
Assalamualaikum semua..
Untuk pengetahuan semua pembaca..Cek N akan berhentikan dulu alkisah diantara Nur Imani & Ariff Farhan.
Tapi jangan risau...kali nie berhenti untuk siapkan terus novel nie..
sekarang nie dah masuk bab 56 pun..seperti yang tertera diatas ;)
Alhamdulillah! Walaupun malas,tapi berjaya juga memaksa diri nie untuk terus bergerak,terutama jari jemari yang memainkan peranan utama nie,hehe..
Harap2 ada rezeki untuk dibukukan...doa2kan ye..
Sebagai ganti..
Selepas seminggu membelek beberapa kisah yang pernah tergantung,
Hmm..diantara 3,4 cerita..Akhirnya jatuh hati balik kat cerita nie..


Secara ringkas,alkisahnya..
Mengenai seorang wanita yang sudah mengambil keputusan untuk hidup sendiri seumur hidupnya,dia bertekad tidak mahu terjebak dalam cinta dengan mana-mana lelaki.
Perjalanan kehidupannya sepanjang 30 tahun cukup untuk menjadikan dirinya seorang pendendam cinta!
Bukan niatnya ingin menafikan perasaan yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia ini,tapi..jiwanya ini sudah ditambus.
Dengan siapa?
Lelakilah....
Jika ada yang cuba menghampiri dia akan menjauh.Jika ada yang menghulur,sebaiknya dia akan menolak.Dia sanggup dituduh sebagai seorang wanita yang sombong jika itu saja penyelesaian yang dilihat dapat membantunya.
Namun kini,dia tersepit diantara keinginannya sebagai seorang wanita dengan perasaan luka yang telah dibuat oleh insan bernama lelaki terhadapnya.
Melihat wanita-wanita yang seusia dengannya sudah mempunyai keluarga sendiri,anak-anak sendiri dan kehidupan mereka sendiri.Naluri kewanitaannya benar-benar terusik.Sesungguhnya dia juga ingin punya anaknya sendiri,yang dilahirkan dengan seribu kepayahan dan kesusahannya sendiri dan anak itulah yang akan membawakan kebahagian kepadanya.
Namun...dalam masa yang sama juga,dia tidak mampu untuk membiarkan dirinya dilukai oleh insan bernama lelaki lagi.Selepas berfikir panjang,akhirnya dia mendapat satu jalan penyelesaian yang menyelesaikan semua masalahnya.
Penyelesaian yang akan membuatkannya mendapatkan apa yang dihajatinya tanpa perlu ‘mengabdikan’ dirinya kepada lelaki bernama suami itu sampai bila-bila.
Dalam sibuk dia mencari seseorang yang sudi menerima tawarannya ini,tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang tidak begitu dikenalinya telah menawarkan diri untuk menjadi suaminya?
Kata-kata lelaki itu membuatkan Anis Adelia agak bimbang untuk meneruskan langkah pertamanya,setelah berfikir..Akhirnya dia menerima kerana jauh disudut hati,dia mengakui..ada kebenarannya dalam kata-kata insan itu.
Namun..
Selepas itu,lelaki itu pula dikejutkan dengan dokumen yang telah diberikan kepadanya.
Jadi! Atas dasar ini perempuan ini berani memperjudikan kehidupannya? Dengan cara ini?
Satu persoalannya sudah terjawab.Kini datang pula pertanyaan yang lain,
Ya Allah! Kenapa dia sanggup berbuat begini?
Disebabkan perasaan ingin tahu jugalah..Aniq Ehsan tidak berpaling lagi dengan keputusan yang telah dibuatnya.
Dia tekad! Wanita ini akan menjadi isterinya!!
Anis Adelia : "Awak pun dah sanggup terima tawaran ini! Jadi saya harap awak akan kotakan janji awak pada tempoh waktu yang telah saya tetapkan dan saya juga akan tunaikan janji saya pada awak pada hari itu juga!"
Aniq Ehsan : "Baiklah! Cik Anis.Cuma satu saya minta,urusan perkahwinan kita disebelah saya.Cik Anis tak perlulah nak masuk campur.Walaupun perkahwinan kita dengan cara macam nie,saya nak ingatkan Cik Anis yang saya tetap lelaki! Biar saya dan keluarga saya yang uruskan.Cik Anis cuma perlu uruskan majlis kita dikampung Cik Anis!"
Berjayakah rancangan yang telah diatur oleh Anis Adelia? Benarkah hatinya sudah tertutup untuk semua lelaki? Atau mungkin dengan kehadiran Aniq Ehsan akan menyedarkannya bahawasanya dalam dunia ini masih ada lelaki yang tahu menghargai seorang wanita! Masih ada lelaki yang tahu menghormati seorang wanita!
Atau mungkinkah Aniq Ehsan sama sahaja dengan lelaki-lelaki yang pernah dikenalinya? Sentiasa menunjukkan ego hanya untuk menunjukkan kuasa yang ada pada mereka? Sentiasa menganggap wanita adalah manusia yang paling lemah dimata mereka?
Sentiasa menganggap kaum hawa ini sebagai beban didalam hidup mereka?
Dan..
Terbongkarkah rahsia yang ingin diketahui oleh Aniq Ehsan mengenai wanita ini?
Apakah benar telahannya selama ini ataupun sebaliknya....??
SEKIAN!
Phew..selesai juga mengarang sinopsisnya..sejam lebih!
Yeah! Inilah..Cerita baru untuk tatapan semua tapi sambungan semula untuk Cek N selepas dua tahun rapi didalam simpanan..
Tajuk?? Masih mencari tajuk yang sesuai..
Baiklah. akak noted :) tak sabar nak tunggu cerita ni disudahkan. Cerita baru bila nak up? hehe
ReplyDeleteTahniah..dik...akak doakan novel ini akan keversi cetak..dan kalau boleh akak nak juga novel adik yg menjadi Salahkah aku mencintaimu juga keversi cetak..akak mmg telah jatuh cinta dengan kedua dua watak hero dan heroin itu..
ReplyDeleteHehe..
ReplyDeleteInsyaAllah! ASAP :)
Petang @ malam nie..tq
:)
ReplyDeleteAmin..
harapnya masinlah kata2 akak nie..hehe..
thanks sudi jadi pengunjung setia blog y x seberapa nie.
All the best ceknursalisa.. Mmg tak sabar nak baca hingga tamat kisah Ariff Farhan n Nur Imani ni... Semoga di permudahkan segala urusanmu sis...
ReplyDeleteAmin..amin.,thanks Kak rozi :)
ReplyDeleteSalam..salahkah aku mencintaimu telah dbukukan ke?
ReplyDeletewasalam..belum lagi..:)
DeleteXada sambungan ke?salahkah aku mencintaimu?saya setia menanti ni....:)
DeleteHmm menunggu novel salahkah mencintaimu versi cetakk....harap xlama mnggu
ReplyDeleteMasih menunggu story nie...BTW sy sllu ulang bca dri dlu..3 tahun...bila final story nie
ReplyDeleteSaya bru je baca smua citer nih. And saya harap salahkah aku mencintaimu dh ada versi cetak. And pls smbung bab di penghujung rinduu. Plishh sngt.
ReplyDelete