another entry...
Update: BAB 3

“Kak Sofi?!” Anis Adelia kelam kabut mendapatkan anaknya,
Sofia melepaskan nafas lega saat terpandangkan wajah Anis Adelia semula.Lega sangat kerana sikecil didakapannya ini sudah menangis sekuat-kuatnya.Dia nakkan ummi dia juga.
“Ha! Tu dia..ummi dia mai dah..”
Kak Sofia menunjukkan Ariq Ehsan umminya,namun tangisannya masih tak reda.
Anis Adelia tersenyum kelat kearah putera kesayangannya itu.
Alahai..berpeluh-peluh dah anak ummi. Anis Adelia sudah merapati kedua-duanya.Peluh dan air mata yang sudah membasahi wajah anak kesayangannya itu diseka kasih.
Kesiannya anak ummi..
“Mengamuk sakan dah ummi...” Kak Aisyah turut merapati mereka.
“Mahunya tak mengamuk..Hari nie baru menyusu sekali kak Cah.”
“Hmm..patutlah angin tak baik sungguh!”
“Nasib baik tak ribut taufan lagi.”
Anis Adelia ketawa mendengar kata-kata mereka,tangannya dihulurkan untuk mengambil sikecilnya semula.
Namun reaksi Ariq Ehsan pula mengejutkan mereka yang sedang berada bersamanya ketika ini.
“Tak nak??”
Anis Adelia menyoal tidak percaya? Tak berkelip matanya memandang kearah anak yang sudah berpaling,tatap ummi pun tak mahu dah?
Aik? Merajuk betul dengan ummi kali nie?
Ketawa mak cik-mak cik dia yang melihat.Bijak sungguh.
“Hai..? Ummi mintak maaf..tak sengaja pun nak suruh mama bawak Ariq jauh daripada ummi,marilah sini.Tak bolehlah anak ummi merajuk dengan ummi? Okeylah..Ummi bagi upah..”
Faham pulak,dapat juga kepelukan ummi namun tangisannya masih tidak berhenti.Pun begitu tangan kecilnya sudah memeluk tubuh ummi.Risau sangat kena tinggal lagi.
Ala..la..Si manja ummi nie!
“Pergi bawak anak tu menyusu dulu..tidur..lepas nie kita main lagi,ya sayang?” Ujar Kak Aisyah seterusnya.
Cik Eita yang turut berada bersama mereka menghadiahkan sebuah kucupan dikepala Ariq Ehsan.
Anis Adelia sekadar melemparkan pandangannya kewajah-wajah wanita yang berada dihadapannya,tersenyum lagi mereka.
“Kak..Anis masuk bilik rehat dulu.Nak susukan anak.Tolong perhatikan kalau lelaki tu masuk balik,tolong beritahu Anis secepat mungkin.Kak Sofi pun okey? Tolong cover Anis ya?”
“Kak Hani..tolong berikan Anis beg barang-barang Ariq tu..”
Ismahani mengambil beg yang dimaksudkan oleh Anis Adelia tadi sebelum dihulurkan kepada wanita itu.
“Bawak anak tu pergi menyusu dulu,mengantuk dah anak mama tu.Jangan risau.Kak Sofi dengan yang lain-lain ada nie,akak rasa dia pun dah pergi tu.”
Kak Sofia turut menenangkannya.
Ariq Ehsan sedang disusukannya,mata ibu dan anak itu tiba-tiba bertentang.Masih berkaca-kaca lagi mata buah hati kesayangannya ini.Rambut halus Ariq Ehsan yang sudah tumbuh semula dengan lebatnya meskipun baru seminggu yang lalu dicukur diusap Anis Adelia kasih.
“Ummi tak tinggal dah anak ummi nie..ummi sayang.” Ujar Anis Adelia perlahan,Ariq Ehsan tersenyum melihat ummi berbicara dengannya.
“Maafkan ummi sayang..” Tiba-tiba bait perkataan itu meniti bibirnya.
Anis Adelia mengucup dahi Ariq Ehsan.Air matanya turut jatuh berderaian.
Perasaan yang ditahan-tahannya sejak tadi,akhirnya dilepaskan tanpa dapat ditahan-tahan.
Berdua bersama Ariq Ehsan sahaja didalam bilik rehat ini memberikannya cukup ruang untuk menenangkan diri.
“Abah Ariq dah datang sayang..Ummi tahu,suatu hari nanti dia pasti akan bertemu kita juga dan hari ini dia telahpun muncul.Patutkah ummi kenalkan saja Ariq dengan abah atau ummi terus menyembunyikan Ariq daripadanya? Tapi sampai bila?”
Persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya.
Makin ditatapnya wajah sijantung hatinya ini..makin terbeban hatinya.
Apa yang perlu ummi lakukan sayang?
Ada benarnya kata mama Sofi,ummi nie jahatkan..pisahkan Ariq daripada abah..
Dengan abah pula? Ummi rahsiakan tentang Ariq daripadanya..Abah datang cari ummi sebab ummi,tapi kalau abah tahu ummi rahsiakan perkara sebesar ini daripada pengetahuannya? Akan bencikah abah pada ummi? Ummi cuma takut satu saja,kalau abah tiba-tiba ambik keputusan untuk rampas Ariq daripada ummi..? Apa ummi akan buat sayang? Ummi tak sanggup kehilangan Ariq,tapi...pilihan apa yang ummi ada sekarang? Abah dah ada disini pun.Betul cakap mama,lambat laun perkara sebenar akan sampai ke pengetahuan abah..cuma perkara sebenar itu akan keluar daripada mulut ummi sendiri atau orang lain yang khabarkan.Ummi buntu Ariq..Ummi tak tahu apa yang perlu ummi lakukan..
Anis Adelia menangis lagi..Hangat bibirnya singgah didahi putera kesayangannya.
Aniq Ehsan...Lelaki itu adalah kebetulan paling tidak disangka didalam hidupnya.
Pertemuan yang tidak diduga namun kerana pertemuan itu jugalah telah membuatkan dia bertemu jodoh dengan lelaki itu..
“Masuklah kak Nis,Kak Lia.Duduk dulu...Auni pergi tengok ibu dulu dalam bilik,takut ibu tak bersedia pulak nak jumpa tetamu.”
Farah Auni meletakkan buah tangan yang dibawa oleh Anis Adelia dan Marlia tadi diatas meja ditepi almari televisyen.
Anis Adelia mengangguk senang,Marlia juga.Selepas banyak kali mendengar cerita Auni tentang ibunya yang sudah lama terlantar sakit itu,baru hari ini mereka berdua dapat datang melawat.
“Assalamualaikum..” Sedang mereka berbual kosong,seorang lelaki tiba-tiba datang menghampiri,
“Waalaikumussalam..” Jawab mereka bertiga serentak.Farah Auni baru hendak masuk kebilik ibunya.
Pandangan Anis Adelia dan Marlia singgah kewajah lelaki itu,agak berserabut orangnya.Berjambang dan bermisai nipis.
Siapa pulak nie?
“Kawan Auni?” Soalnya.
Anis Adelia dan Marlia mengangguk.
“Kawan Auni,abang long...kenalkan,yang putih macam anak cina tu namanya Marlia,yang comel-comel tu pulak..Anis Adelia,majikan Auni.” Farah Auni tersenyum nakal kepada ketua-ketuanya.
“Kak Nis..Kak Lia..inilah abang long Auni..Hero ibu dan Auni.”
“Hero,hero jugak..Pergi buatkan air kat tetamu nie.Abang long nak pergi tukar lampin ibu kejap.” Tak sempat pun Auni hendak berbual panjang.Lelaki itu..sudah berlalu meninggalkan mereka.
“Tak apalah Auni,kak Nis dengan Kak Lia datang nie pun nak melawat ibu Auni saja.Tak payahlah susah-susah..”
“Tak bolehlah macam tu,ini kali pertama Kak Nis dan Kak Lia datang rumah Auni,duduk dulu okey? Auni buatkan air.Abang long baru nak bersihkan ibu..”
Marlia memandang Anis Adelia seketika sebelum kedua-duanya merenung kewajah Farah Auni semula.
“Yalah...” Tersenyum lebar anak dara itu mendengar persetujuan kakak-kakaknya.
“Okey! Duduk dulu..Tunggu sekejap tau..abang long pun tengah nak tukar lampin ibu tu.Lepas nie baru Auni bawak kak Lia dan Kak Nis masuk lawat ibu.”
Kedua-kedua sahabat itu akur juga..
Tak sampai seminit Auni menghilangkan diri didapur,Marlia pula tiba-tiba mengejutkannya.
“Alamak! Aku tertinggal telefon dalam kereta! Kejap ye..pergi ambik sekejap!”
Kelam kabut dia? Padahal telefon jer?
Ingatkan apa tadi?!
Anis Adelia ditinggalkan seorang diri diruang tamu itu.Marlia sudah keluar untuk mendapatkan telefon bimbirnya.
Bosan bersendirian,Anis Adelia berniat untuk melihat Auni didapur.Boleh jugak dibantunya apa yang patut,namun baru kakinya ingin melepasi pintu bilik yang dimasuki oleh abang long Auni tadi.Langkahnya tidak jadi diaturkan kedapur,sebaliknya pandangannya tiba-tiba singgah kewajah lelaki yang menegurnya dan Marlia tadi.
Langsir yang tertutup itu diselaknya sedikit.Terpaku seketika dia melihat lelaki itu sedang menyapukan bedak diwajah ibunya yang terbaring tidak berdaya.
“Kejap lagi tetamu Auni masuk nak lawat ibu..Aniq dah siapkan ibu..dah wangi-wangi pun,lepas nie mereka masuk ya bu.Aniq nak keluar dulu,nak buang lampin ibu nie.Kejap lagi Aniq masuk balik..” Aniq Ehsan mengucup dahi ibunya.
Tersentuh hati Anis Adelia melihat cara lelaki itu melayan ibunya,lembutnya dia?
Melihat lelaki itu ingin keluar semula,Anis Adelia segera ke belakang dinding sebelah kanan.Menyorokkan dirinya.
Mujur sempat..Jika tidak pasti kantoi...
Kantoi mengintai kat rumah orang.Hah?! Buruk benar bunyinya..Aku bukannya mengintai...terpandang jer tadi.. Dia menyedapkan hatinya sendiri.
Lelaki itu sudah menghilangkan diri didapur...Anis Adelia segera kembali ketempatnya semula.Sebelum Marlia atau Farah Auni muncul kembali,lebih baik dia berada ditempatnya.
Sebaik sahhaja dia duduk barulah kelihatan Marlia masuk semula kedalam rumah ini.Diikuti dengan kehadiran Auni bersama dulang berisi cawan,seperti yang dijangkanya.
Kemudiannya baru Anis Adelia melihat lelaki tadi pula kembali semula dan masuk kebilik ibunya semula.
“Minum kak Lia..Kak Nis..” Pelawa Auni sambil melabuhkan punggungnya dihadapan mereka.
“Siap ada kudap-kudap lagi?” Ujar Marlia berat hati.Bukannya apa,seolah-olahnya kehadiran mereka ini telah memberatkan tuan rumah pula sedangkan niat mereka hanya untuk melawat Puan Asiah.
“Yalah..kan kak Nis dah cakap,tak payah..” Anis Adelia menyokong.
“Abang longlah yang buat nie tadi..Ibu teringin sangat nak makan kuih limas.Abang long tu kalau masak,bukan sikit-sikit,tahu saja ada tetamu yang akan datang..Jemputlah makan.”
Anis Adelia dan Marlia mengambil juga,makan jugalah kerana telah disediakan tuan rumah.
“Terima kasih..”
“Sedapnya Auni...”
“Ermm..sedap..”
Baik Marlia mahupun Anis Adelia,kedua-duanya seakan-akan terpukau saat merasakan air tangan yang dimaksudkan Farah Auni tadi.
Marlia dan Anis Adelia saling memandang,bagaikan tidak percaya apa yang mereka makan ini adalah hasil tangan seorang lelaki?
“Sebab tu ibu suka air tangan abang long..Auni tak pandai sangat nak masak.Kadang-kadang jadi,kadang-kadang tak..tak taulah kenapa.” Farah Auni ketawa kecil sambil menggaru kepala yang dilitupi tudungnya.
“Auni..Bolehlah jemput tetamu kita tu masuk.Ibu dah siap.”
Anis Adelia memandang kearah lelaki yang sedang berbicara dengan mereka itu.Kenapa pelik benar perasaannya ini?
Itu kali pertama dan terakhir mereka bertemu,selepas Farah Auni memasuki semester ketiga,dia jarang datang ke
Pandangan mereka bertemu lagi,Anis Adelia masih dengan perasaan takjubnya terhadap lelaki dihadapannya ini.Hebatnya dia ya Allah? Aku sendiri belum tentu dapat melayani ayah dan mak ku sebegini rupa?
“Beginilah keadaan ibu sejak dua tahun lalu kak Lia..kak Nis.Cuma sejak akhir-akhir nie kesihatan ibu dah merosot sedikit.Dulu ibu masih boleh bergerak sikit-sikit,sekarang nie nak angkat tangan pun tak boleh dah..Bercakap pun dah makin lambat,tapi jelaslah lagi.”
“Tak cuba rawatan alternatif ke?” Anis Adelia menyoal.
“Bukan tak pernah,dah puas kami berubat tapi keadaan ibu masih begini.Akhir sekali,ibu sendiri yang kata tak payah kak Nis..Tapi kalau abang long tahu juga tentang orang yang pandai berubat,abang long sendiri bawak orang tu kerumah kak Nis..”
Anis Adelia dan Marlia mendengar sahaja apa yang dibicarakan oleh Farah Auni kepada mereka,pun begitu kedua-duanya masih memandang ke wajah tua yang masih mampu tersenyum itu.
Mungkin kerana disisinya ada anak-anak yang bukan sahaja memberikan kekuatan kepadanya bahkan juga..sudi menjaga dan menaburkan bakti mereka pula kepada ibu yang selama ini telah banyak berkorban kepada mereka.
Ya Allah! Hebatnya mereka?!
Kuatnya wanita ini..
Anis Adelia tersentak apabila tangannya yang memegang tangan wanita ini tiba-tiba dibalas dengan genggaman daripadanya.Tersentak lagi apabila pandangannya tiba-tiba bersatu dengan wanita ini.
Mengapa? Mereka baru sahaja bertemu? Kenal pun tidak..?
Mungkin juga dia memang begitu?
Lama juga Anis Adelia dan Marlia disitu,hampir dua jam berbual bersama akhirnya mereka meminta diri.
Anis Adelia mengakhiri pertemuan mereka dengan memberikan pelukan terakhirnya dan ciuman kasih didahi tua itu.
Doanya moga ibu tabah ini akan terus sabar menerima ujian yang Allah berikan kepadanya ini.
“Kami balik dulu mak cik..Assalamualaikum..”
“Waa...lai...ku...mus...sa..lam.” Itulah butir-butir yang meniti bibir tua itu.Pun begitu dia masih mampu dan sudi untuk berbual dengan mereka lagi.
Itulah kali pertama Anis Adelia bertemu dengan Aniq Ehsan..masakan dia boleh lupa air tangan lelaki itu? Masakan dia boleh lupa pertemuan pertama mereka? Lelaki berjambang yang begitu lembut dan baik melayani ibunya yang sedang terlantar sakit..mana mungkin dia lupa semua itu??
Satu-satunya lelaki yang telah membuatkan hati wanitanya begitu kagum dengannya?
Cuma Anis Adelia langsung tidak menyangka bahawa itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka.Sebaliknya Allah telah merancang sesuatu yang tidak pernah dijangkanya.
“Assalamualaikum..”
Lamunan Anis Adelia terhenti,pandangannya segera diarahkan ke pintu yang masih bertutup.
Rasanya,itu suara Sofia?
“Waalaikumussalam..”
“Boleh kak Sofi masuk?” Seperti yang dikatakan.
“Masuklah kak...” Wajah Sofia terpacul beberapa ketika selepas itu,Anis Adelia sekadar tersenyum pahit.Perlahan-lahan Sofia masuk kedalam bilik itu,pintu yang dibukanya tadi ditutup kembali.
“Tidur dah anak mama nie?”
“Tidur dah mama..letih sangat agaknya,sebab tu meragam.” Anis Adelia membelai lembut kepala anaknya.
“Menyusu lagi?”
“Tak dilepaskannya lagi..tak apalah,biarkan sekejap.Dia dah nyenyak kejap lagi,baru letak dalam baby court.”
Sofia turut menyentuh kepala Ariq Ehsan,pandangannya dialihkan kepada Anis Adelia.
Nampak kerunsingan diwajah itu.Aniq Ehsan dah muncul.
“Sampai bila Nis?” Sofia menyoal tenang.Pandangannya masih diwajah Anis Adelia.
Anis Adelia tahu..Sofia mesti akan bertanyakan perkara ini kepadanya.Pun begitu,pandangan Anis Adelia tetap diwajah Ariq Ehsannya.Tidak dinafikan,wajah sikecil inilah yang menjadi pengubat rindunya terhadap insan itu selama ini.Seraut wajah mereka yang saling tidak tumpah ini membuatkan Anis Adelia langsung tidak dapat melupakan lelaki itu walaupun untuk sesaat.
“Entahlah akak..yang Anis tahu..Anis tak bersedia nak berdepan dengan dia lagi.” Ujar Anis Adelia perlahan,
“Dah setahun lebih Nis..Nie.Ariq pun anak dia,tapi sampai sekarang dia tak tahu yang dia dah ada anak pun dengan Anis.”
“Anis tak pernah mintak dia cari Anis,Anis tak pernah terfikir pun akan bertemu dengan dia semula.”
“Anis boleh tipu orang lain,boleh tipu kak Sofi..Tapi hati tu..Anis tak boleh tipu Nis.Kak Sofi tahu..Anis memang tunggu Aniq kan selama nie?”
“Tak kak Sofi.Anis tak pernah tunggu dia.Anis dah ada Ariq.Cukup Ariq untuk menjadi penghibur dan peneman Anis.”
“Jangan tipu diri sendiri lagi,tu..kalau tak rindu,kenapa nak menitis air mata tu?”
“Dengar cakap kak Sofi.Anis kena selesaikan semua masalah nie..Paling penting,Anis kena beritahu dia jugak tentang Ariq.Jangan sampai dia tahu daripada mulut orang lain.Anis sendiri kena beritahu dia..Dah terlalu lama Anis sembunyikan perkara nie daripada dia dan keluarga Anis.”
“Anis lebih senang begini kak Sofi.Anis tenang tanpa mereka..”
“Tapi tak tanpa Aniq..Sampai sekarang,Anis masih isteri dia..nusyuz atau tak Anis sekarang,semua bergantung pada dia.Kalau dia redha dengan pemergian Anis selama nie..Anis selamat,tapi kalau sebaliknya? Nauzubillah Nis..Anis kena mintak ampun pada dia..”
Rapat matanya dipejamkan,Anis Adelia tahu semua itu.Dia memang tahu..seandainya dia mati sebelum mendapatkan kemaafan suaminya,dialah diantara wanita yang bakal menjadi penghuni neraka.
“Jumpa dia dulu..Kalau betul nak berpisah,leraikan dengan baik.Jangan terus melarikan diri macam nie.Kesian kat dia..kesian lagi pada Ariq nie ha..tak pernah kenal dengan abah dia lagi.”
“Dia masih berharap tu,kalau tidak dia takkan cari Anis sampai kesini.Fikir dalam-dalam,masalahnya sekarang bukan Aniq atau Anis tapi tu..anak nie!”
Anis Adelia menjatuhkan kembali pandangannya kewajah anak kesayangannya.Makin ditatapnya sikecilnya ini makin terbeban hatinya ini.
Dia memang bersalah kepada kedua-duanya,terutama sekali pada Aniq Ehsan.
“Keputusan Anis sekarang akan menentukan masa depan anak,fikirlah baik-baik..Kak Sofi tak nak Anis menyesal nanti.”
“Assalamualaikum..” Perbualan mereka terganggu seketika,Anis Adelia dan Sofia merenung kearah pintu.Zahnita sudah mengintai kearah mereka melalui pintu yang dibukanya sekadar cukup untuk dimasukkan kepalanya.
“Waalaikumussalam,ada apa Eita?”
“Kak Nis,ada student Malaysia datang.Dia tanya buku Prof Dr. Muhaya,katanya dia ada tempah dengan kak Nis seminggu lepas?”
Anis Adelia baru teringat,baru dia ingin membuka mulut.
“Biar kak Sofi ambikkan,tunggu sekejap.” Ujarnya kepada Zahnita sebelum mengalihkan pandangannya kepada Anis Adelia semula.
“Anis letak buku tu kat mana?”
“Dalam kereta kak Sofi.”
“Mana kunci..?”
Anis Adelia langsung mengeluarkan kunci keretanya daripada beg tangannya.
“Duduk dengan anak tu..fikir balik apa yang kita dah bincang tadi.Hal kat luar tu..biar kak Sofi uruskan.Kak Sofi tengok,Anis pun tengah berserabut lagi tu..”
Anis Adelia mengangguk akur,selepas mengambil kunci kereta adik angkatnya itu Sofia langsung keluar.Pintu bilik ditutup kembali.
Anis Adelia kembali bersendirian bersama anaknya..
@@@@@@@@@@@@@
Apa yg jd sterusnya?
ReplyDeleteX sb4 nk bca next ntry
nak 4 cepat plisss :D
ReplyDeletereleased ;)
ReplyDeletePlay god55 Online Slot Machines Today - Free Play in 2021 jeetwin jeetwin 카지노사이트 카지노사이트 8525Best Football Tips for tomorrow | Shootercasino
ReplyDelete