Assalamualaikum.. :)

Sebagai permulaan.
BAB 1
Suasana riuh rendah dan sesak dengan berbagai kelompok manusia didalam KLIA ketika ini tidak sedikitpun menganggu 3 beradik yang sudah sampai sejak 15 minit yang lalu.
Farah Auni,sejak dua hari lepas..Dialah yang membantu abang longnya membuat persiapan untuk ke Melbourne hari ini.
Ammar Ehsan pula,urusan tiket penerbangan dan segala yang berkaitan,semuanya dia yang uruskan.
Aniq Ehsan...Meskipun baru hari ini dia akan bertolak ke Melbourne namun hati dan perasaannya telah seminggu berada disana.
“Sampai nanti telefon Auni,abang long.”
Masuk ini,sudah 5 kali Auni mengulangi pesanan yang sama.
“InsyaAllah...” Aniq Ehsan juga masih tidak jemu untuk mengucapkan perkataan yang sama kepada adiknya itu.
Farah Auni menyalami tangan Aniq Ehsan sebelum memeluk tubuh abang kesayangannya itu.Meskipun jauh disudut hatinya dia bimbang abang longnya akan kecewa lagi namun dia juga tidak lepas untuk mendoakan yang kali ini Aniq Ehsan akan dipertemukan dengan isteri yang begitu dirinduinya itu.
“Auni tengok-tengokkan rumah..Jaga diri baik-baik.” Farah Auni mengangguk didalam pelukan abang longnya.Semoga pencarian Aniq Ehsan selama ini akan tiba dipenghujungnya.
“Baiklah abang long..Kalau jumpa kak long nanti,sampaikan salam rindu Auni pada dia.Abang long mesti bawak kak long balik,okey?”
“Kalau tak jumpa?” Terkejut Farah Auni mendengar kata-kata abangnya,meskipun dia tahu itu cuma sekadar gurauan.
“InsyaAllah! Abang long akan jumpa..! Auni doakan..Dah setahun kita cari kak long,kali ini..Auni pasti..abang long akan jumpa kak long.”
“InsyaAllah Auni...”
Perbualan kedua-duanya terhenti seketika,sekali lagi pengumuman mengenai penerbangan yang akan berlepas ke Malbourne kembali kedengaran.
Nampaknya Aniq Ehsan perlu masuk kebalai berlepas sekarang.
Seorang lagi adiknya yang turut menemani untuk mengiringi pemergiaannya hari ini dipandang.Ammar Ehsan sedang tersenyum kepadanya.
“Abang long pergi dulu,Ammar..kau tengok-tengokkan jugak Auni nie sepanjang abang takda.”
“Ya Abang long..kau janganlah risau,kau tu..cari kak long sampai dapat! Bawak dia balik kerumah kita tu semula.Selepas arwah ibu! Dialah penyeri rumah arwah ibu dan papa tu.Pesan pada dia! Aku takkan kahwin selagi dia tak balik..”
Ammar Ehsan mendepangkan tangannya,Aniq Ehsan tidak membiarkan.
Seketika kedua-dua beradik itu berpelukan sambil ketawa bersama,tiada apa yang kelakar.Cuma tindakan itu tiba-tiba terjadi.
Bahu Aniq Ehsan ditepuk beberapa kali.
Sepertimana Farah Auni.Jauh disudut hati..Amar Ehsan juga mendoakan yang terbaik buat abang longnya ini.Semoga Aniq Ehsan akan dipertemukan semula dengan isteri yang dicarinya selama ini.
Sudah setahun berlalu,sejak Anis Adelia menghilangkan diri..Abang longnya ini dah cukup menderita,mungkin dia tidak menzahirkannya.Namun melihatkan sesusuk tubuh yang semakin susut ini sudah cukup untuk memberitahu mereka adik beradik akan keadaan sebenar abang mereka ini.
Dia terlalu merindui isterinya..
Ya Allah! Engkau permudahkanlah urusan ku ini..
Aniq Ehsan sudah menolak bagasinya,wajah kedua-dua adiknya sempat ditatap buat kali terakhir sebelum dia melangkah.
Farah Auni mendekatkan dirinya kepada abang ngahnya.
“Abang ngah rasa,abang long akan bertemu tak dengan kak long?” Sempat lagi dia menyoal kepada abang ngahnya.
