Renungan dalam hikmah..^_^...

“Kenapa tak beritahu abang?” Ariff Farhan memulakan bicaranya dengan berhati-hati.Tidak mahu mengguris mahupun melukai hati wanita ini lagi.Bukannya apa,dia bimbang dek kebiasaannya selama ini akan terkeluar juga ayat-ayat kasar itu di bibirnya semula.
Nur Imani sudah menjangkakan soalan itu.Tangan kanannya yang sedang diusap Ariff Farhan ditenung.
Apa pula yang perlu dia berikan sebagai jawapan?
Lama Nur Imani mengambil masa untuk membuka mulut sehinggakan Ariff Farhan sempat mengajukan soalan seterusnya,
“Dah 3 bulan lebih,terlalu lama Nur sembunyikan perkara sepenting ini daripada abang? Kenapa? Abang tak berhak ke nak tahu yang Nur mengandung?” Ariff Farhan kembali bertanya.
Perlukah soalan itu untuk Nur? Bukankah abang sendiri dah punya jawapan kepada semua persoalan itu? Mengapa hendak dipersoalkan lagi?
Nur Imani masih mematungkan diri,ingin sahaja dia membicarakan apa yang sedang bermain dibenaknya ini.Namun dia bukanlah seperti suaminya,melempiaskan amarah sesuka hatinya walaupun bukan ditempat yang sepatutnya.
“Cakaplah apa yang Nur nak cakap,abang akan dengar.” Arif Farhan seolah-olahnya dapat membaca apa yang berada difikirannya.
“Siapalah Nur nie nak mengandungkan zuriat abang....?” Tenang sahaja ayat itu keluar dari bibir Nur Imani sambil melemparkan pandangannya bertentangan dengan suaminya.Dia dapat rasakan,sedikit sebanyak apa yang diperkatakannya membuatkan suaminya tersentap.Tapi kenyataan inilah juga yang pernah diucapkan oleh Ariff Farhan kepadanya suatu ketika dulu.
Ariff Farhan menyepikan diri,mungkin menyedari akan kesilapan diri.
Inilah padahnya,benar kata orang..Terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata??
Padanlah dengan muka kau Farhan.
“Abang..” Kesenyapan Ariff Farhan memaksa Nur Imani memanggilnya.
Pandangan mereka kembali bersatu buat beberapa ketika.Ariff Farhan begitu mengharapkan penjelasan daripadanya.Cuma Nur Imani kelihatan agak berat untuk mengungkap kembali benda yang telah berlalu.
Ketika pandangannya kembali kepada Ariff Farhan,suaminya seakan-akan masih menantikan ayat seterusnya keluar daripada bibirnya ini.Dia memang mahukan penjelasan!
Dengan berbekalkan sedikit kekuatan yang masih bersisa,Nur Imani meyakinkan dirinya untuk mengucapkan apa sahaja yang dia inginkan.
“Nur mintak maaf.” Ayat pertama yang akan mengiringi kata-kata seterus daripadanya.
“Nur tahu abang marah dengan Nur kan? Tapi Nur nak abang tahu yang Nur tak berniat pun nak membelakangi abang dalam perkara nie.Nur minta maaf kalau niat baik Nur merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan abang buat abang rasa Nur tipu abang hidup-hidup.Nur berniat baik pada abang.Nur tak nak abang rasa terbeban dengan kehadiran sesuatu yang tidak dijangka nie.Apatah lagi hubungan ini sudah meniti kepada pengakhirannya.
Abang jangan risau okey? Nur takkan minta apa-apa pun untuknya mahupun Nur.Cukup abang berikan haknya dengan menasabkannya keatas abang sebagai bapa yang telah membuatkannya wujud didunia ini.Nur janji,kami berdua takkan menyusahkan abang lagi lepas nie.Nur akan besarkannya sendiri.”
Terkejut Ariff Farhan mendengar kenyataan isterinya itu,bukan itu yang dia nak dengar.
“Nur..” Belum pun sempat meneruskan kata-kata,Nur Imani memotong percakapannya terlebih dahulu.
“Keadaan akan bertambah rumit lagi abang,kalau kedua-dua belah keluarga kita tahu.Nur tahu..abang akan menghadapi masalah lebih besar.Kalau abang nak,perkara nie takkan sampai kepada pengetahuan sesiapa.Kita akan rahsiakan perkara nie sehingga Nur melahirkan.Nur janji!
