Tuesday, 25 September 2012

Salahkah aku...Mencintaimu??? (8)

Renungan bersama.. :

Sabda Rasulullah SAW: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (HR Ibnu Majah)

->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->

Bahagian 8 :)

     Seharian terlantar sakit sejak semalam dan hari ini tanpa dapat melakukan sebarang kerja membuatkan Nur Imani merasakan dirinya lumpuh sepenuhnya.Ariff Farhan pula sanggup mengambil cuti untuk semalam dan hari ini semata-mata mahu menjaganya.Ikhlas atau tidak bukanlah persoalan kerana masalah Nur Imani cuma satu! Semua kerja,semua urusan rumah tangga diambil sepenuhnya oleh lelaki itu sejak semalam,itu yang membataskan lagi pergerakannya.



Ba...yangkan...?

Suami yang selama ini hanya pandai menunjukkan ego,memberi arahan sesuka hati sesedap rasanya.Tiba-tiba seringan ini tulangnya?

Ringan tulang?

Hmm..Segala tindak tanduk suaminya sentiasa berada didalam pemerhatian Nur Imani sejak semalam.Jika pagi tadi dia melihat Ariff Farhan sibuk didapur menyediakan sarapan pagi sekaligus turut memasak untuk makan tengah hari nanti kemudian mengemas rumah pula.Sekarang nie..didalam biliknya,lelaki itu sedang duduk sambil melipat pakaian mereka diatas permaidani dihadapan televisyen yang tidak berpasang.

Tercuit pula hatinya melihat tingkah lelaki itu meskipun pekerjaan yang dilakukannya itu cukup sempurna dimatanya.

Nampaknya lelaki ini memang mewarisi sikap babahnya..

Beginilah sikap bapa mertuanya terhadap ibu mertuanya,seperti juga sikap ayah terhadap ibu..

Dua orang lelaki yang cukup dihormatinya sejak kecil,malah pernah suatu ketika dulu dia pernah mengimpikan untuk mendapatkan seorang suami seperti salah seorang daripadanya.

Bertuahlah wanita yang bakal menjadi isteri Ariff Farhan nanti,bertuah lagi jika menjadi isteri yang dikasihi dan dicintai lelaki ini.. Lelaki yang tegas dalam kelembutannya.Sentiasa mengutamakan keluarganya dalam segala perkara.Lelaki yang menjadi idaman setiap wanita yang mendambakan kesempurnaan seorang insan.

Ya! lelaki ini memiliki segala-galanya.

Cuma...semuanya berubah sekelip mata selepas perkahwinan yang berlangsung atas dasar keterpaksaan ini seperti telah memerangkapnya.Kehendak kedua pihak keluarga yang telah memetrai janji telah memberikan impak yang besar didalam hidupnya.

Nur Imani cukup merasai perubahannya.

Mungkin!

Apatah lagi wanita ini tidak pernah menjadi pilihannya dan tidak pernah tersenarai dalam menjadi calon isterinya.

“Apahal pandang aku macam tu? Tak pernah tengok orang lelaki melipat pakaian?” Nur Imani tersentak saat ditegur lelaki itu.

Ariff Farhan menyedari rupanya yang dia sedang diperhatikan.

Perlahan-lahan Nur Imani menyelak ketepi selimut yang dibiarkan menutupi kakinya tadi,kemudian dia turun daripada katilnya sebelum berjalan merapati sisuami yang sedang leka meneruskan kerjanya.

“Tak payah lipat pun takpa abang,abang letakkan saja kat situ,petang-petang sikit nanti Nur kemaskanlah semuanya.Nur tengok,abang dari tadi sibuk buat kerja dalam rumah nie.” Ujar Nur Imani lembut.Sengaja dia melabuhkan punggungnya disisi insan itu.Ariff Farhan langsung tidak mengendahkan kata-katanya malah meneruskan kerjanya tanpa sebarang gangguan meskipun Nur Imani sudah duduk hampir dengannya.

“Aku cuti nie,bolehlah tolong apa yang patut.Kau tu..dah cuti nie,rehat elok-elok kat rumah.Tak payah nak buat kerja tu,kerja nie! Kalau sakit,macammana nak balik ke kampung?”

Wajah Nur Imani sedikit ceria mendengar perkataan kampung yang baru disebut oleh Ariff Farhan sebentar tadi.Masakan tidak,bukannya selalu dia berpeluang balik kekampung.Walaupun sekadar balik hari namun dapat bertemu dengan ayah,ibu,keluarga mertuanya.Itu sudah cukup memberikan kebahagian kepada Nur Imani.

Ya! Hujung minggu ini mereka akan balik kekampung,balik atas urusan keluarga dimana Zahim akan melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan emaknya.Nur Imani sendiri tidak sabar untuk bertemu dengan kedua-dua orang tua yang begitu dirinduinya.

“Abang jangan risau,kalau sebab nak balik kampung.Nur dah bersedia sangat abang,nak balik hari nie pun boleh je..”

Usik Nur Imani dihujung bicaranya namun air muka Ariff Farhan juga tetap begitu.Mengalahkan orang yang tidak berperasaan.

“Hmm eloklah kalau macam tu,sebelum aku terlupa..petang esok kita balik kampung.Aku masuk pejabat dulu lepas sembahyang jumaat.Lebih kurang pukul 6.00 tu aku sampai kerumah,mandi rehat kejap lepas tu kita terus balik!” Nur Imani tidak menunggu walaupun sesaat lagi untuk mengambalikan pandangannya kepada Ariff Farhan.

Balik kampung hari jumaat?

Serius ke suami aku nie nak balik kampung hari jumaat?

Bukan ke kenduri tunang Zahim hari ahad?

Jumaat,sabtu,ahad! 3 hari! Lama tue?

Selalunya dia nak balik hari jer?

Herm..nie bukan setakat pelik jer nie,ke..dia pulak yang demam? Mujur tangannya tidak gatal menyentuh dahi luas itu untuk menjawab persoalan bodoh yang baru datang kebenaknya ketika ini.

Dalam hati..Perasaan Nur Imani sudah berbunga-berbunga.Seingatnya! Sejak mereka kahwin,ini kali kedua dia dapat bermalam dirumah keluarganya semula dan jika dia bertuah,malam itu akan menjadi malam pertama dan malam terakhirnya dia bermalam dirumah keluarga bergelar mertua.

Hmm...

“Kau menungkan apa pulak?”

“Kita balik hari jumaat abang?? Bukan kenduri bertunang Zahim nanti hari ahad ke?” Nur Imani ingin mendapatkan kepastian.

“Saja..Kau tak dengar mak ngah memerli aku jer masa kita kat rumah Zahim hari tu..Lagipun mama dengan babah nak buat kenduri sambut orang baru.Kenduri Zahim pun kita buat sekali dengan kenduri anak,bertunang esok terus jer berangkat.Takda sibuk sangat.”

“Ha??” Nur Imani semakin tertanya-tanya dengan maksud bicara suaminya.

Apalah yang cuba dia sampaikan nie.Kenduri sambut orang baru? Siapa pulak? Anak?

“Orang baru? Maksud abang?” Nur Imani terus memberanikan diri untuk menyoal Ariff Farhan lagi.

“Kak ngah dah bersalinkan baby no.2.” Ujarnya tenang sedang jawapannya telah membuatkan Nur Imani terkesima.

Kak ngah dah bersalin?!

Nur Imani memang terkejut dengan perkhabaran itu,

Mujurlah selepas itu dia teringat yang ibu mertuanya pernah memberitahunya tentang keadaan kakak iparnya yang berbadan dua itu ketika dia menelefon  orang tua itu hampir sebulan yang lalu.Pernah juga terniat dihatinya untuk melawat,tapi?? Nur Imani terlupa...Kesibukannya dipejabat membuatkan dia langsung tidak teringat akan hal itu lagi.

