Monday, 11 March 2013

Aku cinta...dia!

Assalamualaikum semua...


Sempatlah buat satu cerpen pendek nie selepas beberapa hari sibuk+stress+penat menyiapkan beberapa bab tesis..=release tension


tajuk tu pun main celum2 jer..entah kena ke x dgan cerita xtau la..


apapun,layan jer la k.. ;0 


kalu bnyak y kureng..sory :)


->->->->->->->->->->->->->->-><-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<-<



 “Dhea!!”


Dhea Ameera tersentak,bertambah dia terkejut melihat kearah lelaki yang sedang berlari anak mendapatkannya itu.


Khalish Firman?? Apa dia buat kat sini?? Macammana pulak dia boleh ada kat sini??


Sebelum lelaki yang memanggilnya tadi menghampirinya,Dhea Ameera terlebih membuka langkahnya.Laju meninggalkan Khalish Firman yang terpinga-pinga dengan tingkahnya itu.


.......................................



“Saya tak nak ikut awak!” Dhea Ameera menarik kasar tangannya yang dicengkam kuat Arieq Qhalish.Berbekas tangannya dek cengkaman kuat yang disertai dengan sentapan kuatnya pula selepas itu untuk melepaskan tangannya.Makin sakitlah jadinya!


“Gila apa kau tak nak ikut aku? Tu..Adik aku nak jumpa sangat dengan kakak ipar dia nie.Kau nak suruh aku bagi alasan apa pulak kali nie??”


“Ikut suka awaklah nak bagi alasan apa pun,saya peduli apa! Awak yang gatal nak kahwin dengan saya dulu,sekarang..awaklah yang selesaikan semua masalah yang sememangnya dah semak nie.”


“Wo..Wo! Kau nak salahkan akulah pulak sekarang nie?” Bentak Arieq Qhalish tiba-tiba.


“Habis tu?? Awak nak letakkan salah tu kat bahu saya pulak? What nonsense En.Arieq Qhalish!!!”


What nonsense kau tanya aku?? Hoi! Kau sedar diri kau tu sikit erk! Kalau tak kerana aku yang selamatkan kau daripada jantan-jantan keparat tu dulu,dah lama kau jadi habuan mereka Dhea Ameera!! Kau rasa,kau masih boleh berada didepan aku sekarang nie? Kau rasa kau boleh nak balas pandangan aku ke seperti sekarang kalau kejadian 3 bulan lalu tu,dah meragut maruah yang kau ada nie??”


“Jadi awak nak ungkit kebaikan yang awak dah taburkan pada saya tu dulu??? Awak nak kalau awak takda kat situ,saya dah lama...”


“Memang!! Dah itu kenyataannya kan?? ”


“Habis tu kenapa awak bodoh sangat terima permintaan babah saya!! Yang awak bodoh sangat nak kahwin dengan perempuan nie! Kenapa pulak!!!”


“Suka hati aku ler!!”


“Habis! Suka hati saya jugaklah kalau saya tak nak pergi jumpa adik kesayangan awak tu!!!  Yang awak nak paksa-paksa saya buat apa!!!”


“Sebab kau akan menjadi hamba aku sampai bila-bila!!! Kau tetap akan berhutang dengan aku seumur hidup kau,kau takkan mampu membayarnya walaupun kat tangan kau sekarang,ada 1 bilion untuk kau tukar gantikan dengan kebaikan yang aku dah buat pada kau tu!!”


“Ah!! Saya tak peduli!! Saya tak nak pergi! Saya tak nak pergi!! Muktamad!!!”


“Aduh!!”


“Hei!! Awak nak bunuh saya ke??!!”


“Kau nak kemana??! Kau tak faham ke apa yang aku dah cakap dengan kau??”


“Lepaslah..Sakit Arieq!!”


“Kau jangan lupa,sejak malam pertama dulu..Masih ada hutang kau dengan aku yang masih tak langsai sampai sekarang.Kalau kau tak nak aku buat apa-apa kat kau malam nie,lebih baik kau siap! Aku tahu,lepas maghrib nanti! Kau dah ada kat bawah! Faham!!”


Ugut Arieq Qhalish kali nie,tanpa perlu meninggikan suaranya seperti beberapa ketika tadi.Air muka Dhe Ameera turut berubah serta merta kali ini.


Dhea Ameera mengusap beberapa kali tangannya yang baru dilepaskan kasar oleh Arieq Qhalish! Menderu-deru air matanya tumpah membasahi wajah saat tubuh sasa itu sudah menghilang daripada pandangan mata.


Apa lagi yang kau mahukan dari aku Arieq?? Tak puas-puas lagi ke kau menyakiti aku selama nie?? Kalau tak nak,aku lebih rela kau buang aku kat tepi jalan macam tu saja daripada kau buat aku macam nie??


“Khalish,kenalkan..isteri abang.Dhea Ameera.”


“Dhea..Inilah isteri abang..Perempuan pertama yang dah buka hati abang nie..”


Arieq Qhalish sengaja berpura-pura tidak memahami pandangan Khalish terhadap isterinya.Biarlah rahsia ini menjadi rahsia hatinya sampai bila-bila.Daripada al kisah dia mengenali Dhea Ameera,peristiwa malam itu sehinggalah kepada cerita perkahwinan mereka.Hanya dia seorang yang tahu cerita sebenar disebalik semua yang telah berlaku itu.


“Kenapa berdiri lagi tu Arieq? Dhea? Duduk,dari tadi mama tunggu kamu berdua.Dah berkeroncong perut mama menunggu anak teruna seorang nie balik.”


“Duduk sayang..”Arieq Qhalis menarik kerusi dimeja makan itu sebelum mempelawanya untuk duduk.


Lakonan Arieq Qhalish semakin mantap,Dhea Ameera hanya mampu tersenyum didalam hati dengan kejelekan sikap suaminya ini.Cukup istimewa layanan yang diterimanya daripada lelaki ini setiap kali berdepan dengan ibunya dan sekarang??


Dihadapan adiknya pula merangkap adik iparku?!


Bagus Arieq Qhalish!


“Sikit sahaja Dhea makan? Tak sedap ke lauk yang mama masak nie?” Dhea Ameera tidak jadi hendak bangun,teguran ibu mertuanya membuatnya kakinya bagaikan tergam dilantai bilik makan ini.


