Tuesday, 24 September 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 9

Assalamualaikum...

UPDATE BAB 9: NOVEL DI PENGHUJUNG RINDU

zahrahcinta_ceknursalisa

Aniq Ehsan memakukan langkahnya dihadapan bilik kerja isterinya,niatnya tadi hanya ingini melihat dari luar namun nampaknya..Anis Adelia dah lena?

Kata ada kerja? Atau memang letih sangat agaknya? Seperti anak mereka juga?

Perlahan-lahan Aniq Ehsan membawa langkahnya ke dalam bilik kerja isterinya ini.Bimbang jika kehadirannya hanya akan mengejutkan Anis Adelia.

Wajah lembut isterinya sekadar ditatap tidak mahu disentuhnya,sudah begitu lama dia tidak melihat wanita ini terlena dihadapannya dan hari ini..Terubat satu lagi rindunya.

“Abang long?!”

Farah Auni menarik surat khabar yang berada ditangan abang longnya itu,minggu lepas Aniq Ehsan mengetahui tentang rahsia disebalik profil semua lelaki yang dia jumpa didalam keretanya.Hari ini? Tiba-tiba Aniq Ehsan beritahu kepadanya...Dia yang nak kahwin dengan Anis Adelia??

Mahu pitam Farah Auni mendengarnya.

“Auni..Abang long tengah baca surat khabar tu kan?

“Pasal tu! Auni nakkan kepastian.Betul ke...?

“Auni nampak abang long main-main ke?”

“Tapi takkan dengan majikan Auni?” Protes Farah Auni.

“Ada masalah besar ke? Auni tak suka ke dengan kak Anis tu? Ada sesuatu lagi yang abang long perlu tahu?”

“Kak Anis tu baik.Baik sangat-sangat abang long...Auni...”

“Baik? Kalau baik takkan dia buat kerja gila macam tu Auni?”

“Kalau dah rasa kak Anis tu tak baik,buat apa abang long nak kahwin dengan dia?” Farah Auni mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

“Abang long tak kata pun dia perempuan tak baik,”

“Daripada cara abang long cakap tu macam..” Farah Auni curiga.

“Auni rasa kenapa abang long nak jadikan dia isteri abang long?”

“Manalah Auni tau..Yang Auni tau sekarang,macammana abang long nak beritahu ibu abang long nak kahwin dengan kak Anis? Tak ada angin,tak da ribut? Tiba-tiba nak kahwin? Mesti ibu risau nanti.”

“Risau ibulah nie..?”

“Semua Auni risau,risau ibu...risau abang long! Kak Anis...! Abang long tahu kan,kak Anis cuma kahwin untuk mendapatkan zuriat.Dia akan berpisah dengan suami yang dia upah tu kalau dia mengandung atau baby dia lahir.Abang long....?”

Hermm..Itulah yang adik kesayangannya ini bimbangkan? Terus terang sajalah tadi? Yang penuh dengan mukadimah tu kenapa?

“Abang long tanya Auni..talak tu atas tangan suami atau isteri?”

“Suami..”

“Jadi...Auni rasa,abang sedayus itu ke?” Aniq Ehsan mengangkat keningnya.

“Auni peninglah..abang long cakap apa nie? Kan kak Nis dah sediakan perjanjian untuk lelaki yang akan kahwin dengan dia nanti? Kak Nis tu lain abang,kalau hitam katanya..takkan jadi putih dah.Sebolehnya Auni tak nak abang terbabit sama..Biarlah kak Nis berurusan dengan orang lain.”

“Auni tak setuju?”

“Auni tak nak abang long atau kak Anis terluka.”

“Percayakan abang long,abang long cuma nak selamatkan kak Anis.Cuba Auni fikir baik-baik,abang long tak rasa cara kak Nis tu boleh selesaikan masalah dia.”

“Kak Nis tu baik,Auni yakin dia mampu dia dapat lelaki yang baik.Kan janji Allah tu benar.”

“Itulah dianya cik Farah Auni!”

“Apa?”

“Maknanya jodoh abang long dengan kak Nis.Lelaki yang Allah janji untuk kak Nis tu..abanglah,adik abang sayang.”

“Ya Allah! Abang long...Auni tak bergurau okey! Boleh tak serius sikit.Ini soal masa depan abang long,kak Nis..kita semua...”

“Abang long yakin dengan keputusan abang long...”

“Auni tak nak abang long terluka..abang long tu kalau dah sayang orang..hati tu terus sayang kat situlah..Kalau tiba-tiba abang long sayang kak Nis nanti dan dia tiba-tiba menghilangkan diri?? Auni tak suka abang bersedih,tengoklah masa arwah kak Nabila pergi dulu?”

“Auni,jodoh pertemuan..ajal maut semua ditangan Allah.Mungkinlah masa tu abang long terlalu ikutkan hati tapi sekarang nie..Alhamdulillah.Lepas abang long jaga ibu...hati abang long makin tenang.Abang long makin dekat dengan adik-adik abang long terutama sekali sibongsu telinga capang nie.”

“Hee! Janganlah pegang telinga orang.” Farah Auni menolak tangan yang menarik lembut telinganya tadi.

“Semua nak tengok abang kahwin kan? Ada keluarga sendiri kan? Jadi inilah jalan penyelesaiannya.Soal hati dan perasaan tu..kita biarkan ke tepi dulu.Allah dah tetapkan segala-galanya.InsyaAllah dia yang akan jadi isteri abang adalah insan yang akan abang cintai seumur hidup abang.” Farah Auni memandang jauh kedasar mata Aniq Ehsan.Ada keikhlasan terpancar diwajah itu.Abang long memang bersungguh-sungguh ingin menjadikan kak Nis sebagai isterinya?

Ya Allah..Jika inilah keputusannya.Aku akan menyokong dia daripada belakang..Moga kebimbangan ku ini hanyalah sekadar perasaan manusia yang ENGKAU berikan padaku.

Dia pernah kehilangan wanita yang dicintainya.Pedihnya aku tahu,sehingga kini masih dia rasai.Moga,dengan kehadiran wanita asing yang hanya dikenalinya buat seketika ini akan menjadikan kehidupannya kembali bahagia...Lebih daripada yang dia rasai ketika mencintai wanita bernama Nurul Nabila yang telah lama pergi menghadap-Mu itu.

“Tadi banyak sangat adik abang long nie bercakap,mulut murai pun kalah.Nie diam pulak?”

“Serius abang long nak kahwin dengan kak Nis? Muktamad? Dah fikir habis-habis?”

“InsyaAllah,seandai jodoh itu ada antara abang long dan kak Nis.”

“Janji dengan Auni boleh?”

“Belum apa-apa,abang long dah kena janji pulak? Haih? Dengan bakal isteri macam tu,dengan adik sendiri pun...macam tu jugak?” Wajah Farah Auni tetap serius.

“Janji! Bukak pintu hati abang long tu untuk orang lain.Lupakan arwah kak Nabila.Kenangan lama tu hanya manis dan pahit untuk dikenang bukan dibawa dalam kehidupan yang nyata ini.Auni harap..pintu hati abang long nie akan terbukalah untuk kak Nis.Bakal isteri abang long tu nanti.” Farah Auni menolak kasih dada abang longnya itu dengan jari telunjuknya.

“Abang long bukan sahaja melakukan pengorbanan untuk kak Nis,tapi membuka satu lembaran baru dalam kehidupan abang long juga.”

Sekali dia bercakap semula? Tak nak berhenti pula si bongsu nie..

“InsyaAllah.” Hanya satu balasan pendek daripada Aniq Ehsan sebagai jawapan.

“Macammana abang long? Ibu cakap apa?” Farah Auni lantas mendapatkan abang longnya sebaik Aniq Ehsan keluar daripada bilik ibu mereka.Ada juga dia terdengar suara ibu dan abang long berbual,namun sepatah pun tidak jelas dipendengarannya..

“Ibu tak setuju.”

Jawapan Aniq Ehsan seperti yang diduganya,mesti ibu dapat menghidu sesuatu..

“Ibu tak setuju?” Agak kecewa Farah Auni menerima jawapan Aniq Ehsan ini..

“Ibu tak setuju kalau abang tak kahwin..”

Err.. Farah Auni berpaling kearah Aniq Ehsan yang baru melewatinya.

“Abang long..!?!” Senyuman Aniq Ehsan agak luar biasa daripada selalu..? Ke perasaan aku jer tu?

“Ibu setuju? Betul..?”

Dia angkat bahu pula?

“Ibu tak syak apa-apa ke abang long?”

“Daripada cara ibu pandang abang long,abang long rasa ibu ragu-ragu tu.Cuma dia tak luahkan.”

“Ibu tu bukannya apa..dia dah lama sangat nak tengok abang kahwin.Ada keluarga sendiri..Umur abang long ni bukannya muda lagi.Dah nak masuk 33 tahun! ”

Anak dara nie bercakap..Kalah nenek tua.

“Farah Auni..sekarang nie masa untuk ibu makan ubat.Auni nak buat ke...nak abang long yang buat?”

“Tak habis gosip lagi...”

“Gosip apa? Dah..pergi bagi ibu makan ubat,lepas nie abang long nak mandikan ibu,nak wudhukkan ibu..nak siapkan ibu.Dah pukul 2.00 nie.Kejap lagi abang nak pergi tengok lembu kambing kat kandang tu pulak.”

“Petang nie Auni ikut boleh? Dah lama tak lawat keluarga besar abang tu.Kita bawak ibu sekali,hari tu..ibu ada cakap dekat Auni,dah lama tak pergi ladang.Abang buat kerja abang,Auni jaga ibu...”

Aniq Ehsan menatap wajah adiknya...benar juga kata Auni ini.Dah dekat seminggu mereka tidak membawa ibu keluar.

“Tak apalah,nanti abang long terus siapkan ibu.” Farah Auni menuruti kata-kata abang longnya.Giliran dia pula memasuki kamar ibu.Agak teruja Farah Auni melihat air muka ibu,nampak gembira? Mesti disebabkan perkhabaran yang abang long dah sampaikan kepadanya tadi.

Bolehlah sembang dengan ibu pula..

Anis Adelia meletakkan pinggan yang baru dibasuhnya tadi ketempatnya.Selesai sudah!

Malam ini dia dipelawa oleh Farah Auni untuk makan malam dirumah keluarga mereka.

Kali kedua dia menjejakkan kakinya semula kerumah ini namun dengan satu suasana yang baru kerana dia bakal menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Suatu keadaan yang tidak pernah terlintas difikirannya selama ini,tidak juga ketika dia pertama kali datang kesini bersama Marlia dulu.

“Kenapa ya awak tak kahwin sampai sekarang?”

Anis Adelia mengelap pula singki yang basah itu sementara Aniq Ehsan mengemas meja makan yang diguna oleh mereka tadi.

Puan Fatimah sudah dibawa Farah Auni dan Ammar Ehsan kedalam bilik sebaik selesai makan tadi.

“Auni tak pernah cerita apa-apa pada Anis?” Soalnya tanpa memandang kearah wanita yang sedang melihat kepadanya itu.

“Adalah sikit,katanya awak masih teringatkan bekas tunang awak yang dah hampir 6 tahun pergi tu.”

“Bukan teringat,cuma hati nie tak pernah terbuka untuk mana-mana perempuan lagi.”

“Teringatlah tu maknanya.”

“Ibu perlukan perhatian saya.”

“Saya tahu,kalau tidak..masakan awak korbankan kerjaya awak sebagai jurutera di pelantar minyak kan?” Aniq Ehsan melepaskan tawa kecil,

“Auni cerita.”

“Dia banyak berceritakan kepada saya dan Lia tentang pengorbanan awak pada keluarga selepas ibu awak terlantar.Jangan bimbang,semuanya cerita baik-baik..dia kagum sangat dengan awak.Katanya awaklah hero dia selepas arwah abah awak.”

“Itu tanggungjawab saya sebagai seorang anak,lagipun saya anak lelaki ibu dan abah.Adik-adik perempuan saya pula,dua dah berumah tangga..dua-duanya adalah hak suami mereka dan saya tak mahu ganggu kehidupan mereka.Tinggal Auni sahaja lagi yang masih dibawah tanggungjawab saya dan adik kedua saya.”

“Itulah sebab utama awak tak berumah tangga sampai sekarang?”

“Saya risau kalau komitmen saya terhadap ibu pula akan membuatkan isteri atau keluarga mertua saya tak senang.Saya pun cuma kerja sendiri sekarang tapi gaji tu.Alhamdulillah,lebih cukup untuk tampung kehidupan keluarga saya..”

“Mana awak tahu tak ada perempuan yang dapat terima ibu awak? Awak pun sama juga,prejudis macam saya kan?”

“Saya cuma tak nak ada yang bercakap dikemudian hari.Senang kata...saya tak jumpa lagi perempuan yang betul-betul sesuai untuk dijadikan isteri.”

“Saya?”

“Anggap saya membantu Anis dan sebaliknya.Ibu pun memang nak tengok saya mendirikan rumah tangga,ada keluarga sendiri.Mungkin ini hikmahnya..”

Ermm??

Aniq Ehsan menatap surat perjanjian yang telah diberikan Anis Adelia kepadanya sebelum dia balik tadi,masuk ini sudah 5 kali dia membaca isi kandungan perjanjian yang akan berakhir dengan sendirinya sebaik apa yang wanita itu mahukan daripadanya,ditunaikan.

Dia masih tertanya-tanya akan tujuan Anis Adelia melakukan perkara seperti ini didalam hidupnya.Wanita itu terlalu berani!

Mungkin ada benarnya juga tekaannya yang satu itu??

“Abang long??”

“Ya.”

“Aku masuk boleh?”

“Masuklah Amar.”

“Nah! Auni buat milo tadi,aku cuma tolong bawakan untuk kau.” Ujar Ammar Ehsan sambil tersengih.

“Terima kasih.Duduklah.”

“Jauh kau mengelamun? Nak kata rindu kat buah hati? Tadi dah makan malam bersama?” Usik Ammar Ehsan,namun begitu wajah abang longnya tetap serius.

“Saja abang long ambik angin malam.”

“Surat apa yang kau tengah baca tu?”

“Surat lama.Tak ada yang penting pun.”

Ini rahsianya,Anis Adelia,Farah Auni dan Marlia,itulah yang Anis Adelia mahukan.Dia tidak mahu rahsia ini sampai kepada pengetahuan sesiapa lagi,jadi..ini amanah Anis Adelia juga buatnya.

Maafkan abang long Ammar.

“Tinggal tak sampai dua bulan lagi,kau bakal jadi suami orang.Aku macam tak percaya kau akan akan kahwin abang long.”

“Kau tu pun,cepat kahwin.Nak tunggu apa lagi?”

“Aku? Tunggu dululah abang long..Malaslah nak fikir pasal kahwin nie lagi.Lepas nie kau tu..fokus saja pada rumah tangga kau.Biar aku dan Auni pula yang jaga ibu...Aku pun dah tak kerja luar sangat sekarang,sekarang nie masa aku lebih dekat firma sahaja.”

“Abang long dah bincang dengan bakal kak long kau..dia setuju nak tinggal kat sini.Kau tu..esok-esok,kalau nak balik jangan main muncul jer.Beritahu dulu...sekarang nie bolehlah lagi,takda orang lain kat rumah nie lagi.Esok..kak long dah masuk rumah nie,abang long tak naklah dia rasa tak selesa.”

Keprihatinan Aniq Ehsan menerbitkan senyuman dibibir Ammar Ehsan.Ya! Dia tahu tu..

“Aku tahu.InsyaAllah,takkan terjadi benda-benda macam tu.Kau jangan risau.Terima kasih jugaklah ingatkan aku nie.”

Lamunan Aniq Ehsan terhenti saat mendengarkan tangisan putera mereka.Berlari anak dia kembali kebilik isteri dan anaknya.Bimbang tangisan Ariq Ehsan akan mengejutkan isteri yang sedang terlena.

Mungkin terkejut melihat kehadirannya,makin kuat pula tangisan puteranya.

Apa abah nak buat nie sayang? Baru kelam kabut Aniq Ehsan dibuatnya,habis satu bilik dia berkawad bersama anaknya yang sedang menangis.Namun tangisan Ariq Ehsan masih tidak berhenti,makin kuat pula?

“Ariq..abah ada kat sini? Syhh sayang...Tidur..Lailahaillallah..”

“Aniq..??”

Anis Adelia turut masuk kebiliknya selepas 5 minit kemudian.Tangisan Ariq Ehsan telah mengejutkannya.Melihat Aniq Ehsan berusaha memujuk anak mereka,dia terpaksa menghampiri.Ariq Ehsan takkan berhenti menangis walau cara apa pun yang digunakan oleh abah untuk memujuknya kerana ketika ini dia hanya mahu menyusu.Jadi,ummi sahajalah yang diperlukannya.

“Menangis..” Beritahu Aniq Ehsan.Wajahnya nampak kalut..

Baru pertama kali melihat anak menangis sampai macam tu sekali didepan matanya,mahunya tak kalut.

“Bagi saya..” Pinta Anis Adelia.

Aniq Ehsan menghulurkan anak mereka yang sudah teresak kepada umminya,masih menangis.

Pun begitu isterinya sudah membawa langkahnya keluar semula,bersama anak mereka.

“Pergi mana?” Pantas Aniq Ehsan menegur.

“Saya nak menyusukan anak,awak tidurlah..Dia lapar jer nie,janganlah risau.Dah dapat apa yang dia nak,tidurlah balik.”

“Tak apa..susukan anak kat sini,abang keluar.” Ujar Aniq Ehsan memahami.

“Anis mengantuk tu,pergilah naik atas katil.Abang tidur luar saja.”

Melihat Aniq Ehsan juga ingin melangkah keluar,baru Anis Adelia kembali kekatilnya.

Sebelum Aniq Ehsan menutup pintu sempat Anis Adelia berpesan.

“Awak guna bilik sebelah,tapi kena bentang comforter dan ambil selimut sendirilah,tak ada katil.Semua ada dalam almari.”

Dia sekadar tersenyum sebelum menutup rapat pintu bilik yang terbuka luas tadi.

Anis Adelia naik kekatilnya dengan hati yang lapang,wajah putera kesayangannya ditatap.Mata pejam,mulut kecilnya sahaja yang mengeluarkan tangisan.

Beginilah Ariq Ehsan jika dia terjaga dimalam hari kerana lapar.

“Ya sayang..ummi ada kat sini.Ariq lapar?”

Bibirnya singgah mata kecil yang tertutup rapat itu.

“Tidur balik ya..ummi ada dengan Ariq.” Bisikannya bagaikan angin lalu,Anis Adelia yang masih mengantuk kembali disapa lenanya sebaik Ariq Ehsan menyusu.Tangannya menepuk kasih tubuh puteranya yang sedang menyusu.Sudahnya dengan ummi sekali terlena semula.

No comments:

Post a Comment