Sunday, 17 March 2013

Salahkah aku...Mencintaimu??? (11)

Renungan bersama;

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..;

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah daripada kalanganku"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahagian ;11

###########################



“Patutlah sejuk..”

Nur Imani merenung keluar,dari cahaya lampu jalan yang berada ditepi jalan Nur Imani dapat melihat titik hujan renyai-renyai yang membasahi bumi Allah ini.Dia yang baru menunaikan solat subuh selepas dikejutkan oleh azan subuh yang telah kedengaran hampir setengah jam yang lalu sudahpun menyiapkan diri untuk turun kebawah pula.Pasti sudah ada yang sedang ‘bertugas’ didapur ketika ini.

Saat Nur Imani melalui katil suaminya,Ariff Farhan dilihatnya masih terlena di buai mimpi.Jam sudah menghampiri detik 6 pagi.Pada mulanya ingin juga dia mengejut suaminya itu namun disaat tangannya ingin menyentuh tubuh itu,tubuh yang tadinya kaku tiba-tiba bergerak langsung membawa langkahnya pergi .Tanpa berpaling kebelakang,Nur Imani langsung turun kebawah.

“Nur..”

“Mak cik..masak apa nie?”

“Nasi goreng,untuk sarapan pagi nanti.”

“Hmm..sedapnya,lapar pulak Nur dibuatnya.”

“Nak makan,ambiklah..dah siap pun nie.Mak cik tunggu sikit lagi baru nak tutup api.”

“Betul ke nie mak cik.”

“Nak makan jugak Nur?”

“Kak long?”

“Nah pinggan nie..”

“Terima kasih..”

“Sama-sama..”

“Anak-anak tak bangun lagi ke kak long..”

“Sibongsu tu belum lagi..abang-abang dia dah bangun,abang long tengah uruskan.Tengah bersiap nak kemasjid lah tu.Han?”

“Dah jaga rasanya,masa Nur keluar tadi..nampak macam dah nak bangun.

Ariff Farhan menyangkutkan kain tuala yang telah digunakannya tadi ketempatnya.Ketika dia bangun tadi kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.Entah dimana wanita itu tidur semalam jika tidak bermalam dibilik ini.

“Ma..” Ariff Farhan mendekati mamanya,kelibat yang dicarinya masih tidak kunjung tiba.Entah kemana wanita itu pergi.

“Kenapa Han? Lapar?”

“Tak adalah mama..Nak tanya..Mama nampak Nur tak?”

“Hmm..cari Nur rupanya.Mak ngah ingat lapar tadi.”

“Nur dah balik kerumah mak mertua kamu.Mama yang suruh,nak buat kerja pun.Rasanya takda apa lagi nak dibuat.Sarapan dah siap,yang lain-lain baru nak bangun tidur hah.”

“Tak nak makan ke?”

“Kejap lagilah mak ngah.Makan ramai-ramai,baru sedap.” Ujarnya sambil melangkah pergi.

“Nak kemana pulak tu?”

“Rumah ibu!!”

“Han..Masuk nak..Ibu baru nak pergi kerumah mama kamu.”

“Ayah mana bu?”

“Ayah dah kemasjid.Naiklah kebilik,Nur ada kat atas.” Bagaikan mengerti apa yang bermain dihati menantunya itu,Puan Syahirah terus sahaja menyuruh menantunya itu naik ketingkat atas.

“Ibu pergi dulu Han..”

Ariff Farhan mengangguk,membiarkan ibunya pergi terlebih dahulu..barulah dia naik ketingkat atas.Ketika dia naik,kelihatannya pintu bilik itu terbuka.Sebaik dia melangkah masuk,kelihatan tubuh Nur Imani daripada belakang,sedang menunaikan solat.

“Kenapa abang datang sini?” Nur Imani menyangkutkan semula kain telekungnya didalam almari,sekilas pandangannya dilemparkan kewajah suami yang turut menatapnya.

“Kenapa datang rumah ibu tak minta izin aku?”

“Abang dah subuh?”

“Dah..Dekat bilik.Kau tidur mana semalam?”

Patutlah..tak sedar jugak rupanya?

“Dalam biliklah,kenapa?”

Soal Nur Imani sambil berjalan mendekati suaminya,

“Nur nak balik..abang nak duduk kat sini lagi ke?” Soal Nur Imani semula,melihat suaminya tetap memakukan diri disitu dia berjalan keluar.

“Kau balik buat apa tadi,tak boleh nak solat dekat bilik sana jer ke?”

“Saja..nak jumpa ibu,ayah..sembang sikit.”

“Kenapa? Tak boleh tunggu lusa? Bukannya aku tak izinkan kau balik kesini pun..”

Nur Imani mendiamkan diri dengan soalan kali ini,

“Kalau abang nak rehat..rehatlah dulu.Nur nak balik rumah mama dah.”

“Kejaplah ! Aku baru sampai..Tunggu aku!”

La...? Datang buat apa tadi? Langkah kaki Nur Imani terhenti dihadapan pintu bilik,merenung kembali kearah suaminya yang telah bangun daripada pembaringannya.Laju langkah lelaki itu menghampirinya.

“Jom..”

“Pergi mana pulak?”

“Balik rumah mamalah!” Jawabnya apabila dia sudah mendahului siisteri.

Mengeleng Nur Imani melihat tingkah suaminya itu.

“Alolo...anak mama,dah comel dah ha..”

“Hmm...anak dara orang nie..”

“Uish..uish..boleh hantar rombongan dah nie..”

“Hai..anak dara,alala..comelnya jubah dia..”

Kehadiran cucu perempuan sulong keluarga En Hazim menjadi perhatian semua yang berada diruang tamu ketika itu,dengan jubah kecil yang tersarung ditubuh halusnya telah memakukan semua pandangan kepadanya.

Sakinah jugalah yang lebih cepat menarik perhatian sikecil itu untuk dirapatinya,terketek-ketek Insyirah berlari mendapatkan mak sunya itu.

“Aii...Insyirah maksu..comelnya dia.Bila masa pulak mama belikan jubah nie.Eii..geramnya maksu tengok dia.” Sakinah sudah menggomol wajah kecil Insyirah yang baru disiapkan mak udanya.Terkekek-kekek Insyirah ketawa dalam pelukan maksunya.

“Bila masa pulak mama yang beli..itu,mak uda yang buat.”

“Erm..patutlah cute sangat..” Sahut Suraya..

Meskipun menu untuk kenduri nanti akan diuruskan oleh pihak katering namun ibu mertuanya tetap mahu menyediakan satu menu yang dapat menampung menu yang ada.Bimbang pula jika ada yang tak cukup kerana itu mereka memilih kari kambing dengan batang pisang sebagai menu tambahan.

“Cek abang awak dah datang tu,cari Nur rasanya tu.” Bisikan Kak Hajar membawa pandangan Nur Imani kepada Ariff Farhan,melilau mata itu.Mungkin mencari kelibatnya,sejak pagi tadi..baru kali ini Nur Imani dapat melihat wajah suaminya.Almaklumlah..masing-masing sibuk.

Susah agaknya dia nak mencari isterinya diantara ramai-ramai kaum hawa yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing ini.Sengaja Nur Imani tidak mahu menggamitnya,ingin melihat sejauh manakah Ariff Farhan dapat mencarinya.

“Cari isteri Han?” Tiba-tiba satu suara menegurnya,

“Tue..” Suara yang sama memuncungkan mulut kearahnya,barulah pandangan mereka bersatu.Ariff Farhan nampak sedikit lega sebelum berjalan menghampirinya.

“Kenapa bang?”

“Makan dah?”

“Belum..”

“Jom..”

“Pergi mana?” Soal Nur Imani pelik,

“Makan dengan abang,kita keluar.Bawah khemah..”

“Sudahlah tu Nur,tinggalkan saja kerja tu.Biar Kak Hani sambungkan,pergilah makan dulu.Cek abang awak tu dah lapar sangat tu.Layan dia dulu,”

“Pergi Nur,merajuk pulak orang tu karang.”

“Cari isteri sampai ke dapur Han?” Satu suara lagi kedengaran.

“Lapar,nak ajak Nur teman makan.”

Dia menghulurkan tangan,tiba-tiba? Dihadapan semua?

“Dah lapar sangat tu,Nur..Sambut cepat tangan abang awak tu..”

Nak tak nak,Nur Imani meletakkan juga tangannya diatas jari jemari yang sedang dihulurkan kepadanya itu.Bukannya permintaan suaminya yang membuatkan Nur Imani menyambut huluran tangan itu namun suara-suara yang begitu lagak mengusiknya serta mata-mata yang turut memandang membuatkannya tiada pilihan lain.

Pandai betul suaminya ini berpura-pura dihadapan semua orang.

Bagaikan lembu dicucuk hidung,Nur Imani sekadar mengikut langkah yang dihayun Ariff Farhan.Malu pula apabila mereka bagaikan menjadi perhatian semua setiap kali melalui ruang lain didalam rumah ini sebelum dapat keluar.

Ramai lagi tetamu yang masih berkunjung rupanya meskipun jam sudah menjengah keangka 2.00 petang.

“Hai...bakal tunang orang nie pun tak makan lagi daripada tadi?”

Nur Imani menyapa Zahim,kehadiran mereka langsung tidak disedari jejaka kacak yang seorang ini.Khusyuk betul dia menjamah makanan dihadapannya.

“Nur,mari duduk.Makan sekali?”

“Terima kasih,saya memang nak makanlah nie.Dah siap bawak makanan lagi.”

Zahim tersengih..

“Eloklah..Han tu,risau sangat Nur tak makan lagi.Mak long pulak beritahu Nur daripada tadi sibuk buat kerja sampai terlupa nak makan.Itu yang dia pergi jemput isteri dia nie sampai kedalam.”

Kenyataan sepupu suaminya membuatkan Nur Imani terus mengerlingkan matanya kepada Ariff Farhan,

Sayangnya tidak dapat dipanahkan pula di anak mata hitam milik lelaki itu.

“Yang kau berdiri lagi tu kenapa ,Han? Duduklah,tadi cakap lapar sangat? Nur..duduklah sekali.”

“Hai you all.” Belum pun sempat Nur Imani mencecahkan punggungnya diatas kerusi,tiba-tiba kehadiran seseorang menganggu mereka.

“Weh! Sha? Bila sampai?” Zahim agak teruja dengan kehadiran seorang lagi kaum kerabat mereka.

“Aku baru sampai,dengan mama.Nur dengan Han pun ada?” Shasha menegur pasangan suami isteri itu.

“Jemput makan Sha.”

“Terima kasih tapi saya baru makan..Boleh saya duduk?”

“Jemputlah..”

“Dah setahun tak jumpa awak berdua,Zahim nie selalu jugak balik.”

“Aku balik kau takda,kau balik? Aku pulak takda..nak jumpa macammana?”

“Yalah..salah satu punca jugak.Er,Nur..Nurin tak balik lagi ke?”

Serentak terhenti suapan ketiga-ketiga mereka tadi,Ariff Farhan apatah lagi.Tidak senang dia dibuatnya dengan soalan itu meskipun bukan diajukan kepadanya.

Zahim juga,geram dengan soalan Shasha yang pastinya telah menganggu mood pasangan suami isteri nie.

Nur Imani pula,dia sudah bersedia untuk menerima soalan-soalan seperti ini.Padanya,selama mana mereka nak melarikan diri? Selama mana dia dan Ariff Farhan ingin mengelakkan diri sedangkan hubungan mereka bertiga memang berkait.Jadi?

“Belum lagi Sha,entahlah...kami semua tak tahu kemana kakak pergi.Sampai sekarang,satu berita pun kami tak dapat daripada dia.”

“Dah dekat setahun kan,hubungan kauorang berdua pun dah dekat setahun kan? Cepat betul masa berlalu.”

Well Sha.Semua tu tak penting.Apa yang ada kat depan mata kita sekarang nie yang sepatutnya kita hargai.Kan...sayang?”

Jawapan paling selamat..

Zahim semakin tidak senang dengan keadaan ini.Menyibuk betul si Shasha nie.Orang baru nak senang-senang,dia pulak datang buat spoil mood semua!

“Sha..bila nak terbang lagi?” Dia cuba menukar topik perbualan.

“Minggu depan,kenapa Him?”

“Kau nie..umur dah banyak.Asyik fly jer..bila nak kahwin?”

“Alah..aku nak cari duit dululah..Nak cari kepuasan.”

“Duit boleh dicari Sha,kepuasan tu subjektif,tak semestinya dalam karier saja ada kepuasan..”

“Tak naklah..aku tak bersedia nak jadi isteri orang lagi Him..”

“Jangan mengelak,kau tu perempuan.”

“Ingat perempuan sekarang tak laku ke bila dah tua? Sekarang nie orang dah tengok semua tu,asal cinta..kahwin jerlah.Apa nak kisah?”

“Aku tak nafikan,tapi kau tak teringin ke nak ada anak sendiri? Takkan dah bongkok tiga nanti baru nak ada  anak?”

“Alah..janganlah tanya aku soalan-soalan macam tu lagi.Cukup-cukuplah mama dengan daddy asyik berleter dengan aku.Datang sini pun..macam tu jugak?”

Tau pun! Desis hati Zahim sinis,memang niatnya ingin mengenakan Shasha juga..

“Abang nak sikit ke daging masak kicap nie?” Suara Nur Imani pula memecah keheningan diantara mereka.

Ariff Farhan merenung kedalam pinggan,melihat kearah lauk yang dimaksudkan isterinya sebelum menatap wajah Nur Imani pula.

“Sedap ke?” Soalnya..

“Kalau ikutkan anak tekak Nur,sedaplah..Cubalah rasa..”

Nur Imani mencubit sedikit daging masak kicap sebelum digaulkan dengan nasi yang kemudiannya disuakan kepada Ariff Farhan.

Terpaku encik suami dengan tindakan isterinya,

“Rasa dulu..” Nur Imani cuba meyakinkan.

Mahu tak mahu terpaksalah Ariff Farhan menerima suapan itu,Zahim yang sekadar berpura-pura tidak nampak akan adegan yang baru berlaku didepan matanya itu sedaya upaya juga dia cuba menyembunyikan senyumannya daripada dilihat si sepupu tetapi gagal.

“Romantiknya....Makan pun main suap-suap lagi.How’s sweet..” Shasha memuji ikhlas,bersinar-sinar matanya memandang kearah mereka berdua sambil menongkat dagu.Malu pula Nur Imani dibuatnya.Niatnya cuma ingin Ariff Farhan menjamah daging kambing ini kerana sejak dia mengenali n lelaki itu,suaminya ini tidak gemar dengan daging kambing.

“Itulah kau..ingat orang kahwin tanpa cinta nie tak boleh bahagia ke.” Sinis Zahim lagi dalam gurauannya.Mengenakan Shasha semula.

“Kak Sha tak tahu ke..abang dengan kakak Kinah nie memang romantik sentiasa.Bak kata apek dalam filem DOREMI tu...”

“..loving each other!” Sambung Sakinah lagi dengan mengakhiri kata-katanya dengan meniru suara pelakon yang dimaksudkannya tadi.

Zahim sudah terkekeh-kekeh..Shasha yang tidak memahami maksud si Zahim itu turut ketawa melihat dari cara penyampaian Sakinah tadi.Nur Imani juga sekadar tersenyum seperti suaminya.Mengeleng dengan tingkah Sakinah seorang.

“Dah selesai jadi jurugambar tak berbayar?” Nur Imani menukar membuka topik baru sebaik Sakinah berada disisinya,kamera ditangan adik iparnya itu ditenung.

“Dah..tadi baru ambik gambar mama Airiss Aleesya berposing.Cuba kak Nur tengok nie,kalah mama daripada anak.” Sakinah menunjukkan kepada Nur Imani satu persatu gambar kakaknya yang telah diambil didalam rumah tadi.

“Tengah berpantang pun nak ambik gambar juga?” Soal Ariff Farhan tidak percaya.

“Macamlah abang tak kenal kak ngah kita yang seorang tu..”

“Hmm...” Sahut Ariff Farhan.

“Tak makan ke Kinah.”

“Kinah dah kenyanglah kak Nur,baru makan dengan anak-anak tadi..” Ujar Sakinah,

“Ha? Senyap jer,mana anak-anak?” Zahim pula bertanya,

“Abang long dengan abang ngah dah ambik alih,semua tengah bersiap nak solat zohorlah tu.”

“Patutlah..”

“Okeylah semua,Sha mintak diri dulu.”

“Nak pergi mana pulak? Duduklah dulu,bukannya nak balik lagi.”

“Nak baliklah nie..”

“Baru datang nak balik dah?”

“Mama..nak singgah rumah kakak daddy katanya.Dah dekat pukul 3.00 nie,Sha nak pergi tengok mama kejap.”

“Esok turun tak?” Ariff Farhan sempat menyoal sebelum Shasha angkat kaki.

“Pergi mana?”

“Pergi meminanglah?”

“Oh yea..insyaALLAH..”

“Zahim..selamat bertunang,hope you akan bahagia..Tahniah sekali lagi.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Shasha bersalaman dengan Nur Imani dan Sakinah sebelum berlalu pergi dan pemergiaannya diiringi dengan lemparan pandangan mereka berempat sehingga dia menghilangkan diri didalam rumah kembali.

“Penat?” Soal Nur Imani kepada Sakinah selepas melihat adik iparnya itu menjatuhkan kepalanya keatas meja dengan menjadikan lengannya sebagai alas.

“Letih jugaklah kak Nur..”

“Dah letih,pergilah rehat.” Ujar abangnya pula.

“Majlis tak selesai lagi,mana boleh rehat.Kesian dekat semua..Balik KL nanti,baru boleh rehat puas-puas cos masa tu takda siapa nak kacau lagi dah.”

“Kak Nur..” Sakinah menyentuh kain jubah yang dipakai oleh kakak iparnya.Lembut saja.Memang daripada tadi matanya sudah terpukau dengan jubah yang tersarung ditubuh kakak iparnya yang kelihatan agak berisi ini.Tertarik betul dia dibuatnya..

“Hmm..”

“Cantiknya baju..Kak Nur suka pakai jubah kan? Boleh tak Kak Nur ajar Kinah buat jubah nanti? Malaslah nak pakai baju kurung dah.Kain nie pun Kinah tengok...sejuk saja.”

“Boleh..kain nie memang sejuk pun.Sekarang nie pun,kak Nur lagi suka pakai jubah.Senang.”

“Betul-betul,kalau kain macam nie tak gaduh nak seterika dah.Yang jenis berfesyen pula payah sikit nak jaga.”

“Apa pulak bersembang pasal jubah,kain segala bagai nie?” Zahim yang tadinya sekadar menjadi pendengar setia dua beradik itu berbicara,menyampuk tiba-tiba.

“Alah,abang Him nie sibuklah..Nie cerita pasal orang perempuanlah..”

“Yalah..memanglah..Orang perempuan,kalau dah jumpa.Mesti sentiasa ada topik nak bersembang.”

“Tau pun..”

“Han! Dah habis makan ke belum kau nie? Aku tengok dah takda apa-apa dalam pinggan tu.Ke nak tambah lagi?”

“Apa kenanya dengan aku pulak?”

“Jom ar!”

“Kemana?”

“Kau dah zohor?”

“Belum..”

“Habis nak nak tunggu azan asar ke baru nak zohor kawan?” Menyumbing senyuman Ariff Farhan mendengar teguran sinis sepupunya.

“Tunggu kejap! Aku pergi hantar pinggan nie!”

“Biarlah kat situ abang,kejap lagi Nur bawakan.” Ariff Farhan langsung menghampiri Zahim,

“Jomlah! Pergi masjid!” Pelawanya sambil menepuk lembut bahu Zahim.

“Kau tekad dah ke Han?” Zahim melemparkan pandangannya kearah Ariff Farhan,bukan main senang lagi hatinya menyandarkan belakangnya disalah satu tiang masjid diantara mereka ketika ini.

Hanya mereka berdua berada didalam masjid ketika ini,tadi ada seorang musafir yang turut berjemaah dengan mereka namun dia baru sahaja meminta diri untuk pergi,nak ke Lumut katanya.Mengejar masa.

“Kalau aku cakap aku tekad?” Ariff Farhan menjawab soalan sahabatnya itu dengan tenang.

“Kau nak meruntuhkan masjid yang kau dah bina hampir setahun nie macam tu saja Han?”

“Aku takda pilihan...”

“Takda pilihan? Apalah yang kau cakap nie..macam takda iman!”

“Aku tak nak ikat dia lama-lama..”

“Alasannya?”

“Aku tak cintakan dia..dia pun..”

“Alasan!”

“Memanglah alasan! Dah itu yang kau nak!?”

“Aku takda masa nak bergurau Han! Sebelum-sebelum nie bolehlah kau main-main dengan aku,sekarang tak lagi! Sorry!”

“Lebih baik aku lepaskan dia daripada aku ikat dia dengan menyiksa dia macam nie Him.Dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaan yang dia impikan.Aku nie bukan suami yang baik untuk dia.”

“Kau boleh berubah!! Jangan nak jadikan semua tu penghalang kepada kauorang berdua untuk mencapai kebahagiaan! Aku mintak Han!! Aku mintak sangat-sangat..kau fikirkan balik apa yang kau nak buat nie.Paling tak pun..kau fikirkan tentang keluarga kau,keluarga Nur.Jangan disebabkan kau nanti,dua buah keluarga yang selama ini menjalin silaturrahim tiba-tiba bermasam muka.Jangan disebabkan kau,hubungan kekeluargaan diantara kita dengan mereka retak!”

“Aku yakin,baik keluarga aku..mahupun keluarga Nur.Mereka akan faham Him.Hati tak boleh dipaksa.”

“Hati tak boleh dipaksa tapi..boleh dididik! Boleh diajar! Apa salahnya kau didik hati kau tu untuk cuba menerimanya! Ajar sikit hati kau tu untuk mengasihinya! Benda tu tak sesukar mana kalau kau sendiri nak! Masalahnya sekarang...”

“Masalahnya sekarang,aku tak boleh! Kau nak aku paksa diri aku nie macammana lagi?”

“Kau masih ingatkan Nurin ke?”

“Nurin?? Lepas apa yang dia dah buat dengan keluarga aku,dengan aku..kau rasa hati aku nie mampu lagi ke untuk menerimanya?”

“Habis apa masalahnya pula untuk kau menerima Nur didalam hidup kau?? Sebab mereka adik beradik ke? Kau masih berdendamkan perkara lama tu lagi ke Han?”

“Payah Him..”

“Aku lagi payah nak bercakap dengan orang keras hati macam kau nie! Kita nie bukan muda lagi Han.Mungkin ramai lagi perempuan kat luar tu nakkan kita,tapi kau rasa..mampu ke perempuan yang bakal menggantikan kedudukan Nur disisi kau tu nanti menerima kau seadanya seperti Nur? Mampu melayan kerenah kau yang 4-5 macam nie?”

“Aku takkan buat perkara-perkara macam tu pada perempuan yang aku sayang.”

“Inilah masalah kau..”

“Balik! Jom!” Laju Ariff Farhan bangun dan berjalan meninggalkannya.

“Weh! Aku tak habis cakap lagi dengan kau! Han!!!”

Kelam kabut Zahim bangun dan berlari anak mendapatkan Ariff Farhan yang sudah berjalan jauh meninggalkannya.

Dia nielah! Asal aku nak bercakap..Lari! Asal aku sentuh pasal masalah dia..Lari! Itulah kerjanya! Ingat aku nie rajin sangat nak mengejarnya???

“Ya Allah,lega rasanya.Kerja kat dapur nie dah selesai..balik dari rumah perempuan esok bolehlah kita clear kat depan-depan tu.” Aminah duduk sambil melepaskan lelahnya diatas kerusi makan didapur ini.

“Alhamdulillah,yang penting majlis kita nie yang selesai dengan baik,berjalan seperti yang dirancang.”

“Terima kasih semua,nasib baiklah anak-anak menakan mak ngah nie ada.Kalau tak?” Mak ngah yang baru muncul dari dapur basah,turut menyertai mereka bersantai seketika diruang dapur ini.

“Kalau buat kerja sama-sama,yang susah pun jadi senang mak ngah..Bukan senang nak adakan majlis-majlis macam nie,entah bila tahun sekali.”

“Yalah mak ngah..Lagipun,bukan senang kita nak kumpul ramai-ramai macam nie.”

“Itulah..Kak Zah dah kata,takda apa yang nak dirisaukan.Kalau dah berkumpul semua adik beradik nie,lagi senang kerja.Yang susah jadi senang,yang berat jadi ringan,”

“Betul tu mak ngah..macamlah mak ngah tak biasa? Nie...jiran-jiran mama pun memang sentiasa ada untuk membantu,terutama sekali jiran yang dah jadi besan mama nie.Itulah tulang belakang kita pun,kalau tak..mamalah yang lagi letih..”

“Cik Na? Ermm,yang tu memang tak boleh nak dinafikan apa-apa.Sahabat mama dunia akhirat tu..”

“Apa sebut-sebut nama Cik Na nie?”

“Panjang umur,tak aihh..kami baru kutuk Cik Na.” Usik Qistina,seorang lagi anak saudara Puan Zahrah.

“Kutuk orang kat belakang,tak aci nie.Cuba cakap dengan tuan punya diri nie,mengutuk apa tu?”

“Mana ada apa-apa..Alah,Cik Na kan sahabat mama,siapalah yang berani kutuk..dahlah sekarang nie ada perisik sepenuh masa dalam rumah nie,kan Kak Nur?” Sakinah mengusik besan kepada mamanya itu.

“Na!”

“Kak Za..”

“Marilah sini,dah ambik lauk ke belum?”

“Dah..Usah dirisaukan kami..”

“Marilah sini,ada lagi barang-barang yang tak ambiknya nie.”

“Pergilah Cik Na..adalah tu benda yang besan Cik Na nak bagi tu.” Aminah mengusik mamanya.

“Aku ingat,kita balik pejabat hari isnin nie baru kita uruskan perkara tu.”

“Aku pun rasa macam tu,Fadzil baru telefon aku semalam.”

“Dah 6 tahun berlalu kan Han? Aku ingat lagi.. Masa mula-mula kita bukak syarikat dulu? Setahun setengah Han,cuma dua projek yang kita dapat.Lepas tu barulah kita dapat kepercayaan orang sikit demi sedikit? Nasib baik juga ada pak long,abang long,abang ngah tolong kita,kalau nak harapkan kita berdua saja? Rasanya tak boleh lagi nak bersantai-santai sekejap pun macam sekarang nie.”

