Buat semua yang sedang menanti sambungan kisah mereka...
Jemput baca buat yang sudi.. ;)
Bahagian 6..
Jam hampir menjengah keangka satu pagi ketika Ariff Farhan dan Nur Imani tiba dirumah mereka.
Nur Imani terus masuk kerumah sebaik kereta Ariff Farhan diparkirkan ketempatnya.
Dia menapak ke anak tangga menuju kebiliknya berhati-hati,rasa mengantuk yang menguasainya membuatkan Nur Imani merasakan setiap tapak yang diaturnya bagai tidak dirasai tapak kakinya ini.
Ariff Farhan ditinggalkannya berseorangan diluar.
Matanya masih ingin dipejamkan meskipun sepanjang perjalanan balik dari rumah Zahim tadi dia hanya tidur membiarkan Ariff Farhan memandu bersendirian sambil mendengar radio.
Sebaik memasuki biliknya,badan yang terasa keletihan dibaringkan keatas tilam empuk yang begitu menyelesakan tubuhnya.
Cukup menyelesakan!
Nur Imani terlupa untuk menyalin pakaian yang dipakainya tadi,tudungnya juga hanya dibuka selepas beberapa ketika dia berada diatas katil itupun setelah matanya hampir terpejam semula.
Rasa letih yang menguasai diri membuatkan Nur Imani tidak berkeinginan untuk menguruskan dirinya lagi.
Sudahnya dia terlena kembali.
Ariff Farhan hanya memerhatikan isterinya masuk kedalam rumah sebelum menyempurnakan tugasnya.Selesai mengunci pagar luar,baru Ariff Farhan melangkah masuk kedalam rumah dan mengunci pula pintu grill dan pintu utama rumahnya.Kelibat Nur Imani turut dicari ketika dia melalui ruang tamu utama namun langsung tidak kelihatan,akalnya membuat kesimpulan ringkas yang isterinya itu sudah pun naik kebiliknya dan mungkin juga sudah terlena.
Dia juga tidak terus naik kebiliknya sebaliknya mematikan langkah di ruang rehat dirinya disebelah kanan ruang tamu kedua.
Kini tiba gilirannya pula merehatkan tubuhnya selepas hampir setengah jam memandu.
Ketenangan yang teramat!
Malam mula merangkak pergi sikit demi sedikit.Baik Nur Imani mahupun Ariff Farhan,kedua-duanya sudah lama terlena diulit mimpi.Namun semuanya hanya seketika buat Nur Imani apabila nyenyak tidurnya tidak membawanya terlena sehingga ke pagi.Mata yang tadinya terpejam rapat tiba-tiba terbuka luas.Nur Imani bagaikan dikejutkan oleh sesuatu tetapi tidak dipastikan dengan apa.Serasa ada sesuatu yang ingin keluar daripada anak tekaknya tapi datang dan hilang begitu saja.
Urwk...Hampir terhambur muntahnya keluar apabila rasa itu kembali tiba-tiba.Mujur sempat kedua-dua tangannya ditekupkan kemulut jika tidak satu kerja lagi terpaksa dilakukan.Tanpa menunggu lama Nur Imani menolak selimut yang menyeliputi tubuhnya tadi ketepi,terkocoh-kocoh dia turun dari katilnya dan berlari kebilik air tanpa menunggu walaupun untuk sesaat lagi.
Sesampai disingki...
Wek! Wek! Huk! Wek!!
Nur Imani terbongkok di mangkuk singki mengeluarkan segala lendir pekat yang semakin meloyakan.Mangkuk singki yang berada didepannya digenggam sekuat mungkin,menahan keadaannya ketika itu.
Ya Allah..peritnya.. dia merintih sendirian,tidak terdaya lagi rasanya untuk dia menanggung segala kesakitan ini.
Air mata turut mengalir disebabkan keadaannya tadi,tekak yang terasa perit ditambah pula sakit dikepala yang semakin berdenyut-denyut membuatkan dia kehilangan tenaganya.
Akhirnya Nur Imani terkulai duduk ditepi singki tanpa dapat melakukan apa-apa lagi terhadap dirinya.Dia juga tidak berdaya untuk bangun semula apatah lagi untuk membawa langkahnya kembali kekatil.
Berikanlah hambaMu ini secebis lagi kekuatan Ya Allah...Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon perlindungan dan pertolongan. Pohonnya,air mata yang membasahi wajah sejak beberapa minit yang lalu diseka perlahan.Nur Imani merapatkan tubuhnya ke didinding bilik air,moga dengan cara ini tubuhnya yang dirasakan tidak bermaya ini boleh mendapatkan kembali kekuatannya.Mujur tangannya sempat mencapai minyak angin yang berada diatas meja lampu disebelah katilnya ketika tergesa-gesa berlari kebilik air tadi.Penutup minyak angin itu dibukanya sebelum jari telunjuknya mencalit sedikit minyak angin yang berada dibotol itu dan disapukan pula kebahagian dahi,hidung dan dadanya yang terasa sakit akibat tekanan yang terpaksa dilakukan ketika memuntahkan segala isi perutnya tadi.
Selepas itu baru kepalanya turut dijatuhkan kebatu singki yang berada disebelahnya.Nur Imani cuba untuk merehatkan dirinya sebelum berbuat sesuatu.
Ya Allah,
Sebaris nama itu kembali meniti bibirnya,disaat bersendiri begini..Ingatannya terhadap Yang Maha Kudus itu semakin mencengkam jiwa semakin mengusik perasaan halusnya.
Dengan hadirnya semua ujian dan dugaan ini,Nur Imani semakin merasakan rahmat dan kasih sayang Allah terhadapnya walaupun semuanya tidak semudah yang disangka.
Bagi Nur Imani,nyawa sikecil ini cukup bernilai buatnya kerana dia adalah milik seorang lelaki yang begitu dicintainya.Meskipun dia gagal meraih cinta insan itu sehingga kehari ini dan mungkin sampai bila-bila,sekurang-kurangnya dengan adanya sikecil ini ingatannya terhadap Ariff Farhan takkan pernah luput dan hilang walaupun untuk sesaat.Itulah yang dia harapkan kerana cintanya terhadap insan itu tulus dan suci sehingga kehari ini.
Nur Imani memujuk dirinya supaya berusaha untuk keluar dari tempat ini meskipun dia juga dapat merasakan yang dia tidak mampu melakukannya.Dengan sedikit kudrat yang masih bersisa dia mengagahkan dirinya untuk bangun meskipun dengan bantuan dan sokongan semua benda yang berdekatan dengannya.
Cubaan pertamanya gagal apabila Nur Imani hampir terjatuh dalam keadaan terduduk.Mujur sempat dia menahan tubuhnya daripada terhempas kelantai.Jika tidak,mahunya berlaku pendarahan.Pun begitu,dia tidak menjadikannya alasan untuknya mengalah kerana Nur Imani tekad untuk kembali kekatilnya walau dengan cara apa sekalipun.Lama Nur Imani mencuba,jatuh bangun dan jatuh semula.Hampir pula dia berputus asa namun selepas 5 kali percubaannya gagal akhirnya kaki yang lemah tadi dapat berdiri semula.Rasa syukur yang teramat menyelinap kesanubarinya.
Seketika kemudian barulah Nur Imani memulakan langkahnya semula.Satu persatu langkahnya diatur keluar itupun secara perlahan-lahan dengan merapatkan tubuhnya kedinding.Barulah bibir pucatnya dapat menguntumkan sedikit senyuman.
Jika setengah jam yang lalu dia hanya memerlukan tidak sampai dari seminit untuk berlari kedalam bilik air,tadi pula hampir 10 minit masa yang terpaksa diambilnya untuk kembali kekatil.
Alhamdulillah... Bibirnya menzahirkan apa yang berada dihatinya ketika ini.Nur Imani mendudukkan dirinya keatas katil dengan rasa syukur yang teramat.Selepas penat berusaha,akhirnya dia berjaya kembali kekatilnya.Lantas hujung tangan bajunya menyeka titis jernih yang kembali membasahi wajahnya ketika ini.Barulah Nur Imani membaringkan pula tubuhnya yang keletihan itu keatas tilam empuk yang cukup menyelesakan itu.