“InsyaAllah Auni..kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.Janganlah sedih sangat..Abang long nampak nanti,dia pun tak senang hati.” Ammar Ehsan memeluk bahu Auni,cuba menenangkan sibongsu ini.
Sebelum Aniq Ehsan menghilang daripada pandangan mereka,dia sempat lagi menoleh..Farah Auni dan Ammar Ehsan sekadar melambaikan tangan sebagai tanda perpisahan sambil menghadiahkan senyuman terakhir buat Aniq Ehsan yang akan memulakan perjalanannya itu.
“Jom! Balik.”
“Assalamualaikum anak ummi.Bangun dah??”
Anis Adelia tersenyum melihat Ariq Ehsannya sudah pun bangun,tak menangis pagi nie..siap tersenyum lagi apabila wajah ummi berada didepan matanya.9 bulan lebih mengembara dalam rahim ummi,hampir 5 bulan dah melihat dunia,hanya dengan ummi sejak daripada awal kandungan sehinggalah sekarang..ikatan mereka cukup kuat,kasihnya Anis Adelia terhadap satu-satunya harta dunia akhirat yang dia miliki ini menjadikannya seorang ibu yang cukup berhati-hati didalam setiap tindakannya,kehidupan hariannya serta. semua yang berkaitan dengan dirinya dan Ariq Ehsan.
Melihatkan putera kesayangannya disubuh hening ini,jiwanya makin tenteram.Damai dihatinya berlagu riang.Inilah permata hati yang menjadi penawar dan ubat kepada luka dihatinya selama ini.
Hari ini Ariq Ehsan bangun lewat sejam daripada biasa,sempatlah ummi selesaikan kerjanya dan solat subuh sekali.Selalunya seawal jam 4.00/4.30 pagi dah dengar suara tangisannya memecahkan kesunyian subuh,langsung mengejutkan umminya sekali.Jam paling cepat membuatkan ummi bangun.
Alhamdulillah,hampir 5 bulan lepas.Ariq Ehsan dilahirkannya dengan normal di The Royal Women's Hospital.Pengalaman mengandung dan melahirkan anak bersendirian ditempat orang,tanpa suami,ahli keluarga..banyak menduga Anis Adelia.
Alhamdulillah,dia telah pun melalui waktu-waktu yang sukar itu dengan mudah..juga dengan pertolongan dan bantuan sahabat handai yang telah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri yang setia berada disisinya ketika waktu susah dan senang.
Hampir 18 jam didalam labour room,akhirnya Allah mengizinkan nyawa yang dikandungnya selama 40 minggu ini lahir..melihat dunia ini.
Meskipun disisi mereka,tiada lelaki itu...
Hanya Allah yang tahu betapa dia memerlukan lelaki itu ketika merasakan nyawanya hampir melayang untuk melahirkan zuriat mereka ini dulu.Air mata yang mengalir ketika itu bukan sahaja disebabkan rasa sakit yang sedang dilaluinya untuk melahirkan Ariq Ehsan tetapi juga kerana rasa rindunya yang begitu hebat terhadap..Aniq Ehsan.
Ariq Ehsan dilahirkannya dengan berat 3.1 kg ketika itu,dan sekarang..selepas hampir 5 bulan berlalu..beratnya dah hampir 10 kg.Alhamdulillah,sihat..tapi ummi yang jenuh.
Rengekan Ariq Ehsan menjatuhkan pandangan Anis Adelia kesisinya,Ariq Ehsan sedang memandangnya,minta didukung.Senyum nak menangis..
Sikecilnya itu sudah disiapkan untuk mengikutkan sebentar lagi.Hari ini Ariq Ehsan tidak akan dihantar kerumah pengasuhnya kerana Anis Adelia cuma akan pergi ke Bookstorenya sahaja.Habis hatilah mak cik-mak ciknya di Bookstore itu melihat ummi membawanya bersama hari ini selepas seminggu tidak bertemu.
“Ye sayang ummi,sekejap ye.Kejap lagi ummi dukung..ummi nak kemaskan barang-barang Ariq nie dulu.Hari nie..Ariq kena ikut ummi pergi Bookstore Uncle Firdaus..Ummi tak pergi restoran,jadi ummi nak habiskan masa dengan anak ummi jer sepanjang hari ini.Dah seminggu ummi sibuk jer kan? Tinggalkan Ariq tiap-tiap hari dirumah Cik Durrah kan?”
Ariq Ehsan ketawa melihat ummi berbual dengannya.Suka betul dia bila ummi melayan..Ummi lagi senang hati melihatnya.
Sejak 6 bulan yang lalu,kerja Anis Adelia makin bertambah...Arwah Firdaus pergi dengan tidak diduga mereka dalam satu kemalangan jalan raya yang agak mengerikan,Arwah dilanggar oleh pemandu mabuk ketika menunggang basikal untuk menunaikan solat subuh dimasjid.Paling mengejutkannya,bookstore yang dibuka lelaki itu sejak 2 tahun lalu itu telah diwasiatkan kepadanya dan Ariq.Madam Alice iaitu mama Arwah Firdaus sendiri yang menyerahkan semua dokumen dan hal yang berkaitan dengan hak pertukaran pemilikan ini kepadanya.
Pada awalnya agak berat Anis Adelia untuk menerimanya,namun setelah dipujuk oleh Madam Alice dan sahabat yang lain.Anis Adelia akur juga.Apapun alasan arwah menyerahkan Bookstore ini kepadanya Anis Adelia telah berjanji pada dirinya! Dia akan menjaga tempat itu dengan sebaiknya,selagi dia mampu dan terdaya..kedai buku itu akan terus berdiri disitu,dengan penuh kenangan manis yang telah ditinggalkan oleh arwah.
Cuma..Anis Adelia begitu terkilan kerana arwah tidak sempat menatap Ariq Ehsan,arwah pernah menyatakan hasratnya ingin mendukung dan melaungkan azan kepada sikecilnya ini dulu.Sayangnya..Allah lebih sayangkan dia.
1 bulan lagi sebelum dia dijangka melahirkan Ariq Ehsan..Firdaus pergi buat selama-lamanya..Menuju Allah.
Sehingga hari ini,apabila dihitung semula..6 bulan sudah peristiwa itu berlalu dan kesannya sehingga hari ini masih dirasakan Anis Adelia.
“Cik Cah! Cik Hani! Cik Eita! Hari ini hero kita datang!!”
Hafiza,pekerja paling muda di Bookstore ini sudah berlari anak untuk mendapatkan Ariq Ehsan daripada dukungan umminya sebaik mereka tiba dihadapan Bookstore ini tadi,tapi..seperti biasa.
Budak manja ini akan jual mahal terlebih dahulu,tambahan lagi mereka sudah seminggu tidak bertemu.Berkali-kali Hafiza menghulurkan tangan,cuba untuk mengambil namun tidak diendahkannya.Ingin sahaja Hafiza mengambilnya terus daripada dukungan umminya tapi laju lagi tangan Ariq Ehsan memaut leher umminya,habis tudung ummi digenggam sekuatnya.Siap nak menangis lagi..
Hee...jual mahalnya dia!
“Aikk? Dia datang hari nie...” Kak Aisyah muncul daripada rak-rak buku yang ada.Kerjanya mengemas dan menyusun serta melihat keadaan buku yang ada disini sebelum,ketika dan selepas kedai buku ini ditutup.
“Hari ini ummi tak pergi restoran..bolehlah bawak dia sekali.”
“Oh..Bolehlah main puas-puas dengan dia hari ini..”
“Alah..marilah kat Cik Iza.Seminggu tak jumpa dia..rindulah.Hmm..Ummhh..”
Hafiza mencium wajah Ariq Ehsan bertubi-tubi..rindu betul dia pada si debab ini.
Pun begitu..Ariq Ehsan langsung tidak mengendahnya.Masih dalam dukungan ummi sehinggalah..
Pujukan kedua..
Yeah! Mainan-mainannya.
Zahnita menayangkan mainan-mainannya yang berada didalam kotak kecil itu.
Apa lagi..bukan main suka Ariq Ehsan melihatnya.Kejap-kejap pandang ummi,nak mainlah tu..suruh ummi letak cepat.
Zahnita dan Hafiza ralit melayan sikecil itu kerana mereka hanya berada dikaunter.Sementara yang lain dengan kerja masing-masing sebelum Bookstore ini dibuka dalam masa setengah jam sahaja lagi.
Anis Adelia dapat melepaskan dirinya daripada Ariq Ehsan sebaik sahaja mainan-mainannya dikeluarkan.Mujur anginnya baik hari ini,kadang-kadang..bagi mainan pun tak jalan.
Pun begitu,sekejap-sekejap..matanya meliar mencari umminya.Tak nampak sahaja,tangisannya mula kedengaran,tapi bila suara Anis Adelia kedengaran memanggil namanya dan dia dapat melihat umminya semula,diam balik.
Risau kena tinggal agaknya.Pandai dah dia.
“Assalamualaikum...”
“Waa..” Anis Adelia tidak dapat menghabiskan jawapan kepada salam yang dihulurkan kepadanya itu.Bibirnya tiba-tiba kelu.Dunianya dirasakan terhenti tiba-tiba.
Tersentak sehingga terpegun dia seketika.Sebaik tersedar,buku yang baru diambil daripada rak tadi,diletakkan kembali ketempatnya.
“Waalaikumussalam..” Teringat akan salam yang masih tidak dijawabnya tadi,bibirnya bersuara perlahan.
Dia menunggu masa sahaja untuk pergi daripada sini.Wajah itu tidak mahu ditatapnya kerana dia yakin! Memang lelaki itu yang menegurnya tadi! Bukan khayalannya semata-mata.
Sebelum sempat insan dibelakangnya tadi meraih tangan Anis Adelia.Kaki wanita itu terlebih dahulu memainkan peranan,laju langkahnya dibawa kehadapan.Segera menjauhi..
Ditinggalkan Ariq Ehsan yang sedang seronok dan leka bermain dengan 3,4 orang pekerjanya.Mujur keadaan agak lengang ketika ini berbanding pagi tadi..Hanya ada dua orang pelanggan yang sedang membelek-belek buku dirak bahagian kanan kedai.
“Anis..Tunggu!!”
Suara lelaki itu lantang memanggil namanya.
Anis Adelia dapat rasakan,pasti semua pekerjanya turut memandang kewajah lelaki itu ketika ini,pasti mereka tertanya-tanya akan kedatangan lelaki melayu itu? Siapa dia?
Anis Adelia tetap tidak mengendahkannya,kakinya semakin laju mengaturkan langkah.Sedikit pun dia tidak memalingkan wajahnya.
Hatinya mula bertanya..Apa dia buat kat sini?
Macammana dia boleh cari aku...?
Sampai kesini???
“Anis? Anis! Tunggu..!” Suara yang tadinya kedengaan jauh..jauh...dan semakin mendekat.Tiba-tiba...
“Abang kata tunggu!”
Allah!
Pergelangannya dicapai kasar! Terkejut bukan kepalang Anis Adelia,sangkanya dia sudah menjauhi lelaki itu dengan jarak yang lebih selamat,tapi..?
Dia terperangkap juga.
“Apa pegang-pegang nie! Lepas..!” Anis Adelia cuma melepaskan pegangan itu,tetapi gagal.Dia masih tidak ingin berpaling.
“Aniq! Sakitlah tangan saya awak buat macam nie!”
“Kenal lagi?”
Soalnya sinis dengan memaksudkan dirinya.
Anis Adelia tidak ambil peduli,apa yang dia tahu sekarang! Dia tidak mahu lelaki ini terus berada disini!
Apa pun alasan lelaki ini berada disini! Dia mahu...Aniq Ehsan segera pergi!
“Lepaskan Niq.Saya tak suka awak sentuh saya macam nie!”
“Setahun Nis..setahun abang cari Anis! Abang atau Anis yang patut berasa marah sekarang?!”
“Jangan sentuh saya!! Antara awak dengan saya dah tiada apa-apa lagi!!”
“Siapa kata?” Dia membidas.
“Awak lupa??”
“Lupa apa..?”
“Ini perjanjian kita..” Anis Adelia masih cuba mengawal suaranya,mujur Aniq Ehsan juga tidak bersuara selantang tadi.Mungkin menyedari dimana dia sedang berada ketika ini.
“Perjanjian apa?? Atau Anis yang lupa abang tak pernah buat apa-apa perakuan pada perjanjian tu?”
“Aniq..Saya rasa apa yang saya tinggal tu dah lebih daripada cukup untuk awakkan?? Atau awak rasa masih kurang? Awak perlukan duit lagi ke?”
“Abang perlukan isteri abang!” Tegasnya.
“Ya Allah! Awak lepaskan saya sekarang.Baiklah.Kita berbincang.”
“Jom! Kita jumpa diluar.Saya rasa tak sesuai kita nak bincang dalam nie.Ada yang memandang,ada yang mendengar.”
“Perlukah?”
“Perlu!” Anis Adelia turut bertegas.Dia masih tidak mahu menatap sesusuk tubuh itu mahupun sekadar wajahnya.
“Awak tolong keluar dulu,saya akan ikut keluar sekejap lagi.Tolong..Jangan ganggu perniagaan saya.”
Genggamannya terlerai.Anis Adelia dapat mendengar derap tapak kaki yang kembali melangkah itu.Dia yakin,Aniq Ehsan sudah pergi..
Kekalutannya tadi mula hilang sikit demi sedikit.
Mujur Aniq Ehsan sudi berkompromi,dia keluar juga seperti yang diminta Anis Adelia.Anis Adelia mengangkat tangannya.Pergelangan tangannya yang kebas dan sudah kemerahan akibat digenggam Aniq Ehsan itu ditatap dan digosoknya perlahan.
Dia masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu,serasa tidak percaya dia pertemuan semula mereka ini.Selepas setahun?
Tapi?? Anis Adelia segera teringat akan anaknya semula,pandangannya segerah diarahkan kepada Ariq Ehsan yang sedang bermain.Berdebar-debar jantunganya?
Meskipun sikecilnya itu agak terselindung dek meja dikaunter namun matanya masih dapat melihat sesusuk tubuh kesayangannya itu.
Dia kembali kebimbangan.
Akan terbongkarkah rahsia yang disimpannya selama setahun ini?
Ya Allah?! Aku tidak mahu dia mengetahui akan kewujudan anak kami ini.Aku tahu..berdosa besar aku melakukan semua ini tapi..aku benar-benar tidak mahu dia mengetahui akan rahsia ini.Aku tidak mahu dia mengenali anaknya..aku tidak mahu melihatnya lagi..
Bantulah aku Ya Allah! Biar ini pertemuan semula tapi untuk terakhir kalinya buat kami!
Aku tidak mahu dia terus mengharapkan diri ini kerana aku langsung tidak layak buatnya,ya Allah...
“Kak Hani..” Anis Adelia kembali kekaunter dimana yang Ismahani,Zahnita,Hafiza dan sikecilnya yang sedang bermain diatas lantai bersama Zahnita dan Hafiza.
“Ya Anis?” Ismahani merenung kewajahnya.Anis Adelia tahu apa yang sedang bermain difikiran wanita ini.
“Akak tolong alihkan perhatian Ariq,jangan sampai dia nampak Anis..Anis nak keluar sekejap.” Pinta Anis Adelia.
“Siapa lelaki tu Nis?” Anis Adelia tidak menjawab,rasanya dia tidak perlu memberitahu mereka semua dahulu tentang kaitannya lelaki itu dalam hidupnya dan..Ariq Ehsan.
“Nanti Anis beritahu akak..Sekarang nie Anis cuma nak mintak tolong akak,lindung Ariq Ehsan daripada melihat saya.Jangan bagi anak nampak saya keluar.Saya ada urusan dengan lelaki tu.” Anis Adelia berpesan.
Serentak pandangan mereka berdua singgah kepada Ariq Ehsan yang sedang leka bermain sambil dilayani dua anak dara yang tidak jemu melayani keletahnya.“Baiklah Nis,pergilah..Ariq pun tengah seronok main tu.Dia tak perasan lagi ummi dia dah hilang tu..Pergilah cepat sementara dia duk lalai lagi ni.”
Anis Adelia mengangguk lapang,dia sekadar melemparkan pandangannya buat kali terakhir kearah anak kesayangannya sebelum segera keluar daripada kedai bukunya ini.
Urusan dengan Aniq Ehsan lebih penting sekarang nie.Dia perlu menyelesaikannya!
####
Tajuk kena menggambarkan keseluruhan jln ceritanya.. Takpe.. Perlahan2 as the story move along....
ReplyDeleteBetul2..
ReplyDeleteomg bestnye cerita ini :D
ReplyDeletePermulaan cerita yang menarik..
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteBest.
ReplyDelete