Friday, 10 August 2012

Salahkah aku...Mencintaimu??? (5)

Nie dia sambungannya,sory lambat..

sedikit lagi rentetan kisah mereka..

Buat nurul dan momkirah..Jom baca ;)

Bahagian 5..

    Zahim melihat jam ditangannya,baru pukul 8.00 tapi Ariff Farhan sudah berada didalam biliknya.Pekerja yang lain pun baru sampai selepasnya tadi.

Punctual betul dia nie! Komennya secara tak langsung.

Dia melangkah masuk kebilik Ariff Farhan,kelihatannya Ariff Farhan sedang sibuk menyemak fail-fail yang berada diatas mejanya ketika itu.

Bukan niatnya untuk menganggu temannya itu,sekadar ingin menyampaikan pesanan yang telah diamanahkan kepadanya sebelum datang kepejabat tadi.



Pesanan mak yang membuatkannya tidak senang duduk selagi tidak dikhabarkan kepada orang yang sepatut menerimanya kerana itu dia tidak terus masuk kebiliknya ketika sampai seminit yang lalu.Sebaik menyapa 3 orang staf mereka yang masih setia menjadi pekerja disyarikat kecil mereka ini Zahim terus berjalan kebilik Ariff Farhan pula.

“Him?!” Kehadirannya ternyata disedari oleh Ariff Farhan.

Busy ke?”

“Kau rasa?”

Soalan berbalas soalan itu membuatkan Zahim menggaru kepalanya yang tidak gatal.Pelik pula dengan angin sepupunya pagi ini.

Namun dia sekadar buat tidak tahu,kerusi didepan meja Ariff Farhan ditarik berhati-hati sebelum melabuhkan punggungnya diatas kerusi tersebut.

Ariff Farhan turut menutup fail yang sedang disemaknya tadi,kini perhatiannya diberikan 100% kepada Zahim kerana dia tahu,pasti ada sesuatu yang ingin diberitahukan kepadanya jika tidak Zahim takkan masuk kebiliknya seawal ini.Apatah lagi dia dilihat tidak mempunyai tujuan bertemunya,

“Hmm..Ada apa kau masuk bilik aku nie?”

Soalnya serius,kekok pula Zahim dibuatnya.Ini mesti pasal hal semalam tak habis lagi?

“Aku banyak kerja nak dibuat! Kalau kau rasa takda benda penting nak cakap dengan aku..aku alu-alukan kau untuk keluar dari bilik nie.”

“Marah kat aku ke?”

“Kenapa? Aku nampak macam tengah marah ke?”

“Macam aku tak kenal kau?!”

“Dah! Dah! Aku tanya kau..ada apa kau masuk bilik aku nie? Dah takda kerja ke sampai-sampai je terus masuk bilik aku?”

“Bukan takda kerja,tapi nak sampaikan pesan daripada seseorang..”

“Pesan?” Ariff Farhan melepaskan tawa kecil sambil mengeleng beberapa kali,pun begitu masih dalam riak wajahnya yang serius.

“Kau nie! Macam-macam hal Him! Hmm..Pesanan apa kau nak beritahu aku? Daripada siapa?”

Zahim sudah tersenyum,soalan itu yang dinanti-nantikannya daripada Farhan.

“Pesanan nie....” Sengaja Zahim memberhentikan kata-katanya seketika,ingin melihat reaksi seterusnya dari Ariff Farhan.

Nampak sangat Ariff Farhan juga sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar kata-kata selanjutnya daripada Zahim.

“Pesanan nie??” Ariff Farhan juga sengaja mengulang ayat itu semula,mengharapkan Zahim segera menghabiskan kata-katanya!

“Khas daripada mak saudara kesayangan kau!” Berubah terus air muka Ariff Farhan dengan kata-kata Zahim.Hilang pula keinginannya untuk mendengarkan bicara seterusnya daripada Zahim.Jika boleh,ingin sahaja dihalaunya Zahim keluar daripada bilik pejabatnya ini dengan segera,tapi...

Pesanan daripada Mak ngah? Nak apa pulak orang tua nie? Desis hati kecil Ariff Farhan tidak senang.

Teringat pula dia pada perbualannya dengan Zahim semalam.

Takkan dia nak...?

“Mak suruh kau datang kerumah aku.Bawak Nur sekali! Katanya sejak kahwin,jangankan nak nampak muka! Sekali pun kau tak pernah datang rumah dia bawak isteri kesayangan kau tu..”  Ayat Zahim terhenti seketika.

Ariff Farhan pula,

belum pun sempat tekaan didalam hatinya disempurnakan,Zahim terlebih dahulu menyuarakan apa yang sedang bermain-main dimindanya ketika ini.

Aduh! Masak aku macam nie!Berbalam-balam akal fikirannya buat seketika.

Zahim dapat melihat rasa tidak selesa Ariff Farhan,terutama sekali ketika dia menyebut tentang emaknya.

Pada Zahim pula,tindakan emaknya itu memang betul.Lagipun pertemuan itu sepatutnya telah berlaku lama dulu.Namun baru berhajat malam ini,itu pun jika Ariff  Farhan tidak terfikir untuk melepaskan dirinya lagi.Jika tidak...tak tertunai lagilah hajat emaknya ingin bertemu dengan satu-satunya menantu perempuan keluarga mereka ini.

“Kau betul ke nie? Ke kau yang pujuk mak ngah suruh jemput aku dengan Nur kerumah kau?” Ariff Farhan menduga.

Zahim membuat wajah ketat,tidak puas hati mendengar serkap jarang Ariff Farhan terhadapnya.

“Takda gilanya aku nak berpakat dengan mak suruh kau dengan Nur datang kerumah! Aku nie..dah naik muak nak tengok muka kau.Ingatkan seminggu nie tak payahlah nak menghadap muka kau lagi,tapi..tiba-tiba mak boleh minta aku sampaikan pesan dia,suruh kau laki bini datang kerumah.” Ujar Zahim sambil menunjukkan jari telunjuknya kehidungnya.Mengalahkan mak nenek!

“Aku malas le nak pergi!”

“Ada bran ke bro? Aku tak kisah kalau kau tak nak datang,tapi sebelum apa-apa biar aku ingatkan kau..kau kenal mak aku tu macammana kan? Tak pa kalau kau tak nak temukan isteri kau tu dengan mak,tapi kalau dia suruh aku sendiri bawak dia kerumah kau..Jangan nak marah aku pulak nanti?” Zahim menuturkan kata-katanya dengan penuh makna,sengaja menambahkan lagi kegelisahan dihati Ariff Farhan.Lagipun apa yang diperkatakannya tadi ada kebenarannya juga.

Ah!! Bukan Farhan tak kenal siapa mak aku tu!! Desis hati kecilnya terus.

“Amacam? Nak datang ke tak nak? Mak aku cakap kalau kau jadi datang malam nie bolehlah dia masakkan apa yang patut,kalau tak...aku yang bawak mak aku kerumah kau!” Tokok Zahim.

Ariff Farhan masih membisu,

Zahim tahu! Dia sedang memikirkan sesuatu..Bukan untuk memberikan jawapan ya ataupun tidak,tetapi mencari alasan untuk mengelakkan Puan Zahira bertemu dengan Puan Nur Imani!

Zahim mengetuk hujung meja Ariff Farhan apabila tiada tanda-tanda dia akan menjawab soalannya tadi.

Ariff Farhan tersedar dari lamunannya.

“Aku tengah menunggu nie Han,jangan sampai aku penat..aku sendiri yang bagi jawapan kat mak karang! Kalau aku yang bagi jawapan sat gi,kau tahulah kan apa aku akan cakap?”

Ariff Farhan merenung kembali wajah Zahim dengan seribu makna tersurat.Padahal kepalanya sedang berserabut memikirkan alasan yang paling kukuh untuk diberikan kepada mak ngah bagi menolak jemputan itu.

Zahim pula,dia cuma inginkan jawapan Ariff Farhan.Tidak lebih daripada itu.

“Mak ngah nak suruh aku datang jugak ke?” Ariff Farhan masih inginkan kepastian.Tubuhnya disandarkan kerusi,sambil tangannya memeluk tubuh.Kepalanya masih ligat memikirkan sesuatu.

“Boleh kalau kau tak nak,tapi cakap dengan dia sendiri.Jangan nak suruh aku pulak yang buat alasan bagi pihak kau! Kali nie aku malas nak masuk campur.”

“Huh! Takda jalan lain ke Him?”

“Kau rasa?” Kali ini Ariff Farhan pula terdiam dengan soalan yang diajukan Zahim kepadanya.

Sesekali,terkena jugak!

Reaksi Ariff Farhan benar-benar mencuit hatinya.

“Okeylah..Itu jer pesanan yang mak suruh aku sampaikan pada kau.Aku blah dulu le,bro! Kerja aku pun banyak lagi yang menunggu nie! Apa-apa hal,kau cakap dengan mak sendiri!”

“Err..” Ariff Farhan tidak jadi meneruskan kata-katanya.Tangan kanannya yang diangkat untuk memanggil Zahim tadi dijatuhkannya semula.

Dia hanya memandang dan membiarkan sahaja Zahim pergi meninggalkannya tanpa mampu berbuat apa-apa.

Lama Ariff Farhan termenung sendirian,kerja yang tertangguh saat Zahim masuk kebiliknya tadi juga dibiarkan terbengkalai macam tu sahaja.

Runsing! Ikutkan hati,memang dia tak nak membawa Nur Imani kerumah Zahim malam nie..Tapi,

Hish! Nak lari macammana lagi? Esok-esok,bertembung juga dengan mak ngah.

Ariff Farhan menoleh kesisinya,telefon bimbit yang setia menemaninya kemana sahaja dia pergi bagai menggamit supaya dia menyentuhnya namun perasaannya sudah berbolak balik,tidak pasti samada patut atau tidak untuknya mendail nombor ibu saudaranya itu.

“Assalamualaikum mak ngah..”

“Waalaikumussalam..Han?” Suara ceria itu menyambut salamnya.Inilah penyelesaian yang difikirkannya sejak tadi.Terpaksa juga dia menelefon ibu saudaranya ini.

“Ya,Mak ngah..Ini Han..Mak ngah apa khabar?”

“Alhamdulillah..Mak ngah sihat..Lama tak dengar khabar kamu nie.Apa ceritanya pulak?”

“Han pun sihat.Alhamdulillah..”

“Lama betul kamu menyepi?? Kalau takda hal,susah benar mak ngah nak dengar suara kamu.Jumpa apatah lagi?” Belum apa-apa lagi,dia sudah disindir.

Err...pipinya pula digaru berkali-kali padahal langsung tidak gatal.Soalan mak ngah agak sukar untuk dijawab oleh Ariff Farhan.

“Bukan menyepi mak ngah.Han cuma busy sikit.Almaklumlah mak ngah,syarikat tengah nak berkembang.Pekerja pula masih tak ramai.Kerja pun banyaklah.” Ariff Farhan membina alasan,alasan yang agak tepat namun tidak sedikit pun memuaskan hati mak ngah.

Bu...sy??” Berdesing pula telinga Ariff Farhan apabila salah satu perkataannya diulangi sinis oleh mak ngah.Nampak sangat alasannya tidak dapat diterima pakai oleh wanita itu.

“Yalah mak ngah,Han busy..Busy dengan kerja dipejabat,busy dengan...rumah tangga.” Perkataan terakhir itu sedikit mendatar bunyinya.

“Pasal tu takda masa nak bawak isteri jumpa mak ngah? Amboi..Mak ngah dengar cerita daripada mama kamu,kalau balik kampung pun tak pernah bawak Nur bermalam dirumah.Rumah keluarga dia apatah lagi? Betul ke??”

Semua soalan yang diajukan kepadanya seperti soalan maut buat Ariff Farhan,penuh dengan perangkap yang tidak disangka-sangka.

“Err,Mak ngah nak buat jamuan apa malam ni?” Laju pula bibirnya menukar topik perbualan mereka.Puan Zahira sudah menduga semua itu,tadi pun dia sekadar ingin menguji Ariff Farhan.Nampaknya dia tidak mahu isu rumah tangannya dibangkitkan..

“Jamuan menyambut menantu,tunggu Han bawak?? Hmm..tak tahulah bila nak perkenalkan isteri dia kat mak dia nie..” Ujar Puan Zahira seakan-akan merajuk.

Bertubi-tubi Ariff Farhan merasakan dirinya dilempar batu-batuan kecil yang begitu menyakitkan.Ini baru berbual didalam telefon,mak ngah sudah membasuhnya secukup-cukupnya.Bagaimana pula jika mereka berdepan nanti?

Lagipun sudah hampir setahun dia tidak bersua muka dengan wanita ini.Cuma sekali sekala ada juga dia menelefon.Kali terakhir dia berbicara dengannya mungkin dua bulan yang lepas.

“Han boleh datang ke tak malam nie?” Puan Zahira mengajukan soalan lain pula,apa guna pun dia memaksa jika Ariff Farhan tetap akan membisukan diri.

“Kalau Han cakap tak boleh..?”

Entah bagaimana pula boleh terdetik dihatinya ini untuk mengusik ibu saudara itu.Terukir senyuman nakal dibibirnya.

“Kalau tak boleh..nanti mak ngah singgah sana.Mak ngah ajak Zahim temankan.Tak pun Han yang datang ambik mak ngah? Kot bolehlah mak ngah bermalam rumah Han pulak?”

Gulp! Telan air liur Ariff Farhan dibuatnya dengan permintaan ibu saudaranya itu.Makin kuat pula dia menggaru pipinya yang tidak gatal.Akibat tindakannya itu bahagian pipinya mula kemerah-merahan.Bagai orang malu pula lagaknya!

“Han..Kamu ada kat situ lagi ke??”

“Ha! Ye mak ngah..Han ada kat sini lagi.” Ujar Ariff Farhan dalam keadaan serba salah yang cuba dilindunginya.

“Ish kamu nie,sepatah mak ngah tanya sepatah kamu jawab.Lepas tu diam! Mak ngah tanya nie! Jadi ke tak kamu bawak Nur datang kerumah Zahim malam nie? Kalau jadi mak ngah nak keluar beli barang-barang untuk memasak malam nie.Kalau tak...”

“Yalah..Yalah..Han datang tapi sekarang nie semuanya bergantung pada Nur jugak.Kalau dia takda apa-apa hal.Sampailah kami lepas isyak nanti.” Laju Ariff Farhan memotong bicara mak ngahnya.Malas pula dia ingin mendengar wanita ini berleter padanya.

“Jangan tak jadi pulak? Dah jadi nie...senang sikit mak ngah nak buat apa yang patut.”

“Yalah mak ngah.Tapi jangan masak berlebih sangat.Bukannya ramai pun yang nak datang.Kita-kita je.Tak habis nanti membazir pulak..”

“Tahulah mak ngah nak buat apa..”

“Rasanya itu sajalah yang Han nak beritahu mak ngah.Apa-apa hal nanti Han beritahu lain.”

“Mak ngah pun nak keluar nie.Assalamualaikum..Datang tau!”

“Hmm..Waalaikumussalam..”

Ariff Farhan memutuskan talian dengan perasaan hampa.Tidak menyangka apa yang ingin keluar dari mulutnya sebelum dia mendail nombor telefon bimbit mak ngahnya ini tidak mampu meniti bibirnya sebaik sahaja suara wanita itu menyapa pendengarannya.

Kali ini dia memang tiada pilihan lain,Nur Imani terpaksa dibawa bertemu ibu saudaranya itu.

Meskipun mak ngah sudah mengenali Nur Imani sejak mereka masih kecil lagi namun seperti yang pernah mama katakannya pada dulu.Nur Imani bukan lagi anak jiran yang mereka kenali dulu,lebih daripada itu wanita itu telah pun menjadi isterinya! Bermakna Nur Imani juga adalah sebahagian daripada keluarga besarnya kerana itu dia tidak mampu mengelak daripada semua perkara ini.

“Aku balik dulu!”

Meskipun tidak mendengari suara Ariff Farhan yang berada diluar biliknya namun pergerakan mulut Ariff Farhan diluar cermin kacanya itu dapat dibaca dengan baik olehnya.

Zahim mengangkat tangan tanda faham.

Hanya tinggal dia didalam pejabat ini sekarang,ketiga-tiga staff mereka sudah balik pada pukul 5 tadi,Ariff Farhan juga baru saja berlalu.

Kertas kerja yang telah diberikan tanggungjawab keatasnya untuk diselesaikan ini masih perlu dibuat beberapa pembaikan selepas perbincangan yang dilakukan bersama tengah hari tadi.Disebabkan itu dia ingin menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum balik nanti.Lusa,pembentangan akan dilakukan dihadapan klien yang telah meminta mereka untuk menyediakan lakaran ini.

Urusan malam ini juga agak penting buatnya!

Nur Imani tersenyum lebar ketika melihat kek coklat moist yang dikukusnya menjadi seperti biasa.Cuma bezanya hari ini,dia begitu ingin menjamahnya...

Image

sudah hampir seminggu dia terpaksa menahan keinginannya ini akibat sibuk dengan urusan pejabat.Apatah lagi minggu lepas merupakan minggu terakhir dia berada di syarikat.

Hari ini,surat perletakan jawatannya yang telah dihantar kepada pihak atasan sejak sebulan yang lepas telahpun berkuatkuasa sepenuhnya.

Tanpa pengetahuan Ariff Farhan,keputusan itu telah diambilnya sendiri.

Semakin membuak-buak pula keinginannya ini apabila haruman kek yang begitu mengecurkan air liur terus-terusan menyapa deria baunya.Cukup menduga perasaan,jika tidak memikirkan pemanis mulut dihadapannya ini masih panas..sudah lama dibawanya kedalam mulut,

“Siap! Lepas maghrib nie kita ke rumah Zahim..”

Berderau darah Nur Imani mendengar suara itu,yang tiba-tiba berada diruangan dapur ini.Bersamanya.

Ariff Farhan..Entah bila baliknya??

Munculnya tidak pernah diduga.Seringkali menyergahnya sebegitu rupa.Seperti agama tiada dalam dirinya.Alangkah bagusnya jika ucapan salam yang menjadi pembuka bicara? Pasti lembut hati yang membara,pasti terukir senyuman dibibir jika sedang berduka,pasti Allah juga akan memelihara.

Nur Imani menoleh kearah suara itu,Ariff Farhan sedang merenungnya.Pandangan yang sukar ditafsir apakah maknanya!

Lama Ariff Farhan menanti balasan daripada isterinya namun melihat kesenyapan wanita itu..terpaksa dia bersuara kembali.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap nie?”

“Rumah Zahim,bang? Nak buat apa kat sana?” Nur Imani menatap wajah itu tenang.Kelihatannya lelaki itu seperti keletihan.Masakan tidak,seharian dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dan majikan.Ariff Farhan terlalu komited dengan kerjanya cuma satu yang dia masih tidak laksanakan dengan baik.Dia masih mengabaikan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai seorang suami.

“Mak ngah jemput kita makan malam kat sana.”

“Mak ngah ada kat sini?” Nur Imani juga sedikit terkejut dengan berita itu.

“Jangan banyak tanyalah,kau siap jer! Aku tahu lepas maghrib nanti kau dah ada kat bawah! Jangan aku pulak yang kena menunggu kau kejap lagi!”

Belum pun sempat Nur Imani membalas kata-kata Ariff Farhan,lelaki itu sudah berlalu meninggalkannya.

Kecewa betul dia dengan sikap Ariff Farhan yang satu ini.

Apa lagi yang mampu dilakukan,akhirnya Nur Imani hanya mampu memandang sepi kearah lelaki itu,sukar benar rasanya dia ingin berinteraksi dengan Ariff Farhan meskipun sudah hampir setahun mereka bergelar pasangan suami isteri..

Perhatiannya diberikan semula kepada pemanis mulut yang telah dibuatnya tadi.Rasanya Ariff Farhan tidak dapat melihat kek ini kerana tadi kerana dia telah berdiri membelakanginya.

Keinginannya untuk menjamah makanan ini juga sudah tiada,mengingatkan jemputan yang baru diberitahu oleh Ariff Farhan tadi.Nur Imani tahu,dia mungkin tidak sempat untuk memasak sesuatu untuk dibawa kerumah Zahim nanti.

Mungkin sudah rezeki mereka semua untuk merasai air tangannya hari ini.

Sudahnya Nur Imani sekadar menghiasi coklat moist yang diidam-idamkannya itu sebelum disimpan didalam bekas dan diletakkan kedalam peti ais  untuk dibawa kerumah Zahim nanti.

Jam sudah menunjukkan keangka 6.15 petang,dia cuma ada lebih kurang sejam lebih sahaja daripada sekarang untuk melakukan apa yang patut dan Nur Imani mengambil keputusan untuk kembali kebiliknya.Tiada apa yang perlu dikemaskannya lagi samada dibahagian dapur mahupun ruang tamu dan diruang-ruang lainnya kerana semuanya telah siap dikemaskan sebelum zohor tadi.

Satu jam lebih yang masih ada itu digunakan sepenuhnya untuk dirinya.Sebaik masuk kebilik,Mp3 bacaan surah-surah lazim oleh Syeikh Sudais dan Mishari didalam telefon bimbitnya dipasang.Dibiarkan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran yang begitu syahdu dan mendamaikan hati itu menemani dirinya.

Nur Imani kemudiannya berjalan kearah tingkap,niatnya untuk menutup jendela itu dilupakan seketika apabila pemandangan langit petang yang mula mengorak pergi dan kicauan beburung terbang yang sedang pulang kesarang selepas seharian keluar dari tempat mereka membuatkannya mengkakukan diri ditepi jendela.

Nafas yang dihelanya ditarik dalam-dalam,bersendirian seperti ini membuatkannya seringkali merenung kembali akan kisah hidup yang entah bila akan berakhir ini.

Alangkah bertuahnya jika dia menjadi seperti beburung yang berterbangan dan bertebaran diangkasa raya itu ?

ImageKemana sahaja mereka ingin pergi,sepasang sayap yang dianugerahkan Allah kepada mereka akan membawa mereka ketempat yang mereka ingini ! Bebas menjelajah bumi Allah yang luas terbentang ini !

Dibiarkan seketika dirinya hanyut dengan suasana itu,damai lagi menenangkan sebelum melaksanakan tugas seterusnya.

Selesai membersihkan diri,mengambil wudhuk dan mempersiapkan dirinya untuk mengadap Kholiqnya.Baru Nur Imani mengambil mashaf suci Al-Quran untuk dibacanya pula sementara menanti azan maghrib berkumandang.

“Jomlah! Tunggu apa lagi tu?” Nur Imani dikejutkan lagi dengan kehadiran Ariff Farhan yang tiba-tiba berada dibelakangnya.Dadanya diurut perlahan.Lemah semangat dibuatnya,

Sekilas wajah suaminya dipandang..

Ariff Farhan sudah siap dengan t-shirt biru berkolar dengan seluar slack hitamnya.Santai sahaja!

Dia pula sekadar mengenakan jubah hitam bersulamkan bunga berbenang ungu dibeberapa ruang kosong dijubah ini,menyerlahkan lagi keanggunan kepada sipemakainya.Terutama sekali buat si langsing dan agak tinggi lampai seperti Nur Imani.Tudung berwarna ungu lembut yang melitupi bahagian rambut,dada dan bahunya ini menjadi pelengkap kepada penampilannya malam ini.

Nur Imani bangun dari sofa yang sedang didudukinya.Televisyen yang tadinya terpasang ditutup.

Entah mengapa sejak tadi dia merasakan ada mata yang tidak lekang dari menatapnya.Ada yang tidak kenakah dengan dirinya ini? atau mungkin pakaian yang berada ditubuhnya menjadi masalah?

Meskipun bagi Nur Imani..pakaian yang dikenakan ditubuhnya ini tidaklah secantik mana namun cukup pakaian yang dipilihnya ini untuk melitupi maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri.Jika masih tidak sempurna dimata Ariff Farhan,dia juga tidak punya masalah untuk memperbetulkan mana yang kurang..tapi tidak pernah pula lelaki itu berkata apa-apa tentang penampilannya.

“Kenapa bang? Ada sesuatu yang tak kena ke dengan dress Nur ni?”

Ternyata soalan itu mengejutkan Ariff Farhan,terkebil-kebil dia seketika setelah menyedari yang dirinya terperangkap.Bagaimana pula Nur Imani boleh mengagak apa yang dilakukannya sedangkan mereka berdua saling bertentangan ketika ini.

Pun begitu,pertanyaan isterinya tidak dijawab sebaliknya Ariff Farhan terus berlalu ke muka pintu.Capalnya dikeluarkan daripada dalam almari sebelum disarungkan kekaki.

Nur Imani turut membontotinya dari belakang.

“Kau tak rasa ke badan kau tu dah naik?”  Soal Ariff Farhan tiba-tiba sambil mengatur langkah kearah keretanya.

Nur Imani pula terdiam apabila diterpa dengan soalan begitu.

errr??

Antara percaya dan tidak Nur Imani mendengar kenyataan suaminya,mengapa bentuk tubuhnya pula yang menjadi perhatian lelaki ini sekarang?

Ketika dia berpaling Ariff Farhan sudah menghilangkan diri didalam keretanya,mungkin dia berlalu selepas mengunci pintu rumah tadi.

Namun tidak dibiarkannya soalan Ariff Farhan terus menjadi tanda tanya dibenaknya.

Pandangannya dibiarkan seketika menjamah keadaan tubuh yang sememangnya sudah menampakannya bentuk.Apa yang dibicarakan suaminya tadi ada benarnya juga,cuma akan jelas kelihatan jika pakaian yang longgar seperti jubah ini tidak dikenakan ketubuhnya.

Pelik?

Tidaklah ketara benar perbezaan tubuhnya jika itu yang dimaksudkan oleh Ariff Farhan,tapi kenapa lelaki itu memberikan komen sebegitu rupa kepada dirinya pula?

Nur Imani membiarkan tangannya pula menyentuh wajahnya.

Yang ini betul! Pipinya memang terasa sedikit...naik! Dalam erti kata yang mudahnya,tembam!

Tembam?? Soal hatinya membuatkan Nur Imani menelan air liur.

Sampai begini sekali Ariff Farhan peka dengan dirinya?

“Nur?! Kau buat apa lagi kat situ? Kau tak tengok jam dah pukul berapa? Bila nak sampai kerumah Zahimnya kalau macam nie?” Wajah Ariff Farhan tercogol didepan matanya sebaik dia membuka semula pintu kereta ditempat pemandu itu.

“Err..Kejap bang!” Sahut Nur Imani laju.Ketika itu juga kakinya sudah diatur laju ke Harier Ariff Farhan.

Didalam kereta...

“Abang..” Nur Imani merenung kesisinya,Harier Ariff Farhan sudahpun berada diatas jalan raya dan lelaki itu sedang menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pemanduannya ini.

“Hmm..” Dan tegurannya telah menganggu konsentrasi lelaki itu.Berat juga mulutnya ini ingin bertanyakan Ariff Farhan tentang perkara ini namun bila dia sendiri tidak punya jawapan yang tepat bagi soalan itu.Rasanya lebih baik dia mengajukan soalan itu semula kepada penyoalnya tadi kerana dia pasti lebih tahu dengan apa yang ditanyakannya? Jika tidak mana mungkin dia boleh terfikir untuk bertanyakan soalan itu.

“Gemuk sangat ke Nur nie?” Ternyata soalan itu telah mencuit hati suaminya,jika tidak masakan bibir itu boleh tersenyum pula? Tipis,namun cukup jelas dipandangan Nur Imani.

Namun bukan itu yang ingin dilihatnya,dia cuma mahu mengetahui maksud Ariff Farhan melalui soalan yang diajunya tadi.Bimbang juga dia jika Ariff Farhan mula menghidu rahsia yang disembunyikannya selama ini.

Perempuan? Sensitif betul bila soal berat badan ditopikkan!

“Pasal tu kau nampak resah dari tadi? ..”

“...betullah jugak cakap orang,perempuan nie paling ambik kisah bila orang cakap pasal berat badan mereka?!” Sambungnya lagi.

Err??

Tak terkata terus bibirnya ini dengan soalan berbaur kenyataan yang keluar dari bibir  Ariff Farhan.

Pantas pandangannya dilarikan ketempat lain,berniat untuk melindungi wajah yang terasa mula memerah.

“Aku tanya jer,kalau ikut mata aku..rasanya badan kau tu memang dah berisi sikit.Tapi jangan takutlah..kalau kau berpisah dengan aku esok.Ramai lagi lelaki yang menunggu.Pilih saja mana satu yang kau nak!”

Terpempan Nur Imani mendengar kata-kata terakhir suaminya itu.

Terasa betul hatinya bila Ariff Farhan berkata begitu,apa lelaki ini fikir cintanya seperti angin lalu? Mudah berubah arah? Mudah untuk diberikan kepada sesiapa?

Tahukah lelaki ini,didalam hati isterinya ini hanya ada dirinya sebagai lelaki yang paling dicintainya?

Tahukah lelaki ini,wanita ini juga hanya mendambakan dirinya sehingga keakhir nafasnya?

Tahukah dia?

Nur Imani tidak menyedari bila wajahnya sudah basah dengan air mata yang tiba-tiba mengalir.

Sukar sangatkah Ariff Farhan ingin mengerti perasaan isterinya ini?

Suka sangatkah dia jika perpisahan mereka akan ada lelaki yang menggantikan tempatnya disisi ini?

Itu semua kehendakmu Ariff Farhan! Bukan diriku! Perpisahan kita bukanlah tiket untuk aku mencari pengganti tempatmu disisiku.Sejak dulu cintaku telah tersimpul mati buat mu.Jika perpisahan itu yang kau mahu,aku redha..cuma aku nak kau tahu,tempat mu ini adalah milikmu mu seorang dan akan menjadi miliku sampai bila-bila meskipun tiba disuatu masa nanti hanya bayangmu sahaja yang mampu aku sentuh kerana... aku tidak mampu mencintai orang lain sedalam mana aku mencintai dirimu!

Nur Imani membiarkan dirinya tenggelam dengan kesedihan yang tiba-tiba bertandang.Kepalanya disandarkan dipintu kereta sambil cuba mengawal rasa dihatinya ketika ini.

Titis jernih yang sudah mengalir itu disekanya perlahan,esakan yang hampir kedengaran ditahannya juga.

Ariff Farhan mengerling kesisinya apabila Nur Imani tidak membalas kata-katanya tadi,dilihatnya wanita itu sudahpun mengiringkan tubuhnya kesebelah kanan,bertentangan dengan dirinya.

Tahulah dia,kata-katanya telah melukai hati wanita ini lagi.

“Nur..?”

Sengaja nama itu dipanggilnya,ingin memancing Nur Imani supaya berbual dengannya.

Namun lama dia menanti namun tiada balasan.

Ingin ditegur lagi..rasa bersalah pula.Elok-elok mereka berbual mesra tadi,mulutnya pula gatal ingin mengusik.Padahnya?

Ingin dipujuk pula..?

Huh!! Rasanya itu pilihan terakhir yang akan dilakukannya.. Tebak hatinya lagi.

Habis tu kau ada pilihan lain lagi ke?

Entah dari mana datangnya suara yang berbisik sinis ketelinganya itu.Hilang rasa bersalah dihatinya,timbul pula ego yang setinggi gunung itu semula.Sudahnya dia kembali memfokuskan sepenuh perhatian kepada pemanduannya semula.

Dibiarkan Nur Imani memujuk perasaannya sendiri kerana itu jugalah yang berlaku setiap kali dia melukainya tanpa sengaja mahupun tidak.

Zahim baru membalas mesej Farah ketika kelibat Puan Zahira kelihatan dibelakangnya.Dia berpaling,dilihatnya sepasang mata hitam pekat ibunya itu ditebarkan kearah jalan raya diluar pagar.Masih menunggu kehadiran anak saudara kesayangannya.Risau benar emaknya ini apabila tetau yang dinanti masih tak kunjung tiba.

“Kejap lagi sampailah mereka tu mak.Jangan risaulah.” Ujar Zahim yakin,tapi tidak buat Puan Zahira.

Laju pula disahutnya,

“Kamu yakin ke dia datang Him? Han tu sejak dia kahwin nie,bukannya betul sangat kepala otak dia tu!”

Tercetus tawa besar dibibir Zahim setelah Puan Zahira menyudahkan kata-katanya.Entah apa yang dia geli hati sangat padahal emaknya memang memaksudkan apa yang dibicarakannya.

Baru dia ingin membalas kata-kata emaknya tadi,nada dering yang berbunyi di Ipadnya menandakan ada mesej yang baru masuk membuatkan niatnya terbantut.Tangannya langsung mencapai Ipad tersebut sebelum membaca mesej yang baru masuk tadi.

“Yang kamu nie dari tadi duk main telefon tu,duk bersembang dengan siapa?”

“Siapa ke lagi mak,bakal menantu mak tulah..”

“Dia nak apa?”

“Rindu katanya..” Jawab Zahim penuh makna,dengan senyuman yang melebar dibibir namun disambut dengan jelingan manja emaknya pula.

“Dia yang rindukan kamu ke? Kamu yang rindu kan dia? Aish! Eloklah kamu berdua nie,yang seorang sewel lepas kahwin.Yang seorang lagi belum kahwin dah sewel!”

“Huish mak nie! Ada pulak macam tu katanya! Yang mak kata sewel nie la,satu-satunya anak mak.Yang ini jugaklah yang mak sayang!”

“Dah kamu seorang satu-satunya anak mak,siapa lagi mak nak sayang kalau bukan kamu? Ha! Dahlah tu,mak masuk dulu.Sampai budak bertuah tu kejap lagi suruh masuk kerumah terus! Kamu tu pun,dah nak isyak nie.Jangan di kacau lagi anak dara orang tu! Dah kahwin esok,lainlah ceritanya!”

“Ya mak.”

Jawapan Zahim membawa langkah Puan Zahira kembali kedalam rumah.Meninggalkan kembali anak terunanya itu ditaman ini rumahnya.

Baru beberapa minit berlalu,kelihatan Harier milik Ariff Farhan sudah berhenti dihadapan pagar rumahnya.Zahim segera membuka pagar automotiknya itu menggunakan remote control yang sedari tadi ada bersamanya.Tersenyum lebar dia menyambut kehadiran kedua-duanya.

Sampai jugak kau Nur kerumah aku nie!

Bisik hati kecil Zahim.Dari jauh pasangan suami isteri sudah keluar dari kereta dan berjalan beriringan kearahnya.

Ah! Seperti pasangan kekasih yang sedang bersulam cinta lagaknya,tetapi?

Zahim turut berjalan menghampiri mereka berdua.Senyuman mekar dibibirnya membuatkan pandangan Ariff Farhan menyinga terhadapnya.Mungkin dia juga sudah mengerti akan maksud senyuman dibibirnya ini.

“Assalamualaikum Zahim..”

“Him!”

“Waalaikumussalam..sampai juga Nur kerumah saya.Masuklah Nur,mak ada kat dapur tu.Lama dah dia menunggu.Nur masuk nanti,terus jer berjalan kedepan,lepas tu belok kekanan.Sampailah kedapur saya!”

Nur Imani meminta keizinan suaminya sebelum melangkah pergi meninggalkan kedua-dua jejaka itu berdua.

Ariff Farhan sekadar menyambutnya dengan anggukan,setelah melihat kelibat isterinya terus menghilangkan diri dari pandangannya.Baru dia mendekati Zahim,tubuhnya disandarkan kebelakang Produa Kembara kesayangan sepupunya itu yang juga merupakan peninggalan arwah ayahnya sepuluh tahun yang lalu.

“Lambat sampai?” Tegur Zahim,memulakan bicara selepas Nur Imani meninggalkan mereka.

“Jam sikit kat jalan depan tu.Ingatkan dah lepas maghrib,jalan dah okey.Rupa-rupanya?”

“Kat sini memang macam tu Han,sebab tu aku tak suka sangat keluar masa-masa macam nie.”

“Mak ngah kat dapur?”

“Dari tadi dia menunggu kau,kejap-kejap keluar kejap-kejap keluar.Masa kau sampai tadi pun dia baru masuk kedapur balik..”

Baru Zahim ingin membawa langkahnya kedalam rumah semula,

“..Kau nak kemana pulak tu? Jomlah masuk!” Segera Zahim menyergah sepupunya itu apabila Ariff Farhan tidak mengikut langkahnya masuk kerumah sebaliknya dia menuju ketempat bersantai ditepi taman mini yang terdapat dirumahnya ini.

