Sedikit renungan bersama:
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”Faham-fahamkan...insyaAllah bermanfaat..:)
*****************************************************
Bahagian 7
“Nur..” Ariff Farhan duduk disisi isterinya,mata itu masih terpejam rapat.Mengigau lagilah nie?
“Abang..” Namanya dipanggil lagi lantas membawa punggung Ariff Farhan duduk disisi isterinya.
“Abang ada kat sini..Kenapa Nur?” Soalnya lembut.Wajah isterinya disentuh,dapat dirasakannya demam Nur Imani kembali semula.Berbanding petang tadi sudah surut sedikit.
“Nur sejuk..Sejuk sangat.” Perlahan bibir itu merintih semula,
Ariff Farhan terdiam seketika,melihat keadaan isterinya dia tidak tahu samada patut atau tidak dia mengeluarkan sehelai lagi selimut untuk meliputi tubuh isterinya ini.Serasanya cara itu tidak akan berhasil.
Jika diikutkan hatinya ini,mahu saja dicempung tubuh wanita ini dan dibawa kehospital.Jika tak...
“Sejuk bang..” Rintihan itu kedengaran lagi,bibir Nur Imani kelihatan menggigil.
Ariff Farhan terus membiarkan pandangannya menjelajah segenap ruang wajah itu sambil tangannya mengusap dan memberi urutan dikepala dan tangan isterinya.Moga dapat memberikan sedikit keselesaan.
“Abang..”
Ariff Farhan mengusap lembut wajah isterinya,bibir pucat itu masih memanggilnya.
Tak sampai pula hatinya ingin meninggalkan Nur Imani kembali berseorangan.
Jam sudah berdetik keangka 1 pagi,matanya juga sudah mengantuk selepas beberapa jam duduk menghadap laptopnya untuk menyemak kertas proposal yang diemelkan Zahim petang tadi.
Seketika kemudian Ariff Farhan menutup lampu meja dibelakang mereka.Inilah keputusannya! Dia merebahkan tubuhnya disisi Nur Imani.Selimut tebal yang menyeliputi tubuh isterinya tadi diselak sebelum dia memasuki kedalamnya setelah itu barulah Ariff Farhan menarik tubuh isterinya kedalam dakapannya.Erat sehingga dia terkedu seketika apabila merasakan ada sesuatu diperut Nur Imani yang dirasakan seperti bonjolan kecil?
Gemuk dah dia nie! Bisik hati kecilnya apabila akalnya membuat kesimpulan untuk membezakan keadaan Nur Imani ketika pertama kali mereka bersama dan sekarang!
Hmm...
“Abang..Nur sejuk..”
“Abang ada kat sini,tidur..InsyaAllah tak sejuk dah..Abang ada dengan Nur.” Sempat bibirnya berbisik ketelinga itu walaupun Ariff Farhan tidak dapat memastikan samada isterinya itu masih terlena ataupun tidak.Cuma selepas dia menghabiskan kata-kata itu Ariff Farhan merasakan erat pelukan Nur Imani ditubuhnya.Paling penting..tiada lagi suara halus itu meracau mahupun mengigau lagi..
Tidurlah sayang...Sebuah kucupan kasih dihadiahkan keubun-ubun isterinya.Ariff Farhan langsung mengemaskan pelukan mereka sebelum dia juga turut terlena,menemani malam isterinya.
"Amin ya Rabbal A'lamin.." Nur Imani mengaminkan doanya subuh itu dengan rasa syukur yang teramat,memperoleh semula nikmat kesihatan yang cukup bernilai ini membuatkannya semakin berusaha untuk tidak menjadi seorang hamba Allah yang hanya ingat padaNYA ketika waktu susah dan ditimpa musibah namun juga..ketika kebahagian,kegembiraan dan nikmat dunia ini dihadiahkan kepadanya.
Cuma apa yang terus menganggu hati dan perasaannya sejak bangun tadi membuatkan Nur Imani ingin mencari jawapannya,apakah benar itu semua mimpi atau??? Realiti...!
Nur Imani bagai dapat merasakan dia terlena dipelukan suaminya semalam,bagai terngiang-ngiang suara pujukan Ariff Farhan ditelinganya semalam ketika dia merintih kesejukan saat demam yang mulai surut tiba-tiba hadir kembali.
Kalau tidak kerana kehangatan tubuh Ariff Farhan yang diberikan kepadanya,sudah pasti dia tidak mampu tidur se lena itu malam tadi.
Tapi?
Ah! Mungkin benar logik akalnya berbicara bahawa apa yang berlaku malam tadi,tidak lebih daripada sekadar sebuah mimpi.Mana mungkin Ariff Farhan sanggup menemani lenanya? Sanggup memberikan belaian selembut itu dan memujuknya untuk tidur ketika sakit yang hadir membuatkan dia jadi tidak bermaya? Perasaan Nur Imani terus berperang didalam diri,tidak tahu kesimpulan apa yang patut dibuatnya.
Ya! Mungkin apa yang diingatnya semalam sekadar mimpi yang menemani lena setiap insan.
Biliknya sudah siap dikemas sebelum Nur Imani keluar,ketika hendak masuk kedapur langkah kaki Nur Imani mati disitu,sekujur tubuh yang sedang memasak sesuatu didalam kuali diatas dapur membuatkannya kaku disitu.
Sejak semalam,Ariff Farhan telah mengambil semua tugasnya didalam rumah ini.
“Assalamualaikum..” Melihat suaminya ralit melakukan kerja-kerjanya,Nur Imani mengambil keputusan untuk menyapa insan itu terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam..Bangun dah?!” Lapang hati Nur Imani saat melihat wajah itu menyapa pandangannya.
“Abang buat apa nie? Tak kerja lagi ke?” Ketika ini,Nur Imani sudahpun berdiri disisi suaminya,melihat apa yang sedang dilakukan oleh Ariff Farhan dengan lebih jelas.
“Aku cuti..Kau tu,sihat dah ke?”
Cuti lagi? Serasa tidak percaya Nur Imani mendengar jawapan dari suaminya itu.Lagipun selama mereka berkahwin,Ariff Farhan tidak pernah mengambil cuti?
“Alhamdulillah,Nur dah sihat.Lebih baik daripada semalam..”
“Aku baru ingat nak bawak kau ke klinik saja hari nie?” Sinis Ariff Farhan bersuara kepadanya.
Hilang senyuman dibibir Nur Imani mendengar ayat itu.Dia tidak suka apabila Ariff Farhan membangkitkan perkara yang sama.
“Tak payahlah abang..Nur dah sihat nie.”
“Betul?” Duga Ariff Farhan,tidak percaya!
“Alhamdulillah,masa bangun tadi pun Nur rasa dah baik sangat.”
Ujar Nur Imani penuh yakin,tidak mahu menerbitkan sebarang curiga dihati suaminya atau Ariff Farhan pasti akan melakukan sesuatu untuk membawanya membuat pemeriksaan!
Sekeras-kerasnya..Ariff Farhan lagi keras!
“Hmm..Nur laparlah..abang dah siap masak ke? Boleh tak kalau Nur nak sikit dulu sebab Nur nak makan ubat.” Ujar Nur Imani sambil mengambil pinggan yang berada ditingkat pinggan tidak jauh daripadanya.Sebenarnya dia memang mengambil peluang ini untuk mengubah topik perbualan mereka.
Ariff Farhan masih merenung kearahnya walaupun ketika itu Nur Imani sudah duduk diatas kerusi meja makan berhampirannya.Selepas menyendukkan nasi kedalam pinggannya tadi Nur Imani terus kesitu.Seperti semalam,apa juga tindakan Nur Imani,semuanya menerbitkan rasa pelik dibenak Ariff Farhan.Pun begitu dia juga tidak berapa hendak menghendahkannya.
Sotong masak kicap bersama sayur kailan goreng sos tiram yang telah siap dimasaknya tadi diletakkan keatas meja sebelum dicapai tangan isterinya,
“Hmm..Sedapnya..” Nur Imani sudah terliur dengan menu yang sudah berada didepannya kerana itu dia tidak menunggu lama lagi untuk menyantap makanan ini.
Berbanding semalam..Hari ini bukan main berselera lagi Nur Imani menjamah makanan dihadapannya.Dah macam orang tak makan seminggu?
Ralit pula Ariff Farhan melihatnya.
Menyedari dirinya sedang diperhatikan sepasang mata itu Nur Imani turut mengangkat wajahnya.Menyatu pandangan kedua-dua insan itu,barulah Nur Imani tersedar! Dia terlupa untuk mempelawa lelaki itu makan bersamanya.Terkulat-kulat pula dia dibuatnya.
“Abang..duduklah sekali,makan dengan Nur?”
Laju perlawaan dari isterinya disambut dengan gelengan dikepala Ariff Farhan,kakinya juga sudah mula diaturkan kearah bilik basuhan disebelah kanan dapur ini.Nur Imani hanya mampu tersenyum kerana jawapan itu memang sudah sedia maklum buatnya.
“Kau makan dulu.Aku ada kerja lagi nak buat,baju dah habis mesin.Aku nak pergi jemur.Kau tu lepas nie jangan nak ligat sangat!” Sempat lagi Ariff Farhan berpesan.
“Jemur baju?? Eh..tak payahlah buat.Kejap lagi Nur jemur kan.Abang biarkan saja kat situ dulu.”
“Biar aku yang buat!” Bantah Ariff Farhan keras.
“Tapi...”
“Lepas makan nie,kau masuk bilik balik.Makan ubat..lepas tu rehat.Kalau ada apa-apa,panggil aku!”
“Nur..”
“Dengar cakap aku nie,kau tu dahlah liat nak ke klinik.Kalau sakit,nak ke klinik.10 kali kau sakit pun aku tak kisah! Nie tak! Baru ajak,dah banjir satu muka!” Tersentak Nur Imani mendengar sindiran suaminya cuma hari ini air matanya tidaklah semurah semalam untuk mengalir.
Sekarang ini dia mampu menganggapnya sebagai satu gurauan daripada Ariff Farhan seperti selalu..
“Aku keluar dulu..” Itu kata terakhirnya membuatkan pandangan Nur Imani terus menghantar pemergian Ariff Farhan keluar.Tanpa kata!
Nur Imani meneruskan kembali suapannya meskipun telah ditinggalkan bersendirian.Perut yang sememangnya terasa lapar sejak malam semalam diisi dengan ‘sarapan’ yang cukup menyelerakan. ‘Sarapan’..Hmm terkejut juga Nur Imani ketika melihat menu sarapan pagi yang disediakan suaminya tadi.Ini mesti kes malas! Malas nak memasak untuk tengah hari nanti.
Hai..suamiku. Bisiknya sendiri
Apa pun,kesudian Ariff Farhan bersusah payah menyediakan semua ini untuknya sudah cukup membuatkan Nur Imani menghargainya.
‘Aku bukan masak untuk kau tapi untuk aku! Seharian duduk kat rumah nie,kau nak suruh aku makan apa kalau aku yang tak masak?’ Teringat pula Nur Imani pada kata-kata Ariff Farhan semalam yang membuatkan hatinya benar-benar tersentuh.
Semalam? Segala-galanya tentang semalam membuatkan Nur Imani tersenyum sendiri apabila mengenangkannya semula.Sedangkan semalam..semua kisah itu hanya membuatkan hati dan perasaannya terguris,tersentuh,terluka dan tercalar setiap ketika.Entah berapa kali air matanya menitis pun langsung tidak diingatinya.
sian nur..bile arif nak tau nur preggy ni??
ReplyDeleteweeeee... :)
ReplyDeleteaikk..pendeknye.baru nak tersenyum2 da abis..cpt2 post yg baru ea cek nursalisa..
ReplyDeletet.kasih
ReplyDeletesama2 :)
ReplyDeletewaaaaa... ;)
ReplyDeletehehehe,sja wat pendek...Kalau panjangg2 sat g susah nak cari penghujung pulak.. ;)
ReplyDeleteCek pun tak jumpa waktu y sesuainya lagi utk dia tau,huhuhu ;)
ReplyDeletekadang2 sakit ati dgn arief ni..apasal layan bini camtu...
ReplyDelete