Wednesday, 22 May 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:33

Assalamualaikum & selamat pagi.. :)

Renungan dalam hikmah.....

Rose-flower-red-bud-beautiful-flowers-large-on-1366x768px-wallpapers

         

       Semua yang berlaku pagi tadi seakan-akan sekadar sebuah mimpi.Bagaikan tiada apa yang berlaku,baik sahaja Nur Imani melayani suaminya ketika Ariff Farhan balik untuk makan tengah hari bersamanya tadi.

Malah sempat juga mereka suami isteri bergurau senda..

Petang itu pula..mereka bersantai berdua sambil minum petang dihalaman rumah.

Nur Imani amat berharap suaminya akan membawanya pergi ke taman riadah itu semula petang ini.Seronok dapat berjalan-jalan disana dengan Ariff Farhan semalam.

Disebabkan itu juga dia bertekad untuk tidak tidur semula selepas mengerjakan solat asar tadi meskipun hampir tertewas pada awalnya.

Ariff Farhan sendiri terkejut melihat isterinya menunggu kepulangannya dihalaman rumah ketika dia sampai tadi.

Hari ini dia mengerjakan solat asar dimasjid,kebetulan pula dia dan Zahim tidak masuk kepejabat selepas makan tengah hari tadi kerana mereka terus bertolak ke Negeri Sembilan atas urusan kerja.

Nur Imani menghulurkan kuih sardin gulung kegemaran suaminya yang sempat dibuatnya tadi.Berselera benar Ariff Farhan menjamahnya.

“Nak susu kambing nie..?” Melihatkan suaminya leka memandangnya,Nur Imani segera mempelawa.

“Sayang..Nur tahukan abang tak suka..?”

Tahu..sengaja dia menegur,tidak mahu suaminya terus ralit memandangnya.Kekok benar dirasakannya.

Tanpa Nur Imani ketahui,ada perkara lain yang ingin diberitahu oleh Ariff Farhan sebenarnya.Cuma apa yang ingin diperkatakannya itu,tidak terluah dibibirnya ini.

Pun begitu,Ariff Farhan terpaksa juga memberitahu isterinya ini kerana dia perlu bertolak pagi esok.

“Sayang..”

“Hmm..”

“Esok abang ada urusan kerja di Langkawi.3 hari abang kat sana.”

Nur Imani tersentak..Terhenti suapan kuih sardin itu kemulutnya.Kali ini dia pula memandang suaminya tidak berkelip.

Langkawi?

3 hari?

Lamanya?

Nur Imani sudah menghitung hari dengan jari jemarinya walaupun suaminya masih berada didepan matanya.

“Abang ingat petang nie abang nak hantar Nur balik kampung?”

Ha?

“Balik kampung? Kenapa pulak?” Soal Nur Imani pelik.

“Abang risau Nur tinggal sendiri kat sini,sekurang-kurangnya dikampung,ibu dan ayah ada untuk tengok-tengokkan Nur.Mama dengan babah pun ada.”

“Tak naklah,Nur tinggal kat rumah saja..”

Reaksi Nur Imani bukanlah seperti yang dijangkakan Ariff Farhan.

Sangkanya tadi isterinya akan bersetuju dengan cadangannya ini,tapi..?

“Kan Nur memang nak balik kampung?”

“Tak apalah abang...Nur boleh saja tinggal kat rumah seorang diri.Abang janganlah risau..abang buat saja kerja abang.Lagipun cuma tinggal 4 hari saja lagi masa yang Nur ada didalam rumah nie..biarlah Nur spend kan masa yang ada nie didalam rumah abang nie..Esok-esok Nur dah keluar,entahkan berpeluang lagi ke atau tak nak datang kesini semula.Entah-entah,nak tengok pun tak berpeluang dah...”

Sekali lagi?

Tapi..? Ariff Farhan pula mula meghitung waktu..

4 hari lagi..

Ya Allah...! Patutlah..Kenapa aku tak sedar? Cuma tinggal 4 hari sahaja lagi..lafaz yang pernah aku ucapkan setahun yang lepas akan sah disisiMu.

Allah!!

____

“Sakit lagi?” Ariff Farhan menutup semula botol minyak angin yang digunakannya untuk mengurut kaki isterinya tadi.Urutannya sudah selesai cuma kaki isteri yang masih berada diribaannya itu dipicit-picit perlahan.