Tanpa berpaling,Ariff Farhan bersuara kembali..

“Aku nak rehat kat sini dulu,buat apa masuk awal-awal? Bukannya mak kau tu nak jumpa aku pun.Dia cuma nak jumpa dengan isteri aku tu je ha! Biarkan mereka berbual puas-puas dulu,kejap lagi baru kita pulak menyibuk!”

Zahim sudah tidak terkata apa,melihat Ariff Farhan sudah duduk diatas kerusi kayu yang menghiasi laman kecil itu dia membawa langkahnya juga kesana.

“Assalamualaikum mak ngah..” Nur Imani sudah melihat kelibat wanita itu sebelum dia melangkah masuk kedapur ini.Begitu lincah ibu saudara kepada suaminya melakukan kerja rumah meskipun sudah berusia.

Kehadirannya seakan-akan telah lama dinantikan.Tersenyum lebar bibir tua itu menyambut kehadirannya.Senyuman yang saling tidak tumpah dengan anak terunanya,Zahim!

“Waalaikumussalam...Nur? Mari sini nak..”

Pelawaan Puan Zahira disambut senang olehnya,tanpa menunggu lama Nur Imani menghampiri wanita itu.Tangannya dihulur untuk menyalami tangan itu,apabila disalami dan dikucupnya jari jemari tua itu tubuhnya dipeluk erat.Serasa dirinya sedang berdepan dengan ibu mertuanya pula kerana itu jugalah yang dilakukan oleh Puan Zahara setiap kali mereka bertemu.

“Mak ngah sihat?”

“Alhamdulillah,mak ngah sihat.Nur pulak?”

“Nur pun sihat mak ngah.Hmm..nie ada sikit pemanis mulut.Nur baru buat petang tadi.Rezeki mak ngahlah nie nak merasa air tangan Nur.”

“Susah-susah saja,mak ngah memang niat nak ajak Nur dengan Farhan makan disini.Ini kali pertama pun mak ngah jumpa dengan Nur lepas Nur kahwin dengan Farhan.Nak harap Farhan bawak Nur kerumah mak ngah?? Hmm,bertuah sangatlah..Mama kamu beritahu,kalau balik pun tak pernah tidur.Balik hari saja!”

“Itulah mak ngah..Nur nie isteri,apa keputusan suami.Ikut sahaja.Abang Farhan pun sibuk memanjang,susah nak dapat cuti.”

Puan Zahira sekadar mengangguk faham namun dia tahu,itu semua cuma alasan Ariff Farhan untuk mengelakkan diri sedangkan sebelum kahwin dulu boleh dikatakan setiap dua minggu sekali dia akan balik kekampung.Ke rumahnya pula,sekurang-kurangnya sebulan sekali Ariff Farhan pasti akan menjengukkan muka.Namun sejak berkahwin dengan Nur Imani,bukan sebulan sekali dah.Tapi dah dekat setahun Ariff Farhan tidak menunjukkan muka dirumahnya.Liat pulak dia?

Entah apa masalah mereka ini?

Puan Zahira bagaikan dapat menghidu sesuatu.

“Mak ngah masak apa nie?”

“Adalah dua tiga jenis lauk,yang penting asam pedas tumis kesukaan budak berdua tu ada.”

“Sedap tu mak ngah.Ada apa-apa ke yang Nur boleh tolong?”

“Tunggu nak hidang saja,mak ngah baru panaskan lauk-lauk tu!”

Nur Imani mengangguk sebelum mengambil pinggan untuk memotong kek yang dibawanya kemudia dia membancuh pula sejug oren sanquick berais.

Zahim terus ralit melihat Ariff Farhan menjamah potongan kek coklat yang berada ditangannya,sepuluh minit yang lalu mereka baru masuk kerumah selepas beberapa ketika mengambil angin malam diluar rumah sambil berbual kosong.

Kek itu juga baru diambilnya dari dapur beberapa minit yang lalu bersama sejug kecil sanquick berais dan dua biji gelas untuk mereka.Ketika dia meninggalkan emaknya dan isteri kepada sepupunya ini,kedua-dua wanita itu sedang sibuk menghidangkan makan malam.

Masuk ini sudah 3 potong kek didalam pinggan itu dijamahnya,berselera betul dia.Mengalahkan orang mengidam!

Namun bukan itu yang membuatkannya begitu leka memerhatikan sepupunya itu tanpa pengetahuan Ariff Farhan tapi lebih daripada itu..kerana hatinya sedang bertanya sendiri,

agak-agaknya Ariff Farhan akan menjamah lagi ke kek tue kalau dia tahu siapa yang membuatnya?

“Sedap ke Han kek tu?” Entah macammana bibirnya laju sahaja menuturkan ayat itu,timbul niat nakal dihatinya untuk mengusik sepupu rapatnya itu.

Mati seketika selera Ariff Farhan apabila Zahim menegurnya,sedap betul kek yang sedang dimakannya ini sehingga dia lupa pada kehadiran sepupunya itu.

Dengan riak wajah yang tidak bersalah..Ariff Farhan membalas tenang soalan Zahim itu tanpa dapat menghidu helah yang sedang dimulakan oleh Zahim.

“Kalau tak sedap aku tak makan! Hmm..kau tak nak? Cubalah! Sedap nie!”

“Sedap??!” Soal Zahim lagi,nampaknya umpan yang dipasang akan mengena.Tunggu masa saja untuk sampai ke kemuncaknya.

“Kau pandang aku macam tu apa halnya? Tak percaya??! Mak ngah buat ke? Selama nie aku tak tau pulak mak ngah pro memasak benda macam nie.Kalau ada lebih nanti,boleh juga aku bawak balik?” Ariff Farhan sudah tersenyum sumbing,memang dia memaksudkan apa yang dibicaranya tadi.Tak tahulah kenapa berselera betul dia menjamu kek coklat ini sedangkan sebelum nie dia tidak begitu menggemari benda-benda manis seperti kek nie,tapi..hari lain pulak kisahnya sekarang?

Zahim membalas senyuman temannya itu dengan seribu makna yang tersirat.

Dalam hati?

Emm..Sedap erk Han? Bisiknya sendiri bersama ketawa jahat yang mula bergetar didalam dirinya.

Tak percaya?

“Sebenarnya bukan mak aku yang buat...” Terus terang Zahim mengakui.

Ariff Farhan sekadar buat tak tahu sahaja dengan apa yang dibicarakan oleh sepupunya itu kerana dia sudah dapat mengagak dimana Zahim mendapatkan kek ini kalau bukan mak ngahnya yang buat.

Kat mana lagi?

Kat kedai le!

“Isteri kau yang buat ni.”

Selamba Zahim menyambung kata-katanya lagi setelah tiada tanda-tanda daripada Ariff Farhan yang menunjukkannya akan bersuara.

Seperti yang dijangka,

Ariff Farhan tiba-tiba menghentikan kunyahannya,sekelip mata pandangan yang sedang terarah dihadapan televisyen tadi kembali kepada Zahim.

Jika boleh,dia ingin Zahim mengulangi apa yang dibicaranya tadi walaupun setiap patah kata yang keluar daripada bibir Zahim tadi sudah cukup jelas dipendengarannya.

“A...E..”

Ambik kau! Tiba-tiba gagap erk?

Mahu sahaja tersembur tawanya melihat reaksi tidak keruan Ariff Farhan namun ditahannya juga kerana masih ada sesuatu yang ingin diperkatakannya lagi.

