Aisya Humaira merenung kearah kerlipan bintang yang sedang menyinari langit malam milik penciptanya yakni Allah.Tanpa dipinta hati yang tadinya penuh kedamaian jadi sebak dan sayu tiba-tiba.Mengenangkan kehidupannya kini,Aisya Humaira tahu dia tidak perlu untuk berpaling kebelakang lagi kerana semua kenangan itu telah menjadi sejarah hidupnya.Berbanding beberapa bulan yang lalu,Aisya Humaira tidak menafikan yang kehidupannya adalah lebih baik daripada dulu meskipun jauh dilubuk hatinya dia begitu rindu..Rindu pada insan itu,rindu pada lelaki yang pernah berkongsi hidup dengannya.
Seketika kemudian,tangan dan pandangan Aisya Humaira jatuh ke perutnya yang sedang sarat.Mengenangkan janin yang sedang membesar dirahimnya ini,kadangkala Aisya Humaira menangis sendirian.Menangisi kisah hidup yang tidak tahu apa kesudahannya.
5 bulan lalu dia telah melarikan dirinya dari seorang lelaki bernama suami.Suami??! Mengingatkan kehidupannya bersama lelaki pilihan keluarganya itu membuatkan Aisya Humaira gagal membendung air matanya dari tumpah membasahi wajah putih bersihnya ini.Semuanya tidak seindah yang disangka bila dimalam pertama lagi Syed Firas sanggup melukai hatinya dengan mengatakan yang perkahwinan mereka sekadar sebuah perjanjian kosong diatas sekeping kertas.Entah kenapa Syed Firas menikahinya,jika niat dihati hanya ingin melukai? Bukankah dia boleh menolak kehendak kedua-dua orang tuanya jika dia tidak mahu?
Malah sebelum keputusan kedua-dua belah keluarga untuk menyatukan mereka,dia dan Syed Firas pernah dipertemukan sebanyak dua kali,tapi lelaki itu tidak pernah memberitahunya apa-apa.Layanan yang dihulurnya cukup baik,berhikmah dan Aisya Humaira pernah merasakan yang lelaki itu adalah jodoh yang Allah telah titipkan untuknya.Disebabkan itu juga,semasa Aisya Humaira mengambil keputusan untuk menerima lamaran dari keluarga lelaki itu,hatinya kuat mengatakan yang Syed Firas adalah jodohnya.Jodoh yang dititipkan oleh Allah untuk membimbing dan mendidiknya sebagai seorang isteri.
Mungkin semua itu sekadar sebuah lakonan yang dilakukannya untuk menutup rahsia dihati didepan kedua-dua orang tuanya,kerana sepanjang dua kali pertemuan mereka itu baik ibu bapa Aisya Humaira sendiri mahupun kedua-dua orang tua Syed Firas.Mereka tidak pernah meninggalkan mereka untuk berbual berdua meskipun ketika semua berada didalam rumah!
Masih segar diingatannya saat dirinya diijabkan bersama Syed Firas,segalanya masih jelas dalam mindanya ketika Syed Firas pertama kalinya memegang tangan walinya iaitu En Bazli sehingga Syed Firas melafazkan ijab dan kabul yang akhirnya telah mengikatnya menjadi seorang isteri.
Tanggal 23 April 2011 yang lepas adalah tarikh keramat buat Aisya Humaira yang akhirnya sah menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Syed Firas.Dengan sekali lagi,maka jatuhlah amanah dan tanggungjawab ayah terhadapnya yang kini telah diserahkan kepada Syed Firas.Kini lelaki itulah tempatnya bergantung harap,kini disisi lelaki itu dia akan menaburkan bakti dan taat setia sebagai seorang isteri.
Dengan hati yang lapang,perasaan yang teramat bahagia meskipun sedikit gementar.Aisya Humaira mengakui bahawasanya dia sangat gembira dengan perkahwinan ini.
Cuma Aisya Humaira tidak menyangka sama sekali mahupun menduga bahawa malam yang sepatutnya menjadi waktu yang paling membahagiakan mereka berdua akan meninggalkan kesan yang paling mendalam dalam dirinya sebagai seorang isteri.Walang hatinya mendengar setiap kata yang meniti bibir lelaki yang telah menjadi suaminya malam itu.Sangkanya malam itu merupakan waktu untuk mereka bertaa’ruf dengan lebih rapat,untuk mengenali hati dan perasaan masing-masing.Sayangnya ia telah menjadi mimpi ngeri buat Aisya Humaira.
Masih jelas diingatannya peristiwa yang telah berlalu hampir setahun lebih yang lalu,hari dimana dia telah disatukan dengan lelaki yang menjadi pilihan keluarganya,ketika pertama kali Aisya Humaira melangkah masuk kedalam biliknya yang kini telah dikongsinya bersama seorang lelaki bernama suami,Aisya Humaira tersenyum senang melihat lelaki yang baru menikahirnya sedang duduk tertunduk diatas katil sambil menekup wajahnya.
Hairan?? Seolah-olah Aisya Humaira pula sebagai suami yang ingin mendekati isteri yang baru dinikahinya.
Namun sebaik bibirnya ingin membuka bicara,saat tangannya pertama kali ingin menyentuh jari jemari lelaki yang telah menjadi khalifahnya kini.Aisya Humaira terpana apabila sebuah tamparan singgah diwajahnya tidak semena-mena.Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Tangan kirinya sudah berada diatas pipi kanannya yang ditampar oleh Syed Firas.Perit betul kesakitan dirasanya ketika ini! Air mata Aisya Humaira turut menitis beberapa ketika selepas itu.Dia benar-benar terkejut melihat tindakan Syed Firas!
“Ya Allah!” Hanya Nama Agung itu yang bermain dimindanya ketika itu,wajah yang tadinya begitu tenang,cukup gembira sudah bertukar bengis sekelip mata.Sekelip mata lelaki yang dikenalinya sebagai seorang yang berhikmah dengan orang sekelilingnya menjadi seego-ego lelaki yang pernah ditemuinya!
Sungguhpun begitu,Aisya Humaira cuba untuk membalas pandangan yang dilemparkan oleh insan itu terhadapnya tapi berbeza sekali dengan pandangan yang dilemparkan oleh Syed Firas terhadapnya kerana pandangn itu adalah pandangan dari seorang isteri yang cuba untuk menerima kehadiran seorang suami dalam hidupnya.Penuh kelembutan,penuh kasih sayang,penuh dengan bunga-bunga cinta yang sedar mekar mewangi ditaman hatinya meskipun tadi sebuah tamparan telah singgah diwajahnya.
Aisya Humaira ingin sekali mengetahui,apa sebenarnya yang telah menganggu perasaan suaminya ini sehingga telah menyebabkan Syed Firas sanggup bertindak seperti itu terhadapnya.Meskipun hatinya sedikit terluka,namun Aisya Humaira tidak sedikit pun menyimpan amarah apatah lagi dendam.Pada firasatnya mungkin Syed Firas sedang tertekan,mungkin juga dia masih keletihan kerana menguruskan perkahwinan mereka ini?
“Kenapa nie bang??” Penuh tatatertib seorang wanita yang bernama isteri,Aisya Humaira memulakan bicaranya.Sungguhpun ada perasaan takut yang menjalar didalam hatinya ketika membalas pandangan Syed Firas,Aisya Humaira masih juga memberanikan dirinya untuk duduk disisi lelaki itu.Namun belum pun sempat punggungnya dicecahkan keatas tilam didalam bilik pengantinnya itu.Tubuhnya ditolak kasar oleh Syed Firas sehingga menyebabkan Aisya Humaira terdorong kebelakang.Oleh kerana tiada sesuatu pun yang boleh dicapainya untuk menyelamatkannya,Aisya Humaira terjatuh juga.Kepalanya terhantuk kuat diatas lantai,mujur rumah ibu dan ayahnya ini diperbuat daripada papan,jika tidak?? Mahunya berdarah kepalanya ini.
Subhanallah,ya Allah!! Sekali lagi bisikan hatinya berbicara,kepalanya yang sakit disentuh.Sudah membengkak!..
Syed Firas sedang memandang tajam kearahnya,mencerlung pandangan yang dilemparkan oleh lelaki itu terhadapnya.Jelas terpancar sebuah kebencian!
“Hei perempuan tak guna! Kau jangan nak tunjuk baik didepan aku.Kau ingat aku suka dengan perkahwinan nie?? Kau ingat aku teringin nak jadikan kau sebagai isteri kau?? Kau ingat aku suka duduk didalam rumah sempit yang dah macam penjara nie!! Hei..Sedarlah sikit perempuan hina,kalau tak kerana mama dan papa yang beria-ia nak jadikan kau sebagai isteri aku,sumpah!! hidup mati semula pun aku takkan pilih kau sebagai isteri aku!”
Berdesing telinga Aisya Humaira dengan kata-kata suaminya,kali ini semakin deras air mata yang tumpah membasahi wajah putihnya,tiada lagi malu dihatinya melepaskan esakan yang teramat sangat.Tidak pernah dia menyangka malam perkahwinan yang diharapkannya akan berlalu dengan sebuah kebahagian bermula dengan sebegini rupa.
“Abang..Kenapa abang cakap macam nie dengan Aisy,bukankah??..” Meskipun Syed Firas sedang berjalan laju mendapatkannya,Aisya Humaira tetap memberanikan dirinya untuk bercakap dengan suaminya itu.
Belum pun sempat Aisya Humaira menghabiskan kata-katanya,tangan Syed Firas sudah pun berada di rambutnya yang masih diselubungi dengan tudung.Kuat cengkaman tangan itu dirambutnya sehingga Aisya Humaira hampir merasakan kulit kepalanya ingin tercabut.Puas tangannya cuba utnuk menghalangi tindakan tersebut tetapi gagal apabil kedua-dua belah tangannya pula digenggam erat oleh lelaki tersebut,apa lagi yang mampu dilakukannya saat ini kecuali berdoa kepada Allah agar meredakan kemarahan lelaki ini terhadapnya.
“Aduh!! Ya Allah,sakit bang.Jangan buat Aisy macam nie.Aisy merayu pada abang,ingatlah Aisy nie isteri abang.” Aisya Humaira cuba untuk mengawal tangisan dan suaranya,bimbang jika ahli keluarganya akan mendengar terutama ibu dan ayah serta abang-abangnya.Aisya Humaira tidak mahu mereka susah hati pula meskipun dirinya sedang disakiti waktu ini.
Syed Firas pula seperti disedarkan oleh sesuatu bila mendengar Aisya Humaira berkata seperti itu,serta merta tangannya yang menyentap rambut isterinya tadi dilepaskan.Wajahnya diraup perlahan,kesal sedikit dengan tindakannya yang diluar kawalan tadi.Wajah wanita yang baru menjadi isterinya beberapa jam yang lalu dipandang kosong.Langsung tak tersentuh hatinya melihat air mata yang menitis diwajah bersih wanita itu.
Entah syaitan apa yang telah merasuknya sehingga dia sanggup melakukan wanita ini sebegini rupa.Sungguh bukan niatnya untuk menyakiti,tetapi apa yang telah terjadi dalam kehidupannya sejak akhir-akhir ini membuatkan dia begitu runsing.Apatah lagi setelah perempuan yang langsung tidak dikenali dan dikasihinya ini telah pun bergelar isterinya.Semuanya kerana mama dan papa,jika mereka merestui hubungannya dengan Hana,model terkenal itu.pasti semua ini takkan terjadi,dia tidak perlu menikahi perempuan yang sedang menangis dihadapannya ini dan wanita ini juga tidak perlu menderita kerana terpaksa hidup dengan lelaki sepertinya!
Sudahnya Syed Firas menarik nafas berat.Perlahan dia bersuara,cuba untuk menenangkan Aisya Humaira yang nampaknya sedikit ketakutan.
“Aku minta maaf,aku tak sengaja!! Kau pergi tidur sekarang,jangan ganggu aku lagi,kalau kau rasa tak nak perkara ini berulang lagi,tolong jangan ganggu aku.Faham!!”
Aisya Humaira sudah tidak mampu untuk melawan panahan mata itu lagi,bimbang jika Syed Firas akan melakukan sesuatu yang lebih teruk daripada tadi terhadapnya.Dengan perasaan takut-takut dia bangun dari kedudukannya ketika itu dan berlalu kekatil.Namun Aisya Humaira tidak berniat langsung untuk tidur diatas katil itu lagi setelah apa yang baru berlaku diantaranya dan Syed Firas tadi.Dia tahu lelaki itu juga pasti tidak mahu tidur bersamanya,sekalipun dia tidur diatas katil itu pasti Syed Firas akan tidur dimana-mana ruang didalam bilik ini.Jadi Aisya Humaira segera mengambil sebiji bantal diatas katil itu sebelum berlalu kealmarinya dan mengeluarkan sehelai gebar besar untuk menjadi hamparannya tidur diatas lantai malam ini.
Semuanya dilakukannya dengan cepat,dia tidak mahu Syed Firas mengamuk lagi.Sedu dibibirnya masih kedengaran,malah sakit dipipi dan rambutnya ini juga masih tidak hilang akibat tamparan dan sentapan yang begitu kuat terhadap rambutnya tadi.Buat kesekian kalinya,Aisya Humaira membatalkan niatnya untuk menanggalkan kain tudung yang melitupi rambutnya tadi.Sungguh dia tidak merelakan Syed Firas untuk melihat auratnya lagi setelah apa yang terjadi tadi meskipun dia tidak patut berbuat begitu.Stoking dikakinya juga tidak dibuka.Setelah selesai menyediakan tempat untuknya bermalam,Aisya Humaira merebahkan tubuhnya diatas kain gebar yang baru dibentangnya tadi membelakangi katil yang sudahpun dibaring oleh Syed Firas.Lampu bilik juga sudah ditutupnya sebelum dia baring tadi,rupa-rupanya kesedihan dihati Aisya Humaira tidak berhenti disitu sahaja,sebaik sahaja kepalanya dicecahkan keatas bantal tadi,tanpa segan silu,sekali lagi air matanya tumpah.Dia mula mengenangkan nasibnya,apakah ini yang akan dilalui olehnya sepanjang kehidupannya bersama insan ini nanti??
Ya Allah,mampukah aku untuk terus bertahan?? Kenapa lelaki ini sanggup menzalimiku??Mengapa tidak berterus terang dengan ku dari awal lagi jika dia sememangnya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini,sekurang-kurangnya aku boleh melakukan sesuatu jika pujukannya terhadap mama dan papanya tidak menjadi? Aku tahu,jika aku memberitahu ibu dan ayah yang aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini juga dulu,mereka pasti akan merelakan kerana mereka meletakkan keputusan itu ditangan ku.Tapi aku tak sangka ya Allah,keadaan telah menjadi lebih rumit daripada yang aku sangka! Sangkaku dialah tempat untuk aku bergantung harap selepas ini setelah ayah menyerahkan aku kepadanya,tapi sangkaanku meleset sama sekali bila dia sanggup memukulku dimalam perkahwinan kami.Suami apakah dia jika dia sudah berani mengangkat tangannya kewajahku sebelum hubungan kami bermula??
Ya Allah,ampunkan aku,ampunkan hamba Mu ini.Aku tidak patut menyalahkan takdir yang telah Engkau tetapkan keatas ku..Dia sudah pun menjadi suamiku dan dia adalah jodohku.Aku memilihnya kerana Mu,kerana keinginan kedua-dua orang tuaku.Tapi Engkau adalah sebab utama mengapa aku memilihnya.Ampunkan aku..Berikanlah aku sebuah kekuatan untuk aku terus berdepan dengannya selepas ini,jika memang dia jodoh ku,bantulah aku untuk menyelami hatinya.Moga suatu hari nanti dia akan menerima ku sebagai isterinya.
Puas Aisya Humaira menangis dan merintih malam itu sehingga akhirnya dia terlena dalam tangisannya tanpa dia sedar.Seawal jam 3.00 pagi dia sudah tersedar dari lenanya,Aisya Humaira tidak menunggu masa lagi untuk bangun dan pagi itu..Sekali lagi dia mengadu kepada Penciptanya.Menyerahkan dirinya kepada yang Esa sehingga azan subuh berkumandang.Setelah itu baru dia mengejutkan suaminya yang masih terlena.Itupun disambut dengan dengusan yang cukup garang daripada lelaki itu.Aisya Humaira tidak peduli,kini dia bukan lagi sendiri,tetapi hidupnya sudah diketuai oleh orang yang selayaknya.Dalam perhubungan suami isteri pun,setiap dari mereka adalah sebagai pelengkap diantara satu sama lain.Jika ada kekurangannya,maka yang ini akan menjadi penampalnya.Jika ada yang bersalah atau lalai,seorang lagi mesti menjadi penegurnya.Apatah lagi dalam soal ibadah seperti ini.
Alhamdulillah,Syed Firas masih mengizinkannya untuk menjadi makmumnya buat pertama kali.Aisya Humaira tidak kisah bila salamnya disambut hambar,yang penting Syed Firas masih mahu menjadi imamnya.Itu sudah cukup untuk membahagiakannya.
Derita Aisya Humaira rupa-rupanya tidak berakhir disitu sahaja,dua hari kemudian dia dibawa balik kerumah mertuanya.Sememangnya layanan yang diberikan oleh Syed Firas ketika dihadapan keluarganya cukup baik.Seoalah-olah dialah lelaki yang paling romantik didalam dunia ini.Melayan isterinya bak permaisuri didalam intana.Hakikatnya itu semua sekadar sebuah lakonan.Ketika berada didalam bilik mereka.Hubungan yang intim tadi,jadi dingin sekelip mata.
Seminggu mereka menetap bersama mertuanya,akhirnya Syed Firas membawa Aisya Humaira kerumah teres dua tingkat milik lelaki itu yang agak jauh daripada keluarganya.Namun dekat dengan tempat kerja suaminya.Dari situlah luka dihatinya semakin menjadi-jadi,bila Syed Firas mula menunjukkan sikap buruknya satu persatu.Rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang kutu rayau.Setiap malam hari,dia pasti akan menghilangkan diri.Entah kemana perginya dia,entah apa yang dia buat diluar sana.Aisya Humaira tidak pernah ambil tahu kerana dia pernah mengajukan soalan itu kepada suaminya tapi hanya penampar yang hinggap dipipinya menjadi jawapan kepada pertanyannya itu.Sejak itu apa juga yang dibuat oleh Syed Firas tidak diambil tahu lagi oleh Aisya Humaira.Dengan matanya dia hanya mampu melihat,dengan telinganya dia hanya mampu mendengar.Tugas sebagai isteri tetap dilaksanakan,segala makan pakai lelaki itu dijaga dengan baik olehnya.
Meskipun hidup seperti orang asing didalam rumah ini meskipun ikatan suami isteri telah mengikat mereka namun Aisya Humaira tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.Biarlah,biarlah dia yang terluka,biarlah dia yang terpaksa berdepan dengan segala kesakitan ini demi kebahagian orang tua dan mertuanya.
Masih segar diingatan Aisya Humaira tentang pesanan ibu mertuanya ketika dia sudah menjadi isteri kepada Syed Fadhli tanggal 23 April yang lepas.Pesan orang tua itu supaya dia dapat bersabar dengan sikap panas baran anaknya itu.Kata orang tua itu,dia yakin yang Aisya Humaira dapat mengubah anaknya kerana itu dia dipilih sebagai calon isteri kepada Syed Firas Bin Tan sri Syed Fadhli beberapa bulan yang lalu..
Sayangnya sekarang,hidupnya yang menderita.Apa yang difikirkannya tentang lelaki itu rupanya jauh panggang dari api.Ini pertama kali dia berdepan dengan seorang lelaki yang sukar difahami didalam hidupnya sehingga sekarang walaupun sudah hampir setahun lebih pernikahan mereka!
Aisya Humaira menyangka penderitaannya hanya akan berakhir seperti itu,namun hati manusia memang sukar diduga kerana itu Aisya Humaira langsung tidak menyangka yang Syed Firas sanggup memperlakukannya lebih teruk daripada kejahatan lain yang pernah dilakukan terhadapnya.Semuanya kerana malam itu! Syed Firas balik kerumah dalam keadaan marah-marah.Apa sahaja barang yang sempat dicapai oleh tangannya ketika itu,semuanya dihempas kuat kelantai,entah siapa yang membuatkannya angin sebegitu rupa Aisya Humaira sendiri tidak tahu.Niatnya ingin mendengar masalah lelaki itu menjadi sebuah penderitaan yang lebih menyakitkan diri Aisya Humaira bila Syed Firas seperti orang hilang kawalan terus mendakap dan mencumbuinya kasar sebaik Aisya Humaira muncul didepannya.Tubuhnya terus dicempung oleh lelaki itu kedalam biliknya,sebelum Syed Firas melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka dek akal Aisya Humaira sepanjang dia menjadi isteri lelaki itu.
Aisya Humaira langsung tidak menyangka Syed Firas sanggup memperlakukannya sebegitu rupa.Malam itu,Syed Firas menidurinya tanpa relanya.Puas Aisya Humaira merayu,dia merayu supaya dirinya dilepaskan.Aisya Humaira tidak sanggup dilayan sebegini rupa oleh Syed Firas.
Kenapa bang?? Kenapa abang sanggup buat Aisy sebegini rupa?? Aisy isteri abang..Bukannya pelacur!! Bukan pelacur!! Bukan bang...
Dan...Rintihan itu hanya kedengaran jauh didalam hati Aisya Humaira.Untuk kesekian kalinya,Aisya Humaira merasakan yang kesabaran dan kepercayaannya terhadap insan ini mula punah sedikit demi sedikit.
Jika lelaki itu meminta haknya dengan cara yang baik.InsyaAllah Aisya Humaira akan mengizinkannya..Tapi bukan dengan cara ini!! Dia tidak mahu Syed Firas melayaninya sebegini rupa! Jeritan batinnya tidak mampu diluahkan.Aisya Humaira tewas juga tanpa relanya.
Ya Allah,apa salah ku?? Apa dosa ku padanya sehingga dia sanggup melakukan isterinya sendiri sebegini rupa?? Apa dosaku ya Allah!!..
Dipagi yang subuh itu,Aisya Humaira menitiskan air matanya lagi setelah puas dia menangis ketika bersama Syed Firas semalam.Kali ini dia mengadu segala-galanya kepada sesuatu yang lebih berhak untuk mendengar dan mengubat segala penderitaannya.
Lelaki itu sudah lama menghilangkan diri,Aisya Humaira tidak tahu kemana perginya lelaki itu disubuh-subuh hening ini.Ketika dia sedar tadi lelaki itu sudah tiada disisinya,saat dia tersedar tadi hanya air mata yang menitis diwajah putih bersihnya.Mengenangkan pertistiwa hitam yang telah berlaku didalam hidupnya malam tadi,naluri kewanitaannya terasa didustai oleh seorang lelaki bernama suami!
Sungguh,dia tidak rela dilayan sepertimana Syed Firas melayannya semalam.Sampai hatinya....
Seminggu selepas itu,kehidupan Aisya Humaira sebagai seorang isteri masih berjalan seperti biasa,cuma selepas peristiwa malam itu Aisya Humaira menjadi semakin pendiam,lebih senang mengurungkan dirinya didalam bilik terutama sekali apabila Syed Firas berada dirumah.Dia hanya akan keluar kerana sebab -sebab tertentu,ini kerana setiap kali berdepan dengan Syed Firas,Aisya Humaira gagal membendung kesedihan yang bertandang dihatinya.Air matanya terlalu murah untuk mengalir.
Pun begitu,Aisya Humaira langsung tidak melihat sedikit kekesalan pun dimata suaminya diatas perbuatannya dulu.Syed Firas masih seperti dulu,seolah-olah tidak punya perasaan.Sungguh! Jika tidak memikirkan statusnya yang masih bergelar isteri kepada suaminya.Sudah lama Aisya Humaira keluar meninggalkan rumah ini.Alasannya untuk terus bertahan pun,semuanya dia lakukan kerana kedua-dua belah pihak keluarga yang begitu mengharapkan dia terus setia berada disisi Syed Firas.Mereka terlalu mengharapkannya untuk membimbing lelaki itu.Sudahnya,apa pilihan yang dia ada??
Kerana itu setiap kali selepas solat,dia tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah supaya melembutkan hati suaminya.Sentiasa juga dia menitipkan kehadrat illahi agar Allah merahmati dan meredhai rumah tangganya ini.
Kini sudah 3 bulan lebih peristiwa hitam itu berlalu,tapi sehingga kini Aisya Humaira tidak mampu melupakannya peristiwa hitam yang telah terjadi ddialam hidupnya
Sejak akhir-akhir ini tubuhnya mula tidak sihat.Aisya Humaira sedikit bimbang mengenangkan kitaran haidnya yang sudah sebulan lebih terlewat.Selepas maghrib tadi Aisya Humaira terlena diatas sofa diruang tamu,petang tadi dia hampir pitam setelah dirinya tidak henti-henti berulang kebilik air membuang segala isi perut melalui muntah yang begitu menyengat deria baunya.
Aisya Humaira tergesa-gesa berlalu ke pintu utama rumahnya apabila mendengar suara orang memberi salam.
Ketika mendengar suara orang memberi salam juga tadi dia sebenarnya sedang terlena.Cuma ketukan yang agak kuat dipintu rumah menyedarkannya.
Pada fikirannya Syed Firas baru balik dari kerjanya,namun lain yang ditunggu lain pula yang didapatinya.Bibirnya kelu saat melihat wajah Pak su yang begitu dikasihi sudah berada didepan mata! Pak su yang begitu dirinduinya setelah sekian lama tidak bertemu kini sudah berada didepan matanya.Bersinar-sinar pandangan Aisya Humaira melihat wajah Pak su.
“Assalamualaikum anak Pak su..”
Suara itu mematikan lamunan Aisya Humaira,tanpa menunggu lama salam dari lelaki itu dijawab dengan seribu kebahagian diwajahnya.Aisya Humaira tidak menunggu lama lagi untuk berada dipelukan Pak su kesayangan setelah hampir 7 tahun tidak bersua muka.Selama ini Pak su nya telah menetap di Jepun setelah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah syarikat automotif bertaraf antarabangsa di sana.Sudah terlalu lama Pak sunya ini tidak balik ketanah air,demi membawa hati yang kesedihan selepas kehilangan isteri tercinta dalam sebuah kemalangan ngeri yang telah meragut nyawa isteri dan kedua-dua puterinya.Pak su menerima tawaran tersebut,katanya jika dia terus berada disini.Kenangan semasa bersama arwah isteri dan anak-anaknya hanya akan membuatnya lebih berduka meskipun dia sibuk dengan pekerjaannya.
Baru kini mereka bersua muka kembali,pastinya banyak perkara dan cerita yang ingin dikongsi bersama mengenai kisah lalu yang telah menjadi memori dan kehidupan mereka kini
“Hmm..Ya Allah!! Dah jadi isteri orang rupanya anak Pak su nie..” Luah Pak su sebaik pelukan mereka terlerai.