Nur Imani mengeleng..

Teringat kembali dia akan peristiwa dirumah ibu mertua hampir dua minggu yang lalu..perkara yang sama terjadi padanya bezanya cuma dia mendapat dua reaksi yang berbeza daripada suaminya ini.

Nur Imani menatap kearah kakinya yang agak bengkak tadi,alhamdulillah sedikit surut setelah diurutkan suaminya,agaknya gara-gara dia berjalan jauh petang tadi tak?

Pelik juga,semalam okey jer..hari nie pulak naik bengkak?

“Sayang betul ke tak nak balik kampung?” Sudah dua tiga kali dia diajukan soalan yang sama daripada suaminya.

Hari ini Ariff Farhan tidak pergi berjemaah dimasjid,gara-gara sakit dikaki isterinya inilah.Nur Imani dah beritahu lelaki itu yang dia tidak apa-apa..namun Ariff Farhan tidak mengendahkan.

“Tak nak..” Jawapan yang sama telah diberikan Nur Imani.Bermakna isterinya memang tidak mahu balik ke kampung namun hatinya begitu berat ingin meninggalkan isterinya sendirian dirumah mereka ini? Isterinya ini pula..masa dia dirumah pun ligatnya bukan main lagi inikan pula masa dia takda dirumah nanti?

Ariff Farhan tidak merasakan dia patut lagi menyentuh isu ini,hal tersebut ditutup semula dan dia mula bertanyakan perkembangan Nur Imani dan anak mereka.

Lama pasangan suami isteri itu berbual.Mungkin sudah merasakan bibit-bibit kerinduan meski esok belum menjelang.

Nur Imani melepaskan lingkaran tangannya dileher suaminya,baru beberapa saat yang lalu tubuhnya dicempung Ariff Farhan keatas katil mereka.Tidak pula dia menolak ketika suaminya menyatakan niatnya tadi..

“Okeylah..sekarang nie,sayang minum air zam-zam nie,makan kurma nie dulu..Jangan tidur lewat-lewat sangat.Hmm..Terima kasih tolong kemas barang-barang abang.”

Dulang kecil berisi makanan isterinya yang dibawa daripada bawah sejak tadi diletakkan diatas meja kecil disebelah katil mereka.Dia merapatkan meja tersebut ditepi katil agar mudah isterinya mencapai makanan dan minuman itu.

Ada perkara ingin dibuatnya dibawah kerana itu Ariff Farhan ingin turun semula.

Dia sudah berkira-kira ingin keluar semula sebelum suara isterinya kedengaran kembali.

“Abang nak pergi mana..?”

“Abang turun kejap.Kalau ada apa-apa panggil saja.Abang tak tutup pintu tu..”

Nur Imani mengangguk mengerti.Akur tanpa rela membiarkan Ariff Farhan meninggalkannya kerana esok dia bakal ditinggalkan selama 3 hari.

_____

Ariff Farhan agak terkejut melihat isterinya masih terjaga ketika dia masuk semula kebilik mereka ini sebenar tadi. “Abang..”

Sudah agak lama Nur Imani menanti kehadiran Ariff Farhan sejak dia keluar tadi,sejak tadi..sudah beberapa kali matanya terlelap namun terjaga semula.

Gara-gara menunggu Ariff Farhanlah kerana itu apabila telinganya mendengar pintu bilik tertutup memang cepatlah dia terjaga.

“Nur tak tidur lagi..dah lewat nie?”

Pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu dikuncinya.

“Abang buat apa? Kenapa tak tidur lagi?” Lain yang diharap lain pula yang jadi,Ariff Farhan tidak mendapatkannya sebaliknya terus melangkah kearah meja kerja bertentangannya.

“Kejap lagi baru abang tidur,ada sikit benda lagi yang nak diselesaikan.” Ujarnya..dia sudah berada dimeja kerjanya pula.

Tak habis-habis dengan kerjanya!

“Esok nak tinggalkan Nur pun masih nak sibuk dengan kerja-kerja tu...?” Perlahan sahaja soalan itu meniti bibir Nur Imani.

“Apa dia sayang..?”

“Ermm..Nur tak cakap dengan abang..berbual dengan anak.Nak ajak dia tidur semula.”