“Taklah mama...Dhea dah kenyang,sebenarnya sebelum datang tadi Dhea dah makan petang kat rumah.Abang nie lah..lambat sangat beritahu Dhea yang mama pelawa kami makan dirumah.Dia balik kerja tadi,baru dia beritahu..”


Bohong Dhea Ameera,sebenarnya dia bukan tidak lapar.Malah lauk yang disediakan oleh ibu mertuanya ini cukup untuk menaikkan seleranya.Namun..kerana pandangan lelaki dihadapannya ini yang sejak tadi mengekornya membuatkan Dhea Ameera benar-benar tidak selesa.Suaminya pula,bukan main berselera lagi menjamah makanan didalam pinggannya,siap bertambah lagi? Dia pula,hendak menelan sesuap nasi ini pun terasa tidak lepas dianak tekaknya dengan tingkah Khalish Firman.


“Bagaimana kau boleh kahwin dengan abang aku,Dhea? Tak sampai 4 bulan aku disana?? Sampai hati kau buat aku macam nie??”


“Maafkan saya..kalaulah saya tahu daripada awal lagi siapa keluarga awak,abang awak..mama awak...saya pasti takkan menjadi sebahagian daripada keluarga awak.Bahkan dengan awak sekalipun.”


“Kau cakap apa nie?”


“Tak perlulah saya jelaskan apa-apa.Yang penting sekarang awak dah tahu saya adalah kakak ipar awak,isteri kepada abang awak! Kalau awak rasa awak tak boleh nak terima keadaan ini! Itu terpulang kepada awak! Lagipun sejak saya menjadi isterinya,hubungan kita memang sudah berakhir!


Awak boleh anggap saya perempuan jalang ke! Perempuan murahan ke! Saya tak kisah,Khalish.”


“Dhea..”


Don’t touch me!! Not anymore,not after all!!


“Kau tak boleh buat aku macam nie Dhea...aku cintakan kau..”


“Cinta awak dah lama  mati untuk saya..tolong jangan ganggu saya lagi selepas nie.Saya dah pun menjadi milik Arieq Qhalish,Khalish Firman!”


Tegas Dhea Ameera yang kemudiannya melihat dia melangkah pergi meninggalkan Khalish Firman tanpa menoleh kebelakang walaupun untuk seketika.


 


Setiba dirumahnya,


“Dhea..?”


“Awak?”


“Kau dari mana?”


“Dhea...”


“Kenapa kau pergi jumpa dia?”


“Siapa?”


“Nak aku sebutkan ke nama penuhnya?”


“Dia yang nak jumpa saya..”


“Ada kau mintak izin aku?”


“Selama nie..”


“Itu kalau kau keluar atas urusan kebiasaan kau,nie..”


“Dengan siapa pun saya keluar awak memang tak pernah ambik peduli kan? Takkan cemburu??”


“Cemburu? Kau siapa sampai perlu aku rasa cemburu terhadap kau?”


“Dasar lelaki! Ego..” Omel Dhea Ameera sendirian sehingga hampir didengari oleh Arieq Qhalish buti-butir perkataan yang keluar daripada bibirnya tadi.


“Saya malaslah nak layan awak,kalau awak rasa tak suka saya keluar dengan dia.Better awak nasihatkan adik awak tu supaya jangan ganggu saya lagi.Kalau awak rasa cemburu pulak,biar saya berterus terang dengan awak yang saya langsung dah takda hati dengan adik awak tu.Kalau hati nie dah tak suka,datanglah seribu orang pun yang sama dengan adik awak tu,hati saya nie dah tak boleh nak terima lagi kalau dah dua-duanya sama saja!”


“Kau perli aku??”


“Dah bila masa pulak??”


“Sudahlah tu,pergi naik.Siap..”


“Nak kemana pulak? Rumah mama?”


“Ikut saja,jangan banyak soal.”


“Hahaha!! Kau nak kemana???”


“Kau nak pergi mana lagi perempuan???”


“Hahaha,selamatlah kau dengan kami malam nie.


“Tolonglah..aku merayu...lepaskan aku.Aku sanggup bayar berapa juga yang kamu mahukan,tapi lepaskan aku..” Dhea Ameera masih merayu meskipun dia sedar,peluang untuknya melepaskan diri sangat tipis.


Kali ini Dhea Ameera terperangkap,mengeletar bibirnya.Ruang bangunan yang dijelajahnya hanya bertemu dengan jalan mati.


Rambutnya yang sedari tadi sudah terdedah apabila salah seorang daripada mereka sempat menarik keluar tudungnya terus menjadi ratahan pandangan 3 jahanam tersebut.


Ketiga-tiga lelaki tadi sedang menghampirnya.Air matanya semakin deras mengalir membasahi pipinya.


Ya Allah..bantulah aku..bantulah hamba Mu yang lemah ini.Janganlah Kau jadikan aku mangsa nafsu serakah syaitan-syaitan ini.Aku berlindung dengan kekuasaanMu.Bantulah aku Ya Allah.Bantulah aku...Kuat genggaman tangan Dhea Ameera pada dinding bangunan terbengkalai ini.


“Woiiiiiiiiiiii!!!” Saat itu,baik Dhea Ameera mahupun ketiga-tiga lelaki yang sedang memandang dirinya dengan penuh nafsu itu.Terkejut dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenali mereka.Namun buat Dhea Ameera?? Kehadiran insan itu..teramat-amat diharagainya.


“Kau!! Pergi lari!!” Arah lelaki yang baru muncul itu kepadanya.Pada mulanya Dhea Ameera tidak mahu meninggalkannya namun setelah dia terus didesak..Dia berlari juga meninggalkan lelaki itu berseorangan berhadapan dengan 3 manusia berhati syaitan tadi.


Dhea Ameera lantas mengusir segala memori itu pergi...


Ya! Jika tidak kerana peristiwa itu,pasti dia tidak akan dipertemukan dengan Arieq.Seperti yang pernah diperkatakan oleh Arieq juga,jika mereka tidak dipertemukan dia juga belum tentu  masih bernyawa sekarang.Jika dia masih hidup pun selepas peristiwa itu,dia takkan mampu melangkah seperti sekarang.Disebabkan itu juga babah begitu terhutang nyawa dan budi dengan Arieq Qhalish sehingga dia dengan mudahnya memberikan satu-satunya puteri yang dia ada dan kasihi kepada Arieq Qhalish


“Mama dan papa nak cucu..” Sejak mereka keluar makan malam tadi,sehinggalah mereka sudah kembali kerumah sekarang baru sekarang dia mendengar suara lelaki itu semula.Pelik! Memang pelik! Namun sekarang kata-kata Arieq tadi semuanya sudah terjawab dengan sendiri.Jadi inilah sebabnya dia bawak aku keluar makan tadi??


