Seterusnya....
Update : BAB 2

Terasa berat langkah yang ingin diatur Anis Adelia.Sebolehnya dia tidak ingin berhadapan dengan lelaki itu.
Namun pilihan apa lagi yang dia ada ketika ini?
Tempat persembunyiannya telah pun diketahui oleh Aniq Ehsan.
Anis Adelia sedar...lelaki itu tidak mungkin akan melepaskannya lagi..
Setahun yang lalu dia telah pergi begitu sahaja,tanpa kata terakhir,tanpa sempat bertemu walaupun seketika.
Aniq Ehsan akan menuntut itu juga.Bersediakah aku?
Keluar sahaja daripada kedainya,pandangan Anis Adelia terus terarah kepada seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke seberang jalan.Kesibukan orang yang lalu lalang disekelilingnya seolah-olah tidak menganggunya.
Anis Adelia berhenti dibelakang Aniq Ehsan.Baru kali ini matanya dapat menatap sesusuk tubuh itu sejelasnya,tiada lagi yang menghalangi pandangannya daripada menatap lelaki itu.
Tapi..?
Baru Anis Adelia perasan..
Kurusnya dia? Kenapa sampai begini sekali jadinya?
Apakah disebabkan aku?
“Aniq..” Sudah lama nama itu tidak meniti bibirnya meskipun tidak pernah luput daripada ingatannya walaupun seketika.
Bagaimana dia ingin melupakannya? Setiap hari..setia saat..tiap ketika..sesuatu yang sentiasa mengingatkannya kepada lelaki itu,berada didepan matanya? Dekat dihatinya..Dialah,Ariq Ehsan.Anak mereka..
Anis Adelia tenang dibelakang insan itu,hatinya masih juga menyoal? Masih sukar untuk mempercayai yang lelaki ini sudah berada didepan matanya semula.
Aniq Ehsan tersedar daripada lamunan jauhnya.
Gemersik suara itu?
Dan dia tidak menunggu walaupun sesaat lagi untuk menatap wajah yang begitu dirinduinya itu.
Ya Allah!! Ini dia insan yang aku cari selama ini...sungguh! Aku merinduinya!
Hampir menitis air mata lelakinya.Terubat juga rasa rindu yang sudah sekian lama ditanggungnya ini.
Dia masih seperti dulu..Cantik,manis dengan tudung dan jubah yang dikenakan ke tubuhnya.Wanita yang tampak tenang diluarannya namun didalamnya? Penuh luka..penuh derita..penuh kesedihan.Itulah Anis Adelia yang dikenalinya.
Ikutkan hati..Ingin sahaja Aniq Ehsan menarik tubuh itu kepelukannya.Biar wanita ini tahu betapa rindunya lelaki ini terhadapnya tapi dia tidak mampu melakukannya.Aniq Ehsan sedar,kedatangannya langsung tidak diundang.
Sungguh! Aku rindu!
“Lama kita tak jumpa..Anis apa khabar?” Bergetar suara Aniq Ehsan.Betapa berat beban kerinduan yang terpaksa ditanggungnya selama ini?
Aniq Ehsan cuba untuk menyentuh namun..wanita ini mengelak?
“Alhamdulillah..saya sihat.Awak?” Anis Adelia lebih tenang?
“Anis rasa?” Balik kepadanya?
Errr?
Terdiam Anis Adelia mendengar soalan yang diajukan kepadanya itu,mana mungkin dia tidak nampak akan perubahan pada diri insan ini.Dia nampak kurus? Ketara benar perbezaannya ketika kali terakhir mereka bertemu setahun lebih yang lalu.
“Tak sangka awak dapat cari saya? Sampai kesini pula?”
“Allah yang berkehendakkan abang bertemu dengan isteri abang..Setahun dia menghilangkan diri..puas abang mencari..akhirnya dipertemukan juga.Kuasa Allah kan?”
Terus-terusan dirinya disindir.Anis Adelia masih bertenang.
Ah!
Rasanya tidak perlu pembuka bicara segala bagai.Lebih baik berterus terang,cepat sikit habisnya..cepat juga dia pergi.
“Kenapa awak cari saya...?”
Anis Adelia tidak mahu melengahkan masa.Berterus terang adalah jalan terbaik daripada terpaksa berlama lagi disini.
Sekelip mata juga suaranya kali ini berubah dipendengaran Aniq Ehsan.
Aniq Ehsan tidak sedar sama sekali,didalam fikiran Anis Adelia sekarang cuma Ariq Ehsan.Anis Adelia bimbang sekiranya Ariq Ehsan tersedar akan kehilangannya. Tangisannya mampu didengar sehingga kesini.Paling dia bimbang,jika salah seorang daripada mereka keluar membawa Ariq Ehsan keluar untuk mendapatkannya?.
Ya Allah! Tidak mampu Anis Adelia membayangkannya.
Janganlah hendaknya perkara itu berlaku?!
Makin lama dia disini Anis Adelia tidak dapat menenangkan hatinya,memikirkan kemungkinan Ariq Ehsan akan bertemu dengan abahnya hari ini,dia takut.
“Jauh sangat Anis bersembunyi..sampai abang tak terfikir langsung Anis akan bawa diri sampai kesini.” Dia masih tenang,sentiasa tenang dan selalu tenang? Anis Adelia tidak mampu membalas renungan mata itu lagi.
“Kan saya dah pesan..jangan cari saya!?”
Pandangannya sudah dilemparkan ke tempat lain.
“Sebab tu abang cari.”
“Aniq..Tolonglah! Saya dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak.Antara kita,selesai! Semuanya.”
“Anis yang fikir macam tu,bukan abang..”
Arh..!
“Apa sebenarnya yang awak nak daripada saya,Niq??”
“Abang dah cakapkan tadi? Abang nak isteri abang.” Anis Adelia cuba untuk melepaskan tawa sini,tapi seakan tersekat dikerongkongnya.
Hanya mulutnya yang bergerak,tidak kedengaran suara yang ingin dikeluarkan..
“Isteri?? Siapa isteri awak,Niq?” Tajam soalan itu..
“Anis Adelia binti Yusuf!” Memang itu kenyataannya.
“Awak lupa ke apa perjanjian saya dulu? Awak lupa ke apa yang kita persetujui dulu?”
“Abang tak pernah setuju dengan apa yang Anis buat dulu.Perjanjian tu? Apa bukti Anis yang boleh mengesahkan perjanjian tu? Abang tak pernah tandangan.Abang tak pernah..”
“Awak dah dapat bayarannya! Saya dah tunaikan janji saya.Bukti apa lagi yang awak nak?” Anis Adelia terus memotong tanpa mendengar terlebih dahulu apa yang ingin dibicarakan oleh suaminya.
Lagipun..Mustahil Mak cik Imah tidak memberikan pesanan terakhirnya itu kepada lelaki ini.
“Bayaran tu??”
Silih berganti mereka berbicara sinis diantara satu sama lain.
Tanpa kata seterusnya Anis Adelia melihat lelaki itu membelek-belek sesuatu daripada dompetnya.
“Abang tak perlukan walaupun satu sen pun duit Anis! Abang tak sehina itu untuk menjadikan ikatan ini sebagai permainan kita!”
Anis Adelia agak tersentak melihat cek yang pernah diberikannya dulu kepada lelaki ini kembali ketangannya.
“Itu hak awak! Saya..” Anis Adelia cuma mengembalikan cek tersebut kepada tuannya,tetapi gagal.Aniq Ehsan langsung tidak mengizinkannya berbuat begitu.
Selepas beberapa kali mencuba dan masih juga tidak berjaya,Anis Adelia mengalah.
“Hak abang isteri abang! Abang tak perlukan benda lain lagi! Anis cuma perlu kembali pada abang! Itu sahaja!”
“Ya Allah..macammana lagi saya nak cakap dengan awak nie Aniq? Awak faham tak! Saya tak nak jadi isteri awak lagi..saya tak boleh! Ini kehidupan saya sekarang,saya tak nak tinggalkan tempat nie lagi.Awak pergi balik..” Ujar Anis Adelia separuh merayu.
“Abang takkan balik selagi Anis tak jelaskan semuanya pada abang,kenapa pergi selepas berjanji? Kata nak tunggu..? Abang balik dengan seribu harapan,tapi apa abang dapat?”
Dia buka cerita lama tu semula?
“Sampai rumah..Mak cik Imah cakap Anis dah pergi? Cuma tinggalkan satu nota dan sekeping cek?? Puas abang cari Anis?? Selepas setahun? Baru hari nie..abang dapat jumpa isteri abang semula?? Anis ingat semudah itu abang nak lepaskan Anis pergi? Tidak lagi Nis! Abang takkan izinkan Anis pergi lagi.”
Anis Adelia menekup seketika wajahnya dengan tangan kanannya! Hatinya seperti disiat-siat semula apabila Aniq Ehsan menyentuh kembali cerita lama itu.
Kenapa Niq..?!
Pergilah! Pergi..aku tak nak jumpa kau lagi! Aku tak nak dengar apa-apa pun lagi daripada mulut kau!
Pergilah Niq...Jangan ganggu aku lagi..Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau..Kau tak faham ke Aniq Ehsan..?? Kau tak faham?!
Ingin sahaja menghamburkan apa yang sedang berada didalam hatinya ini.
“Anis..Ariq dah menangis nie..” Lantangnya suara kak Aisyah membawa pandangan Anis Adelia kebelakangnya.
Ariq! Ya Allah..! Kenapa kak Aisyah bawa anak keluar pulak nie? Kan dah pesan..?
Anak ummi menangis?
Wajah Ariq Ehsan sedang basah dengan air mata,beria menangisnya? Dah tersedu pun?
Kuatnya anak ummi menangis? Kenapa ummi tak sedar?
“Ariq..itu ummi..tengok tu..ummi tak tinggalkan dialah..kan Cik Cah dah cakap ummi dia ada saja kat sini.”
Anis Adelia makin tidak senang,kehadiran Kak Aisyah dan Ariq yang sedang menangis membuatkan dia mahu segera pergi,tapi lelaki nie....!
Ya Allah..!
Anak ummi..sayang..buah hati ummi..
Anis Adelia tahu,dia cuma ada dua pilihan sahaja sekarang.Samada tetap mengambil Ariq Ehsan daripada Kak Aisyah ataupun membiarkan Ariq Ehsan tetap didalam dukungan Kak Aisyah tapi sikecilnya akan menangis dengan lebih kuat? Tambahan lagi dia sudah terpandang akan umminya ini?
Anis Adelia berlari anak mendapatkan mereka berdua,Ariq Ehsan diambil daripada dukungan Kak Aisyah.Melihatkan wajah umminya,Ariq Ehsan memandang ketempat lain,tangisannya sahaja yang mula reda.
La..Merajuk pulak?
“Sayang...ummi tak kemana-mana pun.Kenapa menangis pulak nie? Selalunya boleh jer kalau ummi hilang sekejap?”
Aniq Ehsan terpaksa diabaikan dalam sedar..sepenuh perhatiannya terpaksa diberikan kepada sikecil yang kembali tenang saat berada didalam dukungan umminya..
Bertuah sungguh anak ummi nie..
“Maafkan Kak Aisyah,dia perasan pulak ummi dia dah hilang tadi..Ingatkan duk agah-agah tadi,dapatlah dia lupakan Anis kejap,tup-tup menangis...Ariq nak ummi?” Beritahu Kak Aisyah dengan rasa bersalah,bukannya dia tak cuba pujuk Ariq Ehsan tadi.Mak cik-mak ciknya yang lain pun duk sibuk memujuk dan mengusiknya tadi namun Ariq Ehsan tetap menangis? Terpaksa jugalah dia membawa Ariq Ehsan mendapatkan umminya.
Ariq Ehsan sudah membuat mimik muka melihat kak Aisyah bersembang dengannya,mungkin bimbang Cik Cahnya hendak mengambil dia semula.
Kak Aisyah segera menjauhinya sambil mengeleng kepada anak kecil yang semakin bijak itu.
“Tak apalah Kak Aisyah..Kak Aisyah masuk dulu,dah diam pun anak bertuah kita nie..Anis nak uruskan satu perkara lagi dengan lelaki tu.Kejap lagi Anis menyusul.” Ujar Anis Adelia dengan suara yang perlahan,tidak mahu didengari oleh Aniq Ehsan.
Kak Aisyah mengangguk,seketika wajah comel Ariq Ehsan ditatapnya.
“Cik Cah tak ambik dah..pergilah balik kat ummi dia tu.” Diusiknya lagi sikecil itu,boleh pulak Ariq Ehsannya tersenyum kali ini.
Makinlah geram sayang Cik Cah yang memandangnya.
Anis Adelia hanya mampu tersenyum,telatah sikecilnya ini sentiasa mencuit hati mereka disekelilingnya,ummi apatah lagi.
Kak Aisyah kembali kearah kedai selepas mengucup wajah Ariq Ehsan.Anis Adelia tidak tahu..Wanita itu masih tertanya-tanya tentang gerangan jejaka yang sedang bersama dengannya ini.
Ada sesuatu juga sedang bermain dibenaknya sekarang.Apakah dia?
Kak Aisyah terdiam,dia terbayang-bayang kembali raut wajah lelaki itu..entah kenapa Kak Aisyah merasakan wajah lelaki itu menyerupai seseorang,tapi..siapa??
Kak Aisyah terus cuba mengingat sesuatu..Lama dia berfikir sambil berjalan,akhirnya...
A!! Ya Allah! Ariq Ehsan?!
Ya! Baru Kak Aisyah teringat! Ariq Ehsan saling tak tumpah wajah lelaki tadi?
Ya Allah! Sama wajah kedua-duanya??!
Err,mungkinkah?
Dia suami wanita ini? Bapa Ariq Ehsan?
Jadi..Itulah lelakinya? Sebelum melangkah masuk kedalam kedai,Kak Aisyah berpaling seketika kearah mereka bertiga.Wajah Ariq Ehsan dan lelaki itu dipandangnya tepat.Dia yakin! Benar seperti yang diperkatakan hatinya..lelaki itu adalah Aniq Ehsan.Suami Anis Adelia..ayah kepada Ariq Ehsan.
Anis Adelia tersenyum lagi sambil melihat kerenah buah hatinya ini,sebenarnya dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang,dibelakangnya ketika ini ada Aniq Ehsan yang pastinya sedang memandang kearah mereka dengan penuh tanda tanya.Dihadapannya pula? Sikecil ini sedang tersenyum kepadanya.Hee..pandailah nak pujuk ummi nie..
Siapa suruh anak ummi nie menangis..? Tengok..? Kan ummi dah tak boleh nak buat apa-apa..?
Marah-marah sayang yang hanya kedengaran didalam hatinya berlalu begitu sahaja.
Buntu memikirkan apa yang perlu dia lakukan sekarang.,Anis Adelia menjatuhkan bibirnya dikepala Ariq Ehsan.Sedaya upaya dia sedang menghalangi Aniq Ehsan daripada terlihat akan Ariq Ehsan.
Kehadiran Ariq Ehsan sudah tentu sedang mengejutkan lelaki dibelakangnya itu..inikan pula ketika mendengar perbualannya dan Kak Aisyah tadi.Perkataan ummi tu...dah tentu-tentunya satu bukti kukuh untuk lelaki ini memaksanya berkata benar.
“Anis??” Lama agaknya menanti,suara lelaki itu kembali kedengaran.Memanggilnya.
Tanpa ada pilihan lain.
Anis Adelia terpaksa menatap wajah Aniq Ehsan semula,pun begitu dia terus cuba menghalang wajah sikecilnya daripada berpaling kearah lelaki itu.
Ariq..jangan pandang kebelakang..kejap ye sayang..ummi tahu,Ariq lapar? Kejap ye sayang,ummi kena minta lelaki ini pergi terlebih dahulu.
Anis Adelia berdialog didalam hatinya,seolah-olah dia sedang mengucapkan ayat tersebut kepada Ariq Ehsannya.
Mengapa dia berbuat begitu?
Ya..! Seperti yang dilihat oleh Kak Aisyah tadi..benar! Sikecilnya ini memiliki seraut wajah abahnya.
Keadaan akan lebih rumit jika Aniq Ehsan turut menyedari satu perkara ini..lagilah Anis Adelia tidak dapat berbuat apa-apa jika itu yang berlaku.
Ya Allah..janganlah hendaknya Anakku ini memandang kedepan.
“Awak..saya rasa lebih baik awak pergi.Lagipun dah takda apa nak diperkatakan lagi dengan awak.Semuanya dah jelas lagi nyata.Pergilah.”
Sudahnya Anis Adelia sekadar memberikan kata putus itu.
Anis Adelia sedar yang Aniq Ehsan sedikitpun tidak mengalihkan perhatiannya daripada bayi didalam dakapannya ketika ini.
Ummi??
Bermacam-macam andaian yang sedang bermain difikiran Aniq Ehsan ketika ini,kata-kata Anis Adelia yang baru terucap tadi juga tidak didengarinya.
Semua perhatiannya sekarang,hanya kepada bayi didalam dukungan isterinya itu?
Jika benarlah seperti yang dibisikkan hatinya ini,bermakna...?
“Awak pergi dulu,esok..kalau awak ada masa.Datang jumpa saya disini semula.Saya sibuk hari ini! InsyaAllah pagi esok,dalam pukul 9.00 tu..awak datanglah.”
“Tunggu Anis..”
Langkah Anis Adelia terhenti,bahunya yang baru dipaut lelaki itu memakukan langkahnya.
Anis Adelia memejamkan matanya erat,geram.
Apa lagi nie! Tak faham jugak? Kan dah cakap datang esok saja!!
“Apa dia lagi Aniq?” Lembut dia menjawab,mengawal kesabaran sebenarnya.
“Anak siapa tu Nis? Kenapa..ummi? Ada sesuatu...” Aniq Ehsan cuba membawa tubuhnya kedepan suapaya mereka dapat saling bertentang.Dia ingin menatap wajah sikecil itu namun Anis Adelia terus mengeraskan tubuhnya.
Dalam sibuk akalnya mencari helah yang sesuai untuk mengelakkan diri daripada Aniq Ehsan,kereta yang baru berhenti dibahu jalan tidak jauh daripadanya membuatkan Anis Adelia mampu menarik nafas lega.Lega seleganya..
Kak Sofi?! Makin erat Anis Adelia memeluk tubuh Ariq Ehsan yang masih diam dipelukannya.
Hilang segala kerisauan yang baru Aniq Ehsan lakukan terhadapnya.
Tepat pada masanya!
Alhamdulillah!
“Kak Sofi!!” Sebaik wanita itu keluar daripada kenderaan suaminya,Anis Adelia terus memanggilnya.
Wanita itu agak terkejut apabila namanya dipanggil pun begitu dia tetap berpaling.
Sofia pula terkejut,bukan kerana namanya dipanggil Anis Adelia tapi kehadiran lelaki dibelakang adik angkatnya yang membuatkan dia sudah dapat meneka apa yang berlaku.
“Kak Sofi! Ambik anak nie..dia menangis tadi.Kak Sofi pergi mana? Anis rasa dia lapar nie?”
Anis Adelia memulakan lakonannya.Seperti yang dijangka oleh Sofea.
“Sayang ummi..itu..mama sampai dah..apalah mama nie,tinggalkan Ariq dengan ummi?”
“Mama! Cepatlah..Dah menangis anak awak ni tadi,pergi mana..?”
Anis Adelia semakin tenang apabila Sofia datang kepadanya,berlari anak seolah-olah kebimbangan. Moga dapat memadamkan curiga dihati Aniq Ehsan.
“Lewatnya?”
Anis Adelia terus berlakon padahal dia langsung tidak tahu Sofia akan datang hari ini,mujur dia sedang membelakangi Aniq Ehsan ketika ini.Melihatkan air muka Sofea,Anis Adelia dapat merasakan! Sofia dapat mengecami wajah lelaki ini.
Isyarat mata yang diberikannya cukup untuk membawa Sofia bersama didalam lakonannya ini.
“Maaf..Kak Sofi hantar barang balik dulu.Ariq menangis? Alolo..kesiannya anak mama.Mari sini sayang mama..” Seperti yang diharap Anis Adelia.Lagipun Sofia memang menggelarkan dirinya mama kepada Ariq Ehsan sejak daripada kecil lagi.
Terima kasih kak Sofi!
Lakonan kedua-duanya semakin menjadi,Ariq Ehsan juga seolah-olahnya mengerti akan permainan umminya.Dia mahu mendapatkan mama Sofianya seperti yang Anis Adelia harapkan.
Alhamdulillah..habis hilang semua resah yang bertandang dihatinya.
“Siapa nie Nis?” Sofia berpura-pura bertanya.
Sempat lagi tu..padahal dah tahu! Hermm..berlakon jerlah Anis.
Biar nampak real.. Bisik hati kecilnya sambil cuba menghalang Ariq Ehsan memandang kearahnya.Begitu juga dengan Aniq Ehsan.
“Oh ye..ini kawan Anis..Aniq Ehsan.Kenalkan..” Anis Adelia memperkenalkan.Pertama kali mereka bertemu secara bersemuka dan pertama kali juga Aniq Ehsan mengenalinya namun tidak pada Sofia kerana dia sudah mengenali dan mengetahui akan perihal hubungan mereka berdua.
“Aniq..Ini kawan saya.Kak Sofia.”
Mereka berdua saling bertukar senyuman.
Kesempatan itu diambil oleh Anis Adelia,tangan Sofia yang bersentuh dengan lengannya ditolak perlahan...sebagai isyarat supaya Sofia segera membawa Ariq Ehsan masuk kedalam bookstorenya semula.Seboleh-bolehnya,dia tidak mahu Aniq Ehsan menatap wajah putera mereka.
Dia tidak bersedia lagi untuk semua ini apatah lagi dalam keadaan sekarang.Kehadiran Aniq Ehsan secara tiba-tiba ini cukup mengejutkannya.
“Kalau macam tu,sambunglah balik apa yang dibualkan tadi tu.Anis..bak sini anak akak tu.Thanks tolong jaga Ariq.Akak masuk dalam dulu,Aniq.” Aniq Ehsan mengangguk.
“Anak mama lapar? Hmm,jom kita masuk..rehat..lepas tu,tidur.” Terdengar suara Sofea berbual dengan Ariq Ehsan.
Mujur Sofia peka dengan apa yang dilakukannya.
Ariq Ehsan sudah bertukar kedalam dukungan Sofia.Sofia berjalan laju agar segera menjauhi mereka,membawa lari sikecil itu agar tidak menganggu ummi dan...abahnya.
Selepas kedua-duanya sudah menjauhi mereka.Anis Adelia kembali menatap Aniq Ehsan .
Hermm.
Kenapa lelaki ini nampak..kecewa?
Mungkin dia yakin sangat sikecil itu tadi adalah anak dia kot?
Boleh pulak persoalan bodoh itu timbul ke benaknya.
Err..tapi memang anak dia pun?
Aku yang sedang membohonginya?!
“Kita jumpa esok! Awak datang sebelum pukul 10.00.Jangan lewat daripada itu sebab saya ada hal lain.”
“Anis??”
Saat itu juga telinga Anis Adelia kembali menangkap suara tangisan Ariq Ehsan.
Terpaksa juga dia berpaling kembali kepada Sofia yang sudah menjauhi mereka.
Ariq Ehsan sudah sedar yang dia dibawa jauh daripada umminya semula.
Ya Allah!
Wajah kecil itu yang sedang menatapnya membuatkan Anis Adelia ingin segera mendapatkannya.
Lelaki nie?? Dia buat hidup aku kucar kacir dalam masa...tak sampai 10 minit ?!
“Kita jumpa esok!” Anis Adelia tetap dengan keputusannya.Dia sudah melangkah pergi..Anaknya sedang menangis!
Sebelum drama ini hancur,lebih baik dia segera mendapatkan Ariq Ehsan.
“Anis..?” Aniq Ehsan cuba menghalangi..
“Tolong hormat keputusan saya,kita jumpa esok.Saya janji!” Masih jawapan yang sama diberikannya kepada lelaki itu.
Anis Adelia sempat berpaling kearah Aniq Ehsan sebelum mengatur langkahnya kembali kedalam bookstorenya.
Alahai anak ummi..Sekejap sayang..Ummi datang.
Aniq Ehsan masih tidak berganjak daripada tempatnya berdiri tadi.Matanya masih kepada Anis Adelia.Sebolehnya dia tidak mahu wanita itu pergi lagi tapi dia juga tidak mampu untuk menghalang.Lagipun Anis Adelia sudah memintanya untuk datang kesini semula esok.
Cuma sekarang nie..Ada sesuatu yang lebih menganggunya.
Baru beberapa saat lalu,entah macammana matanya tiba-tiba boleh terpandangkan wajah sikecil yang berada didalam dukungan Anis Adelia tadi.
Ada sesuatu yang membuatkannya agak ragu-ragu dengan apa yang baru berlaku.
Betulkah anak tu,anak Sofea?
Tapi..
Kenapa wajah sikecil itu...?
Miripnya?
Alahai Anis! Aniq juga berhak keatas anaknya....
ReplyDeleteX sabar tunggu next n3 .
ReplyDeletesetiap hari 4 kali saya bukak blog ni ..so cik writer cepat cepat laaa update pleaseee.... :D
ReplyDeletecerita ini makin menarik teruskan x sabar nak n3 baru
ReplyDelete