Minggu depan,genap setahun perkahwinan kita.Bermakna akan terlerailah ikatan ini walaupun Nur terpaksa melalui tempoh eddah yang lebih lama daripada kebiasaan seorang isteri yang diceraikan suaminya.Masa tu,Nur akan keluar daripada rumah abang.Jauh daripada pandangan dan pengetahuan seluruh ahli keluarga kita.Bila abang dah betul-betul bersedia untuk memberitahu mereka semua tentang perkara nie,Nur akan bantu abang.”
Janji Nur Imani,dia tak mahu suaminya semakin runsing dengan masalah yang bakal terjadi nanti.Kerana dia pasti,jika perkara ini sampai kepengetahuan keluarga mereka,masalah ini pasti akan menjadi lebih rumit buat Ariff Farhan.
“Assalamualaikum...” Nur Imani tidak sempat menyambung bicaranya.
Ariff Farhan juga tidak sempat untuk menerangkan situasi yang sebenar kepada isterinya.
Dr. Farihah sedang memasuki bilik ini bersama seorang pembantunya.
Kecewa juga dia.
“Waalaikumussalam..” Meskipun begitu Nur Imani tetap menyambutnya mesra.
“Hmm..apa khabar ibu dengan baby hari nie?”
“Alhamdulillah..ibu sihat..baby pun insyaAllah sihat.” Ujar Nur Imani gembira.
Ariff Farhan masih setia disisinya.
“Baiklah..sekarang saya akan periksa tekanan darah Puan,selepas tu kita akan lihat keadaan baby.Ibu pun mesti nakkan kepastiaan yang anaknya dalam keadaan baikkan?”
Nur Imani mengangguk sahaja sambil tersenyum.
Beberapa minit kemudian,selesai pekerjaannya.
“Alhamdulillah,tekanan darah pun dah kembali normal.Nie mesti baby dah kuat balik nie..”
“Sekejap lagi saya akan kembali semula dan kita akan jalankan ujian ultra bunyi untuk melihat keaadan baby pula.Nurse..” Kedua-dua mereka keluar kembali,meninggalkan Nur Imani berdua bersama suaminya semula.
Nur Imani melirikkan matanya kearah suaminya setelah kedua-duanya menghilang daripada pandangan mereka.
Ini kali pertama Ariff Farhan akan berada disisinya untuk melihat keadaan bayi mereka sendiri.
Sanggup ke dia??
“Abang..” Nur Imani bersuara,lembut panggilan itu meniti bibirnya.
Laju sahaja kening itu terangkat.
La..tak faham ke..buat-buat tak faham?
“Hmm..?” Bila isterinya masih juga diam,barulah kedengaran suara Ariff Farhan menyahut..
“Dr.Farihah nak buat ujian ultra bunyi pada anak..” Ayat Nur Imani terhenti seketika,Ariff Farhan masih menantikannya menyudahkan bicaranya.
“..kalau abang nak keluar.Pergilah.” Nur Imani berterus terang juga,bukannya apa..dia bimbang seandainya suaminya ini langsung tidak bersedia untuk melihat bayi mereka.
“Nur halau abang?”
Wajah tenang Nur Imani bertukar lucu,hendak tergelak pula Nur Imani mendengar nada suara suaminya.
Dah kenapa pulak nie? Siap dengan mimik muka lagi? Macam nak merajuk je?
“Err,tak..Nur takut abang tak nak tengok saja.Nur okey jer kat sini..Lagipun ini bukannya kali pertama.Macam yang Dr. Farihah cakap tadi,nak lihat keadaan baby saja.” Nur Imani cuba mengawal bibirnya daripada tersenyum,pun begitu nyaris terlakar juga.
“Kalau abang nak tengok..?” Jawapan yang berbaur soalan yang tidak diduganya.
Tidak terjawab oleh Nur Imani soalan yang diajukan oleh suaminya.Kebetulan pula Dr.Farihah pula sudah kembali.
Apa lagi nak dikata?
“Baiklah Puan Nur,Encik Ariff.Kita akan lihat keadaan bayi dalam kandungan Puan Nur pula sekarang.”
Nur Imani sudah bersedia,
Ariff Farhan??
Nur Imani memandanganya seketika,lelaki ini kelihatan begitu teruja untuk melihat keadaan anak mereka dengan matanya sendiri hari ini.Buat pertama kalinya!
Sukar untuknya mempercayai reaksi Arif Farhan ini.
Sementara menantikan Dr.Farihah menyempurnakan kerjanya,Nur Imani merenung kearah tangannya yang berada didalam genggaman suaminya.Naik kebas dah tangannya ini akibat digenggam oleh lelaki itu.Tidak sedarkah dia?
Mata Ariff Farhan begitu leka menatap skrin komputer sedangkan masih tiada apa-apa gambar pun disitu.Punyalah terujanya dia? Tidak jadi Nur Imani ingin meminta lelaki itu melepaskan tangannya,sudahnya dia juga kembali menatap wajah Dr.Farihah yang masih meneruskan kerja-kerjanya.
Akhirnya apa yang ditunggu mereka berdua muncul juga,bibir Nur Imani sudah mengukirkan senyuman saat melihat tubuh kecil yang berada dirahimnya ini ada menampakkan pergerakan berbanding pagi tadi.
“Nur..” Nur Imani memandang kesisinya,terlupa seketika dia dengan kehadiran lelaki itu.
Sangkaannya terhadap reaksi suaminya meleset sama sekali,Ariff Farhan kelihatannya benar-benar teruja ketika ini.
Pelik? Namun tetap membuatkan Nur Imani juga gagal menyembunyikan kegembiraannya tatkala melihat keceriaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata diwajah suaminya ini.
“Ya..itulah anak kita.Itu...kepala dia,tangan dia..kaki dia..”
Beritahu Nur Imani.
“Subhanallah sayang...anak kita bergerak..?”
Ya abang..dia masih bergerak..kerana itu dia masih berada disini.
Keterujaan suaminya tetap membuatkan Nur Imani bahagia meskipun dia langsung tidak tahu apa yang sedang bermain dihati lelaki ini ketika ini.
“Dr. Bagaimana keadaan anak kami nie? Betul ke dia dah tak apa-apa?” Nur Imani menginginkan kepastian.
“Dia dah mula bergerak semula.Alhamdulillah,matanya pun dah berkelip.Dah bangun nie..Agaknya dia tahu,ayah dia pun ada dengan ibu untuk melihat keadaannya hari nie?”
Buat kesekian kalinya air mata Nur Imani menitis semula,dia langsung tidak sedar bila tangan Ariff Farhan berada ditubir matanya untuk mengesa air mata yang menitis itu.
Bibir itu mengukirkan senyuman ketika matanya singgah kewajah itu semula.
“Anak kita dah tak apa-apa.” Nur Imani memberitahu suaminya walaupun dia tahu Ariff Farhan mendengar apa yang diperkatakan oleh Dr.Farihah sebentar tadi.
Dia sekadar ingin berkongsi perasaannya kepada lelaki ini.
“Alhamdulillah,insyaAllah dia takkan apa-apa sampailah tiba masanya dia nak bertemu dengan kita nanti.”
Kata-kata Ariff Farhan membuatkan semangatnya semakin kuat!
InsyaAllah..dia akan kuat sebab ibunya ini terlalu ingin menatapnya..ibunya ini ingin mendidik dan membesarkannya...
Banyak betul soalan yang diajukan oleh Ariff Farhan kepada Dr. Farihah selepas itu.Semua mengenai sikecil ini ingin diketahuinya.Seperti budak sekolah pulak lagaknya apabila tidak henti-henti bertanyakan soalan kepada Dr. wanita ini.
Semuanya begitu mencuit hati Nur Imani, inilah kebahagiaan yang tidak pernah dirasainya sejak dia disahkan mengandung.
Selama ini,semua detik-detik indah ini hanya dia seorang yang merasainya namun sekarang...?
Berkongsinya dengan insan tercinta,itulah perkara yang paling bermakna didalam hidupnya.
Benar kata Dr.Farihah,ini kali pertama Ariff Farhan berada disisinya untuk menyaksikan sendiri bagaimana anak mereka membesar dirahimnya ini.Jadi,pastilah banyak perkara yang dia ingin ketahui akan perihal anaknya.
“Terima kasih Dr..Tanpa Dr. mungkin kami akan kehilangannya tadi.” Ariff Farhan mengucapkan penghargaannya setelah sedari tadi,Dr.Farihah hanya melayan ‘kerenahnya’.
Ariff Farhan memandang kewajah Nur Imani,rambut isterinya dibelai lembut.Sekejap-kejap bibirnya singgah disitu.
Setianya dia disisi isterinya.
“Alhamdulillah,saya cuma membantu sekadar yang termampu kerana itu tanggungjawab saya.Namun yang lebih utama daripada itu adalah Allah sendiri yang menghendakinya untuk terus berada dirahim ibunya ini..” Ujar Dr. Farihah.Kerjanya sudahpun selesai lantas jururawat yang seari tadi disisinya,menghulurkan bantuan apa yang patut.
