Friday, 24 May 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:34

Assalamualaikum & Salam Jumaat sayyidul ayyam.. :)

Renungan dalam hikmah…..

RosesHQ15

           Nur Imani mengemaskan t-shirt dibadan suaminya buat kali yang terakhir..berat pula hatinya ingin membiarkan lelaki ini pergi.Lingkaran tangan Ariff Farhan dipinggangnya dibiarkan,hampir 15 minit mereka begini.Saling memandang diantara satu sama lain sambil berbual.

Alangkah baiknya jika mereka terus begini?

Berat lagi hati Ariff Farhan ingin meninggalkan isterinya ini.

Benar! Ini kali pertama dia akan meninggalkan Nur Imani,sudahlah dalam keadaan isterinya begini?

Ikutkan hati..memang dia tak mahu pergi namun kasihan pula pada Zahim kerana sejak dia kahwin,setiap kali ada urusan diluar kawasan Zahim sahaja yang pergi.

Ada Zahim  menawarkan dirinya untuk pergi lagi tapi kali ini..Ariff Farhan sendiri menolak.

Lagipun sekarang nie,mereka sama-sama dah ada isteri.Biarlah dia memberikan ruang dan peluang untuk pengantin baru itu pula menghabiskan masa bersama.

“Sayang..ingat pesan abang.Jangan buat kerja berat-berat..ada apa-apa cepat telefon abang,tak pun ibu dan ayah..mama atau babah ke..?”

Nur Imani mengangguk lagi,masuk ini sudah 5 kali dia mendengar perkataan yang sama daripada suaminya.

Ariff Farhan merapatkan kedudukan mereka.Nur Imani mula ralit dengan perfume ditubuh suaminya yang begitu menarik deria baunya.Wangi sangat..

“3 hari jer abang kat sana,abang harap..macammana abang tinggalkan Nur hari nie,macam tu jugaklah abang akan jumpa Nur 3 hari lagi,boleh?” Ujarnya sambil mengusap mesra pipi isterinya,

Soalan apa nie??

“Abang..Nur memang macam nielah..nak jadi macammana pulak? Boleh pulak ke isteri abang nie bertukar jadi macam Fiona,isteri Shrek tu?” Ujar Nur Imani berbaur gurauan,

“Abang serius nie sayang..” Tercuit hati Nur Imani melihat air muka diwajah itu sudah berubah.

“Ya Encik Ariff Farhan..insyaAllah,takkan ada apa-apa terjadi pada anak dan isteri mu ini..dahlah tu,abang nie..daripada tadi banyak sangat pesanannya..Nanti terlepas flight pulak?”

“Abang susah hati nie sayang,macam nielah..abang call ibu,suruh temankan Nur? Tak pun..abang mintak Sakinah kesini..?”

Ya Allah..!

Makin lama makin merepek pulak suamiku ini?

“Abang..janganlah risau.Nur dengan anak akan baik-baik saja.Kami cuma perlukan doa abang..Abang titip sahaja kami pada Allah..InsyaAllah..DIA bukan sahaja akan jaga Nur dan anak tapi abang jugak.” Ujar Nur Imani yakin sambil mengusap lembut pipi suaminya.

Sedangkan jauh dilubuk hatinya,Nur Imani sendiri tidak tegar ditinggalkan..Pandai dia berlakon dihadapan suaminya.

Ariff Farhan mengucup dahi isterinya,setelah itu bibirnya jatuh pula dikedua-dua belah mata isterinya,beralih pula kedua-dua belah pipi itu sebelum diakhiri dibibir merekah itu sebentar.

Ya Allah...kau kuatkanlah hatiku..

Bisik Nur Imani sendiri pada dirinya..Dia pula yang tidak keruan.Perasaan yang daripada tadi diselindungnya mula terbuka sikit demi sedikit.Silap hari bulan..Ariff Farhan yang tak jadi bertolak ke Langkawi jika dia mengetahui apa yang sedang bermain dihati isteri kesayangannya ini.

Sejak mereka kahwin,seingatnya belum pernah Ariff Farhan meninggalkannya walaupun untuk sehari suntuk.Dalam masa sehari..paling tidak mereka pasti akan bertemu walaupun sekali.Tapi sebentar lagi? Dia akan ditinggalkan untuk 3 hari.Ya Allah..! Lama tu?