“Rezeki..”

“Rezeki Allah,bertambah lagi rezeki kita bila kau dah kahwin..”

“Kau pun akan selamat bertunang pulak esok.”

“Besar hikmah Allah tu Han,kalau kau ingat jugak...kita pernah merancang nak balik ke syarikat lama bila keadaan syarikat tetap macam tu walaupun dah setahun beroperasi?”

“Mahunya aku tak ingat.Paling aku tak boleh lupa,balik jer kampung hari tu habis kita kena basuh dengan babah.”

“Kalau diingatkan balik memang malu Han,depan semua adik beradik pulak tu.Bertembok-tembok rasanya muka aku masa tu..”

“Tapi kalau kita tengok hikmahnya sekarang,memang aku bersyukur sebab babah lecuture kita macam tu.Kalau tak...”

“Kita tak jadi macam sekarang!” Sambung Zahim,disambut pula dengan tawa oleh kedua-duanya.Masing-masing diusik kembali dengan memori silam yang banyak mengajar mereka tentang erti kehidupan.Cukup untuk menjadikan mereka lebih matang seperti sekarang.

“Rancak berbual?”

“Abang long.Inilah..mengenang kembali memori silam.”

“Lupakan kejap memori tu.Jom ikut abang long!”

“Pergi mana??”

“Ambik KFC..”

“Tu..kesian abang long tengok kaum-kaum hawa kita tu,ada yang daripada subuh tadi tak habis-habis buat kerjanya.Itu yang suruh diaorang habis sedekahkan saja lauk pauk tu,kalau tinggal pun untuk sesiapa yang nak makan nasi sajalah malam nie.Budak-budak pun ramai nie.”

Mata Ariff Farhan sudah singgah kearah isterinya,betul juga kata abang iparnya ini.Isterinya itu..dia sendiri tidak tahu dimana Nur Imani bermalam malam tadi.Semasa dia bangun tadi pun,wanita itu langsung tidak kelihatan.Malah mereka tidak sempat berbual sejak tadi,hanya bersembang dengan ahli keluarga dan sanak saudara.

Ariff Farhan leka melihat isterinya begitu rancak berbual dengan adik beradik serta beberapa orang sepupunya yang lain.Baru sekarang dia melihat isterinya itu berehat selepas hampir seharian sibuk menolong menguruskan majlis dirumah keluarganya ini.

“Ish kau nie Han! Termenung apa pulak tu! Jom!”

“Ha? Ya! Jom! Abang long! Han pergi ambik kunci kereta kejap! Tunggu kat sana!”

Langsung Ariff Farhan tidak sedar yang sepupu dan abang iparnya sudahpun berjalan meninggalkannya.Cepat betul!

“Ha! Okey!”

“Kemana pulak diaorang tu nak pergi Minah?”

“Ambik KFC yang diaorang order tadi tulah..”

“Nak beli jugak? Larat lagi ke nak makan?”

“Anak-anak ramai mama,kita nie yalah nak nasi.Dah Firas nak belanja tu,biarlah..rezeki merekalah tu.Mama pun ajaklah Cik Na,keluarga Cik Yah dan Kak Yanti tu datang.Diaorang pun memang tak menang tangan membantu kita sejak pagi tadi.”

“Yalah..Mama nak pergi mandi,dah berlengas sangat badan nie.Kejap lagi dah nak masuk maghrib,”

“Nur,”

“Ya ma..”

“Hari nie..turunlah kebawah.Kita berjemaah kat musolla,yang lelaki semua kemasjid kejap lagi.”

“Baiklah ma..”

“Mak long..kejap lagi tolong kejutkan Aiman,dah nak maghrib nie..”

“Yalah..”

“Mari sini si Airissa tu mak uda,kesian mak uda..dari tadi sibuk uruskan majlis Airiss Aleesya dan pak long Him,tak sempat nak rehat pun.Terima kasih tolong mandikan Airiss Aleesya,mak uda bolehlah rehat lepas nie..”

“Airiss Aleesya nie pun senang jer nak uruskan.Mandi pun tak takut air.Pandai.Hmm..wangi dah pun dia.” Nur Imani mengucup lembut ubun-ubun anak buahnya itu.

Tidak sampai seminit tubuh kecil Ariss Aleesya sudah bertukar tangan.

Baru Nur Imani ingin bangun..

“Mak uda..” Panggilan daripada kakak iparnya mengembalikan pandangannya kepada dua beranak itu.

“Terima kasih dengan hadiah untuk baby,cantik..Buat susah-susah mak uda saja.”

“Sama-sama,ikhlas daripada mak uda dengan pak uda.Untuk Airiss Aleesya kita.”

Melihat senyuman yang tergaris dibibir kakak iparnya,Nur Imani membalas mesra sebelum dia berlalu meninggalkan dua beranak itu kembali.

Tanpa dia sedari,sejak semalam..hubungannya dan Ariff Farhan menjadi tanda tanya seluruh ahli keluarga lelaki ini.Apatah lagi,semuanya menantikan salah seorang daripada mereka memberitahu berita gembira yang sepatutnya telah sampai kepada pengetahuan semua pada hari mereka tiba dulu.

Suraya memandang sepi kepada Nur Imani,kuat betul hatinya mengatakan pasangan suami isteri ini sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka sekeluarga.Jika tidak..mustahil mereka tidak dikhabarkan tentang kandungan Nur Imani ketika ini?

Kenapa adiknya itu merahsiakan semua ini daripada pengetahuan mereka?

Apa sebenarnya yang terjadi?

Nur Imani duduk dikerusi rehat didalam bilik suaminya,Ariff Farhan dengan kaum adam yang lain semuanya sudah pergi kemasjid.Dirumah sekarang,hanya tinggal kaum hawa yang juga sedang bersiap untuk mengerjakan maghrib berjemaah disurau mini yang terdapat dirumah ini.

Dia merenung kearah kaki yang sudah membengkak.Sejak tadi,baru sekarang dia perasan bentuk asal kakinya sudah berubah sama sekali seperti sekarang,bagaikan belon pula rupanya.

Yang hairannya,dia langsung tidak merasa apa-apa kesakitan semasa dibawah tadi.Malah dapat melakukan kerja-kerjanya dengan baik sehinggalah ketika dia selesai mandi beberapa ketika yang lau.

Selepas menyiapkan dirinya,Nur Imani kembali berehat dikerusi itu.Sangkanya dia masih mampu untuk berjemaah dengan keluarga mertuanya dibawah namun nampaknya,kakinya tidak mampu untuk menampung tubuhnya lama-lama lagi seperti tadi.

Kecewa sedikit rasanya apabila dia tidak dapat bertahan untuk beberapa minit lagi,kerana itu dia terpaksa menolak pelawaan Aminah yang memanggilnya untuk maghrib berjemaah tadi.

Minyak panas ditangannya dititik ketangannya beberapa titis sebelum dilurutkan kebahagian kaki yang terasa sakit.Diurut perlahan namun membuatkan dia mengerang sendiri.

Terbantut segala urusannya,

“Assalamualaikum Nur..mama nie.” Baru 5 minit berlalu,sedang Nur Imani berehat sambil membiarkan kakinya pulih sendiri.Ketukan dipintu bilik membuatkan mata yang hampir terpejam tadi,buka serta merta.

“Waalaikumussalam..mama,masuklah mama..Pintu tak berkunci.”

“Minah beritahu mama,Nur tak sihat,Nur sakit?” Ujar Puan Zahrah sambil berjalan kearah menantunya.

“Sikit saja mama,kaki nie bengkak pula tapi Nur dah urut dengan minyak tadi.Dah okey sikit nie,” Puan Zaharah melabuhkan punggungnya diatas kerusi bersebelahan menantunya.Merenung kearah kaki Nur Imani yang sememangnya bengkak.

“Nak mama tolong urutkan lagi? Teruk mama tengok nie?”

“Tak perlulah mama,Nur pun tak solat maghrib lagi nie.Nur nak solat dulu,cuma..mungkin Nur rasa tak boleh nak turun.Nampaknya takda rezekilah Nur nak berjemaah dengan semua hari ini..”

“Tak apalah,Nur rehat saja..Esok kita nak berjalan jauh,kalau teruk sakitnya tu..mama tak bolehlah nak izinkan Nur ikut ke rumah Fieza esok.” Gurau Puan Zaharah dalam keseriusannya.

“Mana boleh Nur tak ikut sekali ma..Mestilah Nur pun nak ikut.” Pangkah Nur Imani serta merta,bibir tua itu langsung mengukirkan senyuman..

“Dah tahu macam tu,malam nie rehat jer..jangan nak fikir sangat pasal kerja-kerja yang tak selesai kat bawah tu.Mama dengan yang lain-lain ada.”

“Baiklah mama,Nur dengar cakap mama.Terima kasih tengok Nur kat sini.Mama janganlah risau,insyaAllah,kejap lagi baiklah nie..”

“Yalah,mama turun dulu.Han balik nanti mama suruh dia terus naik kebilik jenguk Nur.”

