UPDATE: Di Penghujung Rindu
BAB:20
Sejam yang lalu dia sibuk membuat semakan
semula laporan kewangan yang diemelkan Sofea kepadanya tengah hari tadi.
Hanya selepas sikecil ini tidur tadi baru dia
membuka emel tersebut.
Aniq Ehsan juga yang menidurkan putera kesayangan
mereka malam ini.
Alhamdulillah,selepas 4 malam..Ariq Ehsan
mereka tampak sudah dapat menyesuaikan diri dengan katilnya sendiri.
4 malam juga dia tidak lagi bermalam dengan
ummi.
Ummilah yang terasa ‘kehilangan’.
Wajah kudus itu dikucupnya.Tertumpah segala
kasih,cinta dan sayang yang luhur dari hati seorang ibu untuk anaknya.
Ditatap kembali wajah yang sentiasa mekar dihatinya
ini,
Assalamualaikum Ariq Ehsan ibn Aniq Ehsan..Buah
hati ummi,nyawa ummi..
Dah 4 hari abah disini,ummi tahu...anak ummi
nie dah sayang sangat dengan abah..Begitu juga dengan abah.
Sayang,dulu..Abah jauh sangat daripada kita
tapi sekarang dah ada depan mata.
Kan ummi selalu cakap dengan sayang,Ariq
miliki seraut wajah lelaki yang ummi kasihi ini.Semuanya..sampai ummi langsung
tak nampak mana-mana ruang diwajah sayang yang sama dengan ummi,walaupun sikit.
Bibirnya tersenyum kelat,dihatinya masih
bersarang rasa bersalah yang masih tidak dapat dibuang.
Allah dah tegur ummi dengan cara tu tapi ummi
masih egokan?
Tetap tak pertemukan Ariq dengan abah?
Sampai sudah...akhirnya abah yang menemui
kita? Susah payahnya mencari ummi berbalas kerana sekarang dia dah tahu tentang
Ariq.Anak dia yang ummi sembunyikan selama ini.
Jahatnya ummi nie kan? Sembunyikan Ariq
daripada abah..?! Pisahkan Ariq daripada abah..?!
Ummi zalimkan..sayang?!
Tapi semua tu ummi lakukan sebab ummi
sayang..ummi tak mampu berdepan dengan abah walaupun ummi tahu abah sentiasa
ada untuk kita sayang.
Biarlah orang lain benci mahupun membuang
kita,tapi abah...?!
Anis Adelia mengeluh perlahan,dari
jauh..pandangannya singgah pula kearah sekujur tubuh yang juga sudah terlena
diatas katilnya.
Kehadiran Aniq Ehsan semula didalam hidupnya
adalah pelengkap kehidupannya dan..Ariq.
Perlahan-lahan Anis Adelia kepalanya diatas
bantal,bersebelahan Aniq Ehsan. Malam ini,masuk kali ketiga untuk Anis Adelia
bermalam disisi lelaki itu.
Dihadapannya sekarang,seraut wajah ini
kembali menganggu ketenteraman sekeping hatinya.
Mata yang sedang terpejam rapat itu
ditenungnya.
Ya Allah!
Dah lama aku tak berpeluang curi-curi menatap
wajahnya,seperti sekarang.Disaat dia sedang lena dibuai mimpi dan aku...?!
Buat pertama kali selepas empat hari,Anis
Adelia merelakan dendam rindunya dibiaskan.
Fikirannya sudah merewang jauh.Mengenang kembali
detik-detik yang sudah lama disemadikan jauh didasar hatinya..
Seingatku,kali terakhir aku dapat menatap
wajahnya sejelas ini...Seminggu sebelum aku terpisah dengannya.
Sesungguhnya,dah setahun lebih aku tidak
berpeluang melihat dirinya seperti sekarang.
Aniq Ehsan...
Selepas apa yang aku lakukan padanya...?
Kenapa dia masih menginginkan diri ini?
