Sunday, 15 July 2012

Novel: Salahkah aku…Mencintaimu???(3)

 “Kau suruh aku datang tengah hari rembang macam nie semata-mata nak tunjukkan aku benda nie?? Macam tak berbaloi jer?” Komen Ariff Farhan tidak puas hati

Matanya dibiarkan menatap cincin emas yang telah dibeli oleh Zahim untuk bakal tunangnya yang bakal diikatnya pada hujung bulan hadapan.Semata-mata cincin ini,Zahim beria-ia menyuruhnya datang tadi.



Angin pulak!? Tersenyum sendiri Zahim melihat reaksi temannya itu.

“Wei!! Relakslah bro.Kau pasal apa angin tak tentu fasal tengah-tengah hari macam gini? Memang aku nak tunjukkan kau benda nie jer,so..Apa pendapat kau? Sesuai ke tidak cincin nie?? Kau rasa cantik tak kalau cincin nie disarungkan kejari manis tunang aku tu nanti?” Zahim menumbuk mesra dada Ariff Farhan,cuba untuk ‘menenangkan' Ariff Farhan.

“Kau tanya aku?" Soal Ariff Farhan tidak percaya,dibeleknya lagi cincin emas yang sedang dipegangnya itu.Tidak tahu apa yang ingin diperkatakannya tentang cincin ini,melainkan satu perkataan saja.

Cantik!

"Manalah aku tahu Zahim,kau ingat aku ni perempuan pandai nak menilai benda-benda macam nie??” Tapi lain pula perkataan yang meniti bibirnya.

“Sekurang-kurangnya kau dah ada pengalaman,lagipun kau dah kahwin,aku nie single lagi.”

"Tanya dengan tuan punya badan le bang! Kan senang?” Pangkah Ariff Farhan lagi.Cincin yang berada ditangannya ditenung lagi.Padanya cincin ini memanglah cantik,tapi macam yang dia cakap tadi.Bukankah lebih baik jika Farah yang memilihnya?

“Nak suruh aku tanya dia? Aku jumpa dia pun dua tiga kali jer,last aku dengar suara dia pun dua minggu lepas.Itupun aku yang telefon dia,kalau tak...Jangan harap aku nak dengar suara dia yang comel tu.Masa aku beritahu beritahu dia pasal nak beli cincin bertunang nie pun,dia kata terserah kat aku nak pilih yang macammana pun.Asal boleh sarung,asal majlis yang dirancang nanti berjalan dengan lancar.Cincin belah rotan saja pun takpa.” Luah Zahim seperti tidak puas hati.

Ariff Farhan pula,akalnya mula merencana sesuatu.Sekadar ingin mengusik,

“Ermm.Kalau dah macam tu senang sangat.Aku bagi idea paling cantik untuk kau.Amacam??” Soal Ariff Farhan berahsia

“Idea apa pulak?” Soal Zahim pula,pelik!

Ariff Farhan sudah mengukirkan senyuman lebar sebelum apa yang bermain difikirannya meniti dibibirnya pula.

“Apa kata kita buat pertukaran? Kau bagi aku cincin nie,kejap lagi aku cari lidi pokok kelapa aku    buatkan satu cincin tunang yang paling special untuk kau.Nak? Aku bagi free.Tak payah bayar apa-apa.”

Sebelum sempat cincin ditangan Ariff Farhan dirampas Zahim,Ariff Farhan terlebih dahulu menggenggamnya,menghalang Zahim daripada mengambilnya.

“Ha! Usah nak buat gila! Bak balik cincin tunang aku nie.Ada hati nak tukar cincin aku dengan batang lidi,apa kau ingat tunang aku tu tunggul nak bagi cincin lidi? Kalau dia nak pun,mak bapak dia macammana pulak? Dahlah aku yang suruh mak abah aku carikan untuk aku,dah dapat..Senang-senang nak buat anak dara orang macam tu? Alamatnya sampai ke tua aku tak kahwin,kempunanlah aku nak berbini Farhan.” Ujar Zahim sambil menongkat dagu,memandang kearah genggaman tangan Ariff Farhan yang berisi cincin tunangnya.

“Bunga bukan sekuntum.” Sela Ariff Farhan.Mengusik dalam masa yang sama juga mengingatkan.Namun dia tidak sedar,usikan dan ingatannya itu lebih banyak membuka peluang untuk Zahim mengenakannya pula.

“Bunga memang bukan sekuntum,tapi belum tentu lagi dalam banyak-banyak kuntum lain yang ada tu kita boleh dapat satu yang terbaik Farhan.Sekurang-kurangnya aku cuba pertahankan bunga aku yang sekuntum nie,aku tak nak jadi macam orang tu....De..”