Aisya Humaira pula hanya tersenyum mendengar luahan hati Pak sunya,mungkin tidak menyangka satu-satunya anak saudara perempuannya sudah pun menjadi milik seorang lelaki.
“Tulah,siapa suruh Pak su tak pernah hantar khabar berita pada Aisy dan keluarga.Sudahnya anak saudara sendiri kahwin pun Pak su tak tahukan?” Perli Aisya Humaira.Sekadar ingin mengusik Pak su.
“Pak su minta maaf k..Pak su bukannya tak nak hantar khabar berita pada keluarga.Tapi Pak su busy betul masa kat sana sampai takda peluang nak berhubung dengan sesiapa lagi.”
“Yalah tu.” Perli Aisya Humaira,sejak dia berkahwin dengan Syed Firas.Baru hari ini dia merasakan kebahagian didalam hidupnya semula.Itupun setelah bertemu kembali dengan pak su yang begitu dirinduinya iaitu satu-satunya adik kepada ibunya.Sejak dari kecil sehingga mereka,mereka 4 beradik memang rapat dengan Pak su dan keluarganya,sayangnya sejak 8 tahun lalu kasih mereka terpisah seketika dek tragedi tersebut bapa saudara kesayangan mereka ini telah membawa diri jauh ketempat orang.Pernah ibu dan ayahnya menasihati Pak sunya ini supaya tidak pergi,namun bila Pak su tetap dengan keputusannya.Mereka semua tidak boleh berbuat apa-apa.Mungkin ada hikmahnya diatas semua yang terjadi ini.Dan selepas 7 tahun berlalu.Mereka kembali dipertemukan oleh Allah..
“Pak su balik nie pun bukannya lama Aisy,minggu depan Pak su kena bertolak pergi ke Demark.Tak tahu bila nak balik semula kesini.Sebab tu Pak su ingat sepanjang dua minggu kat sini Pak su nak melawat rumah anak-anak saudara kesayangan Pak su.”
“Pak su dah pergi rumah abang long,abang ngah dan Abang cik??”
“Belum lagi,lepas berehat dirumah ayah dan ibu,ini rumah kedua Pak su bertanggak.Lepas nie baru Pak su bercadang nak melawat mereka bertiga pulak.”
“Makin kacak kan Pak su sejak menetap di Jepun.Mula-mula tadi Aisy hampir saja tak mengenali Pak su.Bila Pak su senyum baru Aisy dapat tahu Paksu yang sedang berdiri didepan Aisy.”
“Macam tu pulak??”
“Yalah,mana boleh Aisy nak lupakan senyuman Pak su yang paling menawan nie.Siap ada dua lesung pipit lagi.Sampai arwah Mak su pun pernah beritahu Aisy yang dia jatuh cinta dengan Pak su buat pertama kalinya sebaik sahaja melihat senyuman Pak su..”
Air muka Pak su sedikit berubah ketika Aisya Humaira menyebut tentang kenangan lamanya,bukan dia marah dengan kata-kata Aisya Humaira ini tapi entah kenapa sejak dulu sehingga kini jika dia mendengar nama arwah isteri mahupun arwah anak-anak disebut.Hatinya jadi sebak dan sayu yang teramat.
“Maafkan Aisy,Pak su..”
Menyedari akan keterlanjuran bicaranya,Aisya jadi tidak sedap hati pulak melihat kesenyapan Pak sunya.
“Tak pa Aisy,ish..Pak su nie pulak yang jadi sensitif tiba-tiba.” Kekeruhan diwajah Pak su bertukar tenang semula.
“Kita nie dah lama bersembang,Aisy nie langsung tak jamu Pak su apa-apa kan.Pak rehat dulu ya,Aisy buatkan apa yang patut.” Melihat kekalutan diwajah anak saudara kesayangannya,bibir Pak su mengukirkan senyuman lebar.
“Aisy nie,cuba jangan menggelabah sangat.Pak su dah singgah minum pun dalam perjalanan nak kesini.Ha,sebelum Pak su terlupa.Nak! Ambik cenderahati dari Jepun nie,khas untuk anak Pak su..”
Aisya Humaira tidak menunggu lama untuk menyambut huluran beg kertas yang agak besar tersebut.Gembiranya dia.
“Untuk Aisy??” Soal Aisya Humaira teruja.
Pak su mengangguk..
“Ye ke,susah-susah Pak su saja.Terima kasih..” Lebar senyuman Aisya Humaira melihat beg tangan yang berjenama didepan matanya kini.Cantik betul! Desis hati kecilnya.Cuma ketika itu,Aisya Humaira sudah merasakan yang sakit dikepalanya kembali menyerang.Pak su perasan akan perubahan air muka anak saudara kesayangannya itu cuma bibirnya tidak bisa lagi menyoalkan perkara tersebut.
“Kalau macam tu,Pak su duduk dululah.Aisy pergi buatkan ais special untuk Pak su.Tak patut betul Aisy nie kan? Tetamu datang kat rumah tapi tak sediakan apa-apa pun.” Baru Aisya Humaira bangun,barulah kesakitan ditubuhnya dirasai semula.Pak su yang berniat untuk mengusik puteri kesayangannya juga terus terdiam saat melihat wajah pucat Aisya Humaira.
Ternyata Aisya Humaira tidak mampu untuk menampung lagi berat badan tubuhnya,ditambah lagi dengan denyutan dikepalanya yang semakin menjadi-jadi.Pun begitu Aisya Humaira masih mengatur langkahnya menuju kedapur.
Pak su yang melihat keadaan ketika itu,terkejut melihat keadaan anak saudaranya yang sedang berlalu dalam keadaan terhuyung hayang.Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata bila Pak su melihat tubuh anak saudaranya sudah melayang ingin jatuh kebumi.Mujur sempat Pak su menyambut tubuh Aisya Humaira sebelum jatuh menyembah bumi.
“Ya Allah,kenapa nie Aisy?? Apa dah jadi ni nak??” Soal Pak su kebimbangan.Wajah pucat Aisya Humaira ditatap resah.Ketika tangannya singgah kewajah itu,dahi Aisya Humaira panas.Aisya Humaira sudah tidak sedarkan diri lagi.Dengan berhati-hati dia mencempung tubuh anak saudaranya sebelum dibawa kebilik utama ditingkat atas.
“Ya Allah,apa dah jadi nie Aisy?? Kenapa tak beritahu Pak su Aisy tak sihat??” Pak u bermonolog sendiri setelah mereka berada didalam bilik utama.Wajah pucat anak saudaranya membuatkan Pak su semakin bimbang.
Baru beberapa minit berlalu,Pak su sudah merasakan suhu dibadan Aisya Humaira naik mendadak.Lantas dia tidak menunggu lama lagi untuk menyediakan sebesen kecil air sejuk yang telah dibancuh bersama asam jawa.Kepala Aisya Humaira dibasahkan dengan air tersebut dengan tuala tangan milik Pak su.
Bimbang dia melihat keadaan anak saudaranya ini,namun bibirnya turut tersenyum senang ketika mengetahui punca mengapa Aisya Humaira menjadi seperti ini.Cuma dia tidak tahu sekarang apakah Aisya Humaira tahu atau tidak yang dia telah pun mengandung.
“Hoi!!! Kau buat apa dengan isteri aku dalam bilik nie ha!!!!” Ralit Pak su membasahkan kepala dan beberapa bahagian tubuh Aisya Humaira yang lain seperti tangan dan lehernya,tiba-tiba dia disergah.
Berderau darah Pak su mendengar tengkingan seseorang yang tidak jauh daripadanya.Dia menghentikan perbuatannya terhadap Aisya Humaira bila melihat keadaan seorang lelaki sedang berdiri didepan matanya.Dia tahu anak muda yang sedang melihat kearah mereka ini adalah suami kepada anak saudaranya ini.Pak su pernah melihat gambar pernikahan mereka berdua.
Sebuah senyuman mesra terukir diwajah Pak su,sebelum Pak su meletakkan semula tuala kecil itu kedalam besen air asam jawa yang dibawanya tadi.
Bupp!! Namun baru Pak su hendak bangun mendapatkan Syed Firas lantas berkenalan dengannya,tubuh Pak su sudah terjelepuk keatas lantai didalam bilik anak saudaranya itu bila sebuah tumbukan hinggap kewajahnya.Terpinga-pinga Pak su dengan tindakan suami anak saudaranya itu namun dia tidak menyalahkan anak muda itu apabila tumbukan itu singgah diwajahnya meskipun mulut dan gusinya sudah berdarah akibat tumbukan itu yang agak kuat itu.Pak su masih juga tersenyum sedangkan tanpa dia sedari perlakuannya itu hanya membuatkan lelaki yang menumbuknya tadi semakin angin.Rasa cemburunya semakin membuak-buak terhadap Pak su.Syed Firas langsung tidak mengenalinya!
“Kau buat apa dengan isteri aku ha?? Siapa kau?? Kenapa kau boleh berada dalam rumah aku?? Kau berselingkuh dengan isteri aku kan?? Dasar jantan tak guna!!..Jahanam kau kan..! Jahanam!” Syed sudah menerkam kearah tubuh Pak su yang sudah terjelepuk diatas lantai itu.Hampir sahaja satu tumbukan lagi singgah diwajahnya lagi sebelum...
Dummm....Paksu terkejut bukan kebelakang apabila melihat darah sudah menitis diwajahnya,darah itu datangnya dari kepala Syed Firas yang sedang berada diatasnya ketika ini.Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ,tapi lain pula yang terjadi bila tubuh Syed Firas pula jatuh ketubuhnya.Setelah itu matanya terarah kewajah anak saudaranya yang tadi terlantar diatas katil.Aisya Humaira sedang berdiri didepannya sambil memegang sebiji pasu tembikar.Sekarang tahulah Pak su apa yang terjadi.
“Aisy!!” Pak su menegur Aisya Humaira.Syed Fira sudah pengsan akibat pukulan itu tadi,
Sementara Aisya Humaira,dia ketakutan melihat keadaan suaminya.Darah yang mengalir dikepala itu membuatkan Aisya Humaira tidak sanggup untuk terus melihatnya.Tidak terniat dihatinya menghempuk kepala yed Firas dengan pasu ini tadi.Tapi??
“Pak Su!! Aisy tak sengaja..Aisy tak sengaja nak bunuh Firas.Aisy..??” Aisya Humaira memang ketakutan,sememangnya dia tidak berniat untuk melukai suaminya.Apatah lagi..Membunuh!
Ya Allah,aku telah membunuhnya kah?? Terasa lemah longlai lututnya ketika ini melihat tubuh Syed Firas sudah tidak bergerak.Aisya Humaira sudah duduk melutut diantara keduanya,dia kelihatan sedikit tidak tentu arah.Air matanya menitis deras sambil matanya langsung tidak dialihkan dari melihat tubuh yang telah kaku itu.
Aisya Humaira tersedar dari pengsannya tadi setelah mendengar pertengkaran yang membingitkan telinganya.Langsung dia tidak menyangka Syed Firas sudah balik.Paling mengejutkan saat matanya tertancap kearah figura manusia tadi,Aisya Humaira turut terpandang kewajah Pak su yang terduduk diatas lantai.Mulutnya berdarah! Ketika itu juga Syed Firas sudah mendapatkan Pak su,fahamlah Aisya Humaira ketika itu mengapa wajah Pak su sudah lebam.Bimbang Syed Firas bertindak lebih teruk daripada itu,Aisya Humaira tahu dia perlu melakukan sesuatu kerana itu dia tidak menunggu lama lagi sebaik matanya tertancap kearah sebuah pasu hiasan yang berada tidak jauh daripadanya.Aisya Humaira terus mencapainya,meskipun kepalanya masih sakit namun bimbang Pak su akan mati dikerjakan oleh suaminya.Aisya Humaira mengagahkan dirinya yang masih tidak sihat itu untuk bangun,tanpa berfikir panjang pasu tersebut dihentakkan sekuat hatinya ke kepala Syed Firas diluar kawalannya.
Pak su sudah bangun dan menghampiri Syed Firas dan anak saudaranya yang sedang ketakutan,nadi ditangan dan leher anak itu diperiksanya.Hatinya kembali tenang setelah memastikan Syed Firas yang masih bernyawa!
Pak su merenung Aisya Humaira,kepalanya dianggukkan memberitahu Aisya Humaira yang Syed Firas masih hidup.Seperti Pak su,Aisya Humaira turut merasakan nafas yang dihelanya ketika ini kembali stabil berbanding tadi cuma degupan jantungnya sahaja yang tidak mampu diredakan.Jauh disudut hatinya,Aisya Humaira terlalu bimbang jika berlaku s sesuatu yang buruk terhadap lelaki itu.
“Aisy duduk dirumah,biar Pak su hantar Firas ke hospital! Jaga diri baik-baik,jangan buat kerja lagi buat masa nie.Aisy tak sihat lagi,jaga baby dalam perut tu baik-baik.” Kata-kata Pak su membuatkan bibir Aisya Humaira terkunci terus,Pak su sudah berlalu sambil memapah Syed Firas pergi darinya.Sedangkan Aisya Humaira,terkebil-kebil matanya melihat Pak su yang sedang memapah Syed Firas berlalu dari bilik.
Pun begitu,sebaik bayang Pak su dan Syed Firas menghilang,sebaris ayat terakhir yang telah meniti bibir Pak su beberapa saat yang lalu terus menjatuhkan tangan Aisya Humaira kepermukaan perutnya yang kelihatan kempis itu,benarkah apa yang Pak su beritahunya tadi?? Benarkah dia kini sudah mengandung?? Tapi...Masakan sekali itu perhubungan mereka mampu mencambahkan benih Syed Firas didalam rahimnya?? Tapi mungkin juga betul kerana sudah hampir dua bulan haidnya tidak datang.Patutlah sejak dua minggu ini tubuhnya terasa lemah sahaja,letih tak tentu masa.Jiwa Aisya Humaira kembali terasa pedih,sukar untuk dia menerima kenyataan ini.Bukan kerana dia tidak mahukan anak ini jika memang benar dia sedang mengandung sekarang,apa pula reaksi Syed Firas jika mengetahui akan keadaannya??
Mungkinkah Syed Firas akan membunuh anak ini pula??
Itu yang menakutkannya kini,dia teramat bimbang akan reaksi yang akan diterimanya dari Syed Firas nanti.Bermacam-macam prasangka buruk datang menerjah kefikirannya.Kali ini Aisya Humaira lebih takut,takut seandainya Syed Firas tiba-tiba memintanya untuk menggugurkan kandungan ini!!
Ya Allah,apa yang perlu aku lakukan?? Apa yang perlu aku buat demi kebaikan kami anak beranak? Aku tidak bimbang jika diriku yang menjadi galang gantinya,tapi bagaimana dengan anugerah yang telah kau hadiahkan kepada ku ini? Aku tidak sanggup kehilangannya meskipun kehadirannya ini mungkin akan menyebabkan rasa benci Syed Firas kepada ku dan juga anak ini semakin membuak-buak! Apa yang perlu aku lakukan Ya Allah,sesungguhnya anak ini adalah nyawa ku kini.Ana ini adalah amanah Mu buat ku.. Hatinya kecil Aisya Humaira berbisik sayu.Tangisan yang tadi sudah reda kembali kedengaran.
Dengan berat hati,seribu perasaan yang sudah bercampur baur.Akhirnya keputusan yang paling sukar didalam hidupnya diambil.Hanya ini keputusan yang baginya cukup baik untuk dia lakukan,hanya ini keputusan yang dapat Aisya Humaira fikirkan ketika ini.
Meninggalkan Syed Firas tanpa kerelaannya,itulah yang akan dilakukannya sekarang.
Aisya Humaira redha jika inilah takdir yang telah ditetapkan keatasnya.Dia juga sudah bertekad,walauapapun yang akan terjadi selepas ini dia tidak akan menoleh kebelakang.Bila tiba masanya nanti,dia akan kembali untuk meleraikan ikatan ini.Dia sudah serik atas apa yang telah terjadi! Cukuplah hidupnya telah menjadi bahan gurauan oleh suaminya sendiri selama ini.Demi anak yang berada didalam kandungannya ini,Aisya Humaira akan terus menghilangkan dirinya daripada Syed Firas buat selama-lamanya.
Sebaik semua pakaian dan barang-barang penting dilipat kemas kedalam lagguage,Aisya Humaira terus menelefon teksi untuk mengambilnya dirumah.Hanya Allah yang tahu betapa berat hatinya ingin meninggalkan mahligai ini,meskipun didaerah ini telah mencoretkan pelbagai kisah sedih dan derita hidupnya sepanjang menjadi isteri kepada Syed Firas.Namun didaerah ini juga adalah syurganya!
Sayangnya..Aisya Humaira sudah membuat keputusan muktamad.Dia takkan berpaling lagi.Apa guna dia mencinta lagi jika cinta yang dihulur langsung tidak ingin disambut,jika kasihnya hanya dianggap sebagai sampah,jika rindunya hanya dipandang sepi oleh insan itu?? Dia juga manusia biasa,punya hati dan perasaan.Ingin cinta dan dicinta,ingin kasih dan dikasih,ingin rindu dan dirindu.Sesungguhnya Aisya Humaira sudah terlalu penat untuk melayan ‘kerenah’ lelaki itu lagi! Ditambah dengan kehadiran anak ini,Aisya Humaira tidak mahu jika dia juga turut sama dengan kesedihan dan penderitaan yang tidak berkesudahan ini.
Buat kali terakhirnya,sebelum teksi yang disewanya berlalu meninggalkan kediaman mewah milik Syed Firas ini.Aisya Humaira menatap sepuasnya rumah itu kerana mungkin selepas ini dia takkan kembali semula ketempat ini.Semuanya hanya akan menjadi kenangan dan sejarah silamnya.Selepas ini dia akan memulakan kehidupannya semula bersama-sama dengan anak ini.
Syed Firas..Masih kuat ingatannya buat insan itu rupanya.Sehingga saat ini,Aisya Humaira langsung tidak mampu membuangkan ingatannya buat insan itu.
“Kenapa ibu masih menyayangi papa meskipun sudah beribu kali hati ibu nie dilukai olehnya? Sedangkan papa tak pernah melayan ibu dengan baik walaupun ketika pertama kali ibu bersamanya.Kenapa sayang?? Jahat sangat ke ibu nie?? Hina sangat ke ibu nie sayang dimatanya?? Ibu tak minta apa pun,ibu cuma mahu papa melayan ibu selayaknya sebagai seorang isteri dan wanita.Biarpun tiada sekelumit cinta dan kasih papa buat ibu,tidak bolehkah dia melayan ibu sebagai sahabatnya dan bukannya sebagai musuh?”
Itulah ayat terakhirnya sebelum rumah teres dua tingkat milik suaminya ditinggalkan begitu saja.Semua barang-barangnya turut dibawa bersama.Disini bukan tempatnya lagi dan bukan juga kehidupan yang diimpikannya selama ini.Akhirnya teksi yang dipanggilnya tadi membawa Aisya Humaira pergi jauh daripada hidup lelaki ini.Sempat Aisya Humaira menitipkan sebuah doa yang amat bermakna buat suaminya,semoga Allah menemukan Syed Firas dengan kebahagian yang dicarinya selama ini.
‘Selamat tinggal abang..’ Kini bermulalah perjalanan hidupnya seorang diri di bumi Allah ini.Tiada lagi ibu dan ayah,tiada lagi suami yang seringkali menyakiti dirinya,tiada juga ketiga-tiga abang yang dikasihinya serta kedua-dua mertua yang teramat disayanginya.Sekarang dia sudah bersendirian,dalam keadaannya sedang berbadan dua ini,Aisya Humaira dapat rasakan lebih banyak ujian yang akan melanda hidupnya selepas ini.Doanya cuma satu,agar Allah memeliharanya dan kandungan ini.
“Sayang..” Pecah berderai kaca lamunan Aisya Humaira mendengar sapaan seseorang dibelakang.Hatinya sudah tidak enak ketika mendengar suara yang sudah tidak asing ditelinganya itu meskipun sudah hampir 5 bulan mereka tidak bertemu!
Biar betul?? Hatinya bertanya sendiri,cuba untuk menidakkan apa yang sedang difikirkannya ketika ini.
Sebolehnya dia ingin berpaling,namun hatinya menghalangi.Sebolehnya Aisya Humaira ingin menatap wajah yang begitu dirinduinya namun kesakitan lama itu bagai berbisik untuk dia tidak menerima insan itu semula didalam hidupnya.
Namun..Aisya Humaira gagal berbuat begitu bila mengenangkan kandungannya ini,sehingga sekarang dia masih isteri kepada lelaki itu kerana Aisya Humaira tetap menggunakan wang yang setiap bulan dimasukkan ke akaunnya selama 5 bulan ini.Wang itu adalah nafkah lelaki itu padanya,sejak dari awal pernikahan mereka sehingga kehari ini,setiap bulan wang sebanyak RM 1000 ringgit itu pasti akan dimasukkan meskipun pernah dia memberitahu Syed Firas bahawasanya dia tidak memerlukan semua itu.Oleh kerana dia tidak bercadang untuk bekerja sehingga bayinya lahir,Aisya Humaira terpaksa juga menggunakan wang itu untuk menampung hidupnya dan kandungan selama 6 bulan ini.Lagipun dengan adanya kandungan ini Aisya Humaira juga tidak mampu berbuat apa-apa,sekalipun dia mahukan perpisahan,semuanya hanya akan sah saat dia melahirkan anaknya nanti.
“Awak??” Bergetar naluri kewanitaannya melihat wajah lelaki yang begitu dirindui sudah berada didepan mata.Benar kata hatinya tadi,memang Syed Firas yang menegurnya.
Tiada lagi panggilan abang yang meniti bibirnya seperti sejak hari pertama Syed Firas menjadi suaminya.Aisya Humaira sudah menghalangi bibirnya daripada menyebut perkataan keramat itu kerana Syed Firas juga pernah menghalangnya memanggil dia dengan perkataan itu! Sudah tiba masanya untuk Aisya Humaira menentukan kehidupannya sendiri.
Tidak bagi Syed Firas kini,panggilan awak yang baru digunakan oleh isterinya ini membuatkan hatinya jadi sebak.Ditambah lagi dengan keadaan Aisya Humaira yang sedang berbadan dua kini,menambahkan lagi beban rasa bersalah yang ditanggungnya.Betapa selama ini dia telah menzalimi wanita ini,kerana egonya Aisya Humaira terpaksa menjadi mangsa kemarahannya!
Pandangannya kemudian jatuh kepermukaan perut siisteri yang nampaknya agak sarat.Hatinya sebak,mengenangkan kandungan dirahim isterinya ini.Peristiwa dia menyentuh Aisya Humaira tanpa kerelaan wanita itu menjadikan Syed Firas serba salah.Dia marah pada dirinya,kenapa dia sanggup melayan isterinya sebegitu rupa jika dihatinya sudah terbit rasa cinta untuk Aisya Humaira? Kenapa dia sanggup menjadi sekejam-kejam manusia dengan meniduri isterinya tanpa kerelaan??
‘Maafkan papa sayang..’ Bisiknya sayu.Terasa begitu kerdil dirinya ini dihadapan wanita yang pernah dinafikan kedudukannya sebagai isterinya ini.
“Awak buat apa kat sini..? Mana awak tahu saya berada disini..? Macammana awak..??”
Banyak soalan yang ingin diajukan oleh Aisya Humaira terhadap lelaki itu,tetapi setiap persoalan yang meniti bibirnya ketika itu langsung tiada penghabisan.Semuanya tergantung begitu saja.Ketika ini air matanya cuma ingin menitis,tetapi sedaya upaya ditahannya kerana dia tidak mahu dilihat sebagai seorang wanita yang lemah lagi dihadapan lelaki ini.Demi dirinya dan kandungan ini dia perlu kuat,sebarang kemungkinan mungkin berlaku ketika ini kerana dia sendiri tidak tahu apa motifnya Syed Firas muncul dihadapannya hari ini?
“Sayang..Abang datang nie pun sebab nak bawa Aisy balik kerumah kita.Abang...” Syed Firas cuba untuk meraih jari jemari Aisya Humaira kedalam genggamannya,tetapi gagal bila Aisya Humaira terlebih dahulu menghalanginya.Sekali lagi dia mencuba,tapi kali ini beralih pula kepada perut isterinya yang sedang sarat.Seperti tadi juga,sentuhannya cuba dielak oleh Aisya Humaira selagi terdaya.Dia tak mahu lelaki ini menyentuhnya lagi!!
“Maaf Encik Firas,saya harap Encik Firas boleh keluar dari rumah saya sekarang.Tolong jangan ganggu saya lagi dan saya tak mahu melihat wajah Encik Firas disini lagi!” Belum pun sempat Syed Firas menghabiskan kata-katanya,Aisya Humaira sudah memotong terlebih dahulu.Dengan berpura-pura kuat,ayat yang dilafazkan melalui bibirnya kedengaran cukup tegas! Sambil mengunjukkan jari telunjuknya kearah pintu,Aisya Humaira mengarahkan kepada lelaki itu supaya keluar daripada rumahnya!
Aisya Humaira nampak cukup tenang dan kuat,namun itu hanya ketika dia berdepan dengan lelaki itu,sebaik tubuhnya dipalingkan kebelakang dan kakinya mula bergerak untuk menuju kebilik.Air mata Aisya Humaira sudah menderu-deru tumpah diwajahnya seperti air hujan yang begitu lebat jatuh ke muka bumi Allah ini.Sebenarnya dia tidaklah sekuat mana pun kerana setiap kali berdepan dengan suaminya,dia pasti akan longlai.Itulah kelemahannya sebagai seorang isteri dan insan bernama wanita.
“Aisy..”
Baru tangannya ingin membuka pintu bilik utama didalam rumah teres yang disewanya itu,langkah kakinya terhenti ketika menyedari jari jemarinya sudah dipaut lembut oleh seseorang.Aisya Humaira tahu,tangan kasar yang sedang memaut tangannya ini adalah Syed Firas.
Batinnya mula menjerit,perasaannya terasa seperti disiat-siat kembali,sakit betul luka yang telah dicalitkan oleh lelaki ini didalam dirinya sehingga dia menjadi lemah seperti sekarang.
“Awak nak apa lagi! Awak nak apa Syed Firas?? Cukup-cukuplah tu,cukuplah apa yang awak dah buat dalam hidup saya selama nie,saya dah letih sangat.Kenapa awak masih nak simpan saya lagi kalau niat awak hanya ingin menyakiti?? Hanya ingin membuatkan hidup saya menderita??Tolong!! Tolong keluar dari rumah saya!! Saya tak nak tengok muka awak lagi!! Tolonglah..!!” Keadaan tiba-tiba bertukar genting,Aisya Humaira sendiri tidak tahu darimana dia mendapat kekuatan itu,untuk bersuara sekasar itu terhadap suaminya sendiri.Sebelum ini,tak pernah langsung terdetik dihatinya untuk bercakap kasar dengan Syed Firas.Apatah lagi melawannya.Tubuhnya pula sudah kembali berdepan dengan lelaki itu semula.
“Abang..” Terpaku Syed Firas melihat air mata yang menitis diwajah isterinya,dia tidak jadi untuk berkata-kata lagi.Pautannya ditangan Aisya Humaira juga sudah terlerai,tetapi beralih arah pula kewajah yang sudah basah itu.Lembut jari jemari kasar Syed Firas menyeka air mata itu dari menitis.
“Awak sengaja kan nak susahkan hidup saya lagi! Kenapa? Ibu dengan ayah ke meminta awak mencari saya setelah mendapat tahu anak perempuan mereka nie lari dari seorang binatang yang tak berperikemanusiaan macam awak?? Atau awak datang sekarang sebab nak bunuh saya dan baby nie pulak kerana saya pernah berniat untuk membunuh awak malam tu??” Aisya Humaira terus memotong percakapan suaminya,bertubi-tubi ayat yang keluar dari bibir Aisya Humaira menjadi hamburan racun buat Syed Firas meskipun itulah hakikatnya!
Tanpa berpaling sedikit pun kewajah Syed Firas,Aisya Humaira seperti orang hilang arah bila dia tiba-tiba terus berpusing kesebelah kanannya dan berniat untuk menuju kedapur,sebelum itu matanya sudah tertancak kearah sebilah pisau yang berada diatas meja makan.Pisau yang digunakannya tadi untuk mengupas mempelam muda yang baru dibelinya dipasar pagi tadi.
Syed Firas yang hanya mengikut rentak isterinya untuk beberapa saat tadi,terkejut bukan kepalang apabila Aisya Humaira menghulurkan bilahan pisau itu kepadanya.Jelas diwajah itu melihatkan kesarabutan yang teramat.
‘Apa maksud Aisy??’
“Nah!! Inikan yang awak nak?? Awak nak bunuh Aisy kan..Nah! Ambik pisau nie.. Bunuh Aisy sekarang,bunuh perempuan hina nie sekarang kalau itu yang dapat puaskan hati awak!! Bunuh!! Bunuh!! Bunuh saya dan baby nie!! Bunuh saya Syed Firas!! Bunuh saya,bunuh!!!”
“Bunuh kami?? Awak tunggu apa lagi?? Mesti selama 5 bulan nie awak puas mencari kami kan?? Sekarang! Saya dah berada didepan mata awak,dendam awak akan berbalas.Ambik pisau nie! Tikam kami kalau itu bayaran yang perlu saya jelaskan selepas apa yang telah saya buat pada awak malam tu!! Bunuh!!!!!”
Aisya Humaira mula menjerit bersama tangisannya yang semakin menjadi-jadi.Syed Firas yang terkejut melihat huluran tersebut beserta racauan isteri yang dikasihinya,terus merampas pisau tersebut dari tangan Aisya Humaira.Dibaling sejauh mungkin pisau tersebut daripada kedudukan mereka ketika ini,sedih hatinya melihat kelukaan yang pernah dia buat terhadap Aisya Humaira.Apa yang berlaku sekarang jelas menceritakan kepadanya tentang apa yang telah dia buat terhadap wanita ini sejak Aisya Humaira menjadi isterinya! Itulah kesilapannya selama ini.
Tanpa menunggu lama,walaupun hanya untuk sesaat lagi.Aisya Humaira sudah berada dipelukannya,dia sendiri tersentap bila lelaki itu tiba-tiba menarik lengannya sehingga membuatkan Aisya Humaira terus terlekap didada suaminya.
Walaupun Syed Firas tahu apa yang dia buat ini tidak mampu mengubat semua derita yang telah dia palitkan kedalam hidup isterinya tapi dia tidak punya jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah mereka.Syed Firas tidak mampu untuk menanggung dendam rindu yang cukup mencuit hatinya.Demi rumah tangganya,Syed Firas mahu menjernihkan keadaan diantara mereka.Bibirnya mula mengucap kata maaf,tak berhenti-henti bibirnya memohon keampunan dari Aisya Humaira.Tangannya pula terus membelai tubuh wanita kesayangannya itu,jujur dia akui inilah kali pertama dia melayan isterinya sebagai seorang isteri dengan cara yang teramat lembut.Erat pelukannya terhadap tubuh isterinya ini sehingga dia dapat merasai lekuk tubuh isterinya bersatu dengan tubuhnya.
Tidak pula bagi Aisya Humaira,meskipun inilah yang dia impikan selama ini sejak berpisah dengan Syed Firas.Ingin berada dalam dakapan insan itu,berharap agar Syed Firas menyayanginya dan mengasihinya sebagai seorang isteri seperti yang selalu dimimpikannya saban malam ketika matanya ingin terlelap.Tapi lain pula yang dizahirkannya bila tangannya tidak henti-henti mencuba untuk meloloskan dirinya dari Syed Firas.Bila dia tahu dia tidak mampu berbuat begitu,kemarahan dan kesakitannya dizahirkan dengan pukulan yang bertubi-tubi dari kedua-dua belah tangannya didada Syed Firas.Esakannya makin menjadi-jadi.
Meskipun sakit,Syed Firas tetap membiarkan kerana dia tahu,semua ini tidak cukup untuk menebus kesalahannya terhadap Aisya Humaira! Hukuman ini tidak cukup untuk membalas penderitaan yang telah dia palitkan kedalam hidup Aisya Humairanya..
“Kenapa!! Kenapa cari Aisy lagi?? Kan Aisy dah cakap pada awak,jangan cari Aisy!! Jangan sesekali mencari Aisy,sebab Aisy tak perlukan awak lagi!! Aisy tak nak jadi isteri awak lagi! Aisy tak nak lihat muka awak lagi! Aisy benci..Aisy benci!! Benci dengan Syed Firas Bin Syed Fadhli!! Benci..Benci!..Ya Allah.” Sudah penat menumbuk tubuh itu dan Syed Firas juga masih tidak mahu melepaskannya.Akhirnya Aisya Humaira terkulai juga dalam pelukan insan itu,bibirnya terus merintih..Merintih dan merintih.Air matanya terus menitis,menitis dan menitis sehingga lenjun kemeja T milik Syed Firas.
Benar kata orang,cinta itu memang indah tapi adakalanya ia begitu menyakitkan sehingga mampu menjadi nanah yang amat berbisa.Cinta juga boleh menjadi seseorang itu dibuai mimpi indah setiap masa tapi adakalanya akan menjadi mimpi ngeri yang amat menakutkan.Itulah yang pernah dan telah dilalui oleh seorang wanita bernama Aisya Humaira semuanya kerana cintanya terhadap seorang kekasih bernama suami iaitu Syed Firas.
“Maafkan abang,I’m really sorry.Abang bersalah pada Aisy sejak hari pertama lagi abang menikahi Aisy.Maafkan abang kerana pernah menampar wajah Aisy,pernah menarik rambut Aisy dimalam pernikahan kita.Abang minta maaf sayang,bukan niat abang nak buat macam tu pada Aisy,tapi abang terlalu mengikut rasa amarah abang pada mama dan papa kerana meminta abang menikahi Aisy.Abang rasa dunia abang dah punah bila perempuan yang begitu abang cintai,pergi meninggalkan abang setelah mengetahui abang bernikah dengan Aisy.Pada abang waktu itu,Aisylah pemusnah kebahagian abang.Abang marahkan mama dan papa tapi Aisy yang menjadi mangsa.” Aisya Humaira terus mendengar luahan hati lelaki itu,buat pertama kalinya sejak mereka berkahwin,Syed Firas mahu berkongsi apa yang telah dilaluinya dulu.
“Abang pun pernah bersama Aisy tanpa rela Aisy,abang tahu abang tak patut buat macam tu.Tapi sungguh sayang,tak terniat pun dihati abang menganggap Aisy sebagai pelacur dengan layanan abang pada Aisy masa itu.Cuma abang terlalu ego sayang,abang terlalu ego kerana menafikan cinta dan kasih sayang yang telah berputik dihati abang nie untuk Aisy.Abang ego kerana abang pernah berjanji dengan diri abang yang abang takkan pernah mungkin jatuh cinta dengan seorang perempuan kampung seperti Aisy.Maafkan abang sekali lagi sayang..” Ucap Syed Firas,tapi kali ini kedengarannya lebih berbisik ditelinga Aisya Humaira.Aisya Humaira pula terus menitiskan air matanya kerana setiap patah kata yang sedang disebut oleh Syed Firas sekarang adalah berkaitan tentang hubungan mereka selama ini.Mendengar Syed Firas bercerita,seolah-olah telah membawa Aisya Humaira kembali ke peristiwa-peristiwa yang menyakitkan itu.Hanya pelukan yang kuat darinya ketubuh Syed Firas ketika itu memberitahu Syed Firas tentang apa yang telah dia buat kepada Aisya Humaira.
Maafkan abang sayang..
“Selepas 3 bulan berlalu, perempuan yang pernah patahkan hati abang dulu,kembali semula dalam hidup abang.Ketika abang sudah menerima Aisy sepenuhnya dalam hidup abang.Masa tu abang tak mampu nak menipu perasaan abang lagi bila hati abang sentiasa merindui Aisy setiap masa,setiap saat dan ketika hatta ketika abang sibuk bermesyuarat dengan klien-klien penting abang hanya wajah Aisy yang bermain dimata abang,hanya tentang Aisy yang bermain difikiran abang.Kalau boleh abang nak lihat Aisy sentiasa berada didepan mata abang,berada dalam pelukan abang supaya boleh kurang bebanan rindu abang pada Aisy.Sayangnya,kehadiran Balqis semula dalam hidup abang kembali banyak meracuni fikiran abang.Kata pujukan dan belaian manja dia pada satu malam tu abang hampir membuatkan abang terkulai dalam dakapannya.Abang keliru masa tu,abang keliru diantara cinta abang pada Aisy dengan cinta abang pada kekasih lama abang tu.
Namun segala-galanya mati begitu saja bila abang dapat tahu dari papa yang Balqis sebenarnya mempunyai HIV positif,dia kembali semula semata-mata untuk menghancurkan hidup abang setelah melihat ‘kebahagian’ kita.Abang terus tak berhubung dengan dia lagi selepas peristiwa dia cuba menggoda abang malam tu,tambahan lagi bila mendapat tahu akan kebenaran dari papa keesokan darinya.Abang gembira sangat hari tu sebab masa tu abang dah jelas tentang perasaan sebenar abang pada Aisy.Kebetulan pulak hari itu adalah hari jadi Aisy,sebab tu abang ambil keputusan tak balik kerumah petang tu semata-mata nak sambut birthday Aisy malam tu.Tepat jam 9.00 malam,selepas menunaikan solat isyak dimasjid setelah membeli hadiah dan kek hari jadi Aisy,abang terus balik kerumah.Sekali lagi abang telah melakukan satu lagi kesilapan paling besar dalam hidup abang bila abang tersalah sangka dengan Pak su.Abang memang tak tahu menahu tentang kewujudan Pak su dalam keluarga Aisy sebelum ini.Abang memang terkejut sangat waktu tu bila melihat Aisy begitu mesra dengan seorang lelaki dalam bilik kita,abang terkejut! Terkejut melihat Aisy seolah-olah sedang berpelukan dengan dia.Tanpa berfikir panjang abang terus bertindak melulu,dengan menyerang Pak su.Abang tak tahu Aisy juga ada berita gembira untuk dikongsi bersama abang malam tu.Kerana sikap cemburu buta abang juga,abang hampir membunuh Aisy dan anak kita setelah Aisy menyuruh Pak su lari dari abang.Mujur Aisy mengetuk kepala abang dengan pasu bunga tu,kalau tak sekarang mesti abang sedang meringkuk dalam penjara dengan sesalan yang teramat kerana telah membunuh isteri dan anak abang.Terima kasih sayang,tapi maafkan abang kerana abang juga telah mengasari Aisy malam tu.I’m really sorry.”
Aisya Humaira masih menangis,namun begitu dia masih tidak membalas apa-apa dengan ucapan suaminya.Cuma dia merasa sakit didalam hatinya kembali bernanah..Semua peristiwa silam itu terlalu menyedihkan dalam hidupnya.
“Abang sedar-sedar sahaja malam tu,abang dah ada kat hospital.Masa tu juga abang nampak Pak su.Rupa-rupanya Pak su tak balik malam tu,dari situlah abang dapat tahu cerita sebenarnya dari Pak su.Abang tak boleh buat apa-apa lagi selain menyesali akan perbuatan abang.Abang menyesal sangat-sangat,menyesal kerana memikirkan yang bukan-bukan tentang isteri abang,menuduh Pak su,rupa-rupanya Aisy dah mengandung.Maafkan abang sayang,abang tak tahu Aisy tak sihat hari tu,Aisy tak beritahu abang pun??Abang ingat pagi tu bila abang balik dari hospital,tujuan abang cuma satu.Abang nak sambung semula niat yang abang pasang malam tu untuk berterus terang dengan Aisy tentang perasaan sebenar abang pada Aisy.Sayangnya bila abang dengan Pak su balik kerumah petang tu.Aisy dah tak kat rumah kita..Abang naik kebilik,sehelai pun kain baju Aisy dah takda dalam almari.Abang buntu..Puas abang cari Aisy,puas abang cuba menjejak Aisy tapi tak dapat.Mama dan papa menyalahkan abang diatas semua yang terjadi,abang tak kisah semua tu sayang kerana sememangnya itu semua salah abang.Abang akui! Sejak itu abang malu untuk berdepan dengan ibu,ayah dan abang-abang Aisy.Walaupun mereka sudah memafkan abang tapi abang tahu mereka pasti sedih bila abang membuat satu-satunya anak perempuan mereka menderita.Sampai ayah pernah menyoal abang samaada abang masih mahukan Aisy atau tidak,jika tidak mereka minta abang melepaskan Aisy dengan baik.Abang akui abang bukan suami yang baik untuk Aisy,tapi jujur sayang.Abang juga tak mampu untuk kehilangan perempuan sebaik Aisy,isteri abang..Dengan ikhlas hati juga abang beritahu ayah yang abang tak boleh nak lepas Aisy.Abang nak jaga Aisy dan abang nak tebus segala kesilapan abang pada Aisy.Alhamdulillah ibu dan ayah masih memberikan abang peluang kedua,dengan syarat abang tak ulangi semula kesilapan abang.Maafkan abang.”
“5 bulan abang biarkan Aisy hidup berseorangan seperti yang Aisy selalu minta dulu,bukannya abang tak dapat nak menjejak Aisy.Tapi abang cuma mampu perhatikan Aisy dari jauh.Abang tak nak Aisy terus melarikan diri daripada abang seandainya abang muncul dihadapan Aisy.Tapi abang dah tak boleh nak hidup macam tu lagi,abang rindu Aisy,abang rindu baby kita.Abang dah tak mampu nak menanggung semua tu lagi,sebab tu abang datang pada Aisy hari ini walaupun abang tahu abang takkan mungkin mendapatkan kemaafan Aisy kan?? Cuma mencuba nasib,abang harap Aisy dapat kembali kesisi abang.Abang merayu sangat,abang perlukan Aisy.Aisy baliklah kesisi abang semula ya.” Pinta Syed Firas lembut setelah meluahkan segala rasa dihatinya.begitu kejap pelukannya ditubuh Aisya Humaira sehingga tidak mahu dilepaskannya lagi.
Lama Aisya Humaira berada dipelukan itu,lama dia menangisi nasibnya didada itu,lama dia membiarkan wajahnya kembali dibasahi dengan air mata meskipun bibir lelaki itu tidak henti-henti mengenai wajahnya.Seolah-olah memberitahu Aisya Humaira bahawasanya dia juga dilanda ombak kerinduan yang tak berkesudahan diatas perpisahan mereka dulu? Seolah-olah dia juga menderita sepertimana yang dirasai oleh Aisya Humaira selama ini?? Semuanya dibiarkan sepi oleh Aisya Humaira tanpa jawapan yang diingininya.
Setelah itu baru dia meleraikan pelukan Firas ditubuhnya dengan berhati-hati,mujur kali ini Syed Firas sudi melepaskannya.Aisya Humaira tekad,walauapapun yang terjadi.Apa yang akan dicakapkannya kepada Syed Firas selepas ini adalah keputusannya,inilah takdir mereka selepas ini.
“Maafkan Aisy,Aisy tak boleh nak kembali kesisi awak,Aisy dah penat sangat Firas.Aisy lebih senang hidup begini,Aisy bahagia disini daripada berada disisi Firas.Mungkin ini jalan yang terbaik buat kita.Jika betul Firas masih sayangkan Aisy..Tolong lepaskan Aisy dengan cara yang paling baik,sepertimana Firas ambil Aisy dari ibu dan ayah dulu.”
Seperti menerima sebuah hukuman berat dari hakim yang sedang berdiri dihadapannya,Syed Firas terjelepuk keatas lantai saat mendengar permintaan Aisya Humaira,sedikitpun wajah wanita itu tidak memandang kewajahnya ketika melafazkan bicara itu.
Aisy..Semudah itu ke Aisy ingin mengakhiri perhubungan kita ini?? Rintih Syed Firas..Kali ini air matanya turut menitis tanpa segan silu.Melepaskan Aisy bermakna dia telah melepaskan separuh nyawanya pergi meninggalkan dirinya..
Ya Allah..Ya Allah...Kuatkanlah hati hamba Mu ini..
Rintihnya jauh dilubuk hati..
Selepas 3 bulan berlalu..
“Assalamualaikum..”
Syed Firas tersenyum dari jauh melihat kehadiran sahabat baiknya,Muhammad Hariri.
“Waalaikumussalam..”
Terus Syed Firas bangun dari tempat duduknya dan menuju kearah pintu untuk menyambut kedatangan sahabatnya itu.
“Amboi kau..Kahwin tak beritahu aku pun kan?? Satu kad jemputan pun tak sampai kat tangan aku.Agaknya kalau aku tak balik bercuti dari Mesir nie,mesti kau takkan beritahu aku pun yang kau dah jadi ayah kan?? Kembar lagi tu! Bertuah punya sahabat!” Belum pun mereka bersalaman dan bertanyakan khabar diantara satu sama lain,Syed Firas sudah dihambur dengan ‘kemarahan’ Muhammad Hariri.
“Yalah Firas,tahu-tahu saja isteri awak dah bersalin.” Sahut pula Jalilah Durrah iaitu isteri Dr Muhammad Hariri yang juga sahabatnya sejak di Universiti, tetapi teman lama Muhammad Hariri dibangku sekolah.Tidak pernah dia menyangka jodoh Muhammad Hariri ini adalah dengan Jalilah Durrah iaitu musuh ketatnya sejak dari sekolah menengah.Pelikkan jodoh yang ditentukan oleh Allah nie kan??
Tapi itulah rahsia Allah,setiap apa yang Dia rancang pasti penuh dengan hikmah yang tidak disangka-sangka.Baik ketika ditimpa musibah mahupun ketika diberi nikmat yang begitu indah.
“Saja saya nak buat surprise buat awak dan Hariri.” Ujarnya berahsia tapi penuh dengan warna-warna kebahagiaan.Muhammad Hariri dapat melihatnya melalui senyuman indah yang sedari tadi terukir dibibir temannya ini.
Sekian lama tidak berjumpa dan hanya emel menjadi perhubungan diantara mereka selama ini,Syed Firas dan Muhammad Hariri saling berpelukan diantara satu sama lain.Gelak tawa kedua-duanya jelas menggambarkan betapa bahagianya mereka.Muhammad Hariri sebenarnya turut tumpang gembira melihat perubahan yang terjadi pada temannya ini.Nampaknya Syed Firas bukan lagi seperti Syed Firas yang dikenalinya dulu tapi Syed Firas yang dikenalinya kini lebih matang daripada dulu.Mesti banyak cerita yang tersembunyi disebalik perubahan baik yang telah berlaku pada Syed Firas.Pasti ada sesuatu yang telah mengubahnya sehingga Syed Firas yang berada didepan matanya kini adalah seorang lelaki yang cukup hebat.Yang pasti,pendorong utama kepada perubahan sahabat baiknya ini pastilah perempuan yang telah dikahwininya setahun lebih yang lalu.Muhammad Hariri mengalihkan pandangannya kewajah isteri kesayangannya,rupa-rupanya Jalilah Durrah juga perasan akan apa yang terdetik dihatinya.
Syed Firas hanya ketawa ketika mendengar bebelan temannya itu,sejak dia menelefon memberitahu Muhammad Hariri yang kebetulannya baru balik dari Mesir malam tadi untuk datang ke Majlis akikah dan cukur jambul dua heronya yang telah selamat dilahirkan oleh Aisya Humaira seminggu yang lepas,Muhammad Hariri terus-terusan mengecamnya.Marah betul dia!
“Jomlah masuk,bawak anak isteri kau masuk sekali,takkan nak duduk kat sini sampai malam esok.Kalau ya pun nak marah aku lagi,jom makan dulu.Lepas tu kau nak tomoi aku ke,nak smack down aku jer.Aku okey jer,yang penting kau dengan family kau kena makan dulu!” Sempat Syed Firas berseloroh.
Muhammad Hariri ketawa senang mendengar celoteh sahabat baiknya,tumbukan lembut turut singgah dibahu itu.Kemudian kedua-duanya seiring melangkah masuk kedalam rumah diringi dengan Durrah dan anak-anak mereka.
Benar seperti yang disangka,melihat saja perempuan yang telah mencuri hati temannya ini.Muhammad Hariri sudah dapat merasakan aura yang ada pada wanita ini sehingga mampu merubah seorang lelaki yang panas baran serta sentiasa angin satu badan itu kepada seorang lelaki yang lebih gentlemen dan lebih kuat kesabarannya berbanding dulu.Paling penting doanya supaya Syed Firas tidak berkahwin dengan Balqis termakbul juga.Itu satu lagi kisah,kemana perginya kekasih hati yang teramat dipuja-puja oleh Syed Firas tu dulu?
Ah,biarlah dengan perempuan itu.Apa yang penting,kini Syed Firas sudah ada kehidupannya bersama seorang isteri yang dikasihi dan bersama dengan dua orang baru yang baru lahir didalam rumah tangganya ini.
Sekarang ini Muhammad Hariri cuma ingin mengetahui cerita yang semestinya menarik untuk diselusuri disebalik perkahwinan yang dirancang oleh Tan sri dan Puan sri untuk Syed Firas.Mujur cutinya kali ini lebih lama sikit berbanding kebiasaannya kerana Muhammad Hariri sudah hampir setahun tidak balik ketanah air yang dicintainya ini.Jadi dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengorek cerita itu daripada teman baiknya ini.
Sebenarnya sudah 6 tahun Muhammad Hariri bekerja diluar negara.Selepas menghabiskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Jordan.Muhammad Hariri terus mendapat tawaran untuk bekerja disalah sebuah hospital di Riyadh.Sehingga kini dia masih mengikat kontrak setiap dua tahun sebagai Pakar bedah jantung di hospital tersebut sehingga kini.Itulah kisahnya..
Aisya Humaira begitu begitu gembira melihat kegembiraan diwajah kedua-dua orang tuanya dan kedua-dua mertuanya.Dia sendiri tidak menyangka yang paksaan ayah dulu supaya dia terus bertahan dengan Syed Firas sebelum Syed Firas benar-benar melepaskannya selepas dia bersalin telah membuatkan dia kembali terikat dengan Syed Firas.Keikhlasan hati lelaki itu dalam mendapatkan maafnya begitu tulus dalam setiap tingkah dan kata-katanya sejak Aisya pulang kepangkuan lelaki itu tanpa relanya.
Masih segar diingatannya mengenai peristiwa sebulan lebih yang lalu,dimana dia terpaksa untuk melupakannya hasratnya dari berpisah dengan Syed Firas.Semuanya gara-gara kekerasan hati ayahnya supaya dia terus tinggal dengan Syed Firas sehingga mereka benar-benar bercerai selepas dia melahirkan bayinya.
“Ayah dah buat keputusan,Aisy tak boleh nak balik kerumah nie selagi Aisy masih isteri Firas!” Aisya Humaira betul-betul terkejut dengan reaksi ayahnya ketika dia memberitahu niatnya pada seluruh ahli keluarganya yang sedang berkumpul dirumah sehari selepas Syed Firas bertemu.Lelaki itu dengan ikhlas hati menghantarnya kekampung seperti yang Aisya Humaira kehendaki.
“Tapi ayah,Aisy dengan Firas akan berpisah lepas anak nie lahir.Kami dah setuju tentang perkara ini.” Penuh kelembutan Aisya Humaira menuturkan ayat itu atau lebih tepat lagi dia berharap sangat ayahnya akan mengizinkannya untuk kembali tinggal dirumah ini.
“Itu kisahnya selepas cucu ayah lahir,tapi sekarang ayah tak nak Aisy balik kerumah nie lagi.Selagi Firas masih belum melafazkan talak.Bermakna Aisy masih lagi isterinya,masih dibawah tanggungannya,masih amanahnya!”
Aisya Humaira terasa ingin menangis dengan ucapan ayahnya,kenapa Ayahnya perlu bersikap begini.Tidak tahukah ayahnya ini betapa anaknya ini telah menderita sepanjang hidup bersama dengan lelaki bernama Firas itu?? Kenapa masih juga mahu membela lelaki itu?
Ibu juga begitu,terus menyepikan dirinya disisi ayah.
Kenapa orang tuanya begitu menyebelahi Syed Firas?? Apa dosanya sedangkan dia yang hidup terseksa disisi lelaki itu selama ini?? Mungkin ayah dan ibu juga masih tidak mengetahui cerita sebenar disebalik apa yang telah berlaku didalam hidupnya selama ini??
Aisya Humaira mengalihkan pula pandangannya kewajah Syed Firas yang berada disisinya.Sememangnya Aisya Humaira mengharapkan lelaki itu dapat membantunya.Namun Syed Firas masih membatukan dirinya,sejak Aisya Humaira menyatakan pendiriannya untuk berpisah semalam.Syed Firas tiba-tiba jadi senyap,diam seribu bahasa.Aisya Humaira sendiri pelik dengan perubahan lelaki itu.Tapi kini dia benar-benar memerlukan pertolongan insan ini.Aisya Humaira mahukan Syed Firas bersuara untuk membantunya mendapatkan keizizinan daripada ayah supaya mengizinkannya balik kerumah ini semula.Jika Syed Firas terus begini,kemungkinan besar.Aisya Humaira terpaksa kembali semula kerumah yang pernah menyasikan segala derita dan duka yang telah terpalit dalam hidupnya 5 bulan yang lalu.
Namun ternyata,Aisya Humaira tidak mampu melawan kata-kata ayahnya itu kerana itu adalah kebenarannya.Walaupun jauh disudut hatinya dia tidak mahu kembali kesisi lelaki ini lagi.Tapi pada waktu ini Aisya Humaira tidak punya pilihan,nampak sangat ayahnya tidak akan mengizinkannya untuk balik kerumah ini selagi dia masih belum sah bercerai dengan Syed Firas!
Dan Syed Firas??? Dia sudah menjadi lelaki bisu dalam sekelip mata!
Pendirian ayah juga telah menyebabkan Aisya Humaira terpaksa mengalah.Demi ayah,demi ibu dia mengikut semula Syed Firas kembali ke Kuala Lumpur pada hari itu juga.Kali ini dia turut membawa bersama hatinya yang telah kosong setelah kata putus diberikan ayah.Dengan deraian air mata,rumah ayah dan ibunya ditinggalkan dengan berat hati.Kebenciannya terhadap Syed Firas juga semakin membuak-buak.Aisya Humaira mula merasakan kekuatan yang dibinanya selama 5 bulan ini luntur begitu saja.Semuanya kerana Syed Firas!!
Ketika melawat keluarga mertuanya buat pertama kalinya selepas dia meninggalkan Syed Firas 5 bulan yang lalu.Aisya Humaira begitu terusik mendengar kata maaf yang terlahir dibibir mama Syed Firas meskipun wanita itu tidak bersalah dalam hal mereka suami isteri.
Sebaik dia menapak masuk kedalam rumah mertuanya itu,Puan sri Khuzaimah sudah berlari mendapatkannya.Bertubi-tubi kucupan dari wanita yang sudah dianggapnya seperti ibunya itu dihadiahkan kepadanya.Berkali-kali juga Puan sri Khuzaimah meminta maaf kepadanya kerana telah mengahwinkan Syed Firas dengannya.Jelas terpancar kekesalan yang teramat diwajah itu mengenangkan kesilapannya dulu.Pun begitu,kedua-dua orang mertuanya itu tampak begitu gembira melihat perutnya yang sedang sarat itu.Aisya tahu,mereka juga sudah tidak sabar untuk menyambut kehadiran orang baru ini didalam keluarga.Apatah lagi anaknya ini merupakan cucu sulong mereka,begitu juga buat ayah dan ibu.Aisya Humaira seakan-akan sedang diperbentangkan dengan sebuah hikmah.Apa yang akan berlaku kepada kedua-dua mertuanya ini tadi jika sekarang dia berada dengan ibu dan ayah?? Bagaimana Syed Firas ingin berdepan dengan kedua-dua orang tuanya selepas mengetahui keputusannya terhadap hubungan ini??
Aisya Humaira langsung tidak menyalahkan kedua-dua mertuanya itu kerana yang membuatkan hidupnya menderita adalah Syed Firas! Bukan Tan sri Syed Fadhli apatah lagi Puan sri Khuzaimah.
“Kalaulah mama tahu,Firas sanggup buat Aisy sampai macam tu sekali.Sumpah nak! Mama takkan izinkan anak mama tu mengahwini Aisy.Mati hidup semula pun mama takkan izinkan Firas mengahwini Aisy.” Kata-kata itulah yang membuatkan air mata Aisya Humaira mengalir hiba ketika diakhir-akhir perbualannya dengan Puan sri Khuzaimah.
Tan sri Syed Fadhil pun jelas mempamerkan rasa kecewanya apabila mengetahui cerita sebenarnya yang telah diceritakan oleh Syed Firas sendiri kepada beberapa bulan yang lalu.
Itulah yang berlaku ketika dia bertemu semula dengan kedua-dua orang mertuanya itu.
Kini selepas sebulan berlalu,disaat-saat waktu yang hanya tinggal tidak kurang daripada sebulan lagi nie sebelum tarikhnya dijangka melahirkan putera kembarnya ini.Aisya Humaira masih berada disisi suaminya walaupun kehidupan mereka suami isteri langsung tidak berjalan lancar,seperti juga ketika diawal-awal perkahwinan mereka dulu.Cuma bezanya sekarang,Aisya Humaira pula yang membuat ragam dan Syed Firas pula terpaksa berhadapan dengan kerenahnya.
“Sayang..Bangun,dah subuh nie.Kita solat berjemaah..”
Aisya Humaira membuka matanya meskipun terasa begitu berat untuk dicelikkan.Ketika pandangannya sudah jelas,wajah Syed Firas yang berada disisinya menyapa pandangan.Lelaki itu sedang tersenyum kepadanya,sebuah kucupan singgah diwajahnya.Sebelah tangan Syed Firas sedang mengusap wajahnya sebelah lagi begitu lembut membelai kandungannya.Itulah rutin harian lelaki ini sejak mereka kembali ‘bersama’
Entah kenapa pagi ini hatinya tidak mampu untuk memarahi lelaki ini seperti mana yang telah dilakukannya terhadap Syed Firas sejak sebulan yang lalu.Sengaja dia melayan Syed Firas dengan kasar dan agak kurang ajar juga.Namun sedikit pun lelaki itu tidak pernah melenting ataupun marah seperti yang selalu dibuatnya dulu sebelum perpisahan mereka selama 5 bulan yang lepas.Segala kerenahnya dilayan dengan baik oleh Syed Firas.Bila Aisya Humaira bertanya mengapa lelaki itu melayannya seperti sekarang.Jawapan yang hanya akan meniti bibir Syed Firas adalah...
‘Abang dah banyak lukakan hati Aisy,jika nak dibandingkan apa yang Aisy buat pada abang sekarang.Teruk lagi luka di hati Aisy yang telah abang buat dulu.Abang sanggup menerima dan menahan semua ini jika itulah bayaran yang perlu abang buat untuk memenangi hati isteri abang semula.’ Setiap kali itu juga,hati Aisya Humaira begitu tersentuh.Rasa ingin menangis sahaja apabila dia mendengar pengakuan ikhlas yang diucapkan oleh suaminya itu.
Sebenarnya tadi Aisya Humaira telah bermimpi sesuatu,mimpi itulah yang membuatkan dia ingin memaafi Syed Firas sekarang.Mimpi dimana Aisya Humaira sedang bermain disebuah taman yang cukup indah yang dikelilingi dengan pelbagai bunga,tasik kolam dan pelbagai lagi keindahan yang tidak pernah dia lihat dialam ini.Kemudian ada suara seorang lelaki telah memberi salam kepadanya,ketika dia berpaling.Wajah seorang lelaki yang yang menyambut pandangannya,lelaki itu menghulurkan tangannya,bibirnya sedang tersenyum.Berseri-seri rupanya seperti disuluh cahaya yang cukup indah.Sesungguhnya lelaki yang telah dia lihat didalam mimpinya itu adalah lelaki yang sedang berada disebelahnya ketika ini.Ya! Dialah lelaki itu..Syed Firas! Suaminya!
Menitis air mata Aisya Humaira ketika mengaminkan doa yang dibaca oleh suaminya sebagai penutup solat subuh mereka pagi ini.Sebaik Syed Firas berpaling kebelakang ketika ingin menghulurkan tangannya kepada Aisya Humaira untuk disalami.Aisya Humaira terus memeluk tubuh suaminya itu,erat.Terpinga-pinga juga Syed Firas pada mulanya.
Aisya Humaira sudah teresak-esak menangis didada insan itu.
“Aisy sayang abang..Maafkan Aisy diatas segala kesilapan dan kesalahan Aisy selama ini terutamanya sepanjang sebulan yang telah berlalu nie.Aisy banyak menduga abang,Aisy banyak melukakan hati abang.Aisy tahu Aisy tak patut berbuat begitu.Aisy berdosa dengan abang..”
Ucap Aisya Humaira dalam sendu.
Syed Firas yang pada mulanya terkejut melihat tingkah isterinya tadi,tersenyum bahagia apabila mendengar setiap ucapan yang meniti bibir isterinya.Pelukan isterinya dibalas senang,betapa mekarnya kasih yang bersemi dihatinya untuk wanita bernama Aisya Humaira ini.
“Aisy maafkan abang??” Soalnya sebelum dia membalas kata-kata isterinya tadi.
“Aisy dah lama maafkan abang,Aisy tak pernah marahkan abang cuma hati Aisy ni saja yang terluka setiap kali mengingati kisah silam tu.Aisy tahu Aisy tak patut mengenangkan semua tu lagi,tapi sukar sangat untuk Aisy padamkan memori hitam tu dari fikiran Aisy nie.Abang pun maafkan Aisy ya? Aisy ingat dengan berbuat macam tu Aisy dapat naikkan kemarahan abang,kemudian abang akan ceraikan Aisy.Tak sangka pula semua benda yang Aisy buat pada abang tu langsung tak memberi apa-apa kesan pun pada abang.Aisy pula yang makin rasa bersalah.Aisy minta maaf.Aisy tahu Aisy dah banyak menduga abang selama ini,Aisy jadi isteri derhaka.”
“Abang maafkan,abang ampunkan sayang,kalau ada pun dosa Aisy pada abang.Awal-awal lagi abang dah maafkan.Semua nie Aisy yang ajar pada abang kan?? Aisy ajar pada abang tentang erti kesabaran,erti kasih sayang dan erti cinta yang sejati dan abadi.Aisy telah meletakkan rasa cinta yang pertama dihati abang ini adalah Allah.Bukannya harta benda apatah lagi jika bernama perempuan.Abang mungkin sudah hancur jika mama dan papa tidak menegaskan supaya abang menikahi Aisy.Tak sangka jodoh yang paling abang benci nie dulu dah menjadi jodoh yang paling sayang untuk abang lepaskan.Abang sayang Aisy.” Beserta itu sebuah kucupan terpahat kukuh di ubun-ubun Aisya Humaira.
“Terima kasih bang,Aisy pun sayangkan abang.Dari hari pertama abang menikahi Aisy,Aisy dah berjanji pada diri Aisy yang Aisy akan cuba belajar untuk mengasihi dan mencintai abang selayaknya sebagai seorang suami.Sehingga sekarang perasaan itu masih mekar dalam diri Aisy untuk abang.Aisy sayang abang..”
Selepas itu Aisya Humaira dan Syed Firas tidak jemu-jemu melafazkan ayat-ayat cinta yang ada didalam hati mereka.Diterima semula dalam hidup isterinya itu sudah cukup membahagiakan Syed Firas.Kini,bersaksikan Allah.Syed Firas berjanji pada dirinya yang dia akan mengasihi dan mencintai Aisya Humairanya sehingga keahir nafasnya.Itu jugaklah doanya setiap kali selesai solat.Aisya Humaira juga terus ralit dengan belaian yang diterimanya dari Syed Firas.Memaafkan kesilapan lelaki ini membuatkan hatinya menjadi lebih tenang berbanding beberapa bulan yang lalu.
“Amboi..Jauhnya isteri abang nie termenung? Ingatkan siapa nie??” Aisya Humaira tersentak bila merasakan tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang dari belakang.Mati segala lamunan yang bertandang disanubarinya tadi.Semua kenangan yang telah berlalu hampir setahun lebih yang lalu itu kembali disimpan didalam sanubarinya.
Senyuman mekar menghiasi bibir merekahnya ketika melihat wajah Syed Firas sebaik wajahnya dipalingkan sekilas kewajah insan yang sedang memeluknya ketika ini.Kini rumahnya sudah kembali sunyi,semua tetamu yang hadir hampir kesemuanya pulang sebelum maghrib tadi.Begitu juga dengan abang-abang,kerana semuanya masih ada urusan yang hendak dilaksanakan,lagipun esok hari bekerja.Selepas membantu mengemas apa yang patut tadi baru keluarga abang long,abang ngah dan abang cik beransur pulang.Mujur isteri-isteri mereka ringan tulang untuk membantu Aisya Humaira,malah semalam mereka semua telah bermalam dirumahnya semata-mata untuk membantu dan meraikan majlis kenduri tadi.
Kini yang tinggal dirumah mereka ini cumalah ayah dan ibu Aisya Humaira serta mama dan papa Syed Firas.
Sebentar tadi,Aisya Humaira baru sahaja mendapat panggilan dari Pak su kesayangannya yang kini sudah beralih angin dengan menetap di Perancis pula.Lebih jauh lagi daripada mereka berbanding semasa lelaki itu menetap di Jepun.
Katanya,ini adalah permusafiran terakhirnya dinegara orang kerana dalam 4 tahun lagi dia akan kembali ke Malaysia semula buat selama-lamanya.Sehingga itu Aisya Humaira akan sentiasa menanti kepulangan bapa saudara kesayangannya itu.
“Abang nie,buat apa peluk Aisy macamnie.Ibu ayah,mama dan papa semuanya tengah pandang kita tu,tak malu ke?? Sibuk saja..Aisy baru nak tengok anak-anak kita nie.Abang nie buat mood Aisy hilang saja.” Aisya Humaira berpura-pura tidak suka diganggu sambil cuba meloloskan dirinya dari pelukan Syed Firas.
“Lantaklah..Bukan mereka nak marah abang pun.Lagipun abang dah kotakan janji abang pada mereka yang abang takkan ‘mendera’ Aisy lagi kan?? Lainlah kalau abang buat Aisy menderita lagi??”
“Yalah..Yalah..Abang nak apa pulak nie?? Dah solat isyak ke belum nie?”
“Dah sayang..Cuma nak bagitau,I miss you..Very much..”
“Ermm..” Balas Aisya Humaira..
“Apa sayang?? Ermm jer??..” Pelik pula Aisya bila soalan itu meniti bibir suaminya,menyerbu darahnya naik kemuka bila bibir Syed Firas singgah kewajahnya.Ada-ada saja lelaki nie! Tak malu betul! Desis hatinya.
“Apa abang nie!! Aisy cubit nanti baru tau..”
“Takkan abang saja yang rindukan sayang,Aisy tak rindukan abang?”
