Friday, 9 August 2013

Muhammad Haziq.

Nak cerita pasal budak nie kejap cos tengah menantikan kehadirannya..pertemuan semula selepas dua tahun lebih berlalu..huhu..

Yup!Dah dua tahun lebih tak jumpa budak nie..Rindu?? Huhuhu..Mestilah rindu sampai tak leh nak cakap tahap apa punya rindu nie :) Muhammad Haziq..Sedapnya nama dia.Inilah our baby :) hehehe..

Sbenarnya Haziq nie anak ustazah sekolah rendah.Mak yang mengasuh dia.Mula-mula janji nak jaga untuk dua tiga hari jer,last-last..Sampai 6 bulan,sampailah setahun.. Mula-mula ingatkan 6 bulan jer sebab umi dia ingat permohonan pertukaran sekolahnya diluluskan PPD.

Itu yang dari 6 bulan jadi setahun.. Dari mula sicomel nie datang kerumah kami..'Sombong' skit orangnya,hehe :) Biasalah budak-budak..Masa tu dekat sapa-sapa pun dia tak nak kecuali Mak.Kalau tak silap CN masa tu umur dia baru 6 bulan. Kesian umi dia cos sicomel Haziq nie selalu menangis setiap kali umi nak pergi sekolah,lagipun abi dia tak da.Abi sicomel Haziq nie pun seorang ustaz tapi mengajar disekolah MRSM.Faham-fahamlah tugas seorang gurukan? Dimana tempat dia diletakkan,disitulah dia akan pergi mengajar.Jadi seminggu sekali sajalah abi balik jumpa umi dan sicomel Haziq. Okeylah..Sambung cerita pasal sicomel Haziq nie.Dpd dulu suka sgt tengok dia,sejuk mata memandang.

[caption id="attachment_605" align="alignleft" width="203"] Sicomel Haziq baru nak belajar jalan masa nie,takut sampai pegang baju..[/caption][caption id="attachment_602" align="alignright" width="203"] senyum jer..masa nie dia baru mula na dpat kaki.Seminit dua bolehlah die berdiri cam tu,lepas tu mulalah nangis..
coz takut...[/caption]

Tiga-tiga gambar kat atas nie pun d ambil masa sicomel Haziq baru nak berlajar berjalan.Coz dia nak suruh orang tolong dia,semua benda orang suruh dia time tu..dibuatnya, "Siapa nama Muhammad Haziq?" Dua-dua tangan naik. Tanya lagi, "Siapa nama Muhammad Haziq??" Kali nie satu tangan jer naik :) Lepas tu senyum pun dah tak berapa nak ikhlas,huhu..rindu dia :)

[caption id="attachment_611" align="aligncenter" width="300"] insyaAllah! Bakal Ulama..:)[/caption]

Terakhir sekali,CN nak titipkan dua lagi gambar terbaru sicomel ini yang diambil dari FB ummi dia :)

[caption id="attachment_620" align="aligncenter" width="225"] Si Comeiii..Rindu die :)[/caption]

Dan ini pula gambar terbarunya bersama adiknya..ambik kat fb umi mereka jugak :)

643966_694965083854271_558213764_n

Dah jadi abang pun..dulu dia yang debab..sekarang adik pulak..;)

Muhammad Haziq & Muhammad Kholil

SUBHANALLAH...!

Ayat-ayat sicomel Haziq y sntiasa buatkan CN terkenangkan die..Kadg2 tsyum sendiri..

"Anah a!! Na cucu.."  = "Angah a!! Nak susu.."

"Yong a!! Nak cucu.." = "Yong a!! Nak susu.."

"Yong!! Haiq na naik motor!"  = "Yong!! Haziq nak naik motor!"

"Tak emboh!" = "Tak nak!"

"Tak mau!" = "Tak nak!"

Rambut yang botak tu..

Adik CN selalu cakap "Halus... jer...."

Bila sicomel Haziq nie balik kerumah dia,dia cakaplah balik ayat yang kakak bongsu tu duk ajar kat dia..

Pening ummi nak memahamnya..:) Haziq..Haziq :)

Tapi y CN tak leh lupa,ada satu ayat y sicomel Haziq nie cakap sampai terdiam mak n jiran2 y tgah bersembag kat depan rumah satu pagi.Kebetulan pulak seorang akak nie dtang kebawah dgan anak perempuan dia.Mungkin muda dua tiga bulan dari sicomel Haziq..

Ayat pertama y keluar dari sicomel Haziq bnie??

"Wek cun...." = "Awek cun...."Agak2nya korang terkejut x kalau budak baru setahun lebih sbut ayat tu??

Memang anak dara kakak tu comel pun..

Pecah berderai tawa semua yang ada kat situ masa tu..

Hahaha! Budak-budak zaman sekarang..Tergeleng CN dibuatnya.

Sampai sekarang panggilan awek cun tu meniti bibir kami,termasuk CN sendiri.Bila "awek cun" tu datang kerumah kami masa sicomel Haziq nie masih diasuh oleh Mak.Selalu usik dia..Terutamanya kalau umi dan abi dia ada..

Reaksi dia??

Malu!!

Hahaha...Pandai dia..

Duk puji anak dara orang lepas tu malu..hehehe:)

# Masih menantikan kedatangan mereka sekeluarga...selepas dua tahun lebih berlalu..akhirnya pagi tadi umi telefon..nak datang katanya.InsyaAllah ada rezeki bertemulah kami lagi.Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment