“Kau mengandung???!!”

Nur Imani tersentak mendengar sergahan itu. Nur Imani langsung tidak sedar sejak bila Ariff Farhan sudah berada bersamanya diruangan dapur ini.
Wajah bengis dan kelihatan agak bimbang itu membuatkan hati Nur Imani tidak sedap hati.
Nur Imani bimbang jika perkara ini diketahui oleh Ariff Farhan.Tekaan itu saja sudah membuatkan detapan jantungnya berdegup kencang.
Namun segera disambut dengan gelengan laju di kepalanya.Itupun sudah membuatkan Ariff Farhan nampak sedikit tenang.
Pun begitu,lendir yang kuat menyinga deria baunya itu masih juga ingin keluar.Nur Imani tertunduk semula,badannya dibongkok kearah singki semula.Sekali lagi dia memuntahkan isi perutnya.Perit betul dirasainya ketika ini.
Hari ini menjadi-jadi pula rasa mualnya.Masuk ini sudah tiga kali Nur Imani muntah-muntah.Cuma nasibnya tidak baik apabila Farhan turut berada bersamanya diruang tamu tadi.Agaknya ketika dia kelam kabut berlari kedapur.Farhan turut mengikutinya.
Nur Imani pun pelik,selalunya hari minggu begini,Ariff Farhan jarang berada dirumah.Sejak mereka kahwin sehingga sekarang,boleh dihitung dengan jari berapa kali sahaja Ariff Farhan seharian berada dirumah pada hujung minggu.
Nur Imani merasakan tubuhnya mulai lemah,tekaknya juga terasa begitu perit.Air mata yang turut mengalir akibat penangan muntahnya tadi,diseka.
Rasanya dia tidak berdaya untuk menampung tubuhnya dengan kedua-dua belah kakinya ketika ini.Namun dia tahu,walauapapun yang terjadi dia mesti bertahan.
“Nur takda apa-apa bang,rasanya Nur keracunan makanan.Semalam Nur dengan Syima pergi makan makanan laut.Agaknya perut Nur nie tak boleh nak terima sangat makanan-makanan tu.” Bohongnya.
Sebolehnya Nur Imani ingin Ariff Farhan segera meninggalkannya,namun nampaknya tiada tanda-tanda yang Ariff Farhan akan pergi dari situ melainkan Nur Imani terpaksa mengambil tindakan sendiri jugak.
“Kalau macam tu aku hantar kau ke klinik!! Pucat betul muka kau tu?” Pelawaan Ariff Farhan hampir memerangkap Nur Imani.
“Tak payah! Saya dah makan ubat tadi!!” Sepantas itu Nur Imani memotong percakapan suaminya.Nampaknya dia yang perlu mengambil tindakan segera..
Ya Allah!! Peliharalah kami,lindungilah anak ini dari kezaliman bapanya pula.
Nur Imani meraup wajahnya berat,rambut yang sedikit mengganggu penglihatannya turut disanggulkan.
Sekilas wajah serius suaminya ditatap sebelum kakinya mula mengatur langkah.
“Saya nak masuk bilik dululah. Mungkin saya penat sangat,itu yang badan nie langsung tak boleh nak control.”
Hanya itu idea yang paling baik yang dapat difikirkan oleh Nur Imani ketika ini.Dalam keadaannya yang agak lemah ketika itu,Nur Imani tidak dapat bertindak pantas.Langkah kaki yang diaturnya juga terasa begitu lambat untuk meninggalkan kawasan dapur rumah lelaki ini.
Sebaik dia melintasi Ariff Farhan,Nur Imani dapat merasakan yang mata lelaki itu tidak lekang dari menatapnya.Ah!! Dia tidak mahu memikirkannya.Biarlah..Apa pun yang lelaki itu fikirkan tentangnya sekarang.Bukan lagi masalahnya!
