Tuesday, 12 June 2012

Pengalaman..

Cek Nursalisa nak kongsi 1 story nie dengan kalian.Cerita benar dan telah pun berlaku dalam kehidupan Cek Nursalisa.

Kisah tentang seorang anak yang baru kehilangan ibunya.

Cek Nursalisa ingat dah takda orang yang berperangai macam tanggang lagi kat dunia nie,rupa-rupanya ada lagi.

Cerita nie dah berlalu lebih kurang 3 minggu yang lepas,

Masa tu Cek Nursalisa,mak dan dua orang lagi adik Cek Nursalisa dah balik ke Kg sebab petang tu kami dapat panggilan dari Kedah yang memberitahu kami satu perkhabaran sedih.

Moyang tiri Cek Nursalisa meninggal dunia (Mak tiri tok Cek Nursalisa)

Kebetulan hari tu abah tak dapat follow,so..Kami 4 beranak jerlah dari Perak balik ke Kedah.

Rupa-rupanya arwah berada di Kuala Lumpur lagi masa kami dalam perjalanan balik.Lebih kurang pukul 7 lebih kami sampai ke kampung.Jenazah akan dikebumikan di kampung dan akan dibawa kerumah opah saudara Cek Nursalisa,kebetulan pula hanya bersebelahan dengan rumah tok Cek Nursalisa.

Masa tu,Cek Nursalisa ingat jenazah dalam perjalanan balik,rupa-rupanya tak lagi.

Keluarga yang kat sini dah bersiap sedia dah nak uruskan semuanya.

Alhamdulillah lebih kurang pukul 3 pagi,akhirnya jenazah moyang Cek Nursalisa tiba juga dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta tentera.Untuk pengetahuan kalian,anak arwah moyang Cek Nursalisa nie memegang jawatan sebagai Mejar dalam ATM.Menantunya pula merupakan staff nurse.Tapi antara kami takda sebarang pertalian sebab dia merupakan anak arwah moyang tiri Cek Nursalisa dengan suami dia yang lain.Mungkin suami pertamanya sebelum arwah berkahwin dengan moyang Cek Nursalisa.

Okeylah,pagi tu orang ramai,sanak saudara terutamanya dah memenuhi rumah opah saudara Cek Nursalisa untuk melawat dan mendoakan jenazah.Sempat juga Cek Nursalisa menghadiahkan kepadanya yaasin dan Al-fatihah dan bibir ini sempat juga menjamah dahinya yang sejuk buat kali terakhir.

Sungguh hati ini terasa begitu sebak melihat wajah tenang arwah yang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.Walaupun Cek Nursalisa jarang bertemu dengannya dan Cek Nursalisa juga baru mengenalinya tidak sampai 3 tahun.Namun itu sudah cukup membuatkan hati Cek Nursalisa begitu tersentuh,kali terakhir Cek Nursalisa bertemu dengannya adalah ketika kami berkelah dirumahnya.Itupun Cek Nursalisa dengan adik yang masak :) Masakan alar kadar.Sup daging,terung bakar dan sambal belacan.Tapi itu pun dia kata sedap :) Mungkin gembira dengan kehadiran kami,kerana sepanjang hidupnya pun,anak-anaknya seakan-akan tidak mempedulikan dirinya.

Arwah selamat dikebumikan juga akhirnya lebih kurang jam 11 tengah hari.Perginya arwah,Cek Nursalisa ingat tiadalah lagi masalah selepas itu namun apa yang telah dicakapkan oleh anaknya membuatkan hati Cek Nursalisa turut patah sebenarnya.

Boleh kalian bayangkan,apabila seorang pegawai kerajaan berstatus mejar boleh mengatakan yang dia tidak punya duit untuk menguruskan jenazah maknya?

Sedangkan urusan jenazah semasa diKuala Lumpur pun pastinya pihak ATM yang menguruskan.

Pastinya dia juga akan memperoleh khairat kematian,tapi sanggup dia cakap didepan kami semua yang dia tidak punya wang untuk menguruskan jenazah arwah ibunya?

Sungguh Cek Nursalisa terpempan.

arwah moyang Cek Nursalisa juga pernah meminta opah saudara Cek Nursalisa untuk menyerahkan sejumlah wang,kalau tak silap Cek Nursalisa dalam dua ribu lebih kepada anak bongsunya sebelum dia pergi.Iaitu tok saudara tiri Cek Nursalisa.

Tahu apa tok su Cek Nursalisa buat?

Akhirnya dengan duit itu digunakan untuk menguruskan jenazah ibunya dan dengan duit juga kenduri arwah dilaksanakan.

Anak yang sekadar bekerja dikampung,tidak punya pendapatan yang tetap sanggup menolong berbanding dengan anak yang cukup berjaya,memegang jawatan yang tinggi.Sanggup menipu orang lain dengan mengatakan dia tidak punya wang untuk menguruskan jenazah satu-satunya ibu yang dia ada?

Berat sangatkah ingin dia berbakti kepada orang tuanya buat kali terakhir?

Tidak luak manapun hartanya jika dia membantu arwah ibunya? Sedangkan semasa hayat ibunya,wanita itu diabaikan? Hati dan perasaan wanita itu tidak pernah diambil peduli? kemana perginya sikap tanggungjawab,perasaan belas kasihan yang telah Alla hadiahkan kedalam hati kalian? Kemana perginya sehingga sanggup bertindak seperti itu kepada ibu kalian sendiri?

Paling Cek Nursalisa kecewa apabila petang itu juga mereka pergi,pergi ketempat lain sebelum sempat menghadiri kenduri arwah yang dibuat untuk ibunya.

Bukankah lebih baik,sekurang-kurangnya mereka bermalam satu malam sahaja lagi dirumah arwah ibu mereka itu.Mengapa tergesa-gesa pergi sedangkan selepas ini tiada lagi doa tulus seorang ibu untuk mereka?

................................................................................................................................................................