“La..Nak rindu apanya?? Tiap-tiap hari Aisy tengok muka abang,lainlah kalau kita nie duduk berjauhan ke?? Lainlah kalau abang selalu ada kerja diluar ke sampai kita jarang berjumpa? Nie,tiap-tiap hari kita berjumpa..” Ish,isterinya ini..Syed Firas menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Apa yang dicakapnya tadi langsung tidak sampai maksudnya kepada Aisya Humaira.
“Bukan itulah maksud abang yang.Nie...Bila kita boleh mulakan perancangan kita nak tambah ahli keluarga baru,abang long dengan abang ngah pun dah tak sabar-sabar nak dapat adik baru ni!!” Gurau Syed Firas,tapi sengaja dia ingin mengusik isterinya ini dengan menegaskan bisikannya tadi.
Diluar kawalannya,tangan Syed Firas yang sudah berada diperutnya membuatkan Aisya Humaira tertolak akan tubuh suaminya kebelakang sehingga membuatkan tubuh Syed Firas terdorong kebelakang.Hampir saja terjatuh.Ibu yang terkejut melihat keadaan mereka segera memanggil nama penuh anak perempuannya itu.
“Aisya Humaira..”
Tercetus juga ketawa besar dibibir Aisya Humaira melihat wajah suaminya,
Sementara ayah serta mama dan papa Syed Firas hanya mampu tersenyum melihat kerenah mereka berdua,melihat kebahagian diwajah Syed Firas dan Aisya Humaira menambahkan lagi rasa syukur mereka.Tidak pernah mereka menyangka hubungan yang dulunya menemui jalan buntu dan tidak nampak jalan penyelesaian setelah Aisyah Humaira beria-ia memahukan perpisahan berakhir dengan sebuah kebahagian yang tidak terucap.Akhirnya doa-doa mereka dimakbulkan oleh Allah.
“Tulah,lain kali bercakap tu pandang-pandang.Nie tak..Main cakap jer,nasib baik Aisy tak buka langkah silat tadi.Kalau tak mesti abang dah terlentang kan macam kura-kura?? Dahlah,Aisy nak pergi duduk dekat family kita.Abang nie sengaja jer menganggu Aisykan?? Okey sayang,love you..” Sempat lagi Aisya Humaira mengusik suaminya itu sambil berniat untuk berlalu pergi dari katil yang menempatkan dua heronya yang sudah terlena sebaik masuk maghrib tadi.Kedua-duanya begitu keletihan selepas beberapa jam berdepan dengan orang ramai yang tidak henti mengunjungi mereka sempena majlis akikah dan cukul jambul ini.
Ooo..Kenakan abang erk,okey! Kita tengok sekarang,siapa yang terkena.
Syed Firas sudah merancang sebuah agenda yang cukup baik untuk mengenakan isterinya kembali.
Belum pun sempat Aisyah Humaira memulakan langkahnya,dia terkedu bila tangannya disentap dari belakang. Aisya Humaira tidak menyangka suaminya akan membalas dendam dengan apa yang telah dilakukannya tadi,lebih teruk daripada yang dilakukannya kepada Syed Firas tadi.Tak berkelip matanya bila bibirnya sudah bersatu dengan bibir Syed Firas didepan ibu ayah serta kedua-dua mertua yang dikasihinya.Tindakan Syed Firas tadi benar-benar diluar jangkauan Aisya Humaira kerana itu dia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Ya Allah,budak berdua nie.” Ibu sudah mengeleng melihat kearah mereka.
“Isteri kamu tu belum habis pantang lagi Firas.Kalau ya pun dah tak sabar,tunggu genap 44 hari.” Giliran Puan sri pula mengusik.
Namun semua usikan itu langsung tidak memberi apa-apa kesan pun kepada Syed Firas,sebaliknya Aisya Humaira pula yang semakin malu-malu.
Merah menyala seluruh wajahnya saat Syed Firas melepaskan pelukannya dan bibirnya dari bibir Aisya Humaira,malu yang tidak mampu dilafazkan sehingga Aisya Humaira tidak mampu memandang kewajah keempat-empat ibu bapanya.
Dengan muka selambanya dia masih memaut erat tubuh isterinya lantas memaksa Aisya Humaira untuk mengikut rentak lelaki itu,sudahnya mereka sudah berada dihadapan kedua-dua orang tau mereka.
Argh!! Nasib baik mereka didepan ayah,ibu serta mama dan papa.Jika tidak,pasti suaminya ini akan dihukum!
“Tulah sayang,lain kali jangan derhaka dengan suami.Tengok siapa terkena sekarang.”
Kali ini giliran Syed Firas pula tidak henti-henti mengusiknya..Aisya Humaira malas ingin melayan lagi,sebaliknya dia terus menyampuk dengan perbualan diantara mertua dan kedua-dua orang ibu bapanya.
Buat Puan Suraya dan Puan sri Khuzaimah pula,inilah yang mereka impikan diatas penyatuan kedua-dua anak mereka dulu.Melihat kebahagian Aisya Humaira dan Syed Firas,membuatkan hati mereka kembali lapang setelah kebimbangan apabila Aisya Humaira terlalu mengharapkan perpisahan daripada Syed Firas dulu.
Kini kebahagian mereka itu semakin terasa dengan kehadiran dua orang baru yang sememangnya dinanti-natikan oleh kedua-dua belah keluarga.Apatah lagi Syed Fahim dan Syed Fahmi ini merupakan cucu sulong buat keluarga Tan sri Syed Fadhli,dan cucu sulong dari anak perempuan tunggal keluarga En.Bazli.
Bagi Aisya Humaira pula,inilah kebahagian yang dia impikan selama ini.Cukuplah perhatian yang diberikan oleh Syed Firas sebagai seorang suami memberikannya seribu kebahagian.Ternyata mimpi yang pernah muncul didalam lenanya dulu telah merubah keputusannya untuk berpisah dengan Syed Firas.Meskipun sehingga kini tiada seorang pun yang tahu rahsia disebalik kemaafan yang dihulurkannya kepada Syed Firas dulu.Namun Aisya Humaira memang berharap agar mimpinya itu akan menjadi sebuah kenyataan suatu hari nanti.
Sesungguhnya Syed Firas adalah lelaki pertama yang telah mencuri hatinya,sehingga kehari ini hanya ada insan itu didalam hatinya!
Bagi Syed Firas pula,kemaafan yang diterimanya dari Aisya Humaira dulu adalah hadiah yang paling bermakna yang pernah dia perolehi seumur hidupnya kerana dengan kemaafan itu dia mampu bangkit semula hari ini.Dengan kemaafan itu juga dia tidak kehilangan wanita yang begitu dicintainya.Paling penting,kini keluarganya sudah lengkap dengan kehadiran dua orang permata hati yang pastinya akan mewarnai lagi kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Kedua-dua suami isteri itu saling berpandangan diantara satu sama lain sebaik mereka berdua duduk diantara kedua-dua orang tua mereka.Melalui senyuman itu,pandangan itu.Hanya mereka sahaja yang mampu mentafsirkan makna yang tersirat disebaliknya.Mekar bebunga kasih yang bersemi ditaman hati mereka.
Jauh disudut hati kedua-duanya,Syed Firas dan Aisya Humaira berdoa agar Allah mengekalkan kebahagian didalam rumah tangga mereka ini.Semoga Allah memelihara dan menjaga rumah tangga mereka ini dari kejahatan pandangan manusia dan fitnah syaitan durjana.
Sekian...
Wasalam...
Aisya Humaira merenung kearah kerlipan bintang yang sedang menyinari langit malam milik penciptanya yakni Allah.Tanpa dipinta hati yang tadinya penuh kedamaian jadi sebak dan sayu tiba-tiba.Mengenangkan kehidupannya kini,Aisya Humaira tahu dia tidak perlu untuk berpaling kebelakang lagi kerana semua kenangan itu telah menjadi sejarah hidupnya.Berbanding beberapa bulan yang lalu,Aisya Humaira tidak menafikan yang kehidupannya adalah lebih baik daripada dulu meskipun jauh dilubuk hatinya dia begitu rindu..Rindu pada insan itu,rindu pada lelaki yang pernah berkongsi hidup dengannya.
Seketika kemudian,tangan dan pandangan Aisya Humaira jatuh ke perutnya yang sedang sarat.Mengenangkan janin yang sedang membesar dirahimnya ini,kadangkala Aisya Humaira menangis sendirian.Menangisi kisah hidup yang tidak tahu apa kesudahannya.
5 bulan lalu dia telah melarikan dirinya dari seorang lelaki bernama suami.
Suami?? Meningatkan kehidupannya bersama lelaki pilihan keluarganya itu membuatkan Aisya Humaira gagal membendung air matanya dari tumpah membasahi wajah putih bersihnya ini.Semuanya tidak seindah yang disangka bila dimalam pertama lagi Syed Firas sanggup melukai hatinya dengan mengatakan yang perkahwinan mereka sekadar sebuah perjanjian kosong diatas sekeping kertas.Entah kenapa Syed Firas menikahinya,jika niat dihati hanya ingin melukai? Bukankah dia boleh menolak kehendak kedua-dua orang tuanya jika dia tidak mahu?

Jauh disudut hati kedua-duanya,Syed Firas dan Aisya Humaira berdoa agar Allah mengekalkan kebahagian didalam rumah tangga mereka ini sehingga keakhir nafas.Semoga Allah memelihara dan menjaga rumah tangga mereka ini dari kejahatan pandangan manusia dan fitnah syaitan durjana.
Sekian...
Wasalam...
pss: harp2 sudilah kiranya untuk memberi sebarang komen.trutamanya jka ada kkurangan,semoga dpat dpbaiki lagi dimasa depan.InsyaAllah..terime kasih daun keladi,sudi meluangkan masa utk mmbaca cerpen y x sbrapa ini wlaupun ada y rasa langsung x mnarik..-:)
sgt menarik..best2..hehe
ReplyDeleteTq Quya 4 the respons.
ReplyDeletetrime kasih gak cos sudi mmbaca dan mnjengah k site ana y x sbrapa nie :)
komen dpd seorang sahabat di FB
ReplyDeletesalam..
sy dh baca cerpen awk. pertama kali menulis? tahniah kerana berjaya hasilkan sebuah cerpen yang menarik. it is a good try!
cuma ada beberapa komen lah.. ini pandangan sy, maybe sy silap tp kita sama-sama belajar.
1. Ada ayat yang terlalu panjang, kadang-kadang macam cantum 2-3 ayt jd satu, jd agak pening nk faham, terpaksa baca berulang kali. Contohnya:
Lampu bilik juga sudah ditutupnya sebelum dia baring tadi,rupa-rupanya kesedihan dihati Aisya Humaira tidak berhenti disitu sahaja,sebaik sahaja kepalanya dicecahkan keatas bantal tadi,tanpa segan silu,sekali lagi air matanya tumpah.
Selepas maghrib tadi Aisya Humaira terlena diatas sofa diruang tamu,petang tadi dia hampir pitam setelah dirinya tidak henti-henti berulang kebilik air membuang segala isi perut melalui muntah yang begitu menyengat deria baunya.
2. Ada banyak ayat yang tergantung. Ada 2 ayat yang sepatutnya jadi 1 ayat sahaja. So bila berhenti pd ayat pertama, jd mcm tergantung. Contohnya:
Pak su menerima tawaran tersebut,katanya jika dia terus berada disini.Kenangan semasa bersama arwah isteri dan anak-anaknya hanya akan membuatnya lebih berduka meskipun dia sibuk dengan pekerjaannya. (Ayat pertama tergantung)
Pernah ibu dan ayahnya menasihati Pak sunya ini supaya tidak pergi,namun bila Pak su tetap dengan keputusannya.Mereka semua tidak boleh berbuat apa-apa. (ayat pertama tergantung sbb ada perkataan bila)
3. Timeline cerita ini agak tidak tetap. Sekejap 8 thn, lepas tu 7 thn. Ada guna 5 bulan, lepas tu jadi 6 bulan. Agak keliru di sini
4. Ada perkataan yang berulang. Contohnya tarikh perkahwinan 23 April. Kalau tak silap ada disebut lebih daripada sekali. Sy rasa perkara spesifik yg melibatkan tarikh, memadai hanya beritahu sekali
5. Susunan cerita kalau boleh diperkemaskan lagi. Permulaan cerita ini menggambarkan Aisya menceritakan kembali (flash back) Tapi, apabila baca dekat Pak Su datang ke rumah, sy jadi keliru. Adakah sy masih berada dalam flash back atau dh berada pada waktu semasa disebabkan ayat ini (perkataan lamunan tu)
“Assalamualaikum anak Pak su..”
Suara itu mematikan lamunan Aisya Humaira,tanpa menunggu lama salam dari lelaki itu dijawab dengan seribu kebahagian diwajahnya.
6. Kesinambungan cerita perlu diperkemaskan juga. Contohnya dari ayat ini buat saya tertanya, bila Aisya cakap ini sbb yg saya tahu Aisya tak sedar semasa Firash serang Paksu.
Kerana sikap cemburu buta abang juga,abang hampir membunuh Aisy dan anak kita setelah Aisy menyuruh Pak su lari dari abang.
Harap komen2 ini dapat membantu awk untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik. Cerita menarik, jika baiki lagi mesti akan jadi yang terbaik. Sy harap awk tak putus asa dengan komen2 sy ini. Maaf kalau ada salah silap di atas komen sy. Sebab saya pun masih belajar juga. Best of luck!
#trima kasih atas komen saudari : Cek Nursalisa
Terbaikkkk
ReplyDeleteSyok habis..walaupun ada beberapa kesalahan ia tetap dpat disampaikan.