Saturday, 30 August 2014

Di Penghujung Rindu: BAB 19






Assalamualaikum semua..:)
Selamat datang ke Blog baru Cek Nursalisa@zahrahcinta..
Sebenarnya dah lama blog baru nie dibuat..cuma baru dapat post entry pertama untuk tatapan semua malam ini..
So,jom..baca.
Latest from Cek.

Novel Di Penghujung Rindu BAB : 19

“Kau jangan risaulah abang Ehsan,semua kerja-kerja kat ladang nie aku dengan budak-budak lain boleh handle.”
Sedikit sebanyak kata-kata daripada Khairul itu menghilangkan sedikit kebimbangan dihati Aniq Ehsan.
Sudah 3 hari dia disini namun baru hari ini semua laporan mengenai keadaan ladang dan ternakannya diperolehi.Sibuk benar si Khairul ini sehingga baru hari ini dapat dihubunginya?
“Aku tak pasti lagi berapa lama aku kat sini,kau jaga ‘anak-anak’ aku tu baik-baik.” Aniq Ehsan mengingatkan dalam masa yang sama.
“Kau jangan risau.Semalam abang Ammar dengan Auni ada datang sini.Lama juga,Auni siap bawak makanan berkelah kat sini.”
Senyum Aniq Ehsan mendengarnya. Auni juga disebutnya..      
“Tak apa,esok kau uruskan semua.”
“Kau balik bila abang Ehsan? Lama lagi ke kau kat sana? Bukan ‘anak-anak’ kau jer dah rindu kat kau,adik-adik kau nie pun.” Ketawa Aniq Ehsan mendengar soalan dan kata-kata dari Khairul.
“InsyaAllah..Mungkin bukan dalam masa terdekat.”
Bukan seperti yang diharapkan Khairul.
“Jangan kau nak menetap disana sudah.” Ketawa Aniq Ehsan kali ini hanya membuatkan perasaan Khairul tidak tenang.
Apakah?
“Nanti abang call kau lagi,apa-apa hal.. Kalau risau kredit kau habis?? Mesej! Nanti aku call balik.”
Khairul pula ketawa.
“Selamat bercuti.”
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam.”

“Khairul??”
Anis Adelia menyoal selepas beberapa ketika mendengar perbualan kedua-duanya didalam telefon.
“Siapa lagi sayang,pekerja yang abang percaya.” Jawabnya tenang,telefon bimbit ditangan diletakkan kesebelahnya.
“Dia masih kerja dengan awak? Bukan dia kata nak..kembali kedunia I.T dia?”
Soal Anis Adelia,ingin mengetahui.
“Dah jatuh cinta dengan lembu kambing kita..tak apalah sayang,kita tak pernah paksa dia terus berkhidmat untuk kita.Dia pula masih setia..selagi dia nak menghulurkan khidmat dia untuk kita,kita terima.Mana tahu...satu hari nanti..Giliran dia pula,ada lembu kambing sendiri..ada ladang sendiri.?”
Senyum pula dia dengan kata-kata Aniq Ehsan kali ini.
“Jom!” Berkerut dahi Anis Adelia menerima pelawaan itu.
“Pergi mana?”
“Dah asar belum sayang?”



Abang dah sampai Melbourne? Macammana keadaan disana? Mia betul-betul risaukan abang,kalau rasa cuaca disana memang tak sesuai dengan abang.Cepat-cepat balik,Mia sentiasa tunggu abang.

Salam abang Aniq.Mia dapat tahu daripada Auni,abang ke Melbourne? Maafkan Mia seandainya pesanan ini menganggu abang Aniq.Mia cuma berharap abang dapat memberi ruang dan peluang untuk Mia mengisi ruang kekosongan dihati abang.Mia ikhlas mencintai abang dan Mia ikhlas untuk menjadi sebahagian daripada hidup abang.Mia tahu...abang masih mencintai isteri abang.Mia sanggup menjadi yang kedua,jika itu sahaja peluang yang Mia ada untuk memiliki abang..

Abang...Mia rindu abang.Bila abang nak balik?