Tapi...Ariff Farhan juga tidak pernah memberitahunya bila kakaknya bersalin?

Hai...Suamiku..Bertuah betullah!

Keluh Nur Imani jauh didasar hatinya sambil memandang kewajah lelaki itu yang kelihatan tenang saja.Langsung tidak mempamerkan riak wajah bersalah.

Entah apa yang dia takutkan jika aku rapat dengan ahli keluarganya??

Aku pula?

Sedih diperlakukan begini namun semua yang berlaku  juga atas kerelaanku.Jadi,perlukah aku mengeluh?

“Bila Kak ngah bersalin bang?” Nur Imani mula jauh hati,ingin berbual terus pun terasa malas sahaja bibirnya ini ingin dibuka.Cuma dia ingin mengetahui cerita sebenarnya,bila kakak iparnya itu bersalin?

Salahnya juga,sudah dekat dua minggu juga dia tidak menelefon ibu dan ibu mertuanya.Jika tidak pasti perkhabaran itu sudah sampai kepengetahuannya.Sekurang-kurangnya dia dapat pergi melawat keluarga iparnya itu biarpun tanpa pengetahuan Ariff Farhan.

“Sabtu nie cukup seminggulah,alang-alang Zahim nak bertunang.Mama ajaklah mak ngah buat majlis tu sekali.Majlis akikah anak dengan majlis tunang Zahim.Senang!”

Mendengar tiada balasan daripada sang isteri,Ariff Farhan menoleh kesisinya.

Kali ini dia pula yang terkejut! Melihat Nur Imani sudah tiada disitu?

Haish? Kemana pulak bini aku nie? Tadi beria nak bersembang? Tup-tup..dia pulak yang hilang? Soal hatinya sendirian sambil membiarkan pandangannya berlegar-legar didalam bilik.Mencari semula kelibat sekujur tubuh itu,namun tiada...sehinggalah pandangannya mati kearah pintu bilik yang sememangnya terbuka luas sejak tadi.

Keluarlah tu?

“Assalamualaikum Tasya..” Nur Imani tersenyum lebar ketika menyambut panggilan itu,dia meninggalkan Ariff Farhan didalam bilik sebaik telefon yang disilencekan sejak semlam tiba-tiba bervibrate.Melihat nama pemanggil yang tertera diskrin telefon bimbitnya,laju sahaja Nur Imani membawa langkahnya keluar bilik.

“Waalaikumussalam..Hai sahabat! Sejak-sejak berhenti kerja nie langsung tak dengar khabar berita? Apa cerita nie mak buyung?”

“Malas nak ganggu,orang tu kan sibuk sentiasa.”

“Eleh..aku ke kau yang sibuk?” Sinis Natasya memerlinya.

“Hmm?”Nur Imani seakan-akan sudah dapat menghidu sesuatu,Natasya bukan menelefonnya sekadar untuk bertanya khabar,tapi?

“Kenapa tak datang birthday party anak aku malam tadi,puas aku tunggu tapi sampai sudah batang hidung kau tak nampak?”

Gulp..Nur Imani cuba mengingati tarikh semalam.Tak sampai seminit,barulah dia diingatkan semula oleh sesuatu.

“Err..malam tadi?” Soal Nur Imani semula,ingin memastikan apa yang dia dengar tadi betul atau tidak.

“Ye mak buyung,malam tadi..Birthday Sakinah.”

“Ya Allah! Sungguh Tasya! Aku terlupa! Kau pun satu,kalau ya pun mesejlah semalam..Nie tak! Manalah aku nak ingat,kau beritahu aku benda nie pun dah lamakan? Sebelum aku berhenti lagi! Aku lupa betullah Sya!”

It’s okey dear.Aku tak kisah pun kau datang ke tak,dalam keadaan kau macam tu.Rasanya Ariff pun tak bagi kau keluar malam-malam macam tu kan? Aku faham.”

­“Tak juga..Sebenarnya aku baru baik demam.”

“Kau demam?” Natasya pula menyoalnya dalam nada terkejut.

“Hmm..Pagi kelmarin,malam tu aku muntah teruk betul.Tak lalu sangat dah rasanya! Ingatkan pagi tu okey dahlah.Masa nak bangun subuh..huh! Baru aku sedar satu badan aku dah sakit,dengan menggigilnya lagi! Tak bangun aku pagi tu! Nasib baik suami aku ada,dialah yang uruskan hal rumah tangga,kalau tak...?”

“Teruk lagi ke alahan kau?”

“Kadang-kadang okey,kadang-kadang tak! Ikut mood dialah!”

“Yalah..Mood dia! Kau pun satu,dah tahu awak tu tengah berbadan dua.Janganlah duk aktif sangat.Cuba banyakkan berehat,tu..dalam perut tu anak sulong.Kandungan pertama nie biasanya memang sensitif sikit.” Nasihat Natasya.

Hati Nur Imani jadi terusik tiba-tiba.Ada sesuatu disebalik bicara Natasya yang membuatkannya sebak.

Nasihat itu telah membuatkan ingatannya terus kepada kedua-dua ibu yang dikasihinya.Mungkinkah begini perasaannya jika hal yang sama dilakukan oleh ibu dan ibu mertuanya jika mereka mengetahui akan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua ini?

Menasihatinya? Menjaganya?

Sudah pasti begitukan?

Tapi sekarang? Dia terpaksa menyembunyikan berita gembira ini daripada semua orang terlebih dahulu kerana Nur Imani sendiri tidak tahu bagaimana ingin mengkhabarkan berita ini kepada mereka.Bimbang jika kebahagian yang disangkanya untuk semua ini bakal memberi kesusahan kepada seseorang.

Disebabkan itu semua kebahagian,kegembiraan,kesusahan dan keperitan sikecil ini berada dirahimnya..hanya dia yang tahu! Sekali sekala,seperti sekarang dia akan menceritakannya kepada Natasya.Mujur wanita ini masih tidak mengetahui perihal kehidupannya yang menyakitkan ini,biarlah Natasya menyangkakan yang kehidupannya telah sempurna sebagai seorang wanita asalkan dia punya teman untuk berkongsi secebis kebahagian ini.Tidak perlu kesakitan itu disingkapkan jika dirinya hanya akan lebih terluka!

“Nur?” Natasya menegur setelah tiada sebarang reaksi daripada temannya itu.

“ Ya..”

“Kenapa nie? Kau tak sihat lagi ke?” Suara Natasya kedengaran bimbang.

“Taklah..Aku cuma terkilan tak dapat pergi ke majlis anak kau tu.Yalah,tak pernah aku miss menghadiri setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran dia.Dari baby sampai umur dia dah 6 tahun sekarang! Tahun nie pula tak datang..” Nur Imani meluahkan sedikit kekecewaannya.

“Dia ada juga tanya aku pasal kau.”

“Ye ke? Habis kau beritahu apa kat dia..”

“Cakap kau tak laratlah..”

“Ermm..tak apalah..aku cuba datang kerumah kau nanti.”

“Hei..Its okey dear..aku call kau nie pun sebenarnya lebih kepada nak tanya khabar jer.Yalah! Kau terus senyap macam tu jer lepas resign!” Natasya cuba meneutralkan keadaan mereka kembali,inilah susahnya bercakap dengan ibu mengandung! Hati mereka nie sensitif sikit!

“Hmm..Okeylah Nur,aku ada mesyuarat kejap lagi.Aku telefon kau nie pun sebab nak ajak berbuallah.Sebelum terlupa,semua kawan-kawan kat pejabat nie kirim salam kat kau! Siap ada pesanan lagi,nie aku bacakan untuk kau ‘Kalau baby lahir nanti jangan lupa bagitau! We all konvoi satu pejabat kerumah kau!”

Terhibur hati Nur Imani mendengar semua itu,rasa rindu pula menggamit sanubarinya mengenangkan suasana dan kenangan sepanjang dia bekerja disana.

