Tuesday, 24 September 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 11

Last Update for today: BAB 11

zahracinta_ceknursalisa



“Macammana kak Nis?”

Maira menantikan reaksi Anis Adelia sebaik majikannya itu merasa menu yang telah disediakannya beberapa minit yang lalu.

“Rasa dah okey,daging pun lembut.Cuma bagi kuah pekat sikit.” Pesan Anis Adelia kepada chef keduanya yang merupakan anak didiknya dan Sofia.Dua tahun yang lalu dia dan Sofia yang menjadi tukang masak utama didapur ini.Selepas perniagaan mereka ini agak stabil baru Anis Adelia dan Sofia berani untuk mengupah orang bagi menggantikan mereka.Itupun sentiasa dalam pemantauan dan pemerhatian mereka berdua.

“Sup dan kentang nie kak Nis?”

“Sup! Perfect! Cuma kentang tu bagi dia garing sikit.Boleh tambah sos lada tu kalau Maira nak.Ikutlah cuma kadar tu kurangkan sikit daripada selalu,boleh?”

Yes maam!”

Pagi itu semua agak sibuk,masing-masing dengan tugas dan kerja yang telah dibahagikan.Anis Adelia juga sehingga dia terlupa yang anaknya tidak ditinggalkan dengan Suhana hari ini sebaliknya diasuh oleh suaminya.

“Penat sangat ke?” Sofia menghulurkan segelas air mineral kepadanya.Anis Adelia menyambut, sebaik membaca basmalah baru diteguknya perlahan.

“Letih jugaklah kak Sofi..hari nie pelanggan memanjang ada,setiap masa ada saja yang masuk.Ini baru dapat rehat.Awal kak Sofi datang hari nie.”

“Boring pulak duduk kat rumah tu seorang diri.Abang Luqman dah pergi ke seminar.Apa cerita semalam?”

“Alhamdulilah kak..berjalan lancar.”

“Ariq?”

“Terkejut jugak Anis tengok reaksi dia semalam.Diam jer masa Anis berikan dia pada abah dia,tapi tulah..duk pandang wajah abah tu sampai tak berkedip.”

“Dia tahu abah dia tu.Aniq?”

“Terkejut dia kak..kesian pulak Anis tengok dia semalam.Rasa berdosa betul sebab simpan rahsia selama ini.Tengok muka anak rasa bersalah,tengok muka suami...lagilah kak Sofi.Rasa tak sanggup balik nak tatap muka dia.”

“Benda dah lepas jangan dikenang.Biarkan berlalu.Habis,Aniq dimana sekarang?”

Ya Allah!

“Aniq ada dirumah Anis kak,hari nie dia mengasuh anak..Allah! Anis terlupa,ingat Ariq dekat rumah kak Su saja.” Melihat Anis Adelia mencapai telefon bimbitnya,Sofia lantas menghalang.Dia sudah dapat mengagak apa yang ingin dilakukan Anis Adelia.

“Buat apa?”

“Nak telefon Aniq.Risaulah..anak meragam ke..apa ke.”

“Dia ada nombor telefon Anis?”

“Ada.Sebelum datang tadi..kami saling tukar nombor telefon.”

“Jadi,biarkan..”

“Biarkan?”

“Biarkan dia dengan anaknya.” Jelas Sofia.

“Tapi kak..”

“Kalau Ariq menangis atau meragam,kak Sofi rasa dia yang telefon Anis dulu.Itu maknanya mereka okey kat rumah tu.Biarkanlah..Aniq baru nak kenal anak dia,Ariq pun macam tu..Berikan mereka ruang untuk saling mengenali diantara satu sama lain.”

Ada benarnya kata Sofia ini,tapi..

“Anis risau benda lain...”

“Takut Aniq bawak Ariq lari?” Tak sempat Anis Adelia menyudahkan kata-katanya.

Tekaan Sofia membuatkan Anis Adelia melemparkan pandangannya ketempat lain.Sofia sudah tersenyum melihat reaksinya.

“Percaya tak kalau kak Sofi cakap dia takkan buat macam tu pada Anis..?”

“Cuba Anis tanya hati Anis..Anis lebih kenal dia daripada kak Sofi kan? Jadi! Jawapan dia memang ada pada Anis.”

“Masih nak telefon dia?” Sofia menduganya lagi..Anis Adelia masih memegang telefon bimbitnya.

“Tak tahulah kak Sofi,yang saya tahu keyakinan saya terhadap dia 50-50.”

“Kenapa masih tinggalkan Ariq dengan dia kalau rasa ragu?”

Persoalan Sofia tidak dapat dijawab Anis Adelia.Dia sendiri agak hairan dengan tindakannya memberikan Aniq Ehsan untuk menjaga anak mereka sepanjang hari ini.Hatinya masih yakin untuk membiarkan Ariq Ehsan bersama abahnya kerana kepercayaannya terhadap Aniq Ehsan masih wujud...

“Jangan nak runsingkan lagi fikiran tu.”

Perbualannya dengan Sofia tadi membuatkan Anis Adelia tidak jadi untuk menghubungi Aniq Ehsan.Amanahnya di restoran untuk hari ini telah pun selesai.Selesai solat zohor berjemaah dan makan tengah hari bersama pekerja-pekerjanya dan Sofia tengah hari itu baru Anis Adelia bersiap untuk bergerak ke Bookstore pula.

Semalam dia tidak berkesempatan untuk singgah kerana janjinya pada Aniq Ehsan.

Anis Adelia menatap kearah telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi,Aniq?

Mesej bergambar yang diterimanya itu dibuka tanpa menunggu lama.

Perasaannya agak lapang melihat gambar yang baru dihantar oleh Aniq Ehsan kepadanya itu.Gambar Ariq Ehsan sedang leka bermain dengan mainan-mainannya,sempat lagi posing depan kamera telefon bimbit abah?

Agaknya Aniq Ehsan tahu yang isterinya ini sedang keresahan,itu yang dihantarnya gambar ini.

-Baru lepas minum susu,ajak abah main lagi.Pujuk tidur..tak nak.

Jangan risau okey? Anak baik-baik saja dengan abang..habis kerja nanti terus balik.

Abah dan Ariq tunggu ummi.

Tersenyum Anis Adelia membaca pesanan yang turut diterimanya bersama gambar itu tadi.

Agak pelik dirasakannya dengan situasi ini namun itulah yang sedang berlaku.

Ummi pun tak sabar nak jumpa Ariq,hari nie ummi rindu sangat pada anak ummi nie...

Keadaan di Bookstore petang itu agak lengang kerana itu Anis Adelia merasakan masa begitu lambat untuk berlalu sehingga kekalutannya turut disedari oleh Aisyah dan Zahnita.Alhamdulillah,kesamaran mereka tentang Aniq Ehsan juga sudah dijelaskan kepada mereka semua.Walaupun tidak semua,sekurang-kurangnya mereka tahu..lelaki yang bertemu dengannya kelmarin adalah abah Ariq Ehsan.Suaminya.

Mujur mereka juga tidak banyak bertanya tentang perihal rumah tangganya dan lebih memahami.Jika tidak,memang payah untuk Anis Adelia menerangkan.

Sekali lagi Anis Adelia melihat kearah telefon bimbitnya.

Gambar Ariq Ehsan yang diambilnya ketika dia terlena diatas abahnya tadi menjadi penghias skrin telefon bimbitnya sedari pagi tadi.

Gambar kali ini begitu istimewa buat Anis A delia,jika sebelum ini hanya gambar Ariq Ehsan sendirian atau bersamanya akan menghiasi skrin telefon bimbitnya ini.Kali ini pula..hanya Ariq dengan abahnya.

Satu-satunya koleksi gambar yang tidak pernah ada dalam simpanan Anis Adelia selama ini.

Gambar yang diambil tanpa disedari kedua-duanya kerana mereka sedang terlena ketika Anis Adelia mengambil gambar ini tadi.

Sejak Ariq lahir memang hobinya merakam semua kenangan manis dan memori-memori indah sepanjang dia membesar didepan mata umminya ini.Lagipun hanya mereka tinggal berdua.Apa lagi yang ummi boleh buat melainkan mengambil gambar Ariq ataupun merakam videonya.

Anis Adelia makin tidak sabar untuk menatap wajah anaknya semula,hari ini ummi rindu sangat pada anak ummi.

4 comments:

  1. wahhh kenape ni update skali byk tapi saya sukaa best3 hehe

    ReplyDelete
  2. Pendek pulak bab ni rasa macam x puas membaca.

    ReplyDelete
  3. Nk lagi. Best. Idk why but i really love your story.

    ReplyDelete