Saturday, 13 September 2014

Di Penghujung Rindu: BAB 21

Assalamualaikum semua..
Update : BAB 21
Selamat membaca dan terima kasih :)


Tidur juga..
Hati kecil Aniq Ehsan berdesis perlahan.
Wajah yang mula sembab dek menangis tadi ditatapnya lama.Tangannya kembali berada diwajah itu,helaian-helaian rambut yang berada diwajah itu dialihkan dengan jari jemarinya.Bibirnya dijatuhkan kewajah itu.Lama.
Hatinya benar-benar terbeban,setiap kali wanita ini menangis..bukan mudah untuk dihentikan air mata itu daripada terus mengalir.
Bagaimana pula keadaannya selama ketiadaan diriku?
Aniq Ehsan menarik selimut yang berada dibawah kaki isterinya sebelum menyeliputi tubuh itu hingga pinggag Anis Adelia.Bibirnya disinggahkan seketika diubun-ubun itu..
Perbualan mereka tadi masih jelas diingatannya apatah lagi mengingatkan permintaan Anis Adelia supaya dia pergi..pergi daripada hidup mereka?!
Ya Allah!
Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk melembutkan hati wanita ini??
Tidak dia nampak lagi apa yang aku korbankan untuknya selama ini?
Masihkah dia tidak melihat akan keikhlasan hati ini..mencintainya? Mengasihinya?

Tidurlah sayang..ada urusan yang perlu abang lunaskan.
Bisiknya perlahan bersama hangatnya kucupan diwajah itu.
Kepala yang tadinya berbantalkan lengannya diubah keatas bantal perlahan-lahan.
Dia pula tiada keinginan untuk menyambung lenanya.
Aniq Ehsan turun daripada katil,menuju pula kearah katil anak yang sejarak dua kaki sahaja daripada katil mereka.

“Assalamualaikum..?! Anak abah bangun dah??” Aniq Ehsan agak terkejut melihatkan mata bulat itu sedang memandang kepadanya ketika dia melewati katil kecil ini tadi.
Niatnya sekadar ingin menatap seraut wajah kecil ini,rupa-rupanya?
Ariq Ehsan juga sudah terjaga?
Tangan kecil itu sudah mengepak-ngepak minta didukung.
Aniq Ehsan tidak menunggu lama untuk mendukung anak kesayangannya itu.
Dikucupnya segenap wajah mulus itu dengan penuh rasa kasih.
Tiada tangisan,tiada rengekan..cuma sebuah senyuman yang disambutnya ketika melihatkan wajah abahnya tadi.
“Ummi baru saja tidur,abah nak solat,mengaji.Teman abah pagi nie,kita biar ummi rehat.Abah panaskan susu dulu,minum susu baru teman abah.Okey?!” Bicaranya kepada Ariq Ehsan.
Mulut kecil itu bising dengan bicaranya sendiri.Bagai mengerti sahaja apa yang dibualkan abah dengannya.
Aniq Ehsan ketawa gembira.
Zuriat ini?!
Bagaimana abang nak penuhi kehendak Anis?!
Anak kita nie sayang..! Bukan barang mainan tapi amanah Allah untuk kita! Abang terutamanya..

Sepertimana dia melihat anaknya diuruskan oleh Anis Adelia,begitu jugalah yang dilakukan Aniq Ehsan tadi.Kerusi kecil anaknya itu diletakkan disebelahnya.
Ariq Ehsan diam dipangkuan abahnya.Melihat Aniq Ehsan solat bersendirian hampir setengah jam yang lalu kemudian..menemani pula abahnya mengaji.
Aniq Ehsan pula yang teruja melihatkan setiap reaksi anaknya.
Menatapnya dan setiap kali pandangannya singgah kewajah mulus itu,bibir kecil itu tersenyum kepadanya.
Ya Allah!
Tertumpah air mata Aniq Ehsan di atas helaian naskhah Al-Quran yang berada ditangannya.
Bagaimana ingin aku meninggalkan mereka??
Bagaimana ingin aku melepaskan mu wahai Anis Adelia?
Engkau..
Isteri yang aku pilih kerana Allah dan bukannya nafsu semata-mata?!
Tidakkah anak ini bukti kasih sayang abang pada Anis?
Tak nampak lagi ke sayang..??
Hiba hatinya,anak yang berada dipangkuan begitu setia menemaninya sedari tadi.Bibirnya dijatuhkan kekepala itu.
Menyedari dirinya disentuh,Ariq Ehsan mengangkat kepalanya.Mata kecil itu bersinar-sinar memandang kewajah abahnya.Terpadam segala resah yang bertandang.
Meski hatinya agak terluka dengan apa yang telah terjadi diantaranya dan Anis Adelia pagi tadi,rasa kasihnya terhadap wanita itu lebih hebat mengatasi rasa itu.

Tikar sejadah ditinggalkan selepas solat subuh ditunaikan.
Kerusi kecil dihadapannya dihampiri,mata kecil yang bersinar-sinar itu.
Sejak 2 jam yang lalu..Sikecilnya ini setia menemani abah.Sedikit pun tidak menangis.Masa mengaji tadi juga,begitu baik dia dipangkuan abah.Al-Quran ditangan abah juga tidak mahu disentuhnya,seperti mengerti apa yang sedang dilakukan abah..dia diam dan mendengar sahaja bacaan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh abahnya.
Siapa lagi yang telah mengasuh dan mengajar sikecil ini kalau bukan umminya?
Satu lagi perkara yang membuatkan Aniq Ehsan begitu mengagumi wanita itu.Tanpanya..dia masih mendidik zuriat mereka ini sebaiknya.
Seandainya nyawanya terpisah daripada badan,Aniq Ehsan tahu..isterinya akan menjaga amanah ini sebaik-baiknya.
 “Hari nie kita masak untuk ummi.Biar ummi rehat sekejap lagi,dah siap nanti.Kita masuk balik.Kejut ummi.Sarapan sama-sama..Sebelum tu,kita masak dulu!”
Aniq Ehsan meleraikan tali pinggang keselamatan yang dipasangkan ditubuh putera kesayangannya.Didukungnya kembali tubuh kecil itu.
Sebelum dia membawa anaknya keluar,sempat Aniq Ehsan singgah dikatilnya.Kucupan kasih daripadanya dan Ariq Ehsan mereka dihadiahkan kepada satu-satunya wanita yang mereka kasihi ini.
Hari ini gilirannya menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka.
Agenda seterusnya,masak!

Allahhumma Solli ‘Ala Muhammad!
Pagi yang begitu mendamaikan.
Tiada lagi kerisauan dihati Anis Adelia ketika melihatkan anak dan suaminya tiada didepan mata ketika dia bangun tadi.
Selesai mandi.Baru dia keluar.Mencari kelibat dua kekasih hatinya itu.
Dari pintu biliknya,haruman cabai tumis yang membangkitkan selera meyapa deria baunya.
Tahulah Anis Adelia apa yang sedang dilakukan lelaki itu,bersama anak mereka..
Ermm..dah pesan dah,jangan buat kerja?!
Rumah yang sedia berkemas ini juga membuatkan Anis Adelia membebel sendirian didalam hatinya.
Tiba di pintu dapur..
Langkahnya dihentikan.
Anis Adelia tidak jadi masuk kedapurnya.
Gelagat suami dan anaknya menjadi pencuci mata.
Hatinya agak lucu dan tersentuh melihatkan Aniq Ehsan berinteraksi dengan anak mereka.
Apalah yang dibualkan kedua-duanya?

“Nasi goreng? Sedapnya.”
Kehadirannya baru disedari.Cuma soalannya tidak berjawab.
Seakan-akan hanya sikecil mereka yang mengalu-alukan kedatangannya?
Wajah kecil itu,tersenyum-senyum memandang kepada ummi.
Terpaksa Anis Adelia menukar haluannya,mendapatkan anak yang begitu teruja melihat akan kehadiran umminya.
Happy jer anak ummi nie..
Wajah kecil itu menjadi persinggahan bibirnya.
Anak ummi dan abah.
Ralit melayani anaknya..hatinya berdebar tiba-tiba.
Perbualan diantara mereka pagi tadi kembali mengganggu ketenteraman sekeping hati Anis Adelia.
Sungguh! Dia terlupa apa yang telah dilakukannya pagi tadi?!
Ya?! Bukan dia sahaja yang menangis,tetapi juga telah mengalirkan air mata lelaki itu,tapi...lelaki itu juga yang memujuk dan menemani lenanya tadi.
Wajah Aniq Ehsan dipandang seketika.Lelaki itu sibuk dengan urusannya.Mengertilah Anis Adelia mengapa perangai Aniq Ehsan agak dingin pagi ini.
Hatinya kembali resah,insan ini..
Apa yang susah sangat hati ini ingin menerimanya?
Kenapa aku masih ingin menduganya meski aku tahu,setianya hanya untukku? Kasihnya ikhlas buatku?
Ya Allah..

Sayang ummi..Tengoklah abah awak tu..merajuk dengan ummi ke? Pandang ummi pun tak sudi dah?
Tadi rancak bersembang dengan sayang,ummi datang jer..? Terus diam.Macam ummi tak wujud pulak?
Merajuklah tu sebab semalam ummi lukakan hati dia lagi..
Sempat lagi wajah itu dicuri tatapnya namun masih membeku seperti tadi juga.Sibuk dengan kerjanya.
Sayang,ummi pergi pujuk abah..duduk kat sini dulu.Kejap lagi ummi ambil sayang pula..
Ariq Ehsan ditinggalkan kembali.
Suaminya dihampiri..
“Awak marah saya?”
Anis Adelia memulakan perbualan.Dia sudah berada disebelah Aniq Ehsan.
Melihatkan tiada sebarang reaksi daripada lelaki itu,mangkuk yang berada didepan matanya diambil.Telur dadar yang sedia terpukul didalam mangkuk itu dituangkan kedalam kuali yang telah sedia dipanaskan.
Disebelahnya Aniq Ehsan sedang membancuh air.
Dia tidak menegur..?
“Awak dah subuh?” Terpaksa Anis Adelia bersuara kembali,jika masih kebisuan Aniq Ehsan yang diterimanya.Memang benar lelaki ini marah padanya.
Tanpa suara lelaki itu menganggukkan kepalanya.
Lega sedikit Anis Adelia menerimanya..sekurang-kurangnya dia memberi jawapan walaupun sekadar isyarat.
“Kan dah cakap..awak berehat jer.Kenapa berkemas juga? Kenapa memasak juga? Ini kan kerja saya.” Rasanya ini sahaja jalan yang Anis Adelia untuk membuatkan Aniq Ehsan membuka mulutnya.
“Abang tak boleh bantu?”
Alhamdulillah,dia bersuara juga akhirnya.
Baru Anis Adelia merapatkan lagi kedudukan mereka.
Selepas apa yang dilakukannya semalam,Anis Adelia tidak merasakan dia sepatutnya membiarkan Aniq Ehsan terus terasa hati dengannya.Cukuplah sampai semalam,kesilapannya takkan diulangi atau dia akan menyesal dengan tindakannya sendiri.
Satu yang Anis Adelia sedar,keputusannysa sekarang bukan sahaja akan memberi impak kepada hidupnya,bahkan juga..satu-satunya harta yang mereka miliki,Ariq Ehsan..
Perasaan kekonya cuba dibuang,perlahan-lahan..lengan lelaki itu dipeluknya.
Anis Adelia tahu,tindakannya mungkin mengejutkan lelaki ini.Entahlah..rasanya dia perlu berubah!
“Hari nie..kita pergi jalan-jalan.Awak teman saya dan anak?” Masih Anis Adelia yang memulakan kata. 
“Pergi mana?” Sekurang-kurangnya dia sudah bersuara kembali.
“Ambil angin..Saya bawa awak tengok bumi Melbourne.Semalam seharian terperuk kat rumah,nak?”
Dia tidak mengangguk,mengeleng jauh sekali.
Dari air mukanya,Anis Adelia bagaikan dapat meneka apa keputusannya.
“Niq.” Nama lelaki itu kembali diseru.Dia tidak menjawab tapi daripada air mukanya,Anis Adelia tahu..lelaki itu mahu dia menyudahkan kata-katanya terlebih dahulu
“Awak marah saya ke? Hal pagi tadi?”
Barulah hal yang telah berlaku beberapa jam lepas disentuh kembali Anis Adelia.
“Kalau marah,cakap sahaja ya.” Tambahnya lagi.Menantikan jawapan daripada bibir itu.
“Kalau abang cakap ya,Anis nak buat apa?”
Benar telahannya.
“Saya minta maaf.” Reaksi Aniq Ehsan benar-benar tidak disenangi Anis Adelia.
Beku juga.
“Ya.saya tahu,kata-kata tu tak cukup untuk tebus dosa saya pada awak,tapi itu saja yang saya boleh buat.Awak kenal saya kan?”
Hanya itu modalnya.
“Kalau abang memang marah?”
“Awak pukullah saya.” Ujar Anis Adelia perlahan.
“Pernah abang berkasar dengan Anis?!” Aniq Ehsan tidak suka dengan jawapan isterinya.
Anis Adelia terdiam.
Tak..Sikit pun tak pernah..
Hati kecilnya pula yang menjawab.
“Maafkan saya.Saya janji.Takkan cakap macam tu lagi.” Masih dia yang memulakan kata.Biarlah dia mengalah..
“Cakap apa?”Anis Adelia tahu,Aniq Ehsan sengaja mengajukan soalan itu.Ingin dia sendiri yang mengakui..
“Suruh awak tinggalkan kami..”
Ya! Kerana perkara itulah dia tidak menegurku sedari tadi.
“Dah tahu abang paling tak suka Anis cakap perkara tu.Masih juga nak uji abang?”
Tertunduk Anis Adelia mendengar soalan yang diajukan kepadanya itu.
“Saya minta maaf.” Hanya perkataan itu yang mampu meniti bibirnya.
Bukan aku mahu mengujinya tapi aku memang memaksudkan.Sehingga semalam,aku masih berharap dia rela melepaskan aku dan anak,tapi sekarang?
Tak lagi.
Aku cuba..dan aku ingin belajar untuk menerimanya.
Sepertimana yang diperkatakan kak Sofia,kak Suhana,mama...sampai bila aku nak lari daripadanya?
Aku isterinya! Selagi dia tidak melepaskan aku,sampai di Hari Perhitungan pun aku tidak mampu menafikan hakikat itu!
Anak itu pula! Anak dia,syurga hatinya.Kekasih hati kami berdua.
“Siap dah nasi goreng kita.Jom makan..Pergi duduk dulu,abang hidangkan.” Aniq Ehsan mematikan segala-galanya.
Seperti tiada apa yang berlaku,dia kembali seperti semalam dan hari-hari sebelumnya.Aniq Ehsan yang aku kenali dua tahun yang lalu.
“Tak apa..saya tolong.” Pinta Anis Adelia.Aniq Ehsan tidak menghalangi.
Selepas meleraikan pelukan tangannya dilengan itu,Anis Adelia bergerak kearah almari yang menyimpan pinggan mangkuknya.Tanpa disengajakan,pandangannya tersinggah kewajah anak yang terpaksa ditinggalkan tadi.
Alahai..muka?
Merajuk ke?
Ummi dan abah tak layan dia..?
“Awak..”
Sengaja Anis Adelia memanggil suaminya terlebih dahulu.Giliran sikecil itu pula mendapatkan perhatian ummi dan abahnya.
“Ermm..”
“Tengoklah..” Ujarnya seakan berbisik.Sengaja mahu Aniq Ehsan melihat sendiri anaknya itu.
“Siapa?” Dia tak sedar lagi rupanya.
“Ada orang merajuk...” Provoknya meskipun sikecil mereka itu tidak memahami.
Ha??
Ya! Aniq Ehsan sendiri terlupa seketika akan kehadiran sikecil mereka.
Ya Allah...!
Seraut wajah kecil itu lantas dicari Aniq Ehsan.
Pun begitu?!
Dia ketawa? Dan ketawa..?!
Anis Adelia agak tersentak dengan respon lelaki itu.
Haih?
Dahlah anak dia tu..sensitif.
Silap hari bulan,menangis terus.
Namun Anis Adelia sendiri tidak dapat menafikan.
Daripada cara sikecil itu memandang kewajah abah dan umminya memang agak mencuit hati.
Marah ummi juga ke sijantung hatinya ini?
“Pergi kat anak tu,sensitifnya mengalahkan ummi dia..Baik pujuk cepat,menangis nanti sedih sangat rupanya.”
Anak juga menjadi usikannya.Dengan senyuman Anis Adelia mendapatkan Ariq Ehsan mereka.Seorang lagi minta dipujuk,haih..nasib ummilah pagi nie.

_______________________________________________________.

7 comments: