Tinggal dua hari saja lagi bulan syaaban akan melangkah pergi...
Ramadhan pula akan berkunjung semula selepas setahun menghilangkan diri..
ahlan wasahlan ya Ramadhan,salam perpisahan buat syaaban..
Semoga dapat aku lalui mu penuh keberkatan..
....
Hari nie...
Dah 4 minggu kuliah start,dalam banyak2 kelas tu..cuma kelas f.Muqaran 1 jer yang tak start lagi...
so,pergi jumpa dekan tadi..rupa2nya pensyarah y mengajar sub tu ada..
Yup!! Dr tu memang ada,sbab sebelum nak masuk kelas tadi,sempat berselisih kat tengah jalan,sempat juga menghulurkan salam..
Memang nampak Dr tu sepertinya tengah mencari kelas,tapi x sangka pulak beliau yang akan mengajar madah nie.
Masuk bilik dekan,Dr cakap pensyarah tu memang ada cuma beliau tak pasti pensyarah mana yang mengajar madah nie sebab senarai pensyarah yang mengajar setiap madah ada ditangan pembantunya,kebetulan pembantu beliau takda,so..Cek Nursalisa pun agak terkapai2..masih diburu tanda tanya..
tapi dua nombor telefon Dr sampai ketangan Cek Nursalisa..Dr cakap,cuba mesej kedua-dua Dr nie,tanya mereka samada madah nie mereka ajar @ tak.
Cek Nursalisa kaku kejap..
Kenapa?
cos,tanya pada diri..Nak hantar mesej dalam BI ke dalam BA?? Nak hantar dalam BM,salah seorang Dr nie memang x tau cakap BM.Lagipun Dr tu mengajar Cek Nursalisa juga dalam madah F.Jinayat..Y seorang lagi tu,Cek Nursalisa tak berapa nak kenal pulak,tapi y pasti kedua-dua Dr nie memang orang arab..
masa tu ada juga terfikir nak telefon??
tapi..kalau telefon karang lagilah Cek Nursalisa tak tau nak cakap apa..
akhir sekali..Ambik keputusan...mesej jerlah..
Kedua-dua Dr tersebut Cek Nursalisa bagi mesej yang sama,tapi x taulah betul ke x ayat Cek Nursalisa tu...y berbunyi..
"Salam ya Ustaz..Hal yusaiduka madah Fiqh Al Muqaran 1?"
Seorang daripada Dr tu balas..
"nam selas"
Urrr??
Cek Nursalisa baca lagi sekali..
Nam selas?
Lama juga Cek Nursalisa tatap ayat tu..
Nam tu mungkin maksudnya ya..
tapi selas tu apa pulak :)??
malas nak fikir,jawapan Dr tu langsung Cek Nursalisa x balas..padahal nak cakap dengan dia,kelas kita di BKG 11,tapi...
Cek Nursalisa pun tak tau nak karang ayat apa lagi..sekali taip,sekali padam..sekali taip..sekali padam..Habis bila nak selesainya??
So,Cek Nursalisa fikir,jumpa minggu depan sajalah..Lagipun Cek Nursalisa dah tau pensyarah mana yang bakal mengajar madah tu dan Dr tu pun agak syadid dan ontime setiap kali kelas..InsyaAllah kami akan berjumpa lagi minggu depan...
........................................
No comments:
Post a Comment