Tuesday, 1 October 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 12

Assalamualaikum....

UPDATE BAB 12:

Image



     

  “Baru balik Nis?”

Anis Adelia langsung tidak perasan yang Suhana juga sedang berada diluar rumah ketika ini,hanya bila dirinya disapa.Barulah Anis Adelia ternampak akan sesusuk tubuh yang sedang mengeluarkan sesuatu daripada kenderaannya.

“Ermm...ya kak.Kak Su daripada mana?” Anis Adelia melemparkan pandangannya kearah Suhana,banyak barang ditangannya.Baru balik daripada supermarket rasanya.

“Pergi beli barang dapur sikit.”

“Anak-anak mana?”

“Ada kat dalam,abang Mie ada.Ariq macammana duduk dengan abah dia?” Soal Suhana.

“Entahlah kak Su,baik saja rasanya.Aniq pun kata anak okey jer dengan dia.Inilah baru nak tengok dua beranak tu kak.”

Jawapan Anis Adelia menerbitkan senyuman dibibir Suhana.

“Itulah.Tak ada pun kak Su dengar dia menangis ke..apa,duk dengar suara Aniqlah bersembang dengan anak,seronoklah tu..dia duduk dengan abah.”

Anis Adelia tersenyum,harapnya begitulah...Dia sendiri tidak sabar untuk melihat anak kesayangannya itu selepas seharian ditinggalkan bersama Aniq Ehsan.

“Oh ya kak Su,ini ada sup tulang.”

“Rezeki lagi? Alhamdulillah...”

“Alhamdulillah,benda ada kak..”

“Terima kasih Nis..”

“Anis masuk dululah kak Su,nak tengok dua beranak tu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Suhana mengangguk senang sambil memerhatikan Anis Adelia masuk kedalam rumahnya sebelum dia meneruskan kembali urusannya.

 

“Assalamualaikum..”

Anis Adelia tersenyum melihat wajah kedua-dua insan yang dikasihinya itu.Sedapnya dua beranak nie bersantai.Riuh mulut anak teruna mereka itu,entah apa yang dibualkan dengan abahnya.

“Waalaikumussalam...”

Anis Adelia merapati suaminya,tangan kasar itu disalami.Boleh pulak menjadi rutinnya meskipun baru sehari Aniq Ehsan berada dengan mereka.

“Anak ummi buat apa nie?? Allah! Rindunya ummi kat anak ummi ni,” Bibir Anis Adelia singgah diubun-ubun putera kesayangannya itu.Lama.

Memang rindu betul ummi dengannya hari nie,masa tinggalkan Ariq Ehsan dengan Suhana pun perasaannya tidak sebegini.

“Ariq pun rindu ummi.” Beritahu Aniq Ehsan kepada isterinya,mewakili pihak anaknya.

Anis Adelia melabuhkan punggungnya disisi mereka,tangannya dihulur supaya Ariq Ehsan menyambutnya,namun??

Eh? Dengan ummi pun tak nak dapat??

Dia pula yang terkejut melihat reaksi anak kesayangannya.

La..?

“Sejak bila dengan ummi pun nak jual mahal nie? Baru sehari duduk dengan abah,dah lupa ummi ...?” Anis Adelia mengusik hidung kecil itu,nak tergelak pun ada.Biar betul nie?

Tingkah Ariq Ehsan makin mencuit hati Anis Adelia..

Hai...? Manjanya,peluk leher abah pulak?

Tidak percaya pun ada,selalunya dengan ummi jer buat macam tu tapi hari nie....?

“Tak rindu ummi ke..?” Soalnya..

“Ummi tak kira..ummi nak Ariq ummi juga.” Tubuh sikecilnya tetap diraih,sekelip mata Ariq Ehsan berada didalam dukungannya.

Senyum pulak?

Hilang letih ummi,hilang rindu ummi.Subhanallah.

“Hai...anak ummi nie,” Saja nak buat ummi cemburulah nie? Amboi dia....

Hidung Ariq Ehsan dikucupnya,terkekek-kekek dia.Apa yang disukakan,tak tahulah.

Seketika melepaskan rindu kepada Ariq Ehsan,barulah Anis Adelia mengalihkan seketika perhatiannya kepada Aniq Ehsan yang sedari tadi menjadi pemerhati setia tingkah isteri dan anaknya ini.Bibir yang sentiasa murah dengan senyuman..ha.

“Letih ke? Rumah siap berkemas..? Jaga anak lagi?” Anis Adelia memandang kewajah suaminya.Ariq Ehsan sedang bermain didalam pelukannya.

Sesekali matanya dialihkan kewajah abah dan umminya.

Kesunyian pasangan suami isteri ini tadi hanya diisi dengan suara sikecil mereka yang bising dengan permainannya.Dua-dua ralit melihat telatah anak..

“Abang dah biasa buat kerja-kerja nie kan?”

Ya! Anis Adelia tahu itu..

“Anak tidur tak hari nie?”

“Tidur,dengan abang tadi.Cuma tak lama.”

“Banyak mainkan?” Ujar Anis Adelia yang sudah memahami keletah anak mereka ini.

Aniq Ehsan ketawa sambil memandang wajah anaknya.Betapa bahagianya dia ketika ini?!

“Awak dah makan?”

“Abang makan nasi dengan kimchi tadi,ada dalam peti sejuk tu..sedap betul rasanya.Anis buat?”

“Owh! Yang tu..ada kakak daripada Korea yang beri.Keluarga muslim Korea,satu-satunya daripada Korea disini.”

“Muslim?”

“Ermm..Dah lama mereka bermastautin disini.Suami dia buat bisnes atas talian,dia duduk area sini jugak.Selang 5 buah rumah daripada sini.Saya ada bawak balik sup tulang daripada restoran tadi,awak nak makan.Saya boleh panaskan.”

“Anis dah makan?”

“Sebelum balik tadi,dengan kawan-kawan di bookstore.”

“Abang kenyang lagi sayang,simpan dalam peti sejuk.Esok boleh abang panaskan.”

“Sayang..”

“Ya..?”

“Hari-hari macam nie ke? Keluar awal pagi balik dah lepas maghrib?”

“Kenapa tanya macam tu?”

“Tak letih? Kerja..anak lagi?” Ujarnya sambil mengusap kepala anaknya.Ariq Ehsan mahu ke dukungan abahnya,tetapi Aniq Ehsan sekadar membiarkannya didalam pelukan isterinya.Tidak mahu diambil kerana dia tahu,seharian tidak menatap wajah anak mereka ini pastinya Anis Adelia kerinduan.

“Letih? Takda istilah letih Niq dalam hidup saya,tambahan lagi saya tenang kat sini.Kawan-kawan ada,Ariq lagi.” Itu jawapan yang diberikan Anis Adelia kepada suaminya.

“Walaupun tanpa abang?” Dia pula menduga..

Anis Adelia tidak menjawab lagi.

“Kenapa awak cari saya?”

“Sebab Anis isteri abang.” Jawapannya..

“Awak jangan risau,kerja saya dalam seminggu hanya 4 hari.3 hari lagi saya memang dengan Ariq.Sepenuh masa,tiada restoran..tiada bookstore.”

“Bukan itu maksud abang,Anis ada masa untuk diri Anis?”

Itukah maksudnya?

“Setiap hari,sentiasa ada..”

“Esok abang nak balik hotel.” Agak terkejut Anis Adelia mendengar perkhabaran itu,pandangannya dikembalikan kepada Aniq Ehsan.Kenapa perasaannya tiba-tiba berubah resah?

“Awak nak balik Malaysia dah?” Soalnya bimbang..Bimbang??

“Abang nak checkout.Lepas tu abang akan terus datang kesini.Tinggal dengan Anis dan Ariq.”

Err...gugup pula dibuatnya mendengar jawapan itu.

Bahagia dan lapang!

Pulak? Apa kena dengan perasaannya nie?

Sebolehnya nak dia pergi,tapi..sedih pulak bila dia cakap nak balik hotel tadi? Hish...

“Tak perlulah sampai macam tu..Awak nie,risau tak bertempat.” Lain pula jawapan yang meniti bibir.

Tiba-tiba tangannya disentuh,Aniq Ehsan sedang mengenggamnya.

“Dengar sini sayang..walauapapun yang bakal terjadi.Abang takkan pernah lepaskan Anis.Abang mintak maaf kalau Anis rasa tindakan abang nie melampau.Tapi itu janji abang pada diri abang sebaik abang bertemu dengan Anis semula.Kita dah ada Ariq.Anak perlukan kita...”

Hmm..

“Awak rehatlah dulu..saya nak pergi mandikan anak,nak menyusukan.”

“Dah mandi dengan abang tadi..”

Anis Adelia mengangguk.

“Tak apalah,saya nak bersihkan diri.Terima kasih tolong saya jaga anak.Pertama kali saya pergi kerja,dia tak menangis..pertama kali hantar pemergian saya dengan senyuman.Seronok betul rasanya saya pergi restoran hari nie..” Anis Adelia sempat meluahkan perasaannya ketika meninggalkan Ariq Ehsan pagi tadi.

Suaminya sekadar tersenyum,

“Dah maghrib?” Soalan seterusnya daripada Aniq Ehsan disambut dengan anggukan.

“Dah,”

“Berjemaah dengan abang isyak nanti?”

Semestinya!

Anis Adelia sekadar tersenyum kemudian dia terus berlalu.Membawa Ariq Ehsan didalam dukungannya yang hanya memandang kepada abahnya apabila dibawa pergi.

Anis menoleh kearah pintu biliknya yang baru diketuk itu.Ariq Ehsan baru terlena selepas leka bermain dengannya tadi. “Boleh abang masuk?”

“Masuklah..pintu tak kunci.”

Pelawa Anis Adelia.Selepas isyak tadi,lelaki ini terus keluar.Anis Adelia cuma perasan Aniq Ehsan turut membawa telefon bimbitnya keluar.Mungkin mahu menelefon seseorang.

“Dah tidur?” Soal Aniq Ehsan perlahan ketika melihat anaknya sudah tidak bergerak diatas katil.Isteri dan anaknya dirapati sebaik pintu bilik yang dibukanya tadi,ditutup kembali.

Anis Adelia mengangguk..lelaki itu sudah melabuhkan punggungnya disebelah Ariq Ehsan.Dia mengucup ubun-ubun anaknya.Entah bagaimana pandangan mereka tiba-tiba bersatu,laju Anis Adelia menjatuhkannya semula kewajah putera mereka.Menutupnya dengan menjatuhkan bibirnya didahi Ariq Ehsan.

“Ada apa-apa awak nak cerita pada saya? Pengalaman jadi babysitter sepanjang hari nie?”

Pipi labuh Ariq Ehsan pula menjadi persinggahan bibir Anis Adelia.Jawapan daripada suaminya dinantikan..

“Hanya Allah yang tahu perasaan tu sayang.”

“Terima kasih beri abang seorang anak yang bijak dan cerdik..Abang masih rasa semuanya mimpi.Dapat dukung anak sendiri,mandikan anak sendiri,bersembang dengan anak sendiri..” Luahnya teruja.

“Saya nampak Ariq pun gembira dengan awak,kalaulah awak tahu betapa ‘cerewet’nya anak teruna awak nie...” Ujar Anis Adelia sambil mengenangkan kenangan indahnya sejak bergelar ibu ini.

“Ummi Ariq?” Giliran Aniq Ehsan pula ingin mendapatkan reaksi isterinya.

“Ummi Ariq macam nielah,awak..” Bukan itu yang ingin didengari Aniq Ehsan,pun begitu..tak mengapalah..

Tubuh Ariq Ehsan lantas diangkat,tiba-tiba.Terpinga-pinga Anis Adelia seketika.

“Eh..Nak bawak anak kemana?” Lengan lelaki itu disentuhnya sebelum sempat kaki Aniq Ehsan membawanya tubuhnya bangun.

“Letak atas katil dia.”

Letak atas katil? Eh..!

“Tak payahlah..awak dah tengokkan semalam?” Anis Adelia mengingatkan sebolehnya juga dia tidak mahu Ariq Ehsan berada jauh daripadanya.

“Itu semalam,nie..hari nie.”

“Biarlah anak tidur kat sini,saya pun tak selesa kalau Ariq jauh daripada saya.”

“Abang dah cakap kan..?” Dia segera mengingatkan,

Anis Adelia masih memegang lengan sasa itu,berharap sangat agar Aniq Ehsan meletakkan anaknya kembali keatas tilam.

“Abah dia dah ada kat sini,jadi..abahlah yang akan tidur dengan ummi.” Sambung Aniq Ehsan lagi.

“Janganlah bergurau Niq.”

“Abang tak bergurau.Mulai malam nie,Anis yang akan tidur dengan abang..”

“Aniq..anak kecik lagi.Daripada sebelum lahir,sampai dah lahir..dia dengan saya saja.”

“Kita kena ajar dia,esok-esok..dia dah besar,kena tidur sendiri jugak.Kalau dah ada adik nanti..?” Sengaja Aniq Ehsan melirikkan pandangannya kewajah isterinya,tak keruan Anis Adelia mendengar kata-katanya tadi.

Tersenyum Aniq Ehsan didalam hatinya.

Adik?? Anis Adelia telan air liur.

“Kalau dia menangis lagi?” Anis Adelia cuba menutup kekalutan dihatinya sedangkan Aniq Ehsan daripada awal lagi sudah menyedarinya.

“Abang yang akan tengok dia,Anis tidur saja.” Ada sahaja jawapan yang diberikan Aniq Ehsan kepadanya.Anis Adelia juga turut tidak berputus asa.

“Anak tak menyusu lagi lepas isyak tadi.Biarlah dia tidur kat sini dulu,lepas dia jaga,saya bagi dia susu..baru letak dalam tu.” Bermacam-macam alasan pula diberikan Adelia.Mana mungkin dia akan tidur berdua sahaja dengan Aniq Ehsan diatas katil ini?

“Nie..! Ummi ke..anak yang tak boleh tidur?”  Sindiran suaminya dipandang serius.

“Dua-dua..”

Jawapan isterinya hanya membuatkan Aniq Ehsan ketawa.

Yalah tu..

Sambil meletakkan anak mereka ditempat tidurnya,Aniq Ehsan bersuara kembali.

“Abang letih..anak dah tidur.Isteri abang pun dah mengantuk kan? So..kita sama-sama nak tidurkan sayang?”

Sayu sahaja hati Anis Adelia melihatkan anaknya yang selama ini sentiasa dekat disisinya,tidur disampingnya tiba-tiba dipisahkan?

Tidak sampai  seminit? Ariq Ehsan sudah bertukar tempat tidur??

“Awak betul nak tidur kat sini?”Anis Adelia menginginkan kepastian.

“Dah isteri abang tidur kat sini?” Jawapan dia?

Malas sahaja Anis Adelia ingin melayaninya.

Akhirnya dia juga mengambil keputusan,sepasang kaki yang telah mendapat isyarat daripada akalnya lantas membawanya turun daripada katil.

“Nak kemana?” Aniq Ehsan segera menyoal.

“Saya tidur bilik sebelahlah..”

“Kenapa nak pergi bilik sebelah?”

“Awak tidur sahaja kat sini,” Terangkat kening Aniq Ehsan mendengar jawapan isterinya.

“Naik balik.” Tak sempat Anis Adelia melangkah lebih jauh.

Arahan suaminya dipandang kosong,Anis Adelia tetap melangkah.

“Abang suruh naikkan?” Dia menegur semula.Semacam sahaja bunyinya?

“Awak tidurlah kat sini,saya boleh tidur bilik sebelah.” Terang Anis Adelia.

“Kalau abang cakap abang tak izinkan?”

Pulak?

“Tadi kata mengantukkan? Baik awak tidur sekarang.Anak menangis nanti,awak cari saja saya kat sebelah..”

“Anis Adelia..” Tidak sempat Anis Adelia menyudahkan kata-katanya nama penuhnya diseru.

“Ya saya Encik Aniq Ehsan?” Seiring nada suara suaminya tadi,Anis Adelia membalas.

“Abang mengantuk nie..” Itu jer..?

“Sebab tu saya suruh awak tidur.” Balas Anis Adelia lembut,sengaja dia buat bergurau arahan suaminya.

Aniq Ehsan menghela nafasnya tenang.

“Abang rasa,lebih baik sayang naik.Ikut saja arahan abang sebab kalau abang yang turun sekali kejap lagi....?! Lain ceritanya.” Ujar Aniq Ehsan penuh makna,langsung tidak memandang kewajah isterinya sebaliknya terus merebahkan kepalanya diatas bantal.Lengannya sudah diletakkan keatas dahinya.

Anis Adelia memandang kearah lelaki itu,main ugut-ugut pulak?

Siapa tuan rumah sekarang?

Malas ambil endah,Anis Adelia melangkah kembali.

Kata-kata suaminya tadi hanya dianggap sebagai gurauan sehinggalah suara itu kembali menyapa pendengarannya.

“Satu...!” Terhenti lagi langkah Anis Adelia,

Apa lagi yang dia nak nie?

Ketika dia berpaling semula kepada Aniq Ehsan.

Dilihatnya lelaki itu sudah mengangkat tangan kirinya dengan menaikkan jari telunjuknya,memberi petunjuk yang dia sedang mengira.

Wajah itu sedang membeku menatap kearah syiling.

“Dua...” Dia benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakannya tadi.

“Aniq? Saya..” Anis Adelia mula tidak puas hati.Baru dua hari lelaki ini datang..? Suka hati dia saja nak ubah semua rutin aku dan anak? Sekarang nie..?

“Tiga...” Aniq Ehsan tetap meneruskan kiraannya.

“Awak tak boleh macam nie,kita..”

“Em...pat!” Potongnya pula.

“Sa...”

“Li...ma!”

“Saya keluar dulu!” Anis Adelia tekad,malas ambil pusing lagi walaupun...

“E...nam!” Makin kuat pula suara itu ditekan?

“Tu...juh!” Aniq Ehsan masih mengharapkan isterinya membatalkan niatnya itu atau,dia akan kotakan janjinya tadi.

“.....?” Anis Adelia terpaksa berpaling kebelakang lagi,lelaki itu masih mengira meskipun dia sudah memberikan kata putusnya?

Geram pulak rasanya!

“La....pan!”

Tiada lagi suara Anis Adelia yang kedengaran untuk membantah cadangan suaminya,dia sendiri sedang buntu sebenarnya..ingin pergi,namun ugutan Aniq Ehsan sebentar membuatkan berfikir 10 kali untuk melangkah keluar.Nak naik balik? Macammana nak tidur kalau dia dah ada kat sebelah? Setahun lebih hanya dengan Ariq sahaja.Daripada dalam rahim sehinggalah lelaki ini muncul dalam hidup mereka.

“Sem...bi..lan.” Argh..!

“Se...”

“Sudah-sudahlah mengira tu! Saya dah naikkan??” Anis Adelia merengus geram selepas kembali seperti yang diarahkan.

Aniq Ehsan yang langsung tidak menyedari kehadiran isterinya semula diatas katil ini,lantas mengangkat sebelah lagi tanggannya yang diletakkan diatas dahinya dan sedikit menutup pandangannya tadi.

Benar seperti kata isterinya,

Bibirnya sudah tersenyum lihat saat melihatkan tubuh isterinya yang sudah berada diatas katil semula,biarpun..tubuh itu sedang membelakanginya.

Tahu takut?!

Ingatkan berani sangat tadi?

Anis Adelia sudah menarik bantalnya kehujung katil.Tubuhnya juga..silap hari bulan..dia yang tergolek ke bawah!

Boleh pulak kakinya kembali kekatil ini meskipun dia dah bertekad nak keluar tadi?

Baru matanya ingin dipejamkan,terasa tangan itu merayap dibahunya.Mulalah nak melenting rasanya.

“Aniq..nak apa lagi? Saya dah naikkan? Boleh tak jangan ganggu saya? Awak tutup lampu tu..lebih baik kita tidur dulu sebelum anak menangis.” Sedaya upaya Anis Adelia mengawal bahasanya.

“Jatuh nanti,kesini sikit.Abang tak kacau Anis,tapi baring ketengah sikit.” Ujarnya perlahan.

“Yalah..awak tu! Jangan dekat-dekat.”

“Abang tak dekat,kan dah janji tadi?” Nak bergurau lagi tu?

“Habis! Pegang bahu saya nie buat apa?” Anis Adelia membidas.

“Risaulah isteri abang jatuh.Kesini sikit,”

Terdengar keluhan dibibir Anis Adelia,perlahan.

Hee!

Anis Adelia tersedar tiba-tiba,entah apa yang mengejutkannya dia seawal ini.

Pandangannya dilemparkan kesebelahnya.Aniq Ehsan tiada,lantas tangannya mencapai suis lampu meja disebelah kanannya.

Anis Adelia agak terkejut melihatkan Ariq Ehsan juga tiada didalam baby courtnya.

Ya Allah!

Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba.Perasaannya juga sudah tak tentu hala.

Bermacam andaian buruk terus menerjah kemindanya,menambahkan lagi kerisauan yang melanda hatinya sebaik sahaja melihatkan kedua-duanya sudah tiada bersamanya didalam bilik ini.

Allah!!

Wajahnya diraup perlahan,cuba bertenang meskipun perasaannya sudah bercampur aduk.

“Ariq Ehsan..”

“Aniq..?”

Ya Allah! Anak aku...???

Anis Adelia tidak menunggu lama lagi,dia turun daripada katilnya sebelum bergegas keluar daripada bilik.Ketakutan dan kebimbangannya membuatkan air matanya terus jatuh mencurah-curah.

Dalam fikirannya ketika ini,hanya satu jawapan kepada kehilangan mereka berdua! Aniq Ehsan sudah membawa anak mereka pergi..

Keadaan diruang tamu juga kosong,tiada kelibat Aniq Ehsan mahupun Ariq Ehsan.

Ya Allah! Aniq?? Awak dah bawak Ariq pergi ke Niq? Sampai hati awak...

Kak Su!

Dan...dalam kekalutannya,sepotong nama itu segera membuatkan tangannya mencapai telefon bimbitnya.

“Anis...?” Baru jarinya ingin menekan butang memanggil,seraut wajah itu menyapa pandangannya.

Hampir terlepas pegangan telefonnya.

Ya Allah!

Aniq Ehsan baru keluar daripada dapur,bersama anak mereka.Ariq Ehsan sedang menghisap susu botolnya.

“Aniq?”

Kaku Anis Adelia seketika,mujur dia tidak sempat menekan nombor telefon Suhana lagi.

“Anis..kenapa?” Segera Anis Adelia menyembunyikan telefon bimbit yang berada ditangannya tadi.

Aniq Ehsan agak terkejut melihat wajah isterinya yang basah dengan air mata.

“Menangis?”

“Tak..tak! Mata saya masuk habuk.Awak buat apa didapur? Dengan anak?”

“Anak menangis,abang pergi suamkan susu dalam peti sejuk.”

Menangis?

Panaskan susu?

Ariq Ehsan memang sedang menyusu botolnya didalam dukungan Aniq Ehsan ketika ini,tapi...?

“Kenapa tak kejutkan saya...?” Soal Anis Adelia apabila pandangannya kembali kepada Aniq Ehsan,sedikit kesal bertandang kehatinya kerana telah tersalah sangka dengan lelaki ini tadi.Pelik juga apabila dia langsung tidak sedar?

“Tak sampai hati abang nak kejutkan.” Fahamlah dia.

Anis Adelia menatap kembali wajah anak mereka yang sedang terlena sambil menyusu didalam kendongan abahnya.Ikutkan hati ingin sahaja dia meraih tubuh kecil itu didalam pelukannya namun melihatkan Ariq Ehsan sedang terlena sambil menyusu,tidak sampai pula hatinya.

Tersentuh lagi hatinya mendengar kata-kata suaminya ini.

“Anis ingat abang bawak anak lari?” Tiba-tiba soalan itu diajukan kepadanya,Aniq Ehsan sudah dapat menangkapnya.

“Saya..” Anis Adelia kehilangan kata,tidak tahu ingin mengatakan apa lagi kerana itulah kebenarannya.

Anis Adelia perasan akan perubahan diwajah Aniq Ehsan ketika ini,mungkin tidak percaya yang dia boleh berfikir sejauh itu..

“Anak dah lena balik,jom masuk tidur.”

Marah ke? Tanpa balasan,Anis Adelia sekadar mengekori Aniq Ehsan daripada belakang.

“Terima kasih Aniq..tapi lain kali..kejutlah saya,saya betul-betul risau.” Anis Adelia teragak-agak untuk bersuara semula,itupun selepas mereka menapak masuk kedalam bilik.

Hanya kerana tindakan Aniq Ehsan tidak lagi bercakap dengannya tadi membuatkan dia terpaksa juga bersuara.

“Awak tak nak cakap dengan saya ke Niq?” Dia tetap diam.

Diperhatikannya segala tindak tanduk lelaki itu sehingga Aniq Ehsan sudah meletakkan anak mereka kembali diatas katilnya.

Wajahnya juga tidak dipandang lagi? Dia berlalu begitu sahaja?

Terasa ke dia dengan tindakan aku tadi?

“Aniq?” Terpaksa lagi Anis Adelia bersuara,merapati lelaki itu yang masih berada disisi Ariq Ehsan.

“Saya mintak maaf,awak.Bukan saya tak percayakan awak..saya cuma..”

“Abang nak tidur kejap,sebelum subuh kejutkan abang.” Sekadar itu balasan daripadanya dan dia kembali kekatil sebaik menghadiahkan anaknya sebuah kucupan.

Anis Adelia tidak tahu ingin mengatakan apa lagi apabila Aniq Ehsan sudah berbaring diatas katilnya kembali.

Mungkinkah lebih baik dia membiarkan lelaki itu seketika? Rasanya keadaan akan baik semula apabila dia bangun untuk subuh nanti.

Giliran Anis Adelia pula bergerak kekatil anak mereka,Ariq Ehsan sudah dibuai mimpinya semula.

“Anis..” Saat namanya meniti bibir lelaki itu semula,Anis Adelia tidak menunggu lama untuk kembali berpaling.

“Ya..?”

Suasana sunyi seketika tanpa sebarang balasan daripada lelaki itu,Anis Adelia setia menanti kerana dia tahu ada sesuatu yang lelaki itu ingin perkatakan kepadanya.

“Abang takkan pisahkan seorang anak daripada ibu dia,inikan pula ibu itu adalah perempuan yang paling abang cintai dan anak itu adalah nyawa abang dan dia.Abang dah cakapkan..? Anis boleh percayakan abang...? Daripada dulu..sampai sekarang.”

Tertunduk wajah Anis Adelia,menatap kewajah anak yang sedang terlena dengan perasaan bersalah.

Apa ummi dah buat nie sayang? Ummi masih prejudis dengan abah meskipun ummi tahu,abah memang seorang suami dan abah yang baik untuk ummi dan Ariq.

Hatinya berbisik sayu.

Botol susu sikecilnya yang sudah dialihkan Aniq Ehsan daripada mulut anak mereka sebaik sahaja susunya habis tadi diambil oleh Anis Adelia.

Tiada lagi keinginan dihatinya untuk menyambung tidurnya semula.

Sebelum keluar,Anis Adelia sempat melemparkan pandangannya kearah katil.Tidak dapat dipastikannya samaada Aniq Ehsan sudah terlena ataupun belum.

Apalah yang kau buat nie Nis?

Anis Adelia menegur dirinya sendiri.

Berdosanya dia kerana membuatkan lelaki itu terasa lagi dengan tindakannya tadi,bukan niatnya ingin mengguris hati itu cuma...inilah perasaan wanita yang dimilikinya.

Nak buat macammana kan? Benda dah jadi pun..

Sebelum keluar,Anis Adelia mensasarkan langkahnya kearah katilnya terlebih dahulu.

“Aniq..”

Bahu itu disentuhnya,Anis Adelia yakin.Lelaki ini belum terlena semula.

“Saya mintak maaf,kalau awak boleh faham perasaan saya.Mesti awak tahu kenapa saya jadi macam tu tadi kan? Apa pun,terima kasih bantu saya tengokkan anak.”

Melihatkan tiada balasan daripada suaminya Anis Adelia ingin kembali melangkah untuk keluar,longlai sahaja..

Pun begitu..lengannya telah disambar lembut sebelum sempat dia menapak.Tubuh Aniq Ehsan sahaja yang masih membelakanginya,lelaki itu tidak mahu berpaling kepadanya.

“Abang tak marah tapi abang nak mintak satu saja..”

“Apa Aniq?” Anis Adelia tidak menunggu lama untuk memberikan persetujuannya.

“Buang prasangka Anis pada abang tu jauh-jauh..Boleh?”

Permintaan Aniq Ehsan ini hanya menyentuh perasaan Anis Adelia.

Lelaki ini takkan pernah mengalah.

“Saya cuba walaupun...”

“...saya tak yakin saya dapat lakukan.”

“Saya keluar dulu ya..?”

“Tak nak tidur?”

“Susah nak tidur balik kalau dah jaga sekali kecuali kalau saya betul-betul letih..Sebelum subuh nanti saya kejutkan awak.Ada dua jam lagi..awak rehatlah.”

“Dah setahun lebih abang tidur sendiri,terima kasih sudi temankan abang tidur tadi walaupun dalam keadaan macam tu.Lepas nie,bolehlah rapat..rapat lagi kan?”

Barulah bibir Anis Adelia mampu tersenyum semula.

Boleh bergurau balik nie,dah okey dahlah tu?

“Awak tidurlah..Saya keluar dulu.” Ulangnya buat terakhir kali.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

#######

7 comments:

  1. ya Allah. bestnya. sambung lagi.

    ReplyDelete
  2. Hmm.. Anis, please open ur heart back. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Best nak lagi. Setiap hari singgah blog. =)

    ReplyDelete
  4. Hati perempuan ni kalau terluka, mmg makan dalam... Sukar nak sembuh.. Aniq kena usaha dgn gigih..usaha tangga kejayaan...hehe

    ReplyDelete
  5. Dear best sangat nak lagi. Next please. Hihi

    ReplyDelete