Renungan dalam hikmah.....

Ariff Farhan menatap kasih wajah isteri kesayangannya.
Awal Nur Imani terlena malam ini,lepas isyak..mengaji bersamanya sekejap kemudian isterinya ini terus naik ke katil.Tak sempat pun mereka berbual..Mungkin begitu keletihan selepas beriadah dengannya petang tadi...
Ariff Farhan hanya sedar isterinya sudah terlena apabila dia naik kekatil untuk mengucapkan selamat malam dan mendoakan kedua-duanya..kebetulan pula dia masih ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan tadi sehingga sempat terlena untuk seketika dimeja kerjanya.
Sedar-sedar sahaja tadi dia melihat jam sudah hampir ke pukul 3.30 pagi.
Alhamdulillah,nampaknya malam ini dia dapat meneruskan niatnya yang sudah beberapa kali tertangguh.
“Assalamualaikum..”
Bisikan dan sentuhannya ternyata begitu mudah untuk mengejutkan isterinya.
“Waalaikumussalam..abang? Dah subuh ke?”
Ariff Farhan menyambut soalan siisteri dengan senyuman..tangannya yang leka bermain-main dianak rambut lebat itu dijatuhkan di pipi merah isterinya.
Bibirnya mendarat didahi itu..
“Letih ke?” Ariff Farhan tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya mengajukan pula soalan lain.
Nur Imani pula tersenyum dengan soalan itu..Malu pula dia.
Benar..dia memang keletihan.Sudah lama tidak berjalan sejauh itu,sakit juga badan-badannya..
“Letihlah jugak..” Nur Imani mengadu juga.
“Kalau macam tu tidur balik.Rehat.”
“Err..Kejap! Kenapa abang kejut Nur? Ada apa-apa ke?”
“Letihkan..? Tidurlah balik..saja abang kacau tadi,awal sangat isteri abang tidur hari nie.Sempat bersembang dengan anak je tadi.”
Nur Imani diam,benarlah apa yang diperkatakan suaminya ini.Namun mustahil juga jika itu sahaja alasannya?
Memanglah dia keletihan namun dia lagi pelik bila Ariff Farhan mengejutkannya diwaktu begini.Pukul 3.30 pagi nie..Pasti ada sebab lain suaminya mengejutkannya..
“Abang lapar ke?” Boleh pulak soalan itu terpacul daripada bibirnya..tersenyumlah suami yang mendengarnya.
“Kesitu pulak sayang nie..sebenarnya abang ingat nak ajak sayang teman abang.” Ariff Farhan bermadah.
“Pergi mana?”
“Dating.”
“Hmm..??!” Suara Nur Imani tenggelam timbul..Berkerut-kerut dahinya mendengar pelawaan itu..Terkejut usah dicakaplah cuma perkataan yang ingin keluar tu sekadar bergema didalam hatinya.
Ya Allah..abang?! Pukul 3.30 pagi..nak dating kemana pulak?
Ariff Farhan terus tersenyum saat isterinya membalas pandangannya dengan riak wajah yang pelik.
Nur Imani pula hampir memejamkan matanya semula setelah menyangka suaminya sekadar ingin bergurau..namun bila bibir itu terasa hangat mengenai dahinya lagi,dia membuka matanya semula..malas.
“Teman abang tahajud..?” Ariff Farhan berterus terang,sekarang reaksi isterinya pula ditunggu.
Terpinga-pinga Nur Imani mendengar pelawaan itu.
“Letih ke? Abang tak paksa..kalau letih,tidur balik.”
Tiada jawapan daripada isterinya,Ariff Farhan sendiri merumuskan.
Mungkin lain kali saja mereka dapat berjemaah tahajud bersama.InsyaAllah.
Selimut ditubuh Nur Imani ditarik semula sehingga kedadanya.Usapan terakhirnya dihadiahi lagi dengan sebuah kucupan diubun-ubunnya.
Ariff Farhan sudah bergerak semula..
“Abang tunggu sekejap..”
Lengannya dicapai sebelum dia turun daripada katil mereka.
“Kenapa sayang..?”
“Tunggulah kejap..abang nie,jemput Nur macam ajak-ajak ayam jer..?”
La...?
“Letihkan?”
“Letih sikit jer..kalau setakat nak berdiri,rukuk,sujud tu insyaAllah,boleh lagi.Kan sayang ibu?" Nur Imani mengusap perutnya.
"Kejaplah..Nur nak tahajud dengan abang.Kejap ye..Nak bersihkan diri dulu..?"
“Betul ke nak ikut?” Ariff Farhan mendapatkan kepastian.
“Rugilah Nur kalau lepaskan peluang berjemaah dengan abang disaat-saat terakhir hubungan kita nie.”
Terkedu Ariff Farhan dengan jawapan isterinya,Nur Imani sudah turun daripada katil.Meninggalkan dirinya yang mula tidak enak mendengar sebaris ayat yang baru meniti bibir isterinya tadi.
Nampaknya..Dia perlu berusaha keras lagi! Rajuk dihati isterinya masih tidak terpujuk.
Allahhumma solli a’la sayyidina Muhammad...
Nur Imani melangkah keluar setelah selesai membersihkan dirinya.Ketika dia melangkah keluar daripada bilik air tadi kelihatan Ariff Farhan sedang mengaji,ini juga merupakan pengalaman pertamanya bertahajud dengan suaminya.
Alangkah indahnya jika begini kehidupan kami sejak diawal perkahwinan dulu,ya Allah..?!
Benar..kehidupannya terlalu banyak berubah sejak Ariff Farhan menerima dirinya..
Segala impian yang dirasakannya tidak dapat dipenuhi sejak menjadi isteri insan ini sedang ditunaikan oleh Ariff Farhan satu demi satu.
Subhanallah..
Semakin dekat langkah yang diaturnya menghampiri suaminya,semakin jelas bacaan ayat-ayat suci al-Quran itu menyapa pendengaran Nur Imani,syahdu hatinya.Mengenangkan hubungan yang bakal berakhir ini,makinlah hati Nur Imani dirundung rasa sedih..Begitu payah hubungan ini untuk dibina.
Ralit dia mendengar,sesuatu yang lebih menakjubkan telah membuatkan perhatiannya kepada bacaan ayat Al-Quran suaminya,beralih serta merta..
“Err???”
Derapan kaki yang diatur oleh Nur Imani tiba-tiba terhenti..betul-betul dibelakang suaminya.
Kenapa..??
Nur Imani menyentuh perutnya,dia yakin..baru beberapa saat lalu,ada pergerakan yang dia rasai dirahimnya ini.
Ya Allah...!
Terkedu Nur Imani kembali,betulkah nie??
Allahhuakbar..anak ibu bergerak? Sayang ibu...?
“Sodaqallahala’zim...” Suaminya menyedari akan kehadirannya.
“Nur...?” Ariff Farhan sudah menoleh kearahnya,matanya turut jatuh kearah tangan isterinya yang sedang berada dipermukaan perut..
“Sakit ke..?”
Nur Imani mengeleng,pada mulanya ingin juga dia berkongsi cerita..namun entah kenapa bibirnya bagaikan terkunci daripada bersuara.
“Sayang..?”
“Boleh kita mulakan..?” Soalnya tidak mahu memanjangkan cerita.Telekung yang tersangkut kemas ditempatnya diambil.Nur Imani langsung berdiri diatas kain sejadah yang telah dibentangkan oleh suaminya,mungkin ketika dia berada didalam tandas tadi.
Ibadah mereka pagi itu selesai disudahi dengan solat subuh berjemaah.
Nur Imani kembali duduk disisi suaminya selepas dia mengemas telekung dan sejadah-sejadah yang telah digunakan mereka tadi bersama Ariff Farhan.
Agak pelik bila Ariff Farhan tidak menyambung semula bacaan ayat-ayat suci yang dibacanya sebelum mereka bertahajud tadi.Sebaliknya dia diminta untuk duduk kembali dihadapannya.
Betul-betul saling menghadap diantara satu sama lain.
“Ada benda abang nak bincang dengan Nur..”
Nur Imani dapat merasakan perkara yang bakal disentuh oleh suaminya sebentar lagi cukup penting,apatah lagi dengan riak wajah yang dipamernya ketika ini.
“Tentang abang??” Nur Imani memberanikan dirinya untuk bertanya,mahu Ariff Farhan berterus terang sahaja dengannya.
“Tentang arah tuju hubungan kita..!” Arah tuju hubungan kami? Apa pulak masalahnya nie? Bukankah dia sendiri yang menetapkan tarikhnya hubungan ini akan terlerai?
“Kan kita sama-sama dah tahu arah tuju hubungan kita nie..?”
“Bukan itu maksud abang..abang dah fikir masak-masak.Abang akan rujuk Nur semula sebaik sahaja apa yang tak sepatutnya abang cakapkan pada Nur dulu,sah disisi agama.”
“Apa maksud abang..?”
“Abang nak Nur terus setia disisi abang..”
“Kenapa tiba-tiba..?”
“Bukan tiba-tiba,tapi dah lama abang fikirkan benda nie cuma...baru sekarang abang dapat luahkan.”
“Abang bimbang dengan penerimaan keluarga kita ye? Abang risau mama dan babah marahkan abang seperti dulu?”
“Tak..”
“Habis tu..? Abang risaukan Nur? Abang bimbang anak..?” Soal Nur Imani bertalu-talu..
Bibirnya mengeluh melihat air muka suaminya yang telah tersalah tafsir olehnya.
“Kan Nur dah banyak kali beritahu abang..Nur tak kisah dengan semua nie.Takdir dah menentukan segala-galanya.Nur redha.Jodoh kita memang sampai disini sahaja.”
“Bukan itu masalahnya sayang...”
Ariff Farhan diam seketika..wajah isterinya dipandang lagi.Nur Imani mahu dia segera menyudahkan bicaranya..
Abang tak tahu cara macammana abang dapat terangkan pada Nur.Abang..Abang..” Ayatnya terhenti disitu lagi.
Ariff Farhan tidak mampu untuk menyambung bicaranya.Kesian pula Nur Imani melihat suaminya..mungkin benar,dia terlalu risau akan bayi mereka ini kerana itu dia dalam dilema sekarang.
Alahai..kesiannya suami aku.
Nampaknya aku kena berikan dia sedikit kekuatan itu..mungkin dia terlalu memerlukannya.
Nur Imani merapatkan sedikit kedudukan diantara mereka..tangan suaminya diambil dan digenggam erat sebelum bibirnya kembali bersuara..
“Abang..abang kena yakin pada kata hati abang.Jangan bimbang apa-apa mengenai Nur dan anak.Nur yakin Nur mampu mendidiknya tapi abang jangan risau,Nur takkan pernah memisahkan abang daripadanya.Abang bina kebahagian yang abang cari selama nie,Nur dan anak juga akan hidup dengan kebahagiaan yang kami ada ni..Kita tetap akan jadi sahabat untuk anakkan?”
Ariff Farhan membalas genggaman erat ditangannya ketika ini.Bukan itu yang ingin dia perkatakan.
“Abang janganlah fikirkan benda-benda nie lagi..sebenarnya Nur nak beritahu abang sesuatu sebelum kita solat tadi.”
“Apa dia sayang..?”
Perbualan mereka tergantung saat tangannya sudah berada dipermukaan perut isterinya.
“Anak..Masa abang tengah mengaji tadi,Nur dapat rasakan..dia bergerak! Pertama kali Nur dapat rasakan dia bergerak-gerak..”
Ariff Farhan agak terkejut dengan apa yang diberitahu isterinya..
“Janganlah pandang Nur macam tu..serius..anak bergerak tadi.Nur dapat rasakan.”
Bukan itu pula yang dimaksudkan Ariff Farhan..
Hmm..perlukah dia meneruskan jugak ke perbualan mereka tadi?
“Sayang..abang pun serius mahu Nur sentiasa berada disisi abang.Abang sayang Nur..sayang anak kita..kerana Allah!”
Penuh kejujuran dia mengucapkan ayat itu..sesiapa jua dapat merasakannya jika mereka mendengar,inikan pula Nur Imani.
“Nur pun sayang abang kerana Allah..Abang suami Nur..abang babah pada anak kita..tapi kalau dah jodoh kita tak panjang.Mungkin ada hikmah yang tersemat disebaliknya..abang kena lepaskan rasa tanggungjawab abang tu bila tiba juga masanya nanti.”
Ya Allah!! Ariff Farhan tertunduk..Meraup wajahnya beberapa kali,runsing.
Isterinya ini sengaja buat-buat tak faham atau dia memang tak faham?
Ya Allah..harus bagaimanakah lagi aku ingin menjelaskan kepadanya?
“Sayang..” Terhenti seketika.Ariff Farhan memandang wajah isterinya,Nur Imani sekadar membalas.
“..abang tak nak kehilangan Nur dan anak.Nur dan anak adalah amanah abang..nyawa abang..kehidupan abang.Abang tahu,abang bodoh menilai Nur.Bodoh menafikan perasaan abang pada Nur selama nie,tapi...”
“A..” Nur Imani ingin memotong,tapi segera dihalangi suaminya.
“Sayang..tolong dengar apa yang abang nak cakap nie baik-baik...Kita kena fikirkan masa depan kita..demi rumah tangga kita..demi anak.”
Hati Nur Imani tiba-tiba sebak..
Pandangannya sudah dilarikan ketempat lain.
Sedar-sedar sahaja air matanya sudah tumpah..
Baru sekarang? Baru sekarang dia nak fikirkan tentang rumah tangga kami? Tentang hubungan aku dengannya? Tentang anak?
Abang...abang...
Nampak sangat dia buat semua ini demi sikecil mereka?
Nampak sangat dia masih mahukan aku terus berada disisinya demi anak?
Bukan aku cemburu..aku tidak pernah cemburu jika anak yang menjadi keutamaannya.
Persoalannya sekarang..mampukah kami membina hubungan ini semula jika itu alasannya?
Dia menikahi aku dulu pun disebabkan sesuatu yang lain,tengok sahaja apa yang telah berlaku.
Takkan sekarang pun begitu...?
Dan aku...Aku mungkin akan terus begini.Terluka..terluka..dan terluka?
“Nur..” Nur Imani cuba mengumpulkan kekuatan..
“Kalaulah daripada awal dulu abang fikirkan semua nie..” Tersentap Ariff Farhan mendengar ayat isterinya.Bertambah tersentap melihat air mata yang mengalir diwajah permaisuri hatinya ini..
Allah!
“Sayang..?” Ariff Farhan ingin menghalangi air mata itu daripada menitis..namun tangannya ditolak lembut.
Apakah maksudnya?
“Maafkan Nur abang..Nur dah tak mampu untuk terus berada disisi abang..Nur masih disini pun demi janji yang masih berbaki..”
“Sayang.”
Nur Imani diam,dia bangun setelah merasakan dirinya tidak kuat lagi untuk berhadapan dengan lelaki dihadapannya ini..
Ariff Farhan merelakan pautan tangan mereka terlerai.Melihat isterinya melangkah pergi dia merasakan dirinya sudahpun kehilangan Nur Imani sebelum masanya.
Nur..
Hati lelakinya turut merintih..
Keluar daripada bilik..mencurah-curah air mata Nur Imani menitis kewajahnya.Dada yang terasa sakit itu disentuh.Erat tangannya menggenggam jubah ditubuhnya ketika ini.
Ya Allah..sakitnya diri ini.Mencintainya begitu melukai hatiku!
Nur Imani masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,perbualan yang tidak berakhir dengan baik tadi tidak menjadi alasan untuknya membiarkan suaminya.Sarapan untuk suaminya disediakan sepertimana yang dilakukannya seminggu yang lalu.Ariff Farhan juga membantunya seperti biasa,menolongnya membasuh pakaian..mengemas rumah.
Sebelum mereka berpisah pagi tadi..seperti biasa,Nur Imani membiarkan suaminya mengucap sesuatu untuk bayi mereka.
“Sayang anak babah..”
Kucupan hangat yang terasa diperutnya sudah beralih kedahinya,
“Abang sayang Nur,sayang..” Ucapan yang sama buatnya.
Ayat itu..masih terngiang-ngiang ditelinganya sehingga sekarang.
Bukan tidak pernah diucapkan olehnya,malah sejak Ariff Farhan cuba memperbaiki hubungan sudah beribu kali dia mendengar perkataan sayang itu.Cuma tadi..ucapan itu membuatkan hatinya begitu syahdu.
Dia ikhlas...
Tapi aku..?
best2.. dah la dpat 2 entry hari ni.. keep it up.. :D
ReplyDeletenak lagi...heheee..best2..taip laju-laju ye.. ;)
ReplyDeletelumrah manusia bila merasakan akan kehilangan baru nak tersedar.....sedihnya....tapi hubungan mereka masih boleh diperbaiki...akan adakah badai yg bakal melanda lagi???
ReplyDeletebest.
ReplyDelete...:)
ReplyDeleteyeah..taip laju2!! :)
ReplyDelete:)...
ReplyDelete