Monday, 9 September 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 5

Assalamualaikum.. :)


UPDATE : BAB 5


zahrahcinta_ceknursalisa



                Anis Adelia mengeluarkan sampul surat yang sudah lama tidak disentuh dan dibukanya.Rasanya selepas Ariq Ehsan lahir surat ini tersimpan rapi didalam loker ini.Hampir 6 hingga ke 7 bulan..


Apa kandungan didalamnya?


Didalam inilah surat perjanjian yang dibuat Anis Adelia hampir 2 tahun yang lalu disimpannya.


Anis Adelia menatap kearah surat perjanjian itu,dia masih ingat akan kata-kata lelaki itu ketika mereka bertemu tadi,ya! Surat perjanjian ini tidak pernah ditandatangani olehnya.


Itu juga yang tertera diatas kertas ini.Hanya ada tandatangannya sebagai bukti..namun sudah terang lagi bersuluh yang ianya tidak boleh dijadikan sebagai apa-apa bukti tanpa tandatangan Aniq Ehsan.


Namun lelaki itu telah berjanji dengannya dan dengan janji itulah Anis Adelia pegang sehingga hari ini! Aniq Ehsan sendiri pernah kata padanya! Dia boleh berpegang pada janji itu! Tapi tadi...?


Cek nie?


Kenapa kembali ketangan aku pulak?


Bukankah ini janji aku kepada dia? Aku dah tunaikan janji aku kepada kau???


Kenapa kau cari aku ,Niq?


Aku ingat kau dah mulakan hidup baru? Bahagia tanpa aku..tapi?


Terbayang-bayang lagi difikiran Anis Adelia akan pertemuan semulanya dengan Aniq Ehsan tadi.Berbeza...Aniq Ehsan sangat berbeza ketika dia pergi dulu.Tubuh itu begitu ketara susutnya?


Benarkah dia menderita?


Seperti yang Marlia beritahunya tadi?


Aniq...?


Nama itu terus bermain dihati dan fikirannya!


Kenapa? Kenapa kau cari aku??


“Alhamdulillah,abang long baik-baik saja disini.Auni janganlah risau.”


Aniq Ehsan meyakinkan adik kesayangannya ini,baru tadi dia dapat menghubungi Farah Auni.Itupun selepas 5 jam dia tiba di bumi Melbourne ini.Pertemuannya dengan isterinya tadi,tidak seperti yang dia harapkan.


Bahagiakah isterinya selama ini?


Benarkah kegembiraan yang dilihatnya diwajah itu tadi?


“Tiba-tiba Auni rindu abang long..tak pernah kan kita berjauhan macam nie? Abang long dah jumpa kak long?”


“Dah..”


Farah Auni agak teruja mendengar kata-kata abang longnya,maknanya abang long dah dapat menatap wajah kekasih hati yang dirinduinya selama ini?


“Kak long macammana abang?”


“Dia tetap dengan keputusan dia Auni,dia bahagia disini.” Agak mendatar suara Aniq Ehsan ketika mengucapkannya.


Sedih pula Farah Auni mendengarnya.


“Abang long rasa macam tu..?”


“Abang long boleh nampak dari sirna matanya..”


“Habis?”


“Abang long serahkan segala-galanya pada Allah..Jika memang tiada jodoh antara abang long dan kak long..abang long redha,cuma biarlah semua tu abang long dengar sendiri daripada mulut kak long.”


“Abang long nak putus asa macam tu saja?”


“Bukan putus asa..Dia tak perlukan abang long lagi..Abang long tak boleh paksa dia dik.Kehidupan ini pun milik dia..”


“Macammana dengan abang long?”


“Abang long akan balik semula ke Malaysia.” Abang long sedang menipu dirinya!


“Yalah..apa pun yang bakal berlaku,Auni tetap dibelakang abang long.Auni akan tunggu kepulangan abang long.Auni sayang abang long.Abang long jangan sedih-sedih tau.” Nasihat Farah Auni.


Farah Auni termenung selepas menerima panggilan daripada Aniq Ehsan beberapa minit yang lalu.


Dia tidak tahu apa yang boleh dilakukannya untuk menyelamatkan rumah tangga abang long dan kak longnya.Senjata yang dia ada sekarang cuma doa!


Ya Allah! Bukan kerana aku jodoh mereka bersama sebaliknya itu adalah takdir ENGKAU keatas mereka.Aku percaya..diantara mereka ada perasaan itu.Dihati mereka,bersemi kasih itu..


Aku tidak tahu apa yang menyebabkan dia pergi dulu,namun..aku juga masih seperti abang long.Mengharapkannya untuk kekal menjadi sebahagian daripada keluarga kami ini.Aku juga mengasihinya namun..suaminya lebih mengasihinya ya Allah.


Pautkanlah hati mereka semula ya Allah...moga  abang long akan menemui penghujung rindunya.


“Farah Auni??! Farah Auni!"


Farah Auni tersentak mendengar namanya dipanggil.Rasanya suara abang long? Tapi kenapa selantang itu??


Terpaksa Farah Auni meninggalkan kerjanya mengemas ruangan dapur itu,tanpa menunggu lama dia segera mendapatkan abang longnya.Berkejar Farah Auni daripada dapur keruang tamu..sambil berlari,fikirannya terus memikirkan apa kesalahan yang dilakukannya sehingga abang long memanggil nama penuhnya?


Dia sudah cukup masak dengan perangai abang kesayangannya itu.


Paling utama,dia tak mahu ibu dengar.


Itulah yang dia risaukan,bimbang ibu susah hati pula.Abang long nie..suara dia saja macam tu,tapi kadang-kadang tak marah pun..


Saja nak tunjuk kuasa...Eh! Taklah..! Bergurau senda adik beradik,beginilah mereka.


“Ya abang long?” Aniq Ehsan dilihatnya sedang memegang sesuatu ditangannya.


Alamak!!


Spontan Farah Auni menepuk dahinya.Ini bukan gurau senda lagi! Abang long??!


Farah Auni terlupa untuk menyembunyikannya fail itu tadi,ish...habislah..mesti abang long akan korek rahsianya ini.


Itulah Auni!! Farah Auni marah akan kelalaian dirinya.


“Masuk bilik rehat abang long!” Arah Aniq Ehsan apabila dia pasti Farah Auni tahu kenapa abang longnya ini memanggilnya.


“Abang long..” Auni mencuba nasib,tidak mahu berbincang sampai kedalam bilik rehat abang long kerana fail ditangan Aniq Ehsan itu merupakan rahsia terbesarnya!


Kalau dah dipanggil kebilik! Memang kena soal siasat habis-habisan!


Ish!! Tak boleh! Tak boleh! Aku nie pegang amanah orang,sekalipun dengan abang long..Rahsia ini tak boleh bocor!


“Jumpa abang long kat sana!” Aniq Ehsan tegas dengan keputusannya,wajah Farah Auni langsung tidak dipandang sebaliknya dia terus menghalakan langkahnya kearah bilik yang dimaksudkannya kepada Farah Auni tadi.


Perkara ini tidak boleh dibincangkan diruang tamu kerana ibu mereka pasti akan mendengarnya.Jika benarlah Farah Auni melakukan kerja gila ini...Aniq Ehsan tidak boleh mendiamkan diri! Dia perlu tahu kenapa Farah Auni mengambil tindakan ini?? Sebelum dia meninggikan lagi nada suaranya ini dan didengari ibu,jalan terbaik adalah berbincang ditempat yang jauh daripada kawasan bilik yang menempatkan ibu mereka.


Ini juga adalah tanggungjawabnya sebagai penjaga Farah Auni merangkap abang kandung dan walinya!


Jika benarlah Farah Auni hendak melakukan kerja gila ini! Aniq Ehsan perlu segera menghalangnya.


Jika dia dah melakukannya?


Aniq Ehsan perlu tahu! Apa yang membuatkan Farah Auni terdesak untuk melakukannya?


“Apa nie?? Kenapa sampai perlu...” Aniq Ehsan tidak dapat meneruskan kata-katanya..Ada lebih kurang 50 profile lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya berada ditangannya sekarang.


Kalau tidak kerana dia menemuinya didalam Kancil Farah Auni tadi,sudah tentu keadaan akan menjadi rumit.


“Abang long tanya Auni?? Apa nie??”


Farah Auni tersentak.Melihat fail ditangan abang long tadi sudah dilemparkan keatas meja dihadapan mereka.Farah Auni telan air liur.Apron ditubuhnya langsung ditanggalkan.


Marah sungguh abang long aku nie?


Farah Auni cuba untuk bersuara namun tidak dapat melepasi kerongkongnya.


Err..kenapa pulak nie?? Takkan sampai suara aku pun takut dengan abang long?


Melihatkan wajah Aniq Ehsan yang seperti harimau lapar menunggu masa sahaja untuk menerkam mangsanya habis menggeletar seluruh tubuh Farah Auni.


Takut punya pasal!


Apa pun yang terjadi.Dia tidak boleh membocorkan rahsia,ini merupakan amanah Kak Anis Adelia kepadanya!


Tapi..Rahsia ini telah pun terbongkar..abang long dah tahu pun kerana dia dah lihat kandungan fail itu?


Tapi macammana dia boleh jumpa semua fail nie? Bukankah aku dah simpan...?


Hati Farah Auni berperang diantara satu sama lain.


“Abang long tengah tanya Auni nie! Auni dengar tak? Auni nak kahwin sangat ke?”


Kahwin?? Kesitu pulak abang long nie.Agak-agaklah..?


“Farah Auni!” Terangkat bahu Farah Auni dengan nada suara Aniq Ehsan kali ini.


“Abang long..Auni mintak maaf,tapi kali nie..abang long kena percayakan Auni.Ini semua bukan untuk Auni.”


“Auni nak abang long percayakan Auni dengan cara Auni macam nie? Okey! Sekarang! Tolong beri abang long satu penjelasan yang boleh buat abang percaya Auni seratus peratus.”


“Alah..”


“Jangan nak alah-alah..abang long serius nie!”


“Auni tahu..kalau tak! Takkanlah muka abang long sebengis tu,kalah singa betina.” Sempat lagi Farah Auni mengusik abang longnya.


“Farah Auni?!” Masuk ini sudah hampir 5 kali rasanya Aniq Ehsan memanggil nama penuhnya.


“Abang long kena percayakan Auni..Tapi Auni tak boleh beritahu abang long semua nie berkaitan dengan siapa.Cukup abang long tahu,Auni cuma membantu.Sepatutnya benda-benda nie tak berada ditangan Auni.Cuma atas sebab-sebab tak dapat dielakkan Auni terpaksa bawa balik.


So..bersangkut paut dengan tempat kerjalah nie?”


“Ye..”


“Auni tetap tak nak beritahu abang long?”


“Tak boleh..Ini rahsia kami jer.Orang luar tak boleh tahu.” Farah Auni tetap dengan keputusannya.


“Sejak bila abang long jadi orang luar nie?”


“Eii..Bukan dengan Auni,tapi dengan kawan-kawan Auni yang lainlah..Alah,janganlah paksa Auni lagi.Nanti abang akan tahu juga,bukan sekarang..”


“Nope! Susah betul abang long nak percayakan Auni kali ini..”


“Kenapa? Selama nie boleh jer?”


“Sebab abang risau kalau Auni betul-betul buat kerja gila nie!”


“Cari calon suami pun abang long kata kerja gila?”


“Memang gila! Auni ingat perkara nikah kahwin nie boleh dibuat main-main?? Kalau betul Auni nak nikah! Abang long tak nak dengan cara macam nie! Samada Auni bawak calon Auni sendiri datang atau atas pilihan abang long atau abang ngah!”


“A..”


“Auni masih tak nak beritahu abang perkara sebenar?”


Farah Auni tertunduk,tak terbalas akannya pandangan yang sedang Aniq Ehsan lemparkan kepadanya ketika ini.


Betul punya marah dia!


Fine! Kalau Auni tak nak beritahu abang long jugak..esok abang long pergi kekedai tu..siapa nama bos Auni tu? Anis..? Anis kan? Hmm..abang sendiri akan tanya dia.”


Sepantas kilat Farah Auni mengangkat wajahnya semula,terkejut lagi apabila melihat abang long sudah mahu keluar semula.Siap dengan fail tu sekali..


Apa lagi..terus Farah Auni mendapatkannya.Langkah Aniq Ehsan dihalangi.


“Abang long! Janganlah macam nie,sampai nak jumpa kak Anis pulak?!” Farah Auni menyatakan bantahannya.


“Dah tu beritahu sajalah? Apa yang susah sangat? Auni tahu tak...abang long yang tengah susah hati sekarang nie..kalau abang long tahu,Auni yang buat semua nie..?”


“Okey! Okey! Auni cakap! Tapi abang long kena janji satu benda dengan Auni.” Farah Auni terpaksa mengalah.


Maafkan Auni..,kak Nis...Kak Lia..


“Boleh ke tak nie?” Melihat abang long pula diam,Farah Auni segera bersuara semula.


“Janji apa?”


“Ini rahsia kita..jangan sampai jatuh ketangan orang lain,boleh? Auni tak nak abang long cerita kat sesiapa pun.Never and ever!! Anggap sahaja perbualan kita malam nie,berakhir kat sini saja?”


“Okey!” Hee!! Dia nak tahu jugak!!


“Okey?? Janji!”


“Janji!!”


“Tunggu apa lagi? Cakaplah cepat..Auni tahu kan abang long tak suka menunggu?”


“Sebenarnya..” Farah Auni menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mulutnya masih keberatan untuk menceritakan perkara sebenar.Tipu? Tak sanggup rasanya,lagipun dia tak pernah menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan abang longnya ini.


“Sebenarnya apa?” Aniq Ehsan segera menyoal semula,pelik juga bila tiba-tiba diam..ke..tengah berfikir macammana nak tipu aku? Boleh pulak hati Aniq Ehsan terdetik seperti itu.Dia pun tidak pernah bersangka buruk dengan Farah Auni selama ini cuma dalam keadaan sekarang...dia tidak dapat mengawal rasa bimbangnya.


“Sebenarnya...” Sekali lagi kata-katanya terhenti disitu.


“Sebenarnya...” Aniq Ehsan mengulangi semula kata Farah Auni,siap dengan mimik muka sekali..nak tergelak pun ada Farah Auni melihatnya.


Abang long nie! Marah macammana pun dia..dia tak boleh nak serius dengan adik-adik kesayangannya ini.


“Sebenarnya Saya Isteri dia!” Farah Auni tergelak sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya.


Gagal megawal tawa dengan lawak yang dibuatnya sendiri.


Sebenarnya dia memang tak suka melihat abang longnya membuat wajah seserius tadi.


Tak kena langsung dengan perwatakan dia selama ini! Aniq Ehsan yang dikenalinya sejak kecil adalah seorang abang yang lembut dengan adik-adiknya.Jangankan nak pukul,tinggikan suara pun entah bila-bila sekali,itupun kalau betul adik-adik dia buat salah.


Memerah muka abang longnya,tak tahulah atas sebab marah ataupun sebaliknya.Namun apabila bibir itu mengukirkan senyuman..! Farah Auni kembali lapang.


Sempat lagi nak buat bergurau tu?


“Kan manis macam nie..senyum.Hee..abang long Auni nie tak hensemlah bila buat muka garang macam tu..Stay calm! Barulah Auni boleh mula cerita.”


“Sebenarnya ini semua kak Anis yang buat..”


“Anis?” Aniq Ehsan menyebut sepotong nama yang disebut oleh Farah Auni tadi,rasanya itulah apa yang dia dengar daripada mulut Farah Auni tadi.


“Ye.. Kak Anis tengah cari calon suami.”


“Anis cari calon suami?” Aniq Ehsan menyoal lagi,masih dengan nada terkejutnya.


Dia langsung tidak percaya perempuan itu boleh bertindak seperti ini? Fail ditangannya tadi ditatap kembali.Sekurang-kurangnya dia mampu menarik nafas lega semula apabila mengetahui yang Farah Auni langsung tidak berkaitan dengan perkara ini.Cuma..? Benarkah apa yang Farah Auni beritakan kepadanya ini? Mustahil adiknya akan berdusta..dia kenal siapa Farah Auni.


“Ya abang long..” Farah Auni menegaskan.Dia dapat rasakan,abang long tidak mempercayainya.


“Biar betul perempuan tu?”


“Betul tak betul..inilah hasilnya.Semua profile yang ada dalam fail kat tangan abang long tu,kak Anis dan kak Marlia dah senarai pendekkan untuk temuduga nanti.Kat tangan abang long tu..itulah lelaki-lelaki yang akan kak Anis akan pilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan bakal suaminya.”


“Jelas Encik Aniq Ehsan? Jadi..bak sini balik fail tu.Auni kena bagi balik borang-borang nie pada Kak Lia esok.” Aniq Ehsan membatukan diri,kata-kata Farah Auni langsung tidak masuk kemindanya.


“Abang long??! Eii...mengelamun pulak! Dahlah..Auni nak naik sambung balik kerja Auni.Ingat! Ini rahsia kita!” Farah Auni mengambil kembali fail yang berada ditangan abang longnya itu.tanpa kata seterusnya dia terus melangkah keluar meninggalkan Aniq Ehsan bersendirian.


“A..pa.. ya...ng a...bang.. long... bi..sing..kan.. ta...di.. tu.. Ni..?”


“Tak ada apa-apalah ibu..biasalah abang long tu..bergurau kasar sangat.”


“A..bang.. ngah.... tak.. ba...lik... ?”


“Belum,masa Auni telefon dia tadi,dekat airport lagi katanya.Katanya sebelum pukul 11.00 nanti sampailah.Ibu jangan risau ya.”


Farah Auni mengurut kembali kaki ibunya,rutin hariannya sebelum tidur..beginilah.Lagipun esok dia cuti.Maknanya dia akan bermalam dengan ibu kerana kebiasaannya abang long yang temankan ibu.


Semalaman Aniq Ehsan tidak dapat melelapkan matanya,entah kenapa ingatannya terarah kepada Anis Adelia.Selama ini tidak pernah pun dia memikirkan tentang wanita itu,malah tidak pernah terlintas langsung dihatinya tentang wanita yang bernama Anis Adelia itu,tapi selepas rahsia mengenai borang-borang yang ditemuinya didalam kereta Farah Auni tadi terbongkar..dia terus-terusan memikirkan tentang wanita itu.


Pelik?! Ada juga perempuan macam tu dalam dunia nie?


Tapi pasti ada sebab musababnya mengapa dia berbuat begitu?


Aniq Ehsan cuba untuk berprasangka baik terhadap wanita itu.Sayangnya...gagal.


Semakin dia memikirkan mengapa Anis Adelia sanggup memilih cara itu untuk memilih calon suami,semakin akalnya tidak dapat memberikan alasan logik kepada tindakan wanita itu.


Anis Adelia..


Anis Adelia..?


Nama itu terus bermain didalam fikirannya.


Perlukah aku bersemuka dengannya untuk mendapatkan jawapan itu?


Tapi aku dah berjanji dengan Auni..Menemuinya bermakna aku telah melanggar janji yang aku buat pada Auni.


Allah! Kenapa hati aku nie terus-terusan mengingatkan wanita itu?


Mengapa aku perlu khuatirkan urusannya?


Itu hak dia...biarlah apa yang dia ingin lakukan..


Tapi hati nie...?


Petunjuk apakah yang ENGKAU sedang berikan kepada diriku Ya Allah?


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 comments: