Sunday, 19 May 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:31

 Assalamualaikum :) ...

Renungan dalam hikmah.....

Nature_Flowers_Beautiful_flower_033658_

 

     Nur Imani memulakan paginya ini dengan selawat serta syukur yang teramat kehadrat Ilahi..alhamdulillah kerana setiap harinya sentiasa membawa seribu makna yang cukup berharga.Allah masih memberikannya peluang untuk menghirup udara yang merupakan nikmat terbesar daripada-NYA buat semua makhluk-Nya ini.Allah masih memberinya peluang untuk berjemaah subuh dengan suaminya,masih membiarkan sikecil ini terus membesar dengan sihat dirahimnya.Tidak terhitung betapa banyak nikmat yang telah dikurniaNya ini untuk kita semua sebagai hamba-Nya ini.

Alhamdulillah..

Paling menggembirakan hatinya sejak malam tadi adalah perkhabaran yang baru diterimanya daripada Nurin Najwa.Meskipun kakaknya itu masih ingin menyembunyikan diri namun..mesej ringkas itu cukup untuk meyakinkan Nur Imani yang wanita itu dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.

InsyaAllah,dia pasti akan menghubungi ibu dan ayah selewat-lewatnya petang ini untuk memberitahu mereka tentang berita gembira ini.

Selepas subuh bersama suaminya tadi,Nur Imani terus turun kedapur..dia tahu kesenyapannya pagi ini mesti menjadi tanda tanya suaminya.

Nur Imani buntu sebenarnya,patutkah dia berkongsikan berita gembira ini dengan suaminya ataupun sebaliknya.Almaklumlah..buatnya berita ini memang satu kegembiraan yang begitu ditunggu namun untuk Ariff Farhan..mungkin lebih kepada sebuah kebencian.

Setelah menimbangkan buruk baiknya jika dia membuka mulut,sudahnya Nur Imani mengambil keputusan untuk menyembunyikan dulu perkara ini daripada pengetahuan suaminya,apa guna jika niatnya nanti hanya akan menyebabkan mereka suami isteri pula yang bermasam muka.

Menu sarapan hari nie ialah mihun goreng..juga merupakan salah satu kegemaran suaminya.

Sedang dia sibuk memasak..

"Sayang.."

Astaghfirullahala’zim...

“Abang??”

Ariff Farhan berada dibelakangnya..pelukan suaminya menganggu pekerjaannya.

Nur Imani cuba melepaskan dirinya daripada lingkaran tangan yang kemas dipinggangnya ketika ini.Namun tindakannya hanya membuatkan Ariff Farhan lebih erat mendakapnya.

“Ada apa abang? Nur nak masak nie?”

“Rindu..”

Bisikan Ariff Farhan langsung tidak mencuit hati Nur Imani.Bibir suaminya sudah singgah dibahunya,pelukannya pula usah dikatalah..punyalah ketat sehingga dia pula yang susah nak bernafas.

“Abang..” Nur Imani menegur..berharap Ariff Farhan akan melepaskannya.

“Kenapa sejak bangun tadi abang nampak Nur lain jer? Ada masalah ke?” Ariff Farhan melabuhkan dagunya dibahu isterinya..

Nur Imani sudah menduga.

“Mana ada..”

“Jangan tipu abang..”

“Betul..?”

“Mama ada cakap apa-apa ke semalam?” Tersentak Nur Imani apabila Ariff Farhan mengaitkan ibu mertuanya pula.

Tangan suaminya yang masih berlingkar dipinggangnya ditepuk perlahan.Menegur.

“Abang..kenapa mama pulak nie..? Nur tak apa-apa.”

“Abang tak tahu kenapa abang masih rasakan isteri abang nie tengah sembunyikan sesuatu daripada abang...?” Ujar Ariff Farhan penuh makna..

“Siap dah mihun goreng kita! Abang nak kopi? Apa kata abang duduk dulu..Nur bancuhkan kopi untuk abang.Lepas tu kita sarapan sama-sama..”

“Sayang...” Ariff Farhan menegur..pandai betul isterinya mengambil peluang untuk mengubah topik perbualan mereka.

“Abang..” Nur Imani turut menegur..

