New entry...
UPDATE : BAB 4

“Assalamualaikum...”
Anis Adelia memandang kewajah Ariq Ehsannya,siapa pula yang datang?
“Ummi rasa cik Su tu?” Ujar Anis Adelia sendiri sambil memandang wajah sijantung hatinya ini.Ariq Ehsan baru sahaja selesai dimandikannya dan sudahpun dipakaikan dengan pampers serta seluar.Tinggal baju sahaja yang masih belum.
“Waalaikumussalam...” Anis Adelia mendukung Ariq Ehsan yang dibaringkan diatas kakinya yang dilunjurkan itu.Kalau diletakkan kebawah nanti,menangis pula dia.Sekarang nie makin manja,tak boleh ummi tinggalkan walaupun sesaat,melainkan kalau ada orang yang melayannya.Itupun bukan senang nak pujuk dapat kat orang,tengok sahajalah di Bookstore tadi..
“Kak Sue ingat Anis takda dirumah?” Seperti yang diduganya.
“Ada jer kak Sue..Masuklah..Anis baru lepas mandikan anak.” Suhana tersenyum kepada Ariq Ehsan yang berada didalam dukungan umminya.Tangannya sengaja dihulur,mahu mengambil walaupun Suhana tahu,Ariq Ehsan tak akan mendapatkannya.
Kan?
“Ye ke...baru lepas mandi budak debab nie? Ermm...wangi dah ha!”
Suhana melabuhkan punggungnya dihadapan Anis Adelia,Ariq Ehsan hanya berada disisinya.
“Mandilah cik Sue..lepas nie nak teman ummi pulak,lepas tu ummi pulak teman dia.Hidup berdua,macam nielah...” Ujar Anis Adelia semula.
Suhana mengucup ubun-ubun Ariq Ehsan,senyap dia dengan mainan ditangan.
“Kenapa tak ke padang tadi? Budak-budak tu sibuk bertanya kak Su,mana Ariq?”
“Anis yang malas nak turun.Nak rehat kat rumah saja hari ini.Kami pun balik lewat tadi..Mana anak-anak kak Su?”
“Kak Su suruh diaorang masuk,rehat kejap lepas tu baru mandi..dah gelap pun.Sibuk juga nak menyinggah tadi,nak jumpa budak debab nie..”
Anis Adelia mendukung kembali Ariq Ehsannya yang baru dipakaikan dengan bajunya.
Bibir Anis Adelia singgah diwajah bersih itu sebelum diserahkan kepada Suhana.Ummi ada depan mata,mahulah dia mendapatkan cik Su nya.
“Ye..Dia dah mandi..wangi dah ermm..?”
Suhana melekapkan bibirnya dipipi lebar Ariq Ehsan.
“Aniq dah jumpa saya kak Su.” Anis Adelia terpaksa membuka cerita.
Suhana juga antara yang sudah maklum tentang hubungannya dan Aniq Ehsan.
Suhana tersentak,Ariq Ehsan diletak dalam dakapannya.Wajah Anis Adelia ditatap penuh makna.
“Anis jumpa dia dimana?”
“Di Bookstore tadi,dia datang cari Anis..”
“Macammana dia boleh tahu Anis ada kat sini? Lepas setahun?”
“Anis pun tak tahu kak Sue.Tapi..Anis rasa Marlia yang beritahu dia.”
“Takkanlah,kalau betul Marlia nak beritahu dia.Dah lama Aniq datang sini cari Anis.”
“Itulah kak Sue.Anis pun rasa macam tu,tapi cuma Marlia tahu Anis disini...”
“Anis tak tanya dia?”
“Tak sempat..Ariq meragam tadi.”
“Maknanya dia dah tahu tentang Ariq?”
“Belum..” Anis Adelia faham cara pandangan Suhana itu,dia memandang anaknya seketika.Murah dengan senyuman bibir sikecilnya ini.Anis Adelia mengusap pipi Ariq Ehsannya.
“Anis cuma beritahu Ariq sebagai anak kak Sofia.”
“Anak Sofia? Ya Allah! Anis buat apa nie?” Suhana menyoal terkejut.Tidak percaya Anis Adelia sanggup mengambil tindakan seperti itu.
“Anis terkejut kak Su.Dia tiba-tiba ada depan mata Anis tadi..Ariq pulak..menangis bila Anis tinggalkan dia dengan kak Cah.Antara anak dengan dia tadi,Anis terpaksa pilih anak dulu..sebab tu Anis terpaksa tipu dia.Anis memang tak bersedia dengan semua nie kak Su.Kedatangan dia langsung Anis tak jangka.”
“Tak patut Anis buat macam tu,kak Su bukannya apa..Kak Su tahu,dia datang sini sebab nak cari Anis.Bila dah jumpa nie..kak Su rasa dia memang akan dapatkan Anis semula.Sebelum rahsia Ariq sampai kepengetahuannya daripada orang lain,kak Su rasa lebih baik Anis berterus terang dengan dia.Bukannya apa Nis,kak Su bimbang lain pulak yang jadinya nanti.” Jawapan kak Su sama dengan kak Sofi..
Dua-duanya mahu dia berterus terang dengan Aniq Ehsan,tapi Anis Adelia masih merasakan dia perlu menyembunyikan perihal Ariq Ehsan daripada pengetahuan lelaki itu.Dia tak bersedia untuk memberitahu Aniq Ehsan tentang kebenaran ini.
“Ibu! Ibu?!” Jeritan anak teruna Suhana daripada luar menyentakkan mereka berdua.Ariq Ehsannya juga,sibuk mata bulat tu menghala kearah pintu,tapi tak ada apa-apa pun.
“Ish..dah keluar pulak budak bertuah tu.Kak su balik dululah Anis,silap hari bulan..bertuala jer anak kak Su tu.Ada masa esok pagi..kak Su datang lagi.”
Anis Adelia tersenyum memahami.
Ariq Ehsan kembali kedalam dakapan umminya,bergegas Suhana keluar daripada rumah Anis Adelia.Bukannya apa,kalau masuk anaknya itu ke dalam rumah Anis Adelia nie nanti,tak keluar dah.Nampak pulak Ariq Ehsan nie,dua tiga jam pun mahu si Rasdannya duduk disini nanti.
Anis Adelia pun dah biasa dengan ragam anak-anak Suhana nie..lagipun dah dianggapnya seperti anak-anaknya sendiri.Merekalah keluarga orang melayu yang dekat dengan rumahnya ini selain daripada kediaman pelajar-pelajar Malaysia yang lebih kurang 500 meter daripada sini.Selalunya mereka bertemu dipadang pada waktu petang.Kadang tu siap bawak bekal berkelah beramai-ramai.Duduk ditempat orang..biasalah..
“Esok..ummi kena pergi restoran.Ummi kena tinggalkan Ariq dengan cik Su esok.Ariq jangan menangis tau? Hari ini Ariq dah seharian dengan ummi..?” Dia senyum lagi..berbunga-bungalah hati ummi.
Beginilah setiap kali terpaksa menghantar Ariq Ehsan kerumah Suhana.
Awal-awal lagi kena beritahu.
“Ei..hero ummi nie..sekarang bolehlah senyum-senyum..esok pagi,dah ada kat cik Su..? Ummi nak pergi kerja..? Terus sahaja menangis? Pandai nak bagi hati ummi nie berbelah bahagi sebab tinggalkan dia,ermm?”
Anis Adelia menggomol leher dan badan Ariq Ehsan.Ketawa mengekek sikecil ini diikuti oleh umminya juga.
Dah ada anak..kehidupannya tidak pernah sunyi lagi tapi masa mengandung dulu?
Allah! Hanya DIA yang tahu betapa parahnya dendam rindu yang terpaksa ditanggung Anis Adelia terhadap insan itu.Hampir setiap malam tidur bertemankan air mata.
Ikutkan hati..masa tu juga dia ingin balik ke Malaysia.Mendapatkan Aniq Ehsan semula..Tapi,kerana janji! Kerana hati yang telah disakiti..
Anis Adelia memaksa juga dirinya untuk terus bertahan.Alhamdulillah,kepayahan dan kesusahannya dulu telah berbalas dengan kehadiran Ariq Ehsan.Hampir 9 bulan dirahim ummi ditambah hampir 6 bulan lagi yang telah berlalu ini,kehidupan Anis Adelia benar-benar terisi.Telatah Ariq Ehsan dan kemanisan menjadi seorang ibu membuatkan Anis Adelia terlalu bahagia.Pun begitu..kekosongannya masih dirasai.
Kehidupannya tetap tidak lengkap tanpa lelaki itu.Ariq Ehsannya juga..Bahagianya hanya diluar,didalam? Hanya rindu yang tak berkesudahannya terhadap insan itu.Itupun Anis Adelia masih ingin membohongi dirinya.
Anis Adelia turun daripada katilnya sebaik menidurkan Ariq Ehsan.Ubun-ubun anak kesayangannya itu dikucup kasih sebelum dia meninggalkan kawasan katilnya ini.
Malam nie Ariq Ehsan ajak ummi bermain dulu,lepas tu baru tidur.Dekat pukul 1.00 tadi baru dia terlelap..Mujur ummi pun sempat juga terlelap sekejap tadi semasa menidurkannya.
Segarlah ummi bangun pagi ini.
Lagipun ada sesuatu yang Anis Adelia ingin lakukan sebenarnya sejak tadi.Apabila Ariq Ehsan tidak mahu tidur,terpaksalah Anis Adelia melupakan seketika niatnya itu.Selepas 3 jam berlalu,baru sekarang dia dapat melunaskan niatnya.Anis Adelia tidak mampu untuk menunggu esok lagi meskipun hanya beberapa jam sahaja yang tinggal.
“Aku mintak maaf Nis.Dah terlalu lama aku bohong pada dia.Aku tak sampai hati melihat keadaan dia.Tak pernah berputus asa mencari kau.” Marlia meluahkan rasa bersalahnya.
Benar seperti telahan Anis Adelia.Marlia yang bocorkan rahsia.
Ini saja yang Anis Adelia ingin tahu,persoalannya sudah terjawab.
Marah? Rasanya tidak..perasaannya tidak begitu pun sekarang.
Kenapa? Entahlah..
“Tak mengapalah Lia.Aku tak tak marahkan kau pun,aku cuma pelik bila dia dapat cari aku kat sini.Lagipun kami dah jumpa pun.”
“Betul kau tak marah?”
“Ya..kau kawan baik aku,takkan aku nak marah.Kau tolong aku selama nie pun dah cukup baik untuk aku,betullah kata kaukan..sampai bila aku nak lari daripada dia?”
“Kau nak terima dia?”
“Aku akan selesaikan segala-galanya dengan dia.”
“Anis?” Kecewa Marlia mendengar keputusan Anis Adelia,masih dengan keputusannya setahun yang lalu.
“Aku senang macam nie Lia.”
“Kau tak kesiankan dia ke Nis?”
“Sebab aku kesiankan dialah aku tak nak teruskan perkahwinan kami nie.Dia berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada aku..”
“Tapi dia cintakan kau?” Tokok Marlia lagi..dia yakin! Anis Adelia juga sedar akan hakikat itu.
“Dah setahun berlalu...Aku yakin dia dah boleh terima keadaan kami.”
“Kalaulah kau tahu betapa deritanya dia?” Anis Adelia terpukul dengan kata-kata Marlia itu.
“Anis..aku takkan beritahu dia dimana kau kalau aku lihat dia mampu hidup tanpa kau.Kau tak pernah tahukan semua tu? Kau tak nak aku cerita apa-apa tentang dia pada kau selama nie kan,tapi aku nak kau tahu sekarang! Dia dah terlalu lama mencari kau..dia tak pernah tak cari kau! Amar..Auni..mereka pula terlalu yakin aku tahu kau dimana kerana itu mereka tak pernah berputus asa bertanyakan aku tentang kau..Disebabkan mereka juga aku kalah akhirnya,tapi aku lebih kasihankan suami kau..,Aniq Ehsan!”
Anis Adelia terus membekukan hatinya..Bukan ini yang ingin dia sengar.
“Anis..aku sahabat kau..aku sayang kau..aku pun tahu,kau sayang dia..kau cintakan suami kau..Kau tak boleh terus macam nie,kau kena beri dia dan diri kau peluang.Percayalah! Kauorang berdua mampu bahagia.Dengar cakap aku kali ini..pergi pada dia.Kau hanya untuk dia dan dia.Dia adalah..kunci kepada syurga kau kat SANA.”
“Lia..okeylah..aku nak tidur,dah lewat sangat nie.Awal pagi esok aku nak pergi restoran.Jaga diri dan baby baik-baik tau.” Anis Adelia cuba mengelak.
“Anis..kau suka macam nie..Aku tak habis cakap lagilah!”
Terkejut Anis Adelia mendengar ‘kemarahan’Marlia,kenapa pulak nie?
“Aku mengantuk..Kat sini dah pukul 2.00 pagi tau...Kat Malaysia memanglah baru pukul 12.00”
“Kau nak aku menangis ke?” Ugut Marlia lagi,Anis Adelia sudah tersenyum-senyum sendiri.
“Hei..apa pulak menangisnya? Ya Allah! Mak buyung nie..?”
“Tahu kan aku memang sensitif sejak mengandung nie? Jangan cari pasal..nanti aku suruh suami aku pergi sana cari kau sebab buat aku menangis?” Anis Adelia ketawa tanpa dapat ditahan-tahan lagi..
“Puan Marlia?? ” Anis Adelia menyebut namanya.
“Kau jangan gelak Nis..aku menangis kang?!” Sampai macam tu sekali ke sensitifnya kawan baik aku nie?
Anis Adelia dapat mendengar getaran suara temannya..Biar betul nie?
“Lia..Lia..?” Anis Adelia mula bimbang,sangkanya Marlia bergurau sahaja tadi,tapi..tiada lagi suara temannya itu ditalian..?
“Okey..! okey! Kau nak cakap apa lagi dengan aku..aku dengar,cakaplah..janganlah menangis..? Kita jauh sangat nie..aku tak boleh nak pujuk kalau kau menangis.Silap-silap hari bulan..aku pun menangis sekali nanti?”
“Aku tak bergurau...Nis.” Seriusnya dia.
“Cakaplah..aku dengar.Cakap saja apa kau nak cakap.Aku dengar..Aku tak tidur pun tak apa..”
“Balik pada dia Nis..!”
“Itu saja.Aku nak kau kembali pada Aniq.Jangan seksa perasaan kau lagi..? Boleh tak Anis Adelia..?”
Anis Adelia pula diam.
“Anis..?”
“Ya..aku dengar.”
“Boleh tak kau tunaikan permintaan aku yang satu nie?”
“Biarlah masa yang menentukan...”
“Anis..?!”
“Kau jangan risau tentang aku kat sini..kau tu,jaga diri dan baby..”
“Aku nak kau bahagia dan kebahagian yang kau cari selama nie cuma ada pada...Aniq Ehsan! Kau dengar tak Nis??”
“Aku dengar..insyaAllah..kau doakan yang terbaik untuk aku okey? Soal jodoh aku dengan dia..biarlah Allah yang tentukan.”
“Jodoh kau dan dia kuat..! Kau tu! Jangan keraskan hati sangat!”
“Baiklah Puan Marlia..boleh aku letak telefon sekarang? Atau...kau ada apa-apa nak cakap dengan aku lagi?”
“Aku menangis..??! Aku menangis..??!” Anis Adelia ketawa lagi,kali ini betul-betul dilepaskannya.Nasih baik dia berada diluar bilik,cuma pintu bilik sahaja dibiarkan terbuka seluas-luasnya.Bimbang kalau Ariq Ehsan tiba-tiba menangis.
Ini baru Marlia bergurau semula.Lia...Lia..
“Aku mengantuk..serius nie! Nanti aku telefon kau lagi okey? Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..Ingat tau apa aku cakap tadi?”
“Ye.”
“Aku on the way nak dapat baby sulong...,so...aku harap lepas nie giliran kau dan Aniq pula.”
Anis Adelia tersenyum kelat.Satu-satunya rahsia yang Marlia tidak tahu adalah Ariq Ehsan.
Ya..! Marlia juga masih tidak mengetahui tentang kewujudan Ariq Ehsan sepertimana Aniq Ehsan.
Seorang pun teman,saudara atau kenalannya di Malaysia tidak tahu mengenai Ariq Ehsan,hatta ahli keluarganya..
Entah apa reaksi Marlia jika mengetahui perkara ini nanti?
Harapnya mereka tidak akan bergaduh pula..
Bimbang juga apabila Anis Adelia memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi.Semuanya semakin menganggunya selepas pertemuannya dan Aniq Ehsan tengah hari tadi.
Kejamkah aku?
bilalah nak jumpa niii??
ReplyDeleteBEST ....
ReplyDelete