Namun 4 hari daripada sekarang...aku tetap akan ditinggalkan lebih lama daripada sekarang.Lama sangat..

Nur Imani terus bermonolog sendiri sedangkan suaminya masih berada didepan mata.

Leka dia melayani perasaannya,Ariff Farhan sudah duduk berlutut dihadapan isterinya.Bibirnya dirapatkan keperut Nur Imani,lama dia mengucup perut yang semakin menampakkan perubahan ini.

Nur Imani terus menerima sahaja tindakan suaminya keatas dirinya.

Ariff Farhan tidak pernah melupakan sikecil mereka ini,tidak pernah sekalipun sejak dia tahu akan kehadirannya.

“Assalamualaikum sayang babah..anak babah baik-baik jer kan kat dalam perut ibu nie? Sayang..babah kena pergi Langkawi hari nie.3 hari babah kat sana..Babah janji,habis saja urusan babah kat sana babah terus balik jumpa ibu dan sayang.Sayang jaga ibu,jangan nakal-nakal...Ermm..? Sayang puteri babah nie..” Ariff Farhan mengakhiri perbualannya dengan sikecil mereka dengan menghadiahi lagi sebuah ciuman diperut isterinya.

Waalaikumussalam..

Perlahan Nur Imani menjawab.

Cuma..

Puteri lagi? Yakin betul dia..?

“Sayang..Jom.” Ariff Farhan sudah bangun semula.Pandangan mereka menyatu semula.Tanpa sedar jari jemari mereka saling meramas diantara satu sama lain.

Ariff Farhan tersenyum,dalam masa yang sama cuba meredakan kebimbangannya.Perlahan-lahan,dia mula mengatur langkah,pinggang isteri yang dipeluk erat tangannya mendorong wanita itu turut berjalan bersamanya.

Sebaik berada diluar rumah..

“Sayang..Abang pergi dulu.Jaga diri..jaga anak...Assalamualaikum.”  Kata perpisahan sudah diucapkan..

“Waalaikumussalam..” Jawab Nur Imani sebak tapi dia tak akan menunjukkan perasaannya dihadapan insan ini..

Merasakan dirinya makin tidak kuat,Nur Imani mengingatkan dirinya yang suaminya pergi atas urusan kerja,bukan sengaja-sengaja dia nak tinggalkan mereka...

“Abang..Kejap!”

Belum pun jari jemari mereka terlerai,Nur Imani sudah menyulamnya semula.

Ariff Farhan berpaling.

“Ya,Sayang?” Agak pelik apabila isterinya tiba-tiba memanggilnya semula..tadi beria suruh pergi cepat.

“Nak peluk abang kejap..?” Ujar Nur Imani seakan berbisik.

Terkejut Ariff Farhan mendengarnya,namun senyuman dibibirnya lebih menggambarkan perasaannya ketika ini.

all,i,wanted,was,you,love,couple,hug,hold,holding-05cf56dbc10fd3cca40ba3717dcc3982_h

Tak perlu Nur Imani yang bertindak,suaminya terlebih dahulu mendakapnya.

Gembira bukan kepalang Ariff Farhan mendengarnya,apakah ini satu petanda..?

Petanda bahawa hubungan mereka akan pulih semula? Isterinya akan memaafkannya?

Ya Allah,kau jadikanlah perpisahan selama 3 hari ini sebagai satu petunjuk untuk kami.KAU lapangkanlah hati isteriku ini untuk menerima ku semula..demi rumah tangga dan permata hati kami ini.

Ya Allah..aku yakin,jodoh kami kuat..Dia milikku dan aku untuknya..

Nur Imani sedaya upaya menahan air matanya daripada menitis apabila dirinya berada dipelukan suaminya,sensitif pula hatinya dipagi-pagi begini.

Ya Allah..begini rasanya sebuah perpisahan?

Betapa hebatnya perasaan ini terhadapnya?

Belum lagi dia pergi..aku sudah merinduinya...? Rindu yang teramat.

Dan perasaan ini akan lebih hebat sebaik sahaja dia pergi..kan?

“Boleh abang lepaskan dah?” Bisikan itu menyedarkan Nur Imani..

Alahai..lama juga mereka berdakapan..Dia pula bagaikan anak kecil,tiba-tiba mahu diri dimanjakan?

Malunya..

Perlahan-lahan Nur Imani melepaskan pelukannya ditubuh Ariff Farhan.Dengan senyuman yang masih terukir dibibirnya,tangan suaminya disalami dan dikucup kerana dia hampir terlupa untuk melakukannya tadi.Sebenarnya,disebabkan itu jugalah Nur Imani memanggil Ariff Farhan semula tadi tapi..lain pula yang keluar daripada bibirnya setelah lelaki itu berpaling menghadapnya semula.

Ya Allah..! Inilah perasaan seorang isteri..

“Hati-hati abang..Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Nur Imani menghantar suaminya sehingga keluar rumah mereka,

Pemergian suaminya diiringi dengan air mata..

Benar kata hatinya tadi..

Perasaannya terhadap insan itu semakin hebat setelah dia pergi..

Rasa rindunya pula..? Usah dikatakanlah..mahu sahaja dia mendail nombor telefon lelaki itu,minta Ariff Farhan balik semula kesisinya..tapi bukan itu yang dia lakukan,imannya kuat mengingatkan dirinya mengenai situasi mereka sekarang.

Ya Allah..peliharakan perjalanannya,permudahkanlah urusannya.KAU jagalah dirinya untuk kami..aku dan anaknya! Ada urusan yang perlu dia selesaikan disana dan aku..Aku sentiasa akan menantikan kepulangannya.

Sebuah teksi berhenti diluar pagar rumahnya sebaik sahaja pintu pagar automatik itu sudah pun tertutup sepenuhnya.

Nur Imani agak terkejut..

Suaminya tak jadi pergi pulak ke?

Tapi..

Kinah??

Tersentak Nur Imani melihat Sakinah yang baru keluar daripada kereta sewa tersebut.Senyuman Sakinah menyapa pandangannya.

Nur Imani sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku..ini semua mesti kerja suaminya!

Cepat sangat dia bertindak..

“Assalamualaikum kak Nur..”

“Waalaikumussalam..” Sakinah tersenyum-senyum sambil berjalan kearahnya..Nur Imani turut membalasnya senang.

Sorry..datang tak beritahu..abang Han suruh buat surprise kat akak..”

Nur Imani ketawa sudahnya,berpelukan mereka seketika.

“Ya..memang surprise pun...abang Han baru jer pergi itu yang akak ingat dia pusing balik masa teksi Kinah berhenti depan rumah tadi.So..kena jadi spy abang Han lah nie?” Usik Nur Imani dihujung bicaranya.

Sakinah pula ketawa dengan soalan kakak iparnya.

“Lebih kurang macam tulah..” Gurau Sakinah juga namun segera disambungnya..

“Takdalah sampai kesitu akak.Abang Han suruh Kinah tengok-tengokkan akak je..”

“Dia tak percayakan akaklah tu..”

“Bukan tak percaya..Sayang.” Sakinah membetulkan.

“Akak sihat?”

“Alhamdulillah sihat..Kinah?”

“Kinah pun sihat..Baby?”

“Alhamdulillah.Baby pun sihat mak su..Marilah masuk..Kak Nur buat pulut panggang tadi...”

“Pulut panggang?! Yummy,yummy..sedapnya! Tak bangunlah Kinah jawabnya nie..” Sakinah melingkari tangan kakak iparnya,berdua mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

_____

Selepas isyak tadi Nur Imani menyambungnya pula dengan mengaji..kemudian turun ke bawah pula untuk menemani adik iparnya.Televisyen yang berpasang sekadar menjadi peneman berbual dua beradik itu.

Hampir jam menjangkau ke angka 12.00 malam baru mereka masuk tidur.

Hati Nur Imani sudah berbelah bahagi sebaik sahaja dia melihat kearah pintu bilik yang terbuka.Aura lelaki itu semakin kuat dirasakan oleh Nur Imani apabila berada dibilik mereka ini.

Pintu yang terbuka tadi ditutup rapat sebaik dia melangkah masuk kedalamnya.

