Alhamdulillah...hari nie dah masuk syawal yang kedua..

Nur Imani mengambil sepasang baju melayu putih bersama kain pelekat hitam biru daripada almari pakaian mereka.Sepasang pakaian yang akan digunakan suaminya sebentar lagi itu,diletakan diatas katil mereka sebelum membentangkan sejadah untuk digunakan sebentar lagi.
Al-Quran kesayangan suaminya sejak kecil turut diambil dan diletakkan disisi sejadah,tersenyum Nur Imani melihat mushaf yang telah kelihatan uzur itu.
Uzur namun masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan lagi.
Mushaf ini..seingat Ariff Farhan ianya merupakan hadiah terakhir daripada Tok wan sebelum meninggal.Hadiah diatas hasil usaha lelaki itu sendiri menghatamkan Al-Quran sebelum berusia 8 tahun.
Mana mungkin dia terlupa,mengajinya mereka dahulu bergurukan tok guru yang sama.Bermainnya mereka dahulu diatas padang yang sama,kawan yang sama..dimarahi pun..orang yang sama.
Arwah tok wan?
Garang orangnya tapi penyayang..Tidak dinafikan,mereka berdua memang rapat dengan arwah tok wan...Apatah lagi dia dan Ariff Farhan sememangnya rapat sedari kecil,hatta arwah tok wan sampai pernah menggandingkan dirinya dengan Ariff Farhan dan menjadi usikan ahli keluarga pula terutama sekali adik-beradik Ariff Farhan dan..kak Nurin juga.
Namun Kak Nurin juga yang telah menambat hati lelaki itu..
Kesudahannya pula?
Dia yang menjadi isteri lelaki itu?
Pelikkan?
Mengenangkan kembali semua itu,kadangkala Nur Imani boleh tersenyum sendiri.
Pelik? Lelaki yang pernah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri,seperti abang kandungnya..akhirnya berkesudahan dengan menjadi suaminya,imamnya?
Takdir Allah..segala-gala dalam rahsia-NYA.
“Sayang..? Mengelamun apa ni?” Ariff Farhan menghampiri..
“Dah?” Nur Imani turut menyoal.
“Ops! Tunggu! Tak mau sentuh-sentuh..isteri abang nie ada wudhuk,okey? Tu..Nur dah letak baju dan kain abang atas katil.” Nur Imani menjauhi..Ariff Farhan tersenyum melihatkan reaksi isterinya.
Selesai menyudahkan solat subuh berjemaah,Nur Imani meninggalkan suaminya seketika untuk menyediakan sarapan mereka.
Ariff Farhan pula mempunyai agenda lain buat mereka sepanjang hari ini.
Malam ini merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.Lagipun dia sudah memaklumkan kepada Zahim yang dia tidak akan masuk kepejabat sepanjang hari ini.Berharap hari ini mereka suami isteri dapatmenghabiskan masa bersama-sama,berharap hubungan yang semakin jernih ini akan kembali terjalin dengan lebih eratnya.
Ariff Farhan menghentikan perbuatannya,dia membelek seketika keadaan didalam almari pakaiannya ini.Ada sesuatu yang berbeza? Ada sesuatu yang tak kena.Tapi..?
Nur??
Baru dia perasan akan sesuatu yang tidak kena dengan pakaian-pakaiannya didalam almari ini.Serentak itu pandangannya dialihkan kearah meja solek tidak jauh daripadanya,keadaan yang sama juga kelihatan ?
Eh..
Kemanakah hilangnya barang-barang isterinya ini?? Ariff Farhan tidak sedap hati.
Nur Imani yang baru kembali daripada dapur untuk menjemput suaminya bersarapan bersama,tidak jadi melangkah masuk.Melihatkan Ariff Farhan kaku dihadapan almari pakaian yang terbuka dihadapannya dia pula terdiam dihadapan pintu bilik terbuka luas itu.
Ariff Farhan sudah menyedarinya?
“Sayang? Mana barang-barang Nur? Kenapa cuma tinggal barang-barang abang saja dalam almari pakaian nie?” Ariff Farhan turut menyedari akan kehadirannya.
Dia kelihatan terkejut.Nur Imani apatah lagi..
Dalam hatinya..Kenapa dia boleh buka pulak almari tu? Dah cakapkan tadi pakaian untuk ke pejabat ada kat situ..? Semuanya dah disiapkan..?
Nur Imani sedikit kebimbangan,air muka suaminya jelas tidak senang dengan situasi ini.Perlukah dia menjelaskan lagi sedangkan Ariff Farhan sudah nyata?
“Abang..Barang-barang Nur,semuanya Nur dah dikemaskan.Ada dalam kotak,beg pakaian..Selebihnya pulak,Nur letak kat stor di bawah dulu..Tak muat kereta kalau nak bawak balik semua,bila-bila nanti abang balik ke kampung bawaklah..” Bukan ini yang ingin diperkatakannya,Nur Imani menelan air liur.Dia memang tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan situasi sebenar pada Ariff Farhan.
Ariff Farhan berlalu kearah tempat rehatnya,duduk sebelum bersuara semula.Memanggil isteri kesayangannya.
“Duduk sini sayang..” Tiba-tiba?? Tenang betul suaranya...?
Mahu tak mahu Nur Imani melangkah masuk juga kedalam bilik mereka ini.Entah apa sebenarnya yang sedang bermain difikiran lelaki itu.
Nur Imani duduk dihadapan suaminya seperti yang diarahkan.
Nur Imani kaku..Ariff Farhan sudah menyulam erat jemarinya.Pandangan mereka bersatu..Sukar untuknya membaca apa yang sedang bermain difikiran suaminya ketika ini,tapi...
“Nur dah tekad ke sayang?”
Soalan apa nie?
Nur Imani menatap kearah tangan suaminya yang sedang mengusap lembut jari jemarinya.
Ariff Farhan ingin mendengarkan jawapan daripada isterinya.Sedari tadi perkara ini menganggu fikirannya.Patutlah beria benar Nur Imani mengejutnya pagi ini? Hanya untuk bertahajud buat kali terakhir dengannya? Bermakna esok..? Rumah ini..akan kehilangan serinya..?
Bukan satu tapi...dua?!
Allah! Tak berdaya rasanya ingin Ariff Farhan menatap wajah yang akan meninggalkannya ini.
“Apa maksud abang?”
“Awalnya Nur berkemas?” Ariff Farhan cuba berlagak tenang sedang didalam hatinya?
Ombak keresahan...makin hebat membadai pantai jiwanya.Perkara yang paling menganggu fikirannya sejak dua tiga hari ini benar-benar akan berlaku.
Inikah keputusan yang ingin dikhabarkan isterinya ketika dia dikejutkan tadi?
Keputusan inikah menyebabkan Nur Imani melayaninya dengan baik hari ini.
Keputusan inikah yang akan didengarinya?
“Cakaplah sayang..Abang dengar saja apa akan Nur katakan.Abang takkan bantah mahupun memaksa Nur apa-apa.Hitam putihnya,abang terima.”
Nur Imani mengeluh perlahan,tangan suaminya yang leka bermain dijari-jemarinya ditatap sayu.Dia nampak kesedihan diwajah itu ketika melihat dirinya tadi,dia nampak kekecewaan yang terbias disebaliknya.
“Hari ini hari terakhir kitakan abang?” Ariff Farhan menyepi..soalan isterinya dibiarkan tanpa jawapan.
“Esok semuanya akan bermula dengan hari yang baru..Nur,abang..dan anak.” Nur Imani tetap berkisah sedangkan suaminya??
“Betullah isteri abang nie dah tekad?” Ariff Farhan melemparkan pandangannya jauh keluar pintu bilik yang terbuka.Nur Imani bungkam..
“Kalau dah ini yang Nur mahukan,baiklah..abang terima.Sebelum semuanya berakhir ada sesuatu yang abang nak berikan pada Nur.” Ariff Farhan bangun,Nur Imani tersentak.
“Err..abang?”
“Nur dah buat keputusan.Apa lagi yang abang boleh perkatakan?”
“Abang?”
“Tunggu sekejap..ada benda abang nak beri pada Nur..” Ariff Farhan terus memotong percakapan isterinya.Dia sudah berjalan kearah meja kerja sebelum mengeluarkan sehelai sampul surat yang tidak diketahui akan isinya oleh Nur Imani.
“Abang..?” Nur Imani lebih terkejut melihat kearah sampul surat yang dihulurkan kepadanya ketika ini.
Apa pulak nie..
Ariff Farhan tidak berkata apa-apa sehingga dia kembali duduk dihadapan isterinya.Nur Imani hanya inginkan penjelasan daripadanya.Apa pula isi sampul surat yang sedang dihulurkan kepadanya ini?
“Dalam sampul surat ini ada semua dokumen-dokumen penting berkenaan rumah nie.Untuk pengetahuan Nur..Rumah nie dah sah jadi milik Nur..anggap ini sebagai hadiah abang pada Nur kerana sudi menjadi isteri abang selama setahun yang lalu dan kerana telah mengandung zuriat abang ini.”
“Apa nie abang..? Ini rumah abang..Nur tak perlukan.” Bangkang Nur Imani keras.Dia tidak boleh menerima pemberian ini sama sekali.Mana mungkin!
Silih berganti wajah Ariff Farhan dan sampu surat itu ditatapnya.
Sampai begini sekali Ariff Farhan bertindak?
“Abang tak perlukan rumah nie lagi..Jangan risau..Ini memang hak Nur dan anak kita.Segala pertukaran hak milik pun dah lama abang buat.Besarkan anak kita disini.Jangan keluar walaupun suatu hari nanti Nur akan kahwin lain.”
Errr??
“Abang ada mesyuarat pagi nie..abang tak balik tengah hari nie,sayang jangan tunggu abang.”
Nur Imani terpinga-pinga melihat tingkah Ariff Farhan,tiba-tiba pula dia bergegas untuk ke pejabat?
Apa nie? Hanya kerana barang-barangnya sudah tidak berada didalam bilik ini lagi dia tiba-tiba jadi seperti itu? Mengapa menjadi isu besar buat mereka pula?
“Abang tak nak sarapan dengan Nur?”
Nur Imani mendekati tanpa dipinta.Kemeja yang kemas tersarung ditubuh suaminya itu disentuh,wajahnya diangkat..matanya membalas renungan Ariff Farhan.Ada kesedihan yang terbias disebalik redup mata yang sedang memandang kearahnya ketika ini.Begini sekalikah rasa sedih yang sedang ditanggung lelaki ini?
“Abang kena masuk awal sayang,petang nanti kita makan sama-sama.Abang balik sebelum asar.” Dia berlagak tenang,Nur Imani dapat rasakan.Sentuhannya juga terasa hambar.
Tak mengapalah Nur..tinggal beberapa jam sahaja lagi.
Nur Imani membiarkan pandangannya melekap ketubuh suaminya,Ariff Farhan sedang bersiap untuk kepejabat.
“Sayang babah..Assalamualaikum.Babah kena pergi kerja dulu,sayang babah baik-baik saja dengan ibu okey? Petang nanti kita jumpa..Hmm,sayang puteri babah nie.”
Perhatian Ariff Farhan kembali kepadanya,Nur Imani membalas pandangan suaminya.Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,tangan suaminya diraih lalu disalami dan dikucup kasih.
“Nur tunggu abang petang nie..jangan lewat sangat.”
Nur Imani juga bertekad,dia cuma akan meleraikan semuanya malam ini,waktu dimana dia telah menjadi milik lelaki bernama Ariff Farhan dengan sekali lafaz setahun yang lalu.
Pesanannya sekadar disambut dengan anggukan dikepala suaminya,dahinya dikucup lama seperti biasa.
“Balik awal.” Nur Imani mengingatkan lagi..Ariff Farhan tidak membalas apa-apa lagi kali ini,dia terus berjalan kehadapan.Sedikit pun wajahnya tidak dipalingkan.
“Abang..!?” Melihatkan Ariff Farhan pergi begitu sahaja,Nur Imani segera menegur.Ada sesuatu yang lelaki ini terlupa.
“Nie..Buah tangan untuk Zahim..? Staf kat pejabat?”
Nur Imani segera mengingatkan.
Ariff Farhan berpaling juga,dia juga tidak bercakap walaupun sepatah kata.Sekadar kembali kepada isterinya untuk mengambil buah tangan yang telah dibelinya untuk staf-staf di pejabat dan....berlalu.
“Wei!!” Ariff Farhan baru keluar daripada lorong keluar rumahnya ketika mendapat panggilan daripada Zahim.
“Hmm..ada apa call aku nie?” Ariff Farhan bersuara malas.
“Kau kat mana?”
“Aku on the way nak ke pejabat.”
“Bukan cuti ke?”
“Tak jadi..”
“Kata nak berehat dengan isteri kat rumah?” Zahim menyoal semula,seingatnya semalam semasa mereka berbual melalui telefon Ariff Farhan ada memberitahunya yang dia ingin berehat dirumah sahaja.Lagipun malam nanti ulang tahun perkahwinan mereka suami istero yang pertama.
“Dia nak pergi jugak Him..”
Ish! Semacam sahaja jawapan Ariff Farhan itu.Berkerut dahi teman baiknya itu.
“Siapa yang nak pergi?” Zahim tetap menyoal meskipun dia sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Ariff Farhan sebentar tadi.
“Siapa lagi Him..isteri akulah..” Sah!
“Hari tu kau kata semuanya okey? Apa cerita pulak nie kawan?!”
Keliru Zahim dibuatnya.
“Kat pejabat nanti aku cakap lain,aku tengah drive nie...Hmm..ada apa kau telefon aku?”
“Aku nak tanya kau mengenai fail Projek Mega tu.Dah kau masuk kerja hari ini,kita sembang dalam pejabat nanti.”
“Kalau macam tue..jumpa nanti.Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.” Ariff Farhan mematikan talian.
Setahun yang lalu...
“Babah nak pernikahan ini tetap diteruskan! Han nikah dengan Nur malam nie.”
Ariff Farhan tertunduk lesu.Fikirannya tengah berserabut.
Baru beberapa jam lalu dia dikhabarkan dengan kehilangan Nurin Najwa.Hanya sepucuk surat sebagai pengganti diri cukup untuk membuatkan kedua-dua belah keluarga ini tak tentu arah sedari tadi.
Tapi..takkanlah disebabkan itu,dia dipaksa menikahi Nur Imani? Adik kepada Nurin Najwa malam ini?
Nurin Najwa entah kemana menghilangkan dirinya? Sekarang..babah begitu mudah meminta dia menikahi seorang wanita yang tidak dicintainya.Sudahlah tu..wanita itu pula merupakan adik kepada wanita yang begitu dicintainya? Wanita yang selama ini hanya dianggap seperti adik kandungnya sendiri.
Ya Allah!! Biar betul babah nie?? Aku yang nak bernikah sekarang..anak dia!?
Apa semua nie?
Mama?
Mak ngah??
Kak long??
Abang long??
Kak ngah??
Abang ngah??
Kinah??
Him...??!!!
Satu persatu wajah ahli keluarganya ditatap.
Kenapa semua diam seribu bahasa? Tiada seorang punkah yang sudi membantu aku ketika ini???
Tolong Han...
“Kak long?”
“Jangan fikir panjang lagi Han,ikut saja cakap babah tu.Kak long rasa mungkin ini yang terbaik.Lagipun majlis tu tinggal esok sahaja.Nur pun dah setuju..Maruah keluarga kita perlu dijaga.” Aminah mencelah,membuatkan Ariff Farhan semakin tak tentu arah.
Apa nie?! Nur dah setuju? Apa semua nie!! Perkara ini sudah dibincangkan dengan pihak belah sana tapi aku? Aku sekadar mendapat kata putus mereka???
“Betul kata babah dan kak long tu Han.” Mama juga?
Ariff Farhan meraup wajahnya berat,dia langsung tidak diberi peluang untuk membuat keputusan.Mahu atau tak dia kena menikahi wanita itu selepas isyak nanti?!
“Kau tekad...?” Kau? Indahnya bahasa dia? Selama ini dia gelarkan dirinya sebagai abang Han tapi tiba-tiba berubah?
“Maksud abang..keputusan yang Nur ambik untuk jadi isteri abang?”
“Habis tu masalah apa lagi yang tengah melanda kita sekarang!?” Bentaknya.Agak takut Nur Imani melihatnya.
“Nur cuma rasa ini jalan terbaik untuk melindungi maruah keluarga kita.Nur tahu abang Han tak mungkin akan setuju dengan apa yang kedua-dua orang tua kita tetapkan ini.Nur pula tak tahu nak buat apa lagi..jadi pilihan apa yang Nur ada?”
“Kenapa kau tak tolak? Sudahlah kau setuju tanpa berbincang apa-apa dengan aku? Kau dengan kakak kau sama saja kan?”
Menyirap darah Nur Imani mendengar teduhan lelaki ini.
Pun begitu dia harus bersabar.
Api tidak sepatutnya dibalas dengan api...
“Abang tuduhlah kami adik beradik apa pun..Nur terima,Nur sanggup pikul kesilapan kak Nurin ini kalau itu yang perlu Nur lakukan..Apa yang penting sekarang,Nur cuma nak selamatkan maruah keluarga kita.Selebihnya terserah pada abang.Kalau abang tak setuju untuk menikahi Nur..Nur takda masalah..ini bersangkut paut dengan masa depan kita.
“Abang..Niat Nur baik..Nur cuma nak lindungi maruah kedua-dua buah keluarga.Nur pasti,ada sebab mengapa kakak menghilangkan dirinya pada hari ini.Nur pun tahu Abang marahkan kakak,dan mungkin juga kami sekeluarga.Tapi kita takda pilihan,Nur apatah lagi.Ayah mungkin akan diserang penyakit jantungnya lagi,jika majlis dibatalkan begitu saja.Apatah lagi apabila ada mulut-mulut jahat yang akan mula bersuara selepas mengetahui perkara ini.” Hah! Mudahnya kau berkata-kata?
“Habis kau ingat dengan kau berlakon baik,jadi pengganti pengantin perempuan tu kau rasa kau dapat melindungi maruah keluarga aku sepenuhnya?? Hei!! Semua orang tahulah yang aku akan kahwin dengan kakak kau! Bukannya kau!!” Herdiknya.
“Nur dah tak kisah semua tu..Nur cuma tahu,sekarang nie Nur nak selamatkan maruah keluarga kita.Nur tahu abang marahkan kakak,tapi abang kena ingat.Kita nie berjiran,ramai orang yang kita kenal ada disekeliling kita.Tukar pengantin perempuan mungkin takkan menjejaskan persepsi orang sangat berbanding majlis yang terbatal dengan tiba-tiba?”
“Aku dah takda hati nak teruskan majlis nie Nur..Kakak kau buat aku betul-betul rasa terhina! Aku tak pernah menyangka sama sekali,perempuan yang selama ini aku cinta,aku sayang setengah nyawa.Sanggup khianati aku sampai macam nie sekali!”