“Kenapa??” Sengaja juga Zahim mengangkat tinggi bulu keningnya.

Kelu lidah nak bicara ye sedara??

Zahim terus-terusan mengusik nakal sepupunya itu didalam hati.Senyum dibibirnya sudah tidak mampu diselindung juga,maka langsung dibiarkan berbunga-bunga.

Ariff Farhan nampak kekok benar.

Seleranya betul-betul mati agaknya bila aku bercakap isteri dia yang buat kek tu kot?

Bisiknya lagi...

Namun Ariff Farhan masih membisu,terkejut lagi ler tu?

Pun begitu masuk juga cebisan terakhir kek coklat yang berada ditangannya kedalam mulutnya.Makin lebar senyuman yang terukir dibibir Zahim.

Dia pula yang jadi tak tentu arah,oren sanquick yang sudah dituangkan kedalam gelas dihadapannya itu langsung diambil,sebelum diteguk laju.

“Itu pun Nur jugak yang buat...” Kali ini telinga Ariff Farhan benar-benar berdesing dengan kata-kata Zahim,nampak sangat sepupunya ini memang berniat ingin mengenakannya.Ariff Farhan mengerlingkan pandangannya kearah Zahim.Wajah tenang itu sedikit pun tidak menunjukkan riak wajah bersalah.

Baru dia ingin bersuara semula..

Hukhukhuk!

Ariff Farhan tersedak.Seluruh wajahnya memerah!

Dadanya yang terasa dakit,ditepuk beberapa kali..Matanya turut berair akibat tindakannya tadi.

Salahnya juga! Ais yang diteguk belum pun sempat semuanya melepasi anak tekak,dia sudah tergesa-gesa hendak berkata-kata.Mahunya tak tersedak!

“Aku tahulah air tu sedap tapi teguk le perahan-lahan sikit.Kalau nak,aku boleh bungkus bagi bawak balik lagi..tapi kek tu aku tak boleh nak bagi balik le sebab korang dah bawak kesini.Takkan kau nak bawak kerumah kau balik semula kot?” Ariff Farhan sedar,memang dari awal lagi Zahim sudah merancang untuk mengenakannya!

Bertuah punya sepupu! Dengusnya geram didalam hati sambil memandang tajam kewajah Zahim.

“Apa budak berdua nie?..” Puan Zahira muncul dari dapur berseorangan,ternyata kehadirannya menganggu dua bersaudara itu.

Melihat Ariff Farhan sepertinya baru tersedak,pandangan Puan Zahira terus mati kepada anak buahnya itu.

“..Han? Kamu nie kenapa pulak?” Ariff Farhan masih terbatuk-batuk,menghalangnya daripada berkata-kata.

“Tersedak mak..” Zahim pula yang menyahut laju.

“Tersedak? Macammana boleh tersedak pulak? Ya Allah! budak-budak nie.”

Omel Puan Zahira sambil menghampiri Ariff Farhan,belakang anak saudaranya itu ditepuk perlahan.

“Entahlah mak,Im pun pelik...Dengar jer Im cakap..”

“..Err..Dah siap ke makan malam kita mak ngah? Han dah rasa lapar sangat nie?” Laju bibirnya memotong bicara Zahim.

“Dah! Itu yang mak ngah datang nie,tak dengar ke orang duk menjerit dari dapur tadi?”

“Eh??”

“Tak dengar pun?”

“Nak dengar apanya kalau bersembang pun macam dua-duanya pekak!” Puan Zahira terus menyembur mereka.

Baik Ariff Farhan mahupun Zahim,kedua-duanya sudah tersenyum sumbing.

“Ha! Duduk buat apa lagi? Jom! Makan! Cepat makan,cepat sikit kita boleh bersembang panjang lepas nie!”

Sebaik Puan Zahira berpaling,Ariff Farhan tidak menunggu lama lagi untuk bangun dari tempat duduknya.Bukannya dia lapar pun,cuma sengaja ingin mendapatkan Zahim!

“Tunggu apa lagi bro??! Jom! Makan!!”

Tubuh Zahim terdorong kehadapan apabila bahunya ditepuk kuat oleh Ariff Farhan,dia yang tadinya sedikit ralit melihat kearah ibunya yang baru berlalu meninggalkan mereka memandang tidak puas hati pula kearah Ariff Farhan yang sudah pun berjalan mendahuluinya.Membutang anak matanya!

Kurang asam!! Nasib baik mukanya tak cium jug berisi Oren Sunquick didepannya tadi! Kalau tak? Jenuh mengelap pulak!!

“Woi!! Tunggu aku!”

Giliran Zahim pula bangun dari tempat duduknya sebelum berlari anak mendapatkan Ariff Farhan.Meskipun tidak puas hati dengan tindakan Ariff Farhan tadi,namun terpaksa dipendamnya juga kerana menyedari yang usikan itu tadi bermula daripadanya.

“Sikit makan Han?” Teguran Puan Zahira memaksa pandangan Ariff Farhan supaya singgah kewajah itu.Ibu saudaranya itu masih menyuap makanan yang berada didalam pinggannya itu kedalam mulut.

Dia mencapai tisu yang berada didepannya sebelum mengelap tangan dan mulutnya yang baru dibasuh tadi.

“Kenyang pulak rasanya perut Han nie mak ngah.”

“Hmm..Kamu makan apa kenyang? Tadi beria sangat nak makan? Selalunya kalau mak ngah masak bukan main berselera lagi kamu menjamah?”  Komen Puan Zahira membuatkan senyuman mekar terukir dibibirnya.

Namun hanya untuk seketika,tidak bila Zahim pula yang menjawab pertanyaan itu tapi bukanlah untuk menyelamatkannya.

“Tak kenyang macammana mak! Sebelum kedapur tadi 3 potong coklat moist yang Nur bawak habis ditelannya.Ini yang dia makan sikit je!”

Nur Imani yang sedari tadi lebih banyak mendiamkan diri dan lebih mendengar perbualan mereka anak beranak terus menghentikan suapan nasi didalam pinggannya kedalam mulut.Kenyataan Zahim beberapa saat yang lalu membuatkannya sedikit terkejut.Sekilas wajah suami yang berada didepannya ditenung.Nampak menggelabah pula? Namun itu bukanlah masalah baginya,cuma dia hairan apabila Ariff Farhan sanggup menjamah air tangannya? Atau dia tidak tahu bahawa kek itu dibuat olehnya?

“Ye ke Han? Ai?? Setahu mak ngah kamu tak makan sangat benda-benda macam ni?” Komen Puan Zahira lagi.

“Orang mengidam,macam tulah mak..” Lagi sekali kenyataan Zahim membuatkan hampir semua yang berada dimeja makan itu terpaku,

“Mengidam?? ..Han? Nur dah..?” Wajah Puan Zahira sudah bersinar-sinar,mendengar kata-kata anaknya.Dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Zahim meskipun bagi  Zahim,bukan itu yang cuba dimaksudkannya.Niatnya cuma ingin mengusik Ariff Farhan,tapi?

Gulp!! Nur Imani sudah menelan air liur mendengar soalan ibu saudara suaminya itu.Dia pula jadi tidak keruan.

Ariff Farhan pula,sakit lagi hatinya dibuat si Zahim.Sejak tadi,Zahim langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk bersuara,dah tu..topik lain pulak yang muncul!

Topik luar biasa lagi tu!