Aduhai..masa dengan Sakinah tadi takdalah dia teringatkan suaminya sangat,masuk saja bilik? Berdendang-dendang kembali hatinya ini menyatakan kerinduan yang teramat terhadap insan itu..

Nur Imani cuba menenangkan dirinya,dia terus berlalu kebilik air mengambil wudhuk semula sebelum mempersiapkan dirinya untuk tidur.

Naik sahaja ke katil...Sebaik sahaja tubuhnya sudah diiringkan ke sebelah rusuk kanan,menghadap tempat pembaringan suaminya.

Abang.. Sebaris nama itu bermain juga dibibirnya.Sekadar melepaskan sedikit beban rindu itu.

Bagai terngiang-ngiang lagi setiap bicara Ariff Farhan terhadapnya dan sikecil mereka sejak seminggu lalu.Satu persatu kembali menggamit memori Nur Imani.

Diusap-usapnya bantal yang menjadi alas kepala lelaki itu..matanya dipejamkan,cuba menggambarkan kehadiran Ariff Farhan disisinya..tetapi gagal.Sebaliknya tindakannya itu menyebabkan air matanya hampir menitis.

Mengapa?

Kerana dia...rindu!

Ya Allah!

Hatinya merintih lagi..

Seketika kemudian..tangannya sudah berada diatas permukaan perutnya.

Sekarang ini,Nur Imani yakin..bukan dia sahaja yang merasai perasaan itu tetapi sikecil dirahimnya turut merasainya.Masakan tidak..sejak seminggu lalu malamnya ditemani suara babahnya,ditemani usapan-usapan kasih babahnya..

“Sayang ibu..rindunya ibu pada babah..rindu sangat.Sayang ibu pun rindu babah kan? Dah seminggu babah mengaji untuk sayang,tidur dalam pelukan babah tapi hari nie..Cuma tinggal kita berdua..mujur mak su ada...”

Nur Imani berbicara dengan anaknya..diusapnya kasih kandungan yang semakin membesar ini.

Pandangannya masih statik disebelahnya.

Entah apa yang sedang dilakukan Ariff Farhan ketika ini?

Apakah dia juga sedang merindui kami sepertimana aku dan anaknya ini sedang merinduinya?

Nur Imani terus memujuk dirinya supaya tidur..

Ralit dia melayani perasaannya.

Nada dering yang menandakan ada mesej masuk di telefon bimbitnya langsung menganggunya.

Memang menganggu..entah mengapa tidak terlintas pun dimindanya yang insan tersebut adalah suaminya.

Sebaik dibuka..Nur Imani sedikit terkejut melihat kiriman video yang dihantar...suaminya.

Ya Allah?! Sempat lagi dia...?

Sebelum sempat Nur Imani memainkan video yang dihantar Ariff Farhan itu,mesej yang baru masuk itu pula dibacanya terlebih dahulu.

Siapa lagi kalau bukan Ariff Farhan yang menghantarnya.

Buat dua insan ini yang sedang merinduiku,hihihi..:)

Nur Imani tersenyum sambil mengeleng setelah membaca mesej pendek itu.

Memang dia tahu anak isterinya ini tak boleh nak tidur tanpa kehadirannya?

Terharu betul dengan kepekaan suaminya.Sebelum dia memainkan video tersebut,nombor suaminya terus didail.

Ini kali pertama dia membuat panggilan kepada suaminya itu namun masuk yang ini,sudah 4 kalilah mereka berbual melalui telefon sejak Ariff Farhan bertolak pagi tadi.

Panggilan pertama dibuat Ariff Farhan sebaik sahaja dia sampai ke Langkawi tengah hari tadi.Panggilan kedua pula diterima Nur Imani selepas asar tadi,Ariff Farhan menelefonnya untuk memastikan isterinya ini tidak tidur lagi..dan Nur Imani memang tidak tidur pun kerana dia berjemaah dengan Sakinah asar tadi,malah mereka sempat pergi beriadah ditempat yang dibawa suaminya sejak dua hari lepas.Panggilan ketiga pula,dibuat Ariff Farhan untuk bertanyakan khabar mereka.

“Assalamualaikum..” Lapangnya hati Nur Imani mendengar suara garau itu..dia belum tidur.

“Waalaikumussalam..abang..tengah buat apa? Tak tidur lagi..?”

“Baru lepas buat rakaman video untuk anak.Dapat dah kan video yang abang hantar tu?”

“Dapat dah..abang nie.Kami baik-baik saja kat sini.Baru nak tidur tiba-tiba mesej masuk.Terkejut..Dengan anak bangun sekali.” Selindung Nur Imani dalam masa yang sama ingin melihat reaksi suaminya.Nak dengar sendiri,apa balasan yang akan meniti bibir suaminya.

“Pengubat rindu! Manalah tahu,isteri dengan anak abang nie tak dapat tidur pulak ke? Almaklumlah..dah seminggu abang temankan dua-dua tidur.”

Nur Imani tergelak kecil kerana itulah hakikatnya.

“Sayang..” Sekejap sahaja suara Ariff Farhan mula kedengaran berentak ditelinga Nur Imani..nie nak bersembang berdua jerlah nie..?

“Rindu abang..?” Soalnya tanpa berlengah.

Sah!

“Abang rasa?”

“Kalau ikutkan perasaan abang nie.Abang rasa..isteri abang nie tengah rindukan abang.”

“Kalau Nur cakap tak..?”

“Bukan rezeki abanglah nak merasa diri ini dirindui isteri kesayangan..” Bermadah pula? Tapi bunyinya macam orang tengah jauh hati pun ada? Ermm...

“Kalau Nur cakap ya?” Nur Imani menyogok pula.

“Alhamdulillah..nampaknya abang masih ada peluang.” Gembira pula dia menjawabnya? Haih..

Sunyi tiba-tiba.

“Sayang..”

“Ye..”

“Kenapa diam? Soalan abang tak berjawab lagi nie..rindu abang tak?”

“Hmm...Rindulah jugak..”

“Rindulah jugak?” Ariff Farhan mengulangi semula ayat isterinya..ingin mendapatkan penerangan,apa sebenarnya yang cuba disampaikan isterinya ini.

“Yalah..rindulah juga sebab dah seminggu tidur ada teman bersembang,teman penganggu ibu dan anak,tup-tup malam nie kena tinggal pulak mestilah sunyi.” Ariff Farhan ketawa pula..rancak betul.

Apalah yang dia gembirakan sangat? Isterinya tengah serius nie?

“Okeylah..! Kalau boleh abang tahu,rindu sikit ke banyak?” Berkerut-kerut dahi Nur Imani mendengar soalan kali ini.

Apa-apalah suami aku tengah-tengah malam nie..? Macam-macam soalan pulak ditanyanya?

“Sikit jer..buat apa banyak-banyak.” Jawab Nur Imani berbahasa,namun sekali lagi disambut dengan tawa rancak daripada suaminya.

Ya Allah..

“Kenapa gelak..?” Akhirnya keluar juga soalan itu daripada bibir Nur Imani.

“Sayang  tahu tak..?”

“Tahu apa..?”

“Abang rindu sangat pada isteri dan anak abang nie..Punyalah rindu sampai tak boleh nak tidur.Sebab tulah abang sempat mengaji,rakamkan bacaan surah maryam,yusuf dan dua tiga surah pendek  yang abang baru kirim untuk Nur dan anak tadi.Abang ingatkan Nur pun tak boleh tidur? Haih..nampaknya babah jerlah yang kena penangan daripada ibu dengan anak nie?”

Err..? Nur Imani tersentak..

Dia pun sama?

Erm...tapi boleh gelak-gelak lagi erk?

Aku pulak? Rasa nak menangis pun dah ada nie?

Nur lagilah rindu abang..

Akuinya juga tetapi tidak dilafazkan dibibirnya..sekadar bergetar didalam hatinya.

“Sayang..”

“Hmm..”

“Dah lewat nie..tidurlah.Kalau terjaga ke kejap lagi,tiba-tiba tak boleh tidur ke...Bukak jer video abang hantar tu.InsyaAllah..tidur balik,suara babah kan ubat tidur paling mujarab untuk ibu dan anak?”

“Err..abang? Boleh tidur ke tak?” Soal Nur Imani,bimbang juga jika benar apa yang diperkatakan suaminya ini.

“Boleh..InsyaAllah..dapat terlelap kejap pun jadilah,boleh abang qiam daripada melangut tak buat apa.”

“Yalah..tidur tau.Rehat,esok nak kerja lagi..”

Pesanan itu disambut dengan senyuman di bibir Ariff Farhan.

“Sayang..I love you..”

“Abang..Bismikallahhumma amuutu wa ahya.”

Ariff Farhan ketawa,terhibur betul dia dengan perbualan suami isteri mereka ini..

Nur..Nur.. Nama yang tidak pernah jemu bermain didalam hatinya.

“Bismikallahhhumma amuutu wa ahya..assalamualaikum..” Ariff Farhan mengulangi semula apa yang diucapkan isterinya.Salam sebagai penutup perbualan mereka.

Kalaulah sayang dapat rasa apa yang abang tengah rasa sekarang?

“Waalaikumussalam...” Nur Imani menjawabnya senang..

Ariff Farhan menutup telefon bimbitnya selepas isterinya memutuskan talian mereka..

Nur Imani memainkan kiriman video yang dihantarkan suaminya tadi sebaik sahaja perbualan diantaranya dan Ariff Farhan disudahkan.

Terpampang wajah suaminya dengan berkain pelekat dan T-shirt putih kesukaannya dengan kopiah dikepalanya sedang duduk diatas sejadah.

Tahulah kacak sangat,tapi janganlah nak goda isteri tengah duduk jauh-jauh macam nie..ada juga yang mati terkejut tengok isteri duk tercegul kat depan pintu hotel bangun pagi esok! Gumam Nur Imani sendiri,sebenarnya sedang memujuk diri.

Skrin telefon bimbitnya yang terpampang wajah insan itu dikucupnya,terasa bagaikan bibirnya ini singgah dipipi Ariff Farhan sendiri.

Ya Allah..!

Assalamualaikum ibu,anak babah..

Ayat pertamanya buat mereka ketika Nur Imani memainkan video tersebut .

Nur Imani menghentikan seketika video tersebut.

Waalaikumussalam..

Sayang ibu..Ini..babah hantar video untuk kita.Tengoklah..senyum jer memanjang untuk anak kesayangan dia nie.

Sedikit sebanyak..video ini memang mengubat kerinduan dihati Nur Imani buat suaminya.

Setelah mengembalikan posisi baringnya seperti tadi,Nur Imani menyandarkan telefon bimbitnya itu keatas bantal suaminya,menghadap kearahnya..barulah dia memainkan semula kiriman video itu.

Sempat lagi Ariff Farhan menitipkan ucapan buat mereka..tersenyum-senyum Nur Imani mendengarnya.

Hampir 3 minit Ariff Farhan menitipkan kata,barulah bacaannya kedengaran.Dimulakan dengan bacaan doa dan surah Al-Fatihah..

Nur Imani tidak lupa untuk mendoakan suaminya serta kedua-dua orang tua mereka.

“Anak ibu..babah dah mula mengaji nie..kita tidur na sayang..dah lewat sangat nie.” Bicaranya buat sikecil ini.

Nur Imani terus mendengar alunan-alunan ayat suci yang dibacakan suaminya itu,matanya tidak lekang daripada menatap wajah Ariff Farhan didalam skrin telefon bimbitnya itu.

Elok surah yusuf dihabiskan..Nur Imani terlena juga akhirnya.Terlena dengan ditemani suara suaminya biarpun jasad lelaki itu jauh daripadanya.

==================================

7 comments:

  1. Alhamdulillah. Ada juga entry di hari yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Semakin hebat getaran di hatiku ini....

    ReplyDelete
  3. best....janganlah ada perpisahan sedih la.

    ReplyDelete
  4. best sgt..br hbs maroton ni hehehhe

    ReplyDelete
  5. semakin kencang..awesome

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... maraton dari pagi tadi nie. gaya macam orang tak de keja je kan... seronok baca. tanpa sedar ada airmata yang menitik. suka dengan ketabahan Nur dan suka dengan kesungguhan si suaminya tu. Bila lagi nak sambung? jadikanlah novel... ada potensi utk dijadikan novel ni.

    ReplyDelete