“Habis tu..?” Soal Dhea Ameera bodoh sambil langkahnya terus dibawa naik ketingkat atas.Menuju kebiliknya.


“Kalau kau sudi,layan aku malam nie..”


“Awak nak suruh saya??” Soal Dhea Ameera tidak percaya.Berterus terang betul dia nie?


“Nah..!”


“Cek apa nie?”


“500,000 ribu..cukup untuk aku dapatkan anak daripada kau?”


Ya Allah! Apa kenanya dengan suami aku nie? Sedar tak dia perempuan yang berada didepannya sekarang adalah isterinya??


Kenapa dia nak jadikan aku sehina ini????


“Awak rasa?” Dhea Ameera masih cuba untuk berlagak tenang.


“Kalau tak cukup aku boleh tambah lagi?”


Gelodak dihatinya semakin memuncak,dikala ini dia cuma merasakan yang dirinya tidak ubah seperti seorang pelacur yang sedang berunding dengan pelanggannya dalam menentukan harga untuk mendapatkan perkhidmatan.


Gilakan?


Tapi itulah yang berlaku sekarang! Suaminya sendiri sedang menetapkan harga untuk mendapatkan dirinya.


Arieq..Arieq...


“Kalau aku minta 1 juta?” Dhea Ameera menduga sambil cuba mengawal air matanya daripada tumpah.Hatinya benar-benar terluka.


“Kau nak buat apa duit sebanyak tu?”


“Kau rasa lepas kau dapatkan anak daripada aku,kau akan simpan aku lagi ke? Dengan situasi aku sekarang yang tidak bekerja,kau rasa mudah untuk aku membina hidup aku semula? Cuba kau tambah tolak,masa yang perlu aku peruntukkan untuk mengandungkan anak kau lagi? Kemudian melahirkannya pula,selepas itu...”


“Deal! 1 juta!” Tanpa banyak soal,Arieq Qhalish memberikan persetujuannya.Pelik? Takkan semudah itu dia ingin menyerahkan RM 1 jutanya kepada aku?


Dhea Ameera membuka pintu biliknya,ketika tubuhnya dipalingkan dan membelakangi suaminya.Tumpah juga air matanya.Itupun hanya untuk beberapa titis,kemudia titisan itu langsung disekanya dan dia tidak mengizinkan titis lain pula menitis.


“Masuklah!” Pelawa Dhea Ameera berat..


Dhea Ameera redha dengan apa yang telah ditakdirkan buatnya malam ini,menyerahkan dirinya kepada Arieq Qhalish tanpa setitis air mata pun yang menitis diwajahnya.Inilah perkara yang lebih melukai dirinya.Kerana dia juga telah berjanji pada dirinya,ini adalah tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Arieq Qhalish.Tentang wang yang telah dijanjikan oleh Arieq Qhalish kepadanya tadi,Dhea Ameera langsung tidak mengingati apa yang telah mereka bualkan tadi kerana niatnya sejak Arieq Qhalish menyatakan niatnya tadi,dia cuma ingin memenuhi kehendak suaminya bukan kerana semua wang itu bahkan lebih kepada rasa hormatnya sebagai seorang isteri.Biarlah apa pandangan Arieq Qhalish terhadapnya sekarang.


Sudah sebulan berlalu,selepas peristiwa itu baik Dhea Ameera mahupun Arieq Qhalish..kehidupan mereka tetap berjalan seperti biasa.Bagaikan tiada apa yang berlaku,Dhea Ameera sekadar mengikut rentak suaminya itu.


“Babah..”


“Kenapa Dhea?” Dhea memandang wajah babahnya,semalam dia meminta kebenaran Arieq Qhalish untuk melawat babah selepas hampir 5 bulan dia tidak bertemu dengan orang tuanya ini.Hanya panggilan telefon daripadanya ataupun babah yang menjadi pengantara diantara mereka 5 bulan ini.


Lagipun ada penyebab yang lebih besar yang mendorongnya untuk balik kekampung hari ini.Sesuatu yang membuatkan dirinya langsung tidak senang duduk selepas mendapatkan berita itu semalam.


“Dah lama Dhea tak dapat bersantai-santai dengan babah seperti sekarang.Dhea juga nak mintak maaf daripada babah jikalau sepanjang Dhea telah bergelar isteri orang nie,Dhea tak dapat luangkan masa seperti waktu bujang Dhea dulu dengan babah.”


“Kenapa Dhea nak mintak maaf pulak? Dhea..Dhea..”


“..seorang anak perempuan tu hanya menjadi tanggungjawab bapanya selagi mana bertukar lagi tanggungjawab itu kepada insan yang lebih berhak keatasnya.Selepas babah menyerahkan Dhea kepada Arieq Qhalish,bermakna babah redha dengan apa yang bakal terjadi.Yang penting,babah tahu...lelaki itu boleh menjaga puteri babah dengan baik,bahagiakan puteri yang babah besarkan dengan baik selama ini.Sekalipun babah tak jumpa Dhea sehingga keakhir nafas babah pun selepas tu,babah bahagia nak..”


Tumpah air mata Dhea dengan jawapan daripada babahnya itu,mengapa perlu babah berkata begitu pula?


“Dhea sayang babah,lepas ibu pergi..Dhea cuma ada babah.Babahlah yang besarkan Dhea.Babahlah yang berikan didikan agama dan dunia kepada Dhea.Babah jugalah yang memberikan kehidupan ini kepada Dhea.Dhea sayang babah,mana mungkin Dhea buang babah selepas apa yang babah korbankan pada Dhea? Kalau tak kerana babah mintak Dhea kahwin dengan Arieq dulu,Dhea lebih rela menjaga babah sehingga salah seorang daripada kita pergi menghadap Allah terlebih dahulu.”


“Itulah yang babah tak mahukan,puteri babah adalah amanah Allah.Babah tak nak anak babah membujang sehingga ke tua sedangkan ada insan yang lebih berhak untuk memilikinya.Dhea janganlah bimbang tentang babah.Bukan babah tak nak tinggal dengan Dhea dan Arieq tapi babah lebih senang disini.Setakat sekali sekala babah kesana,bolehlah tapi untuk tinggal disana,tak mungkin sayang.Ini rumah babah,banyak memori babab dengan ibu dan Dhea yang berada disini.Biarlah babah berada disini sehingga keakhir hayat babah.


“Awak..nah!” Dhea Ameera menghulurkan laporang kesihatan dan gambar ultrasound yang telah diperolehinya dua hari lepas.


“Apa nie??”


“Laporan ujian air kencing saya dan...gambar ultrasound anak.Saya dah pregnant.” Ujarnya tenang.


“Hmm..baguslah.”


Hmm,jawapan yang sudah diduga Dhea Ameera.Nampaknya dia juga tiada urusan lain lagi dalam bilik lelaki ini.Lebih baik dia pergi daripada menambahkan lagi sakit dihatinya dengan ketenangan diriak wajah Arieq.


Petang esoknya,sedang Dhea Ameera bersantai-santai sambil menjamah bubur jagung kegemarannya.Arieq Qhalish balik dengan penuh beg plastik berisi barang ditangannya.


Pergi shopping sorang-sorang ke orang tua nie? Busik hati kecilnya.


“Apa yang banyak sangat barang awak beli tu? Barang dapur kita kat dalam kabinet tu pun banyak lagi.”


“Nie makanan khas untuk kau sepanjang mengandung nie.Ada susu,bijirin,kurma..Mulai sekarang aku tak nak kau selalu makan makanan berminyak.Lepas nie kalau nak masak apa pun,gantikan santan tu dengan susu cair nie.Susu kotak nie pula pastikan kau ambik 3 kali sehari,pagi petang dan..malam tu mungkin aku akan hantar sendiri kebilik kau.Bijirin nie makanlah bila-bila masa yang kau nak,kalau tak silap aku bijirin lain pun ada dalam kabinet tu.Kurma nie pulak! Pastikan kau ambik 3 biji sekali makan selepas minum susu.Faham?”


Ya Allah,banyaknya peraturan?


Dia ingat aku nie anak-anak dia ke nak bagi arahan-arahan macam tu?


“Kau dengar tak apa yang aku cakap nie?”


“Saya dengar..”


“Nie,aku susunkan semua keperluan kau dekat satu tempat.Nanti senang nak cari,susu minum tu aku letakkan dalam peti ais.Ingat! Pastikan kau buat semua yang aku arahkan tadi,faham?”


“Ya..saya faham..”


Dhea Ameera mula melihat kebosanan hidup yang bakal dilaluinya selepas ini.Sempat pula dia mengeluh,mujur tidak didengari suaminya.


Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Kandungan Dhea Ameera sudahpun merangkak masuk bulan keempat.


“Kau dari mana?”


“Beli baju..Perut nie dah besar,baju yang ada sekarang nie tak berapa nak muat dah.Baru 4 bulan,belum masuk bulan ke-5,bulan ke-6 dan seterus-seterusnya.”


“Boleh jalan lagi ke tak?”


“Ha?”


“Jom.”


“Nak pergi mana pulak?”


“Beli bajulah?”


“Ha?? Ya Allah,tak payahlah,buat masa sekarang nie cukuplah 3 helai baju nie.Saya pun bukannya selalu keluar rumah.Yang ada nie pun sebab takut ada urusan yang perlu menyebabkan saya keluar.”


Meskipun begitu,Arieq Qhalish tetap membawanya keluar malam itu selepas isyak.


Begitulah kehidupan yang dilalui oleh Dhea Ameera diwaktu kandungannya sedang membesar.Perhatian Arieq Qhalish sedikit sebanyak membuatkan bibirnya tidak lekang daripada tawa dan senyuman kerana tingkahnya benar-benar mencuit hati Dhea Ameera.Suatu kebahagian yang baru dirasainya selepas dia disahkan mengandung namun Dhea Ameera sedar..semua yang dilakukan Arieq Qhalish itu hanyalah demi anak yang diingininya ini.Dia juga tidak menaruh apa-apa harapan dengan layanan Arieq Qhalish terhadapnya selama ini.Yang penting..suaminya bahagia,dia juga sihat sehingga anak ini dilahirkan nanti.


Kini,usia kandungan Dhea Ameera sudahpun menjangkau kebulan yang kesembilan.Jangka yang diberikan Doktor untuk dia melahirkan bayi sulongnya ini tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.Sakit-sakit yang terasa seperti hendak bersalin itu sudah dirasainya cuma semuanya bukanlah sakit untuk bersalin.Mungkin kerana keadan baby dan mungkin dirinya juga menyebabkan dia amerasa seperti itu.Sekarang,Dhea Ameera lebih banyak berbaring dan berehat didalam biliknya.Sukar untuknya bergerak aktif seperti sebelum ini dalam keadaannya sekarang.


Hari-hari yang berlalu,mula memuncakkan debaran dihati Dhea Ameea sehinggalah pada satu subuh itu,selepas dia mengaji..Dhea Ameera merasakan rahimnya tiba-tiba terasa sakit,agak luar biasa sakitnya kali ini apabila dia tidak henti-henti berulang kebilik air namun tiada tanda-tanda pun dia ingin membuang air besar.Sehinggalah Dhea Ameera mula merasakan ada sesuatu yang telah pecah dan dia merasakan ada cairan yang meleleh dicelah kangkangnya.Kelam kabut dia mengejutkan Arieq Qalish yang sedang terlena diatas katilnya dan memberitahu lelaki itu yang dia sudah mahu bersalin.Sebimbang-bimbangnya,Arieq Qalish nampak lebih kelam kabut.Sampaikan kunci kereta pun dia terlupa dimana dia meletaknya.


Didalam wad bersalin,


Dhea Ameera sedang menahan kesakitan,sejak 3 jam yang lalu..langsung tiada sebarang tanda-tanda yang anak mereka akan lahir.Arieq Qhalish masih setia disisinya sejak tadi,setiap proses yang dilaluinya tidak sekalipun terlepas daripada pandangan Arieq Qhalish.Dhea Ameera sangat bersyukur,bersyukur kerana lelaki ini sudi menemaninya untuk melihat proses kelahiran anak mereka sekali gus memberikan sedikit semangat dan kekuatan kepada Dhea Ameera.


2 jam seterusnya barulah Dhea Ameera dapat merasakan sakit sebenar-benarnya.Dia dapat merasakan anaknya sudah ingin keluar.


“Dr..Saya rasa baby dah nak keluar dah..” Ketika itu juga jururawat-jururawat dan Dr. wanita yang ditugaskan untuk menyambut kelahiran anaknya ini langsung mengembalikan sepenuh perhatian terhadapnya.


Dhea Ameera pula,tiada apa lagi yang berada difikirannya ketika ini melainkan dia ingin anaknya lahir dalam keadaan selamat.Sedikit demi sedikit rasa sakit itu semakin terasa menyengat rahimnya.Tak tertanggung lagi rasa sakit yang dirasainya ketika itu.


Arahan Dr. supaya dia meneran buat pertama kalinya menyebabkan tenaga Dhea bagaikan habis disitu sahaja.Keadaan terus berlarutan untuk sejam yang seterusnya.


Dhea Ameera merasakan tubuhnya semakin lemah.Dalam keletihannya,dia disapa dengan satu suara yang memberikan sedikit kekuatan kepadanya.Matanya diangkat kearah pemilik suara itu,Arieq Qhalish sedang memberikannya semangat itu.


“Dhea..”


“Awak...sakit.” Adu Dhea Ameera dalam deraian air matanya.


“InsyaAllah takda apa-apa,Dhea kena kuat..demi baby.” Pujuk suaminya lagi,tersentuh hati Dhea Ameera.Terasa air mata ditubir matanya diseka oleh lelaki itu juga,terasa hangat juga kucupan dari bibir itu didahinya.Dia yakin dia tidak bermimpi! Apa yang sedang dirasainya sekarang adalah sebuah kenyataan.


Ya! Inilah yang dia perlukan dalam keadaan genting seperti sekarang.Genggaman tangan Arieq Qhalish dibalas erat.a


“Puan Dhea.Kuat ya! Saya dah nampak kepala baby,rasanya Puan dah boleh meneran semula.InsyaAllah,dia sudah bersedia untuk bertemu dengan ibu dan ayahnya.”


“Saya rasa saya tak kuat lagi Dr.” Dhea Ameera mengeleng.


“Dhea...”


“Demi baby Puan.Kali nie saja..InsyaAllah,push!”


“Push Puan..”


“Nurse..Tolong bantu pesakit,jangan bagi dia pejamkan matanya.Baby mungkin akan lemas kalau terus macam nie.” Arah Dr. wanita itu apabila dia melihat keadaan pesakitnya.Dia lebih mengetahui..


Arieq Qhalish semakin bimbang dengan apa yang didengarinya daripada Dr. wanita dihadapannya ini.Dhea Ameera sememangnya kelihatan sudah tidak bermaya.


Ya Allah..selamatkan isteri dan anakku..Peliharakan kedua-duanya ya Allah.


Akhirnya,tepat jam 8.30 pagi,lahirlah seorang lagi umat Muhammad yang diiringi dengan rasa syukur dan bahagia buat kedua-dua orang tuanya.


“Tahniah abang Qhal.”


“Terima kasih Khalish.”


“Tahniah Qhal..” Serentak kedua-dua orang tuanya mengucapkan perkataan tersebut lantas membuatkan kedua-dua beradik itu ketawa,kemudian disambut pula oleh kedua-dua orang tuanya.Bahagianya mereka,menyambut cucu sulong didalam keluarga.


“Terima kasih mama,alhamdulillah mereka selamat.” Arieq Qhalish gagal menyembunyikan kegembiraan dan kebahagiaannya..


Terima kasih sayang,lahirkan zuriat abang..sempat juga dia memberikan penghargaannya kepada isteri yang dicintainya itu.


Assalamualaikum Arieq..Ketika warkah ini sampai ketangan awak,mungkin saya dah pergi jauh daripada kehidupan awak dan sikecil...tak sangka saya masih lagi diberikan nyawa oleh Allah untuk menghirup udaranya ini selepas hampir 9 jam saya terpaksa bertarung dengan maut untuk melahirkan anak kita..err..anak awak.Comelkan anak awak? Sebiji macam awak,saya suka melihat senyuman terakhirnya buat saya selepas saya menyusukan dia buat terakhir kalinya tadi.Dia ada sepasang lesung pipit! Sangat cantik! Macam papa dia..


Awak..Maafkan saya ye,kalau kehilangan saya secara tiba-tiba ini membuatkan awak terkejut.


Bukan saya tak nak bertemu dengan awak sebelum saya pergi tapi saya rasa saya tak sanggup nak berdepan dengan awak lagi selepas apa yang telah awak buat pada saya.Disini juga saya sertakan sekali cek yang pernah awak berikan pada saya malam itu.Maaflah kalau cek nie dah macam belacan,sebab lepas saya dapat cek nie daripada awak saya terus ponyok dan campakkan keluar tingkap bilik.Inipun dua hari lepas tu baru saya jumpa balik lepas bersusah payah saya mencarinya.


Awak nak tahu satu perkara Arieq..saya tak pernah menyangka awak akan membuat sesuatu yang akan membuatkan saya hilang rasa hormat sebagai seorang wanita terhadap awak.Sekarang nie saya nak awak jelas dan bukak mata hati awak tu luas-luas tentang diri saya yang sebenar.Saya  bukan pelacur untuk awak berunding dengan saya berapa yang saya mahukan untuk menunaikan impian awak.Saya bukannya perempuan murah seperti yang awak anggap.Saya tak sehina itu!


Awak tahu..jika diikutkan hati saya ketika itu,malam tu juga saya dah larikan diri saya daripada awak tapi saya tak buat.Awak tahu kenapa? Sebabnya saya sedar siapa diri saya,saya sedar yang berada didepan saya ketika itu bukan lelaki asing tetapi suami saya.Suami yang telah merendahkan martabat saya lebih hina daripada pelacur.Itulah sebabnya Arieq..saya batalkan niat saya untuk lari daripada awak sebab saya adalah isteri awak.Memang rasa hormat saya sebagai seorang wanita telah hilang terhadap lelaki macam awak tapi saya tak mampu buang rasa hormat saya sebagai seorang isteri yang begitu menyanjungi suaminya.Itulah kelemahan saya Arieq kerana saya telah dibesarkan oleh babah untuk menjadi seorang anak yang solehah,untuk menjadi seorang isteri yang solehah walaupun saya sedar,saya bukanlah anak dan isteri yang solehah.Saya tidak layak untuk mendapatkan gelaran itu.


Terima kasih untuk segala-galanya..terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk memegang gelaran sebagai seorang isteri dan ibu..walaupun hanya untuk seketika.


Arieq...


Awak dah lihatkan betapa payahnya seorang wanita itu ingin melahirkan zuriat buat suaminya?


Awak dah lihatkan bagaimana peritnya kesakitan yang terpaksa dia tanggung hanya demi ingin melahirkan seorang umat Muhammad diatas muka bumi ini?


Awak dah lihatkan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita yang telah bersusah payah bertarung nyawa demi membiarkan anaknya melihat bumi Allah ini?


Untuk itu,saya mengambil secebis ruang yang ada nie.Saya harap awak dapat berubah Arieq..


Lupakan dendam awak buat kaum kami yang lemah ini..bukan semua perempuan tu jahat dan bukan semua perempuan tu hina.Ingat tu..?


Jaga anak...kita sebaik-baiknya.Cukuplah awak dapat memberitahunya suatu hari nanti yang ibunya ini terlalu menyayanginya,tidak pernah sekalipun pun saya membencinya kerana itu saya tidak mampu untuk menunggu lebih lama lagi untuk membiarkan dia hilang daripada pandangan mata saya kerana mungkin akan memungkiri janji saya kepada awak jika saya masih berada disisinya.


Akhir kata,saya minta awak halalkan segala yang pernah awak berikan pada saya,semua yang pernah saya ambil pada awak samada awak izinkan atau tidak,samada saya sedar atau tidak.


Saya juga sentiasa mendoakan awak akan bertemu dengan jodoh yang terbaik sepertimana papa dipertemukan dengan mama Farah selepas mama awak meninggalkannya.Saya harap anak awak juga sebertuah awak untuk mendapat pengganti ibunya.


Assalamualaikum...Arieq Qhalish.


Selamat...tinggal...anak...ibu...........


Dhea Ameera hanya menangis sepanjang perjalanan balik kerumah bapanya.Sebenarnya dia begitu merindui puteranya namun seperti yang telah tertulis didalam warkahnya tadi.Dia bimbang,sekiranya dia terus berada lama-lama disisi anaknya itu dia takut dia tidak mampu melepaskan sikecil mereka itu kepada suaminya seperti yang telah mereka persetujui.Sedangkan sekarang sahaja dia sudah mula merasakan separuh daripada nyawanya telah terbang pergi meninggalkan dirinya,inikan pula untuk bertahan selama 2,3 hari lagi..


Maafkan ibu sayang..bukan niat ibu nak tinggalkan sayang..ibu yakin..papa akan menjaga dan mengasuh sayang sebaik yang mungkin.Malah cukup sempurna daripada ibu.


Ya Allah Dhea!!!!


“Nurse..Mana isteri saya?” Arieq  Qhalish terus meluru kearah kaunter pertanyaan setelah surat yang ditinggalkan isterinya tadi selesai dibacanya.


“Isteri encik? Dia ada dibilikkan?” Itu pula jawapan jururawat yang menjaga bahagian wad bersalin itu.


Jawapan jururawat tersebut hanya menambahkan lagi kekusutan Arieq Qhalish.Dimana isterinya?


Ya Allah!! Ini semua salah aku!! Dhea..Dhea pergi mana sayang? Tolong jangan tinggalkan abang dan anak kita..


“Arieq..Kenapa nie?” Teguran beserta sentuhan dibahunya membawa pandangan Arieq kearahnya.


“Abang Qhal?”


“Ma..Khal..” Bimbang pula Datin Arfah melihat keadaan anaknya ini,apa yang berlaku sebenarnya??


“Kenapa nie?”


“Dhea ma..Dhea dah tinggalkan Arieq.Arieq tak tahu dia pergi mama?!”


“Astaghfirullahal’azim.Macammana boleh jadi macam tu? Anak??”


“Anak kami ada..Dhea pergi sendiri..”


“Mana kamu tahu?”


Arieq Qhalish tidak tahu ingin memberikan jawapan apa dengan soalan mamanya itu? Mustahil dia akan bercerita mengenai surat itu.


Ya Allah!!


............................................................


“Babah...” Kepulangan Dhea Ameera dihadapan rumahnya tengah hari itu benar-benar mengejutkan Hj.Hijir.


“Dhea? Ya Allah..kenapa nie? Dhea buat apa kat sini,kan Dhea baru bersalin??” Dhea rebah dalam pelukan babahnya bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.


“Babah..Dhea tak kuat...babah tolong Dhea..”


“Astaghfirullahala’zim..Dhea,kenapa nie? Dhea buat babah risau? Jom kita masuk dulu..”


“Dhea buat apa kat sini? Mana cucu...babah? Arieq??”


“Maafkan Dhea..Dhea bukannya anak babah yang baik,maafkan Dhea babah.Dhea mintak ampun.” Ucap Dhea berkali-kali,tangan tua itu turut disalami dan dikucupnya beberapa kali.


“Terus terang dengan babah,apa yang berlaku? Dhea buat apa nie? Lailahaillallah..”


“Dhea dah takda apa-apa dengan Arieq..anak Dhea ada pada Arieq..Dhea tak boleh bawak dia bersama-sama.”


“Dhea..”


“Kalau babah sayang Dhea..Tolong babah,babah jangan tanya pada Dhea apa-apa lagi,sekarang nie Dhea cuma nak babah mengaji untuk Dhea..Bolehkan babah? Dhea dah lama tak dengar babah mengaji untuk Dhea.Dhea rindu sangat nak dengar babah mengaji pada Dhea..Boleh ye babah??” Pinta Dhea separuh merayu.Sungguh dia merasakan dirinya langsung tidak berdaya ketika ini.Didalam fikirannya sekarang cuma ada nama Arieq Qhalish dan  anak mereka.Dia begitu merinduikan kedua-dua lelaki itu.


Mengalir air mata Hj Hijir melihat keadaan puterinya,dia benar-benar tidak tahu apa yang berlaku.Meskipun keinginannya ingin tahu lebih daripada permintaan puterinya ini namun rasa kasih dihatinya terhadap satu-satunya anak yang dia ada ini menyebabkan Hj Hijir terpaksa melupakan semua itu.Selepas menguruskan Dhea Ameera,membetulkan ruang tamu rumahnya itu agar Dhea lebih selesa dalam keadaannya sekarang.Baru Hj Hijir mengambil wudhuk dan kembali semula kepada Dhea Ameera,seperti yang diminta oleh Dhea Ameera tadi,itulah yang dilakukannya.Sebelum itu sempat juga Hj Hijir mendail nombor telefon adiknya yang hanya tinggal disebelah rumahnya ini supaya memasakkan sesuatu untuk Dhea Ameera.


Anaknya ini sedang kesedihan kerana itu dia hanya mahu babahnya mengaji untuknya.


..........................


“Apa yang dah jadi sebenarnya bang? Mana anak Dhea? Mana suaminya? Kenapa dia balik sendiri?”


Adiknya datang kerumahnya lebih awal daripada yang dijangka,Hj Hijir tahu..Rysha pastinya bimbang sebaik sahaja berita itu disampaikan kepadanya.Apatah lagi setelah diberitahu yang Dhea Ameera balik dari Shah Alam kerumahnya dengan menaiki teksi sedangkan dia baru sahaja lepas bersalin.


Dia juga sudah selesai mengaji,


“Abang pun tak tahu Sya,terkejut abang tengok Dhea tiba-tiba ada kat depan mata abang tadi.”


“Babah..” Dhea sudah tersedar semula,namun suara Dhea Ameera kali ini lebih tenang berbanding tadi,syahdunya saja yang tetap terasa mengusik tangkai hati Hj.Hijir.


“Ya sayang..Babah ada kat sini.”


“Babah beritahu sesiapa ke Dhea ada kat sini? Arieq?” Itu pula soalannya dalam keadaannya begini?


“Tak,nak..babah cuma sempat beritahu mak su..” Beritahu Hj.Hijir jujur,sebenarnya dia ada mencari telefon bimbit Dhea Ameera didalam begnya tadi namun langsung tiada.Dia cuma ingin mencari nombor telefon menantunya kerana dia langsung tidak menyimpan nombor telefon Arieq.


“Mak su??” Setelah pandangan Dhea beralih kearah ibu saudaranya,


“Babah nak pergi solat dulu..Sya,tengok-tengokkan Dhea ye.Kejap lagi abang datang balik.”


“Dhea..” Tersenyum bibir mulusnya melihat wajah wanita itu.Rindunya Dhea Ameera kepada adik bongsu babahnya ini.


“Mak su..” Dhea menghulurkan tangannya,mengisyaratkan kepada mak su supaya datang memeluknya.Mujur wanita itu memahami maksudnya.Terdengar kembali esakan dibibir Dhea Ameera setelah tubuh ibu saudaranya ini dipeluk.Semakin kuat pula dendam rindu dan ingatan Dhea Ameera kepada arwah ibunya.


“Dhea sihat?”


“Macamnielah mak su..Dhea dah takda apa-apa..”


“Jangan cakap macam tu.Dhea makan ya..mak su dah siapkan nasi dengan sup ikan haruan.Dhea kena makan sikit,Dhea kan baru lepas bersalin.Ikan haruan nie ubat untuk luka-luka dalam badan Dhea tu.”


“Dhea tak lapar..”


“Dhea rindukan anak?” Risya cuba mengorek rahsia,


“Ya Allah..Dhea rindu sangat dekat dia mak su..Tapi Dhea tak boleh nak ambik dia,janji tetap janji..”


“Kenapa sampai jadi macam nie Dhea??”


“Dhea nie tak layak nak dikasihi dan mengasihi sesiapa pun mak su..dalam hidup Dhea nie Dhea cuma boleh sayangkan babah dan maksu,tambahan lagi anak Dhea dah takda dengan Dhea.”


“Okey,sekarang nie Dhea dengar cakap mak su.Dhea kena makan,tubuh Dhea lemah sangat..Dhea makan walaupun sikit.Kejap lagi mak su balik kerumah mak su semula.Mak su ambik tungku..orang dalam pantang memang kena bertungku.”


“Tapi mak su..”


“Mak su tak nak Dhea bagi alasan,sekarang nie Dhea kena pulihkan diri Dhea dulu.Aa...”


Arah Risya dihujung bicaranya,mahu tak mahu Dhea Ameera menjamah juga makanan yang telah disiapkan oleh ibu saudaranya ini.


“Assalamualaikum..”


Terkejut bukan kepalang  Dhea melihat kehadiran Arieq yang tiba-tiba berada didepan matanya.Apa lelaki tu buat disini?


“Waalaikumussalam..Arieq! Naik nak...Naik..”


“Ya Allah,Dhea??” Seperti yang diduga Arieq.Sememangnya dia bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan isterinya semula.


Dhea Ameera lantas mengesat air matanya,keadaan dirinya yang begitu tidak terurus ketika itu dikemaskan sedikit walaupun langsung tidak menampakkan sebarang beza.Dia tidak mahu nampak begitu lemah dihadapan Arieq.


“Arieq?? Ada apa datang sini?”


“Siapa suruh Dhea keluar daripada hospital?”


“Err..Dhea dah sihat.”


Dia tak baca surat aku tu ke? Atau..dah ada orang lain yang pergi ambik dulu? Ya Allah!! Habislah macam tu??


“Dhea tahu tak betapa bahayanya dalam keadaan dia tadi balik kerumah babah dengan teksi macam tu? Kalau ya pun nak balik berpantang kat rumah babah,beritahu kat abang! Bukannya abang akan halang Dhea balik pun! Separuh gila abang dibuatnya bila lihat Dhea takda dalam wad tadi!”


“Kenapa cari saya lagi? Urusan kita kan dah selesai kan? Awak nak anak?? Saya dah bagi? Dah takda apa-apa kat saya lagi yang boleh awak minta,semuanya saya dah bagi dekat awak.Pergilah balik Arieq,babah tengah solat tu.Sebelum babah sudah solat lebih baik awak pergi.Saya tak nak babah lagi susah hati kalau awak nampak awak nanti.”


Tiba-tiba,telinga Dhea Ameera bagaikan menangkap suara tangisan seorang bayi.Semakin lama tangisan itu semakin hampir sehinggalah sekujur tubuh yang sedang berdiri didepan matanya ketika itu memakukan pandangannya kearah datangnya bunyi tangisan itu.


Anaknya?


“Dhea tak nak susukan cucu mama nie dulu ke? Dia tak berapa nak susu ibu lain yang dibawa daripada hospital tadi.Mungkin dia nakkan juga susu ibunya?”


“Mama..”


“Nah anak nie Dhea..Susukan dulu.Kesian cucu mama nie.”


Tubuh bayi yang sudah bertukar tangan kepadanya itu membuatkan wajah Dhea Ameera kembali basah dengan air mata.Bagaikan tidak percaya Dhea Ameera melihat tubuh anak kecilnya kembali berada didalam dakapannya.Bertubi-tubi kucupan kasih seorang ibu singgah disegenap putera yang baru dilahirkannya beberapa jam yang lalu.


Ibu tinggalkan sayang ye tadi? Maafkan ibu...bukan ibu sengaja nak tinggalkan anak ibu..


ibu janji,lepas nie ibu takkan pernah tinggalkan sayang lagi,itu janji ibu.


.........................


“Maafkan abang Dhea..” Arieq memulakan perbualannya selepas semua yang berada diantara mereka tadi mengundur diri untuk memberi mereka peluang menyelesaikan segala kekusutan yang telah berlaku diantara kedua-duanya.


“Bukan salah abang..” Luah Dhea Ameera sedangkan sepenuh tumpuannya diberikan kepada sikecilnya yang sedang menyusu.


Sungguh! Perasaan bahagianya sukar digambar ketika ini.Masih diberi peluang untuk melihat puteranya....inilah kebahagian yang diimpikannya.


“Abang memang bersalah,jahat betul abang niekan? Tak sepatutnya abang buat macam tu pada Dhea..”


“Dhea dah tak nak tatap muka abang..”


“Dhea takda apa-apa awak.”


“Dimata abang,Dhea ada hati yang lembut,baik,penyayang..paling penting Dhea tetap isteri abang..”


“Layakkah Dhea?”


“Selayak-layaknya sayang.Diantara kita juga sudah ada ini..Bukan setakat anak kita memerlukan Dhea,abang pun sayang.”


“Kenapa mengambil masa selama ini?”


“Sebab abang nie bodoh..”


“Janganlah nak buat lawak..Dhea takda mood nak gelak-gelak sekarang.”


“Amboi..dah ada anak kat depan mata,abang nie macam dah tak wujud pulakkan?” Sebaik soalan itu diajukan kepadanya,Dhea Ameera terus memokuskan sepenuh perhatiannya kepada Arieq Qhalish,suaminya.Terasa damai hatinya ini apabila pandangannya buat pertama kali terasa dibalas penuh kasih sayang oleh insan yang sedang menyulam jari jemari ditangan kanannya ketika ini.


“Betul ke abang nak Dhea lagi?”


“Nie bukan betul-betul lagi,dah memang betul pun sayang.Abang nak Dhea yang jadi isteri abang sampai syurga.."


"Kenapa Dhea???"


"Dah Dhea jodoh abang."


Cukup jawapan itu membawa tubuh Dhea kedalam pelukan Arieq Qhalish.Barulah Arieq Qhalish mampu tersenyum dengan hati yang lapang.


"Maafkan abang  ye.."


"Ye..tapi jangan duga Dhea lagi dengan  perkara-perkara yang boleh buat Dhea lebih terluka dengan perangai abang tu lagi,boleh?"


"Abang janji tak buat lagi.Kita terus semadikan perkara lama tu terus boleh??"


"Sampai macam tu sekali?"


"Sebab abang tak nak isteri abang terluka lagi..."


"Hmm.."


"Dhea.."


"Ye..Saya..."


"I love you.."


"Abang.."


"Ye..sayang...?"


"I love you too....." Ujar Dhea Ameera sebelum menghadiahkan sebuah kucupan dipipi suaminya.


Arieq ketawa senang dengan jawapan isterinya,sebuah kucupan daripadanya pula didahi Dhea Ameeranya.


Pandangannya turut jatuh kepada putera mereka yang sudah terlena selepas kenyang menyusu daripada ibunya setelah hampir beberapa jam mereka terpisah.


Kesiannya anak papa,papa janji sayang..lepas nie kita takkan berpisah dengan ibu lagi..InsyaAllah...


.............................................................................................................


"Saya rasa dah selesai masalah budak-budak tu..."


"Biarlah sekejap lagi mereka bersama..jom abang tunjukkan bilik tetamu,bermalam kat sini sajalah malam nie ye?"


"Saya pun tak solat zohor lagi nie,boleh jugak abang Hijir."


"Marilah.."


Hj.Hijir membawa kedua-dua tetamunya tadi kebilik tetamu yang dimaksudkannya.Nampaknya,meriahlah rumahnya hari ini dengan kehadiran besan,anak menantu dan cucu sulong mereka.


Alhamdulillah...Rupa-rupanya Allah masih menginginkan dia bersama-sama mereka untuk berkongsi kebahagian ini


..........................................................................................................................................................................

8 comments:

  1. Best la blog ni... saya antara peminat awak... hampir setiap hari lawat.
    . tahniah.. :)

    ReplyDelete
  2. sekali baca kat p2u, then bila nak baca lgi tak ingat tajuk, akhirnya jumpa jga kat sini, kbtulan jg sy tgh blogwalking. best citernye.. btw, cantik blog.

    ReplyDelete
  3. cerita ni mmbuatkan air mata saya mengalir bnyk kali... jln cerita yg menceritakan kesedihan dan kebagiaan.

    ReplyDelete
  4. Baca je citer...mg air mata mengalirrr....tahniah kepada penulis

    ReplyDelete
  5. Tersentuh hati sy ble trbce cerpen awk.. ape2 pon troskn berkarya n mnjd penulis yg trhebat d mse akn datang.

    ReplyDelete
  6. Best sangat..tersentuh hati rasanya bila bca

    ReplyDelete
  7. Boleh terbit sebagai koleksi cerpe..

    ReplyDelete
  8. Walaweyyy
    Best nya..awat bru sekrng aq thu ni...

    ReplyDelete