Wednesday, 11 September 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 6

Assalamualaikum.. :)

UPDATE: Di Penghujung Rindu BAB 6

zahrahcinta_ceknursalisa       

 

"Ibu!!!"


Anis Adelia meraup perlahan wajahnya.Hampir sejam yang lalu dia terlena diatas lantai.Patutlah sejuk sangat!

Lantas Anis Adelia bangun,mendapatkan anaknya yang sedang terlena diatas katil.

Lena sungguh Ariq Ehsannya hari ini.Sejak lahir sehinggalah usianya hampir 6 bulan ini dia tidak pernah tidur didalam katilnya,semua nak ummi.Pernah juga Anis Adelia mengajarnya untuk tidur diatas katilnya.Lepas sahaja Ariq Ehsan terlena diletaknya Ariq Ehsan diatas katilnya.Namun? Tak sampai seminit,dengarlah tangisannya yang mendamaikan hati memujuk ummi supaya mengambilnya.

Tidur atas katil ummi? Ummi tinggalkan berapa lama pun..tak sedar langsung?

Anis Adelia menjatuhkan bibirnya didahi sikecilnya itu.

“Alhamdulillah ya Allah.Melihat anak sendiri membesar didepan mata..setiap hari aku diberikannya pengalaman yang baru.Dialah anugerah paling tak ternilai yang pernah aku perolehi didalam hidup ini selepas mengenali abahnya.”

Ralit Anis Adelia menatap wajah permata hatinya dan kenangannya bersama Aniq Ehsan kembali bermain difikirannya tiba-tiba dia diingatkan akan sesuatu.

Ibu??

Anis Adelia tersentak.

Perlahan-lahan mimpi yang baru dilaluinya tadi kembali keingatannya.

Anis Adelia terdiam.

Ya Allah?! Aku mimpikan ibu?

Dia sempat mengucup dahi Ariq Ehsan?  Cucunya? Dia sempat tersenyum padaku? Tapi hanya seketika..kemudian dia pergi? Tinggalkan aku bersama cucunya...dan Aniq??

Aniq??

Ya Allah...!

Kami bertiga mengiringi pemergian ibu..Ariq didalam dakapan abahnya?

 

 

Anis Adelia baru menyelesaikan solat subuhnya.Sekarang musim bunga di Melbourne namun awal pagi nie..sejuk pula.Terpaksalah Ariq Ehsannya dipakaikan dengan baju sejuk subuh ini.Beginilah cuaca di Melbourne.Kadang kala,masa musim sejuk pun..boleh panas.Inikan pula musim bunga..cuaca memang tak menentu.Sejak ada anak..Anis Adelia semakin peka dengan keadaan cuaca disini..Hendak atau tak,itulah yang berlaku.

Anis Adelia mendukung Ariq Ehsan yang diletakkan hanya disebelahnya ketika dia menunaikan solat subuh tadi..Alhamdulillah,Ariq Ehsan makin faham dengan amanah umminya yang satu nie.Kalau tak,nak menangis jer sampaikan masa Ariq Ehsan berusia 3 bulan lebih dulu ummi kena dukungnya masa hendak solat.

Sekarang nie tengok ummi jer daripada bawah ,tak adalah dia menangis.

 

 

 

 

“Kenapa gembira sangat anak ummi nie hari nie? Hmm..” Anis Adelia senang hati melihat Ariq Ehsannya pagi ini.

“Ariq dah siap..ummi pun dah siap.kejap lagi Ariq kena pergi rumah cik Su,ummi kena pergi restoran.Ariq jangan nangis-nangis,petang nanti ummi balik daripada restoran.Ummi terus ambik Ariq.Ummi akan bawak Ariq jumpa abah hari nie..Ummi akan perkenalkan Ariq pada abah.”

Anis Adelia sudah membuat keputusan.Ariq Ehsan akan diperkenalkannya kepada abahnya,hari ini!

Ya! Dia tidak mahu menunggu lama lagi,nasihat sahabat-sahabat yang sentiasa berada disisinya sejak dulu membuatkan Anis Adelia tidak dapat menidakkan kebenaran yang mereka cuba beritakan kepadanya.

Apatah lagi,dia baru bermimpikan ibu mertuanya tadi.

Keadaan memang akan jadi lebih rumit jika perkara ini sampai kepada pengetahuan Aniq Ehsan daripada orang lain.

 

 

Anis Adelia masih sempat bersantai-santai bersama anaknya selepas menyelesaikan kerja mengemas rumahnya dan dia juga sudah bersiap untuk ke bookstore bagi menemui Aniq Ehsan sebelum pergi ke restoran pula.

Saat dia ingin meninggalkan Ariq Ehsan kepada Suhana.Saat mereka berdua ingin keluar daripada rumah.Anis Adelia sempat berbicara sesuatu didalam hatinya yang mula goyah untuk memberitahu Aniq perkara yang sebenarnya nanti.

Ya Allah..! Ini anaknya! Ini anak kami! Aku dah cukup berdosa terhadapnya.Pergi begitu sahaja tanpa pengetahuannya bahkan juga..aku telah menyembunyikan perihal anak daripada pengetahuannya.

Dia dah datang mencari aku..dan dia telah pun menemui kami.Apakah itu doanya selama ini?

Mahu atau tak..aku terpaksa juga mendedahkan identiti Ariq Ehsan kepada abahnya.

Untuk itu,kau berikanlah aku kekuatan,aku rela berhadapan dengan benci dan kemarahannya namun..janganlah ENGKAU pisahkan aku daripada anakku ini.Aku menyayanginya ya Allah.Dialah nyawa aku..

“Sayang ummi,ummi kena pergi bookstore sebelum ke restoran.Ummi memang akan balik lambat hari nie.Ummi kena berhadapan berhadapan dengan abah Ariq. Paling penting...Sayang,ummi rasa dah sampai masanya untuk ummi kenalkan Ariq pada abah.Mungkin hari ini.Ummi janji sayang,ummi akan balik nanti bersama abah.insyaAllah.”

Ariq Ehsan sekadar memandang umminya,seperti biasa kejap-kejap dia akan tersenyum cuma mulutnya yang terkunci seketika kerana sedang menyusu.

Anis Adelia membelai lembut kepala dan pipi Ariq Ehsan yang semakin berisi itu.

Dua beg yang berisi barang-barang Ariq Ehsan diambil sebelum mereka keluar.

 

 

“Kak Su..saya pergi dulu,kalau ada apa-apa.Hubungi saya ya??”

Suhana mengangguk senang.Seperti biasa,setiap kali hendak mengambil Ariq Ehsan daripada umminya,dia menangis terlebih dahulu.

Manja sungguh anak teruna orang nie..

Seperti biasa juga,ummi hanya mampu memandang.Meskipun berat hati ingin melepaskan namun apa daya.Ummi perlu menunaikan amanahnya.Kerja ummi penting untuk mereka meneruskan hidup ditempat orang ini..

“Ummi pergi dulu sayang..jangan nangis? Petang nanti,Ummi ambik Ariq balik.Ummi sayang Ariq..Assalamualaikum..” Segenap wajah Ariq Ehsan menjadi kewajipan bibir Anis Adelia untuk mengucupnya setiap kali mereka berpisah untuk seketika.

“Waalaikumussalam..babai ummi..” Suhana melambai-lambaikan tangan kecil Ariq kepada umminya. Seperti biasa juga,Anis Adelia tidak akan menoleh kebelakang lagi selepas menyerahkan Ariq Ehsan kepada pengasuhnya.Hanya tangisan Ariq yang kedengaran sayu mengetuk pintu hatinya.

 

 

Aniq Ehsan sedang menantikannya ditempat semalam,Anis Adelia tidak mahu membuang masa lagi.Untuk sampai ke restoran,dia masih ada lebih kurang satu jam daripada sini.

“Awak..” Anis Adelia menyapa lelaki itu,dia tiba dihadapan bookstorenya tepat pada waktu yang dijanjikannya kepada Aniq Ehsan semalam.Namun lelaki itu kelihatannya berada disini lebih awal daripada yang Anis  Adelia sangka.

Sejuk betul pagi ini? Baru Anis Adelia perasan yang keadaan diluar begitu sejuk.Angin yang bertiup agak kuat,membuatkan dia kesejukan kerana dia hanya berbaju kurung dengan sehelai sweater yang berketebalan sederhana..

“Assalamualaikum Nis..”

Nie lagi seorang?? Memang sentiasa murah dengan senyuman,daripada dulu lagi.Sama seperti...Ariq?

Anis..Anis..dah nama pun anak dan bapa? Sedangkan wajah kedua-duanya juga sudah mirip,inikan pula tingkah laku mereka??

Dia menyindir dirinya sendiri.

“Waalaikumussalam..”Jawab Anis Adelia senang.Perasaannya agak lapang berbanding semalam ketika mula-mula berhadapan dengan lelaki ini.

“Ikut saya..kita pergi ke pantai sana tu,kat sini lapang sangat..”

Boleh pula Anis Adelia ingin pergi ketempat lain sedangkan dia masih perlu ke restorannya yang agak jauh daripada sini.

 

 

“Sejuk?”

Aniq Ehsan cuba meletakkan baju sejuk yang sempat dibawanya tadi ketubuh Anis Adelia namun tindakannya sedikit mengejutkan wanita itu.Anis Adelia sudah mengelakkan diri.

Hilang sudah manisnya pada senyuman itu.

Thanks but no thanks...saya dah biasa dengan cuaca macam nie.” Anis Adelia berlagak tenang meskipun kesejukan yang dirasainya bagaikan jarum halus yang mencucuk tulang belulangnya.Namun tindakan Aniq Ehsan beberapa saat lalu,makin memaksa dia untuk bertahan.

“Dah setahun kita tak jumpa,you look so gorgeous! Beautiful and more terrible,” Sepanjang perjalanan tadi,kedua-duanya hanya mendiamkan diri.Baru sekarang Anis Adelia mendengar suara itu semula tapi terus membuatkan bibirnya melepaskan tawa,agak lucu mendengar komen suaminya.

“Yalah awak..terima kasih,tapi tak perlulah nak puji lebih-lebih sangat.”

“Serius.”

“Auni..Amar,Afif dan Asrar kirim salam..”

Anis Adelia agak tersentak,mendengar nama adik-adik iparnya itu lidahnya langsung kelu.Selain daripada lelaki ini,insan yang turut dia rindui adalah mereka.Terutama sekali,Farah Auni!

Subhanallah! Sudah lama aku tidak mendengar khabar tentang mereka,seperti juga lelaki ini.

“Amar nak kahwin..” Sambung Aniq Ehsan lagi apabila melihatkan isterinya masih juga diam.Mungkin sedang memikirkan mereka.

Seperti yang diduganya,Anis Adelia nampak terkejut.Tak hairanlah jika pandangan mereka bersatu buat pertama kalinya sedari 20 minit yang lalu.

“Amar nak kahwin..?” Anis Adelia menyoal tidak percaya.

“Hmm..dengan Marwa.Perempuan yang pernah dia bawa jumpa kita dulu.”

“Alhamdulillah,akhirnya dia kahwin jugak.”

“Cuma dia ada pesanan untuk Anis.”

“Pesanan apa? Ish! Adik awak tu..Dia yang nak kahwin,bagi pesanan kat saya pulak? Kalau saya yang cakap macam tu..adalah jugak.”

Telatah kedua-dua orang adik iparnya itu membuatkan Anis Adelia merasakan yang dirinya benar-benar dihargai sebagai seorang kakak.Afif dan Asrar pula hanya sempat dikenalinya semasa hari perkahwinannya dan Aniq Ehsan.Dua hari selepas itu mereka balik ketempat masing-masing.Afif di UK kerana mengikut suaminya yang sedang menyempurnakan Phd disana dan Asrar di Brunei kerana berkahwin dengan orang sana.Pun begitu hubungan mereka tetap baik.

“Dia pesan..dia cuma akan kahwin bila Anis balik kerumah ibu dan papa.Tanpa Anis,dia takkan kahwin..” Sampai juga pesanan Amar kepada Anis Adelia.

“Pesanan apa macam tu..?”

“Sepatutnya dia dah lama kahwin,tapi sebab Anis menghilangkan diri.Dia terpaksa tangguhkan janji yang dia dah buat pada Marwa.”

Ya Allah! Kenapa sampai macam tu?

Pandangan Anis Adelia sekali lagi melekap diwajah suaminya.

“Dia ingat nak jumpa kita lepas abang balik hari tu..tapi semua adik beradik abang terkejut sekali bila dengar Anis dah pergi.Abang? Abang lagilah terkejut..puas abang cari,patah balik ke Pahang semata-mata nak cari Anis dirumah mak dan abah pulak.”

“Awak balik rumah mak dan abah??” Soal Anis Adelia bimbang.

“Ya sayang..sebab tu abang tahu kenapa Anis pergi.”

Mungkinkah..Aniq Ehsan sudah mengetahui perkara sebenar yang terjadi dan telah membawanya kesini setahun yang lalu??

“Ha?? Saya pergi sebab janji kitalah..awak lupa ke?”

Tak habis-habis dengan janji tu?

“Anis yang lupa..janji tu dah terbatal dengan sendirinya bila Anis dah janji pada abang,nak tunggu abang balik daripada Kelantan hari tu? Anis yang janji dengan abang...Anis nak beri peluang untuk pada diri kita untuk teruskan perhubungan nie?”

“Saya serius dengan saya bergurau pun awak tak boleh bezakan?”

“Sejuk?” Soalannya tidak berjawab sebaliknya diajukan pula soalan lain?

Anis Adelia hanya mampu mengangkat kening sebelum mengeleng.Aniq Ehsan perasan akannya.

Anis Adelia mula bergerak,mendahului Aniq Ehsan..rasa kekok pula apabila mereka bersembang seperti ini dihadapan orang yang sentiasa lalu lalang sejak tadi.

“Kalau sejuk,pakai baju sejuk abang nie.”

It’s okey.”

 

 

“Aniq?!” Berderau darah Anis Adelia apabila bahunya dipeluk daripada belakang.Pandangannya cuba mencari Aniq Ehsan yang berada dibelakangnya.Baru dia sedar,baju sejuk milik Aniq Ehsan tadi sudah beralih ketubuhnya.

“Syhh..Sejuk! Duduk diam-diam.” Arahnya.Anis Adelia terpaku.

“Awak..janganlah buat saya macam nie,malu..orang tengok kita.”

“Anis masih isteri abang kan..biarlah mereka pandang.Kita tak buat dosa pun.”

“Okey! Saya guna baju sejuk awak nie,tapi tolong lepaskan saya..tak manis macam nie Aniq.Kitakan orang timur..?”

Aniq Ehsan menghormati kehendaknya namun sekarang mereka kembali berhadapan.Pandangan lelaki itu tetap kepadanya.

“Macammana kata tak sejuk..?? Tengok mulut tu pun dah menggeletar..tangan nie? Sejuk!”

Perbuatan Aniq Ehsan makin menyentakkan Anis Adelia.Giliran tangannya berada didalam genggaman Aniq Ehsan.Dia cuba memanaskannya namun isterinya cuba untuk melepaskan diri.Anis Adelia semakin tidak selesa dengan keadaan ini.Bukan ini tujuannya membawa Aniq Ehsan kesini?

“Aniq..tolong...jangan macam nie.Saya tak selesa.”

“Ermm??”

“Aniq Ehsan?”

“Ya sayang?”

Allah! Sebelum semuanya keluar daripada perancangan,lebih baik Anis Adelia segera menyudahkannya.

“Saya ada sesuatu nak beritahu awak..”

“Tentang kita..?”

“Ya..Lebih mustahak daripada itu.”

“Sayang??”

“Saya kena pergi..saya tak boleh nak beritahu awak sekarang,awak tunggu didepan bookstore lagi malam nie.Saya ambik awak sebaik urusan saya selesai.Boleh?”

“Banyak benda lagi abang nak cakap dengan Anis.”

“Kita jumpa malam nie..”

“Anis..abang.”

“Terima kasih untuk sweater nie.Saya mengejar masa.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Anis Adelia bergegas pergi sementara Aniq Ehsan.Tingkah Anis Adelia hanya menambahkan tanda tanya dihatinya?

Apa yang cuba Anis Adelia beritahu kepadanya? Penting sangat ke sampai dia tak boleh beritahu sekarang??

5 comments:

  1. Berbakat, teruskan berkarya.. menarik cerita ni!

    ReplyDelete
  2. kenapa perlu Anis bertangguh ..kenapa membiarkan seorg suami mengikut rentak nya dan membiarkan aniq dalam kegelapan..bagitau sajalah..kan..

    ReplyDelete
  3. Alaaaa.. Tangguh lagi... Hmmmmmm.. Sian baby..

    ReplyDelete
  4. waaa.. ada aje masalah jgn tangguh2 nanti lain pulak jadinya
    sian aniq.. makin x sabar lak yg menunggu ni

    ReplyDelete