Nur Imani menatap belakang suaminya yang telah berpaling daripadanya,

Serius..! Dia langsung tak faham mengenai apa yang Ariff Farhan maksudkan bila pagi tadi dia tiba-tiba minta hubungan ini diteruskan.

Tapi perangainya tetap begitu.Penuh dengan tanda-tanya yang tak mampu...Nur Imani jawab.

Tengok sajalah sekarang..dia sibuk dengan kerjanya padahal isterinya ini..sentiasa mendambakan kehadirannya,sentiasa mengingini dirinya?

Tambahan lagi dalam keadaannya sekarang? Bukan dia sahaja yang mahukan perhatian daripada insan ini,bahkan juga sikecil ini.

Bagaimana dia ingin memberikan peluang itu kepada Ariff Farhan jika sikapnya masih begitu?

Ini baru dirinya,bagaimana pula jika anak mereka lahir nanti? Layanan ini jugakah yang akan sikecil ini terima daripada babahnya?

Ya Allah..!

Nur Imani menyeka air mata yang sudah mengalir ditubir matanya..

Mengapalah suaminya sentiasa bersikap begini?

Hampir Nur Imani tenggelam melayani rasa sedihnya,tiba-tiba...

Allah! Nur Imani segera menutup mulutnya.Agak kuat suaranya tadi.

“Abang..? Terkejut Nur.Abang buat apa kat sini?”

Seakan mahu luruh jantungnya saat pinggangnya dipeluk daripada belakang.Ariff Farhan nie..!!!!

“Buat apa? Nak tidurlah..”

“Tadi kata ada kerja nak siapkan..”

“Dah siap..” Ujarnya mesra..leher jinjang isterinya sempat dihadiahi dengan sebuah kucupan.Ikutkan hati..ingin sahaja Nur Imani mengelak namun bukan itu yang dia lakukan.

“Nak tidur belakangkan abang ke?”

Nur Imani mematungkan diri,soalan suaminya tidak dijawab..

Ariff Farhan tersenyum..benar jugalah kata hatinya tadi.

Ada orang merajuk...

“Hmm..tak apalah,kalau macam tu..Kita tidur macam nie jer.” Ariff Farhan makin merapatkan kedudukan mereka.Nur Imani dapat merasakan..kehangatan tubuh suaminya sudah bersatu dengan tubuhnya,memberikan keselesaan yang teramat buatnya.

Namun pastinya lebih indah kan jika dia dapat menjadikan dada itu sebagai alas wajahnya ini.

Keadaan yang sunyi tadi tiba-tiba diganggukembali dengan suara Ariff Farhan,kali ini buat sikecil mereka pula.

“Assalamualaikum anak babah..dah pukul 3.00 pagi nie..kenapa kejutkan ibu bangun?"

Anak pula disalahnya? Babah nie..ibu tunggu babahlah daripada tadi.

"...Ini mesti nak suruh babah temankan ibu tidur? Baiklah sayang babah..kita tidur sama-sama,esok babah kena tinggalkan ibu dan sayang.3 hari lagi baru balik..alahai,jenuhlah babah merindu dua-dua pengarang jantung hati babah nie.Sayang babah..Pagi tadi ibu beritahu babah,puteri babah nie dah pandai bergerak masa babah mengaji? Kalau macam tu,babah akan bacakan ayat kursi dan surah al-mulk untuk ibu dan sayang malam nie..lepas tu kita sama-sama tidur okey? Babah mengantuk sayang,insyaAllah...babah balik nanti,babah akan selalu mengaji untuk sayang.Biar sayang aktif dalam perut ibu nie.Biar ibu dengan babah sentiasa tahu..puteri kami nie sentiasa sihat sampai sayang dah bersedia nak tatap muka ibu dan babah nanti.”

Puteri?? Berkerut-kerut dahi Nur Imani mendengar kenyataan suaminya..

“Abang..kita tak tahu lagi jantina baby?” Nur Imani segera menegur.

“Entahlah sayang..abang pun tak tahu kenapa kuat benar instinct abang nie mengatakan yang kita akan dapat seorang puteri..?”

Instinct abang?” Nak tergelak pun ada Nur Imani mendengarnya.

“Ish..Nur yang ibu nie pun tak dapat nak agak apa jantina anak kita nie..Macammana pulaklah abang boleh rasa nie?” Uji Nur Imani..

Tersenyum Ariff Farhan dengan soalan isterinya.Boleh dibawak bergurau dah nie..

“Abang pun keliru nie.Hmm..Agaknya betullah kot.”

La..? Nak main soal jawab pulak suami aku nie?

“Apa yang betulnya..?”

“Seri isteri abang nie hilang sebab semua dah pergi kat anak..”

Nur Imani tersentak..

“Ha??” Secepat itu juga dia memalingkan tubuhnya menghadap suaminya.

Yes!!! Ariff Farhan bersorak gembira didalam hatinya.

Masuk juga isterinya ini ke dalam perangkapnya.

Kelatnya wajah itu menambahkan manis dalam senyuman Ariff Farhan.

“Betul ke abang?” Beria-ia Nur Imani menyoal.

Bukannya dia dapat melihat wajah suaminya dengan jelas pun,semata-mata nakkan kepastian dengan apa yang bakal didengarnya.

“Betul ke apa?” Ariff Farhan terus bermain tarik tali.Wajah isteri yang sudah berada didepannya sudah beberapa kali menjadi persinggahan bibirnya ini.

“Nur tak cantik dah..?” Hampir tercetus tawa dibibir Ariff Farhan namun ditahannya.

“Siapa cakap Isteri abang tak cantik?” Ariff Farhan terus bersoal jawab dengan isterinya..jarinya dimain-mainkan dikening halus isterinya ini.

“Abang baru cakap..?” Nur Imani pula masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan suaminya ni.

“Abang cakap ..?” Jawabnya..

“....”

“Abang?!”

“Abang guraulah sayang,isteri abang sentiasa cantik..terlalu cantik..cukup cantik.” Melambungnya pujian..?

“Abang saja cakap macam tu tadi,saja...nak suruh isteri abang nie pusing menghadap abang..”

Ha! Sudah??!

Nur Imani baru tersedar..err,betullah! Kenapa aku boleh pusing pulak nie? Hai... Bibirnya mengeluh.

“Apa lagi yang dikeluhkan tu? Mari sini..tidur kat dada abang..” Kecil besar sahaja wajah insan dihadapannya ini.

“Janganlah pandang abang macam tu..ingat abang tak nampak ke? Nie..nak suruh abang paksa ke..Nur sendiri nak baring atas abang?”

Nur Imani menjeling geram kearah suaminya.Pun begitu dia menurut juga arahan itu,mana mungkin dia mahu melepaskan peluang keemasan ini.Sudahlah dirinya bakal ditinggalkan untuk 3 hari pula selepas ini?

Mengingatkan kembali dirinya bakal ditinggalkan,Nur Imani tidak jadi meneruskan rajuknya dengan lelaki ini.

Aduh..baru 3 hari mereka akan berpisah.Belum lagi lepas bercerai nanti?

Ya Allah! Kuatkah aku?!

15 minit lalu,dia dan anak mereka baru didodoikan dengan ayat kursi dan surah al-mulk daripada insan yang sedang dipeluknya ini.

“Abang..” Nur Imani kembali bersuara,perlahan..cukup untuk didengari suaminya.

Mungkin sikecil mereka sudah terlena..tinggal ibu dan babahnya sahaja yang masih terjaga.

“Errmm..” Alhamdulillah,suaminya masih tak tidur..

Jawapannya itu turut disertai dengan usapan yang begitu mendamaikan dibahunya.

“Boleh tak kalau Nur tanya abang sesuatu..”

“Tak nak tidur lagi ke?” Nur Imani tergelak kecil..tahu itu sekadar gurauan daripada suaminya.

“Sekejap je..lepas tu kita tidur.Abang mengantuk ke?”

“Mengantuk jugak..tapi kalau dah macam nie,lepas dengar soalan sayang saja baru abang boleh tidur.”

Nur tahu..

“Abang..”

“Erm.?”

“Apa salah Nur pada abang?” Sunyi! Tiada lagi sahutan secepat tadi dibibir suaminya.

“Kenapa abang tiba-tiba berubah? Kenapa abang...nakkan hubungan yang cuma menanti retak ini kembali bersatu?” Kesenyapan suaminya makin mengeluarkan banyak soalan-soalan cepu emas dibibir si isteri.

“Nur tak percaya abang?” Dia membuka juga mulutnya,tapi dengan sebuah soalan juga?

“Sekelip mata...Bukan sehari dua Nur jadi isteri abang,selama nie..”

“Nur tak percaya abang..?” Masih soalan yang sama..Nur Imani masih cuba menenangkan hatinya,tidak mahu bertengkar lagi.

“Payah...lepas semua nie terjadi.Sejak abang daripada awal lagi telah meletakkan penghujungnya kisah kita..Lagilah Nur tak pernah letakkan apa-apa harapan lagi pada hubungan ini.Nur masih kekal sebagai isteri abang,setia disisi abang hanya untuk menyudahkan apa yang sepatutnya abang selesaikan pada pagi pertama kita setelah bergelar suami isteri dulu..” Itulah jawapan kepada persoalan yang diajukan Ariff Farhan kepada isterinya,dia juga mengerti.

“Abang jangan paksa diri abang kalau abang tak mampu..”

“Nur tak kisah jadi janda..Nur pun takda masalah nak besarkan anak kita sendiri.Nur yakin,Nur mampu.Jangan kerana anak ini,abang terpaksa korbankan segala kebahagian abang lagi.Nur tak nak abang menderita lagi..Dah tiba masanya untuk abang fikirkan tentang masa depan abang.” Perbincangan mereka sekarang lebih tenang daripada tadi.Sekalipun Nur Imani cuba lari seperti tadi,Ariff Farhan tidak akan melepaskannya sebaliknya dia akan memastikan mereka akan terus begini sampai pagi esok!

“Kalau abang cakap abang dah lama sayang Nur.....?”

Dah lama? Allah!!

“Abang bohongkan..?”

“Kenapa tuduh abang macam tu..?” Ariff Farhan memaut erat bahu isterinya,cuba membawa tubuh itu hampir dengannya namun ditolak baik isterinya.

“Kalau sayang..abang tak buat Nur macammana abang buat pada Nur dulu.”

“Tapi sekarang tak lagi kan? Nur gembira disisi abang..?”

“Abang except Nur macam tu?” Nur Imani masih tenang,

“Abang cinta Nur,dari dulu lagi..walaupun perasaan itu hanya hadir selepas Nur jadi isteri abang,tapi abang nak Nur tahu yang Nur dah lama tawan hati abang nie.Salahnya...abang yang bodoh sebab terus nak menduga hati isteri abang.Tapi sayang,abang serius bila abang nak hubungan nie kembali bersatu..Abang nak Nur terus setia disisi abang.”

“Untuk abang terus lukai Nur ke??”

“Abang janji...semua tu takkan berulang lagi.Abang nak..”

“Jangan berjanji kalau untuk dimungkiri.” Pangkas Nur Imani,tidak mahu suaminya menjadi seorang yang munafik.

Ariff Farhan diam.

5 minit berlalu,tiada lagi walaupun sepatah kata daripada mulut itu.

Nur Imani sedar..suaminya takkan bersuara lagi.Mungkin dia dah tiada modal untuk memujuk hati isterinya ini.

Hampir matanya ingin terpejam.Suara itu tiba-tiba kedengaran semula..sekadar bisikan ditelinganya namun membuatkan Nur Imani terlena dengan nyenyaknya sehingga subuh.

“Abang sayang Nur..sepenuh hati abang.. Jangan kerana kesilapan lalu abang,Nur sanggup ketepikan perasaan Nur pada abang. Percayalah sayang,kali nie saja.Abang takkan lukai hati Nur lagi..abang akan bahagiakan Nur selayak mana sebagai seorang isteri yang patut Nur perolehi.Abang sayangkan Nur dan anak kita.Sepenuh hati abang sayang.” Nur Imani memejamkan matanya,dia tidak mahu mengatakan apa-apa lagi.Hangatnya bibir Ariff Farhan dirambutnya tetap disambut dengan pelukan yang begitu erat daripadanya di tubuh suaminya.

Rasanya inilah perbualan yang pernah disudahkan oleh suaminya dengan sesuatu yang lebih bermakna.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

2 comments:

  1. wahhh bestnya semakin lama semahti hati saya bergetar bila membca entry seterusnya...serius bergetar hati saya.......

    ReplyDelete