Sunday, 5 May 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:30

Assalamualaikum..:)

Mood: semangat esok nak mengundi walaupun x mngundi lagi,huhuhu

            buat semua pengundi-pengundi yang akan mengundi esok..

            Jalankan tanggungjawab anda...

Keluarlah mengundi untuk kebaikan bersama.. kerana undi anda adalah rahsia..;)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Release bab : 30

Selamat membaca kepada semua pembaca yang disayangi...luv u all :)

Renungan dalam hikmah... :-

latest-beautiful-flowers-backgrounds-1024x640

“Bagaimana keadaan Nur??”

Zahim cuba merisik keadaan hubungan diantara Ariff Farhan dan Nur Imani.Semalam mereka tidak sempat berbual panjang.Ariff Farhan yang baru balik bekerja,dipenuhi dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Dia duduk diatas kerusi dihadapan Ariff Farhan,perubahan mendadak sepupunya ini cukup menggembirakannya.

Buktinya..Ariff Farhan sanggup balik kerumahnya tengah hari semalam semata-mata nak makan tengah hari bersama isterinya?

Selalunya,sebelum dia bertanya lagi Ariff Farhan yang akan memutuskan restoran mana yang akan mereka pergi untuk makan tengah hari nanti..

“Alhamdulillah...makin sihat.”

“Kau...?” Zahim menduga..

Apa jawapan yang akan diberikan Ariff Farhan kepadanya..

“Aku? Kenapa pulak dengan aku?”

“Hubungan kau dengan Nur..”

“Setakat nie..alhamdulillah..Aku rasa dia macam dah boleh maafkan aku..Layanan dia pun,baik..macam biasa.” Ujarnya bersahaja namun Zahim dapat melihat kebahagiaan yang terbias diwajah sahabatnya itu.

“Baguslah kalau macam tu...”

“Hmm.Aku ingat nak pergi rumah kau nanti..dah berapa kali Farah ajak aku..masa Nur kena tahan kat wad lagi hari tu lagi,tapi aku je yang bagi dia macam-macam alasan.”

“Datanglah..apa masalahnya pulak??”

Eleh...mentang-mentang dah okey..! Tunjuk ek pulak?!

“Jangan buat muka macam tulah..aku dah okey dah dengan isteri aku,tunggu dia jer untuk terima aku semula.”

“Itulah kau berani sangat bermain dengan api.Sekarang kan dah susah diri sendiri?”

“Benda lama jangan dikenang..”

“Sebab benda lama tulah kau jadi macam sekarang.”

“Yalah..salah aku..salah aku..!"

“Buat perangai budak-budak dia dah..ish..kau tu dah nak jadi bapak budak.Jangan dibuatlah perangai macam tue.Buruk sangat rupanya.” Membutang mata Ariff Farhan dengan kenyataan sahabatnya itu.

“Aku buruk,kau?” Sindir Ariff Farhan.

“Aku?”

“Tentu-tentunyalah aku yang paling kacak antara yang terkacak dalam bilik nie.Pasai pa?” Gurau Zahim lagi..

“Sah!”

Tiba-tiba..? Pelik Zahim melihat wajah sepupunya itu.

Apa pulak yang sahnya?

“Apa yang sah?” Gatal juga mulutnya bertanya.

“Kau lah mamat yang aku dengar baru keluar dari wad 11 Tanjung Rambutan minggu lepas tu?”

Membulat mata Zahim mendengar kata-kata itu sedangkan bibirnya menunggu masa sahaja untuk melepaskan gelak yang cuba ditahannya.

“Haha...Gila kau!”

“Kita nak makan kat mana tengah hari nie?”

“Aku balik makan tengah hari kat rumah..” Tenang ayat itu meniti bibir Ariff Farhan.

“Kat rumah lagi??” Zahim mengusik..

“Kat rumahlah Him..teman isteri tercinta..”

Zahim mencebik..Ariff Farhan masih tenang.

“Isteri tercinta? Sejak bila pula jadi isteri tercinta nie..? Dulu nak sebut isteri pun susah?” Usiknya lagi..

“Kau nie..aku jadi jahat salah..aku jadi baik pun salah....cer terus terang kat aku sekarang..kau nak aku jadi suami yang macammana nie?”

Serentak itu Zahim menumbuk manja bahu Ariff Farhan yang tidak jauh daripadanya..

“ Amboi...Sensitif pulak sepupu aku nie.. Mestilah aku nak kau jadi suami,ayah yang baik..soleh..jaga rumah tangga kau tu..biar kekal sampai syurga! Aku nasihat nie bukan untuk kau saja tapi mengingatkan diri aku juga.”

“Yalah..aku taulah kau nak balik temankan isteri kau.Ya..pergi..pergi..Baliklah...biar aku makan seorang jerlah tengah hari nie..” Sempat lagi nak selitkan unsur-unsur rajukan..

Ariff Farhan cuba menyembunyikan senyumannya melihat air muka Zahim yang cukup menggelikan hatinya..

“Ayat..tak boleh blah!” Sahutnya juga..

Jelingan Ariff Farhan serta merta disambut dengan ketawa rancak daripada Zahim.

Ariff Farhan turut terjebak.

Bahagianya dua sahabat baik ini..

Guruh masih sabung menyabung namun hujan masih juga tidak turun.Nur Imani masih berada diruang tamu rumah meskipun jam sudah menjangkau keangka 10.30 p.m..

Petang tadi dia dan Ariff Farhan baru sahaja menghantar Sakinah balik ke hostelnya kerana itu rumah mereka kembali sunyi...Nur Imanilah yang paling merasa kesunyian..

20 minit yang lalu,dia bersama dengan suaminya didalam bilik..

Lelaki itu dengan kerjanya dan dia dengan buku motivasi yang baru dibelinya ketika keluar dengan Sakinah semalam.

Namun sebaik sahaja Ariff Farhan mendapat panggilan daripada seseorang dia sendiri yang keluar.

Sudah dua tiga kali dia naik kebilik mereka,namun kakinya bagaikan terkunci sebaik sahaja berada didepan pintu bilik.Tak tahu mengapa..

Melihatkan suaminya begitu ralit melayan panggilan itu,dia tidak mahu menjadi penganggu..

Kalau boleh memanglah dia nak dengar sendiri dengan siapa suaminya sedang bercakap telefon.

Masakan tidak..sejak 20 minit yang lalu suaminya masih setia duduk dibalkoni bilik sambil melayan pemanggil itu.

Nur Imani yakin..pemanggil itu tadi adalah seorang wanita biarpun dia tidak dapat mendengar dengan jelas butir-butir bicara yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Mustahil suaranya selembut itu jika panggilan tersebut daripada seorang lelaki ataupun sahabatnya..

Sekalipun panggilan itu dibuat atas urusan kerja,takkan selama itu mereka berbual?

Untuk kesekian kalinya Nur Imani tidak merasakan dia boleh terus menunggu begini..

Makin dia menanti..makin bukan-bukan pula akalnya merencana.

Sudahnya majalah ditangannya ditutup..

Tak boleh jadi nie.. Desis hati kecilnya,

Jom sayang ibu..kita tengok babah..apalah yang dia seronok sangat bersembang dengan pemanggil telefon tu sampai kita pun tak dilayannya?

Nur Imani sudah bangun semula,kali ini dia bertekad akan masuk juga kebilik mereka walaupun apa yang bakal dia dengar nanti akan menyakitkan hatinya.

Biasalah lelaki...kalau bercakap dengan kekasih..bukan main lembut lagi suara....

Namun..sekali lagi langkahnya mati ditepi pintu masuk kebilik mereka,hanya kepala dijegulkan untuk melihat suaminya.

Ariff Farhan masih statik ditempat tadi..

Ish..Makin cemburu pulak hati nie..

Dia pula yang makin tidak senang dengan rasa dihatinya..

Entah kenapa,kuat betul keinginannya untuk mengetahui siapakah gerangannya yang sibuk menganggu suaminya malam-malam begini.

Ya Allah..Kenapa dengan aku nie? Kenapa sedih pulak hati aku nie melihatnya bahagia? Bukankah aku sendiri tahu yang dia tak pernah bahagia dengan aku..?

Bukankah aku sendiri yang ingin melihatnya bahagia?

Tapi mengapa sekarang nie...hati aku yang terluka?

Ya Allah! Nur..biarlah dia dengan siapa pun dia nak berbual.Kau berdua memang akan berpisah kan? Tak sampai seminggu pun lagi daripada tarikh yang telah ditetapkannya..

Dia akan bawa jalan dia sendiri dan kau akan bawa haluan hidup kau sendiri.

Seberat hatinya,seberat itu jugalah langkahnya yang dibuka kembali..

Nur Imani masuk juga kebilik mereka meskipun dia tidak rela membiarkan hatinya disakiti dalam diam..

Ternyata kehadirannya disedari oleh Ariff Farhan apabila lelaki itu terus berpaling kebelakang sebaik sahaja dia masuk..

Nur Imani makin terganggu melihat senyuman yang terukir diwajah itu..

Lebarnya senyuman dia..? Bahagianya dia..?

Lirih Nur Imani didalam hatinya..

Ya Allah! Apa kenalah dengan aku nie?? Sedih betul rasa hatiku ini?

Nur Imani segera mengaturkan langkahnya kearah katil,berpura-pura untuk naik kekatil kerana dia tidak mampu menatap insan itu lagi.

Namun matanya terlebih dahulu melihat tangan itu sedang menggamit kearahnya..

Ariff Farhan sedang mengisyaratkannya supaya datang kepadanya..

Makinlah berdebar-debar hati si isteri yang sememangnya tidak senang sedari tadi.

Nak perkenalkan calon isteri dia kat aku pulak ke??

Boleh pulak terdetik persoalan itu dibenaknya...Bergetar habis satu badannya ketika ini..

Ikutkan hati,nescaya dia lari keluar sahaja daripada bilik ini.

Tapi lain pula yang dizahirkan kakinya apabila terus dibawa kepada lelaki yang sedang merenungnya ketika ini..Pandai pula dia menyembunyikan rasa dihatinya.

Sebaik berada dihadapan suaminya..

“Kenapa?” Ariff Farhan agak terkejut mendengar nada suara isterinya itu.

Lain benar bunyinya?

Dah macam nak ajak bergaduh pun ada..?

Namun air mata Nur Imani sudah ingin mengalir ketika Ariff Farhan menghulurkan telefon bimbit ditangannya itu kepadanya.

Perlukah aku menjawabnya?

Sekali lagi Ariff Farhan sekadar menggunakan isyarat matanya,kali ini supaya isterinya menyambut huluran telefon bimbitnya.Tidak sedar yang tindakannya itu membuatkan hati isterinya terluka.

Tahulah buah hati yang telefon..tak perlulah nak tunjukkan muka gembira sampai macam tu sekali.

Nur Imani sudah memalingkan wajahnya ketempat lain sebelum Ariff Farhan memberitahu siapakah gerangan yang ingin bercakap dengannya itu..Air matanya pula menunggu masa sahaja nak tumpah nie..

“Mama nak cakap nie..!” Beritahu Ariff Farhan akhirnya.

Punyalah kencang debaran didadanya ketika ini.

Dia masih tidak dengar apa yang baru meniti bibir suaminya beberapa saat yang lalu..

Namun..suasana tiba-tiba hening..

Nur Imani bagaikan disedar dengan sesuatu kerana itu dia tidak menunggu lama lagi untuk mengembalikan pandangannya kewajah suaminya.

Kata-kata Ariff Farhan beberapa saat lepas kembali bermain ditelinganya.Bagaikan radio pula boleh diulang berkali-kali.

Mama??

Aku tak salah dengar kan?

Ma..ma?

Mama.....?

Ariff Farhan terpinga-pinga melihat tingkahnya.

Nur Imani pula sudah menyedekahkan senyuman kepada suami yang sedang menatapnya ketika ini.

Mujur tidak tumpah lagi air matanya tadi..

Benar! Habis semua keserabutan yang menghenyak akal dan fikirannya tadi berterbangan pergi.

Dadanya terasa selapang-lapangnya..

Ada rasa gembira dan lucu pula yang bertandang kesanubarinya.Hendak tergelak pun ada.

“Kenapa senyum-senyum pulak nie? Pergi mana? Daripada tadi abang tunggu Nur..jenuh dah pasang telinga dengar mama membebel dekat abang..”

Ujar Ariff Farhan sambil mengeluh..

Nur Imani terus tersenyum..gembira betul dia..

Soalan suaminya dibiarkan tanpa jawapan sebaliknya dia terus menyapa pemanggil yang sedang berada ditalian ketika ini.

Padahal..Dalam hati..bunga-bunga ditaman hatinya mula berkembang mekar..

Bahagia sangat...

Macammana pula dia boleh bersikap prejudis dengan suaminya tadi?

Selama nie takdapun nak cemburu-cemburu macam nie,hari nie pula tiba-tiba syaitan laknatullah tu berjaya mempergunakan dirinya.

“Assalamualaikum mama...Mama apa khabar? Sihat? Babah?” Nur Imani memulakan perbualan...

“Waalaikumussalam..Alhamdulillah..mama sihat..babah pun sihat..Nur apa khabar? Cucu mama?”

Nur Imani terdiam seketika..Suara ibu mertuanya membuatkan dia rasa bersalah pula terhadap insan ini dan juga suaminya..

Ya..ibu mertuanyalah perempuan yang dikatakan telah menganggu suaminya tadi...?

Wanita ini jugalah yang telah bergayut dengan suaminya sejak 20 minit lalu..?

Paling penting...

Wanita ini jugalah yang telah membuatkan dirinya cemburu dalam diam sejak Ariff Farhan mendapat panggilan daripadanya tadi..?

Ya Allah? Apalah yang aku buat nie??

Nur..Nur...

“Alhamdulillah ma..Nur dengan anak baik-baik saja.Abang Han jaga Nur cukup baik..tambah-tambah lagi sejak mengandung nie..”

“Tak adalah mama.Alhamdulillah cuma pagi-pagi tu ada jugaklah kejang kaki..”

Nur Imani baru ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi disisi suaminya namun baru dia ingin duduk,Ariff Farhan pula bangun.

Tangannya turut diraih oleh lelaki itu,serentak itu Ariff Farhan menariknya supaya mengikut langkahnya..

Nur Imani menurut sehinggalah akhirnya dia diminta duduk diatas katil.Sekali lagi arahan suaminya diakur..

Setelah itu Ariff Farhan berlalu meninggalkannya.Bergerak semula kearah pintu balkoni lalu menutupnya.

Sedang dia leka berbual dengan ibu mertuanya,Ariff Farhan tiba-tiba kembali kekatil dan merebahkan kepala diribaan isterinya.

Tanpa suara,pandangan mereka bersatu..Nur Imani menghadiahkan lagi sebuah senyuman kepada suaminya.

Meskipun Ariff Farhan tidak faham dengan mood isterinya yang tidak menentu sahaja setiap masa itu tetap membalas senyuman yang dihadiahkan isterinya.Pipi mulus itu diusapnya perlahan..Nur Imani membiarkan.

Seketika kemudian,perhatiannya dialihkan pula kepada kandungan isterinya.

Laju sahaja dia mengambil peluang itu untuk berbual dengan anaknya...

Nur Imani yang masih berbual dengan ibu mertuanya kadangkala turut tersenyum mendengar perbualan suaminya buat sikecil mereka ini.

Kejap-kejap Nur Imani merasakan tangan itu mengusap perutnya.Kejap-kejap lagi,bibir itu pula mengucup perutnya.

Sedar-sedar sahaja..Ketika dia hampir mengakhiri perbualannya dengan Puan Zahrah,Nur Imani mendapati suaminya sudahpun terlena..diatas ribaannya.

Wajah redup suaminya kembali menjadi tatapan sepasang anak mata hitamnya.

Inilah wajah yang pernah menjadi dambaannya sejak kecil,cuma sejak dia mengetahui kakak kesayangannya yang berjaya menawan hati insan ini.Perasaan itu telah dibina dengan tembok yang cukup besar agar dia tidak melukai hati insan-insan yang dikasihinya.Namun..telah tersurat pada takdir Allah Yang Maha Esa...mereka menjadi suami isteri meskipun tanpa keikhlasan..

Yang pasti..perasaannya tidak pernah berubah sehinggalah sekarang..Dia tidak pernah jemu walaupun sekali untuk menatap seraut wajah ini.

Keadaan yang agak sejuk didalam bilik mereka ini membuatkan tangannya segera menarik kain selimut yang berada disebelahnya.

Tubuh suaminya diselimutkan..

Alahai..’anak kecilnya’ sudah terlena..Nur Imani tersenyum melihat wajah kanak-kanak yang sedang terbias diwajah suaminya yang  terlena itu.

Comelnya..

Ya Allah..sesungguhnya aku mencintai lelaki ini..seluruh jiwaku..setiap nafasku..dan setiap detik nadiku yang berdetap ini...

Namun aku tidak mampu untuk terus berada disisinya,meskipun dia meminta aku supaya terus setia disisinya kerana aku tahu..dia tak mungkin akan bahagia..

Aku juga sedar..semua ini dilakukannya semata-mata untuk anak kami ini,zuriatnya..

Maka,kau tunjukkanlah dia jalan yang sepatutnya dia pilih.

Aku sudah redha dengan takdirMu..tiada jodoh lagi antara kami...

Aku ikhlas melepaskannya...

Jagalah dia ya Allah....untuk aku dan sikecil ini.

Sebuah kucupan dipahatkan ke dahi suaminya,lama...Nur Imani tenggelam bersama perasaannya sehingga setitis air mata tertumpah kewajah itu.

Mujur suaminya tidak tersedar..

Perlahan-lahan Nur Imani merapatkan tubuhnya ke kepala katil yang telah dilapikkan dengan sebiji bantal..

Matanya masih tidak mahu dipejamkan..kepala suaminya pula terus diusap,wajah suaminya terus ditatap.

Sedang dia mengelamun,satu mesej masuk kedalam telefon bimbitnya,Nur Imani mencapai..

Kak Rin?

Berkali-kali Nur Imani merenung skrin telefon bimbitnya itu..

Betulkah dia?

Kenapa selama nie..aku cuba juga hubungi nombor nie tapi tak dapat pun?

Beratus-ratus mesej yang aku hantar pun tak pernah berbalas?

Nur Imani membuka juga peti masuk telefon bimbitnya itu untuk membaca mesej yang telah dihantarkan kepadanya..

 Assalamualaikum,Nur...

                                   Kak Rin dah bersedia nak balik..jumpa semua..

                                   Kak Rin rindu semua,                    

                                   rindu ibu...rindu ayah..rindu Nur..

Sepantas itu juga Nur Imani cuba mendail nombor telefon tersebut..namun sayang..sudah dimatikan.

Dia terus mencuba untuk beberapa kali tapi tetap seperti tadi.Langsung tiada bunyi..

Pun begitu Nur Imani tetap besyukur..

Akhirnya dia akan kembali semula..

Ya Allah..selepas hampir setahun dia menghilangkan diri.Dia muncul kembali...

Sungguh..aku lagi merinduinya.

################

3 comments:

  1. Sangat menarik cerita nyer...x sabar menanti bab seterus nya....tahniah kpd penulis...:)

    ReplyDelete
  2. nk entri baru blh? dh lma tggu ni.. :D

    ReplyDelete