Anis Adelia termenung lagi,anak yang sedang leka bermain membuatkan dia tenggelam dalam dunianya.
Aniq Ehsan sedang bersolat,sayangnya dia pula uzur lewat tengah hari tadi.Maka tinggallah ummi sendiri melayan keletah anaknya ini.
Cuma ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran.Anis Adelia sengaja membuka telefon bimbit Aniq Ehsan yang ditinggalkan lelaki itu bersamanya.Ketika dia membelek pesanan ringkas yang berada didalam peti masuk telefon bimbit tersebut,hatinya sudah tidak tenteram saat melihatkan pesanan daripada wanita yang tidak dikenalinya turut berada didalam telefon bimbit tersebut.
Masakan tidak,bukan satu dua pesanan ringkas yang telah dihantar oleh wanita itu kepada suaminya.Boleh dikatakan,hampir setiap hari...ada sahaja pesanan yang dikirimnya!
Penuh peti masuk telefon bimbitnya ini dengan pesanan-pesanan daripadanya.
Semuanya berunsurkan ‘perasaan’ pula.
Siapakah gerangannya perempuan bernama Mia itu?
Berani menghantar SMS seperti ini di telefon bimbit suami orang?
Suami aku pula tu?
Hatinya yang gelisah sedari tadi makin gusar apabila difikirkan.
Bertambah pelik apabila langsung tiada sebarang balasan daripada Aniq Ehsan pula.Juga Tidak dipastikan Anis Adelia,apakah lelaki itu memang tidak pernah membalas semua pesanan wanita itu atau dia telah memadamkannya?
Untuk menjaga hati isterinya ini??
“Sayang??”
Kehadiran Aniq Ehsan mematikan segala lamunan yang bertandang.
“Lamunkan apa? Kopi.” Semug kopi panas dihulurkan kepadanya,semerbak haruman kopi panas baru menyapa deria baunya?
Bila masanya Aniq Ehsan kedapur? Sempat pula menyediakan kopi panas untuk mereka?
Itulah Anis?! Mengelamun lama sangat? Sampai tak sedar suami tu dah selesai mengerjakan amanahnya.
Siap sediakan air untuk awak lagi?
“Ada masalah dengan Bookstore? Restoran?” Boleh baca fikiran orang ke dia nie..?
Anis Adelia mengeleng kerana memang bukan itu yang menganggu fikirannya ini.
“Tak adalah awak..”
“Ada perkara abang nak tanya Anis..”
Ada saja soalan yang ingin ditanya.
Sambil menikmati kopi panas yang baru dibancuh Aniq Ehsan,Anis Adelia sedia menantikan soalan yang bakal keluar daripada bibir lelaki itu.
“Berapa sewa rumah nie?”
Tergamam Anis Adelia seketika,soal rumah pula?
“Kenapa awak tanya?” Soal Anis Adelia ragu.Agak pelik sebenarnya bila soal rumah ini turut menjadi tanda tanya lelaki ini.
“Mesti mahal kan? Lagipula matawang sini lebih besar daripada duit Malaysia.”
“Memanglah awak..Kalau tak masakan saya buat dua kerja dalam satu masa? ” Ketawa kecil Anis Adelia dihujung bicaranya,sekadar bergurau dan dia memang tidak memaksudkannya.
Apa yang perlu dimaksudkan sedangkan rumah ini telah pun menjadi miliknya yang sah,rumah yang dimilikinya daripada seorang hamba Allah yang telah pergi buat selama-lamanya.
Begitu juga dengan Bookstore itu..
Wajarkah dia memberitahu Aniq Ehsan akan kebenarannya? Memperkenalkannya pula kepada seorang lelaki lain?
“Duit yang abang bank in selama nie? Anis tak pernah guna langsung?”
Ya! Dia tidak pernah menggunakan wang itu walaupun sesen selama ini.Semuanya telah disimpankan buat sikecil ini.Hanya untuk Ariq Ehsan.
“Saya berguraulah awak..tak adalah,cukup.Keperluan kami anak beranak disini cukup sahaja,cuma..saya saja mengisi masa lapang.Lagipula saya cuma bekerja 4 hari dalam seminggu.Selebihnya memang masa untuk diri sendiri dan anak.Awak jangan risau,saya tak pernah abaikan anak awak selama nie..”
Anis Adelia tidak berterus terang.
“Ariq Ehsan....nak kemana tu sayang ummi??” Suara umminya menghentikan pergerakan Ariq Ehsan.
Lajunya dia merangkak.
 Perhatian Anis Adelia sudah terarah kepada putera yang sudah merangkak jauh meninggalkan ummi dan abah.Apa lagi tempat yang ditujunya kalau bukan pagar penghadang yang terbuka luas di pintu masuk dapur itu.
Abah dialah nie,keluar tak tau nak tutup...tahu anak tu dah merangkak sampai kemana-mana.
Sempat pula hatinya berdesis sendiri sebelum bangun untuk mengambil sikecil itu.


“Assalamualaikum ya ibni..Nak pergi mana nie......?”
Sebelum sempat sepasang tangan dan kaki kecil itu merangkak dan melintasi besi penghadang kedapur Anis Adelia sudah berdiri dihadapannya
Bercekak pinggang ummi memandang kearah anaknya.
Ingatkan nak tunjukkan wajah marah-marah sayang?
Sebaliknya?
Terkekek-kekek sikecil itu ketawa apabila wajahnya diangkat.Suka pula dia terpandangkan wajah ummi?
“Amboi,amboi,amboi..lajunya? Ummi  lepaskan terus kesini ye?”
Belum pun sempat ummi gomol,suara kecil itu terus memecah kesunyian rumah.
Ya Allah! Dia ketawa lagi..Suka sangat..Tak nampak abah lagi nie sebenarnya,kalau tak..duk menempek jer dengan abah,main dipangkuan abah.
Ummi pula gagal mengawal geli dihati..turut ketawa dengan kerenah si jantung hati seorang.
Eii...Ummi gigit pipi lebar tu nanti!
Anis Adelia terlupa..terlupa akan pesanan-pesanan yang dilihatnya didalam telefon bimbit Aniq Ehsan tadi yang telah membuatkannya cemburu dalam diam.

Dari ruang tamu,sepasang mata yang cukup bahagia melihat telatah isteri dan anak turut tersenyum gembira.
-----------------------------(^_^)-------------------------------------

4 comments:

  1. Jadi lepasni semua entry masuk blog ni lah kan? Uuuu senang sikit boleh terus follow heee

    ReplyDelete
  2. wah lepas ni kita lepak kat sini pulak la ye.. gud luck to u cik penulis ... tak sabar nak tahu sambungannya :)

    ReplyDelete