Tercalit sebuah senyuman dibibir kudusnya saat mengenangkan semua itu,menambahkan lagi seri diwajah bakal ibu itu.

Perut yang semakin membesar itu diusapnya penuh kasih,ditenung seketika penuh rasa cinta sebelum dia membalas bicara Natasya tadi

“Waalaikumussalam..InsyaAllah,dah tiba masanya nanti aku beritahu.Sampaikan juga salam aku kat mereka semua.Salam sayang dari Puan Nur Imani! Dan tak lupa juga..buat Sakinah sekali,kau peluk ciumlah dia untuk aku..”

Terdengar suara Natasya ketawa halus dengan jawapannya.

“Rindu betul aku kat kau nie Nur..InsyaALLAH nanti aku sampaikan pada mereka.”

“Aku pun rindukan kau..Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

Perbualan dua teman itu berakhir sudah setelah mereka sama-sama memutuskan talian.

Nur Imani kembali kebiliknya selepas beberapa minit berlalu pun begitu Ariff Farhan kelihatannya telah pun selesai melipat dan kini..sedang menyusun semua pakaian miliknya kedalam almari.

Kehadirannya memang disedari oleh Ariff Farhan.

“Kau kemana?” Laju lelaki itu menegurnya.

“Jawab telefon,”

“Sampai kena keluar?” Ariff Farhan menyoal penuh makna.

“Natasya yang call..Nur terlupa semalam dia buat majlis hari jadi anak dia.” Nur Imani berterus terang saja,

Ariff Farhan tidak membalas apa-apa lagi selepas itu.Dia sudahpun mengangkat bakul yang berisi pakaian yang dilipatnya tadi menuju kebiliknya pula.

“Aku keluar dulu.Apa-apa cari saja aku kat dalam bilik!” Ariff Farhan masih tidak betah dengan pesanan-pesanannya.

“Hmmm..” Panjang Nur Imani menyambut,belum pun lelaki itu keluar dia sudah mula dapat merasakan kebosanannya kerana bakal ditinggalkan didalam bilik ini bersendirian semula.

##################################

7 comments:

  1. yeahhh..syg cek nursalisa.citer ni bila nk dibukukan??mesti sy bli punye kalau da ada kt pasaran..dan mcm biasa ,best!!

    ReplyDelete
  2. bukukan?! huhuhu,jauh tu..
    x pernah tfikir smpai kesitu lagi,sekadr mengisi kelapangan..tapi x taulah pulak jika dberi rezeki dmasa dpan..i.Allah.
    No one knows what will happen tomorrow,right? :)

    ReplyDelete
  3. pergh..tak sangka juga..mamat tu ada bakat terpendam..mengemas rumah ..memasak..mambasuh baju..apatah lagi melipat dan menyusun baju...akak speechless ... kehairanan pulak akak..macam mamat tu dah tersampuk ek.. layanan yg sgt sgt berbeza.. adakah dia telah tersedar dari mimpinya yg pjg dan sudah berubah untuk memulakan hidup baru ngan Nur..rasanya mamat stone tu buat itu semua untuk Nur dengan ikhlas kan.. adakah Nur akan membuka rahsia pada suaminya..atau dia terkantoi masa dikg..dan dapat diketahui oleh kedua parentsnya..dan apakah reaksi mamat stone tu..bila dapat tahu..ada zuriat yg sedang membesar didalam rahim Nur..adakah persepsi dan layanannya akan berubah..

    ReplyDelete
  4. Tersenyum sendiri saat membaca komen Kak Ida,hehehe..tq:)

    ReplyDelete
  5. kenapa arief ni...hati batu betul..tak kan tak perasan perubahan bini dia...cubalah curios and concern skit....kata sayang...adoiyaiiiii ego lah tu!

    ReplyDelete
  6. cek nursalisa..bile nk apdet ni..da lme sgt da tgu..kwn sye pun tertnye2 bile cter ni nk apdet.ke nk di terbit an trus?hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya kalau enovel nie dibukukan :)))

    ReplyDelete