“Nur mintak maaf mewakili pihaknya.Nur sendiri tak tahu,apa penyebabnya kakak buat macam nie bang,tapi Nur minta satu saja pada abang..Jangan batalkan majlis nie.Abang nikahi Nur,kita biarkan majlis yang dirancang oleh akak dan abang dulu berjalan seperti yang dirancang.Lepas tu,Nur terima apa jua yang keputusan abang.”
“Apa maksud kau..?” Ariff Farhan agak tercengang mendengar ayat terakhir yang meniti bibir wanita itu.
“Nur mintak maaf sekali lagi bagi pihak kakak.Nur tahu abang pun tak percaya dengan apa yang telah kakak lakukan tapi kami sekeluarga lagi tak percaya abang.Nur yakin,kakak mesti ada sebab yang nyata kenapa dia terpaksa pergi pada hari ini.”
“Kau jangan sebut pasal perempuan tu lagi boleh tak? Benci betul aku mendengar namanya!”
“Abang..Boleh tak kita lupakan sengketa nie sekejap.Nur cuma nak dengar keputusan abang.Abang sanggup nikahi Nur atau tak..? Kalau tak,kita sama-sama berdepan dengan ahli keluarga kita.Majlis tu takkan diteruskan lagi..”
“Jom...kita berdepan dengan semua.” Nur Imani sudah berkira-kira ingin pergi.Namun langkahnya mati saat tangannya tiba-tiba dipegang kasar.Nur Imani hampir tersungkur.
Astaghfirullahal a’zim!
“Abang! Nur belum lagi jadi isteri abang! Jadi tolong hormat Nur sebagai seorang perempuan!!” Tengkingnya.
Nur Imani menarik kembali tangannya yang tiba-tiba ditarik kasar oleh Ariff Farhan tadi.
Ariff Farhan agak terkejut dengan reaksinya.
Tanpa dia sedar juga,suaranya begitu tinggi ketika memarahi lelaki ini tadi sehingga beberapa pasang mata terarah kepada mereka.
Jika tadi air mukanya masih mampu tenang walaupun menjadi kemarahan lelaki ini,sekarang Nur Imani juga begitu.Disentuh walaupun berlapikkan tangan bajunya yang panjang itu tetap membangkitkan kemarahannya.Tiada siapa berhak menyentuhnya kecuali ayah dan mereka-mereka yang dihalalkan keatasnya! Tidak buat lelaki ini walaupun dia mungkin akan menjadi suaminya selepas isyak nanti! Mungkin! Bukannya PASTI! Sekalipun PASTI! Hukum tetap HUKUM!!
Nur Imani hampir menangis,maruahnya terasa begitu mudah dipijak-pijak.Arghhhhh!
“Baik!! Aku akan nikahi kau malam ini,tapi...”
Perkataan ‘tapi’ itu cukup untuk mengembalikan pandangan Nur Imani kewajah Ariff Farhan.Dia tahu...Ariff Farhan sudah merencana sesuatu.
“Esok! Selepas selesai majlis kenduri.Aku akan..Ceraikan kau! Dihadapan semua ahli keluarga aku..sebagai saksi! So! Kau jangan mimpilah akan jadi isteri aku sampai bila-bila.”
Astaghfirullahal a’zim! Abang Han?!
Sekali lagi Nur Imani hampir terjatuh,bukan kerana ditarik seperti tadi tapi kerana jawapan yang diberikan Ariff Farhan kepadanya ini.
Hatinya pula yang terasa sedang dicarik-carik oleh lelaki ini.
Astaghfirullahal a’zim..inikah anak kepada guru yang aku kagumi itu? Inikah lelaki yang aku kenal selama nie? Inikah ‘abang’..aku?
Dia sedar tak apa yang dia tengah buat nie?
Allahhuakbar..
Ingin sahaja Nur Imani pergi meninggalkan lelaki ini sekarang namun kakinya tidak berdaya untuk bergerak..mengapa?
Kenapa aku masih disini? Lelaki ini sedang mempermainkan hubungan yang akan kami bina nanti??
Kenapa aku masih disini??
Perasaan Nur Imani berperang sesama sendiri.
“Aku minta maaf kalau kau rasa tindakan aku nie kejam,tapi aku nak kau tahu..Aku tak mungkin hidup dengan perempuan yang aku tak cinta.Apatah lagi aku cuma menganggap engkau tak lebih daripada seorang adik.Aku tak mungkin menjadikan engkau suri kat hati aku nie sampai mati! Maafkan aku! Lepas ini sekalipun kakak kau muncul kembali! Aku takkan sekali-kali memandang kearah kauorang berdua lagi! Cukup sekali aku dipermainkan..aku takkan jatuh lagi kedalam perangkap kau berdua! Faham!”
Ariff Farhan kembali kerumahnya dengan hati yang tenang dan selapang-lapangnya.Kata putus telahpun diambil,insyaAllah akan berjalan seperti yang dirancang.
“Babah..mama..Han dah bincang perkara nie dengan Nur.” Ahli keluarganya sedang berkumpul bersamanya,mungkin mereka juga ingin mengetahui akan keputusan yang mereka ambil hasil daripada perbincangan yang telah dibuat.
Namun harapan diwajah mereka seolah-olah bukan seperti apa yang bakal diperkatakannya.
Apapun Ariff Farhan amat berharap mereka semua akan menyokongnya.
“Alhamdulillah,Han dah setujulah nie?” Puan Zahrah menyoal gembira.
“Ya ma..Majlis malam ini akan tetap berjalan seperti yang dirancang.” Jawapan Ariff Farhan membuatkan semua yang berada bersamanya ketika itu kembali ceria.Suasana gembira untuk menerima seorang lagi menantu didalam keluarga ini kembali dirasai walaupun tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Alhamdulillah Han.”
“Alhamdulillah...”
“Tapi...”
Suasana ceria yang kembali dirasai oleh semua tadi mati tiba-tiba sebaik sahaja mendengar perkataan yang baru meniti bibir Ariff Farhan mereka itu.
“Tapi apa Han?”
Babahnya masih juga mendiamkan diri,hanya..mama yang bersuara sedari tadi dan adik beradiknya.
Ariff Farhan tetap memberanikan dirinya untuk memberitahu semua apa yang bakal terjadi selepas ini,dia tidak mahu semua akan lebih terkejut jika dia memberitahunya esok.Selepas ikatan diantaranya dan Nur Imani sudah terjalin.
“Han akan nikahi perempuan yang menjadi pilihan mama dan babah ini malam ini untuk menjaga maruah keluarga kita dan sebaik sahaja selesai majlis kenduri esok.Han akan ceraikan dia di...”
Pangg!!!
Terpempan semua yang berada diruang tamu ketika itu,baik kakak dan adik-adiknya serta ipar duainya.Masing-masing sudah terdiam seribu bahasa.Wajah-wajah yang tadinya ceria..bungkam semuanya.
Semua mata sudah terarah kewajah Ariff Farhan dan En.Hazim silih berganti.
Puan Zaharahlah orang yang paling terkesima dengan tindakan suaminya.
Seingatnya sejak dia berkahwin dengan lelaki ini,sejak mereka bersama-sama bersusah payah membesar dan mendidikkan anak-anak belum pernah lagi suaminya menaikkan tapak tangannya diwajah anak-anaknya,tidak pernah sekalipun melainkan hanya cubitan biasa dan teguran daripadanya jika anak-anak melakukan kesalahan.Tapi...hari ini?
Kata-kata Ariff Farhan tadi benar-benar membuatkan kesabarannya tercabar.
Ariff Farhan masih kaku ditempatnya berdiri tadi.Perit pipinya menahan sakit,dia turut tidak terkecuali daripada menatap wajah babahnya ketika ini.
“Jangan melampau Han!! Babah tak pernah ajar anak babah jadi macam ini! Mana Han letak maruah Han sebagai seorang lelaki ??? Pernah babah ajar Han macam nie? Pernah??? Kenapa? Han ingat babah dan mama buat semua ini semata-mata nak lindungi maruah keluarga kita?? Han ingat babah buat semua ini untuk kepentingan babah dan mama saja..? Macam tu ke Ariff Farhan?” En.Hazim meluahkan rasa kecewanya,mujur suaranya masih dapat dikawal.Insyirah yang sedang lena didalam dakapannya membuatkan dia lebih berhati-hati agar tidak mengejutkan cucu bongsunya ini.
“Kalau babah tahu begini jadinya..?” En.Hazim penat..Dia tidak mahu berhadapan dengan semua ini lagi.Ariff Farhan sudah tekad dengan keputusannya.
Baiklah!
En.Hazim berpaling daripada menghadap wajah anak teruna tunggalnya.
Wajah isteri kesayangannya yang sedari tadi setia disisinya pula ditatap.
“Zah...Kita batalkan majlis pernikahan nie.”
“Babah?” Aminah bersuara bimbang.
“Babah?”
“Babah?!”
“Hazim??” Ramai yang terkejut dengan keputusannya,namun En.Hazim mengambil keputusan untuk diam kali ini.Sepertimana Ariff Farhan tekad,dia juga begitu sekarang ini.
“Esok..majlis kenduri akan tetap berjalan seperti yang kita rancang.Kita jamu sahaja tetamu makan.” Kata putus yang tidak dijangka semua.Sekelip mata semuanya berubah?
“Abang..?”
Barulah kedengaran suara daripada bibir Puan Zaharah.Dia cuba menenangkan hati suaminya.
Kalau ya pun marahkan anak??....
“Babah.Han..” Ariff Farhan juga selepas sekian lama dia mendiamkan diri.
“Abang tak nak dengar apa-apa lagi,Zah..abang nak naik atas kejap.” Sedikitpun En.Hazim tidak menatap wajah anak lelaki tunggalnya lagi,dia cuma berkira-kira untuk pergi.
“Babah...Bagi Aminah pegang Insyirah..” Aminah berniat untuk mengambil Insyirah daripada babahnya,bimbang jika sikecil itu akan menganggu tok babahnya.
Semua tahu..jika babah minta untuk bersendirian.Dia sememangnya tidak mahu diganggu.Dan...dalam keadaan sekarang! Babah benar-benar kecewa dengan kata-kata Ariff Farhan tadi.
“Babah bawak Insyirah sekali,dia dah tidur nie.Babah letak atas katil saja nanti.” Wajah tegang babah membuatkan Aminah sendiri tidak berani bercakap banyak.Kata-kata babah sekadar dituruti...Dia bukannya apa,cuma bimbang sikecilnya akan menganggu tok babah mereka sahaja nanti.
En.Hazim sudah berlalu pergi..
Ariff Farhan memandang kosong kearah bapanya,tidak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi.Jika babah naik keatas dalam keadaan marah,bermakna tempat yang bakal ditujunya adalah bilik peribadinya.Jadi??? Babah benar-benar tidak mahu diganggu dan dia...benar-benar marah!
“Han dah melampau!!”
Mama yang sedari tadi mendiamkan diri disisi babah,tiba-tiba bangun..mencerlung pandangannya dilemparkan kepada satu-satunya anak lelaki yang dia ada ini.
Jika suaminya turut marah dengan keputusan yang ingin diambil oleh Ariff Farhan mereka.Dia apatah lagi! Kedua-dua anak itu telah dianggap seperti anaknya sendiri,kini..salah seorang daripada mereka akan menjadi sebahagian daripada keluarganya.Meskipun semua yang berlaku ini bukan seperti yang mereka rancang tapi itu bukan bermakna Ariff Farhan boleh melakukan apa saja!
“Ma..”
Ariff Farhan mengharapkan pengertian daripada mamanya pula selepas En.Hazim pergi begitu saja.Dia masih tidak mahu mengalah.Moga mama akan membantunya memujuk babah pula walaupun dia dapat merasakan..mama akan menyebelahi babah.
“Ma..Han tak bermaksud pun nak..”
Belum pun dia menyudahkan apa yang ingin diperkatakan,Puan Zaharah terlebih dahulu memotong.
“Sudah! Mama takda apa nak cakap dengan Han lagi..Han pun dah dengar keputusan babah kan? Han buatlah apa yang Han suka sekarang nie.Ini yang Han nakkan...? Han abaikan perasaan mama dan babah!? Abaikan perasaan semua orang?! Yalah nak.. Buatlah apa yang Han suka! Mama dan babah nie cuma ibu dan bapa,tak layak nak campur tangan dalam urusan hidup Han,kan?”
Ya Allah..Ma?
Giliran Puan Zaharah pula berlalu,meninggalkan satu-satunya anak terunanya yang telah mengguris hati suaminya.Dia juga turut terkejut dengan kata-kata anaknya tadi cuma reaksi suaminya lebih menyentakkan dia.
Kenapalah Han buat mama dan babah macam nie,nak?? Apa salah mama dan babah mendidik Han selama ini? Mengapa Han sanggup berfikir untuk melakukan sejauh itu?
Ariff Farhan bin Ahmad Hazim..! Sedihnya hati ibu itu..
“Mak ngah...”
“Fikir baik-baik Han..Fikirkan tentang babah dan mama tu sama..jangan ikutkan hati sangat.Mak ngah tahu..kamu tak setuju dan tak suka dengan apa yang mereka buat nie pada kamu tapi itu bukan bermakna mama dan babah nak musnahkan hidup kamu.”
Mak ngah juga pergi begitu saja?
“Kak long?” Giliran Aminah pulak.
“Han dah lukakan hati mama dan babah..! Kak long memang tak setuju dengan apa yang Han nak buat nie.Kak long tak sangka Han sanggup mempermainkan ikatan perkahwinan sampai macam tu sekali?
Betul cakap babah! Daripada Han menganiaya Nur dan Cik Na sekeluarga lebih baik kita menanggung malu saja.Kalau Han anggap babah dengan mama buat semua nie hanya untuk melindungi air muka kita sekeluarga,Han memang silap besar.Jom abang! Biarkan dia..”
Err??
“Pertimbangkan baik-baik keputusan yang Han nak ambik nie.Ini bukan sahaja berkaitan dengan keluarga kita,tapi keluarga Pak cik Khalil dan Cik Na juga.” Abang long sempat berpesan.Pasangan suami isteri itu sudah berlalu meninggalkannya.
Ariff Farhan beralih ke wajah kak ngahnya pula.Seperti mama,mak ngah,kak long dan abang long..kak ngahnya juga turut melangkah pergi..diikuti dengan abang iparnya..namun bahunya sempat ditepuk bersama satu pesanan.
“Fikir baik-baik Han..Jangan buat keputusan melulu.Ada hikmahnya disebalik ujian yang Allah turunkan pada Han nie.Percaya cakap abang ngah..Restu mama dengan babah kunci kebahagian..cari kebahagian Han pada Nur,insyaAllah..Han akan jumpa!” Itu pesanan yang ditinggalkan abang iparnya yang kedua.
Sakinah...
“Abang jangan risau...apa pun keputusan abang,Kinah sentiasa ada dibelakang abang cuma sebolehnya jangan lukakan hati babah dan mama..Abang fikir baik-baik dulu,tenangkan hati,lapangkan jiwa.Jangan ambik keputusan ikut nafsu..tepuk dada..tanya iman.” Sakinah juga pergi..
“Him..” Zahimlah harapan terakhirnya.Pun begitu...
“Betul cakap semua orang.Maafkan aku..aku tak boleh nak sokong kau sekarang..Pada aku,tindakan kau terlalu kejam.Betul cakap Pak cik,mak cik dan semua.Daripada kau buat keputusan gila tu..better kau batalkan saja majlis pernikahan kau nie..Kesian Nur dan keluarga dia kalau betul kau tunaikan niat kau tu esok.Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,Han!”
“Kau pun tak sokong aku Him?” Ariff Farhan meraih simpati,masakan tidak..semua ahli keluarganya sudah pergi meninggalkannya.Zahim juga nampaknya akan berbuat perkara yang sama?
“Sebab kau salah! Takkan aku nak tegakkan benang yang basah! Salah tetap salah! Dahlah Han..kau pergi mintak maaf dengan babah dan mama kau.Jangan fikir panjang lagi..Kau dah sakitkan hati mereka,Han.” Ujar Zahim sambil menepuk perlahan bahu temannya itu.
Setelah itu dia juga turut melangkah pergi,tinggallah Ariff Farhan bersendirian diruang rehat keluarganya ini..
Tiada siapa lagi disisinya ketika ini.
Arghhhhhhh!!
Ariff Farhan berserabut.Dia mula goyah dengan keputusan yang diambilnya..
#####
Salam dik..membaca citer dari bab bab sebelum ini mmg meruntunkan hati wanita kita..betapa kerasnya hati seorg wanita bila hatinya terguris dan betapa dendamnya pada seorf lelaki yg bergelar suaminya..perjalanan hidup selama setahun bersama suaminya yg sengal tu akan berakhir berberapa jam lagi..begitu tegarnya hati wanita ini...ingin berjalan bersendirian setelah kata taklik penceraian setahun yg lalu diungkap oleh seorg suami yg mmg sengal lagi poyo tu..terjadi..sedangkan ungkapan itu dan luahan hatinya setahun yg lalu yg meminta perpisahan ini berlaku..dan jangan salah kan hati seorg isteri yg begitu setia dan baik melangkah pergi kerana menuruti satu permintaan nya disatu waktu dahulu....
ReplyDeleteApa yg akan berlaku erk..talak mmg akan jatuh..tetapi adakah mereka akan bersatu semula..kerana bagi akak masih ada cinta buat isteri pada suaminya..tetapi bila hati wanita itu terluka dia akan menjadi keras seperti tembok negeri cina..
hi akak manis.. hehe.. nice story.. hurry up weh update next chapter.. x sabaq nunggunya..
ReplyDeletebest sambung please...
ReplyDeleteSedihnya part ni hukhukhuk...
ReplyDeletenak kata pa yea?
Boleh tlg samb lg.....
sedeynya....huhuhu...ksian wanita....
ReplyDeleteKak mana sambungannya..rasanya dah lama dah tunggu.....saya smpai sakit, sembuh and ni nak sakit balik kalau xde sambunggnya ni....
ReplyDeleteBila lagi nak sambung ceta ni. Tengah kerinduan nak tahu kesudahannya
ReplyDeletesy teringin benar nak tahu kesudahannya...
ReplyDeletebaru habis marathon baca cerita ni dari pagi tadi.. serious talk cerita ni sangat bez.. hope dapat dibuku kan.. dah tak sabar nak tahu sambungannya.. gud luck cik writer .. :)
ReplyDeletesudah keluar kh novel ni?..apa tajuknya?...besttt...x sabar nak beli..
ReplyDeleteAda kesinambungan lg tak novel Salahkah aku....Mencintaimu ni...atau akan dterbitkan?? Coz x sbr nk tau endingnya ni
ReplyDeleteNak kesinambungan citer nih akak. Pehlishh.
ReplyDeletesis lama dah tunggu citer ni..dr tahun 2013 samapi sekarang...huhu jgn lah dera perasaan sy
ReplyDeleteHmm,,sambungan ?? :(
ReplyDelete