Rasa sakit dipinggangnya juga mula menghilang cuma denyutan dikepalanya masih terasa.Namun semua itu tidak dapat melawan rasa letih yang telah dilaluinya ketika berusaha untuk kembali kekatil tadi.Dek keletihan itu juga,mata yang turut kuyu itu begitu mudah untuk dilenakan.
Suara muazzin mengalunkan azan subuh menyapa Nur Imani,mata yang terasa berat itu dipaksa juga untuk dibuka kerana seruan itu merupakan kewajipan utama untuk ditunaikan.Namun ketika dia menggerakkan sedikit badannya,
Aduh..bibirnya mengerang sendirian Nur Imani dapat merasakan ketidakselesaan ditubuhnya.Pun begitu dia cuba untuk bergerak lagi,tapi tetap terasa sakit seperti tadi.
Terpaksa dia mematikan niatnya untuk bangun,badan yang terasa sakit ini turut menggigil kedinginan.Pelik? Sejak malam tadi dia langsung tidak menghidupkan penghawa dingin yang sedia ada didalam bilik ini kipas apatah lagi..tapi kenapa pula...?? Badannya dirasakan sedingin ini?
Lalu selimut yang menutupi bahagian pinggangnya sehingga kebawah kaki tadi ditarik sehingga menutupi leher dan sedikit wajahnya.
Sebaik tangannya disinggahkan kedahi dan lehernya barulah Nur Imani tersedar akan suhu ditubuhnya sudah berubah secara mendadak.
“Ya Allah! Demam pulak ke aku nie?” Soalnya resah.Nur Imani bimbang kerana badannya pasti akan sakit-sakit setiap kali dia jatuh demam.Inikan pula dalam keadaannya sekarang yang sedang berbadan dua.
Fikiran negatif mula mengasak minda terutama sekali yang berkaitan dengan baby.Nur Imani takut memikirkan situasinya,bimbang jika keadaannya akan memudaratkan kandungannya pula.
Rasa risaunya membuatkan dia semakin takut.
“Anak ibu kena kuat..” Ujar Nur Imani sayu kepada kandungannya,tangannya yang mengusap perutnya sedari tadi itu dibiarkan sahaja berada disitu sebelum matanya dipejam rapat,ada titis jernih yang menitis dibalik kelopak mata yang tertutup itu.
Nur Imani sedang berbicara dengan Penciptanya..Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Moga Engkau tidak mengambilnya dariku ya Allah.. Bisiknya bersama hiba yang teramat.Jiwanya terlalu sensitif tika ini.Ujian yang diturunkan oleh Allah ini membuatkan Nur Imani merasakan dirinya begitu lemah untuk menghadapi situasi seperti ini.
Seruan yang telah memanggil setiap daripada muslim untuk ditunaikan memaksa juga Nur Imani untuk meninggalkan tempat beradunya.Sakit..Itulah yang sedang dilaluinya namun itu bukanlah alasannya untuk melewatkan apatah lagi untuk meninggalkan kewajipannya itu kerana sebagai hamba,pergantungannya hanya diletakkan kepada Allah.Jadi disitulah juga tempat mengadu dan permohonannya.
Payah bagi Nur Imani untuk menguruskan diri dalam situasi sekarang.Sejak beberapa jam yang tadi,sudah beberapa kali dia jatuh sakit dan sekarang dia merasakan yang inilah kemuncaknya.
Dibawah pancuran air Nur Imani membersihkan dirinya,usah dikenangkanlah rasa sakit yang semakin mencucuk-cucuk kepala dan tubuhnya akibat kedinginan air pagi itu,dingin dan sejuk hingga dirasakan menyerap didalamtulang belulangnya.Sampai tersedu sendirian Nur Imani dibuatnya.Benar-benar menguji iman.
Selesai mengambil wudhuk dan menyiapkan dirinya,barulah Nur Imani bersedia untuk menghadap Penciptanya.
Dia mengerjakan solat subuh pagi itu dalam keadaan duduk.Sepertimana kepayahan yang terpaksa dilalui ketika menguruskan dirinya tadi,begitu jugalah yang dilaluinya saat ini.Cuma tidaklah seperit mahupun sepayah tadi.
Sebelum kembali kekatilnya Nur Imani sempat singgah didepan almari.Tiga helai baju tebal berlengan panjang dikeluarkan dari dalam almarinya itu sebelum ketiga-tiga helai baju tersebut disarungkan ketubuhnya.Sayang sekali,semua itu tidak mampu menghilangkan rasa sejuk yang sedang dirasainya ketika ini dan dia juga sudah tidak berdaya untuk terus berdiri lama lagi.Selesai baju ketiga itu disarungkan ketubuhnya Nur Imani kembali kekatil.Kali ini kain selimut yang berada dihujung katil itu turut dibiarkan menyeliputi tubuh yang masih terasa dingin ini.
“Nur??” Ariff Farhan mengetuk pintu bilik isterinya,namun tiada balasan.Pada awalnya dia tidak berhajat ingin mencari wanita ini tapi..Ketika dia ke dapur tadi kelibat isterinya langsung tidak kelihatan. Dia pula terlena diruang rehatnya pagi ini,tidak juga dia mendengari sebarang bunyi didapur sejak subuh tadi.Selalunya wanita itu sudah berada didapur sebelum keluar bekerja kerana rutin hariannya memang begitu.
Meskipun Ariff Farhan tidak pernah menjamah walaupun sedikit sarapan yang disediakan oleh isterinya itu namun Nur Imani tetap menjalankan tanggungjawabnya,begitu juga dengan makan malam yang turut disediakannya.
Memikirkan mereka terlewat tiba dirumah pagi tadi,Ariff Farhan meneka sendiri yang isterinya mungkin terbabas tidur.Itu yang tak kunjung tiba wajahnya?
“Nur? Kau dah bangun ke belum? Kau tak kerja ke hari nie? Dah dekat pukul 7.00 nie?” Ariff Farhan menyoal daripada luar.
Tiada sebarang jawapan daripada Nur Imani.
“Nur??” Panggilnya lagi,tapi masih sunyi seperti tadi.Suara isterinya langsung tidak kedengaran menjawab pertanyaan mahupun panggilannya.
Tak kerja ke dia nie? Ariff Farhan mula bersoal jawab sendiri.
Pandangannya dijatuhkan pula kebawah,tombol pintu itu ditenungnya tidak berkelip.
Ingin dipulas?
Malas rasanya..Kot-kot isterinya tengah tengah bersiap ke? Ha?!!
Ish!! Apa nak dikisahkan..dah nama pun isteri.. Hatinya memberi jawapan kepada soalan bodoh yang tiba-tiba datang kefikirannya.
Erghh! Alasan!! Padahal lebih daripada tu pun kau dah lihat kan?
Entah daripada mana bisikan sinis itu hadir datang membidasnya langsung membuatkan Ariff Farhan terdiam sendiri.Namun akalnya terlebih dahulu membuat keputusan dan disudahkan dengan tindakannya yang memulas juga tombol pintu yang tertutup rapat itu.
Sebaik pintu bilik itu terbuka luas..Pandangannya sudah Kepalanya digeleng perlahan,
Benar telahannya,Nur Imani masih diulik mimpi..Seluruh tubuh itu berada didalam selimut.
‘Perempuan nie...tak panas ke tidur macam tu?’ Soal hatinya sambil dia berjalan kearah katil yang sedang menjadi tempat beradu isterinya.
Dilihatnya,penghawa dingin yang sememangnya tersedia didalam bilik ini juga tidak dihidupkan.
Ariff Farhan berjalan kearah katil itu,ketika langkah kakinya berhenti dihadapan isterinya kelihatan wajah itu menyapa pandangannya.
Ariff Farhan menunduk sebelum menggoncang tubuh itu perlahan.Sekadar ingin mengejutkan.
“Nur...Bangun..”
“Bangun..dah pukul 7.00 lebih nie.Kau tak kerja ke?”
Kehadirannya ternyata mengejutkan Nur Imani,membutang anak mata isterinya itu ketika melihatnya berdiri dihadapannya.
“Kau tak kerja ke?” Soal Ariff Farhan semula bersama isyarat mata yang diarahkan kearah jam yang sudah menunjukkan keangka 7.20 pagi.
Nur Imani masih kelihatan mamai.Selimut yang sedikit menutup mukanya tadi dijatuhkan kelehernya.Matanya yang dirasakan masih samar-samar ditenyih perlahan,barulah pandangannya yang sedikit malap tadi kembali jelas.
Dah siang! Bisik hati kecil Nur Imani ketika pandangannya terarah kearah cermin tingkap bilik yang kelihatan cerah diluarnya.
Ariff Farhan pula seakan-akan tidak sabar ingin mendengar jawapan daripada isterinya kerana dia juga perlu bergerak ketempat kerjanya.
“Aku tanya nie,kau tak kerja ke?” Soalnya lagi namun reaksi yang sama yang diterimanya daripada isterinya itu.Nur Imani masih tidak bersuara.
“Jam dah pukul 7.00 lebih nie,kalau kau rasa tak nak terlambat.Baik kau bangun sekarang,aku takda masa nak melayan,aku pun nak kesyarikat nie!” Terang Ariff Farhan dalam masa yang sama turut memancing isterinya untuk berbicara dengannya.
Namun Nur Imani masih mendiamkan diri hanya pandangan redup wanita itu yang didapatinya.Buntu pula Ariff Farhan dibuatnya.
Wanita itu sepertinya ada sesuatu yang ingin dibicarakan kepadanya cuma...bibir itu seakan-akan tidak boleh diangkat.Langkahnya langsung dirapatkan kekatil isterinya.Entah bagaimana boleh terdetik dihatinya untuk menyentuh dahi itu.
Huh! Panas badan dia nie! Tidak berkelip mata Ariff Farhan ketika belakang tangannya ini diletakkan kedahi dan leher Nur Imani.
Terasa bahangnya menyerap kejari jemari kasarnya.
“Kau demam?” Soalnya bimbang.Punggungnya juga sudah dilabuhkan kesisi isterinya,tangan isterinya yang berada didalam selimut tadi ditarik keluar sambil digenggamnya.
“Kenapa tak beritahu aku?? Panas nie?!” Nada suaranya kedengaran risau dan bimbang namun air mukanya..serius dan menakutkan.
Nur Imani tidak tahu ingin membalas apa,sesal pula bertandang kehatinya kerana tidak mengunci pintu bilik tadi.Jika tidak,sudah pasti Ariff Farhan takkan masuk kebiliknya.Paling penting,dia tidak akan dibebeli seperti sekarang!
Huh! Sudahlah seluruh badannya sakit-sakit,sekarang pula..kena pasang akal dan pendengarannya untuk menerima setiap bicara suaminya pula.
Hai..nampaknya tak kebahlah demam ibu kalau macam nie sayang..
Sudahnya Nur Imani hanya mampu mengeluh didalam hati kerana bibirnya memang terasa lemah untuk diangkat.Inikan pula mengeluarkan suara yang turut memerlukan tenaga darinya.
“Dah! Bangun sekarang,pergi siap! Lepas tu turun kebawah! Aku temankan kau ke klinik.”
Ternyata kesenyapannya telah membuatkan Ariff Farhan mengambil tindakan sendiri namun arahan daripadanya hanya membuatkan Nur Imani semakin mematungkan diri.
Nur Imani masih memandang suaminya,setiap tingkah lelaki itu tidak pernah lari daripada pandangan matanya.Apatah lagi dengan arahan yang baru diterimanya tadi.
Nak pergi klinik?? Nur Imani menelan air liurnya sebelum menarik nafas berat,
Tanpa dilihat Ariff Farhan,kepalanya sudah digelengkan.Menidakkan arahan yang baru diterimanya daripada Ariff Farhan.Tidak sanggup rasanya dia ingin keklinik dengan Ariff Farhan dalam keadaannya sekarang.
Ariff Farhan pula sudah bangun dari katil isterinya ini dan berniat untuk berlalu pergi,tapi...
Sebelum sempat kakinya mengatur langkah,tubuhnya terpaksa dipalingkan kebelakang semula.
“Kenapa pulak nie?” Laju bibir Ariff Farhan menyoal kembali,pandangannya dilemparkan kearah jari jemarinya yang sudah dipaut lembut jemari halus isterinya.Kemudian wajah yang tidak bermaya itu ditatap kembali,namun bibir itu tetap tidak menuturkan sebarang kata.Buntu lagi Ariff Farhan dibuatnya,dah macam bercakap dengan orang bisu pula dirasakannya.
“Kenapa Nur?” Mahu tak mahu Ariff Farhan merapatkan semula tubuhnya kearah katil semula.
“Kenapa?” Soalnya semula cuma lebih sedap didengar daripada tadi.
Nur Imani terus mencuba untuk mendapatkan simpatinya,dia terlalai dimana tindakannya mungkin akan menyebabkan sesuatu yang lebih teruk daripada jangkaannya?
“Tak lalu...” Ujar Nur Imani akhirnya.
Sedangkan jawapan itu telah membuatkan tangan Ariff Farhan begitu laju menyelak ketepi selimut yang menyeliputi tubuhnya.Nur Imani terus terpempan.
Dalam masa yang sama,keadaannya sekarang turut mengejutkan lelaki yang sedang melihatnya.
Biar betul dia nie? Ariff Farhan tidak mampu berkata apa-apa lagi ketika matanya terpandang akan 3 helai baju tebal yang tersarung ditubuh isterinya.
Namun tindakannya tetap pantas apabila tidak sampai seminit,tubuh isteri sudah berada dalam cempungannya.Terpana Nur Imani seketika apabila merasakan tubuhnya sudah berada diawangan tiba-tiba..
“Abang??” Suara Nur Imani hampir tenggelam dengan perasaannya tapi cukup jelas dipendengaran Ariff Farhan.
“Hmm?” Ariff Farhan langsung tidak memandangnya,
“Abang nak bawa Nur kemana nie?” Soal Nur Imani gusar apabila Ariff Farhan sudah mula melangkah,kearah pintu pula.
“Kliniklah!”
“Klinik?? Err..Nur tak nak keklinik..!” Laju kepalanya digelengkan.
Ariff Farhan merengus dengan jawapan isterinya itu.
“Kau tak sihat! Kenalah pergi klinik!” Terang Ariff Farhan,Nur Imani masih mengeleng dalam cempungannya.Mencerlung pandangan Ariff Farhan kepadanya.
“Nur tak nak!” Nur Imani pula tetap dengan dengan ketegasannya.
“Dah kenapa pulak?” Sergah Ariff Farhan lagi.
“Nur tak nak! Nur tak nak pergi klinik,letak Nur atas katil balik..” Ariff Farhan tetap berjalan meskipun isterinya sudah mula menunjukkan protes.
“Tolong hantar Nur kebilik balik..Nur tak nak pergi klinik.” Rayu Nur Imani,cuma suaranya kali ini seakan berbisik dan lebih kepada memujuk.
Tetapi tidak mampu melawan kehendak Ariff Farhan.
“Tak nak pergi macammana? Badan kau panas sangat.Aku tak rasa nie demam biasa lagipun aku bukannya suruh kau drive sendiri,aku yang hantar.Lepas check nanti,ambik ubat..Kita baliklah! Bukannya lama!” Keras Ariff Farhan mempertahankan keputusannya.
Nur Imani pula..
Hatinya mula dirobek-robek dengan kata-kata suaminya.Tunggu masa sahaja kolam air matanya ini ingin pecah.
“Nur tak nak,hantar Nur kekatil balik.Tak pun! Turunkan Nur kat sini,biar Nur balik kebilik Nur sendiri..” Bergetar suaranya menahan rasa dihati.
Ariff Farhan pula merasakan kesabarannya dicabar oleh wanita ini.Tiba-tiba dia jadi angin!
“Hei! Kau nie kenapa? Tak sedar ke badan kau nie lemah! Nie! Sampai 3 helai baju tebal kau pakai kat tubuh kau nie? Kan aku dah cakap! Biar aku temankan kau keklinik! Aku temankan! Kau tak faham?!” Hilang sudah kesabarannya dibuat dek kekerasan hati isterinya.
Macam tak sedar yang dia ni tak sihat! Bebelnya terus cuma kali ini didalam hatinya.
Berdesing telinga Nur Imani mendengar hamburan kemarahan Ariff Farhan terhadapnya.
Nur sakit pun abang nak marah jugak?? Tangis Nur Imani didalam hatinya.
“A..” Belum sempat dia menyambung ayatnya semula,Ariff Farhan tidak jadi meneruskan kata-katanya kerana ketika pandangannya kembali semula ke wajah pucat itu.Kedua-dua belah pipinya sudah dibasahi dengan air mata.
Nur Imani gagal mengawal tangisannya,esakannya turut kedengaran..Tersentuh tangkai hati Ariff Farhan.
Nur Imani pula....melihat wajahnya sedang ditatap sisuami tidak berkelip,dia langsung melekapkan wajahnya kedada bidang milik insan itu.Teresak-esak dia melepaskan rasa dihatinya disitu.
Ariff Farhan semakin buntu,buntu dengan sikap aneh Nur Imani pagi ini.
“Nur...?” Ariff Farhan sudah teragak-agak untuk menegur isterinya.
Dah kenapa pulak nie?
“Nur nak masuk bilik.Hantar Nur ke bilik balik.” Permintaan Nur Imani kali ini membuatkan Ariff Farhan merasakan ketegasannya tidak dapat dipertahankan.
“Kau tak sihat nie..” Pujuk Ariff Farhan semula cuma kali ini dengan cara yang lebih berhemah daripada tadi.
“Nur nak masuk bilik..” Rayu Nur Imani terus.Air mata yang masih mengalir diwajah dibiarkan membasahi kemeja yang dipakai suaminya,tidak sedikit pun Nur Imani mengangkat wajahnya semula.
Dalam masa yang sama,dia jadi malu dengan sikapnya.Tidak pernah dia bertindak begini terhadap Ariff Farhan sebelum ini.Cuma....entah kenapa pandangan menyinga Ariff Farhan dan kemarahan lelaki itu sebentar tadi membuatkan air matanya tanpa segan silu menitis tanpa dapat ditahan lagi.Diiringi pula dengan esakan yang cuba disembunyikan.
Mungkinkah sikecil ini yang merasakan kebencian dihati Ariff Farhan terhadap mereka sehingga dia meruntunkan jiwa halus ibunya ini?
Anak ibu..semakin sayu hatinya saat ini,lantas dia mengeratkan lagi lingkaran tangannya dileher Ariff Farhan.Perut yang sedikit mengenai tubuh suaminya bagaikan memberitahunya kerinduan sikecil ini terhadap bapanya!
Kedengaran kembali tangisan yang mulai reda tadi,
“Ya! Aku hantar balik..hish..kau nie! Dah tua-tua pun takut nak ke klinik lagi?” Sudahnya,Ariff Farhan terpaksa juga mengalah.Tangisan isterinya telah mencairkan jiwanya yang keras tadi.
Pun begitu,rasa bimbangnya terhadap keadaan Nur Imani ketika ini tidak mampu dibuang. Langkahnya dikembalikan semula kedalam bilik wanita itu.
Tiba sahaja dikatil isterinya,Ariff Farhan kembali menurunkan tubuh itu keatasnya.Sedikit pun wajah itu tidak merenungnya selepas itu.Marah agaknya? Teka Ariff Farhan didalam hati.
Sebaik meletakkan Nur Imani dikatilnya semula tadi,Ariff Farhan turun kebawah.Beberapa minit kemudian dia kembali kebilik isterinya dengan membawa sebesen kecil air asam jawa yang dibancuh bersama air sejuk tadi.Kelihatannya Nur Imani sudahpun terlena,berhati-hati dia melangkah sebelum duduk disisi wanita itu.Kemudian barulah tuala kecil yang disangkutkan dibahunya tadi,diambil sebelum direndam didalam bancuhan air asam jawa itu,diperah dan dicelum kan ke dahi dan beberapa bahagian tubuh isterinya yang terdedah.Lena tidur wanita itu sehingga dia langsung tidak sedarkan diri sepanjang Ariff Farhan merawatnya.
Cuma sesekali,terdengar bibir mulus itu sedikit mengerang.Seakan-akan kesakitan.
Ariff Farhan sekadar mampu mendengar,tadi sudah dipujuknya Nur Imani untuk keklinik tadi tapi ditolak mentah-mentah..
Ingin dipaksa terus?
Tak sampai pula hatinya,apatah lagi ketika mendengar tangisan isterinya tadi..
Dah tu??
Tengoklah bagaimana keadaan isterinya nanti,jika suhu badannya masih seperti sekarang untuk dua atau tiga jam dari sekarang.Nur Imani akan tetap dibawanya keklinik samada dia nak atau tak..Kali ini dia takkan mengalah,biarlah dia terpaksa mendengar tangisan mahupun raungan iaterinyanya.Ariff Farhan takkan mengalah lagi! Itu keputusannya.
Celuman terakhirnya diakhiri dengan meletakkan kain basah yang telah diperahnya tadi kedahi Nur Imani.Selepas itu baru Ariff Farhan keluar,ada kerja yang sedang menantinya.
“A..bang..” Laju pandangannya dialihkan kearah pemilik suara yang memanggilnya tadi,Ariff Farhan cukup yakin suara itu milik isterinya.Namun ketika pandangannya singgah ketubuh itu,Nur Imani masih kaku diatas katilnya.
“Abang..” Buat kedua kalinya suara itu kedengaran lagi,seiring itu barulah kelihatan tubuh isterinya mula bergerak sedikit.Akhirnya pandangan mereka bersatu juga.Redup pandangan Nur Imani membalas pandangannya.Ariff Farhan bangun juga dari tempat duduknya dan menghampiri isterinya yang masih kelihatan lemah itu.
“Kau nak kemana?” Melihat Nur Imani ingin bangun dari pembaringannya,laju tangan Ariff Farhan menghalangi.
“Nur nak ambil air.” Beritahunya.
“Tak payah nak bangun,bergerak banyak sangat nanti.Sakit pulak.Biar aku ambikkan.”
Ariff Farhan mencapai gelas air kosong yang sememangnya berada diatas meja lampu disisi isterinya.Cawan itu disuakan kebibir Nur Imani sambil dia turut membantu isterinya untuk minum.
Tersentuh hati Nur Imani dengan layanan yang diterimanya daripada Ariff Farhan itu,tangan kasar itu menyentuh lembut dahinya,bertambah tersentuh bila wajah itu sudi menatapnya sebening itu.Bagaikan tidak pernah wujud benci dihati insan ini buatnya.
Alangkah bahagianya jika Ariff Farhan terus bersikap begini terhadapnya?
Alangkah bahagianya dia jika dihujung-hujung perkahwinan mereka,kebahagian seperti ini yang diberikan Ariff Farhan kepadanya? Nur Imani terus berbicara sendirian didalam hatinya.
Habis satu gelas air kosong itu diteguknya,Ariff Farhan membantunya untuk berbaring semula.Barulah Nur Imani merasakan bantal yang sedang dibaringnya ketika itu sudah kebasahan.Ketika itu juga pandangannya jatuh kearah besen merah yang berada disebelah gelas air kosong yang diambil Ariff Farhan tadi.
Sedarlah dia,lelaki itu telah membasahkan kepalanya tadi.
Nur Imani turut mengalihkan pandangannya kearah tempat yang diduduki Ariff Farhan sebelum dia bangun tadi.Ada fail dan beberapa helai kertas yang pastinya milik lelaki itu diatas meja kerjanya.
A??
“Abang tak kerja ke?” Terus soalan itu diajukan kepada suaminya,
“Nak kerja apanya kalau kau dah macam nie? Aku ajak kau klinik kau tak nak..takkan aku nak tinggalkan kau dalam keadaan macam nie pulak?”
“Kan Nur dah cakap,Nur tak apa-apa.Sekarang pun Nur rasa dah baik sikit,terima kasihlah sebab sudi celumkan kepala Nur nie.”
“Hmm..” Hanya itu balasan daripada suaminya.
“Kalau abang ada kerja.Pergilah ke syarikat.Nur dah baik sikit,rasanya nak bangun pun boleh dah nie.” Beritahu Nur Imani jujur.
“Kau tak pergi kerja nie,dah beritahu bos ke kau tak sihat?” Berubah air muka Nur Imani dengan soalan seterusnya itu.
Soalan yang membuatkan Nur Imani terdiam,wajah redup itu sedang menantikan jawapan daripadanya.Serba salah pula Nur Imani dibuatnya.
Nak tipu ke tak? Hatinya mula bermonolog sendiri,
Kalau tak tipu,bukan setakat rahsianya berhenti kerja akan terbongkar tapi rahsia tentang sikecil ini juga.Kalau tipu pulak,dia mungkin akan selamat..tapi tetap berdosa kerana membohongi suaminya.
Aduh! Berdenyut-denyut balik kepalanya memikirkan perkara ini.
“Nur dah telefon Tasya subuh tadi,Nur dah beritahu dia.” Ternyata pilihan kedua itu juga yang menjadi matlamatnya,Nur Imani tidak mahu Ariff Farhan mengetahui rahsia yang telah disembunyikan hampir 3 bulan ini.
“Hmm..aku pun tak masuk kerja hari ini.” Beritahu Ariff Farhan dalam masa yang sama juga dia turut melarikan pandangannya daripada menatap wajah isterinya.
“Abang cuti?” Nur Imani bagaikan tidak percaya dengan kenyataan suaminya.
Soalan isterinya sekadar dipandang kosong oleh Ariff Farhan,mengangguk tidak mengeleng apatah lagi kerana dia telah pun memberi jawapannya sebelum soalan itu diajukan kepadanya.
Selimut ditubuh isterinya ditarik sehingga keleher wanita itu semula,kemudian baru Ariff Farhan bergerak menjauhinya.Nur Imani sekadar memandang dan mampu menerima saja perlakuan suaminya terhadapnya.
“Kau baring dulu kat sini,jangan bergerak kemana-mana.Aku nak ke dapur ambik nasi.Lepas makan nasi,baru makan ubat.Faham!!”
Arahan daripada Ariff Farhan hanya disambut dengan isyarat mata tanda faham daripadanya.Setelah itu pandangannya dibiarkan mengiringi pemergian Ariff Farhan yang sudahpun mengorak langkahnya kearah pintu bilik yang terbuka luas tadi.
Kini giliran Nur Imani pula menyentuh dahi dan lehernya apabila merasakan suhu dibadannya masih membahang.
Hanya keluhan kecil yang meniti bibirnya mengenangkan keadaan diri.Teruk juga demamnya kali ini.
Inilah dia...demam untuk dua orang.
Nur Imani terus membiarkan dirinya diusik lamunan yang tidak berkesudahan sebelum lenanya kembali menggamit mebawanya kealam yang lebih mendamaikan.
“Abang nak buat apa?” Ariff Farhan terpaksa menghentikan perbuatannya apabila tubuhnya ditolak kasar oleh isterinya,meskipun wanita itu kelihatannya tidak bermaya namun kudratnya masih mampu menggerakkan tubuh lelakinya.
Mungkin terkejut,itu yang menyebabkan isterinya tertolak akan tubuhnya tadi.
“Bak sini..aku ikatkan rambut kau tu.Rimas pulak aku tengok duk mengerbang macam tu.”
“Kenapa? Ingat aku nie bodoh sangat sampai tak reti nak mengikat rambut orang?” Nur Imani sedikit tidak senang dengan jawapan suaminya.Bukan itu maksud pandangannya yang dihadiahkan kepada Ariff Farhan.Sengaja sukar bersikap serkap jarang!
Ada ke Nur cakap abang tak tahu? Nur Imani menyoal bodoh kepada dirinya.Dia tidak berkata apa lagi selepas itu,sekadar menerima setiap perbuatan Ariff Farhan terhadapnya.Sedar-sedar sahaja Ariff Farhan sedang menyuapkan nasi ditangan kemulutnya.
Barulah pandangannya kembali kepada lelaki itu,tidak mahu mewujudkan perbalahan semula.Nur Imani sekadar mengikut arahan itu meskipun tanpa suara.
Dijamah juga makanan yang dibawakan oleh suaminya itu.
“Cuti??!!”
Ariff Farhan melarikan seketika telefon bimbit yang berada ditelinganya tadi ketepi,gatal pula telinganya ini mendengar jeritan Zahim itu tadi.
“Aku tak pekak lagi! Jangan nak menjeritlah! Herghhh!” Marahnya.
“Apa hal bro? Tak pernah-pernah ambik cuti mengejut,tiba-tiba hari nie boleh buat pulak?”
“Buat apanya?? Aku ada emergency case lah,kalau ada apa-apa hal penting kat pejabat,bagitau kat aku!”
“Kau sakit ke?”
“Banyak soal pulak kau! Tak payah nak menyibuk! Ingat! Kalau ada apa-apa hal nanti,cepat-cepat call aku.Tak pun sms jer!”
“Yalah bos! Selamat bercuti dengan isteri tercinta.Kerja kat pejabat nie jangan risau,aku dengan staf-staf kita ada untuk uruskan.”
Tut....!
Belum sempat dia membalas kata-kata temannya itu,Zahim lebih bijak mengakhiri perbualan mereka dengan memutuskan talian secara tiba-tiba.
Bab mengenakan aku! Terserah kat kau!
Bebel Ariff Farhan sendirian.
Sebaik memberitahu Zahim tentang cutinya,Ariff Farhan kembali kedalam bilik isterinya.Dilihatnya Nur Imani sudahpun terlena.Mujur sempat dia memberi isterinya makan walaupun cuma dua tiga suapan nasi yang dberinya dijamah isterinya.Begitu juga dengan ubat wanita itu yang dimintanya meskipun Ariff Farhan tidak mengetahui akan apa isinya.
Langkah kakinya dibawa menghampiri tubuh itu semula,berhati-hati dia melabuhkan punggungnya disisi wanita itu agar tidak mengejutkan Nur Imani.Wajah itu ditenung penuh makna.
Mengingatkan peristiwa tadi,fikirannya kembali bingung.Bingung dengan sikap Nur Imani yang kelihatannya pelik sangat hari ini.Masih terbayang dimindanya peristiwa yang baru berlaku beberapa minit tadi dimana dia terpaksa memujuk wanita ini supaya melepaskan lingkaran tangan dilehernya setelah tubuh itu diletakkan kembali dikatilnya.
Entah bagaimana,terukir pula sebuah senyuman dibibirnya.
Mengalahkan anak-anak buah aku! Komennya secara tak langsung..
Manja...
Manja??
Hmm...
Ariff Farhan menjatuhkan pandangannya kearah bahagian kemeja didadanya yang masih ada sisa basahan air mata permaisuri kesayangannya itu dibajunya ini.
Sekali lagi jiwanya diganggu dengan tangisan wanita itu pula,huish..bergetar nalurinya tadi..Tak pernah-pernah ada perempuan menangis sampai macam tu sekali padanya,inikan pula macam yang Nur Imani lakukan tadi.Aduhai..suami mana pun boleh cair macam tu,betul tak?
Ariff Farhan meraup tenang wajahnya kemudian jari jemari kasarnya itu dibiarkan jatuh kewajah isterinya,lembut pipi mulus isterinya diusap.
Susah pula hatinya melihat keadaan isterinya sebegini.Ingin dibawa keklinik tadi,tidak mahu..ingin dibiarkan pula..tak sanggup rasanya..Wanita ini adalah amanahnya bermakna dia juga adalah tanggungjawabnya.Maka? Wajib untuknya menjaga dan memeliharanya.
Lama Ariff Farhan menemani isterinya didalam bilik ini sebelum berlalu keluar kebiliknya unuk melakukan apa yang patut.Pintu bilik wanita itu dibiarkannya terbuka luas agar dia dapat segera kembali jika terdengar suara itu memanggilnya.
Nur Imani terjaga daripada lenanya,pandangannya terus dibiarkan menjelajah ke seluruh ruangan biliknya ini kerana dia sedang mencari seraut wajah itu.
Pencariannya hanya sia-sia kerana langsung tiada kelibat lelaki itu didalam biliknya ini.
Rasanya baru beberapa saat yang lalu dirinya dibelai oleh insan itu,diberi layanan yang cukup istimewa sepanjang mereka bergelar suami isteri..
Rasa rindu mula menggamit hatinya,entah mengapa dia begitu mendambakan kehadiran suaminya disisi ketika ini.
Nur Imani lupa,dia masih belum pulih sepenuhnya.Panas dibadannya baru turun sedikit.
Dia melangkah turun dari katil selepas beberapa ketika terasa sakit dibadannya mencucuk-cucuk isi-isinya.
Sebenarnya dia lapar...kerana itu dia gagahkan juga dirinya untuk bergerak,Nur Imani ingin kedapur mencari sesuatu untuk dijamahnya.Biarpun lambat,Nur Imani tetap melangkah.
Sebaik kakinya melintasi cermin solek disebelah almari pakaiannya,langkah Nur Imani mati disitu.Ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya sehingga memaksa dia melihat keadaannya ketika itu untuk kedua kalinya.
Suatu yang ketara yang benar-benar membuatkan hatinya tercuit adalah rambut yang tersanggul tinggi diatas kepalanya.Disebabkan ini juga,dia hampir bertelagah dengan suaminya tadi.Ingatan tersebut membuatkan Nur Imani mengelengkan kepalanya.
Inilah hasilnya dari tangan seorang lelaki bernama Ariff Farhan.
Nur Imani terus menatap keadaan dirinya ketika itu.
Dari atas hingga kebawah...
Hmm..mengalahkan orang baru lepas bersalin pula,detik hati kecilnya.
Baru sakit sikit! Itu komen yang keluar dari bibirnya selepas puas mengamati keadaan diri yang tidak terurus ini.
Setibanya didapur..Nur Imani membuka tudung saji yang berada diatas meja makan diruangan makan ini.Menu pagi tadi..ketika Ariff Farhan yang menyuapnya menyapa pandangan.Begitu meliurkan kerana itu Nur Imani tidak menunggu lama untuk mengambil pinggan sebelum menyendukkan beberapa senduk nasi kedalam pinggannya dan juga beberapa sudu sup ayam dan sayur kobis goreng kicap kedalam pinggannya.
Kemudian barulah dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dimeja makan dan bersedia untuk menjamah apa yang berada didalam pinggannya ketika ini.Dengan bacaan basmalah,baru Nur Imani memulakan suapannya.
Tidak sampai 5 minit kemudian,tiba-tiba ada suara yang menegurnya.
“Nur??”
Suapan Nur Imani terhenti,panggilan itu membuatkan dia memalingkan wajahnya kebelakang tanpa menunggu lama.
Kehadiran Ariff Farhan langsung mematikan pandangannya kewajah itu.Melihat kopiah,t.shirt biru dan kain pelekat yang tersarung ditubuh itu Nur Imani dapat meneka yang lelaki itu baru sahaja menyelesaikan tanggungjawabnya.
Ketika dia keluar daripada biliknya tadi pun,kelihatan pintu bilik lelaki iu turu terbuka luas.
“Kau buat apa tu?”
“Lapar..” Beritahunya tanpa segan silu.Ariff Farhan sudah berjalan mendekatinya.Nur Imani turut berpaling ke depan semula meneruskan semula jamahannya.
“Kenapa tak panggil aku?” Ariff Farhan menghentikan langkahnya dihadapan Nur Imani,menarik kerusi yang rapat kemeja tadi sebelum melabuhkan punggungnya diatas kerusi tersebut.Pandangan kedua-duanya menyatu semula.
“Tak nak susahkan abang,Nur pun dah rasa baik sikit nie.Boleh jalan pun..Abang nak makan sekali??” Pelawa Nur Imani.
Laju kepalanya digelengkan,Nur Imani sekadar menyambutnya dengan senyuman.
“Hmm..sedap air tangan abang.Terima kasih sudi masakkan untuk Nur.” Pujinya ikhlas.
Namun tidak dapat menyelitkan walau secebis senyuman pun dibibir suaminya itu.
“Sama-sama atas pujian kau tu,tapi jangan salah faham pulak.Aku bukan masak untuk kau tapi untuk aku! Seharian duduk kat rumah nie,kau nak suruh aku makan apa kalau aku yang tak masak?”
Bulp! Seakan-akan tak tertelan air liur yang berada dianak tekaknya ini.
Tersindir Nur Imani dengan apa yang dibicarakan suaminya,
Macam tak bagi makan pulak? Bisik Nur Imani pada dirinya,hilang seleranya ingin menjamah makanan yang masih bersisa didalam pinggannya ini.Nur Imani bangun dari tempat duduknya.
“Ha! Dah kenapa pulak? Tadi bukan main berselera,makanlah lagi?”
Ariff Farhan perasan,diperhatikan tingkah isterinya.Nur Imani sudah mula hendak mengaturkan langkahnya kearah singki.
“Nur dah kenyang..”
“Habis kau nak buang pulak nasi dengan lauk yang masih bersisa tu?” Soal Ariff Farhan tidak percaya sambil merenung kedalam pinggan yang dipegang isterinya.Masih ada nasi dan lauk didalamnya.
Nur Imani perasan akan pandangan itu,
“Tak boleh nak masuk dah..abang nak Nur muntah ke?” Ujar Nur Imani sayu,getaran suaranya turut berubah dan telah membawa Ariff Farhan pula bangun mendapatkannya.Tubuh yang sedang membelakanginya itu disentuh lalu dipaut lembut bahunya sebelum ditarik perlahan supaya menghadapnya kembali.Tak berkelip mata Ariff Farhan melihat wajah yang tertunduk itu sedang basah dengan air mata.
“Kau menangis?”
Laju Nur Imani menepis tangan sisuami yang sudah memaut dagunya tadi namun tetap menyebabkan pandangannya menyatu dengan pandangan Ariff Farhan.Tergesa-gesa Nur Imani menyapu air mata yang menitis diwajahnya.Ingin berlalu semula tapi tangannya dipaut kemas oleh Ariff Farhan,bibirnya ingin bersuara minta dilepaskan cuma suaranya tidak terluah..
Pinggan ditangannya sudah diambil lelaki itu.Nur Imani tidak mampu melakukan apa-apa lagi apabila tangannya turut ditarik mengikuti langkah suaminya.
“Sensitif betul kau hari nie kan? Mari sini! Duduk!”Arah Ariff Farhan setelah mereka kembali semula ke meja makan tadi.
“Aku suruh kau dudukkan?” Tegur Ariff Farhan.
“Duduk Nur..!” Melihat kekerasa hati isterinya,Ariff Farhan sengaja meninggikan nada suaranya.Namun tidak memberikan kesan kepada wanita itu.
“Nur dah takda selera nak makan,kalau nak Nur habiskan juga.Nur boleh simpan dalam peti ais.Malam nanti,kalau lapar..Nur makan balik ya bang.”
“Duduk!” Arah Ariff Farhan lagi,kali ini semkian tegas!
Nur Imani pula gagal mempertahankan kehendaknya,arahan Ariff Farhan yang seterusnya ini membuatkan dia duduk juga meskipun dia tidak mahu.Air mata terus mengalir diwajahnya meskipun dia cuba untuk menahannya.
“A...!” Ariff Farhan terus memberi arahan supaya dia membuka mulut.
Nur Imani terkejut melihat suapan yang dihulurkan kebibirnya.Wajahnya diangkat,Ariff Farhan sedang menyuakan nasi didalam pinggannya tadi kemulutnya.
“Makanlah...jangan duk pandang aku macam tu.Aku tahu kau lapar..”
“Makan! A! Ngangakan mulut tu..”
Mahu tak mahu sahaja Nur Imani mengikut arahan suaminya itu namun sebaik sahaja nasi dan lauk itu masuk ke mulutnya.Dikunyah juga..
“Ha..kan senang! Tinggal sikit macam nie pun kau nak buang? Aku bukannya kedekut tapi benda-benda kecik macam nielah yang boleh membuatkan kita melakukan pembaziran.Untuk pengetahuan kau ,aku paling tak suka kalau ada yang makan depan aku tapi tak habiskan rezeki yang Allah dah bagi kat mereka tu.Kalau kat negara-negara susah dan kekurangan makanan tu,sebutir nasi nie dah macam senilai emas buat mereka.” Melihat isterinya mendiamkan diri,Ariff Farhan bersuara kembali.
“Aku pun tak bermaksud apa-apa dengan apa yang aku cakap dekat kau tadi! Kenapa yang cepat sangat terasanya nie? Selama nie kau sporting jer kalau pun aku herdik kau?” Bebelnya terus.
“Hmm..habis pun.Alhamdulillah..” Ucap Ariff Farhan meskipun bukan dia yang menjamah makanan yang berada didalam pinggan tadi.
Nur Imani menelan kunyahan terakhirnya itu,dari tadi...Ariff Farhan terlalu banyak pula berkata-kata.Agaknya lelaki itu sengaja ingin menyuapnya agar dia boleh membebel macam mak nenek! Yang sakit telinga?
Selesai menelan kunyahan terakhirnya.Nur Imani bangun menuju kesingki dan membasuh tangannya,dia langsung tidak berminat untuk berbual dengan Ariff Farhan lagi kerana itu dia langsung tidak mengalihkan pandangannya kearah Ariff Farhan lagi selepas itu sebaliknya terus mengaturkan langkahnya menuju kebilik semula.
“Allah!!” Jerit Nur Imani kuat!
Matanya sudah terpejam rapat.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang menariknya daripada belakang,mungkinkah dia...jatuh?
Serasa takut untuknya membuka mata,bimbang sesuatu yang buruk telah menimpa diri dan kandungannya..Mungkinkah dia sudah terjatuh?
Ya Allah,aku...?
“Shhy..Aku nie!” Bisikan itu membuatkan Nur Imani tidak menunggu lama lagi untuk membuka semula matanya.Membutang anak matanya memandang kearah Ariff Farhan! Patutlah! Lelaki itu yang mengejutkannya tadi!
Nur Imani merenung kebawah,tubuhnya sedang dicempung oleh Ariff Farhan dan dia sedang berada diawang-awangan!
“Apa ni!! Abang buat apa nie!!” Terpempan Ariff Farhan melihat kemarahan isterinya,wajah Nur Imani ditatap tidak percaya! Berdesing juga telinganya apabila suara halus ini tiba-tiba ditinggikan.
Nur Imani membalas geram pandangan suaminya.Kali ini rasa sabarnya terhadap tindakan Ariff Farhan sudah hilang namun dia tidak mengizinkan air matanya untuk tumpah kerana hal ini meskipun seluruh semangatnya hampir hilang tadi.
“Marah kat aku lagi?” Sempat lagi Ariff Farhan mengusik isterinya walaupun dia sedar tindakannya tadi memang telah mengejutkan Nur Imani.Wajah takut isterinya benar-benar mencuit hati.
“Turunkan Nur! Ingat Nur nie dah nak mati sangat ke sampai tak boleh nak berjalan?”
Sergah Nur Imani.Bukannya apa..dia marah betul apabila Ariff Farhan berbuat begitu tadi.Sangkanya dia sudah terjatuh tadi.Rupa-rupanya? Ariff Farhan sengaja mengambil kesempatan ini menganggunya!!
“Aku bukannya apa,aku cuma nak bantu kau..Dah 5 minit aku nampak kau berjalan,tapi baru 4-5 langkah menapak.Itu tandanya kau tak sihat lagi,so..aku tak sampai hati melihatnya,aku bantu! Tolong pun salahkah Cik Nur Imani?”
Cik?? Fikirannya gagal menerima kata-kata itu meskipun hanya permainan bibir,berdesing telinganya ini apabila sebaris kata itu seperti tidak mahu pergi daripada menganggu pendengarannya pula.
Cik apanya Ariff Farhan!
Nur nie isteri abang!
Puan kepada Encik Ariff Farhan!! Faham!
Marah itu hanya mampu bergetar hebat didalam hatinya! Nur Imani gagal untuk menghentamnya terus kepada Ariff Farhan.
“Kenapa diam pulak? Tadi marah sangat? Aku pelik betul dengan perangai kau sejak akhir-akhir nie.” Pandangan Ariff Farhan mula membuatkan hati Nur Imani tidak tenteram.
Ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Ariff Farhan,namun wajah itu..
“Ke..betul tak apa yang mak ngah cakap semalam...” Ayat Ariff Farhan terhenti tiba-tiba,wajah isterinya sedang ditatap penuh makna.
Nur Imani sudah menelan air liurnya dengan telahan itu,menantikan Ariff Farhan menghabiskan kata-katanya sepertinya dia sedang menunggukan hukuman yang cukup berat yang akan dikenakan keatasnya akibat kesalahan yang dilakukan.
“Kau......mengandung?!” Keluar juga apa yang ingin meniti bibir suaminya tadi.
Benar apa yang sedang bermain dibenak Nur Imani ketika Ariff Farhan memulakan bicaranya tadi,itulah yang sedang difikirkan suaminya.Masuk ini,sudah dua kali dia diajukan dengan pertanyaan yang sama daripada Ariff Farhan.Dua hari lepas mungkin Nur Imani masih boleh menganggapnya sebagai satu tekaan tak rasmi daripada Ariff Farhan tapi apabila soalan yang sama masih meniti bibir lelaki itu hari ini?
Nur Imani makin tidak senang hati,disebabkan itu juga perutnya terasa mengelusai serta merta.
Pandangan Ariff Farhan yang terpaku diwajahnya membuatkan dia hampir jadi tak tentu hala tapi sedaya upaya dikawalnya agar tidak dapat dibaca mahupun dihidu oleh Ariff Farhan.Mujur Nur Imani berjaya mengawal keadaan..Entah macammana ayat seterusnya nanti berjaya dikarangnya untuk mengenakan Ariff Farhan semula.
Bukan niat..sekadar ingin menduga..
“Abang syak Nur mengandung??” Giliran Nur Imani menyoalkan perkara tersebut kepada Ariff Farhan,dihujung bicaranya dia melepaskan tawa sinis sebelum menyambung..
“Hmm,bagus juga kalau macam tu..bertambah-tambah bagus kalau masinnya mulut abang ni.Tapi..apa akan jadi agaknya kalau semua tu berlaku sekarang?? Abang lupa apa yang abang cakap pada Nur hari tu? Abang nak ke perempuan beketurunan nie mengandungkan anak abang? Abang nak ke zuriat abang tu datangnya daripada rahim nie?” Bertubi-tubi Ariff Farhan diajukan dengan soalan maut itu daripada isterinya.
Dan...seperti yang diduga Nur Imani.Ariff Farhan tidak menjawab pun soalannya.
Nur Imani perasan...ada perubahan diwajah suaminya ketika soalan itu diajukan kepadanya.
Dia juga tidaklah mengharapkan jawapan kepada persoalan yang diajukannya tadi kerana soalan yang diajunya tadi adalah jawapan daripada lelaki itu yang pernah didapatinya satu ketika dulu!
Puas rasa dihatinya apabila dapat mengenakan Ariff Farhan kali ini.
Dengan sendirinya tangan yang terlepas bebas tadi diangkat dan dibiarkan melingkari leher suaminya.Sengaja dibiarkan pandangannya menatap wajah itu kerana Nur Imani tahu,Ariff Farhan takkan membalas pandangannya lagi.
Dalam hati,Nur Imani sedang menangis sendiri.Menangis kerana mengenang nasib diri dan juga sikecil ini.
Tengoklah sayang...betapa bencinya ayah pada ibu sampai tak benarkan sayang berada kat rahim ibu ini,tapi ayah tak tahukan? Anak ibu nie dah wujud pun..dah ada kat rahim ibu,yang penting sekali..sayang ibu nie sedang membesar dengan baik.
Tak mengapalah sayang,ibu tak boleh nak memaksa hati ini untuk menerima ibu.Mungkin ini takdir yang sudah tersurat buat ibu.Ibu redha sayang,moga dengan kehadiran sayang didalam hidup ibu..Ibu mampu meneruskan kehidupan ibu ini dengan lebih baik dan Ibu harap ibu dapat mendidik serta membesarkan satu-satunya anak ibu ini dengan sempurna walaupun tanpa kehadiran seorang bapa.Ibu doakan...anak ibu yang bakal ibu lahirkan nanti ini akan menjadi anak yang soleh..Amin..
Nur Imani merapatkan kepalanya kedada Ariff Farhan sebaik selesai dia berbisik begitu kepada kandungannya.Sengaja dia berbuat begitu kerana hanya dengan cara itu sahaja dia dapat merapatkan perutnya ini ketubuh Ariff Farhan,dirasakan seakan-akan Ariff Farhan yang sedang menyentuh perutnya ini meskipun bukan secara langsung.
Moga jika satu hari nanti anak ini bertanyakan kepadanya samada ayahnya pernah menyentuhnya atau tidak dia punya jawapan untuk diberikan.
Ariff Farhan mendapatkan isterinya semula setelah mencapai bungkusan ubat milik wanita itu yang diletakkan dalam satu bakul kecil diatas meja.
“Nah! Habiskan ubat nie.Lepas tu rehat! Jangan nak bergerak kemana-mana.Aku ada saja kat dalam bilik nie,kalau nak apa-apa pun panggil jer aku! Faham!? Nak makan pun beritahu saja kat aku,jangan nak turun naik tangga lagi!” Pesannya sambil menghulurkan bekas tersebut kepada Nur Imani.
Pandai mengarah jer! Omel Nur Imani sendirian..Dia yang telah dicempung oleh Ariff Farhan kebilik tadi terus membatukan dirinya diatas katil.Hari ini saja,sudah nak masak telinganya ini mendengar leteran lelaki itu.
Huluran bekas ubatnya yang oleh Ariff Farhan disambut.
Nur Imani lega sangat apabila Ariff Farhan tidak menyentuh mahupun membelek-belek ubat-ubat yang berada didalam bekas in kerana 90% daripada ubat tersebut adalah ubat dan vitamin yang dibekalkan oleh doktor yang telah diberikan kepadanya dan kandungan.
“Ha! Tunggu apa lagi? Makanlah ubat itu?”
“Nur tahu...Takpalah,kejap lagi Nur makan.Abang nak pergi mana-mana,pergilah..”
Ariff Farhan nampak tidak percaya dengan jawapan daripadanya tapi selepas itu dia tetap berlalu..cuma tidak keluar daripada bilik ini sebaliknya berjalan kearah kerusi disebelah kanan katilnya sebaik menghidupkan siaran televisyen yang berada didepan mereka.
Barulah Nur Imani membuka sampel-sampel ubat yang dibekalkan kepadanya sebelum menelan setiap satu daripadanya.
Selesai semua ubat-ubatan itu dimakan,baru Nur Imani merebahkan semula badannya keatas tilam.Sengaja dia berbaring menghadap suaminya kerana bukan selalu dia dapat tidur dengan melihat lelaki itu meskipun Ariff Farhan sedang duduk membelakanginya.Hanya dengan adanya peluang-peluang seperti ini baru dia akan mempergunakan sebaiknya.
“Ayah..Ibu..” Tumpuan Ariff Farhan majalah bussiness yang sedang dibacanya hilang saat suara itu tiba-tiba menyapa pendengarannya.Wajahnya dipalingkan kearah isterinya,kelihatannya Nur Imani masih terlena.
Mengigau pulak isteri ke aku nie?
Ariff Farhan langsung bangun selepas meletakkan majalah yang dibacanya tadi dibawah almari Tv.Dia berjalan merapati katil isterinya,sah! Mengigau! bisik hati kecilnya ketika melihat mata yang terpejam itu tidak sedikit pun terbuka.
Tapi..tiba-tiba ada sesuatu yang menganggu pandangannya,kelihatan ada air jernih dijuring mata yang tertutup rapat itu.Lantas memaksa Ariff Farhan untuk duduk disampingnya.
Ariff Farhan terus membiarkan pandangannya menjamah setiap inci daripada wajah itu,air mata yang tadinya sekadar berada dijuring mata sudah pun menitis dipipi isterinya.Terpaku Ariff Farhan melihatnya..pertama kali dia melihat orang menangis ketika tidur apatah lagi insan itu adalah isterinya..
Ingatannya turut kembali kepada peristiwa yang baru berlaku beberapa detik yang lalu,
‘Ayah..Ibu..’
Terngiang-ngiang semula panggilan itu ditelinganya.
Ibu jarinya langsung diletakkan kewajah itu,diseka lembut air mata yang menitis itu.
Kau nie demam rindu ke Nur? Rindu pada ibu dengan ayah?
Ariff Farhan berbisik sendiri,sebenarnya dia lebih mengajukan persoalan itu kepadanya.
Kenapa?
Kerana dialah wanita ini sedang menanggung rindu yang teramat terhadap kedua-dua orang tuanya.Sampai demam?
Kejam sangat ke aku nie? Ariff Farhan terus bermonolog sendiri,sedikit pun pandangannya tidak dilarikan daripada menatap wajah insan yang sedang pulas terlena itu.
Sudah hampir setahun mereka hidup sebagai pasangan suami isteri namun baru sekali dia membawa isterinya ini pulang kekampung.Itupun sekadar balik hari,dek egonya dia sanggup membiarkan dirinya turut menyimpan dendam rindu terhadap kedua-dua orang tuanya.Nur Imani juga tidak menyatakan hasratnya untuk balik kekampung,kerana itu Ariff Farhan juga tidak mahu bertanya kerana baginya lebih baik begitu.
Sekali sekala hanya panggilan jauh dibuatnya untuk mereka,juga sebagai jalan supaya mereka tidak datang melawatnya disini pula.Supaya tidak menimbulkan syak dihati semua sedangkan tindakannya mengelakkan diri dan isteri daripada berkumpul mahupun bertemu dengan sanak saudara itu sedikit sebanyak telah mendatangkan tanda tanya dikalangan keluarga,terutamanya yang paling rapat dan terdekat.Sengaja dia memekakkan telinga,membisukan diri dan sekadar memandang tanpa melakukan apa-apa.Sekadar menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap keluarga apabila tetap memaksanya untuk meneruskan perkahwinan yang sepatutnya dibatalkan setelah pengantin wanitanya tiba-tiba menghilangkan diri.
Sudah setahun berlalu,sepatutnya dia lebih matang dengan apa yang telah terjadi..Cuma pada Ariff Farhan,belum tiba masanya untuk dia memulakan apa yang patut dimulakannya sejak dulu.Biarlah dulu,cukup setahun perkahwinannya nanti barulah segala kekusutan ini akan dileraikannya.
Penantian semua akan berakhir...termasuklah wanita ini!
###################################
arif ni, klu nur dah ilang nti dr edup die, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
ReplyDeleteakhirnye..penantianku sudah berakhir..apsal lame sgt nk update ni.papehal memang best mcm biasa..
ReplyDeletecam tu ke rasenye... :)?
ReplyDeletepenantianmu sudah berakhir, 'pencarianku' pula bermula semula untuk kisah seterusnya..hehehe..
ReplyDeletetrime kasih Farahim :)
Org ego slalu mcm tu.....dh xda dpn mta bru nak mnyesal....klu sya, kna wat mcm tu...sorilah sya nak lmbut2 dgn org camgtu...pigiiii dahhhh!!! tak kuasa nak lyan....
ReplyDeleteterbaik baik t.q
ReplyDeletecepat2 la post en3 baru yer....tgh syok bace ni
ReplyDelete