Sunday, 15 July 2012

Novel: Salahkah aku…Mencintaimu??? (4)

Sebaik mengambil barangnya dipejabat tadi,Ariff Farhan terus balik kerumah.Meskipun setiap kata-kata Zahim terus bermain-main dimindanya sejak tadi,namun sebaik tiba dirumah.Segala-galanya pergi begitu saja meninggalkan dirinya.

Ketika Hariernya sudah memasuki perkarangan rumah,dilihatnya kereta isterinya masih berada digaraj.Bermakna Nur Imani tidak kemana-mana sejak tadi.

Kakinya sudah melangkah masuk kedalam,perkara pertama yang dicarinya adalah kelibat Nur Imani namun hampa apabila keadaan didalam rumah itu sunyi saja tiada tanda-tanda ada seseorang yang berada disitu.

Pelik! Selalunya Nur Imani hanya akan berada diruang tamu ini.Melilau juga anak matanya mencari seraut wajah yang tenang itu namun tidak juga kelihatan.Dari ruang tamu dia berjalan masuk kedapur.Dari dapur dia melangkah kebelakang rumah,menduga mungkin Nur Imani sedang membersihkan kawasan belakang ataupun sedang menjemur pakaian.Namun hasilnya tetap seperti tadi,sesusuk tubuh Nur Imani masih juga tidak kelihatan.

Kali ini langkah kaki yang diaturnya membawa Ariff Farhan terus ke bilik isterinya.Dua tiga kali pintu bilik yang tertutup rapat itu diketuk,namun tiada jawapan.

Ketika ini juga peristiwa Nur Imani muntah-muntah didapur tadi menerjah kembali ruang mindanya lantas mendatangkan perkara yang bukan-bukan dibenak Ariff Farhan.Bimbang bercampur resah.

“Kemana kau Nur?”

Soalan yang baru meniti bibirnya membawa tangan Ariff Farhan menyentuh tombol pintu itu pulak,lega kembali perasaannya apabila mendapati pintu itu tidak berkunci apabila dipulasnya.

Sebaik dikuak..

Tempat pertama yang ditenungnya adalah katil bersaiz queen yang terletak disudut kanan bilik.Sekali lagi Ariff Farhan dihampakan,wajah yang diharap dapat menjamah pandangannya langsung tiada disitu.

Bilik yang cantik dan sentiasa berkemas itu akhirnya dimasuki tanpa kebenaran.

Ah! Bukan sekali dua Ariff Farhan memasukinya tanpa kebenaran Nur Imani,malah bilik ini juga pernah menjadi saksi...!

Cuma selepas peristiwa itu ini kali pertama Ariff Farhan menjejakkan kakinya kedalam bilik wanita ini semula.Benar kata Zahim terlalu banyak hati Nur Imani telah dilukainya cuma dia yang terlalu ego untuk mengakuinya!

Nampaknya kau takda dalam bilik juga,habis tu kau dimana Nur?? Ariff Farhan menutup pintu bilik air yang dibukanya tadi selepas mendapati Nur Imani tiada juga disitu.

Dia mula buntu,selalunya tidak pernah begini..Mungkinkah Nur Imani terasa hati dengan apa yang telah diperkatakannya tadi ketika mereka berada didapur?

Mulut nie pun!! tidak sepatutnya aku bercakap dengan dia macam tu tadi.Dahlah aku yang sentuh dia! Kalau betul mengandung pun,akulah puncanya! Takkan aku nak tuduh dia mengandungkan anak orang lain pulak?

Ariff Farhan terus bermonolog sendiri,memarahi kelalaian diri yang dirasakannya terlalu melampau untuk dibicarakan.

Matanya tidak melilau-lilau lagi,kali ini dia menduga..Nur Imani sudah keluar,samaada bersendirian atau ada yang telah mengambilnya.Hendak dihubungi,Nur Imani tidak membawa telefon bimbitnya kerana telefon bimbit itu berada diatas meja lampu disisi katil Nur Imani.Ariff Farhan tidak nampak lagi cara yang dapat dilakukannya untuk mengetahui kedudukan isterinya.

Bilik Nur Imani ditinggalkan setelah pintu yang terkuak luas tadi ditutupnya kembali.Jam ditangan ditenung,sudah menghampiri jam 4.30 petang.

Perasaan bimbangnya dibuang ketepi,tujuannya kini hanya satu! Badan yang terasa berlekit-lekit ini ingin dibasahnya dibawah pancuran air yang dingin.

Tentang Nur Imani pula! Jika kelibat isterinya masih juga tidak kelihatan sehingga maghrib nanti.Ariff Farhan akan keluar mencarinya.

Ariff Farhan berjalan kebiliknya,pintu bilik yang terkatup rapat,dibuka.Jika tadi Nur Imani yang dikejutkan dengan keadaan didalam bilik itu,kini giliran Ariff Farhan pula terpempan melihat keadaan didalam biliknya.Dalam dua situasi yang berbeza.

Jika seminggu yang lalu biliknya ini saling tak tumpah seperti sarang tikus,tapi sekarang..?

Kemas! Segala barang miliknya kembali tersusun atur,pakaian kotor yang berselerakan didalam bilik ini sejak seminggu yang lalu juga sudah tidak kelihatan lagi.

Bersih! Lantai bilik yang dipijaknya juga tidak lagi terasa melekit-lekit mahupun berhabuk seperti seminggu yang lalu.

Wangi! 10 kali ganda sedap baunya berbanding tempoh seminggu yang telah berlalu nie..

Cantik! Sentuhan tangan wanita itu sentiasa memberikan perbezaan dibiliknya ini walaupun cuma sedikit.

Tersenyum lebar dia melihat keadaan didalam biliknya ini.

Satu pakej yang lengkap! Setiap kali itu,Ariff Farhan puas hati dengan hasil kerja isterinya.

Sebenarnya sengaja Ariff Farhan membiarkan biliknya ini bersepah seperti sebelumnya kerana dia tahu selagi bilik ini tidak berkemas,bermakna Nur Imani tidak menjejakkan kakinya kedalam bilik ini,tapi hari ini...Nur Imani telah mengemaskannya,jadi?? Wanita itu telah memasuki biliknya semasa ketiadaannya tadi.

Ketika pandangannya melilau menjelajah disetiap sudut dan ruang didalam biliknya ini senyuman yang terukir dibibirnya tadi mati tiba-tiba,ada sesuatu yang baru menyapa pandangannya ketika matanya sibuk melihat keadaan sekeliling biliknya ini.

Sekelip mata pandangannya dikembalikan ke satu tempat yang baru menyapa pandangannya tadi.

Image

“Nur??” Sepotong nama itu kembali meniti bibirnya,perlahan dan mendatar.

Ariff Farhan bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Wanita itu sedang terlena,diatas sofanya! Didalam biliknya?

Punyalah aku mencari dia,tup tup tengah tidur kat dalam bilik aku? Ingatkan merajuk tadi?

Sempat lagi hati kecilnya berbisik padahal dalam masa yang sama,mula berkembang mekar.Melihat isteri didepan mata,hati suami mana yang tak lapang?

Tanpa menunggu lama,Ariff Farhan merapati tubuh yang kelihatan agak kaku itu.Sebaik langkahnya berhenti betul-betul dihadapan Nur Imani,raut wajah yang sentiasa tenang itu ditatap sayang!

Sayang yang tidak mampu terungkap,sayang yang tidak mampu diucap.Hanya mampu menjadi rahsia yang sekian lama bersemi dihatinya.Cinta yang telah bersimpul mati!

Ariff Farhan duduk ditepi sofa,rambut panjang milik Nur Imani yang diikat satu disentuh.Tidak berani dia meletakkan jari jemarinya itu dipipi halus yang putih itu.Bimbang seandainya dia bertindak seperti itu,Nur Imani akan tersedar.Hanya matanya dibiarkan menjejalah setiap sudut wajah itu sebagai pengganti sentuhan yang sepatutnya diterima oleh wanita ini.

Cantik!

Ya..Wanita ini terlalu cantik dikaca matanya.Sempurna sifatnya sebagai seorang wanita.Inilah dia perempuan yang telah melengkapi kehidupannya sebagai seorang suami dan lelaki.

Itu yang cuba diperkatakan oleh Ariff Farhan kepada wanita ini,sayangnya bibirnya jadi kelu setiap kali raut wajah ini menyapa pandangannya kerana wajah tenang ini juga sentiasa membuatkan ingatannya terhadap kenangan silam kembali bertandang kerana itu dia tidak mampu meluahkan apa yang sepatutnya dilafazkan olehnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Kerana itu juga,Ariff Farhan terpaksa meneruskan rancangannya.Perempuan ini akan dilepaskan sebagaimana pernah diperkatakannya dimalam perkahwinan mereka dulu.Waktu itu pula makin mengunjung tiba lalu membuatkan Ariff Farhan berharap agar masa yang sedang dilalui mereka ini tidak membawanya pergi kerana sesungguhnya..Dia tidak berdaya untuk membiarkan Nur Imani pergi,apatah lagi melepaskannya.Sungguh! Hatinya cinta!

Tidak sampai 5 minit Ariff Farhan menemani Nur Imani disitu,akhirnya dia bangun lalu mencempung tubuh itu untuk diletakkan ketempat yang sepatutnya.Tempat yang sepatutnya menjadi milik wanita ini sejak dulu lagi bukannya hari ini!

Nur Imani masih terlena,pada firasatnya wanita ini mungkin keletihan kerana terpaksa mengemas biliknya tadi.Masakan tidak,bukan sedikit dia mengotorkan biliknya ini tapi..banyak!

Sesal pula rasa hatinya membiarkan Nur Imani terpaksa melakukan semua itu.Tidak sepatutnya dia  berbuat begitu apatah lagi semasa mereka bertembung didapur pagi tadi,Nur Imani memang kelihatan lemah seperti orang sakit.

Setiba sahaja dikatil,perlahan-lahan Ariff Farhan meletakkan tubuh  Nur Imani diatas katilnya.Sempat diselimutinya tubuh itu sebelum Nur Imani tiba-tiba bergerak langsung merubah kedudukan tidurnya yang sudah mengiring kerusuk kanan.Menghadap kearah Ariff Farhan.

Lena betul tidurnya sehingga Nur Imani tidak menyedari akan tubuhnya sudah pun beralih tempat.

Image

Setelah itu Ariff Farhan melabuhkan punggungnya disisi isterinya seperti tadi,sekadar membiarkan anak matanya menatap segenap wajah itu,moga dengan cara ini..Dia dapat mengubat rindunya terhadap Nur Imani pada hari depan dimana dia mungkin takkan mampu memandang mahupun menatap wajah Nur Imani seperti sekarang.Akan disematkan wajah permaisurinya ini untuk menghiasi bingkai hati yang telah lama dimiliki oleh insan bernama Nur Imani ini.

Sudahnya Ariff Farhan turut merebahkan tubuhnya kesisi wanita itu.Membiarkan kepalanya turut berkongsi bantal yang sama dengan Nur Imani.Membiarkan hembusan nafas wanita ini turut menyatu dengan deru nafas hangatnya.Kali ini baru Ariff Farhan memberanikan dirinya untuk menyentuh wajah itu,tangan yang berkali-kali cuba dihalangi daripada bertindak kini dibiarkan melakukan apa sahaja.

Ralit Ariff Farhan melayan perasaan,mata yang tadinya tertutup rapat tiba-tiba terbuka.Terkejut bukan kepalang Ariff Farhan melihat anak mata bundar yang sedang membalas renungannya.

Ariff Farhan cuba untuk melarikan diri,tapi..

Gedebuk!!

“Aduh!!” Serentak kedua-dua bunyi itu menyapa pendengarannya.Nur Imani yang baru saja tersedar dari lenanya,terus mencari pemilik suara itu.Hilang terus rasa mengantuk yang masih bersisa tadi,yang pasti ada sesuatu yang mengganggu lenanya sehingga dia tersedar dan sekarang?

Nur Imani bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Tubuh manusia yang berada diatas lantai bilik itu ditenung terkejut!

Ariff Farhan berada disitu?? Lelaki itu sedang menggosok kepala dan bahagian belakang badannya yang mungkin terasa sakit. Rasa dihati bagai dicuit-cuit namun tidak berjaya dibawa kebibir untuk menzahirkannya.

Nur Imani yakin,pasti ada sesuatu yang terjadi tadi meskipun wajah itu tampak tenang.Tambahan lagi,sepasang matanya juga sempat melihat tubuh yang terdampar diatas lantai bilik tadi.

Ketika ini ingatan Nur Imani kembali kepada peristiwa yang berlalu mungkin beberapa jam yang lalu dan mungkin juga beberapa minit yang lalu.

Tapi??

Bukankah aku tidur disofa tu tadi?

Soal Nur Imani bodoh kepada dirinya sambil melihat sofa merah yang berada tidak jauh daripada mereka.Terlupa sebentar kepada lelaki yang sedang terkial-kial bangun dari jatuhnya tadi.

Persoalan yang baru bertandang dibenaknya tadi  dibiarkan pergi apabila suara Ariff Farhan kembali memecah kesunyian bilik ini.

“Eloklah kau dah bangun,pergi keluar! Dah nak asar nie,aku pun nak mandi atau kau nak terus duduk kat dalam bilik nie pulak?” Sinis soalan itu menyapa pendengaran Nur Imani,Ariff Farhan sudah mencapai tuala baru yang disangkutkan Nur Imani di tempatnya tadi.

Pandai pulak nak diguna,dah tahu tuala tu kegunaan harian lain kali letakkan balik kat tempatnya lepas dah guna! Bukan susah pun,nie tak..Dibiarkan bersepuk dimerata-rata tempat,nak guna baru cari.Dahlah tu..Bau mengalahkan kain buruk ! Ngomel Nur Imani sendirian,geram dengan sikap lalai Ariff Farhan itu.

“Kau termenung apa lagi? Pergi keluar cepat,aku tahu sebaik saja aku dah mandi nanti.Kau takda kat dalam bilik nie lagi,faham?!”

Sergahan Ariff Farhan membuatkan kedua-dua kaki Nur Imani sudah menapak diatas lantai bilik,baru dia ingin mengatakan sesuatu kepada lelaki itu.Ariff Farhan sudah pun menghilangkan dirinya didalam bilik air yang baru ditutup rapat.Namun pandangannya sempat memandang keanak mata hitam Ariff Farhan yang sedang memandangnya sebelum pintu bilik air itu memisahkan mereka

Terbantut lagi ayat yang ingin keluar dari bibir Nur Imani.Itu membuatkan kaki Nur Imani meneruskan langkahnya menuju kearah pintu sebelum langkah yang diaturnya membawa Nur Imani kembali semula kebiliknya.

Nur Imani duduk diatas katilnya,apa yang berlaku dibilik Ariff Farhan tadi masih berlegar-legar dilayar mindanya.

Cuma satu persoalan yang masih bermain dibenak Nur Imani sejak tadi.Bagaimana dia boleh berada diatas katil Ariff Farhan? Seingatnya sebelum dia terlena tadi dia berada diatas sofa rehat lelaki itu selepas lebih daripada 1 jam dia bertungkus lumus membersihkan kawasan bilik Ariff Farhan yang cukup menyemakkan mata.

Bagaimana pula Ariff Farhan boleh terjatuh kalau dia sekadar berdiri dilantai bilik sambil memandangnya atau mungkin Ariff Farhan turut bersamanya diatas katil???

Buntu Nur Imani seketika,sejujurnya dia sering tertanya-tanya tentang sikap perasaan sebenar Ariff Farhan terhadapnya.Kadangkala dia merasakan lelaki itu juga seperti mengasihinya,kadangkalanya dia merasakan Ariff Farhan melakukan semua itu hanya kerana sifat kemanusiaan yang ada dalam dirinya.

Ariff Farhan merenung kearah pintu bilik yang tertutup rapat itu.Tidak dapat dipastikannya samaada Nur Imani berada didalamnya atau tidak.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun kebawah kerana jika Nur Imani berada disana,sudah pasti wanita itu tidak berada didalam bilik.

Langkah yang diatur Ariff Farhan mati dianak tangga terakhir sebaik pandangannya menjamah sesusuk tubuh Nur Imani yang sedang membelakanginya berada didapur,entah apa yang sedang dilakukan oleh wanita itu kerana Nur Imani nampak begitu khusyuk dengan kerjanya.

Lantas menggamit kembali peristiwa sebelum asar tadi berlegar-legar dimindanya.Mengingatkan perkara yang berlaku tadi,bibir Ariff Farhan tersenyum sendiri.Turut geli hati sebenarnya dengan apa yang berlaku namun dalam masa yang sama...malu! Masakan tidak,sejak 30 tahun dia hidup ini kali pertama dia jatuh dari katil.Lebih memalukan,dihadapan isterinya sendiri? Entah Nur Imani perasan atau tidak dengan apa yang telah terjadi?

Disebabkan itu juga,dia sengaja meninggikan suaranya kepada Nur Imani tadi kerana mahu Nur Imani segera keluar dari biliknya agar wanita itu tidak melihat akan keadaannya..

Apa pun,Ariff Farhan tidak dapat menafikan semua yang berlaku tadi adalah disebabkan kesilapannya,jika tangannya ini tidak gatal ingin menyentuh wajah itu pasti lena Nur Imani tidak terganggu.Tidak juga,dia terkejut beruk ketika melihat mata yang tadinya terpejam rapat tiba-tiba terbuka luas..memandang kearahnya! Tidak jugalah dia cuba untuk menyembunyikan dirinya hingga akhirnya dia sendiri terjatuh seperti nangka busuk keatas lantai bilik tadi.Lupa bahawa keadaannya ketika itu yang berada dijauh daripada hujung katil!

Masih terasa sakit-sakit dibahagian belakang dan kepalanya ini akibat hentakan yang agak kuat tadi.Malah ketika sedang melaksanakan solat asar dan maghrib tadi apatah lagi! Terutamanya ketika  dia melakukan rukuk dan sujud yang memerlukan sedikit pergerakan dan tekanan keatas belakangnya.

Ariff Farhan tergeleng sendiri dengan senyuman yang masih terukir dibibir sebelum wajahnya diraup perlahan,sesuatu yang tidak pernah dijangkanya akan berlaku didalam hidupnya telah pun berlaku.

Senyuman indah yang menghiasi bibirnya tadi dibiarkan untuk seketika lagi.Hampir seminit,nafasnya ditarik dalam-dalam dan dihembusnya perlahan,Ariff Farhan yang dulu kini kembali menguasai dirinya.

Egonya dikembalikan semula ketempat asalnya.Rasanya dia sudah bersedia untuk berdepan dengan Nur Imani semula,lalu langkahnya diatur kembali..

Sebaik langkah kakinya dihentikan betul-betul dibelakang Nur Imani.

“Kau buat apa tu?” Suara garaunya kedengaran juga,agak lantang.

Nur Imani berpaling kebelakang,wajah Ariff Farhan menyambutnya.

Terpaku seketika pandangan Nur Imani terhadap lelaki itu.Ariff Farhan nampak santai dengan kain pelikat bercorak petak dan T-shirt putih berkolar merah yang dipakainya ketika ini.Ah! Lelaki itu sentiasa kelihatan sempurna dimatanya,apa juga yang dikenakan ditubuh itu.Ariff Farhan tetap kelihatan kacak dari kaca matanya sebagai seorang wanita.

Aduhai,hati...!

Keluhan didasar hatinya membuatkan Nur Imani kembali sedar dari lamunannya.Sedikit marah dengan kelalaiannya,pandangannya dikembalikan semula kehadapan.Jahitannya diteruskan,setelah itu barulah dia mengeluarkan suara halusnya.Lembut menyapa pendengaran Ariff Farhan.

“Nur tengah jahit kain nie,nak buat jubah.Abang nak suruh Nur buat sesuatu ke?” Agak lain bunyi soalan yang baru diajukan Nur Imani kepadanya itu.Dikerlingnya tubuh itu sebelum dia berjalan kehadapan,barulah wajah Nur Imani dapat ditatapnya semula.

“Kenapa? Asal tengok muka aku jer,kau ingat aku nak suruh kau buat kerja? Apa kau ingat...”

“Nur tak kata macam tu,tapi selalunya memang macam tu kan? Abang takkan ada didepan Nur kalau tak ada benda yang abang nak kan?” Soalan Nur Imani yang telah memotong percakapannya tadi disambut dengan senyuman sinis,bukan dia marah namun terlebih mengerti maksud wanita itu kerana apa yang dibicarakan oleh Nur Imani itu adalah kebenarannya.Sejak wanita ini dinikahinya,dia hanya akan menatap wajah Nur Imani hanya bila mana dia memerlukan sesuatu darinya.

Itu hakikatnya pada Nur Imani,namun disebaliknya??? Nur Imani tidak pernah tahu..Ariff Farhan sentiasa menatap wajahnya dengan perasaan yang sebenar-benarnya berada didalam hatinya.Perasaan sebenar yang sekian lama disembunyikan daripada pengetahuan wanita itu,perasaan yang pernah cuba dinafikan sejak dulu namun perasaan itu juga yang telah menjadikannya seperti sekarang! Baran didepan...penuh kasih sayang dibelakang,benci didepan...dalam hati?? Penuh dengan bunga-bunga cinta yang tak berkesudahan.

Nur Imani tidak pernah mengetahuinya.

“Duduklah..Kenapa abang berdiri kat situ pulak?”

Mati lamunan Ariff Farhan,wajah isterinya ditatap semula.Soalan wanita itu juga memaksa Ariff Farhan menjatuhkan punggungnya diatas sofa yang berada dihadapan Nur Imani.Drama melayu bertajuk Dejavu di Kinabalu yang sedang dimainkan di TV 3 itu langsung tidak menarik minat Ariff Farhan untuk menontonnya,Nur Imani apatah lagi meskipun dia mengikuti cerita itu sejak dari episod awal lagi.Senang kata,seluruh jiwa,hati dan fikirannya sekarang telah diserahkan kepada jahitan yang sedang dilakukannya.Lagipun sudah terlalu lama dia tidak menjahit,bimbang jika berlaku sedikit kesilapan mahunya tidak menjadi jubah yang dijahitnya ketika ini.

Mujur mesin yang juga sudah setahun tidak disentuhnya ini tidak meragam mahupun memberikan sebarang masalah kepadanya,dari tadi semuanya dalam kawalan.

Apabila tiada patah kata pun yang meniti bibir Ariff Farhan sekali lagi Nur Imani mengangkat wajahnya,memandang Ariff Farhan yang sudahpun berada dihadapannya.Entah apa yang sedang bermain difikiran lelaki itu kerana dia kelihatannya sedang berfikir.

“Abang nak minum?” Soalan Nur Imani membuatkan kening Ariff Farhan terangkat sedikit,

“...kalau nak minum Nur boleh buatkan?” Sambung Nur Imani lagi,masih memandang kewajah itu menunggu jawapan daripada Ariff Farhan meskipun dia sudah dapat mengagak ayat apa yang akan meniti bibir itu nanti.

“Tak payah ! Pandai-pandailah aku kedapur nanti kalau rasa dahaga sangat.” Nur Imani sudah masak sangat dengan jawapan yang akan diterimanya,sengaja dia bertanya tadi.Jika Ariff Farhan mahu,dia tetap akan ke dapur dengan kerana itu tugasnya tapi jawapan itu hanya membuatkan dia terus kekal ditempat duduknya.

“Kau dah sihat?” Baru bibir Nur Imani ingin bersuara,soalan daripada Ariff Farhan diterimanya terlebih dahulu.

A?? Namun soalan itu pula menerbitkan tanda tanya dibenak Nur Imani,dia terlupa seketika dengan apa yang telah terjadi padanya pagi tadi kerana itu dia gagal menangkap maksud soalan yang baru diajukan kepadanya.

Pandangan Ariff Farhan dibalas kosong,

“Perut kau tu? Sakit lagi ke?” Bagai mengerti akan apa yang sedang difikirkan Nur Imani,Ariff Farhan menjelaskan sedikit lagi maksudnya dengan menggunakan perkataan perut dan sakit.

Saat itu baru Nur Imani dapat menangkap maksud Ariff Farhan disebalik persoalan yang baru diajukannya.Namun tidak semua peristiwa didapur itu dapat dimainkan kembali dimindanya.

Bibir mulus itu mengukirkan sedikit senyuman,menarik pandangan Ariff Farhan untuk menatapnya walaupun diketahui jelas oleh Nur Imani.

“Oh..Sakit tadi?? Ermm..Takda apa-apa dah rasanya,sakit pun takda..Maknanya dah baiklah tu..” Jawab Nur Imani jujur..

“Betul??” Ariff Farhan mahukan kepastian,

Kali ini soalan Ariff Farhan sekadar disambut dengan anggukan dikepala Nur Imani. Dia tidak mahu lagi bersuara kerana hatinya bagaikan diusik semula apabila sepotong bicara Ariff Farhan yang telah mengguris hatinya tadi turut berlegar kembali dimindanya.

Ariff Farhan sudah dapat mengagak sesuatu kerana wajah yang tadinya nampak tenang telah berubah keruh sedikit.Dia sedar..apa yang diucapkannya didapur tadi memang keterlaluan.Ingin dipujuk??

Akalnya tidak dapat memikirkan tindakan yang paling sesuai untuk dilakukannya ketika ini kerana semuanya menunjukkan jalan buntu.Akhirnya Ariff Farhan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,lebih baik daripada terus melukai jiwa itu.

Pandangannya dibiarkan menatap siaran Buletin Utama di TV3 yang baru sahaja bermula.

Nur Imani turut tenggelam dengan perasaannya meskipun tangannya sibuk menyiapkan sepasang jubah yang telah siap dipotongnya semalam.Satu persatu bahagian-bahagiannya telah disatukan.

######################

7 comments:

  1. blinkalltheday18 July 2012 at 05:25

    bile la diorg nak bahagia ni??pe masalah ariff ni sbnrnye..

    ReplyDelete
  2. momkirah@yahoo.com24 July 2012 at 22:14

    cepatlah sambung

    ReplyDelete
  3. bile nak sambung lagi.... :(

    ReplyDelete
  4. Okey Nurul..dah sambung y k 5..jemput baca ye :)
    xda masa nak update,maaf ye..

    ReplyDelete
  5. waa... thanks.. :)

    ReplyDelete