Kenapa isteri ‘nusyuz’ ini yang menjadi pilihannya.
Aniq..?!
Kenapa saya...?!
Bicara hatinya terhenti disitu.Anis Adelia
tidak mampu meneruskannya lagi kerana dia tahu,tindakannya menyeru kembali
kenangan silam itu hanya akan mengundang air mata.
Sebelum tangisannya kedengaran,sebelum
menitis air mata yang sudah bertakung dikolam matanya ini,sebelum lelaki itu
terjaga pula kerananya.
Anis Adelia membuang kembali semua kenangan
pahit itu,jauh..
Betapa hebat hatinya merindui insan ini
selama ini?
Menyembunyikannya pula ketika ini?
Ya! Hatinya sakit!
Ya Allah..!
KAU jagakan dia untuk kami selama ini ya
Allah.
Alhamdulillah...Aku dan anak masih berpeluang
untuk menatap seraut wajah ini lagi.
Alhamdulillah..Anak berpeluang untuk mengenali
dan berkasih sayang dengan abahnya..
Alhamdulillah..dia tak pernah membenci diri
ini meskipun aku telah menyembunyikan perihal zuriatnya daripada pengetahuannya
selama ini.
Sungguh!
Aku mencintainya ya Allah.
Bukan hanya kerana dia suamiku mahupun bapa
kepada anakku namun dia juga adalah kekasih dan sahabat sejati yang sentiasa
ada untuk diri ini.Sentiasa..
Dunia akhirat aku mendambakannya sebagai imamku
meski kadangkala hati ini begitu mudah goyah dan cuba menidakkannya.
Perlahan-lahan jari jemari
halusnya diletakkan kewajah itu..
Sesuatu mula menjalar kesanubarinya..
Perasaan ini..???
Perlahan-lahan tangannya yang sudah berada
diwajah Aniq Ehsan diusap kasih.
Betapa bersyukurnya Anis Adelia..dapat
melalui lagi waktu-waktu begini lagi?
Biarpun tanpa pengetahuan lelaki ini?!
Seperti masa lalu juga.
Semuanya dizahirkan secara sembunyi.
“Sayang.” Mata yang tadinya terpejam rapat itu
terbuka tiba-tiba.
Anis Adelia yang ralit melayani perasaannya
untuk beberapa ketika tadi,kaku serta merta.
Saat anak mata itu secara tiba-tiba memanah
anak matanya.Tangan yang tadinya begitu leka mengusap wajah itu terjatuh dengan
sendirinya.
Dek terkejut yang teramat bibirnya kelihatan
menggeletar.
Tiada kata yang dapat diungkapkan bibirnya
saat ini.Pandangan Aniq Ehsan hanya membuatkan tubuhnya membeku.
Allah!
Tanpa kata,tubuhnya didakap insan itu.
Tindakan lelaki itu terus-terusan mengejutkannya.Erat
sehingga Anis Adelia merasakan nafasnya begitu sukar untuk dihela.
Apa dah jadi?
Bukankah Aniq Ehsan sedang terlena tadi?
Bagaimana pula..?
Dia yang masih terkejut dengan apa yang
berlaku,terus membeku dalam dakapan suaminya.Tidak tahu ingin berbuat apa.
“Abang tak marah Anis nak sentuh abang.Kenapa
selalu pegang abang sorok-sorok?” Bisikan lembut bersama kucupan hangat
dikepalanya tetap mengunci mulut Anis Adelia.
Aniq Ehsan juga diam kembali,kata-katanya
tidak disudahkan.
Suasana diantara mereka turut menjadi sepi
semula.Anis Adelia semakin tenggelam dalam dakapan insan yang dirinduinya.
Sangkanya,Aniq Ehsan sudah terlelap kembali..
Tapi..
“Sayang..”
Suara itu kembali kedengaran.
Mahu tak mahu,Anis Adelia terpaksa mendengar
apa yang ingin diperkatakan lelaki ini.
“Mengandung anak abang sendiri..? Seorang
diri di bumi asing...? Bersalinkan anak,tanpa abang...??” Dipagi-pagi begini..Soalan
yang diajukan Aniq Ehsan kepadanya agak mengganggu ketenteraman hati Anis
Adelia.
Apa jawapan yang harus diberikannya?
Perlukah dia bercerita kepada lelaki apa yang
telah dilaluinya sepanjang setahun ini?
Mengandungkan anaknya sendiri?
Seorang diri dibumi Melbourne ini?
Bersalinkan pula permata hati mereka itu
tanpa dirinya disisi?
Perlukah?
“Dia kekuatan saya,saya sanggup buat apa saja
untuknya.Sekalipun nyawa saya yang menjadi taruhannya.” Akhirnya hanya
kata-kata itu yang meniti bibir Anis Adelia.
“Tak rindu abang selama nie? Sikit pun? Tak
pernah ingat abang...? Masa mengandungkan zuriat abang?? Masa lahirkan zuriat
abang? Sepanjang tempoh 6 bulan lagi nie..membesarkan zuriat abang?”
Masih soalan yang sama.
Perlukah dia menjawab?
Ermm..
Dengan berat hati,pandangannya diangkat,Aniq
Ehsan turut menatapnya ketika ini.Tanpa rela,sepasang anak mata mereka saling
bersabung.
Redupnya pandangan Aniq Ehsan hampir
menewaskan Anis Adelia.
Aduhai..
Rasa sebak hadir tanpa diundang.
“Abang langsung tiada ruang dihati Anis?”
Semua soalan yang diajukan Aniq Ehsan kepadanya hanya berkisarkan dirinya dan
anak.
Perlukah Aniq Ehsan terus-terusan bertanya?
Bukankah si kecil mereka itu adalah jawapan kepada semua pertanyaannya??
“Sikit pun tak ada ke..sayang?”
Dia akan terus menyoal selagi bibir
perempuannya ini tidak terbuka untuk menjawab pertanyaannya itu.
“Dia pengganti awak disisi saya..”
Anis Adelia menghentikan seketika bicaranya.Sebolehnya dia tidak mahu bercerita,tetapi selagi dia tidak membuka mulut??
Lelaki ini akan mendesak.
Anis Adelia menghentikan seketika bicaranya.Sebolehnya dia tidak mahu bercerita,tetapi selagi dia tidak membuka mulut??
Lelaki ini akan mendesak.
Dengan berat hati,kepalanya
ditundukkan.Rasanya dia tidak mampu meneruskan kata-katanya dengan menatap
seraut wajah ini dan bertentangkan sepasang anak mata hitamnya?
“Mana mungkin saya mampu lupakan awak,bila
mana benih awak yang membesar kat rahim saya ketika itu? Bila mana saya
bertarung nyawa untuk melahirkannya pula? Bila mana kali pertama kami bersemuka
selepas 9 bulan lebih dia mengembara dirahim saya,yang saya nampak dia hanya
memiliki seraut wajah abahnya...?” Jelas getarannya disitu,Anis Adelia sedang
melawan perasaannya.Disebabkan ini dia tidak mahu mengungkit kisah lama.Hatinya
mudah meruntun..
Ketika pandangannya diangkat untuk menatap
seraut wajah itu.Sekali lagi Anis Adelia tenggelam dalam redupnya renungan
insan yang sedang mendakapnya ini.
Mata yang mula berkaca kembali menakungkan
air mata.
Aniq Ehsan pula sepertinya tidak mahu
memujuknya,lelaki ini mahu dia meluahkan semuanya.
Anis Adelia tewas lagi dalam membalas
renungan suaminya.
Dia berniat untuk menjatuhkan kembali
pandangannya.
Namun..sebelum sempat kata hatinya dilunaskan..tindakan Aniq Ehsan lebih memeranjatkannya.
Namun..sebelum sempat kata hatinya dilunaskan..tindakan Aniq Ehsan lebih memeranjatkannya.
