
Apa pulak nie?
Besarnya? Ariq...? Anak aku..?
Anis Adelia agak terkejut apabila tangannya yang sedari tadi berada ditubuh kecil anaknya tiba-tiba terasa lain.Dia tidak menunggu lama untuk membuka matanya.Anaknya tiada?
“Aniq?”
Lemah semangat Anis Adelia melihat wajah lelaki yang berada didepan matanya.Allah! Jadi yang ditepuk-tepuknya sedari tadi? Tubuh lelaki inilah?
“Anak mana?? Awak buat apa kat sini?” Anis Adelia sudah bangun daripada pembaringannya,matanya melilau mencari seraut wajah anak kesayangannya.
“Abang dah letakkan dalam baby court dia..” Itulah jawapan yang mahu didengarnya,langsung pandangan Anis Adelia terpaku kearah baby court yang berada disebelah Aniq Ehsan.
Memang anak mereka berada disitu.
“Kenapa letak kat sana,dia tak pernah tidur kat situ malam-malam..katil nie la tempat dia tidur setiap malam.” Anis Adelia tidak senang hati,menyesal pula dia tidak mengunci pintu biliknya tadi.Seingatnya juga..dia sedang menyusukan anaknya? Kalau dah Ariq dibawa Aniq kekatilnya,maknanya...?
“Mulai hari nie..kalau abang masih berjaga ketika Ariq tidur abang akan letak dia dalam baby court.Kita biasakan dia..”
Mulai hari nie? Apa maksudnya?
Haih! Ikut suka hati dia saja.
“Apa masalahnya pun kalau dia tidur dengan saya..selama ni pun macam tu juga..” Agak kasar bahasa Anis Adelia terhadap suaminya pagi ini.
“Kan abah dia dah ada dengan ummi dan dia sekarang?”
“Awak..”
“Abang gurau saja..taklah sayang,tadi dia menangis..abang dodoikan dia.Risau dia ganggu ummi dia tidur,abang letakkan dalam baby court..”
Menangis? Takkan aku boleh tak sedar pulak? Anak kat sebelah saja?
Sejak bila aku tidur mati nie?
“Kalau awak nak tahu..anak kesayangan awak tu tak suka tidur kat situ.Saya dah buat banyak kali dah,paling lama pun sejam sahaja..lepas tu dengarlah suaranya menangis.” Terang Anis Adelia sudahnya dan dia yakin itu akan berlaku.
“Percaya tak cakap abang kalau dia takkan menangis lagi kali nie?”
Yakinnya?
“Hmm..?”
“InsyaAllah..dia akan lena kat baby court dia hari nie sampai esok pagi.” Anis Adelia sudah turun daripada katilnya.Kekok pula dirasakannya bersama dengan lelaki ini diatas katil selepas setahun lebih berlalu.
“Nak kemana pulak..?” Melihat Anis Adelia melangkah pergi kesebelahnya,Aniq Ehsan lantas menegur.
“Nak ambik anak.”
“Biarlah dia tidur kat situ...dia diam kan?”
“Anis...?”
Pergi ke pintu pula?
“Saya nak keluar..Ariq dah tidur.Ada banyak benda lain saya nak buat sebelum dia terjaga.”
“Dah lewat malam Nis..”
“Saya tak mengantuk,dah dua kali saya tidur..”
“Abang dodoikan..?”
“Jangan nak berguraulah.Pergilah tidur,daripada tadi..? Tak letih ke?” Soal Anis Adelia pelik.
“Baru jumpa isteri dan anak...tak tidur pun tak apa sayang.”
Malas sudah Anis Adelia ingin membalas.Biarlah apa yang dia ingin buat sepanjang malam ini.Lagipun esok dia akan kembali ketempatnya.
“Ikut suka awaklah,saya nak masuk bilik kerja saya balik.Tolong tengokkan anak sekali.Percayalah cakap saya,kejap lagi Ariq akan bangun.”
Lelaki itu sekadar tersenyum kepadanya..Anis Adelia meneruskan kembali langkahnya.
Alhamdulillah,akhirnya laporan bulanan kewangan restoran yang diemelkan oleh Sofia sebelum maghrib tadi telah selesai disemaknya.Nampaknya perniagaan restoran mereka semakin mendapat sambutan berbanding setahun yang lalu,masakan Melayu yang diketengahkannya dan Sofia serta pembantu-pembantu mereka mula diterima oleh penduduk disini.
Jam meja disisinya dikerling,sudah menunjukkan kepukul 4.00 pagi.
Betul ke Ariq Ehsan lena di baby courtnya pagi ini?
Anis Adelia teringat kembali peristiwa didalam biliknya lebih kurang dua jam yang lalu.
Kurang daripada sejam lagi,subuh akan masuk.Sebelum anak kesayangannya tersedar,lebih baik dia siap berkemas apa yang patut atau Ariq Ehsan takkan ‘mengizinkan’ ummi melakukan sebarang kerja lagi apabila dia bangun tadi melainkan melayan dan bermain dengannya.
Anis Adelia sengaja menjengah kebiliknya semula untuk melihat anak dan...suaminya.
Seperti yang diduganya,Ariq Ehsan sudah berada diatas katilnya semula.Dilihatnya Ariq Ehsan sedang tidur diatas dada abahnya.
Niatnya ingin terus kedapur terbantut apabila langkah yang diaturnya tadi membawanya terus kepada kedua-duanya.
Subhanallah!
Dua wajah yang tenang itu menyapa pandangannya.Dalam kegembiraannya dapat melihat dua raut wajah yang saling tidak tumpah ini,hatinya turut dipagut sayu semula.
Anak ummi ni...
Boleh pun tak ada ummi depan mata kan?
Siap tidur atas dada abah lagi? Peluk macam tak nak bagi abah pergi saja?
Pipi labuh Ariq Ehsan diusapnya kasih.Wajah Aniq Ehsan turut tidak terlepas daripada pandangannya..
Baru sekarang Anis Adelia dapat menatap wajah ini dengan perasaan yang lebih santai dan tenang,berbanding tadi..,semalam?!
Aniq..Awak dah jumpa dengan anak,saya tidak lagi berhutang apa-apa dengan awak Niq.Terima kasih temankan Ariq sepanjang hari nie.Saya tahu awak terlalu gembira,Ariq semestinya dan saya juga.Saya harap..awak dapat kembali ketempat awak semula dengan tenang,tiada ruang untuk awak disini.Maafkan saya,saya masih tetap dengan keputusan saya.
Selepas menyediakan menu sarapan pagi untuk Aniq Ehsan Anis Adelia segera kembali kebilik kerjanya.Terlupa dia perlu memerah susunya untuk Ariq Ehsan sepanjang hari ini.Stok semalam masih ada dua.Hari ini dia akan ke restoran lagi,bermakna sampai kepetang jugalah Ariq Ehsan akan ditinggalkan dirumah Suhana.
Kehadiran Aniq Ehsan memang banyak menganggu urusannya dan Ariq Ehsan.Haih!
Nasib baik untuk sehari,kalau seminggu dua? Sebulan dua? Mahu kucar kacir hidupnya!
“Assalamualaikum ummi..”
Terperanjat Anis Adelia melihatkan wajah Aniq Ehsan dan Ariq Ehsan yang tiba-tiba menyapa pandangannya.Terhenti kerja-kerja melipat pakaiannya dan Ariq Ehsan.Wajah puteranya itu ditatap.Gembira sungguh! Berseri-seri wajah,tak tahu bagaimana ummi nak gambarkan.
“Waalaikumussalam..” Tak menangis dia? Patutlah ummi tak sedar langsung Ariq dah bangun?
“Dah subuh nie,tak nak solat?” Soalan Aniq Ehsan menyedarkan Anis Adelia.Betullah! Dah pukul 5.00 pagi.Sibuk buat kerja sampai tak sedar masa yang berlalu.
Masalahnya sekarang.
“Dia tak menangis?” Apa yang bermain dihatinya dipersoalkan kepada Aniq Ehsan.Lelaki itu memandang wajah anaknya dengan kebahagiaan yang tidak mampu diselindung.
“Bangun tadi pun diam,senyum jer masa nampak muka abang tadi.”
Pulak? Kalau dengan ummi,menangis dulu..?
Anak ummi nie...
“Awak nak solat,pergilah dulu..saya jagakan Ariq.Mari sini,ummi nak tengok pampers dia.Daripada petang semalam tak bertukar.”
“Abang dah salinkan tadi..”
“Kalau macam,pergilah solat dulu.Lepas tu saya pulak.”
“Tak nak berjemaah dengan abang?”
Soalan itu langsung mengunci bibir Anis Adelia.Maksudnya...
Selepas menyusukan Ariq Ehsan baru Anis Adelia kembali kebiliknya.Aniq Ehsan sedang menantikannya.Tubuh anaknya dibaringkan keatas kerusi rehatnya.Tali keselamatan yang disediakan diatas kerusi itu dipasangkan ketubuh Ariq Ehsan.Bimbang juga Anis Adelia seandainya Ariq terlalu banyak bergerak,jatuh pula dia kebawah nanti.
“Ummi dan abah nak solat,Ariq duduk kat sini sekejap saja sayang.Ariq tengok ummi dan abah.Anak ummi,anak soleh..anak ummi anak abah...” Seperti biasa,Anis Adelia mesti berpesan terlebih dahulu cuma hari ini..ada panggilan itu dan juga pemiliknya.
Reaksi Ariq Ehsan sukar untuk diduga umminya,dia diam sahaja..memandang wajah ummi dan abah silih berganti tanpa senyuman mahupun ketawa seperti tadi.Tangannya begitu asyik bermain permainan yang tergantung dihadapannya.
Aniq Ehsan yang terhibur melihat interaksi diantara isteri dan anaknya kembali memanggil isterinya.
Sempat Aniq Ehsan mengucup wajah anaknya sebelum suaranya kedengaran.
“Bolehlah kita mulakan..” Teguran Aniq Ehsan membawa Anis Adelia turut bangun semula selepas mengucup wajah Ariq Ehsan mereka.Dia sudah berdiri dan bersedia untuk menjadi makmum kepada suaminya.
Lelaki tinggi lampai dengan sepasang jubah putih ditubuhnya ketika ini adalah suaminya! Rindunya..begitu lama dia tidak solat berimamkan lelaki dihadapannya ini.
Azan dan iqamat dilafazkan,terpesona lagi Anis Adelia mendengarnya.Sudah terlalu lama dia tidak mendengar suara ini melaungkan azan dan iqamat.
Sempat ditatapnya wajah Ariq Ehsan seketika,anak mereka sedang memandang kepada abahnya.Khusyuk pulak dia mendengar abah melaungkan azan.Diam dan tidak bergerak.Hanya mata bulatnya memberikan reaksi.
Begini jugalah kebiasaan Ariq Ehsannya setiap kali mendengarkan azan yang selalu ummi pasang setiap kali waktu solat 5 waktu.
Kebiasaan yang ummi lakukan sejak mengandung dan berterusan sehingga kehari ini.
Semua berjalan dengan baik.
Aniq Ehsan dan Anis Adelia memulakan solat mereka dengan tenang.
Setahun! Setahun tidak berimamkan lelaki nie..rupanya dia masih berkesempatan lagi untuk menjadi makmum kepada suaminya.Alhamdulillah.
5 minit berada diatas tikar sembahyang,sedikit pun tangisan Ariq Ehsan tidak kedengaran.Hanya suara halusnya yang kedengaran begitu tenang bermain sendiri.Sibuk memanggil ummi dan abah juga agaknya.
Ummi?
Kembali solat berimamkan abah..itulah perkara yang paling menggembirakan.
“Aniq,saya nak pergi kerestoran dah.Jomlah..saya perlu hantar anak kerumah kak Su.”
“Anis..” Tangannya sudah disulam,memaksa Anis Adelia kembali menatap seraut wajah Aniq Ehsan.
“Izinkan abang tinggal disini.Abang akan asuh anak hari nie..tak perlulah hantar kerumah kak Su.” Permintaan Aniq Ehsan segera dibalas Anis Adelia.
“Tak apalah awak.Awak boleh balik kehotel..biarlah Ariq dirumah kak Su.Saya bukannya apa..tak nak Ariq terbiasa dengan kehadiran awak.Saya...”
“Abang takkan paksa Anis terima abang semula.Cukup Anis bagi abang peluang untuk berada disisi Anis dan anak.Itupun abang dah cukup hargai.Izinkan abang tinggal disini? Abang takkan menganggu kehidupan seharian anak dan Anis.Abang cuma nak luangkan lebih banyak masa dan mengganti waktu-waktu yang telah terbuang selama ini.Abang nak kenal dengan anak abang...”
Silih berganti wajah anak dan suaminya dipandang.Sejujurnya Anis Adelia memang keberatan untuk meninggalkan Ariq Ehsan bersama abahnya.Bagaimana kalau dia balik nanti,mereka berdua sudah tiada dirumah ini?
Itulah yang Anis Adelia bimbangkan..seandainya Aniq Ehsan membawa Ariq Ehsannya pergi..
“Anis risau abang bawak anak lari?” Aniq Ehsan bagaikan mengetahui apa yang bermain didalam fikirannya ketika ini.
“Saya memang keberatan untuk tinggalkan Ariq dengan awak,lagipun ini bukan tujuan saya bawak awak kesini semalam.Saya cuma nak temukan awak dengan anak.Itu sahaja dan saya harap awak dapat kembali ketempat awak semula kerana semua pertanyaan awak selama nie telah pun terjawab.”