“..Perli aku nampak?” Belum sempat Zahim menghabiskan ayat terakhirnya itu,Ariff Farhan terlebih dahulu memotongnya.

Sekali lagi Zahim mengukirkan senyuman,dia sudah pun menjangka reaksi temannya itu.

“Aku tak sebut nama kau pun? Tiba-tiba nak tersentap nie,apa hal bro??” Zahim mengangkat sedikit keningnya.Ariff Farhan pula nampaknya tidak berminat untuk mendengar kata-kata seterus darinya.

“Ah! Sudahlah kau! Aku lapar! Kau masak apa tengah hari nie? Dah berkeroncong betul perut aku nie.Nie! Ambik balik cincin kau nie,aku pun tak teringin..Kalau aku nak,10 dari nie pun aku boleh dapatkan.Kedekut!”

Ariff Farhan meletak kembali cincin tunang Zahim yang berada ditapak tangannya tadi kedalam tapak tangan Zahim.Pantas dia bangun dari kerusinya berniat untuk masuk kerumah mencari sesuatu yang boleh disantapnya.Lapar betul perutnya hari ini! Tadi pun tak sempat nak singgah dimana-mana kedai makan.

Zahim mengeleng berat melihat sikap Ariff Farhan itu,dengan nada suara yang sedikit mendatar dia bersuara kembali.Kali ini dia pula yang mengingatkan..

“Tak guna berbini macam nie Farhan,isteri kau penat-penat memasak kat rumah.Dekat rumah bujang nie jugak kau nak makan.Cuba sesekali kau dengar cakap aku,kau kena rasa air tangan isteri kau tu.Percaya atau tak,lauk pauk kat rumah kau tu lagi sedap dari lauk pauk bujang aku nie,lagi sedap dari lauk pauk restoran,hotel,gerai mamak dan semua-semua kedai makanan yang ada kat atas dunia nie..Sudah-sudahlah tu Farhan,sampai bila kau nak hukum seseorang yang tak bersalah.Jangan disebabkan kesilapan kakak dia,kau tutup pintu kebahagian yag sepatutnya dimiliki oleh Nur dan kau jugak.Aku tak minta lain,Farhan.Aku cuma suruh kau bukak sedikit pintu hati kau tu untuk Nur.Sedar sikit,perempuan yang kau benci tu adalah isteri kau.Dialah permaisuri hati kau sejak dulu sehingga sekarang dan..Sampai akhir hayat kau,dia bukan patung tak bernyawa dalam rumah kau tu.” Zahim terus menghambur Ariff Farhan dengan kata-katanya yang menyakitkan hati.Meskipun Ariff Farhan sedang membelakanginya ketika ini,Zahim yakin! Apa yang diperkatakannya sentiasa masuk ke dalam fikiran Ariff Farhan.Mungkin juga menyentuh tangkai hati lelakinya yang keras itu.

“Apasal sejak akhir-akhir nie kau suka jadi kaunselor tak bertauliah untuk aku?” Soalan Ariff Farhan memaksa Zahim turut bangun dari duduknya.Melangkah meninggalkan taman mini diruang belakang rumahnya ini sebelum terhenti disebelah Ariff Farhan.

“Jomlah! Tadi nak makan sanngatkan??!” Sudahnya Zahim yang terpaksa menghentikan perbualan mereka.

Bahu teman baiknya itu ditepuk perlahan sebelum kedua-duanya bergerak pergi,melangkah masuk kedalam rumah.

Kedua-dua sahabat baik itu melangkah keruang tamu sebaik menu tengah hari mereka disantap.Kedua-duanya melabuhkan punggung mereka diatas sofa dihadapan televisyen.

“Alhamdulillah! Kenyang!! Sedap betul kari kepala ikan kau tu tadi.Thanks bro..” Ariff Farhan tersandar seperti ular sawa yang kekenyangan diatas sofa.

“Sama-sama..” Balas Zahim setelah air kosong didalam gelas yang berada ditangannya ketika itu diteguk perlahan.

“Kau nak keluarkan kejap lagi?”

“Hmm..Aku keluar lepas zohor,kenapa? Kau nak ikut?”

“Ikut?? Aku malas nak keluar dah.Aku nak terus balik lepas nie.”

“Aik!! Baru dua jam kat rumah aku dah nak balik?? Ke..tengah ingatkan buah hati kat rumah?”

“Aku bukannya nak balik terus kerumah,aku nak singgah pejabat kejap.Ambik barang,lepas tu baru aku balik...”