Nur Imani terus memasang telinganya untuk mendengar nasihat-nasihat yang diberikan.
“..jadi lepas nie ibu kenalah lebih berhati-hati.Begitu juga dengan emosi,elakkan tekanan yang terlampau,jaga pemakanan serta dapatkan rehat yang cukup.InsyaAllah,perkara begini takkan berulang lagi.Boleh ikut nasihat saya nie?” Semua nasihat itu disambut dengan anggukan oleh Nur Imani.
“Encik Ariff,pastikan isteri tak buat kerja berat-berat lagi selepas ini,boleh?” Suaminya juga turut dipesani.
“InsyaAllah Dr.,terima kasih banyak-banyak.”
“Sama-sama...”
“Baiklah,saya keluar dulu.Tengah hari nanti saya akan datang lagi,kalau Puan Nur dan kandungan terus begini sepanjang hari ini.InsyaAllah awal pagi esok saya izinkan Encik Ariff boleh bawa awak keluar.” Berseri-seri wajah Nur Imani ketika mendengar ayat terakhir itu.
Esok? Keluar!! Yessss! Dia menjerit gembira didalam hatinya.
Ayat terakhir itu benar-benar bermakna buat Nur Imani.Walaupun tidak sampai sehari dia berada disini namun rasa bosannya yang dirasainya lagi teruk daripada terperuk dirumah untuk seminggu.
Sebenarnya,berada dirumah sendiri adalah lebih baik daripada terpaksa bermalam dihospital.
“Terima kasih Dr.”
“Sama-sama.Saya keluar dulu,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam..”
Baru Ariff Farhan ingin bangun,telefonnya pula berdering.
“Waalaikumussalam..Sampai dah?”
Nur Imani mula bertanya-tanya,siapakah gerangan yang sedang berbual dengan Ariff Farhan itu.
Ada orang dalam perjalanan untuk melawatnya,tapi siapa? Siapa pulak yang tahu dia dimasukkan kewad nie?
“Okey..terus jer masuk.Naik lif di sebelah kanan,tekan tingkat 3.Bilik Nur 4 daripada hujung.Kalau tak jumpa juga..Telefon Han balik.”
“Ya..Waalaikumussalam.” Ariff Farhan berpaling kearahnya sebaik dia memutuskan talian.
Berjalan menghampiri isterinya sebelum bersuara,
“Ibu,ayah..mama,babah,Kinah,kak long dan abang long dah sampai.” Satu persatu nama ahli keluarga mereka disebut.
Tidak sempat Nur Imani ingin membuka mulut Ariff Farhan terlebih dahulu memberitahunya.
Nur Imani merenung wajah suaminya tidak percaya.
Bila masa pulak berita ini sampai kepada pengetahuan mereka semua? Kan...?
“Nur tak nak pakai tudung ke? Abang long ada tu?”
Lamunannya terhenti,Ariff Farhan sedang memandangnya sambil menunjukkan kain tudung yang sudah berada ditangannya.
Tanpa jawapan daripadanya,Ariff Farhan sudah pun berada disisinya sebelum memakaikan tudung lycra bidang 60 kewajahnya.
“Masa Nur dalam wad kecemasan tadi abang telefon ibu.” Itulah jawapan yang dikehendakinya.
“Assalamualaikum...”
Kedua-dua wajah ibu yang dikasihi menyapa pandangannya,terzahir sebuah kerisauan diwajah kedua-duanya.Nur Imani yang masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh suaminya,makin terkejut pula dia melihat wajah-wajah yang mula menyapa pandangannya.Nak pitam pun ada.
“Waalaikumussalam.”
“Ibu..mama..” Nur Imani mula merasakan yang dia dan Ariff Farhan akan menjadi orang yang paling dikehendaki oleh kedua-dua ibu mereka ini.Sudah tentunya banyak soalan yang akan diajukan kepadanya mahupun suaminya.
“Risau mama dengar Han beritahu Nur tumpah darah.Itulah,sibuk menolong masa kenduri hari tu sampai tak jaga diri baik-baik.” Belum pun sempat melepaskan lelahnya,Puan Zahrah sudah mengeluarkan
Nur Imani terdiam didalam pelukan dan kucupan daripada wanita itu.Bagaikan setahun pula mereka tidak bersua muka,padahal tak sampai 48 jam pun mereka berpisah.
Ibu juga begitu,
Setelah itu kedua-duanya mengambil tempat disisinya,
“Betul ke dah sihat nie?” Ayah bertanya ketika dia merapati Ariff Farhan dan anaknya.
Nur Imani mengangguk..
“Macammana boleh tumpah darah nie Nur? Han? Kamu tak jaga anak mama nie elok-elok ke?”
“Nur pun tak tahu mama,agaknya Nur rasa sakit-sakit pinggang tu sebab nielah.”
“Cucu mama nie macammana sekarang?” Tersenyum lagi Nur Imani dengan pertanyaan itu,tangan ibu mertua yang berada dipermukaan perutnya dilapikkan pula dengan tangannya.Sambil memandang wajah wanita itu...
“Alhamdulillah,cucu mama nie dah okey semula."
"Jangan risau sangat ye ma..” Sahut Ariff Farhan pula.
“Mahunya mama tak risau.Ini kali pertama mama nak dapat cucu daripada anak teruna mama yang seorang nie..Nur pulak satu-satunya menantu perempuan yang mama ada.”
“Han...ini anak sulong kamu,jaga baik-baik anak mama nie..Yang sulong nielah yang nak kena jaga baik-baik.Mula-mula lekat..memanglah kena dapatkan perhatian lebih sikit.Kamu jangan ambik mudah saja.” Bibir Nur Imani sudah mengukirkan senyuman,daripada apa yang diperkatakan oleh ibu mertuanya ini membuatkan dia teringat akan pesanan dan nasihat daripada Natasya.Hampir sama saja apa yang diperkatakan temannya itu dengan ibu mertuanya ini.
“Ingat senang nak mengandung?” Tokok mamanya lagi.
Soalan itu membuatkan Ariff Farhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Betul cakap mama kamu tu Han.Tak apalah,benda dah jadi..Nur pun lain kali kena berhati-hati juga.Anak nie dalam perut Nur,bukannya Han.Nur yang dapat rasa perubahan-perubahan dia,kalau tiba-tiba rasa sakit tu..Beritahu cepat-cepat kat Han,pergi hospital.Buat pemeriksaan.” Rasa tidak adil pula Puan Husna apabila melihat menantunya sahaja yang ditegur oleh besannya.
“InsyaAllah,bu..mama..Lepas nie Han akan jaga Nur baik-baik.Takkan terjadi lagi benda-benda macam nie dah.”
“Jangan cakap saja..” Perli mamanya..
“Ya mama..”
“Dengar cakap mama tu Han,jangan ambik endah tak endah je.Jangan tak tahu,lepas saja kak long beritahu mama Nur masuk hospital tadi.Kelam kabut mama kejut babah,ajak kesini pagi-pagi buta tu tadi jugak.Nasib baik babah pandai berdiplomasi,dapat juga keputusan muktamad.Lepas subuh tadi baru kami gerak dari Kuala Kangsar.”
Ariff Farhan mengangguk faham,
Sepenuh perhatiannya dikembalikan kepada isterinya.
Kali ini,dia pula mengundur diri,tangan isterinya dilepaskan sebelum turun daripada katil itu sebelum berjalan kearah babah,abang ipar dan bapa mertuanya yang sedang berehat diatas sofa tidak jauh daripada mereka.Melepaskan lelah mungkin.
Lebih baik rasanya untuk dia berada jauh daripada mamanya atau akan ada lebih banyak perkara pula yang dipersoalkan kepadanya.
___
“Betul tak nak bermalam kat rumah kami jer?” Soal Ariff Farhan menginginkan kepastian.Sudah beberapa kali dia mempelawa keluarganya ini untuk bermalam dirumahnya,tapi ditolak baik oleh mereka.
“Anak-anak kak long tu ada kat kampung dik.Takkan nak harapkan kak ngah jer? Dengan sikecil dia tu lagi.Anak-anak dia pulak.Lain kali kak long datang lagi.Memang kak long dengan abang long merancang nak bawak anak-anak jalan kat sini.InsyaAllah.”
“Buat macam rumah sendiri ya ibu,ayah..Maaflah tuan rumahnya tak dapat nak sambut tetamu.Nak layan apatah lagi.”
“Kak long..tak payah nak beli apa-apa dah nanti.Dalam peti ais tu banyak lagi stok barang-barang basah.Tinggal nak masak saja.”
Aminah tersengih kepada adiknya itu,sempat juga nak menegur tu.
“Awak tu nak jadi ayah dah..jangan asyik nak sibuk dengan kerja je..perhatikan isteri nie juga..Setiap kali pemeriksaan,temankan Nur.Tengok perkembangan anak tu setiap masa.” Pesan Puan Zahrah semula selepas beberapa ketika dia lebih senang mendengar perbualan anak menantunya.
Sejak ahli keluarga mereka tiba tadi,mamalah yang lebih banyak bercakap berbanding anak-anak perempuan dia yang berdua nie.Bezanya,kata-kata mama sekarang nie semuanya nasihat untuknya.Jadi memang dia seoranglah yang kena pasang telinga.Sakinah pula sibuk duk mengusiknya dengan lirik mata dan senyuman yang mengandungi seribu makna.
“Betul tu Han,jaga adik kak long nie elok-elok.Awak tu kalau kerja,tak ingat masa..” Aminah memperhangatkan lagi.
“Ya,ya...Han dengar..okey..Han janji depan semua.InsyaAllah,lepas nie Han akan tumpukan perhatian untuk isteri dan anak.InsyaAllah,no more hard work.Okey sayang?” Ariff Farhan melirikkan matanya kepada isteri yang lebih senang untuk membisu sahaja sejak tadi.Risau pun ada dia melihatnya.
“Yes bro,no more hard work but smart work.Pandai-pandailah nak bahagikan masa kerja dengan keluarga.”
“Betul betul betul.” Sakinah menyokong 100% kata-kata abang iparnya.
“Apa yang betulnya Kinah?” Soalan babah memerangkapnya,tersengih panjang dia dibuatnya.
“Hehe,betullah cakap Kak ngah tu..no more hard work but smart work..”
“Yalah,Kinah tu pun..study smart bukan study hard!” Dia pula mendapat nasihat khas daripada babah mereka.
“Yes sir...!”
Setelah keluarga mereka beransur balik,
“Assalamualaikum..Mak buyung...” Terpempan Nur Imani melihat wajah yang baru terpacul dihadapan matanya.Ariff Farhan juga.
Natasya masuk bersama suaminya,bukan main lebar lagi senyumannya.Siap melambaikan tangan lagi..
Mak budak yang seorang nie!
“Waalaikumussalam..Tasya?? La..keluarga aku dengan Han baru sahaja balik.”
“Ya..aku ada bertemu dengan ibu kau masa nak naik lif tadi.Sempatlah sembang kejap.Katanya nak balik kerumah kamu berdua?”
“Singgah rehat kejap je tu.Lepas isyak nanti baru bertolak balik ke Kuala Kangsar.”
Natasya sudah mendekati sahabatnya itu,buah tangan yang dibawanya diletakkan ditepi almari didalam bilik ini.
“Hmm..Ya Allah,rasa baru semalam aku bercakap telefon dengan kau.tup-tup hari nie dah terlantar kat katil hospital nie ha.Rindunya...ermm!” Nur Imani tersenyum,pelukan dan ciuman Natasya dibalasnya kasih.
"Dari mana tahu aku masuk wad nie?"
"Aku telefon kau awal pagi tadi,patutlah hati aku tak sedap..rupa-rupanya ada benda yang tak baik terjadi.."
Ariff Farhan jugalah punya kerja nie..
“Kau apa khabar?”
“Alhamdulillah,bertambah baik,mana anak-anak?” Soal Nur Imani sambil matanya melilau mencari kelibat putera putera pasangan bahagia ini.
“Aku tinggalkan dengan mak mertua aku,takkan nak bawak kehospital pulak? Anak-anak aku...fahamlah,nakal tambahan lagi dua orang hero aku tu.Sakinah pula kena pergi sekolah petang,beria pujuk aku supaya bawak jumpa kau tapi dia ada peperiksaan hari nie.Itu yang aku tak bagi ikut.”
“Nie,Dr. kata apa? Baby??"
____
“Azman..” Azman menghulurkan tangan kepada Ariff Farhan yang sudah menjauhkan diri daripada isterinya sebaik melihat Natasya menghampiri Nur Imani.
Ini kali pertama dia bertemu muka dengan sahabat baik isterinya ini,selama nie pun dia mengenali Natasya hanya pada namanya.
“Ariff Farhan..”
“Jemputlah duduk.”
“Daripada mana nie?”
“Hantar dua orang hero tadi kerumah mak,lepas tu terus kesini.Tu..orang rumah bukan main beria ajak melawat sahabat dia nie.”
“Dah dekat setahun,baru sekarang dapat berjumpa..” Sambung Azman lagi,
“Ada juga dengar Nur cerita pasal awak berdua.”
Tak susah untuk bertegur sapa diantara kedua-duanya.
__
“Itulah...kau nie aktif sangat.Cubalah kawal diri tu sikit.Ini tak! Kalau boleh semua nak dibuat.Nie pun,nasib baik dah berhenti kerja..Kalau tak?” Mengalahkan mak mertuanya,Natasya memberikan nasihat.
Ada sesuatu yang menganggu Ariff Farhan apabila kata-katanya turut terhenti saat mendengar apa yang dibicarakan oleh Natasya.Matanya sudah terarah kepada siisteri yang sedang terbaring diatas katil.
Nur Imani pula..?
Masakan dia tidak sedar.
Apa yang keluar daripada bibir temannya ini seakan-akan telah meletakkan lehernya ditali gantung.
Satu lagi rahsianya terbongkar didepan Ariff Farhan.
Ya Allah!
Nur Imani cuba untuk tidak melihat kearah suaminya,namun entah macammana pandangannya tetap singgah diwajah suaminya.Siap bersabung lagi pandangan kedua-duanya.Bagaikan panahan petir yang sedang menyambar,itulah yang Nur Imani lihat dianak mata hitam suaminya.
Habislah aku..
Pun begitu,Nur Imani terus menyambung perbualannya dengan Natasya.Dibuangnya seketika keserabutan yang baru bertandang kefikirannya.Lepas satu-satu.
Setengah jam kemudian Natasya dan Azman pula balik..Berat benar Nur Imani ingin melepaskan sahabatnya itu tadi.
__
“Apa lagi yang Nur sembunyikan daripada pengetahuan abang nie?”
Nur Imani tidak menjawab lagi soalan daripada suaminya itu,hari nie saja sudah dua kali dia telah dipersoalkan oleh suaminya.Dalam masa tak sampai 24 jam,semua rahsianya telah terbongkar.
Inilah akibatnya,berahsia lagi...
“Apa lagi yang abang tak tahu nie? Mula-mula tentang anak..sekarang pula?”
“Sejak bila Nur berhenti kerja? Jadi selama nie...?” Kenapa pula dia yang nak berserabut nie?
“Nur..?”
“Kenapa sekarang semuanya mesti jadi sebuah persoalan?” Nur Imani pula menyoal,letih benar dia hendak melayan suaminya ini.
“Abang cuma nak tahu..kenapa?”
Kenapa? Abang tanya Nur kenapa??
“Abang...tolonglah,jangan buat Nur lagi bingung.Apa sebenarnya yang abang nak daripada Nur? Daripada awal lagi abang dah letak jurang yang begitu besar antara kita.Abang sendiri dah tahukan jawapan pada soalan abang tu? Kenapa masih nak tujukan pada Nur pula..?”
“Sekurang-kurangnya beritahu abang..” Ariff Farhan cuba membuatkan isterinya faham apa yang dimaksudkannya.
Nur Imani pula mengeleng,payah rasanya untuk dia terus bersabar.
Pun begitu dia tetap cuba untuk menahannya,bibirnya beristighfar perlahan.Nafasnya dihela perlahan,pesanan Dr.Farihah tadi kembali berlegar difikirannya.
Dia tidak boleh terlalu tertekan.
“Nur Imani Shoufiyah..?” Saat nama penuhnya disebut Nur Imani tahu dia gagal untuk mengawal rasa dihatinya lagi.Sejak lafaz akad nikah dulu,ini kali kedua nama penuhnya meniti bibir lelaki dihadapannya ini.Kenapa?
“Ya Allah...Abang tak letih ke buat isteri abang macam ni..?”
“Abang tak letih ke abang?” Soalnya lagi.
“Abang...Nur letih sangat.” Sudahnya Nur Imani sendiri yang menjawab persoalannya itu bersama dengan titisan air mata yang tiba-tiba mengalir.Segera disekanya,begitu payah dia ingin berdepan dengan lelaki ini.
“Hubungan nie akan berakhir tak lama lagi,tak boleh ke kita cipta secebis kenangan manis untuk kita kenang selepas segala-galanya ini selesai? Nur tahu..payah untuk abang melupakan kisah silam tu,tapi Nur nak abang ingat satu perkara.Semua yang berlaku nie pun bukannya atas kehendak Nur.Kalau abang rasa abang telah menjadi mangsa pada keadaan ini.Nur mintak pada abang..cuba abang fikirkan walaupun cuma untuk seminit.Nur nie macammana abang? Bukankah Nur juga mangsa kepada keadaan?? Kalau ikut logik akal..Nur adalah mangsa yang sebenarnya-benar.Ditambah lagi dengan keadaan Nur sekarang.” Menjadi-jadi pula tangisannya,susah untuk Nur Imani mengawal rasa hatinya kerana sekali dia terbuka bukan mudah untuk menutupnya..
“Tolonglah abang..kali nie Nur merayu pada abang.Maafkan kak Nurin..Lepaskan Nur dengan ikhlas.Itu saja..Nur nak abang bina hidup baru.Terus melangkah kedepan.Jangan sesekali berpaling kebelakang semula andai itu yang membuatkan abang sakit.”
Nur Imani meletakkan tapak tangannya tepat didada Ariff Farhan,kemudian dijatuhkan pula kebawah sebelum jari jemari suaminya diambil dan digenggamnya erat kedalam tangannya.Setelah itu barulah diletakkan kebibirnya,satu persatu jari jemari kasar itu dikucupnya bersama deraian air mata.
“Nur takda apa-apa nak diberikan pada abang sejak daripada awal Nur jadi isteri abang.Nur guna kelembutan Nur untuk tawan hati abang tapi apa yang Nur dapat? Hati abang keras sangat..
Sebab tu Nur cuba pula untuk selami apa yang ada dalam hati abang tu.Nur nak juga tahu apa yang boleh buat abang tewas dengan Nur macam abang tewas dengan cinta kak Nurin..tapi?
Nur pulak yang semakin patah hati,sebabnya..?? Abang tak pernah buka pun hati abang tu untuk Nur.Sudahnya,Nur sedar..Nur nie tak lebih daripada alat untuk abang lepaskan segala amarah abang,dendam abang dan kebencian abang..Tapi abang jangan risau.Nur tak pernah simpan sedikit pun rasa marah dan benci pada abang.Sekalipun Nur terluka..Semuanya sudah terubat sebaik sahaja Nur tahu yang ada nyawa sedang berada dirahim nie.Inilah kekuatan Nur sekarang..”
Siapakah yang lebih terluka sekarang? Nur Imani atau...Ariff Farhan?
“Abang nak keluar kejap..” Itu sahaja jawapan yang Nur Imani dapat daripada suaminya.Hanya sebaris ayat??
Macam tu sahaja? Dia yang mahukan penjelasan,jadi kenapa nak lari pulak??
Ya Allah..Abang....!
Nur Imani terpaksa melepaskan tangan suaminya yang digenggamnya sedari tadi.
Kecewanya Nur Imani dengan tindakan lelaki itu.Ariff Farhan sudahpun melangkah keluar..Meninggalkannya bersendirian didalam bilik ini.
Tertunduk Nur Imani keatas lantai,sayu dia menatap kearah perutnya.Dia yakin..sikecil ini turut sama memahami apa yang sedang dirasainya ketika ini.Diusap kasih perutnya yang mana sedang membesar didalam rahimnya ini seorang hamba Allah yang akan disambutnya nanti dengan bunga-bunga cinta dari bondanya ini.
“Sayang ibu...kenapalah babah macam tu..” Nur Imani menyeka air matanya yang masih ingin tumpah membasahi pipi halusnya.
“..tahu tak dia yang ibu nie terlalu menyayanginya..terlalu....mengasihinya.Kenapa dia selalu buat ibu macam nie...?"
"Salahkah sayang..? Salahkah ibu mencintainya...?” Teresak juga Nur Imani dibuatnya..
############################
Kesian kt Nur :(
ReplyDeletetu la...Ariff Farhan tu ego sgt,,aisyyyy... marah ni..hehhe :p
ReplyDeleteHaha....geram nih ! :3
ReplyDeleteKESIAN NUR GERAM LAH SAYA ARIFF TU.
ReplyDeletecian kat nur...nak lagi boleh....
ReplyDeleteboleh jer kak Zainon..:)
ReplyDeletetapi tunggu leps 11 April nie la,k..?
na rehat jap..fokus kat exam sbab subjek2 susah dah..bermula,huhuhu..:)
Nurul..Aisyah..Janganlah geram2,janganlah marah2..
ReplyDeletesmile :P
hehehe....
yunk...ada typo skit... pinggang bukan pinggan :)
ReplyDeletedah 12 April ni.. nk entri baru blh? :D
ReplyDeletetq 4 remind.hihi,x ingt sbenarnye.. ;)
ReplyDeletesronok sgat exam dah abis..hoho...
insyaAllah,otw.. :)
"pinggan"
ReplyDeletehehe..baru prasan..ok..da btulkan..
tq Nad :)
setia menungu.. ^_^
ReplyDelete