“Anis lebih kenal dengan abangkan?”
“Aniq..”
“Maafkan abang,abang takkan lepaskan Anis mahupun Ariq lagi.Cukup sampai disini permainan Anis.Abang suami Anis,abah Ariq. Anis dan Ariq adalah tanggungjawab abang dan abang mahukan semula hak abang ini semula!”
“Aniq...awak tak boleh bertindak macam nie.Saya,”
“Percaya pada abang.Pergilah..abang akan jaga anak kita sepanjang hari nie..jangan risau! Walauapapun yang terjadi,abang takkan pisahkan Ariq daripada Anis.Kecewa bagaimanapun abang dengan tindakan Anis menyembunyikan Ariq daripada abang selama nie,abang tetap hormat Anis sebagai ummi kepada anak kita.Abang tahu Ariq nyawa Anis dan abang nak Anis juga tahu yang Anis dan Ariq adalah nyawa abang.”
Mampukah aku mempercayainya?
“Awak..Susu Ariq semua ada dalam peti sejuk.Awak boleh ambik sahaja botolnya dan rendamkan dalam air panas.Awak bagi suam sikit lepas tu beri pada anak.Jangan sejuk sangat sebab dia takkan minum.”
Anis Adelia tidak tahu mengapa dia memberitahu Aniq Ehsan semua perkara ini,kata-katanya secara jelas telah memberi keizinan untuk Aniq Ehsan berada dirumahnya lagi,bersama...Ariq Ehsan mereka.
“Pampers,barang-barang keperluan anak semua saya dah letakkan satu tempat.Awak boleh ambik disitu saja.”
Dia juga tidak tahu apa yang menyebabkan dia memberikan keizinan yang dipinta Aniq Ehsan.Sebolehnya dia memang mahu bertegas namun lain pula yang jadi sekarang?
“Anis..It’s okey..Jangan risau,abang akan jaga anak baik-baik.Janganlah risau sangat.Pergilah..”
“Janji dengan saya,jangan bawak Ariq pergi daripada saya.Dialah nyawa saya,Aniq.” Anis Adelia mengharapkan pengertian yang amat sangat daripada Aniq Ehsan.
“Abang tahu sayang...Percayakan abang.”
Pandangan mereka sudah beralih kepada Ariq Ehsan yang berada dipelukan abahnya.Ummi dah macam tak wujud didepan matanya.
“Ariq...” Anis Adelia melekapkan rapat bibirnya didahi Ariq Ehsannya,air matanya ingin bertaburan namun dihalanginya pantas.Tidak mahu Aniq Ehsan melihatnya.
“Assalamualaikum anak ummi..Aniq,saya pergi dulu..Jaga anak ya.”
“Waalaikumussalam..Ya sayang,jangan risau.abang kan abah dia...?” Senyuman Anis Adelia hambar,sehambar perasaannya.
Anis Adelia masih tidak yakin untuk membiarkan Ariq Ehsan dibawah penjagaan lelaki ini.
“Anis..”
“Ya?”
“Tak nak salam?”
Terpinga seketika Anis Adelia melihat kearah tangan yang dihulurkan kepadanya,ketika sepasang matanya ini menatap kembali wajah Aniq Ehsan,lelaki itu tersenyum kepadanya.Disambut juga huluran tangan itu,disalami dan dikucupnya hormat.
“Drive baik-baik..”
Pesanan suaminya disambut dengan anggukan,pemergiannya ketempat kerja hari ini diiringi oleh kedua-dua lelaki itu.
Pertama kali! Pertama kali dia pergi ketempat kerjanya tanpa tangisan Ariq Ehsan.
Kejutan demi kejutan ummi lihat daripada Ariq Ehsan sejak abah datang dalam hidup mereka berdua semalam.
Tengok! Dia boleh senyum lagi sambil melambaikan tangan kecilnya pada ummi.Boleh saja..??
Nasib baik ummi perlu ketempat kerja,kalau tak ummi gomol-gomol Ariq.
Pertama kali juga hati ummi tidak gundah meninggalkan Ariq Ehsan kerana dia tidak lagi mengiringi pemergian ummi dengan tangisannya seperti semalam dan hari-hari sebelum ini.
Ya Allah,Kau jagalah anak aku.Semoga Ariq Ehsanku akan selamat dibawah penjagaan abahnya.Aku percayakan dia,semoga dia tidak mengkhianati kepercayaan ku ini,ya Allah!
No comments:
Post a Comment