“Mak?? Kesitu pulak,tengok Nur dah segan..Bukan itu maksud Im.Im cuma terkejut saja tengok Han bukan main berselera lagi makan kek tu tadi.Yalah..macam mak cakap tadi,dia bukannya jenis yang suka makan benda-benda macam nie.” Mujur Zahim kembali memecahkan kesunyian diantara mereka.Dia yang memulakan perbualan panas ini dan dia juga mengakhirinya setelah melihat keterujaan diwajah mak dan pasangan suami isteri itu.Memang pada awalnya,dia sekadar ingin mengusik tapi semuanya tidak jadi diteruskan,kerana inilah! Gurauannya telah dianggap serius oleh maknya pula!

“Mak pun saja nak tahu,takut-takut dah berisi pulak ke senyap-senyap? Mak ngah tengok Nur pun makin berseri-seri.Kot-kot seri ibu mengandung ke,ye tak Han?”

Ariff Farhan hanya tersenyum.Soalan Puan Zahira telah mengunci mulutnya daripada berkata-kata.

Dikerlingnya seketika wajah isterinya sebelum tangan wanita disentuh dan dielusnya lembut dihadapan mereka semua.Sengaja dia membiarkan anak matanya terus menatap seraut wajah itu yang kelihatannya mula tidak selesa dengan keadaan ini,mungkin Nur Imani merasakan serba salah dengan ibu saudaranya ini.Itu yang dapat Ariff Farhan simpulkan disebalik riak tenang yang dipamerkan oleh Nur Imani dihadapan ibu saudara dan sepupunya ini.

“Belum ada rezeki lagi mak ngah.InsyaAllah,kalau ada nanti kami beritahu mak ngah.Ye tak sayang?”

Nur Imani tidak menunggu lama lagi untuk mengiakan apa yang dibicarakan oleh suaminya.

Dia cuba mengukirkan senyuman meski agak sukar untuk melindungi perasaannya kerana terpaksa berlakon dihadapan mereka semua,terutama sekali pada Ariff Farhan!

Zahim pula,kata-kata dan perlakuan sepupunya itu dipandang jelek.

Ariff Farhan terlalu pandai berpura-pura..Dia sendiri jatuh kasihan pula kepada Nur Imani.

“Kalau ada anak awal-awal apa salahnya,kan Han? Mak aku selalu cakap,anak tu pembawa rezeki,pembawa NUR dalam rumah tangga.So,apa kata korang cepat-cepat sikit buat anak? Biar bertambah lagi Umat Muhammad kat atas dunia nie.Biar lagi berNUR rumah tangga kau nie.Ye tak mak?”

Sengaja perkataan NUR itu ditekannya ,sedikit pun dia tidak mengizinkan pandangannya singgah kewajah sepupunya itu kerana dia tahu Ariff Farhan juga turut merenungnya,

“Betullah tu..Lagipun elok ada anak awal-awal nie.Esok dah tua-tua baru nak beranak,lagi payah.Orang lain dah sibuk melayan cucu,awak pulak? Baru sibuk nak hantar anak kesekolah!” Puan Zahira menguatkan lagi apa yang diperkatakan oleh anak tunggalnya itu.

Sabar Han! Hanya itu yang mampu dibisikkan oleh Ariff Farhan kepada dirinya ketika melihat wajah tenang dihadapannya itu.Mujur ada Puan Zahira dan isterinya disisi,jika tidak..mahu ditujah-tujahnya kepala yang dilitupi rambut pendek yang lebat itu dengan tangannya ini!

“InsyaAllah mak ngah..ada rezeki nanti,Han sendiri akan pastikan satu keluarga besar kita nie akan tahu tentangnya.” Muka manis yang dipamerkan Ariff Farhan dihadapan maknya benar-benar mencuit hati Zahim.

Nur Imani pula lebih suka mengasingkan dirinya daripada turut mencelah perbualan mereka.

Jam hampir menjengah keangka 12.00 tengah malam baru Ariff Farhan dan Nur Imani meminta diri untuk balik.Lama mereka empat beranak berbual dan kebanyakannya lebih membicarakan tentang pertunangan Zahim dan Fara hujung bulan ini.Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi majlis pertunangan itu akan berlangsung.

Pujukan Puan Zahira supaya mereka bermalam sahaja dirumah Zahim tadi ditolak baik oleh Ariff Farhan,alasannya...Esok kerja!

Nur Imani hanya akan mengikut apa saja keputusan Ariff Farhan meskipun kadangkala dia berhak untuk membangkang.

“Hati-hati memandu tu nanti,tengah-tengah malam macam nie bahaya.” Pesan Puan Zahira terus,dari dalam rumah tadi sehingga mereka sudah berada diluar rumah Zahim ini,sudah 3 kali pesanan itu menyapa telinga ketiga-tiganya.

Ariff Farhan mengangguk faham,tangan mak ngahnya disalami dan dikucup penuh hormat.

“Kami balik dulu mak ngah! Terima kasih dengan jemputan makan malam yang special nie.Sedap mak ngah masak,sampai sekarang terasa lagi enaknya asam pedas tumis ikan pari mak ngah tu.

Ada masa nanti singgahlah kerumah.Nur dah rasa asakan mak ngah,lepas nie mak ngah pula rasa masakan Nur.Sebelum balik Perak nanti ke..?” Pesan Nur sebelum dia pula mengambil giliran mengucapkan salam perpisahan kepada wanita itu.

“InsyaAllah Nur,ada rezeki sampailah mak ngah kesana.” Nur Imani memeluk erat tubuh tua itu sebaik menyalami dan mengucup tangan itu.

“Kamu balik kampung hujung bulan nie Han!” Puan Zahira terus mengingatkan Ariff Farhan tentang majlis pertunangan Zahim nanti.

“InsyaAllah mak ngah..Rasanya Han balik.”

Percaya dan tak sahaja Puan Zahira dengan jawapan Ariff Farhan itu,dari cara dia memberi jawapan itu pun sepertinya dia sendiri tidak yakin samada dapat balik ataupun tidak pada hari itu.Hanya itu jawapan yang diterimanya,Puan Zahira merelakan anak menantu saudara itu kembali kerumah mereka.Dengan iringan doa,dia memohon agar Allah menyelamatkan perjalanan balik kedua-dua anaknya itu.

Sepanjang perjalanan balik,baik Nur Imani mahupun Ariff Farhan,kedua-duanya hanya mendiamkan diri.Nur Imani apatah lagi..dia lebih senang melayan perasaannya daripada mengajak Ariff Farhan berbual kerana dia tahu,pada akhirnya nanti...lelaki itu lebih suka mengakhiri perbualan mereka ini dengan menyakiti hatinya!

###############################

10 comments:

  1. ok, best..diorg ni masih lack of communication lagi..sambung2..

    ReplyDelete
  2. momkirah@yahoo.com10 August 2012 at 22:10

    BEST NI CEPAT SAMBUNG YA TQ CEK.

    ReplyDelete
  3. suka3..tapi geram dgn si farhan tu...ego sgt...

    ReplyDelete
  4. ya allah....apasal lah ego sangat dak farhan ni....
    tapi per pun sangat best lah citer ni...

    ReplyDelete
  5. best ni..sambung cepat2 erk,,

    ReplyDelete
  6. momkirah@yahoo.com6 September 2012 at 00:22

    lamanya.....

    ReplyDelete
  7. i.Allah..Cek cuba update mggu nie,cos busy sgat..baru hari pun dpat bukak blog..

    ReplyDelete