Ariff Farhan sudah tersenyum.

“Baik..kita makan dulu,tapi lepas tu abang nak Nur ceritakan pada abang.Apa masalah Nur sebenarnya..kalau tak...” Dia pula mengalah dengan kehendak isterinya.

“Kalau tak..?” Apabila ayat Ariff Farhan terhenti disitu,Nur Imani segera bersuara.Mahu suaminya menyudahkan apa yang sepatutnya dia sudahkan.

“Abang ambik cuti hari nie dan abang akan ikut Nur kemana saja Nur pergi sampai Nur beritahu abang,apa masalah sebenarnya..Susah sangat abang kurung sayang dalam bilik,nak?”

Nur Imani telan air liur..main ugut-ugut pula subuh-subuh nie.

“Yalah..yalah..makan dulu.Lepas tu Nur beritahu abang..”

“Sekarang nie sayang duduk..biar abang bancuh kopi sendiri.Sayang dah masak untuk abang kan? Nie..giliran abang pulak..” Ariff Farhan mula berkompromi.

“Mana boleh macam tu..?”

“Kita bolehkan..” Gurau Ariff Farhan namun tidak sedikit pun mencuit hati isteri yang sememangnya tidak senang untuk membangkitkan perkara ini.

“Abang..Nur serius nie..Abang pergi duduk dulu okey? Biar Nur selesaikan kerja Nur..lepas tu kita sarapan sama-sama.”

“Kalau macam tu..kita buat sama-sama..”

“Ya Allah! Abang..pergi duduk dulu!”

“Ibu..tak baik arah-arah babah macam tu?”

“Abang..penatlah Nur macam nie?”

“Yalah..yalah..!”

“Yalah..yalah...! Lepaslah Nur..macammana Nur nak siapkan kerja cepat kalau abang peluk-peluk Nur macam nie?”

Ariff Farhan ketawa...wajah ketat isterinya merancakkan lagi tawa dibibirnya.Makin galak pula pipi itu dikucupnya.

Sabar betul Nur Imani melayan kerenah suaminya ini..

      Mujurlah suaminya sanggup melepaskannya selepas beberapa ketika dia merayu..Tidak mustahil Ariff Farhan akan muncul semula dengan alasan-alasan tidak bernasnya.

Selepas Ariff Farhan menghilang daripada pandangannya tadi,kerja yang terbantut tadi diteruskan semula,minuman kegemaran suaminya dibancuh..

Juga rutin hariannya sejak dia balik daripada hospital dan sejak hubungan mereka pulih sikit demi sedikit.

Seteko kecil kopi telah disediakan olehnya.

Selesai membancuh kopi giliran susu kambingnya pula hendak dikeluarkan daripada peti sejuk.

Baru dia ingin membuka peti ais untuk mengeluarkan susu kambing kesukaannya sejak mengandung,tiba-tiba tindakannya dihalangi.

Sekali lagi penyibuk besar itu muncul senyap-senyap.Langsung tertutup semula pintu peti sejuk yang sudah suku dibukanya tadi.

Nur Imani berselawat perlahan...mengawal rasa geram sebenarnya.

Wajah suaminya dipandang tak puas hati..tak amanah dengan janji betul insan dihadapannya ini!!

“Apa lagi abang??”

“Nak bermanja dengan anak..” Ujarnya selamba sambil mengusap lembut perut isterinya.Mujur sahaja isterinya tidak melihat wajahnya ketika ini.

Nur Imani mengeleng..

"Sayang babah..." Ariff Farhan baru mahu memulakan bicaranya sebelum suara isterinya terlebih dahulu memotongnya.

“Bermanja dengan anak tapi ibu pulak yang kena kacau?” Perli Nur Imani secara tak langsung..

Ariff Farhan tersenyum lagi sambil melirikkan matanya ke wajah masam isterinya,manis betul..

“Sayang..macammana abang tak kacau sayang dah anak dekat sini lagi?” Jawapan yang sentiasa menyelamatkannya..

Nur Imani malas ingin melayani lagi..langsung tangannya kembali menarik pintu peti sejuk yang tertutup semula tadi.Membiarkan sahaja perlakuan Ariff Farhan buatnya dan anak mereka.

“Nak buat apa pulak nie?”

Tengok?? Nak manja dengan anak,tapi tetap nak ganggu ibu.

“Abang..susu kambing Nur ada dalam peti ais nie..Nur nak ambiklah..nak minum..untuk Nur..untuk anak.” Jelas Nur Imani pada insan ini..

“Sayang..tadi lagi abang dah tuangkan susu tu dalam gelas..apa kata sekarang nie,kita pergi sana.Sarapan..lepas tu bolehlah sayang cerita pada abang.Apa yang tengah menganggu fikiran sayang sekarang nie?”

Nur Imani memandang kosong kearah gelas yang dimaksudkan suaminya beberapa saat lalu..

Bila masa pulak Ariff Farhan..?

Er..? Ke aku yang duk mengelamun pagi-pagi buta nie?

Nur..!?

Patutlah suaminya syak?

Aduh! Nie semua gara-gara mesej yang diterimanya daripada Nurin Najwa semalamlah..habis semua kerjanya serba tak kena hari ini..

______

“Abang tunggu nie sayang..” Ariff Farhan masih ingin mengetahui apa yang sedang disembunyikan Nur Imani daripada pengetahuannya.Pasangan suami isteri ini baru sahaja menyudahkan sarapan mereka.

Nur Imani pula terus terperangkap dengan suaminya..Lepas lelaki ini membantunya mengemas ruang makan mereka ini tadi,Ariff Farhan terus menarik tangannya.Membawanya kembali duduk diatas kerusi dimeja makan ini sambil menghadap diantara satu sama lain.

“Takda apa-apa yang pentinglah abang..lagipun perlu ke Nur beritahu..? Abang janganlah rish” Nur Imani menduga.

“Perlu sebab Nur buat abang susah hati.”

Ish..ayat?!

“Tapi..”

“Tapi..?” Ariff Farhan tidak berputus asa.

“Nanti abang lagi terganggu..”

Makin kuatlah keinginan Ariff Farhan ingin mengetahui apa yang sedang menganggu fikiran isterinya ini.

“Jadi ada kena mengena dengan abanglah nie?”

Nur Imani baru tersedar akan keterlanjurannya.Matanya dipejam kejap.

Habislah...dah pasti Ariff Farhan akan korek sampai kedasar.Selagi dia tak tahu perkara sebenarnya,selagi itu dia akan terus bertanya..bertanya...dan bertanya.

“Nanti sajalah kita sembangkan mengenai perkara nie.Abang pergi kerja dulu..balik nanti kita bual lagi.” Nur Imani bangun,dia cuba untuk menarik suaminya turut bangun supaya mereka dapat meneruskan urusan masing-masing..namun dia pula yang terduduk semula diatas kerusinya tadi..

“Dah janji dengan abang tadi kan??”

Nur Imani serba salah..dia bimbang untuk membuka mulutnya..

“Cakaplah..?”

“Malam tadi..”

“Ermm..?” Kening lebat itu terangkat..

“Semalam,Nur dapat mesej daripada...kak Nurin..” Nur Imani memberhentikan ayatnya disitu,cuba melihat reaksi suaminya..

Melihatkan Ariff Farhan sudah pun bangun daripada tempat duduknya...Nur Imani langsung tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya.

“Kan..? Sebab tu Nur tak nak cakap dengan abang..Tak apalah..Nur kemaskan semua nie dulu.Abang nak pergi kerjakan? Pergilah siap...”

Nur Imani tidak mahu melayankan perasaan suaminya..

Meskipun dia sudah menduga akan reaksi lelaki ini saat mendengar kembali nama kakaknya itu namun hatinya tetap terluka dengan sikap Ariff Farhan ini.Susah sangat ke dia nak maafkan Nurin Najwa?

“Sayang..kejap! Bukan itu maksud abang..”

“Dahlah..Nur okey.Nur faham..susah untuk abang maafkan.Tak apalah.”

“Sayang..”

“Apa lagi..?”

“Marah abang ke..?”

______

Nur Imani membelah buah delima yang dibelikan Ariff Farhan untuknya dua hari lepas.

Masih ada 3 biji lagi sebagai stok bekalannya untuk beberapa hari akan datang..

Sejujurnya Nur Imani tidak menyangka suaminya akan memenuhi kehendaknya..lagipun dia tidak menaruh harapan setinggi ini pun semasa dia minta Ariff Farhan untuk membelikan buah ini buatnya diklinik hari tu.Seingatnya juga..Ariff Farhan tidak dengar apa yang diperkatakannya?

Hmm..peristiwa pagi tadi erk?

Ariff Farhan lebih cekap dalam tindakannya.Dia bijak bermain dengan keadaan,tidak seperti dulu..sentiasa membuatkan perbualan mereka berakhir dengan perbalahan.

Bimbang juga Ariff Farhan melihat wajah muram isterinya tadi..mujur Nur Imani tidak bermasam muka dengannya,kalau tidak..payah juga dia ingin memujuk.

Alhamdulillah..

Menu sebelum makan tengah harinya nanti sudah berada didepan mata..juga salah satu hidangan wajibnya sejak mengandung cuma kali ini pati delima yang diambilnya sebelum ini telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih segar iaitu buah delima sendiri! Terbaik daripada ladang..

Masih terasa keterujaannya setiap kali melihat buah delima ini.Lagipun buah yang dibelikan suaminya ini sama sahaja dengan buah yang lelaki itu belikan untuknya ketika dihospital dulu.

Mungkinkah dia mendapatkan bekalannya daripada pak cik itu juga?

Rasanya tak keterlaluan dia berkongsi dengan semua bahawa kulit delima yang pertama kali dibelikan Ariff Farhan kepadanya dulu masih disimpannya sehingga ini.Sudah dikeringkan pun..

Cuma menunggu masa sahaja untuk disimpan.Sebagai kenangan.

Penangan perhatian yang diberikan seorang suami kepada isterinya..

______

Nur Imani menyangkutkan kembali kain telekung yang baru digunakannya beberapa minit yang lalu.Dia baru sahaja menyelesaikan solat asarnya..

Dia melemparkan pandangannya kearah jam didinding.Ariff Farhan mungkin akan sampai kerumah dalam masa 15/20 minit lagi.

Seperti kebiasaannya sejak beberapa hari yang lalu...dia mesti akan mengantuk setiap kali selepas asar.

Pastinya katil didepan matanya yang menjadi tempat paling diingini tubuh kecilnya ini.

Dalam masa yang sama..pesanan ayah..pesanan suaminya...membuatkan Nur Imani cuba juga melawan keinganannya.

“Tak baik tidur lepas asar...”

Nur Imani turut mengingatkan dirinya..

Itulah yang dilakukannya setiap hari sejak dia tiba-tiba mempunyai hobi yang tidak pernah dibuatnya selama ini.

Pesanan arwah atok..pesanan ayah,ibu..suaminya sendiri,semuanya bagaikan tiada terkesan lagi buatnya.

Nur Imani tetap tidur..

Ariff Farhan sudah mengeleng melihat sekujur tubuh isterinya yang sedang terlena diatas katil mereka..

Namun untuk hari ini dia membiarkan isterinya berehat untuk beberapa ketika.

Dia tidak terus mengejutkan isterinya,dibiarkan Nur Imani terlena sementara itu dia menguruskan dirinya.

Selesai mandi,solat asar..baru dia kekatil mereka.Berbual dengan anak mereka terlebih dahulu sebelum dia menganggu lena isterinya.

“Sayang..”

“Hmm..” Nur Imani sedar..ada yang menganggunya.Namun matanya masih terpejam,sekadar bibirnya menyahut panggilan itu.

“Bangun..”

“Hmm..”

“Bangun sayang..kenapa tidur lepas asar nie?”

“Hmm..Er....Abang..”

“Baru balik ke?”

“Lama dah..”

“Ermm..” Antara sedar dan tidak sahaja Nur Imani bersuara selepas itu.

“Bangun sayang..tak baik tidur waktu macam nie.”

“Nur mengantuk..”

“Kejap lagi Nur bangun..”

“Sayang..?”

“Ermm..”

“Bangunlah..”

“5 minit jer..” Boleh lagi dia merayu.

“Ibu..” Ariff Farhan juga melakukan perkara yang sama.

Nur Imani terpaksa juga mencelikkan matanya,wajah suaminya menyapa pandangan.

Ariff Farhan memang tiada tolak ansur dalam perkara-perkara macam nie..

“Abang..Nur mengantuk,penat...Tidur kejap je..”

“Penat..? Hmm..”

Akal Ariff Farhan sudah merencana,rasanya dia dah tahu apa ubat untuk membangunkan isterinya ini.

“Kalau macam tu,abang kena carikan orang gajilah untuk sayang.Elok juga macam tu..boleh sayang berehat banyak sikit..takdala abang risau sangat masa kat pejabat...!”

Membulat mata Nur Imani memandang wajah suaminya.

Hilang terus rasa mengantuknya..Mata yang tadinya masih ingin dipejam..langsung segar serta merta.

Ha sudah???!

Kenapa isu orang gaji timbul balik nie?

“Abang?? Dah janjikan??!”

Nur Imani mengingatkan..namun nada suaranya,dah macam orang nak menangis.

“Abang gurau jelah.Apalah ibu ini..?” Ariff Farhan menolak lembut hidung isteri kesayangannya.Ternyata taktiknya begitu menjadi apabila mulut yang tadinya tidak berhenti menguap langsung tidak terbuka lagi setelah dia berkata begitu.

“Mengantuk lagi ke?”

Terpinga-pinga Nur Imani mendengar soalan seterusnya itu.

Sajalah tu nak kena isterinya ini?!

“Dah asar kan?” Ariff Farhan menyoal walaupun dia yakin isterinya telah pun menunaikan amanahnya itu.

Bagaikan anak kecil,Nur Imani mengangguk.

“Kalau macam tu,sekarang nie,sayang bangun..siap! abang tunggu kat bawah.”

Siap??

“Siap..? Nak pergi mana bang?”

“Kita pergi jalan-jalan..bawak anak.”

Ha??

 

Nur Imani terus leka membelek-belek pakaian didalam almari,tidak tahu pakaian mana yang sesuai dipakai untuknya beriadah sebentar lagi.

Seluar tracksuit dan blouse labuh berwarna oren menjadi perhatiannya.

Namun seingatnya juga,sejak dia mengandung tidak pernah sekali pun dia memakai seluar,baik seluar slack mahupun tracksuit..

Keselesaannya sejak mengandung cuma maxi dress,skirt ataupun jubah..kebanyakannya memang jubah sebab senang nak bergerak,tambahan lagi semasa kandungannya di transmiter pertama dulu alahannya agak teruk..Dia pula masih bekerja ketika itu,sudah tentunya dia memerlukan sesuatu yang akan lebih memudahkan setiap urusannya.Tapi..takkanlah nak pakai tu pulak? Nama pun pergi riadah? Er...?

“Tak siap lagi?” Ariff Farhan kembali kebiliknya setelah hampir 20 minit berlalu kelibat isterinya masih tidak kelihatan..

Terkejut dia melihat Nur Imani masih tidak siap?

“Nak pakai apa nie?”

Oh..jadi inilah sebabnya?

Boleh pula bibirnya tersenyum mendengar soalan isterinya itu..

“Boleh tak kalau Nur pakai jubah jer??”

“Pakai sajalah apa yang Nur rasa selesa..Abang bukannya nak bawak sayang berlari.."

Tersenyum Nur Imani mendengar jawapan suaminya,seperti yang dia harapkan..

Terus sahaja tangannya menyambar sehelai jubah ungu susu bersama cardigan  putih untuk dipakainya sebentar lagi.

Ariff Farhan hanya mampu tersenyum melihat telatah isterinya,agaknya sejak 20 minit yang lalu dia menunggu,isterinya hanya berdiri dihadapan almari ini semata-mata ingin mencari baju yang sesuai untuknya?

Cerewet juga isterinya ini sejak mengandung?

15 minit sahaja perjalanan masa yang diambil untuk mereka tiba ditempat yang tuju,Nur Imani turun daripada kereta suaminya,tidak pernah dia menyangka sama sekali ada tempat beriadah sebaik ini..tidak jauh daripada rumah mereka pula tu.Lagipun ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ketempat ini kerana itu dia hanya mengikut langkah suaminya.

