Friday, 6 July 2012

Novel: Salahkah aku…Mencintaimu??? (2)

 Nur Imani menutup rapat pintu biliknya,tubuhnya tersandar lemah dibelakang pintu bilik.Lemah hingga akhirnya Nur Imani melurut jatuh kebawah,diatas lantai bilik Nur Imani tertuduk tidak berdaya.Esakan yang disembunyikan sejak tadi,kedengaran juga meskipun Nur Imani cuba untuk mengelak daripada meniti bibirnya.Meskipun titisan jernih ini tidak mampu mengubat setiap luka yang dipalitkan Ariff Farhan terhadapnya,namun hanya inilah teman paling baik yang pernah dimilikinya sejak dia bergelar isteri kepada insan itu.



Rasa dihatinya hanya Allah yang tahu.

Ketika ini ayat-ayat terakhir Ariff Farhan ketika mereka berada diruang dapur tadi terus berlegar-legar dimindanya.Kata-kata yang lebih tajam bisanya daripada belati yang baru diasah itu,terus menerus melukai jiwanya.

Pun begitu,Nur Imani cuba untuk mengusirnya pergi! Pergi agar tidak terus-terusan melukai hatinya lagi.Namun semakin dia mencuba semakin kata-kata itu...menghenyak-henyak hati dan   perasaannya.Akhirnya,dia yang kesakitan.Sakit yang teramat!

Dada yang berkocak hebat seakan-akan ingin digenggamnya jika berupaya.Sayangnya,hanya tangan halusnya mampu diletakkan dipermukaan dada yang dilindungi jubah ditubuhnya ini.

Allahhuakbar..! Allahhurrahim!! Allahhufattah..! Bibirnya tidak henti-henti mengucapkan Asma Yang Maha Hebat itu.Bersama deraian air mata,hatinya terus berdoa.Berdoa agar memberikan kesabaran buatnya untuk menghabiskan hari-hari terakhirnya sebagai seorang isteri disisi lelaki itu.

“Wahai hati..Kenapa engkau masih mahu mendapatkannya meski diri ini hanya dianggap sebagai perosak kebahagiaannya? Mengapakah engkau wahai jiwa...? Masih juga mendambakannya jika selama ini tidak pernah dia menunjukkan kasihnya walaupun sekelumit terhadap diri ini?

Atau akukah yang bersalah,kerana telah mencintai dirinya meskipun aku mengetahui akan rasa dihatinya terhadap diri ini?

Sungguh! Hatinya cinta! Hatinya kasih! Hatinya sering mendambakan.

Cinta dan kasihnya sebagai isteri hanya untuk Ariff Farhan,lelaki itu juga yang sering didambanya setiap masa.

Maafkan Nur abang,Nur cuma manusia biasa.Fitrah yang Allah berikan pada Nur adalah ‘perasaan itu’ iaitu satu anugerah yang paling bernilai dan berharga buat semua makhluk yang berada diatas muka bumiNYA ini.Setiap dari kita juga berhak untuk memberikan ‘perasaan itu’ kepada sesiapa juga yang diingininya dan itulah yang telah berlaku pada Nur.Nur beri ‘perasaan itu’ kepada abang meskipun Nur cuba untuk menghalanginya sejak dari awal lagi.Nur cinta abang walaupun perasaan abang adalah sebaliknya pada Nur.Nur sayang abang sepenuh jiwa Nur sebagai isteri walaupun pada abang,hubungan ini cuma ikatan yang tidak bermakna.Bagi Nur abang adalah suami Nur,dunia dan akhirat.Hanya Ariff Farhan yang akan menjadi suami Nur.Tamakkah Nur jika itu yang Nur mahukan?

Semua persoalan itu sekadar menjadi persoalan dihatinya kerana sememangnya dia tidak punya jawapan untuk semua persoalan itu.Nur Imani juga tidak mahu mencari jawapannya kerana dia yakin,dihujungnya..Dia akan dikecewakan.

Tiba-tiba tangannya jatuh kepermukaan perut yang dilindungi jubah yang dipakainya ketika ini.Ketika itu juga Nur Imani seakan-akan disedarkan oleh sesuatu.Sesuatu yang mengingatkannya tentang nyawa yang sedang bergantung segala-galanya dengan dirinya.Nyawa seorang manusia yang telah diamanahkan oleh Allah kepadanya untuk dipertanggungjawabkan.

Image

Badan yang terasa lemah juga bagaikan mendapatkan kembali kudratnya,perlahan-lahan Nur Imani bangun.Bangun daripada terus melayani duka dihatinya.Bangun untuk meneruskan semua yang telah dimulakannya ini.

“Maafkan ibu sayang..Entah kenapa ibu begitu mudah tewas setiap kali berdepan dengan ayahmu.Maafkan ibu.” Bisiknya perlahan kepada sikecil itu.Terus kakinya dilangkahkan kearah katil yang sedari tadi menantikan kehadirannya.

Pada langkah pertama air mata yang menitis tadi diseka lembut.Sesaat itu,Nur Imani tidak lagi mengizinkan air matanya membasahi wajah kudusnya.

Sesampai dikatil,bantal yang berada disisinya diambil.Lincah tangan Nur Imani meraba-raba mencari sesuatu didalam sarung bantal.Apabila barang yang dicarinya telah ketemu,tangannya kembali ditarik keluar.ImageSekeping gambar yang menjadi perawat dihatinya sejak seminggu yang lalu kembali menyapa pandangannya.Gambar tersebut ditatap sayang sebelum dibawa rapat kebibirnya lantas dicium penuh kasih kemudian dijatuhkan pula ke dadanya.Bagaikan terdengar ditelinganya detapan nadi sikecil ini yang sedang berkongsi segala-galanya bersamanya.Inilah anak yang akan menemani kehidupannya selepas ini meskipun tanpa Ariff Farhan.

Sebaik Nur Imani menghilang daripada pandangannya,Ariff Farhan terus mengambil cawan yang telah digunakan oleh isterinya tadi.Antara sedar dan tidak,habis lebihan air yang diminum isterinya diteguknya pula.

Dalam kata mudahnya..Fikirannya sedang berserabut.Semuanya kerana tindakan dan kata-kata Nur Imani tadi.

Ya! Kerana tindakan Nur Imani,membuatkan hatinya terus bertanya tentang keadaan sebenar wanita itu.Apa mungkin,benar tekaannya?? Ah! Itu bukanlah penyebab utama kepada kekusutannya tadi,sekalipun Nur Imani mengandung! Sah,sah! Anak itu anaknya!

Satu-satunya hakikat yang tidak mampu disembunyikannya jika benar apa yang bermain dibenaknya ketika ini.

Namun..Apabila soal hidup dan mati pula menjadi madah dibibir wanita itu tadi..Hatinya jadi tidak menentu,takut,bimbang,risau,sayang...Sayang???

Sayang?? Langsung bibirnya melepaskan rengusan berbaur keluhan.Tidak puas hati dengan rahsia hati yang sedang berbisik.Seperti biasa juga,akalnya lebih bijak untuk menidakkannya.Saat itu dendam lama kembali berbisik.Membawa segala rasa yang baru ingin mekar semula,pergi begitu saja.Layu tanpa sebab yang munasabah!

Mana mungkin aku mencintai Mu!! Kau juga sama sepertinya,Nur!! Hipokrit! Penipu!

Sekali lagi,dalam keadaan sedar dan tidak.Ariff Farhan menghempas pula cawan plastik yang berada ditangan keatas meja makan dihadapannya.Kuat!

Wajah yang tadinya sudah kembali tenang,mula memerah semula dek rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam dari hatinya terhadap...Nurin Najwa!

Wanita itulah yang telah menyebabkannya hidupnya menjadi seperti sekarang! Namun yang menjadi mangsa diatas kesilapan wanita itu selama ini adalah...Nur Imani.

Walaupun wanita itu langsung tidak bersalah.Ternyata sifat mazmumah yang dibiarkan bersemadi didalam hatinya sejak sekian lama membuatkan Ariff Farhan buta hati! Buta mata! Buta segala-galanya untuk menyelami hati wanita yang telah banyak berkorban buatnya selama ini.

Ketika ini dia sudahpun berada didalam keretanya sebaik panggilan daripada Zahim beberapa minit yang lalu membawa langkahnya ‘pergi’ meninggalkan Nur Imani bersendirian lagi.

"Ya! Aku datang sekarang! Kau tunggu saja kat situ!" Ariff Farhan menutup kembali Ipadnya sebelum diletakkan ditempat yang sepatutnya.Dia sudah bersedia untuk memulakan pemanduannya,seminit kemudia Harier kesayangannya mula bergerak pergi meninggalkan kawasan banglo dua tingkat miliknya itu

Tanpa Ariff Farhan sedari,sepasang mata yang tidak pernah lekang mengiringi setiap pemergiannya bersama untaian doa yang tidak pernah jemu dihadratkan kepada Ilahi agar memelihara diri insan itu.Menghantarnya dari jauh meskipun wanita itu pernah mendambakan kucupan hangat seorang suami diubun-ubun ataupun dahinya,sekadar ucapan selamat tinggal juga sudah mampu memberikan seribu kebahagian didalam hidupnya.Sayangnya,semua itu tidak pernah dilalui mahupun dirasainya.Malah sejak dari awal perkahwinan lagi,hubungan mereka memang sehambar ini.Kaku dan kosong,puas Nur Imani mencuba.Dengan tiket yang dipegangnya sebagai isteri kepada lelaki itu,dia cuba untuk mendapatkan Ariff Farhan dengan usahanya sendiri.Namun seperti biasa,semuanya hampa! Hati lelaki itu terlalu keras lebih keras daripada kerikil sehingga Nur Imani tidak tahu disudut manakah hati itu mampu disentuhnya.

Sepi kembali rumah besar ini..Sesepi perasaan wanita yang sedang berdiri dibalik langsir bilik berwarna putih susu itu.

############################################

1 comment:


  1. Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com

    Penawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :

    =>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perhari)
    =>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)

    Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :

    *Data Anda Aman Bersama Kami
    *Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
    *Tersedia 8 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
    *Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
    *Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com

    Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???

    Ayok Tunjukkan Skill Anda Sekarang Juga, Hanya Di PesonaQQ.

    Salam Hangat PesonaQQ ^^

    [img]http://i63.tinypic.com/24gn7r8.jpg[/img]

    *Min. Depo / WD Hanya Rp 20.000,- (Dua Puluh Ribu Rupiah)
    *Proses Depo / WD Hanya 3-5 Menit
    *Online 24 Jam
    *CS 24/7 Yang Berpengalaman
    *Support Bank-Bank Lokal : BCA, Mandiri, Danamon, BNI & BRI

    Info lebih lengkap silahkan hubungi CS 24/7 kami melalui :
    * Livechat
    * WA : +85511817618
    * BBM : 7A996166

    ReplyDelete