Bibirnya dijamah insan itu.
Apa lagi yang mampu dilakukan Anis Adelia
ketika ini?
Matanya ditutup rapat bersama-sama rasa
dihati yang sudah bercampur aduk...
Tanpa keizinannya,ada titis jernih yang keluar
dari tubir mata yang tertutup rapat itu.
Hangat pula bibir itu mengenai sepasang
matanya ini.Lama.
“Sebab tu jangan cinta abang diam-diam.”
Dan...Teguran lelaki itu menyentap perasaan Anis Adelia sama sekali.
Allah! Bebannya!
Dan...Teguran lelaki itu menyentap perasaan Anis Adelia sama sekali.
Allah! Bebannya!
Ada sahaja kata-kata mahupun perbuatan Aniq
Ehsan yang akan ‘melukai’ hatinya.
Terdengar juga tangisan yang ditahannya
sedari tadi kerna hakikatnya seperti apa yang dikatakan.Itulah yang lebih melukai
hati Anis Adelia sebenarnya..
Disaat ini juga,nama perempuan bernama Mia
kembali bermain difikirannya.Setiap bait-bait kata yang dihantar oleh wanita
itu kepada Aniq Ehsan membuatkan Anis Adelia merumuskan sesuatu yang tidak
sewajarnya dipagi ini.
“Niq..”
Panggilannya tidak disahut.
“Awak dah jumpa kami,kalau saya minta awak
pergi...Boleh tak??”
“Pergi mana?”
“Jauh dari hidup kami..Awak bina kehidupan
awak semula,tebus kembali waktu-waktu yang telah awak buangkan dulu semata-mata
nak bertemu dengan saya.Saya yakin awak akan lebih bahagia.” Rayu Anis Adelia
dalam kepayahan yang teramat.Terhenti usapan tangan itu diwajahnya.
Sekali lagi?!
Dan..permintaannya pula melukai hati lelaki
yang sedang mendakapnya ini.
Ya Allah!
Dia sayang..tapi begitu sukar untuk
mengakuinya?
Apa yang payah buatnya sedang dia tahu..kami
mempunyai perasaan yang sama,aku dan dia...miliki rasa itu.
Sehingga tadi,Aniq Ehsan merasakan peluang
untuk mendapatkan kembali perempuan ini begitu luas tapi?
“Selepas abang bersusah payah mencari isteri
abang? Bertemu anak yang tak pernah abang tahu kewujudannya selama nie?? Anis
tahukan apa ketetapan abang?” Nada suara Aniq Ehsan agak lain kali ini.
“Kenapa perempuan lain mudah lembut..cair
dengan abang tapi tak perempuan didepan mata abang nie?” Soalnya lagi bersama rasa hati yang makin
berselirat.Semuanya kerana perempuan bernama Anis Adelia ini.
Anis Adelia pula kecewa mendengarnya.
Perempuan lain?
Apakah dia memaksudkan wanita itu?
Mia??
“Sebab saya bukan untuk awak.” Jawapan yang tidak sepatutnya lahir daripada bibirnya.
Astaghfirullahala’zim..Beristighfar hati Aniq Ehsan mendengarnya.
“Sebaik abang lafazkan akad dulu,itu tandanya
jodoh Anis memang dengan abang.Susah sangat nak terima kenyataan tu?? Tak
percaya pada qada dan qadar Allah?”
Diamnya Anis Adelia membuatkan suaminya
berkeras.
“Abang minta maaf sayang.Abang takkan mungkin
lepaskan Anis..bencilah abang kalau itu yang Anis mahukan tapi untuk melepaskan
Anis! Itu hanya akan berlaku saat nyawa abang nie dah terpisah daripada
jasad.Hanya kematian abang yang akan menunaikan keinginan Anis.Jika Anis masih
mahukannya sekarang.Bunuh abang..”
Bunuh??!
Apa dia nie?
“Kenapa awak bodoh sangat Niq..? Perempuan
nie jahat! Awak masih tak sedar lagi ke? Awak masih butakah untuk melihat semua
tu??! Perempuan yang awak ingin ini..Perempuan nie?! Dia pernah tinggalkan awak
satu ketika dulu.Pergi macam tu saja..Perempuan nie juga dah sembunyikan
perihal zuriat awak daripada pengetahuan awak.Bukan
sehari dua,bukan sebulan dua tapi lebih setahun lamanya.Awak tak sedar lagi
ke?? Jika sampai sekarang awak masih tak jumpa saya,bermakna?? Sampai sekarang
juga awak tak tahu yang awak sebenarnya dah jadi seorang bapa.Awak tak nampak
lagi ke Niq??? Betapa kejamnya perempuan ini terhadap awak? Isteri yang awak
mahukan selama ini? Inikah perempuannya Aniq?”
Dalam tangisnya,Anis Adelia melempiaskan ‘kemarahannya’
kepada Aniq Ehsan.Biar lelaki ini bangun daripada ‘mimpi’ panjangnya.Betapa
‘bodohnya’dia selama ini.Menantikan perempuan yang langsung tidak layak untuk
bertakhta dihatinya ini.
Pedihnya hati Anis Adelia mengakui hakikat
itu.Pedih lagi hatinya dengan tindakan suaminya selepas itu.
Lelaki ini..masih juga tenang! Setenang-tenangnya!
Lelaki ini..masih juga tenang! Setenang-tenangnya!
Tanpa balasan,Aniq Ehsan hanya membawa kembali
tubuh isterinya kepelukannya.Apa lagi yang mampu dilakukan Anis Adelia?
Tubuh ini tidak akan dilepaskan lagi sehingga pagi esok.Rasa amarah dan kecewanya sekadar diambil alih oleh tindak tanduknya.
Tubuh ini tidak akan dilepaskan lagi sehingga pagi esok.Rasa amarah dan kecewanya sekadar diambil alih oleh tindak tanduknya.
“Dah perempuan nie yang hati abang nie nak?
Apa lagi yang mampu abang buat sayang? Boleh Anis beritahu abang?? Sayang nak
abang buat apa?”
Ada getarannya??
Menangiskah dia?
“Memang hati abang nie dah terlalu banyak
dilukainya tapi saat kali pertama abang melihat anak abang dalam
dakapannya.Abang tahu,dia pastinya lebih menderita selama nie.Mengandung anak
abang sendiri.Jauh daripada abang dan keluarga..sendiri ditempat asing.Masa tu
juga rasa kecewa abang hilang macam tu saja..marah? Jauh sekali sayang.Mana
mungkin abang marah,benci pada wanita yang telah bertarung nyawa untuk
melahirkan zuriat abang?? Hmm..?”
Akukah yang bodoh kerana meninggalkannya
dulu??
Dan..kata-kata itu mengunci bibir Anis
Adelia kali ini.
Siapa lelaki ini!!??
Siapa dia sebenarnya??!
Kenapa setiap kali aku ingin membuatkan dia
membenci diri ini sebaliknya pula yang berlaku????!
Kenapa?
Zaff : Saya benar2 jatuh cinta dgn karya awak ,idea yang lahir bersatu dengan cara olahan yang menarik maka lahir sebuah karya yang indah ,,,, dihadam dengan mata..dirasa dengan hati ..Tahniah ...
ReplyDeleteasslamualaikum... sayu nye baca bab ni. bertapa seorang suami mampu memaafkan khilaf seorang isterinya.. harap anis dpat menerima kasih sayang aniq. tahnish cik penulis ... semoga awak dapat idea untuk terus berdakwah melalui penulisan awak.. May Allah Bless U. :)
ReplyDeleteEmmm pilu di hati tp n3 yg menarik
ReplyDeleteThanks and that i have a tremendous give: House Renovation What Order house renovation in london
ReplyDelete