Begitu ramai ibu bapa yang tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka beriadah petang-petang begini.Indah hiasan duniawi yang memenuhi kawasan tempat riadah ini,macam-macam aktiviti juga yang sedang berjalan.

Pun begitu ada juga pemandangan-pemandangan yang tidak enak dan mencacatkan pandangan menyapa sepasang matanya.Pun begitu Nur Imani cuba menyedapkan hatinya dengan beranggapan baik meskipun agak sukar sebenarnya.

Ariff Farhan terus menyimpul jari jemarinya sebelum mereka sama-sama beriringan menuju kekawasan riadah yang telah dipenuhi dengan puluhan manusia,mungkin juga ratusan.

Serentak itu..sebaik sahaja mereka masuk kekawasan riadah ini,Nur Imani dapat merasakan yang dirinya dan suami seakan-akan menjadi perhatian pengunjung-pengunjung disitu.Bukan khayalan semata-mata!

Adakah kerana dia berjalan berpimpingan tangan dengan suaminya mereka menjadi perhatian semua?

Keterlaluan sangat ke sikap prihatin suaminya ini sehingga membuatkan mereka pula yang tidak selesa?

Alah Nur...biasalah mulut manusia.Biar mereka nak kata apa pun.Bukannya kau dengan Ariff buat benda yang tak senonoh pun.Cuma seorang suami yang ingin melindungi isterinya..Biarkanlah mereka..

Nur Imani menegur dirinya.

“Sayang..abang bercakap dengan Nur nie? Mengelamun pulak?”

“Hmm..? Abang cakap apa? Maaf.”

“Kalau letih..beritahu abang.Kita rehat.”

“Hmm..”

Jawapan isterinya menimbulkan tanda tanya dibenak Ariff Farhan.

“Hmm..??” Kerana itu dia mengulangi jawapan isterinya tadi dengan sebuah pertanyaan.

“Apa kata kita jalan macam biasa jer,tak payahlah pegang-pegang..” Ujar Nur Imani tenang.

Terangkat kening Ariff Farhan mendengar soalan isterinya..Bukan terkejut cuma agak pelik mendengar permintaan isterinya ini.

“Takkan nak pegang pun tak boleh dah?” Ariff Farhan menyoal pelik.

“Bukan macam tu..rasa macam kita nie macam model yang tengah buat persembahan pulak..”

Makinlah Ariff Farhan terpinga-pinga dengan soalan isterinya ini..apa pulaklah yang isterinya ini repekkan?

“Abang tak rasa yang kita nie sejak tadi jadi perhatian orang?”

“Sebab tu jer sayang tak nak jalan dengan abang?”

“Bukan tak nak jalan..cuma tak payah pegang-pegang..”

Tak payah pegang-pegang?!

Ariff Farhan merenung wajah isterinya..

“Sayang..konsep tak boleh pegang-pegang.Tu....cuma untuk pasangan macam tu je..Yang tu confirm..Jangankan pegang,pandang pun tak boleh dah tu!”

Nur Imani merenung kearah muncung yang ditujukan suaminya.

Sepasang anak muda yang sedang bersembang mesra sambil berpelukan mesra dan kadangkala berlaga pipi sambil tersenyum dan ketawa gembira menyapa pandangan Nur Imani semula.Benar-benar menjelikkan.Benar kata suaminya,banyak pasangan lain yang bersikap langsung tidak sopan berada disekeliling mereka..

Pun begitu serkap jarang suaminya membuatkan Nur Imani segera menegur..

“Abang nie..pandai-pandai jer tuduh mereka tu bukan suami isteri.Mana abang tahu budak-budak tu tak kahwin lagi? Entah-entah baru kahwin tak..? Sekarang nie kan ramai pasangan yang kahwin muda?”

“Sayang..kalau betul mereka dah kahwin..takdanya mereka nak buat tayangan percuma macam tu kat depan kita! Kalau baru kahwin? Sayang rasa mereka lagi teruja nak duduk kat sini ke atau berada kat rumah jer?”

Entah kenapa,kata-kata suaminya membuatkan hati Nur Imani tercuit.Ketawa dia dibuatnya dengan perbualan yang dah terkeluar daripada topik ini.

“Abang nie..janganlah serkap jarang sampai macam tu sekali.Kita pun tak tahu apa status sebenar mereka kan? Senang cakap..apa kata kita doakan jer mereka tu.Kalau dah kahwin,kita doakan mereka bahagia..semoga mereka akan mendapat hidayah daripada Allah agar dapat membina rumah tangga mereka nie dengan lebih indah dengan agama.”

“Kalau belum nikah..?” Tak sempat Nur Imani memulakan ayat itu,suaminya terlebih dahulu memotong.

“Kalau belum nikah..Kita doakan mereka diberikan hidayah oleh Allah..Moga mereka akan bertaubat..menjadi hamba yang jauh lebih baik daripada kita.Moga hati mereka akan terbuka untuk mengikat hubungan yang cukup mulia disisi Allah,iaitu pernikahan.”

“Yalah sayang abang..habis kita? Sayang nak abang lepaskan tangan sayanglah nie?” Sekali lagi bibir merekah itu dihiasi dengan senyumannya yang sentiasa memukau mata sang suami yang tidak pernah jemu untuk menatapnya.

Nur Imani mengakui kebenaran kata-kata suaminya.Boleh pula dia mengeleng kali ini,malah..genggaman tangan Ariff Farhan  dijari jemarinya kali ini dibalas lebih erat.

Tindakannya membuatkan langkah lelaki itu terhenti,namun apabila kakinya masih juga melangkah secara tak langsung mendorong Ariff Farhan untuk melangkah juga bersamanya.

Ah! Lantaklah mata yang ingin memandang tu.Aku disisinya..suamiku! Bukan lelaki ajnabi..lagipun takda sebab kami nak menjadi fitnah orang lain  dalam keadaan kami sekarang..bukannya mengaibkan pun,suamiku ini sekadar memimpin tanganku,isterinya.Lagipun aku tengah mengandungkan zuriatnya.Pastinya dia ingin menjaga keselamatan kami.Bukankah itu satu kebaikan? Rahmat Allah buat mereka yang telah berjaya menjaga agamanya? Moga mereka juga mendoakan yang baik-baik untuk aku dan..dia.

“Tak apalah..kita jalan macam nie jer.Yalah...yang tak boleh pegang-pegang tu yang masih haram jer..Nur kan isteri abang..Yang halal buat abang..”

“Tau pun..” Ujar Ariff Farhan gembira sambil mencuit hidung isterinya.Namun kali ini sindiran lain pulak didengarinya.

“Nak buat tayangan free jugak ke?” Ariff Farhan ketawa.Suka sangat dia,entah apa yang mencuit hatinya.

“Tu bukan tayangan free..tapi nasihat free buat mana-mana suami yang tiba-tiba terpandangkan kita ke tadi..”

Berkerut dahi Nur Imani mendengar kenyataan suaminya kali nie..

Apa pulak la kali nie?

“Nasihat untuk abang jugak..yang isteri abang nie bukan isteri atas kertas jer..bukan juga isteri dekat dalam rumah,dalam bilik..tapi kat mana-mana pun.Sampai syurga.”

Nur Imani masih mendengar meskipun..

‘Kesalahan lama jangan diungkit...sesungguhnya dia sudah banyak berubah sejak kejadian tu..

Semua manusia melakukan kesalahan..sukar untuk memaafkan namun itu bukan alasan untuk menghina,mengaibkan..mahupun mengungkit kisah lama itu kerana mungkin bukan hanya akan melukai dirinya juga tetapi lebih terkesan adalah diri sendiri..

Nur Imani mengingatkan dirinya apabila bibirnya ini begitu ringan untuk menyindir insan disisinya ini.

Rasanya sejak suaminya cuba untuk menjernihkan hubungan mereka ini dia pula yang berkepuk-kepuk menambah beban dosa dibahunya.

Nur Imani diam.

Alhamdulillah..itulah tindakan sebaiknya!

_-_-_-_-_-_-_- _-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

1 comment: