran sikecil itu pula
mendapatkan perhatian ummi dan abahnya.
“Ermm..”
“Tengoklah..”
Ujarnya seakan berbisik.Sengaja mahu Aniq Ehsan melihat sendiri anaknya itu.
“Siapa?”
Dia tak sedar lagi rupanya.
“Ada
orang merajuk...” Provoknya meskipun sikecil mereka itu tidak memahami.
Ha??
Ya!
Aniq Ehsan sendiri terlupa seketika akan kehadiran sikecil mereka.
Ya
Allah...!
Seraut
wajah kecil itu lantas dicari Aniq Ehsan.
Pun
begitu?!
Dia
ketawa? Dan ketawa..?!
Anis
Adelia agak tersentak dengan respon lelaki itu.
Haih?
Dahlah
anak dia tu..sensitif.
Silap
hari bulan,menangis terus.
Namun
Anis Adelia sendiri tidak dapat menafikan.
Daripada
cara sikecil itu memandang kewajah abah dan umminya memang agak mencuit hati.
Marah
ummi juga ke sijantung hatinya ini?
“Pergi
kat anak tu,sensitifnya mengalahkan ummi dia..Baik pujuk cepat,menangis nanti
sedih sangat rupanya.”
Anak
juga menjadi usikannya.Dengan senyuman Anis Adelia mendapatkan Ariq Ehsan
mereka.Seorang lagi minta dipujuk,haih..nasib ummilah pagi nie.
_______________________________________________________.
bahagia ngok family ni. harap mereka dah tak terpisah lagi..
ReplyDeleteZaffi : Indah dan menarik garapan awak ...
ReplyDeletebesttt
ReplyDeleteTerbaik....
ReplyDeleteBila nak sambung lagi....
ReplyDeleteNk smbungan sis. Jeballll.
ReplyDeleteNk smbungan sis. Jeballll.
ReplyDelete