Update: BAB 8

Lama Aniq Ehsan membiarkan isterinya menangis didalam dakapannya.Saat wanita itu kembali tenang..barulah dia bersuara semula.Lebih tenang daripada tadi,lebih tenang daripada sebelum itu.
“Anis tahu tak..? Anis banyak buat silap pada abang? Anis tinggalkan abang...? Anis datang kesini tanpa pengetahuan abang....? Anis buat abang bimbang sampai setahun lamanya...? Mencari Anis seperti orang gila disana..? Alih-alih abang dapat tahu Anis sebenarnya berada lebih jauh daripada yang abang sangka? Hari nie pulak...? Abang baru saja dapat tahu,daripada mulut Anis sendiri.Abang dah ada anak...? Ariq Ehsan anak abang....??? Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran abang selama nie...?? Tiba-tiba..anak yang abang tak tahu kewujudannya ada didepan mata abang? Ada dalam dukungan abang....??” Dia mampu mengherdik jika itu yang dia mampu,dia mampu mengasari tubuh ini jika itu yang dia mahu sebagai tindakan aku selama ini,tapi bukan itu yang dia lakukan.Dia yang aku kenal..masih seperti dulu kerana kelembutannya inilah aku sentiasa tewas..
Kembali terusik hati isteri yang ditenangkannya tadi.
Betulkah dia langsung tak marah atau berkecil hati dengan ku?
Ini anaknya? Anak yang selama ini langsung dia tidak tahu akan kewujudannya? Anak yang selama ini aku sembunyikan daripada pengetahuannya??
“Saya tahu..saya berdosa dengan awak.Saya nusyuz kan Niq?”
“Siapa kata?”
“Saya memang nusyuz.Saya tinggalkan awak macam tu saja,tanggungjawab saya....”
“Abang dah izinkan sayang..dan abang redha setiap langkah yang Anis bawa daripada abang selama nie.”
“Tapi saya...”
“Sayang..anak tengah tengok ummi dengan abah silih berganti nie..dengar ummi menangis tadi,muka dia pun kejap-kejap cebik,kejap-kejap okey,siap boleh senyum lagi kat abang..”
“Tengok? Dah cebik balik? Silap hari bulan,dengan anak menangis sekali..? Abang cuma tahu nak pujuk ummi dia,abang tak tahu nak pujuk anak lagi?”
Ya Allah! Suami aku nie..
Anis Adelia terpaksa mengangkat wajahnya yang masih dibasahi dengan air mata.Pun begitu,tubuhnya yang sudah menjauh sedikit tiba-tiba ditarik rapat kembali.Kali ini wajahnya tidak terlekap sepenuhnya didada Aniq Ehsan seperti tadi,cuma pipi kirinya yang terlekap rapat didada itu.Pandangannya terarah kepada Ariq Ehsan,buat pertama kalinya selepas dia menyerahkan sikecilnya ini kepada abahnya beberapa ketika tadi.
Terkebil-kebil Ariq Ehsan melihat wajah umminya.Anis Adelia mengusap lembut pipi puteranya itu.Bibirnya tidak mampu tersenyum lagi tika ini.
Antara keinginan dan kata hati yang memutuskan keputusannya selama ini,Anis Adelia membalas juga pelukan lelaki itu dengan sebelah lagi tangannya.
Benar kata Aniq Ehsan tadi,Ariq Ehsan sedang merenung ke wajah ummi dan abahnya silih berganti.
Kenapa sayang ummi? Ariq terkejut? Orang yang ummi tunjuk pada Ariq didalam gambar selama nie dah ada didepan mata Ariq?
Soalan yang hanya bermain didalam benaknya.
Ariq Ehsan masih diam didalam dukungan abahnya.Mungkin dia cam wajah lelaki dihadapannya itu,masakan tidak..Sejak lahir,sehingga kehari ini Anis Adelia tidak pernah lupa untuk menunjukkan gambar abah kepadanya.Ummi juga tidak pernah sekalipun melepaskan peluang untuk berceritakan kepada Ariq Ehsan tentang abahnya.
Keadaan diantara mereka terus sunyi.Anis Adelia hanya merasakan usapan lembut ditubuhnya sedangkan matanya masih ralit kepada anaknya.Bibir Aniq Ehsan pula sentiasa terasa hangat dikepalanya meskipun masih dilitupi tudung.
Ya ALLAH..Sesungguhnya aku benar-benar merindui lelaki ini.Rindu yang teramat.Dia memang tidak pernah melakukan apa-apa dosa terhadapku dan dialah lelaki yang paling aku sayangi dalam hidup ini.Dialah lelaki yang telah memberikan aku sebuah kehidupan yang cukup sempurna apatah lagi selepas kehadiran anak kami ini..
Ya Allah!
Namun aku benar-benar tidak layak buatnya.Aku bukanlah perempuan baik yang selayaknya untuk berdiri disisinya,menjadi suri dihatinya..? Menjadi,ibu kepada anak-anaknya?
Ariq Ehsan adalah keinginan ku..aku yang mahukan anak ini.Lelaki ini pula? Dia mampu untuk mendapatkan lebih banyak zuriat daripada wanita yang lebih sempurna daripada ku,ya Allah.Pertemukanlah dia dengan wanita yang benar-benar layak buatnya..Aku tidak layak untuk berdiri disisinya juga.
Anis Adelia memandang kearah Ariq Ehsannya yang sedang leka bermain dengan abahnya.Tidak sampai sejam pertemuan mereka? Ariq Ehsan nampaknya selesa dengan kehadiran lelaki ini? Tidak sedikit pun dia menangis? Merengek jauh sekali? Selalunya..bukan susah lagi nak dapat orang? Sekarang nie..? Ummi pun dah macam tak wujud didepannya?
Cemburu...?
Ah! Tidak! Tidak sama sekali..cuma aku tertanya-tanya tentang tingkah anak kesayanganku ini.Makin bijak!
Seronok sangat bergelak tawa dengan abah sampai abah cakap sikit pun dia ketawa juga?
Aniq Ehsan pula..apa yang baru berlaku diantara mereka tadi sepertinya sudah dilupakan?
Dia juga ralit melayan anaknya,apakah mereka sedang melepaskan rindu yang tidak pernah terucap? Rindu yang tidak pernah berdendang?
Biarlah Anis..Kenapa perlu kau ungkit lagi kisah itu.Abah dan anak itu sudah pun mengenali diantara satu sama lain.Tengok sahaja bagaimana Aniq Ehsan melayan anaknya?
Ariq Ehsan pula? Kalau dengan orang lain,dah menangis dah tapi hari ni..dengan abah dia? Walaupun tak sampai sehari mereka berkenalan? Anak kau tu nampak gembira?! Bukankah ini yang engkau harapkan dulu? Satu pertemuan yang akan membahagiakan.
“Nak pergi mana Nis?” Anis Adelia sudah bangun daripada kerusi yang didudukinya.
Aniq Ehsan sedar rupanya..Bimbang agaknya aku hendak meninggalkan dia dan anak seperti tadi?
“Awak duduklah dulu,main dengan anak.Saya masakkan sesuatu untuk awak.Maaflah,saya pun baru balik.Tak sempat nak buat apa-apa lagi.”
“Saya tengok anak pun okey jer dengan awak.” Tokok Anis Adelia lagi.
Pandangannya dijatuhkan kewajah Ariq Ehsan.
“Sayang ummi,Ariq duduk dengan abah sekejap.Ummi masakkan sesuatu untuk abah dulu.”
Senyum anak ummi nie.
“Awak nak makan apa? Nasi?” Soalnya semula sebaik mengucup wajah Ariq Ehsan.
“Abang dah kenyang,tak perlukan apa-apa lagi.Abang dah pun dapat isteri abang semula dan...anak kita.Kan sayang abah?
Abah dah jumpa Ariq dan ummi nie pun abah rasa abah dah tak perlukan apa-apa lagi.”
Tidak sampai hati pula Anis Adelia tidak menyediakan sesuatu untuk lelaki ini,dia dapat rasakan lelaki ini belum menjamah apa-apa lagi sedari petang tadi.
Sebelum meninggalkan anak dan bapa itu buat seketika,Anis Adelia kembali menatap wajah lelaki itu.
Dia kelihatan gembira sangat,seandai sahajalah aku mampu sebahagianya??
Kenapa? Bukankah aku merasakan perasaan itu ketika berada didalam dakapannya tadi,tapi sekarang..?
“Sayang..” Agak tersentak Anis Adelia menerima teguran itu,sangkanya Aniq Ehsan tersedar yang dirinya sedang diperhatikan.
“Hmm..”
“Dah berapa berat anak kita nie? Lenguh rasanya tangan abah nie?”
Terukir juga senyuman dibibir Anis Adelia mendengar soalan suaminya.
“Kenapa? Baru pegang beberapa minit tak larat dah?” Gurau Anis Adelia sudahnya,tahu pun..?
Tak dinafikan.Benar kata suaminya itu.Abah pun terasa,ummi apatah lagi?
Tapi dah terbiasa,setiap hari menguruskannya..
Nak mengeluh buat apa pun,anak sendiri kan?
“Bukan tak larat..cuma abang terfikir,tiap-tiap hari macam nie? Agaknya sebab tu isteri abang kurus?”
Terjatuh terus pandangan Anis Adelia ketubuhnya.Kurus? Rasanya ini jugalah keadaan dirinya ketika dia pergi dulu,cuma dulu dengan perut yang dah berisi tapi sekarang..tu,dah ada depan mata nyawa yang dikandungnya dulu.
“Mungkin,tapi sikit jer kot.Lagipun saya nie yang sibuk dengan kerja-kerja kat bookstore dan restoran.”
“Err...apa pulak berat badan ni? Dahlah,kalau tak larat letak saja anak kat bawah.Dalam beg hijau tu ada selimut dia.Bentangkan kat atas lantai tu..tengoklah dia merangkak,merata-rata dah perginya.Saya ke dapur dulu.” Anis Adelia sedang ketawa ketika membawa langkahnya pergi kearah dapur.
Sekalipun pandangan Aniq Ehsan tidak terlepas daripada menatap isterinya sehinggalah tubuh itu akhirnya menghilang didalam dapur.
Diruang tamu ini sekarang,hanya tinggalnya bersama Ariq Ehsan.
Aniq Ehsan kembali menatap wajah anaknya,benarlah telahannya semalam.Anak ini memang anaknya!
Ya Allah! Aku telah pun mempunyai anak bersama wanita ini?
Selepas setahun? Baru hari ini aku mengetahuinya? Betapa payah kehidupan isteriku selama ini? Bersendirian ditempat orang? Mengandungkan zuriatku,tanpa aku mahupun ahli keluarga disisinya? Melahirkan anak kami ini bersendirian? Dan..? Selama hampir 6 bulan ini..mengasuh dan mendidik pula Ariq Ehsanku ini,juga bersendirian?
Ya Allah! Mengapa begini jadinya hubungan kami?
Mengapa aku tidak mampu meyakinkan wanita itu yang dia mampu bahagia disisiku.Sebagai suami yang akan sentiasa menjaganya,membimbingnya?
Ya Allah..Aku ikhlas mencintainya.Aku yakin dia memang jodoh yang ENGKAU telah titipkan buatku.Aku mengasihinya ya Allah.Bukakanlah pintu hatinya itu.Jangan KAU biarkan dia terus hanyut dengan kesakitan lama itu.
“Ariq Ehsan! Anak abah?!” Aniq Ehsan mendakap erat tubuh anaknya,wajah Ariq Ehsan ditatapnya berkali.Seakan-akan sukar untuknya menerima kenyataan ini.
“Abah dah ada anak rupanya?? Ya Allah! Subhanallah!!” Daripada ubun-ubun Ariq Ehsan,turun pada sepasang mata bulat yang sedang memandangnya itu,kemudian beralih pula kehidunga comel Ariq Ehsan,singgah juga di kedua-dua belah pipi serta dagu berlapisnya akhir sekali dibibir mungil sikecilnya itu.Aniq Ehsan mengucup seluruh wajah anaknya itu bersama deraian air mata yang ditahannya ketika berhadapan dengan isterinya tadi.
Ini adalah perasaannya yang sebenar! Perasaan seorang bapa yang baru mengetahui akan kewujudan darah dagingnya sendiri.
Kebahagiaan apakah yang sedang aku rasa ketika ini??
Mengapa perlu ada rasa sedih? Kesal??
Anak abah..! Sekali lagi Aniq Ehsan mengucup ubun-ubun anaknya.
Ruginya abah..?! Terlepas peluang melihat anak abah membesar dirahim ummi?
Tidak dapat melihat Ariq Ehsan membesar didepan mata abah?
Bagaimana lagi ingin abah pujuk dan ubat hati yang terluka itu meskipun bukan abah penyebabnya..?
Anis Adelia melihat akan apa yang baru berlaku didepan matanya tadi melalui pintu dapur yang agak jauh daripada ruang tamu rumahnya,itulah sebenarnya perasaan Aniq Ehsan.
Dia mampu tersenyum dan tenang dihadapan aku tadi,tapi sekarang? Dia juga sedang menangis?
Kelopak matanya yang kembali basah turut diseka..
Dia mahu segera menyiapkan hidangan untuk lelaki itu,hari makin lewat.Aniq Ehsan perlu dihantarnya kembali ke hotel.
“Dah tidur?” Anis Adelia bersuara perlahan meskipun dia agak terkejut melihat anak mereka sudah terlena dipangkuan abahnya.Selalu susah sangat nak tidur? Tak sampai 10 minit pun ummi didapur? Patutlah diam jer?
Aniq nie pun? Letaklah anak tu atas comforter tu.Lenguhlah kakinya,
“Saya buat spaghetti untuk awak,boleh ke?”
Spaghetti segera.Sos dan yang lain-lain sememangnya ada didalam peti sejuk.Sekadar diambil,dipanas dan dicampurkan.Siap!
“Terima kasih..”
“Saya letak disini dulu,nak makan nanti ambiklah.”
“Bagilah anak kat saya,saya hantar dia masuk bilik.Awak dah isyak belum? Kalau belum,solat kat sini dulu.Kejap lagi saya hantar awak balik ke hotel terus.”
Air muka Aniq Ehsan berubah apabila Anis Adelia menyebut perkataan hotel itu,kenapa pulak?
“Kalau abang tinggal disini saja tak boleh?” Soalnya lagi,namun pandangannya hanya diwajah Ariq Ehsan mereka.
“Apa?”
Agak kuat suara Nur Imani mengajukan soalan itu kepada suaminya,sampai terkejut Ariq Ehsan.Mujur tak menangis kerana tangan abahnya berada didadanya.
“Tak..”
“Tak??”
“Awak makan dulu,saya hantar anak masuk bilik.Kejap lagi saya datang balik.”
Tubuh Ariq Ehsan sudah bertukar tangan,pun begitu sikecilnya masih culas terlena.Bibir abah sempat disinggahkan diwajahnya sebelum ummi membawanya pergi.
Aniq Ehsan membiarkan pandangannya mengiringi langkah isterinya.
Ariq Ehsan...! Anis Adelia!
Kedua-duanya adalah haknya! Sampai mati akan dia pertahan rumah tangga mereka ini! Itu janjinya!
Maafkan abang sayang,kali ini abang terpaksa bertegas dan bertindak dalam cara lain.Abang takkan izinkan Anis pergi jauh lagi daripada abang,Ariq Ehsan memerlukan kita berdua sebagai ibu dan ayahnya.
“Allahhuakbar!”
Anis Adelia sudah meletakkan tubuh anaknya diatas katilnya.Kepala Ariq Ehsan yang dipenuhi rambut-rambut halusnya diusap kasih.Anis Adelia turut mengucup dahi buah hatinya itu,terasa lapang jiwanya ini apabila melihatkan wajah tenang anak yang sedang enak diulit mimpi..
Alhamdulillah.Banyak kerja ummi dapat buat malam ini.
Ariq tidur dulu sayang,abah tengah makan.Kejap lagi ummi kena hantar abah balik hotel.InsyaAllah,nanti sayang jumpa abah lagi?
Bibirnya dijatuhkan lagi diatas dahi puteranya,lama...
Rasanya dia terpaksa menyusahkan Suhana juga sebentar lagi,yalah..dia perlu menghantar Aniq Ehsan ke hotel semula.Ariq Ehsan pula sedang terlena..siapa yang nak tengokkan Ariq kalau dah mereka suami isteri tiada dirumah?
“Kenapa tak letakkan dalam baby court?”
Terkejut Anis Adelia melihat akan kehadiran Aniq Ehsan didalam biliknya.Kenapa dia masuk? Suka hati jer?
“Boleh jadi hiasan jerlah Encik Aniq.Anak awak nie bukannya boleh letak atas katil dia tu..dah nyenyak tidur pun boleh menangis kalau ummi letak kat situ.” Apa lagi yang boleh dia lakukan,sekadar melayan sahaja pertanyaan itu.
“Tak biasakan kot?”
“Tak biasakan? Haih..sampai dah letih ummi nak ulang benda yang sama tiap-tiap malam.Lagipun senang tidur dengan ummi,tak adalah ummi tidur mati.”
“Lepas nie tak boleh jugaklah.” Apa yang tak boleh?
“Tak boleh? Dah kenapa pulak?”
“Peneman ummi dah ada balik..” Tak senang hati Anis Adelia apabila Aniq Ehsan sudah melabuhkan punggungnya diatas katilnya,berhampiran Ariq Ehsan dan dirinya.
“Apa Niq?” Soalnya,pura-pura tidak dengar.
“Nothing...” Selindungnya,jika tadi ummi yang sibuk mencium wajah anaknya,kini giliran abahnya pula.Runsing pula Anis Adelia melihatnya.
“Awak dah habis makan?”
Sangkanya Aniq Ehsan sedang menjamu makanan yang disediakannya tadi.Disebabkan itulah Anis Adelia berlama-lama didalam bilik ini.Menunggu Aniq Ehsan menyudahkan hidangannya,agar dia keluar tadi mereka boleh segerak bergerak,sebaliknya..?
“Panas lagilah yang,kejap lagi abang makan.Tengok anak tidur kejap.”
Ya Allah! Terlupa..?
Lelaki ini tidak suka menjamah makan yang masih panas,kalau dah suam tu digagahkan juga makan.
“Patutlah hati abang nie dah rasa lain masa mula-mula Ariq pandang abang semalam.”
Anis Adelia menatap wajah suaminya,la..bercakap dengan aku ke? Ingat ke sembang sendiri?
Tapi..
Ariq pandang dia?
“Bila?”
“Masa Anis kelam kabut cuba menyembunyikan Ariq daripada abang.” Sindirnya.
Dia perasan rupanya?
“Bukan sembunyi..saya cuma tak bersedia nak perkenalkan Ariq pada awak masa tu.Takda angin,takda ribut..tiba-tiba saya kenalkan Ariq sebagai anak awak? Takutlah..tiba-tiba terkena serangan jantung ke? Tak ke susah saya?”
“Tadi tak risau pulak? Ingat abang tak terkejut?”
“Risau juga,tapi gagahkanlah juga diri nie.Tak berdaya nak sembunyikan rahsia nie lama-lama.Better saya beritahu awakkan daripada awak dapat tahu daripada orang lain?”
“Sepatutnya masa Anis mula-mula mengandung dulu..Bukan sekarang sayang.”
Mendalam maksud yang cuba disampaikan Aniq Ehsan kepadanya.Anis Adelia masih mendengar meskipun dia sengaja menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak kesayangannya ini.
“Teralu lama...dan abang dah terlepas banyak masa istimewa Anis dan Ariq.Masa Anis bersusah payah mengandungkan anak kita nie dulu..masa nak melahirkan? Masa Ariq lihat dunia? Bukankah sepatutnya abang yang azankan dia? Dan..sepanjang Ariq membesar didepan mata Anis selama tempoh hampir 6 bulan nie?”
Anis Adelia diam..terluka juga hatinya,mengakui kebenaran kata-kata Aniq Ehsan.
“Awak..kita keluar,anak tengah lena.Dengar suara kita ditelinganya nanti,terjaga pula dia.Saya rasa awak dah boleh makan hidangan tu,lagipun saya ada kerja rumah lain yang perlu disiapkan sebelum saya ke restoran esok.”
Anis Adelia sudah turun daripada katilnya,menjauhi anak dan suaminya.Tanpa berpaling kebelakang dia terus keluar.
Spaghetti yang disediakan khas untuk suaminya tadi masih berada ditempat yang diletakkannya.
“Anis.Tunggu!”
“Apa lagi Niq?”
“Abang tidur disini.” Membutang biji mata Anis Adelia mendengar permintaan suaminya?
Tidur sini pulak?? Oh! Tidak!
“Saya boleh hantar awak balik ke hotel.”Anis Adelia segera memintas.
“Dah lewat malam nie.Balik nanti Anis drive sendiri pulak.Abang risau.”
“Saya boleh ajak kak Su,jiran sebelah temankan,lagipun tak jauhlah nak balik kehotel tempat awak menginap tu.”
“Janganlah menyusahkan orang..abang boleh jer tidur kat depan nie.”
Nie kes risau ke? Memang tak nak balik ke hotel? Anis Adelia memandang penuh makna wajah suaminya yang kelihatan tenang ketika ini.
“Saya tak selesalah awak terus berlama-lama disini.Saya dah kenalkan Ariq pada awak dan saya rasa takda sebab lain untuk awak terus berada disini.” Dia berterus terang.
“Abang ada sebab yang kukuh kalau itu yang Anis mahukan! Kita masih suami isteri yang sah.Anis tanggungjawab abang dan...”
“Yalah..yalah..awak bermalam saja disini.lepas nie pergi tidur dengan anak atas katil saya tu.”
“Kita bertiga sayang?”
Janganlah nak gembira sangat!
“Tak! Saya tidur dalam bilik kerja saya,kan saya dah cakap pada awak tadi? Saya ada kerja yang nak diselesaikan.”
“Tapi...”
“Tapi..?
“Untuk malam nie saja.Esok pagi,awak akan ikut saya.Saya hantar awak ke hotel.” Anis Adelia cuba membuat perjanjian.Tapi...?
Lelaki itu hanya diam? Senyuman ang terukir dibibirnya terkandung seribu makna yang tersirat.Tidak dapat diungkapnya.
Anis Adelia hanya memandang kearah lelaki itu yang sudah melabuhkan punggungnya diatas kerusi selepas mengambil pinggan berisi spaghetti yang disediakan isterinya tadi.
Senang hati jer dia menjamah makanan itu?
Apa yang gembira sangat?
Alaaa... Anis ni, baru je sedar diri tu berdosa kerana meningalkan suami, dh buat hal lg...
ReplyDeletebest3... nak baca lg hehe
ReplyDeleteEveryrime baca novel cek lisa confirm nk tercabut jantung :)
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteMenarik dan menunggu seterusnya... :)
ReplyDelete