Tuesday, 25 September 2012

Salahkah aku...Mencintaimu??? (8)

Renungan bersama.. :

Sabda Rasulullah SAW: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (HR Ibnu Majah)

->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->

Bahagian 8 :)

     Seharian terlantar sakit sejak semalam dan hari ini tanpa dapat melakukan sebarang kerja membuatkan Nur Imani merasakan dirinya lumpuh sepenuhnya.Ariff Farhan pula sanggup mengambil cuti untuk semalam dan hari ini semata-mata mahu menjaganya.Ikhlas atau tidak bukanlah persoalan kerana masalah Nur Imani cuma satu! Semua kerja,semua urusan rumah tangga diambil sepenuhnya oleh lelaki itu sejak semalam,itu yang membataskan lagi pergerakannya.

Sunday, 23 September 2012

Salahkah aku...Mencintaimu???(7)

Sedikit renungan bersama:

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Faham-fahamkan...insyaAllah bermanfaat..:)

*****************************************************
 

 Bahagian 7

   “Nur..” Ariff Farhan duduk disisi isterinya,mata itu masih terpejam rapat.Mengigau lagilah nie?
“Abang..” Namanya dipanggil lagi lantas membawa punggung Ariff Farhan duduk disisi isterinya.
“Abang ada kat sini..Kenapa Nur?” Soalnya lembut.Wajah isterinya disentuh,dapat dirasakannya demam Nur Imani kembali semula.Berbanding petang tadi sudah surut sedikit.

Wednesday, 19 September 2012

Kemanakah arah tujuku...selepas ini...?

Assalamualaikum.. :)
Sekadar ingin berkongsi cerita..
Pergi kolej hari nie,kawan2 dah start berbual tentang arah tuju selepas habis belajar..Almaklumlah,semalam ada diantara mereka yang menghantar pelajar kolej ke Jordan,itu pasallah semangat nak ikut jejak langkah senior2 tu makin memuncak agaknya.. ;)

Tuesday, 11 September 2012

Cepatnya masa berlalu...

Ingatkan Cek seorang jer yang rasa masa nie cepat benar berlalu,rupa-rupanya kawan2 yang lain pun rasa benda yang sama.. tik tok,tik tok,tik tok...Waktu akan terus berjalan sehingga ia akan berhenti pada akhirnya disaat Allah menghendakinya!
hermm..dunia,di akhir zaman..beginilah keadannya..Setahun bagaikan sebulan,sebulan bagaikan seminggu,seminggu bagaikan sehari,sehari bagaikan sejam,sejam bagaikan seminit,seminit bagaikan sesaat,sesaat??? ............!

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan hanya DIA yang tahu akan apa yang terbaik buat kita,yakni hamba2nya..

Friday, 7 September 2012

Salahkah aku…Mencintaimu??? (6)

Buat semua yang sedang menanti sambungan kisah mereka...

Jemput baca buat yang sudi.. ;)

Bahagian 6..

Jam hampir menjengah keangka satu pagi ketika Ariff Farhan dan Nur Imani tiba dirumah mereka.

Nur Imani terus masuk kerumah sebaik kereta Ariff Farhan diparkirkan ketempatnya.

Dia menapak ke anak tangga menuju kebiliknya berhati-hati,rasa mengantuk yang menguasainya membuatkan Nur Imani merasakan setiap tapak yang diaturnya bagai tidak dirasai tapak kakinya ini.

Ariff Farhan ditinggalkannya berseorangan diluar.

Matanya masih ingin dipejamkan meskipun sepanjang perjalanan balik dari rumah Zahim tadi dia hanya tidur membiarkan Ariff Farhan memandu bersendirian sambil mendengar radio.

Sebaik memasuki biliknya,badan yang terasa keletihan dibaringkan keatas tilam empuk yang begitu menyelesakan tubuhnya.

Cukup menyelesakan!

Nur Imani terlupa untuk menyalin pakaian yang dipakainya tadi,tudungnya juga hanya dibuka selepas beberapa ketika dia berada diatas katil itupun setelah matanya hampir terpejam semula.

Rasa letih yang menguasai diri membuatkan Nur Imani tidak berkeinginan untuk menguruskan dirinya lagi.

Sudahnya dia terlena kembali.