“Kau nak keluar kemana kejap lagi?”

“Aku nak kerumah Mak cik..”

“Rumah mak cik?? Buat apa?” Soal Nur Imani.

“Kau lupa? Mak aku kan ada kat sana?? Aku nak ambik dia bawak balik sini.Ha! Ingat! Seminggu nie jangan kira nak keluar masuk rumah mak aku.Sila-silap hari bulan mak dapat hidu masalah kau dengan Nur pulak!”

“Ha! Aku baru teringat.Hmm..Nampaknya merempatlah aku seminggu nie.” Keluh Ariff Farhan sendirian.

“Nak merempat apanya? Rumah sendiri ada,duduk jer diam-diam.Takkan matinya kalau kau menatap muka Nur tu 24 jam sekalipun.Dapat pahala lagi ada bila suami isteri nie selalu memandang diantara satu sama lain.Dapat mencabahkan benih-benih kasih sayang kat dalam hati.” Sanggah Zahim.

“Takda topik lain ke kau nak cakap dengan aku nie? Dari tadi,Nur..Nur..Nur..”

“Kau nak tahu kenapa aku suka sebut pasal dia?? Sebabnya aku nak sedarkan kau sikit,aku nak kau celikkan semua pancaindera yang Allah berikan pada kau nie.Kau sebenarnya buta hati Farhan ! Buta mata,buta akal!! Ishh..Kalau nak disenaraikan,banyak buta yang kau dah miliki sebab dendam kau tu.Nur tu perempuan baik Farhan,Nurin tu pun perempuan baik.Cuba kau bukak mata kau tu luas-luas! Aku tak nafikan,Nurin bersalah pada kau.Memanglah dia tak sepatutnya buat kau macam tu masa majlis akad nikah dulu,tapi macam yang aku cakap dia buat semua tu mesti bersebab.Aku juga yakin dia punya alasan yang kukuh mengapa dia menarik diri disaat-saat akhir.Itu qoda dan qadar Allah buat kau dan dia,membuktikan yang dia bukannya jodoh kau.Itulah cara Allah nak tunjukkan pada kita, tak semestinya apa yang kita nak kat atas dunia nie kita akan dapat.Macam tu jugak dengan hidup kita.Kita tak semestinya berada diatas setiap masa,kadang-kadang kita mesti jatuh.Itulah roda kehidupan,sentiasa berputar dan berputar.” Ariff Farhan masih dengan wajah tenangnya,Zahim merasakan dia seperti bercakap dengan seorang manusia yang pekak dan bisu.Namun Zahim tahu,Ariff Farhan mendengari setiap butir bicara yang meniti bibirnya ini.Cuma..Seperti biasa,setiap kali topik hubungan suami isterinya menjadi perbualan,Ariff Farhan akan menjadi seorang yang pasif tiba-tiba.

Zahim sudah masak dengan sikap sepupu rapatnya ini.

Hanya satu yag dikesalinya sehingga sekarang,dia tidak mampu membukakan pintu hati Ariff Farhan untuk menerima Nur Imani sepenuhnya meskipun wanita itu telah menjadi isterinya yang sah.Hidup Ariff Farhan masih diselubungi kenangan silam itu,dek kerana kenangan itu juga dia telah menutup hatinya untuk menerima mana-mana perempuan yang hadir didalam hidupnya.

“Nasib baik aku dah jumpa perempuan yang sesuai untuk dijadikan isteri.Kalau tak..Aku sanggup tunggu sampai kau lepaskan dia.” Ujar Zahim bermadah,sedikit pun dia tidak memandang kewajah Ariff Farhan ketika bicara itu meniti bibirnya.

“Kau nak buat apa kalau aku lepaskan dia?” Duga Ariff Farhan sambil memandang kearah Zahim,menunggu jawapan daripadanya.

“Aku sendiri akan sunting dia jadi isteri aku.Perempuan baik,cantik,berbudi bahasa dan lembut budi pekertinya macam Nur tu cuma lelaki bodoh saja sanggup lepaskan.” Ujar Zahim sinis tanpa memandang kewajah Ariff Farhan.Sengaja dia tidak mahu melihat air muka yang sudah pastinya berubah itu.

Dalam hati...Sikap-sikap negatif yang ditunjukkan oleh Ariff Farhan itu setiasa memberikan sedikit jalan untuk Zahim.Rasa dihatinya semakin membenarkan apa yang difikirkannya berada didalam hati Ariff Farhan itu.

Melihat Ariff Farhan seperti tidak mahu membalas kata-katanya.Zahim bangun dari tempat duduknya,menuju kemeja makan tidak jauh daripada mereka untuk meletakkan cawannya.

“Aku balik dulu Zahim! Lain hari aku datang lagi.” Suara yang kedengaran agak jauh itu membuatkan Zahim segera berpaling kebelakang.

Dahinya ditepuk perlahan ketika melihat Ariff Farhan tiada dibelakangnya.

“Woi!! Nak balik dah ke??” Jerit Zahim kuat.Ariff Farhan sudah pun menyarungkan kasutnya kekaki didepan pintu rumah.

Pantas Zahim mendapatkannya,

“Ha!! Aku balik dulu! Kau ke rumah Mak cik nanti,sampaikan salam aku kat semua.Assalamualaikum!” Ariff Farhan menjengulkan wajahnya buat kali terakhir sebelum melangkah pergi.

“Waalaikumussalam..” Salam Ariff Farhan masih disambut,Zahim menutup pintu grill rumah sebelum menguncinya,setelah Harier milik Ariff Farhan menghilang daripada pandangannya baru dia berlalu kedalam semula.

Aku tak habis cakap lagi kau boleh blah macam tu jer!! Keluh Zahim tidak puas hati.

Pemergian Ariff Farhan beberapa minit yang lalu telah mematikan niat Nur Imani untuk merehatkan badannya.Pandangannya secara sengaja dibiarkan singgah ke sebuah bakul yang penuh dengan pakaian,kesemuanya milik Ariff Farhan.Belum apa-apa lagi,dia sudah terasa penat.

Antara rasa malas dan rajin Nur Imani membawa langkahnya menghampiri bakul itu sebelum tangannya pula mengambil bakul tersebut dan dibawanya keluar.Nur Imani ingin menghantar semuanya ke dalam bilik lelaki itu kerana semua pakaian ini milik Ariff Farhan.

Lagipun itu syarat yang dikenakan oleh Ariff Farhan kepadanya jika dia ingin masuk kebiliknya.

Malah masih segar diingatannya akan setiap pesanan berbaur ugutan daripada Ariff Farhan itu meskipun kadangkala terukir senyuman dibibirnya mendengar pesanan yang seringkali berubah dalam beberapa situasi yang berbeza.

Hari pertama kakinya melangkah kedalam rumah milik lelaki ini.

“Aku tak suka orang lain masuk bilik aku! Lebih-lebih lagi kau! So! Aku tak nak kau masuk ke dalam bilik ini atas alasan apa sekalipun.Faham!” Itu arahan Ariff Farhan kepadanya ketika kali pertama Nur Imani melangkah masuk kedalam rumah ini.

Sampai bulan ke-2,

“Mulai esok aku nak kau tolong lipatkan kain baju aku,baju-baju kerja pulak tolong seterikakan mana yang patut.Kalau dah siap,letakkan saja kat depan bilik tu.Nanti pandai-pandailah aku ambik! Tak payah susah-susah nak ketuk pintu ke apa ke,Faham!? Apa gunanya ada isterikan kalau setakat nak hidup goyang kaki kat rumah!?”

Masuk bulan ke-3

“Aku izinkan kau masuk kebilik aku! Dengan syarat,bukan masa aku ada kat rumah! Kalau kau rajin,kemaskan apa yang patut.Baju-baju yang dah siap berlipat,dah siap seterika.Simpan kemas-kemas dalam almari.Faham?!”

Dan...Pada bulan-bulan seterusnya selepas itu,

Rutin harian Nur Imani setiap malam adalah melipat pakaian-pakaian Ariff Farha dan pakaiannya juga.Keesokan harinya pula,selepas balik daripada kerja lebih kurang 5.30 petang setiap hari.Dia akan memastikan segala pakaiaan lelaki itu yang dilipatnya sudah siap disusun kemas didalam almari.Kerja-kerja menggosok baju pula hanya akan dibuat pada hujung minggu kerana pada dua hari itu hidupnya lebih lapang kerana Ariff Farhan langsung tidak lekat dirumah.Sepertimana dia keluar dan balik kerumah pada hari bekerja seperti itu jugalah dia keluar dan balik kerumah ini pada setiap hari sabtu dan ahad.Nur Imani tidak pernah bertanya mahupun menyoal suaminya itu mengenai ‘kehilangannya’ kerana Ariff Farhan sendiri tidak mahu dia mengetahuinya...

Tidak sampai 2 minit,Nur Imani sudah berada dihadapan bilik Ariff Farhan.Bilik yang tertutup rapat itu dipulaskan tombol pintunya.

Sebaik dibuka...

“Astaghfirullahhala’zim..” Bibirnya beristighfar perlahan,tak berkutik Nur Imani dihadapan pintu bilik itu apabila melihat keadaan bilik yang terlalu menyakitkan mata.Baju,seluar dan apa saja barang milik Ariff Farhan,semuanya bersepah disana sini.Mungkinkah Ariff Farhan sengaja berbuat seperti ini? Hatinya mula bertanya.

Memang semak! Kalah tongkang pecah! Komennya pula.

Dalam erti kata yang mudah,serasa malas sahaja kakinya ini ingin melangkah masuk kebilik Ariff Farhan lagi kerana dia tahu.Sekarang! Kerjanya bukan sahaja untuk menyusun kain baju lelaki ini didalam almari tetapi juga terpaksa mengemas bilik ini pula.

Jika diikutkan rasa hatinya dia ingin berpatah balik kebiliknya namun ketika mengenangkan bakul yang telah bersusah payah dibawanya tadi,Nur Imani memaksa juga kakinya untuk melangkah masuk.

Sebenarnya sudah seminggu Nur Imani tidak masuk kebilik Ariff Farhan,baju-baju yang sepatutnya dilipat dan dikemas setiap hari ini juga telah seminggu dikumpulkan didalam bakul.Lepas subuh tadi baru dilipatnya,ditambah dengan pakaiannya pula hampir dua bakul pakaian mereka yang dilipatnya dalam masa sejam setengah itu.

Dalam keadaannya sekarang,Nur Imani tidak dapat nafikan kerjanya banyak tertangguh,yang mudah juga menjadi lambat,yang senang pula terasa susah.Alahan teruk yang dialaminya sejak dari awal kandungan ini memang banyak merubah rutin yang dilakukannya setiap hari,waktu bekerjanya apatah lagi.

Mahu tak mahu,pada hari ini,pada jam ini,pada saat ini..Bilik Ariff Farhan mesti dikemasnya atau Ariff Farhan akan terus menyemakkannya sehingga lebih menyusahkan Nur Imani untuk mengemas dihari lain.

Kaki yang terasa berpasir dan melekit-lekit itu memaksa Nur Imani mengambil penyapu dan alat pembersih lantai.Setelah pakaian kotor yang bertaburan diatas lantai dan katil serta yang bergantungan disana sini itu diambil dan dibasuhnya menggunakan mesin basuh,baru Nur Imani kembali kebilik Ariff Farhan untuk membersihkan bilik itu pula.Pinggang yang sudah terasa sakit akibat terpaksa menunduk ketika mengutip pakaian yang bertaburan tadi sedikit membataskan pergerakan Nur Imani selepas itu.Kadang-kadang dia terpaksa duduk berehat dulu diatas kerusi untuk menghilangkan rasa sakitnya.

Hampir sejam setengah berlalu kerjanya selesai juga,Nur Imani meletakkan seluar terakhir Ariff Farhan didalam almari sebelum pintu almari itu ditutupnya rapat.Lega betul rasanya.

Kini baru Nur Imani dapat melepaskan lelahnya.Diatas sofa rehat milik Ariff Farhan dia meletakkan tubuh yang keletihan,terasa betul badan-badan yang kesakitan ini sedikit selesa apabila dapat direhatkan.Pandangannya turut dihamparkan pada keadaan sekeliling bilik yang sudah lapang,kembali cantik dan bersih dipandangan mata.

Biarpun keletihan namun melihat kerja yang telah diselesaikannya dengan sempurna,Nur Imani puas!

Ralit pula Nur Imani melayan damai yang bertandang dihatinya,

Dek keletihan itu mata Nur Imani juga mula kuyu sedikit demi sedikit.Ditambah lagi dengan sofa empuk yang sedang didudukinya,tubuh yang sememangnya keletihan ini bagaikan dibelai manja.Fikiran yang mula merewang jauh membawa rohnya bagaikan melayang pergi dari jasad.Sedikit demi sedikit pandangannya mula kelam hingga akhirnya seluruh dunianya yang tadinya masih bercahaya,gelap serta merta.

Deru nafas yang dihelanya jelas kedengaran sebuah kepenatan.

Pertama kali sejak mereka berkahwin,bilik lelaki ini menjadi tempat beradunya.Walaupun bukan ditempat sepatutnya namun Nur Imani tetap sudah terlena dikawasan bilik suaminya yang sering ditidakkan oleh lelaki itu.

Nur Imani terlupa,Ariff Farhan mungkin akan balik bila-bila masa sahaja dari sekarang.

#####################

2 comments:

  1. blinkalltheday18 July 2012 at 05:08

    hari2 duk tggu citer ni..suka ngat dah ade new n3..tq!

    ReplyDelete