Jauh disudut hati,Nur Imani terlalu bimbang jika Ariff Farhan dapat membaca sesuatu.Apatah lagi ketika Nur Imani mendengar soalan pertama yang keluar dari bibir lelaki itu tadi.
Secepat itu,Farhan dapat mengagak.
“Kau pasti yang kau tak mengandung??”
Tiba-tiba soalan sinis itu menyapa pendengarannya lagi.
Sekali lagi hati Nur Imani bagaikan dicalar-calar.Tanpa berpaling,soalan suaminya tetap dijawab.Meskipun agak perlahan meniti bibirnya namun Nur Imani tahu.Ariff Farhan mendengarinya!
Mahu tak mahu,Nur Imani terpaksa menatap wajah itu semula.
“Abang jangan risau! Nur takkan mengandung,Nur tahu abang pun tak nak Nur mengandungkan anak abang.Abang jangan risau ya..Kalau betul pun Nur mengandungkan anak abang,kalau benih abang pun dah ada kat rahim nie.Mungkin tak lama,baby tu pun tak nak menjengah alam nie bang.Dia tahu apa yang akan terjadi dalam hidup mamanya.Sebab tu,dia pun tak nak lahir.Dia tak sanggup melihat penderitaan mamanya..” Bersama-sama deraian air mata,soalan itu dijawabnya tenang.Sedaya upaya Nur Imani menahan perasaannya kerana apa yang terzahir dibibirnya itu bukanlah lahir dari hati nuraninya.Sesungguhnya benih itu telah pun bercambah dirahimnya ini.Dia sedang mengandungkan anak lelaki itu dan dia mahukan anak ini.Semua yang meniti bibirnya tadi cumalah untuk menyedapkan hati lelaki dibelakangnya ini.Sebab lainnya pula,Nur Imani tidak mahu Farhan mengetahui tentang anak ini.Lelaki itu terlalu membencinya.Nur Imani bimbang jika Farhan mengetahui tentang anak ini,sesuatu mungkin akan terjadi pada janin ini.Nur Imani masih boleh terima jika Farhan menyakiti atau menzaliminya tapi..Bukan pada anaknya ini! Nur Imani tidak rela jika berkemungkinan terjadi sesuatu kepada anaknya ini.Sikecil ini adalah nyawanya sekarang!!
Mendidih betul hati Farhan,sejak akhir-akhir ini selalu benar isterinya ini melawan kata-katanya.Selama ini dia banyak mendiamkan diri,tidak pernah melawan mahupun memberontak dengan apa yang dia buat.Kadangkala,tangan ini sering juga singgah diwajah itu.Pantang salah sikit,pasti akan ada cop jarinya ini diwajah wanita itu.
Sudah fitrahnya seorang lelaki,egonya sentiasa ingin ditegakkan.Ternyata dia juga tidak mahu kalah.Kali ini dengan suara yang sedikit tinggi dan lantang,dia pula menjawab.
“Baguslah kalau kau dah tahu,aku pun tak teringin nak biarkan keturunan macam kau nie mengandungkan zuriat aku! Kalau kau ingat aku sentuh kau malam tu disebabkan nak dapatkan budak tu,kau memang silaplah! Lebih baik kau jaga diri kau tu baik-baik..Perkahwinan kita nie pun cuma tinggal sebulan lebih lagi.Ingat! Genap setahun,akan jatuhlah satu talak atas kau!!” Ternyata dendamnya masih tidak berkesudahan meskipun yang pernah melukai hatinya dulu.Bukanlah insan yang berada dihadapannya ini.
Mujur Nur Imani tidak tersungkur dihadapan lelaki itu,bagaikan ingin pecah dadanya ini menahan kesakitan diatas ucapan yang baru diucapkan oleh Farhan.Ya!! Dia tahu itu!! Sejak dari awal lagi,Farhan tidak pernah berhenti daripada mengingatkannya tentang perkara itu.Nur Imani juga sudah cukup mengetahuinya,malah setiap hari,setiap saat,setiap ketika.Dia juga turut menghitung waktu itu.Waktu dimana dia akan bebas daripada cengkaman lelaki ini.
Nur Imani tidak mahu lagi menaruh harapan yang tinggi pada rumah tangga yang menunggu masa sahaja ingin roboh ini.Terutamanya setelah dia mendapat berita tentang kandungannya ini hampir sebulan yang lalu.
“Abang tak perlu nak ingatkan Nur,Nur pun sedang menghitung hari bang.Abang jangan risau.Nur akan pergi juga dari rumah nie pada waktu tu.Cuma kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa tu kan? Mungkin Nur akan balik kerumah ayah dan ibu dengan jasad dan roh ini sekali,atau mungkin salah satunya akan sampai dahulu.” Terkunci terus mulut Farhan dibuatnya,kali ini baru apa yang dibicarakan oleh isterinya membuatkan hatinya sedikit disingkap.Ayat terakhir tadi,benar-benar telah mengusik hati yang sekeras kerikil itu.
Apa maksud kau,Nur?? Ternyata ayat selepas itu tidak mampu meniti bibirnya untuk menzahirkan apa yang baru terlintas dibenaknya tadi. Hanya pandangannya yang kembali tenang mengiringi pemergian Nur Imani,meninggalkan Farhan diruangan dapur ini berseorangan.

bersambung......
post sini la citer salahkah aku...mencintaimu.
ReplyDeleteokey dear..terima kasih kerana sudi membaca :)
ReplyDeleteinsyaAllah,lepas nie akan upadate kat sini selalu..
permulaan kedua2 novel ni nape suami kejam sgt... adesss sakit kpl ngn suami2 kejam ni. kemaafan x semudah itu slps apa yg dlalui, sadessss...
ReplyDeletesalam ..intro yg mmg mngujakan akak untuk mengetahui citer ni ..banyak persoalan yg ingin dilontarkan disini sebenarnya.. apa yg berlaku yg menyebabkan seorg suami sanggup bertindak keji dan kejam pada seorg wanita yg lemah..dan bagaimana boleh berlaku perkawenan yg tidak membahagiakan kedua dua pihak dan bagaimana boleh terjadi ..mereka boleh bersama yg membuahkan zuriat yg berada didalam rahim seorg wanita yg bernama Nur?
ReplyDeletePrsamaan y x disengajakan :)
ReplyDeletehehehe..
Kejam sgat ke watak AF Cek Nursalisa nie ;)?
huhuhu,
right! memberi kemaafan mmag x smudah y disagka.
Namun dengan kemaafan,kebahagiaan psti menjelma kan2? ;)
jadi..itu y cuba Cek Nursalisa selit dalam 'SA...M ???' nie..
Pada awalnya agak susah Cek Nursalisa nak kembangkan cerita nie,
but..I will try..Try to do my best.InsyaAllah..
thanks dear 4 your feedback :)
wasalam..p'tma2 sekali terima kasih diatas komentar.
ReplyDeletewah! banyaknya soalan dia ;P
okey..akak try jawab wlaupun x smua..
kenapa AF sanggup buat isteri dia macam tu?
jawapannya : cos dia berdndam..berdndam pasal apa??
berdndam pada sesuatu y telah menyebabkannnya menghwini Nur..insyaAllah,akan datg dibahagian2 sterusnya ;)
macammana Nur boleh mengandung??
jawapannya: Nama pun lelaki..dan kelemahan utama mereka adalah...Perempuan.btul x?? ;)
sy suke le cite ni...update slalu ye..heheh
ReplyDeleteTerima kasih Hawa:)
ReplyDeleteinsyaAllah,Cek Nursalisa cuba..
BILA NAK SAMBUNG LAGI LAMANYA
ReplyDeleteSedih la... tsk! tsk! :'( Farhan tu menakutkan. Buat seram je...
ReplyDelete