Saturday, 14 September 2013

Di Penghujung Rindu: BAB 7

Assalamualaikum.. :)

entry malam sabtu..selamat bersantai sambil membaca..

UPDATE: BAB 7

zahrahcinta_ceknursalisa



     

  “Pergi dating dengan buah hati ke?”

“Ha?”

“Sempoi punya sweater kak Nis?”

Barulah Anis Adelia teringat.Ermm..patutlah!

“Apa pandang akak macam tu? Seorang tersengih..seorang lagi dah macam nak mengorat kak Nis.Seorang lagi?? Hee,anak-anak dara sekalian.Sila jangan salah faham ye.Ini baju kawan akak,kebetulan..pagi tadi sejuk sangat.Dia bagi akak pinjam.Terlupa nak bagi balik.”

Ujar Anis Adelia tenang sambil membuka kembali baju sejuk yang tersarung ditubuhnya itu.

Pandangan-pandangan yang terarah kepadanya hanya membuatkan Anis Adelia gagal menyembunyikan senyumannya.

Ya Allah?? Tak percaya ke budak-budak nie?

“Jom! Mula kerja,jangan nak pandang kak Nis macam tulah..”

“Betul ke tak nak cerita dengan kitaorang nie akak?” Dania ingin mengorek rahsia.Pandailah dia mencari kesempatan.

“Entah akak nie,cuba cerita sikit.Jumpa dengan awang Malaysia ke?? Mat Salleh Melbourne?”

“Ya Allah! Budak bertiga nie??” Tiba-tiba Anis Adelia mendapat akal untuk mengusik mereka pula.Hehe..

“Potong gaji nak?!” Soal Anis Adelia dalam nadagurauan sambil berjalan ketempat apronnya diletakkan.

Berubah kelat wajah ketiga-tiganya.

Ambik!

“Akak nie..!”

“Tau pun.” Ujar Anis Adelia dalam tawa yang cuba disembunyikannya.

 

Anis Adelia membuat panggilan kepada Suhana lewat tengah hari itu.Terlupa langsung yang hari ini dia mempunyai temu janji dengan seseorang mengenai katering yang perlu disediakan pihak restorannya untuk majlis pernikahan dan perkahwinan anak seorang penduduk Malaysia yang telah bermastautin disini.Masih ada 3 hari lagi sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan itu berlangsung.Mungkin ada sesuatu yang ingin dibincangkan oleh bakal pengantin dengannya.

“Assalamualaikum kak Su..”

“Waalaikumussalam..” Lega hati Anis Adelia apabila mendengar suara Suhana.

“Kak su petang nie Anis ambik anak lewat sikit.Mungkin lepas maghrib.”

“Anis pergi mana?”

“Anis ada urusan disini,lepas tu nak kena pergi ambik Aniq dulu.”

“Anis dah beritahu Aniq?” Suhana agak teruja untuk mengetahui perkembangan mereka.

“Belum..”

“Belum??” Terkejut pula dia apabila Anis Adelia memberitahunya situasi sebenar.

“Anis akan beritahunya masa dia jumpa anak dia nanti.”

“Terserahlah..asalkan Anis berterus terang dengan Aniq.Yalah,pasal anak jangan risau sangat.Hari ini dia banyak main.Seronok sahaja..”

“Lapanglah hati Anis nie dengar macam tu kak Su.Tak apalah,Anis pun cuma nak beritahu itu saja.InsyaAllah petang nanti Anis ambik anak.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

 

“Ariq tak sihat??” Laila,seorang pekerja yang bertanggungjawab untuk menguruskan bahagian dapur ini merapatinya ketika Anis Adelia sedang bersiap untuk  balik.Selepas urusannya selesai dengan customer yang menginginkan penambahan menu dan beberapa tambahan meja untuk majlis nanti.

“Taklah Laila..kak Nis ada hal lain.”

“Macam nak jumpa kekasih hati jer?” Ada juga nak tegur?

Ha?

“Eh! Kesitu pulak anak dara nie? Kak Nis balik dulu.Nak jumpa Ariq.Nak gomol-gomol anak kesayangan kak Nis tu..Itulah satu-satunya kekasih hati kak Nis.”

“Alah..jelesnya.Bila nak bawak Ariq datang sini lagi? Dah dekat sebulan tak jumpa dia..rindulah kak Nis…” Luah Dania.

“Kak Nis susah sikit nak bawak Ariq naik kereta jauh-jauh.Ariq bukannya nak lama-lama duduk atas kerusi dia tu sekarang ni.Apa kata aunties yang datang rumah ummi,boleh main dengan Ariq,aunties pun dah lama tak tidur rumah ummi.”

“Apalah kak Nis nie,orang tengah sibuk nak ajak pergi tidur rumah dia.Nantilah kak Nis! Nak tidur rumah kak Nis tu kena rancang betul-betul.Baru boleh pergi.” Sahut Syuhada pula.

“Yang penting beritahu kak Nis dulu,jangan tiba-tiba tercegul kat depan pintu rumah tu..confirmkena ‘halau’.”

Ketawa anak-anak dara tu..

“Yalah..nanti sampai rumah,ciumkan Ariq untuk Nia.”

“Lia pun kak Nis..”

“Ada pun..”

Pesan mereka.

“InsyaAllah..akan ummi sampaikan.”

“Okeylah.Kak Nis balik dulu,kejap lagi ‘syif’ kak Sofi pula.Dia dah sampai belum?”

“Dah..tengah bercakap dengan salah seorang customer kat depan tu.Dia tanya kak Nis tadi.”

“Tak apalah…Kak Nis jumpa dia kat depan jer.Kak Nis balik dulu,assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“Eh! Tak nak bawak lauk balik ke hari nie?”

“Tak apalah..kak Nis ada hal lain lagi nie.Kalau lapar nanti,pandai-pandailah kak Nis masak.Kak Nis balik dulu.”

“Hati-hati drive.” Serentak Dania dan Laila berpesan.

“Baik sayang.” Anis Adelia cuma melambaikan tangannya kearah mereka berdua tanpa berpaling lagi.Dia perlu bertemu dengan Sofia sebentar.

 

“Assalamualaikum..”

Aniq Ehsan sudah berada ditempat yang dijanjikannya,seperti pagi tadi.

“Waalaikumussalam…”

“Dah lama ke tunggu?”

“Barulah juga..” Ye ke? Aku dah lambat setengah jam nie?

“Maaflah kalau saya lambat,ada urusan yang tidak dapat dielakkan di restoran tadi.”

Aniq Ehsan sekadar tersenyum,nampaknya dia memang lama menantikannya?

“Jomlah..” Tanpa berlengah,Anis Adelia lantas mempelawanya.Lagi pula dia memang dah terlewat untuk mengambil Ariq Ehsannya.

“Pergi mana?”

“Kan saya dah cakap pada awak tadi,saya nak bawak awak kesatu tempat?” Anis Adelia mengingatkan,lupa ke?

“Mana?”

“Boleh tak awak ikut saja? Saya pun tak balik lagi..saya letih sangat.”

Pinta Anis Adelia.Barulah Aniq Ehsan tidak berkata banyak lagi.Sekadar masuk kedalam kereta dan mengikut sahaja kemana isterinya ini ingin membawanya.

 

Sepanjang perjalanan balik,masing-masing hanya mendiamkan diri.Sesekali..dia mengerlingkan pandangannya kewajah isterinya juga.

Serius.

Masihkah ada peluang untuknya mendapatkan wanita ini semula??

 

Selepas 10 minit perjalanan..

“Kita dimana nie?” Aniq Ehsan agak pelik melihat kawasan perumahan ini.

“Dekat depan tu rumah saya.Ada 5 buah keluarga Malaysia sahaja dibahagian nie,rumah saya sebelah sahaja dengan rumah seorang keluarga Malaysia yang berasal daripada Kedah.Hujung sana tu,ada 3 lagi keluarga daripada Malaysia.Mereka tu dah bermastautin disini.Pelajar -pelajar Malaysia kebanyakannya di bahagian depan sana tadi,selebihnya pula tinggal di apartmen yang kedutaan Malaysia dah sediakan.” Cerita Anis Adelia tanpa dipinta.

“Turunlah..” Arah Anis Adelia apabila mereka tiba didepan rumahnya.

Aniq Ehsan agak hairan,pasti ada sebab mengapa isterinya membawanya kesini?

Pun begitu,perasaan tidak sedap mula menyelinap kedalam hatinya.

Mungkinkah…Anis Adelia ingin memperkenalkannya kepada suaminya?

Tapi mustahil?? Anis Adelia tidak sejahil itu?? Jelas lagi nyata yang mereka masih lagi suami isteri?

Jangan-jangan?? Dia nak kenal aku dengan kekasih hati dia??

Bermacam-macam andaian buruk yang menyesakkan fikirannya membuatkan Aniq Ehsan ingin sahaja mendapatkan kebenarannya daripada Anis Adelia sekarang ini.Jika benar seperti yang disangkanya,lebih baik dia balik! Daripada…hatinya akan terluka?

Pun begitu Aniq Ehsan masih memberanikan dirinya untuk menghadapi segala kenyataan.Jika dia masih mampu sampai kesini? Mengapa dia takut untuk menerima kebenaran?

Bukankah ini tujuan dia mencari wanita ini??

“Jemputlah masuk..” Pelawa Anis Adelia sebaik pintu rumahnya dibuka.

“Janganlah takut,takda sesiapa pun.Cuma saya dan..”

“..cuma saya tinggal kat sini.” Anis Adelia segera membetulkan keterlanjurannya.

“Awak duduk dulu..Saya nak pergi rumah kak Su sekejap.Saya nak ambik sesuatu..”

“Pergi mana?”

“Sekejap saja..awak duduklah dulu” Anis Adelia tergesa-gesa meninggalkannya,Aniq Ehsan hanya mampu memandang.

Ketika pandangannya dibiarkan menjelajah ruangan tamu rumah ini,sesuatu begitu menarik perhatiannya membawa dia kearah bahagian meja dan dinding yang hanya dipenuhi dengan gambar.

Banyaknya gambar bayi yang dilihatnya semalam digantungkan didinding ini? Juga diatas meja ini?

Daripada dia lahir mungkin,sehinggalah keumurnya sekarang..gambar-gambar itu memberitahu segala-galanya.

Kesemuanya hanya gambar bayi itu dan sebahagiannya pula bersama Anis Adelia.Satu persatu Aniq Ehsan membelek gambar-gambar tersebut.Meskipun masih terdetik dihatinya mengenai hal itu namun Aniq Ehsan cuba menafikannya.Mustahil Anis Adelia akan menyembunyikan rahsia sebesar itu daripada pengetahuannya?

 

“Terima kasih kak Su.” Ariq Ehsan begitu gembira saat melihat wajah umminya.Tak perlu ummi menghulurkan tangan untuk mengambilnya,dia terlebih dahulu mengunjukkan kedua-dua tangannya.Meminta ummi mengambil.

Ya Allah! Rindunya ummi kat dia..

“Dah tak tentu arah dia Nis,tapi faham juga bila kak Su cakap ummi balik lambat hari nie..”

“Ye ke..maaf sayang,ummi ada kerja.” Kesiannya anak ummi..Anis Adelia mengusap wajah sijantung hatinya ini.

“Tidur tak hari nie kak Su?” Soal Anis Adelia sambil memandang wajah ceria anaknya.

“Tidur,sekejap saja.Abang Rasdan sibuk duk kacau dia.”

“Kalau macam tu tak apalah.Cepat sikit dia tidur malam nie,ye sayang ummi nie? Tidur sekejap saja?”

“Mana Aniq?” Suhana terintai-intai,mencari seraut wajah lelaki itu.

“Anis suruh dia tunggu dalam rumah dulu.”

“Menangis tak kak Su?”

“Tak..hari nie baik anginnya.Seronok sangat main dengan Abang Rasdan..”

Alhamdulillah..

“Mana Rasdan kak?”

“Rasdan dah tidur,dia duk sibuk kacau adik tadi.Dah penat main dia yang tidur..”

Tersenyum Anis Adelia mendengar cerita Suhana.

“Tadi Nis ada singgah kedai,adalah makanan dengan coklat sikit untuk dia,kakak dan abang-abang dia.”

“Buat susah jer Nis.”

“Tak adalah akak..Teringatkan budak-budak nie tadi,itu yang Nur belikan.Rezeki anak-anak kak Su.”

“Terima kasih,Nis.”

“Terima kasih juga untuk kak Su,sudi jaga anak Nis selama nie.Alhamdulillah sangat kak Su.”

“Kak Su tolong saja Nis.Tak susah pun nak jaga anak Nis nie.Cuma itulah..susah nak dapat orang.” Suhana mencubit lembut pipi Ariq Ehsan,murahlah senyuman dia kalau dekat dakapan umminya.

“Kak..”

“Ya..?”

“Anis rasa berat saja nak kenalkan Ariq dengan Aniq.Berdebar-debar hati nie?”

“Jelaskan baik-baik.InsyaAllah dia akan faham.”

“Kalau dia rampas Ariq daripada Anis??” Anis Adelia memandang kearah puteranya,seharian ummi tinggalkan sibuk juga tangan kecilnya itu memeluk tubuh ummi.Bibirnya terlekap rapat dikepala anak kesayangannya itu.

“Kesitu pulak dia..Kak Su tak rasa dia akan buat macam tu! Anis lebih kenal dia kan? Rasa ragu-ragu? Itu semua kerja syaitan laknatullah.Dahlah,pergi bawak anak tu balik.Jumpakan dengan abah dia.Perkara yang sepatutnya Anis lakukan lama dulu..”

“Ya..Ariq nak jumpa dengan abahkan hari nie?? Pergi balik cepat..kesian abah tunggu anak dia nie lama-lama.” Anis Adelia sedar,kata-kata itu ditujukan kepadanya.Kak Suhana cuba memberikan sedikit keberanian kepadanya.

“Saya balik dulu kak.” Suhana mengangguk dengan senyuman,wajah Ariq Ehsan sempat dikucupnya sebelum Anis Adelia pergi.

“Kuatkan hati.” Sempat lagi kak Su berpesan.

Anis Adelia sekadar mengangguk.

“Kami balik dulu..”

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” Anis Adelia menjawab senang sebelum memulakan langkahnya kembali untuk kembali kerumahnya.

Suhana hanya memandang bersama doa,moga Allah permudahkan urusan suami isteri itu.

 

“Sayang ummi,kejap lagi ummi akan kenalkan Ariq dengan abah.Ariq selalu tengok wajah abahkan walaupun hanya dalam gambar? Sayang ummi jangan menangis tau bila ummi bagi Ariq pada abah.Anak ummi,anak abah.” Anis Adelia berpesan kepada sikecilnya yang masih tidak mengerti apa itu.Pandangan sikecilnya yang terpahat diwajahnya seolah-olah dia memahami apa yang diperkatakan umminya ini.

Langkahnya semakin perlahan apabila mereka berdua makin menghampiri rumah.

Sudahnya langkah Anis Adelia mati apabila berada dihadapan pintu rumah.Aniq Ehsan dilihatnya khusyuk membelek gambar anak mereka.Allah! Sebentar lagi,rahsia itu akan aku berita kan kepadanya.Kuatkanlah hatiku ini ya Allah.Aku perlu berhadapan dengannya juga..

“Assalamualaikum..” Anis Adelia memberi salam,namun sebaik dia melangkah masuk kedalam rumahnya.Pintu rumah ditutup perlahan..agak berat langkah yang diaturnya menuju keruang tamu rumahnya.

“Waalaikumussalam..” Aniq Ehsan sudah berpaling kearahnya.Ketika dia masuk tadi lelaki itu sedang membelek-belek gambar-gambar anak mereka.

Aniq Ehsan nampak terkejut melihat bayi yang berada didalam dukungannya.Anis Adelia dapat melihat daripada air muka lelaki itu.Serasa ingin sahaja dia membawa Ariq Ehsan keluar daripada rumah ini.

Tapi saat mengingatkan pesanan mereka semua?? Kak Su??

Ya Allah?!

Tak terlangkah kakinya ini.

“Anis..?”

“Aniq..”

“Saya tak tahu daripada mana nak mula..saya.” Suaranya sudah bergetar.

Anis Adelia memandang wajah putera kesayangannya.Ariq Ehsan masih dengan dunianya,sesekali pandangan mereka bertemu.Hilang resah dihati ummi…

“Anis..gambar anak Sofea nie?? Banyaknya Anis simpan..?? Sofia tinggal disini..? Anak dia..?” Sekali lagi dia menatap wajah Ariq Ehsan.

“Aniq..sekejap.Saya ada benda lebih penting nak beritahu awak.Sebelum saya berterus terang dengan awak..Saya nak minta maaf sangat pada awak.Saya tak berniat nak buat semua nie terhadap awak..”

“Daripada pagi tadi Anis buat hati abang tak tenteram.Cuba cakap dengan abang…apa sebenarnya yang Anis nak cakap? Terus terang pada abang.” Aniq Ehsan tidak dapat membendung rasa tidak sedap dihatinya ini..

Sudahlah tingkah Anis Adelia menjadi tanda tanya kepadanya.Makinlah dia tidak senang.

“Saya nak kenalkan awak dengan..” Tak terluah kata-kata seterusnya itu dibibirnya.

“Awak..!” Anis Adelia menghulurkan Ariq Ehsan kepada Aniq Ehsan secara mengejut.Terpinga-pinga suaminya itu.

Pandangan Anis Adelia sudah ditundukkan.Hatinya sebak tanpa diundang.

Allah..Air mata sudah bertakung dikelopak matanya.Hanya menunggu masa untuk tumpah.

Ya Allah! Berikan aku kekuatan.Apa pun yang berlaku,aku tidak boleh berpatah balik.Kuatkan hatiku ini..

“Awak..maaf.Saya tipu awak semalam.Sebenarnya Ariq bukan anak kak Sofi.”Anis Adelia tidak tahu daripada mana hendak dia mulakan.

“Bukan anak kak Sofi? Habis??” Aniq Ehsan keliru.

“Ariq sebenarnya..” Ayat Anis Adelia terhenti seketika..bibirnya masih berat untuk membongkarkan rahsia yang disimpannya selama ini.

“Ariq adalah anak saya..zuriat awak.Anak kita.” Tenang juga Anis Adelia menuturkan rahsia itu dibibirnya.

Ya Allah! Akhirnya…

“Anis??”

“Itulah sebabnya saya bawa awak kesini.Saya nak kenalkan awak dengan anak kita..Niq.Ini anak awak.Namanya Ariq Ehsan bin Aniq Ehsan.Saya yang lahirkan dia hampir 6 bulan yang lalu.”

“Anis…?” Aniq Ehsan tak terkata apa,hanya sebaris nama wanita dihadapannya ini meniti bibirnya.

Sukar untuknya menerima kenyataan ini.Bukan kerana kenyataan bayi yang berada didalam dukungan wanita itu adalah anaknya,tapi…tindakan isterinya ini menyembunyikan perkara sebesar ini daripada pengetahuannya?!

Hanya sekarang baru dia diberitahu?

Agaknya kalau dia masih tidak menemui Anis Adelia? Sehingga ke hari inilah dia masih tak tahu yang dia sudah mempunyai anak?

“Ya..”

“Anak kita??” Aniq menyoal! Dia benar-benar mahukan kepastian! Tapi dia yakin dia tak salah dengar!

Kali ini Anis Adelia hanya mampu menjawab dengan anggukan,tangisannya sudah kedengaran.Perasaan yang ditahan-tahannya sedari tadi,tidak dapat dikawal lagi.

“Allahhuakbar!” Serentak itu tubuh Ariq Ehsan sudah bertukar tangan.

“Saya cuma nak beritahu ini.” Makin laju air mata yang mengalir diwajahnya.Terbongkar sudah rahsia yang disembunyinya selama hampir setahun lebih ini.

“Selama nie..??”

“Awak mesti dah tahu kenapa saya pergi dulu…bukan sebab itu saja saya tak nak awak cari saya tapi ini juga..”

Bibir Anis Adelia gagal menahan getarannya lagi.Dia bertambah tidak berdaya,Ariq Ehsan sudah berada didalam dukungan abahnya.Buat pertama kali! Hampir sahaja Anis Adelia rebah.

Apa lagi mampu dia lakukan?

Anis Adelia lantas memusingkan tubuhnya..Niatnya ingin keluar seketika menenangkan perasaannya.Biarlah Aniq Ehsan bersama-sama anak mereka.Ariq Ehsan pun nampak selesa dengan lelaki itu.Jika tidak,daripada awal tadi lagi..dia sudah menangis meminta ummi mengambilnya semula.

“Nak pergi mana?”

Suara lelaki itu kedengaran,pun begitu Anis Adelia terus mengaturkan langkahnya.Sesungguhnya dia masih tidak bersedia untuk menatap wajah Aniq Ehsan mahupun Ariq Ehsannya ketika ini.

“Tunggu Nis?” Lengannya disambar,langkah Anis Adelia terhenti pun begitu dia langsung tidak berpaling.

“Lepaskan Niq..saya tahu,awak mesti nak luangkan masa dengan anak? Awak berdualah dengan Ariq,Aniq.Saya keluar dulu.” Anis Adelia ingin melangkah semula,namun lengannya yang masih dipegang suaminya membuatkan dia tidak daapt bergerak.

“Abang tak izinkan!” Tegasnya.

Mengapa Niq?? Rintih hati kecil Anis Adelia.

“Lepaskan saya..please.” Anis Adelia meminta,sejujurnya dia tak berdaya untuk menatap wajah anak dan suaminya.Rasa bersalah yang dipikulnya selama ini cukup membebani hatinya meskipun rahsia ini sudahpun diberitahunya kepada Aniq Ehsan.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini?

Ariq ummi??

“Terima kasih.”

Ha???

“Terima kasih..mengandungkan anak abang,lahirkan Ariq untuk abang.” Anis Adelia tersentap,makinlah deras air mata yang mengalir diwajahnya.

Ya Allah! Setenang inikah dia selepas apa yang aku lakukan padanya? Kenapa dia tak marah pada diri ini? Kenapa dia masih mengucapkan penghargaan itu sedang aku…?

“Abang ada banyak benda nak cakap dengan anak kita,tapi abang lagi banyak perkara nak cakap dengan ummi dia.” Anis Adelia memejamkan matanya berat.Air matanya masih dapat mengalir dibalik pelupuk mata yang tertutup rapat ini.

Ketenangan lelaki inilah yang selalu menewaskan dirinya,hari ini pun begitu?

“Tapi saya tak ada apa-apa nak cakap pada awak.Tolong lepaskan saya,saya merayu pada awak..” Lembut lagi Anis Adelia meminta..

Pun begitu Aniq Ehsan masih tidak mahu melepaskannya.Anis Adelia ingin sahaja menolak namun dimana kekuatannya? Kenapa tubuhnya terasa begitu lemah?

Apa yang berlaku??

Rahsia yang disimpannya selama ini telah dibongkarnya,Ariq Ehsan sudah bertemu dengan abahnya.Apa lagi yang lelaki ini mahukan daripadanya? Aniq Ehsan?

“Maafkan abang,abang takkan lepaskan Anis lagi.” Ujarnya lagi..

“Aniq…”

“Kenapa nak bohong perasaan tu lagi?? Abang dah ada kat sini..Abang tahu Anis rindu abang kan? Anis lupa? Kan abang pernah cakap..abang pun sentiasa ada dengan Anis?? Selalu ada..” Dia tak pernah berkasar dengan diri ini,tidak pada tingkahnya tidak juga pada bahasanya.Dia adalah lelaki yang paling beradab dan penuh kelembutan didalam setiap perilakunya terhadap wanita-wanita disekelilingnya.Pada arwah ibunya,pada adik beradik yang dikasihi,pada..isterinya..

“Aniq..Saya merayu awak.Tolonglah..saya..”

“Abang sudi pinjamkan dada abang kalau itu yang Anis perlukan.”

Ya Allah!

“Lepaskan saya..”

“Mungkin selepas nyawa abang ditarik Allah.” Tersayatlah hati Anis Adelia mendengarnya.

“Bukan itu yang saya maksudkan..”

Mengapa engkau sentiasa mampu meruntuhkan kekerasan hatiku,Aniq?

“Temankan abang..abang baru tahu abang dah ada anak..Sayang..Anak kita masih tak tahu bercakap.Abang tak faham bahasa dia..Macam yang Anis cakap tadi..banyak benda yang abang nak cakap dengan dia tapi abang perlukan ummi dia sebagai penterjemahnya..Abang nak tahu segala-galanya tentang anak abang nie daripada ummi dia.”

Allah..tak terdaya Anis Adelia ingin mendengar apa-apa lagi daripada lelaki ini.Mahu sahaja tangannya ini ditekupkan ke bibir itu.Biar mulut itu tidak bercakap apa lagi.

“Tak sudi nak pinjam dada abang lagi??” Sedaya upaya Anis Adelia bertahan.

“Aniq?”

“Kenapa susah sangat saya nak buat awak faham..Lepaskan..”

Serentak itu juga Anis Adelia cuba bertindak pantas,menyentap tangannya daripada cengkaman Aniq Ehsan berharap dapatlah dia melepaskan dirinya namun…?

Allah!

Anis Adelia tersentak! Tindakannya hanya menyebabkan Aniq Ehsan turut menyentap lengannya agak kuat.Tersembam juga wajahnya didada itu,seperti yang diperkatakan lelaki itu tadi.Terasa tangan lelaki itu yang memegang lengannya tadi sedang mendakapnya.

Tangisan yang agak terkawal tadi akhirnya dilepaskan tanpa dapat ditahan-tahan.

Aniq Ehsan tersenyum.

Sukar untuk meruntunkan jiwa wanita ini,tapi…

“Awak suka buat saya rasa bersalah! Awak suka buat saya nampak lemah sangat didepan awak! Awak suka buat saya macam nie??? Kenapa Niq!!! Apa salah saya pada awak?? Kenapa hukum perasaan saya sampai begini sekali???”

Sayu hati Aniq Ehsan mendengar ‘marah’ isterinya.Pun begitu dia juga tetap dengan ketegasannya.

Menangislah sayang..abang tahu,Anis dah cukup terseksa selama nie..

Aniq Ehsan mengejapkan lagi pelukannya.Usapannya lembut membelai tubuh isterinya.Moga dapat meredakan perasaan Anis Adelianya.

Wajah Ariq Ehsan yang sedang menatapnya baru disedari oleh Aniq Ehsan,lantas dibalasnya.Agak terkejut dia melihat senyuman yang terukir dibibir mungil itu.Antara percaya dan tidak sahaja Aniq Ehsan melihat senyuman yang seketika itu.

Ya Allah! Habis hati abah yang melihatnya.

Pertama kali?! Anaknya menghadiahkan senyuman buatnya??

Banyaknya kejutan yang aku terima hari ini? Dan kejutan anak kami inilah yang paling bermakna buatku ya Allah!

Tubuh Ariq Ehsan dirapatkannya ketubuhnya..

Silih berganti bibir Aniq Ehsan singgah diatas kepala kedua-duanya.

Mahu sahaja air matanya ini turut mengalir,namun dia masih kuat untuk menahannya.

*******************************

 

4 comments:

  1. Nur Syahirah Matnoh14 September 2013 at 07:41

    Sedih..huhu..smbgla lg

    ReplyDelete
  2. wahhhh gila bestttt:D nak bace lagi

    ReplyDelete
  3. Wah...
    Best...
    Akhirnya jumpa jgk ariq gn abh die...
    Baby mmg knal mak bh die kn???

    ReplyDelete