Nur Imani sekadar mengangguk dengan apa yang diperkatakan oleh ibu mertuanya kali ini,kucupan yang diterimanya daripada orang tua itu didahinya dibalas dengan pelukan.

Ya! Dia selesa dengan situasi ini.Membuatkan hatinya semakin merindui ibunya walaupun baru tadi mereka bertemu dan sempat juga bertukar khabar dan berbual berdua.

Semakin dia merasakan dirinya terlalu jauh dengan ibu yang telah melahirkan dan membesarkan selama ini.Benar kata orang,anak perempuan..bila dirinya telah dimiliki oleh suaminya.Dia bukan lagi milik kedua-dua orang tuanya.Kehidupannya,ketaatannya...lebih berhak diberikan kepada nokhodanya itu.

Nur Imani hanya tersedar daripada lamunannya selepas mendengar pintu biliknya ditutup rapat,ibu mertuanya sudahpun keluar meninggalkannya sendirian semula.

“Assalamualaikum warahmatullah...Assalamualaikum waramatullah..”

Nur Imani meraupkan wajahnya setelah salam terakhir diberikannya,sesudah itu tangannya ditadahkan kelangit.Nur Imani memanjatkan doanya kehadrat Ilahi,bersyukur yang teramat kerana dia sudah menyempurnakan solat jamak taqdim yang dikumpulkan bersama solat isyak nanti.Pada awalnya dia ingin menunaikan solat fardhu ini seperti biasa,tanpa perlu menjamakkan namun selepas melihat keadaannya tadi...Lebih baik rasanya untuk dia menggunakan keringanan yang telah Allah berikan ini demi kebaikannya.Bolehlah dia berehat lama sikit selepas ini.

Baru dia ingin menanggalkan kain telekungnya,telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

“Tasya.” Nama sahabatnya itu meniti bibir Nur Imani ketika dia melihat nama pemanggil yang tertera diskrin telefon bimbitnya.Rajin benar Natasya menelefonnya sejak dua tiga hari ini.

“Assalamualaikum mak buyung!” Suara ceria Natasya menyapa pendengarannya sebaik dia menerima panggilan tersebut.

“Waalaikumussalam..Ye saya,Puan Natasya.”

“Kau buat apa tu? Aku ganggu ke?”

“Baru lepas solat.”

“Ye ke..Kenapa suara kau nie? Letih jer bunyinya..”

“Hmm..aku tak sihat sikit.”

“Tak sihat? Sakit apa?”

“Biasalah..kali nie,kaki pula..bengkak.”

Cramp?”

Cramp tu takdalah..cuma bengkak jer.”

“Suruhlah Han urut..”

“Alah..dia takda..jemaah kat masjid dengan kaum-kaum adam kat dalam rumah nie.Tak balik lagi pun.”

Kalau balik pun takkanlah aku nak minta tolong dia?? Sambung Nur Imani didalam hatinya.

“Bukannya dia nak tidur kat masjid tu pun,dia balik nanti suruhlah dia urut kejap.Dapatlah bermanja-manja dengan hubby tu..Inilah pun masanya kita nak dapat perhatian mereka Nur.Penangan anak sulong!”

Manja-manja? Yalah Tasya..aku nak tegur dia pun kekadang takut..ini pula nak bermanja-manja? Lagi teruk kalau dia tahu aku dah mengandung pulak!

“Yalah Tasya..Hmm..kau ada apa telefon aku nie?”

“Sajalah nak dengar suara kawan baik aku nie.Kau tu...kalau bukan aku yang telefon,tak tahulah bila lagi dapat bercakap dengan kau..”

“Aku bukannya tak nak telefon.Malaslah nak kacau isteri orang ini..Kau tu bukan setakat ada suami nak dilayan,tu..anak-anak lagi.Kerja lagi..Kalau aku telefon karang,timing tak baik ke?? Aku juga yang tak seronok karang.”

“Pernah ke aku tunjukkan kat kau kalau aku ada masalah?”

“Aku guraulah..ish! Kalau aku yang melenting ada jugak..nie orang tu pulak yang cepat naik anginnya?”

“Hahaha,kau nie Nur.Aku nak beritahu kau,tadi aku dengan suami bawak anak-anak pergi majlis kahwin ex-boyfriend kau.”

Ex-boyfriend aku? Siapa pulak nie? Kau pandai-pandai buat gosip kat aku kan?”

Natasya ketawa lagi..Seronok betul dia.

“Im lah..

“Hmm..ye..dia kahwin hari nie.Aku tahu.Alhamdulillah,sampai jugak jodohnya.”

“Alhamdulillah..”

“Alhamdulillah,moga berpanjangan jodohnya.”

“Amin..Err,Nur.Hero aku dah menangis tu.Apalah abang ngah dia buat kat dia tu..nanti kita sembang lagi,assalamualaikum..”

Kelam kabut Natasya memutuskan talian.Nur Imani mengeleng sambil tersenyum dengan keletah sahabatnya itu.Tak sempat dia mengucapkan apa-apa pun lagi.

“Nur..”

“Bangun.” Nur Imani tesedar,lenanya diganggu.Rasanya dia baru sahaja memejamkan matanya,namun..

“Hmm..” Bibirnya masih sempat menyahut meskipun dia belum terjaga sepenuhnya,masih mamai.

“Bangun..Kenapa tidur kat sini?”

Ariff Farhan? Barulah wajah lelaki itu menyapa pandangannya,

“Ye..abang?” Nur Imani terpisat-pisat seketika,wajah lelaki yang sedang bertenggung sambil memandang kearahnya itu ditenung.

“Bangunlah,kenapa tak tanggalkan dulu telekung tu? Naik tidur kat atas.” Arahnya lembut,memakukan pandangan siisteri kepadanya.

Nur Imani sendiri hampir terlupa bagaimana dia boleh terlena diatas sejadah dengan bertelekung seperti sekarang.

Hmm..ye..selepas berbual dengan Tasya ditelefon tadi,dia langsung merebahkan dirinya diatas sejadah ini.Niatnya pada awal hanya ingin merehatkan dirinya dan meredakan sedikit rasa sakit dikakinya ini selepas melaksanakan kewajipan utama itu tadi.Tapi??

“Tanggal telekung tu,naik atas.Tidur atas katil.”

Ariff Farhan sudah bangun semula,dia sedang berjalan kearah almari.Mungkin ingin menyalin baju melayu ditubuhnya ketika ini.

Nur Imani pula baru mendapatkan kembali seluruh dirinya,baru dia berniat ingin bangun.

Kaki aku..aduh..! Dia merenung kearah kedua-dua belah kaki yang tidak dapat digeraknya lagi,terkejut dengan perubahan dirinya,dia tidak mampu menegakkan kakinya semula.Sakit pulak tu!

Ya Allah,kenapa pulak nie??

Terpaksa dia membatalkan niatnya untuk bangun,terasa seperti orang bodoh pulak apabila dia hanya mampu statik dengan keadaannya tadi tanpa dapat melakukan apa-apa sedangkan Ariff Farhan baru sahaja menyuruhnya naik kekatil semula.

“Tidur balik dia nie dalam aku dah pesan naik ke katil tadi?”

Tidak berani Nur Imani membuka matanya setelah menyedari akan kehadiran Ariff Farhan semula sisinya.Sangkanya lelaki itu sekadar ingin melihat dan membiarkannya sahaja selepas itu dan berlalu keluar,namun sangkaannya meleset sama sekali apabila dia merasakan tubuhnya tiba-tiba disentuh.

Baru dia merasakan kedudukan kakinya sedikit bergerak,Nur Imani tiba-tiba menjerit.Teramat mengejutkan sisuami yang menyangkanya sudah terlena semula.Tidak jadi Ariff Farhan ingin mencempung tubuh itu.

“Abang..Abang! Kaki Nur! Kejang! Jangan sentuh Nur! Ya Allah! Sakitnya...” Rintih Nur Imani dalam tangisan,menderu-deru tumpah membasahi wajahnya.Tindakan mengejut Ariff Farhan tadi benar-benar membuatkan kakinya semakin sakit.Nur Imani dapat merasakan tubuhnya menggigil dengan tindakan suaminya tadi.Tersentap betul,terasa  bagaikan nyawanya pula yang sedang ditarik oleh Allah.

Ya Allah..

Ariff Farhan yang masih terkejut dengan tindakan isterinya tadi tidak berkelip melihat isterinya,apatah lagi mendengar jeritan kesakitan Nur Imani tadi membuatkannya terkesima sama sekali.

“Kenapa?”

“Jangan sentuh,kaki...sakit.” Ujar Nur Imani sekali lagi cuma suaranya tidak setinggi tadi.Tangannya digoyangkan,sebagai isyarat supaya Ariff Farhan tidak berniat untuk berbuat kepadanya seperti tadi.

“Abang pergilah..kalau dah okey nanti,Nur naiklah kekatil.”

Sebelum tangan kasar itu kembali menyentuh kakinya,Nur Imani sudah memejamkan matanya erat-erat.Sibuk pula dia nak mengurutnya dalam keadaan aku sakit macam nie!

“Tahan sikit..Biar aku urutkan,kalau kau terus biarkan kaki tu macam tu,bila nak okeynya? Kalau kejang kaki,lain kali cuba tegakkan.Masa nak tegak tu memanglah sakitnya tapi lepas itu okeylah balik..” Tangan Ariff Farhan kembali menyentuh kakinya,Nur Imani sudah merasakan kesakitannya,matanya dipejamkan kembali.Berkali-kali ganda lagi sakit dikakinya ini dengan tindakan Ariff Farhan ini.

“Nie pasal apa bengkak pulak kaki kau nie? Kau nie,macam-macam penyakit datang.Hari tu demam,nie dah kejang kaki pulak? Sampai bengkak-bengkak lagi?”

Baru Nur Imani ingin menghalang semula tindakan suaminya itu,

“Tahan sikit,aku cuba tegakkan dulu kaki kau ni.”

Nur Imani tidak menyahut apa-apa,dia tahu Ariff Farhan cuba membuatkannya bersembang supaya dia tidak merasa sakit dengan tindakannya.

Seperti yang diminta oleh Ariff Farhan tadi,dia terpaksa menahan dirinya daripada menjerit saat Ariff Farhan memperbetulkan semula kakinya tadi.Memanglah matanya dipejamkan rapat,namun tetap keluar air mata disebalik pelupuk mata yang terpejam rapat itu.Punyalah sakit!!

Nasib baik suami,kalau orang lain,agaknya kena terajang dah!

“Aku tengok kaki kau nie..dah macam...ikan buntal pun ada.” Omel Ariff Farhan tiba sebaik dia menyudahkan urusannya.

“Apa dia abang?”

“Takda apalah..Nak pergi klinik ke nie?”

“Tak nak.”

“Nak biar macam nie pulak?”

“Abang dah urut,insyaAllah...kejap lagi mesti dia baik.”

“Baik,baik juga..yang kau pulak? Asyik tak sihat memanjang nie kenapa? Hari tu demam,hari nie?”

“Biasalah abang,cuaca pun tak menentu.Kadang-kadang panas,kadang-kadang hujan..Badan Nur nie pun macam tu jugaklah.Kalau Nur tahu bila dia nak sihat,bila dia nak sakit.Kan senang?”

“Nak makan?”

“Hmm..”

“Nak makan ke? Kalau nak..aku bawakkan kebilik?”

“Err..tak perlulah,Nur tak lapar.Abang nak keluar ke?”

“Pergilah,Nur nak rehat saja.Kalau kaki terus macam nie,tak dapat pulak nak ikut rombongan meminang ke Parit Buntar esok.”

“Sakit-sakit pun masih boleh fikir nak berjalan lagi?”

“.....sakit lagi ke?”

“Sikit saja.” Jawapan itu membuatkan Ariff Farhan terus mencempungnya,terpinga-pinga Nur Imani seketika.

“Abang nak bawak Nur kemana nie?”

“Naik atas katil,rehat kat situ.Aku turun kebawah ambikkan nasi dulu.”

“Eh..tak payahlah..”

“Makan sikit,lapik perut tu jugak..kau makan petang tadi saja kan?”

“Itulah,sibuk buat kerja sampai diri sendiri terabai.Dah..rehat sekejap,nanti aku naik balik..”

“Abang...”

“Ada apa lagi?”

“Terima kasih dan maaf sebab dah susahkan abang..”

Ariff Farhan tidak membalas apa-apa lagi.Sekadar merenungnya sebelum berlalu pergi.

Sebaik Ariff Farhan menghilang daripada pandangannya.

‘Assalamualaikum anak ibu..letihnya ibu hari ini tapi..ibu gembira sangat,dapat berkumpul dengan semua.Dengan tok mama,tok babah,wan..mak tok..mak long,pak long,mak ngah,pak ngah,mak su..anak-anak buah..adik beradik yang lain.Dah lama tak ada majlis besar-besar macam nie,kali terakhir pun..masa majlis kahwin ibu dengan babah.’

Nur Imani mula berbicara dengan sikecilnya,perutnya turut diusap kasih.

Belum pun lima minit berlalu,rasa mengantuk sudah menggamit matanya kembali..Sikit demi sedikit,matanya mula terpejam sehingga Nur Imani terlena juga akhirnya.

Ariff Farhan yang kembali bersama dulang kecil berisi makanan dan secawan air ditangannya sekadar diletakkan semula diatas meja.Tidak mahu pula menganggu lena siisteri yang sememangnya keletihan.

Sebelum turun kebawah semula,Ariff Farhan sempat menyarungkan stoking miliknya dikaki Nur Imani.Berhati-hati dia melakukan itu semua agar tindakannya tidak mengejutkan isterinya.

“Nur buat apa Han?”

“Dah tidur mama,tak sempat nak makan pun.”

“Biarlah,dia pun tak berapa nak sihat tu.”

“Itulah..”

“Pak uda..” Terkedek-kedek Insyirah merapati pak udanya dengan baju kelawar labuh yang sedikit menganggu pergerakannya.Namun pandai lagi sikecil ini mengangkat kain yang melitupi kakinya tadi sedikit tinggi agar tidak membataskan langkahnya.Comelnya dia.

“Ya sayang..Mari sini,duduk atas pak uda.”

“Kenapa busyuk-busyuk pak uda nie tak tidur lagi? Tengok abang long,abang ngah,abang Aqief.Semua dah tidur pun.”

“Baby dah tidur..” Beritahunya juga.

“Tau pun.Kenapa tak tidur lagi nie?”

“Tak nak..” Ujarnya lagi,Ariff Farhan mengusap lembut kepala anak buahnya itu.

“Tok babah mana,pergi ajak tok babah tidur.” Laju tok mamanya menyahut,Insyirah yang sememangnya manja dengan datuknya itu,sentiasa akan ditemani tok babah yang akan mengaji ditelinga cucunya itu sehingga Insyirah terlena.Kemudian barulah papanya pula akan mendukungnya kebilik,tak pun masuk kebilik tok babah dan tok mamanya.

“Tue..” Laju lagi bibir kecil itu muncung kearah tok babahnya yang sedang rancak berbual dengan menantu-menantu dan anak buahnya.

Belum pun sempat pak udanya berkata apa-apa,Insyirah terlebih dahulu bangun dan berlari pula kearah papa dan tok babahnya.

“Mengantuk Han..?” Suraya menegur adiknya itu setelah melihat mulut itu beberapa kali menguap.

“Hmm..” Sekadar itu yang dibalas Ariff Farhan.

“Pergilah masuk tidur kalau mengantuk.”

Sahut mamanya pula yang sedang menidurkan Airiss Aleesya diribaannya.Mak cik dah mak ngahnya pula sedang bersembang tidak jauh daripada mereka,sesekali mamanya turut mencelah begitu juga dengan kak ngahnya.

Sakinah pula,seperti semalam..turut terlena disisi anak-anak buahnya yang lain.Yang tu pun dah memang letih sangat.

“Yalah ma..memang mengantuk sangat nie..” Sahutnya juga.

“Tidur dah Han?” Sekali lagi dia disapa ketika melewati tempat bersantai saudara-saudara lelakinya.Ikutkan hati,mahu saja dia singgah,tumpang sekaki berbual dengan mereka namun..matanya sudah letih untuk dibuka lagi.

“Mengantuk abang long..Him,abang ngah..Pa.. Han naik bilik dulu..Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

Ariff Farhan menarik kain selimut yang berada dilutut isterinya tadi sehingga kelehernya.Dia pula terus menjatuhkan kepalanya diatas bantal sebaik sahaja menutup lampu meja disisinya.Sengaja dia berbaring menghadap isterinya,lena betul tidur Nur Imani.

Nur Imani Shoufiyyah...hampir setahun abang memiliki Nur..Hampir setahun juga abang biarkan tembok ini menjadi pemisah antara kita.Maafkan abang menyeksa hati Nur sebegini rupa.InsyaAllah,cukup tempoh setahun ini.Abang akan leraikan apa yang telah abang mulakan ini.Abang harap selepas itu,kita dapat bersama-sama membina rumah tangga ini.

Ariff Farhan mengusap lembut wajah Nur Imani,luhurnya hati wanita ini cukup untuk mengikat hati dan perasaannya yang pernah ditidakkan untuk menerima wanita ini suatu ketika dulu.

Suara kokokan ayam jantan yang bertalu-talu diluar rumah mengejutkan Ariff Farhan daripada lenanya.Terus sahaja tangannya meraba-raba disebelahnya.Agak terkejut apabila menyedari Nur Imani tiada disisinya.Melilau matanya mencari seraut wajah itu didalam biliknya ini namun tetap tiada.Hilang seperti subuh semalam juga.

Sebaik sahaja selesai mandi,menyiapkan dirinya ketukan yang bertalu-talu dipintu bilik kedengaran kuat dipendengarannya.

“Assalamualaikum pak uda..”

“Waalaikumussalam,bukak pintu tu..pak uda tak kunci pun.” Ujar Ariff Farhan lembut.Beberapa saat selepas itu,terpacul wajah anak saudara sulongnya yang sudah siap dengan baju melayu dan kain pelikat kecilnya.

“Kenapa Aiman?”

“Pak uda...Papa,tok babah,pak ngah,Adi dan Aqief nak pergi masjid.Pak uda nak ikut tak?”

“Semua dah siap ke?”

“Pak ngah tengah siapkan Aqief.” Ariff Farhan mengangguk sebelum mengeluarkan kopiah putihnya daripada dalam almari dan letakkan ke kepala.

“Okey! Jom turun,”

...................................................................

“Mama...Adi lapar..”

“Aqief pun mak long...” Riuh ruangan dapur Puan Zahirah sebaik sahaja pulang cucu-cucu lelaki kesayangannya.

Abang Aiman mereka sekadar mendiamkan diri,merapati mamanya sebelum duduk diatas ribaan wanita itu.

“Anak-anak mama lapar?” Silih berganti Aminah memandang wajah,Adi,Aqief dan Aiman.

“Mahu tak lapar,awal-awal pagi dah exercise.Orang berjalan,diaorang berlari..” Adu tok babah mereka pula yang tiba-tiba muncul dengan mendukung Insyirah.

“Ha? Marilah sini.Tadi nak makan,teman tok babah dengan Insyirah.Cepat-cepat..siapa duduk dulu,boleh imam doa makan!” Habis sahaja tok babah mereka berkata begitu,Aiman yang tadinya tidak berkutik sedikit pun terus melompat turun daripada ribaan mamanya sebelum berlari mendapatkan tok babahnya yang sudahpun menceduk nasi kedalam pinggannya.Panjang muncung Adi yang sememangnya sentiasa kalah dengan abang longnya itu.

Bukan main lebar lagi senyuman dibibir Aiman,ternyata dia sekadar ingin mengenakan adik kesayangannya ini.Bertuah!

“Adi,mari duduk sebelah tok babah..Aqief pun.Abang long.. Bagi tok babah pinggan tu..”

“Ermm..nasi lemak.Sedapnya.”

“Hafeez.Pergi duduk,makan dulu.” Arah Puan Zaharah setelah melihat kelibat menantu keduanya memasuki ruang dapur ini.

“Abang nak makan?” Soal Aminah kepada Firdaus yang baru muncul melewati Adik iparnya.

“Nak makanlah sayang,terus naik selera abang nie bila bau aroma nasi lemak nie.”

“Ha! Him,Khairul,Shah..Pergi duduk.Makan pagi dulu. Jadilah alas perut sementara nak ke Parit Buntar tu karang.” Ketiga-tiga anak buah Puan Zaharah itu turut menyertai mereka.

“Marilah semua,makan sekali.”

“Makanlah Fir.Kami semua nie,kejap-kejap lagi pun boleh.Yang penting kerja nie siap dulu,”

“Betul tu Fir,pergilah makan dulu.Usah nak dirisau kaum-kaum hawa nie.Kalau nak makan nanti,tahulah kami mencarinya.”

“Ma..”

“Hmm,Han..duduk,makan!”

“Kejap lagilah mama.Nampak Nur tak?”

“Nur dah naik bilik tadi,saja mama tak bagi dia buat kerja nie,dia pun baru jer sihat.”

“Tak lari kemana isteri kamu tu,marilah..makan dulu,Han.” Laju pula abang iparnya menegur.

“Betul tu Han,pergilah..duduk makan dulu.Lepas makan pergilah jenguk Nur kat atas tu.”

Terperangkap jugak Ariff Farhan dengan adik beradiknya yang lain.Mahu tak mahu,duduk jugaklah dia untuk menyantap sarapan pagi yang begitu enak ini,

“Nur..” Wajah Ariff Farhan terpacul dibalik pintu yang dibuka daripada luar itu.

“Abang?”

“Kaki kau macammana?”

“Dah baik pun..Alhamdulillah.”

“Kau makan dah?”

“Dah..Kenapa?”

“Takda apa-apalah..Kau iron baju apa tu?”

“Nie..baju nak pergi majlis bertunang nanti.Baju abang,tu..dah siap iron pun.Abang nak pakai sekarang ke?”

“Kejap lagilah..Aku turun bawah kejap..”

La..nak tanya itu je ke?

Hati Nur Imani bertanya sendiri setelah Ariff Farhan menghilang daripada pandangannya.

Riuh rendah kawasan luar rumah En.Hazim dengan suara-suara ahli keluarganya yang sedang bersiap untuk bertolak.10 buah kereta yang akan berkonvoi ke Bagan Serai nanti sudahpun dibahagikan dengan penumpang-penumpangnya.

“Dah siap semua? Barang-barang hantaran dah masuk kereta belum??”

“Dah mak ngah,semuanya dah beres.”

“Takda apa-apa yang tinggal lagi ke? Jangan dah separuh jalan nanti,ada pulak yang nak patah balik?” Puan Zaharah pula menyoal.

“Dah!! Semua dah siap!”

“Kalau macam tu,bolehlah kita bertolak sekarang?”

“Eloklah,dah pukul 9.00 nie.Cepat kita sampai,cepat mulakan majlis.Cepat jugak kita balik!”

“Kinah mana??”

Baru mereka semua hendak masuk kedalam kereta masing-masing,Firdaus yang menyedari akan ketidakhadiran Sakinah diantara mereka langsung menyoal.

Melilau pandangan-pandangan yang ada disitu mencari kelibat Sakinah.

Sah! Hanya dia seorang yang tiada disini.

“Hai..anak dara nie.Mengalahkan dia yang nak bertunang bersiap bukan main lama lagi??” Sergah Puan Zahrah yang terlebih dahulu menyedari kehadiran Sakinah diantara mereka.

“Cari baju sesuai ma..”

“Bukan mama tak kenal anak bertuah mama yang seorang nie.Nasib baik tak kena tinggal tadi..”

“Sekali sekala kak long.Yang penting,mak su cantikkan...Aiman?” Sakinah beralih kearah anak buahnya,dari tadi dia melihat Aiman begitu khusyuk dengan permainan video ditangannya.Aqief dan Adi pula sedang bergurau berdua.Budak-budak zaman sekarang.

“Perasan..” Melopong Sakinah mendengar jawapan Aiman.

“Apa dia sayang..” Soal Sakinah semula walaupun pendengarannya cukup tajam untuk menangkap perkataan yang keluar daripada bibir anak buahnya tadi.

Saja nak usik mak su!

Belum pun sempat Aiman menjawab pertanyaan mak sunya,anak saudaranya yang cukup ayu dengan baju yang telah dijahit oleh mak udanya terketek-ketek berjalan mendapatkan mak su mereka.

Sakinah menyambut huluran tangan Insyirah yang minta didukung itu,cantik sungguh anak buahnya ini dengan baju kurung kain kipasnya.Pandai betul kakak iparnya itu menjahit baju anak kecil seperti ini.Jika tidak,masakan Insyirah menjadi perhatian sejak kenduri semalam,tadi juga sebaik sahaja dia dan Kak Nur membawa Insyirah keluar.Habis digomol orang anak buahnya yang seorang ini.

“Insyirah..Mak su cantikkan??”

“Tantik...” Jawab Insyirah dengan mulutnya yang comel itu.

“Hahaha,kan mak su dah cakap.Kalau anak mak su pun cantik,mestilah mak su pun cantik,kan? Abang long nie jer yang jeles dengan mak su.” Usik Sakinah kepada Aiman lagi.

“Mak su!!” Selesai sahaja Sakinah berkata begitu,lantang suara Aiman menjerit memanggilnya.Padahal tidak sampai selangkah pun kedudukannya daripada mak sunya itu.

“Apa dia sayang?” Soal Sakinah mesra sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

“Ini...semua...poyo...!” Jerit Aiman sebelum dia lebih cepat mengambil tindakan dengan berlari menjauhi mak sunya sambil terkekeh-kekeh.Habis hati betul dia dapat mengenakan mak saudaranya ini.

Membulat biji mata Sakinah dengan jawapan Aiman.Ketika matanya singgah kewajah mama dan kak longnya,kedua-duanya hanya mengeleng sambil tersenyum kearahnya.

Ciss!! Desis hati kecil Sakinah yang sebenarnya turut tercuit dengan kerenah anak buahnya yang seorang ini.

“Eleh..poyo konon.Jomlah Insyirah.Insyirah ikut mak su naik kereta pak uda.Biar abang long dengan abang ngah jer naik kereta tok babah.”

“Tahniah Him..”

“Tahniah !”

“Tahniah abang Him..”

“Selamat pengantin baru,Him!!” Ariff Farhan dan Zahim saling berpelukan.

Berkalung ucapan tahniah yang diterimanya sebaik majlis akad nikahnya selesai.

Alhamdulillah,majlis pertunangan yang berlangsung ini berakhir dengan baik,perempuan yang ingin diikat sebagai tunangannya sudah pun menjadi isterinya yang sah..Zahimlah insan yang paling bersyukur dengan semua yang terjadi pada hari ini.Perbincangan yang pada mulanya hanya untuk membincangkan tentang majlis yang bakal berlangsung dalam jangka 4 bulan daripada sekarang tiba-tiba bertukar kepada majlis akad nikah khitbah.Adapun majlis yang dirancang akan tetap berjalan cuma salah satu majlis wajibnya sudahpun dilunaskan pada hari ini.

Persetujuan yang telah disepakati akhirnya menjadi saksi kepada penyatuan dua hati menjadi satu jiwa hari ini.Bersaksikan Allah! Dengan sekali lagi Farah Aleeya binti Fuaz dengan rasminya telah menjadi isteri yang sah kepada Muhammad Zahim bin Zamir.

“Betullah kau nie Han! Berpakat dengan semua...Kata kawan baik aku?!” Zahim berpura-pura marah dengan sepupunya itu.

Ariff Farhan ketawa,berbanding tadi.Zahim lebih tenang sekarang.

“Kan senang macam nie?”

“Memanglah senang,tapi akulah..nasib baik sekali lafaz jer.”

“Wah! Dah jadi suami orang sekarang...Tahniah abang Him!”

“Sakinah pun pandai sorok rahsia?” Tersengih panjang Sakinah dengan kata-kata Zahim.

“Bukan sorok abang Him..saja nak buat surprise.”

“Ha’ah..Yalah,surprise..nasib baik abang Him tak pengsan masa pegang tangan tok kadi tu tadi.Kalau ya pun nak tukar majlis khitbah nie tadi ke nikah khitbah.Beritahulah awal-awal,mahunya abang Him tak terkejut beruk tadi.” Luah Zahim sambil disambut tawa dikalangan ahli keluarganya.

“Apa yang penting majlis nie dah selesai.Sekarang nie kalau kamu nak keluar dengan Farah tu pun dah halal dah Him.Itu yang penting sebenarnya.Setakat bertunang tu bukannya mengizinkan kamu keluar bersama lagi,nie..dah nikah,terlanjur pun takpa dah..”

Ujar En Hazim penuh makna.

“ Betul cakap Pak long tu Him,taklah susah hati mak dekat kampung tu kalau lepas nie kamu selalu berjumpa.Majlis kendurinya pun tinggal 4 bulan saja lagi,kalau dah tak sabar sangat..Nak rasmi sebelum tu pun mak tak kisah.Boleh jugalah buat kenduri kesyukuran sekali.”

Farah yang baru datang mendekati mereka,tertunduk malu mendengar apa yang diperkatakan oleh mak mertuanya kepada lelaki yang telah pun menjadi suaminya beberapa minit yang lalu.Berdiri setia dia disisi Zahim..

“Kenapa semua tak makan lagi..?”

“Yalah..makan dulu,Hazim,Za,Zah..ajak anak-anak dengan cucu-cucu nie makan.Jangan nak malu-malu.Lauk-pauk yang ada nie pun memang kami dah sediakan khas untuk pihak lelaki.”

Kedua-dua mertua Zahim turut menghampiri mereka bersama beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

“Tengoklah pengantin kita nie Hafiz,malu-malu lagi.Pengantin lelaki usah dikatalah..terkejut lagi tu!” Sempat lagi dirinya menjadi gurauan ahli keluarga,namun didepan isteri tercinta.Pandai jugalah Zahim menyembunyikan perasaannya.Sempat juga jari jemari Farah disimpulnya,dapat dirasakan terkejutnya Farah menerima sentuhan itu.Lupalah tu dia dah jadi isteri aku? Desis hati kecil Zahim.

Betul cakap mak dan pak longnya,dah halal!

Yesss!! Dalam berdebar-debar bercampur takut tadi,sempat lagi Zahim bersorak gembira didalam hatinya.

“Dah...tunggu apa lagi,tak nak makan ke?” Soal En. Hazim sebagai ketua rombongan daripada pihak lelaki.

“Babah nie..”

“Kenapa pula babahnya? Minah.Bak sini Insyirah tu,pergi makan.”

“Duk suruh anak cucu,abang tu tak makan sekali ke?”

“Makan semua,jangan takut.Kalau habis,banyak lagi lauk kat belakang tu.

“Nak makanlah nie.Awak tu pun makan jugak,nanti pening pulak.”

“Yalah abang..”

“Ermm..sedapnya,kurma kambing..”

“Abang nak ke?” Laju Ariff Farhan mengeleng dengan pertanyaan isterinya.

“Itulah,semalam kita buat kari kambing batang pisang.Hari nie pun rezeki makan daging kambing lagi.Sedap,sedap!”

“Anak-anak mama nie nak makan apa? Cepat..mama cedokkan lauk.” Aminah pula mengarahkan anak-anak dan anak buahnya.

Leka Puan Zahara,Puan Zahrah dan Puan Syima melihat ahli keluarga mereka.

“Macamnielah kami,Syima.Berkumpul anak-beranak.Riuh rendah sikit.”

“Takpa aih..Faham..Lagi riuh rendah macam nie,lagi meriah..Ramai jugak cucu Za?”

“Alhamdulillah,dah 5 orang..Itu,yang bongsu..majlis Hazim semalam sekali dengan dialah..”

“Hmm..Alhamdulillah,majlis kat sini pun dah selesai.Terima kasihlah kerana permudahkan urusan kami kat sini.”

“Apa pula Syima,kami nie ha yang patut ucapkan terima kasih dengan layanan Syima,suami dan keluarga.” Sampuk Puan Zahara yang berada diseblah kakak iparnya.

“Farah...ajaklah suami tu makan,layankan.Bersembang tu,lepas nie pun boleh..Dah lapar menantu abah tu.” En. Fuad yang sedang berbual dengan abang kepada besannya ini langsung menegur anaknya saat melihat kedua-duanya masih berbual sedangkan ahli keluarga yang lain sudah sibuk hendak makan.

“Mari makan sekali dengan kami Farah.Kenal-kenal dengan saudara-saudara perempuan Zahim nie.Maaflah kalau mulut kami nie bising sikit.Anak beranak En.Hazim memang macam nie.”

“Betul tu Farah,marilah sini.Nak juga kami bersembang dengan permaisuri hati sepupu kesayangan nie.”

“Yalah abang Him,kenal-kenalkanlah kak Farah dengan kami.”

Sempat lagi mereka berbual panjang selepas itu setelah jam hampir menjengah kepukul 5,selepas semuanya selesai menunaikan solat asar. En.Hazim memohon diri untuk balik.Mewakili ahli keluarganya yang lain.

“Kami balik dulu..” En. Hazim bersalaman dan berpelukan dengan besan adiknya,En.Fuad.

“Terima kasihlah sudi bertandang kepondok kami yang tak seberapa nie.”

“Terima kasih juga dengan layanan yang kami terima.”

“Berbesan juga kita akhirnya Ira.”

“Alhamdulillah.Jodoh anak-anak.”

“InsyaAllah,kalau takda apa-apa,4 bulan lagi bertemulah kita semula.”

“InsyaAllah,tapi kalau dah ada ‘isi’ awal daripada tu nampaknya awal lagilah kita bertemu semula.”

Ketawa kaum-kaum hawa yang mendengarnya,Farah sekadar tersenyum malu.

“Mak balik dulu Farah.” Farah mencium jari jemari tu itu,tersentuh hatinya menerima pelukan dari ibu mertuanya ini buat ketiga kalinya hari ini.

“Terima kasih mak,terima Farah sebagai menantu mak.”

“Mestilah mak terima..Alhamdulillah,kuat jodoh Farah dengan anak mak.Bersyukur mak kepada Allah kerana menjadikan Farah menantu mak juga akhirnya.”

“Mak long dengan pak long mintak diri dulu Farah.”

“Assalamualaikum Kak Farah..kami balik dulu.”

“Abang balik dulu Farah,assalamualaikum..” Itulah ucapan terakhir yang diterima Farah daripada rombongan tadi iaitu suaminya sendiri.

“Waalaikumussalam..Hati-hati abang..”

Senang hati Zahim mendengar suara itu.Sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini.Terasa semuanya seperti mimpi apabila insan yang selama ini terasa jauh daripadanya kini telah pun sah bergelar isteri kepadanya.

Sebaik tangannya disalami,terpahat sebuah ciuman kudus darinya buat isteri yang tercinta.

Berat pula hatinya ini ingin meninggalkan isterinya...

Tersenyum Nur Imani melihat kebahagian pasangan kekasih yang telah bergelar suami isteri itu..Bahagianya mereka.

Selesai juga urusan mereka disini,sekarang masanya untuk mereka kembali ke Kuala Kangsar.Letih buat semua namun sesuatu yang menyeronokkan buat semua ahli keluarga Zahim pastinya.

......................................................................

# Sedikit lagi coretan sebelum Cek menempuh final exam...selamat membaca semua :)

6 comments: