1. Suami yang pertama nie,
sayangkan isteri dia..Cintakan isteri dia..
Jadi...Cara dia tunjukkan kasih sayang dan cintanya dengan memberi segala kemewahan dan perhiasan dunia yang mampu dia berikan buat isterinya.
Kerana itu dia lebih suka memperlihatkan kecantikan yang ada pada isterinya pada dunia.
Dia tak kisah tubuh isterinya menjadi ratahan mata berjuta lelaki diluar sana,dia tak kisah kiranya 'berkongsi' bersama dengan orang lain apa yang telah Allah sediakan khaskan untuknya .
Dia sanggup melakukan apa saja untuk menunjukkan isterinya yang cantik itu dimata semua,mungkin dia lupa apa yang telah diperintahkan kepadanya.
Dia bangga dengan kecantikan yang dimiliki isterinya,dia bangga dengan pujian insan-insan diluar sana yang diberikan kepadanya.Dia bangga..Bangga dan bangga...Bangga kerna memiliki seorang wanita yang menjadi dambaan kaum adam,lebih teruk jika yang mendambakan wanita kebanggaannya adalah adam yang penuh dengan gelora nafsu didalam dirinya.
Sebenarnya dia lupa..Kecantikan tu cuma sementara,kebanggaan tu tak kekal lama.Lambat atau cepat semuanya akan hilang begitu saja,seperti fitrahnya kehidupan manusia ini yang pada akhirnya akan dikembalikan semula ketanah,hilang juga diatas muka bumi nie satu hari nanti.
Kembali pada asal fitrahnya.Perjalanan masih jauh,perhentian seterusnya sedang menanti.Semoga Allah akan mengurniakan hidayahNya keatas lelaki-lelaki seperti ini kerana dia mungkin akan menjadikan keluarganya menjunam kelorong kegelapan.

Ini pula cerita tentang lelaki yang kedua,suami yang mengutamakan keredhaan Allah dari keinginannya..
Dia tegur isteri dia bila ada yang bertentangan dengan syariat,jika tidak secara terus,mungkin dengan kiasan.Jika tidak bersuar mungkin dengan tingkahnya.
Dia tahu,isterinya cuma miliknya.Haknya! Dia berhak untuk mempertahankanna!
Lafaz ijab dan kabul yang terlafaz dibibirnya dulu bukan sekadar ikatan yang telah menghalalkan hubungannya dengan si isteri,bukan sekadar untuk mereka mengecapi kebahagian dunia semata-mata.Namun lebih daripada itu,dia adalah nokhoda dalam bahtera ini,sebagai nokhoda dia mahukan yang terbaik buat pelayarannya.Jangan sesiapa berani mengganggu tulang belakangnya kerana tanpa pembantu utamanya ini.Mana mungkin dia dapat menyempurnakan perjalanannya.
Sebagai suami,dia tahu dia punya tanggungjawab yang berat..Dibahunya bukan sahaja dia terpasa memikul beban dosanya tetapi juga isterinya! Anak-anaknya!
Kerana itu dia sentiasa mengingatkan dirinya,perkahwinan bukan sesuatu yang mudah! Sekali langkahnya tersasar.Mungkin dia akan memusnahkan segala-galanya.Memusnahkan dirinya,memusnahkan isteri dan anak-anaknya.
Dia tidak kisah jika dituduh sebagai pengongkong,asal dia tahu dia lakukan semua itu demi haknya keatas sesuatu yang lebih berhak keatas dirinya.Semuanya sekadar pinjaman daripada Allah,sebagai hamba sudah termaktub perjanjiannya hanya untuk mengabdikan diri kepada NYA.
Perjalanan masih jauh,didepan sana nanti,dia cuma diberi dua pilihan yang akan ditentukan dengan amalannya,imannya,taqwanya,tanggungjawab dan amanah yang telah dilaksanakannya.Dikala itu baru dia mampu melepaskan lelah dan keletihannya sepanjang perjalanan lepas.
..........................................................................................................................
No comments:
Post a Comment