Renungan dalam hikmah -------------<_>-----------

Doa subuh yang baru dibacakan Ariff Farhan diaminkan dengan rasa syukur yang teramat.
Semalam...buat pertama kalinya Nur Imani berjemaah dengan suaminya ketika menunaikan solat zohor.
Hendak menitis air matanya ketika menerima pelawaan daripada lelaki itu semalam.
Bagaikan bulan jatuh keriba,mana mungkin dia menolaknya?
Sebak lagi hatinya mendengar iqamat yang dibacakan,disusuri dengan bacaan al Fatihah dan beberapa ayat suci Al-Quran lain yang begitu menuntun jiwanya sebagai isteri dan makmum lelaki ini.
Alhamdulillah,sebelum mereka berpisah..sempat juga dia merasai nikmatnya solat berimamkan suami sendiri.
“Abang..”
Nur Imani menyalami tangan kasar itu,dikucupnya penuh kasih.
Ketika pandangannya kembali kewajah itu,bibir itu sedang mengukirkan senyuman.
Matanya terpejam rapat saat bibir itu singgah didahinya,Nur Imani menjatuhkan pandangannya.
Ariff Farhan sudahpun meletakkan tangannya keperut isterinya.
“Assalamualaikum anak babah..” Bicara pertama daripada Ariff Farhan buat anak mereka disubuh yang hening ini.
Nur Imani menjawab perlahan,wakil buat sikecilnya ini namun tidak didengari suaminya..
“Sayang babah baik-baik saja kan kat rahim ibu nie?” Lembut bicaranya meniti pendengaran Nur Imani.
Dia sekadar menjadi pemerhati..memandang sahaja apa jua yang diperbuatkan suaminya.
“Alhamdulillah,hari ini babah dah dapat mulakan hari kita bertiga dengan subuh berjemaah.Itupun hanya selepas lebih daripada 3 bulan..Maafkan babah...”
Ya..tiga bulan sejak baby dalam kandungan tapi mengambil masa selama setahun untuk Nur sendiri yang solat berimamkan abang..
Nur Imani sayu sendiri.
“Kesian ibu..terpaksa bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan anak babah seorang diri kat sini.Maafkan babah sayang,buat masa nie babah tak mampu untuk memberi apa-apa kepada sayang,melainkan babah cuma mampu menjaga ibu sebaiknya dan berdoa kepada Allah agar memelihara sayang dan ibu sampai bila-bila.
Sayang babah dan ibu kena kuat lagi,okey?
Sekarang nie babah akan hadiahkan sayang bacaan ayat kursi...insyaAllah babah akan buat macam nie setiap kali subuh dan sebelum sayang dan ibu tidur,itupun kalau babah takda urusan diluar...
Babah nak anak babah nie bila lahir nanti akan membesar menjadi anak yang taat kepada perintah Allah dan rasulNya,taat kepada ibu dan babah.
InsyaAllah,babah dan ibu akan didik sayang sebaik-baiknya.”
Panjangnya bicara Ariff Farhan buat anak mereka ini,Nur Imani setia menjadi pendengar.
Kepala suaminya yang berada diribaannya diusap lembut,rambut hitam yang lebat itu pula dibelainya kasih,tidak dinafikan sejak dua tiga hari ini dia sudah sedikit berani untuk menyentuh lelaki ini.
Pandangan mereka tiba-tiba menyatu semula.
Ariff Farhan dengan rasa bersalah yang semakin membebankan hati serta perasaannya dan Nur Imani masih dengan sedikit rasa kekoknya.
Bismillah..
Bacaan ayat kursi dimulakan dengan tenang oleh Ariff Farhan,Nur Imani dapat merasakan tubir matanya mulai basah.
Hatinya terus terusik lagi tanpa sebab..
Satu persatu ayat Al-Quran itu mula meniti bibir suaminya sehinggalah ayat terakhir disudahkan.
Saat sebuah kucupan dihadiahi oleh suaminya keperutnya,Nur Imani melarikan pandangannya ke tempat lain kerana setitis air matanya sudah tumpah kewajahnya.
Sepantas itu juga Ariff Farhan bangun sebelum membawa wajahnya supaya mereka saling bertatapan.
“Nur..” Dia nampak terkejut dengan air muka isterinya.
Kenapa lagi nie?
“Kenapa nie sayang?” Ariff Farhan menyoal bimbang..
Nur Imani mengeleng.
“Nur tak sihat? Sakit ke??” Dia langsung tidak puas hati dengan jawapan isterinya,apatah lagi hanya disambut dengan bahasa isyarat.
“Tak..”
“Habis?”
“Nur lapar..” Sekali lagi jawapan yang diberikannya tidak menjawab pertanyaan suaminya.
“Lapar menangis?” Ariff Farhan menyoal tidak percaya.Ditatap lagi wajah si isteri dengan seribu satu pertanyaan.
“Bila Nur menangis..?” Nur Imani menolak lembut tangan suaminya yang masih memagut dagunya.
“Sayang..cuba terus terang dengan abang..Kenapa? Kalau sakit,beritahu abang..Kita pergi klinik,sekarang jugak.” Belum pun apa-apa,suaminya bingkas hendak bangun,namun terduduk semula apabila jemari halus isterinya meraih tangannya terlebih dahulu.
“Tak..”
Pendek jawapannya..
“Tak? Cuba cakap dengan abang..Kenapa?”
“Nur letih sikit kot..abang kerja tak hari nie?” Hmm.. Laju pulak dia mengubah topik.
“Kerjalah sayang..kenapa? Nur nak abang cuti lagi ke? Nak abang temankan Nur?”
“Tak..Nur nak siapkan sarapan.Abang sarapan dengan Nur,boleh? Abang tak pernah pun makan air tangan Nur sejak kita kahwin..”
Inikah sebabnya?
“Boleh ke nie?” Itu pula jawapan yang didapati Nur Imani daripada suaminya,berkerut-kerut dahinya untuk memahami maksud soalan itu.
“Apa yang boleh?” Soalnya juga setelah suaminya kelihatan tidak mengerti dengan pandangan yang dilemparkannya.
“Nur kata letih tadi..nak siapkan sarapan juga ke?”
“Nur letih bukannya tak larat..memasak tu bukannya susah sangat..Abang jer yang tak pernah nak makan dengan Nur selama nie.Abang janganlah risau,Nur okey nie..kalau duduk terperuk dalam bilik pun tak guna juga.Samalah al kisahnya dengan duduk di hospital.”
“Masak ringan-ringan saja..kalau ada roti,sapu dengan mentega saja dah cukup.” Lagi senang..
“Tengoklah..apa yang ada kat dapur tu Nur buatlah.”
“Dengar cakap abang..okey?” Ariff Farhan mengingatkan lagi,Nur Imani yang sudah bangun daripada duduknya tadi sekadar mengangguk kearah suaminya.
“Abang siap dulu..nanti kita jumpa kat bawah.” Baru Nur Imani ingin melangkah,dia kembali memandang kearah suaminya.
“Oh ye..! Pakaian abang Nur dah seterikakan,ada kat tempat biasa..”
“Bila masa Nur buat semua tu..?” Tak dapat juga Nur Imani bergerak.
“Malam tadi,bosan takda kerja.Sementara tunggu abang balik.Nur buatlah apa yang patut.”
“Mulai hari ini,Nur tak perlu siapkan pakaian kerja abang..pakaian-pakaian kotor yang ada pun lain kali kumpulkan dalam satu bakul,balik kerja biar abang yang selesaikan.”
Sampai begitu sekali ke dia risaukan aku?
“Nur isteri abang..” Nur Imani segera mengingatkan lelaki dihadapannya ini.
Ya! Dia isteri! Bukannya patung cendana dalam rumah nie.
“Seorang isteri bertanggungjawab berkhidmat buat suaminya.Nur boleh saja buat semua kerja kat rumah nie.Abang jangan risau..Nur dah biasa dengan semua nie,baby kita pun dah tahu ibu dia macam mana.Janganlah sebab kelalaian Nur hari tu saja abang except Nur tak boleh nak buat apa-apa langsung.” Tambahnya lagi,biar jelas dan nyata.
“Bukan itu maksud abang.Abang cuma risau..”
“Abang tak percayakan qada dan qadar Allah?”
“Abang percaya..”
“Jadi izinkan Nur buat semua kerja yang menjadi rutin Nur selama nie? Boleh kan?”
“Kita ambik pembantu rumah?” Cadangan Ariff Farhan kali ini makin membuatkan isterinya tidak senang duduk.
Astaghfirullahala’zim..Suamiku...
“Tak nak.Nur tak selesa ada orang asing dalam rumah kita.”
“Kita cuma..” Ariff Farhan cuba menerangkan kepada isterinya maksud sebenarnya.
“Kalau betul abang sayang Nur..jangan ambik pembantu rumah..please..” Belum pun sempat Ariff Farhan menyudahan bicaranya,Nur Imani terlebih dahulu mencantas.
Kali ini dia kelihatan berat,permintaan isteri memerangkapnya.
Lama Ariff Farhan mendiamkan diri,lama juga wajah isterinya ditatap.
Penat pula Nur Imani menanti,wajahnya penuh pengharapan..mengharapkan suaminya ini untuk memahaminya.
“Baiklah sayang.Abang izinkan.Abang takkan ambik pembantu rumah.Buatlah apa pun,tapi janji dengan abang satu perkara sahaja..Jangan sampai membahayakan nyawa Nur dan anak?”
Wajah yang tampak masam mencuka tadi kembali berseri-seri semula.
Suami yang tidak senang duduk dengan mood isterinya tadi juga kembali tenang melihat bibir itu sudah tersenyum kembali.
“Terima kasih abang.”
Entah bagaimana,bibir Nur Imani turut memberi reaksi dengan melekap rapat dipipi suaminya.
Terkejut Ariff Farhan yang memang tidak menjangkakan respon isterinya ini.
__
“Kita nak pergi mana nie akak?”
Sakinah agak pelik bila myvi yang dipandu oleh kakak iparnya diberhentikan dihadapan sebuah padang bola.Mereka baru sahaja balik daripada membeli barang dapur setengah jam yang lalu..
Apa pulak kakak iparnya nak buat kat sini?
“Akak nak singgah kat kilang pemprosesan susu kambing segar dekat sebelah padang tu.”
“Susu kambing segar? Siapa nak?”
“Kak Nurlah...” Sakinah nampak tidak jelas lagi dengan apa yang diberitahu oleh kakak iparnya,
“Untuk baby juga...Ibu mengandung elok minum susu kambing..”
“Sekarang nie kan banyak suplimen-suplimen yang memang diekstrakkan daripada susu kambing.Kak Nur cubalah..lagi senang nak dapat..kalau susu segar nie remeh sikit.Mahal lepas tu bukan tahan lama.Bawak jalan jauh pun tak boleh..” Sakina memberi komen.Lagipun itu jugaklah yang dilakukan oleh kakak-kakaknya.
“Memanglah senang nak dapat sayang akak..tapi..yang ekstrak-ekstrak tu dah bercampur dengan benda-benda lain dah.Dah tak segar dah macam susu segar yang akak nak beli kejap lagi nie.”
“Sebenarnya senang nak dapat...kalau jauh daripada rumah rasanya akak mungkin ambik suplimen saja?”
Meleret senyuman Sakinah..Pandangannya sudah dialihkan keperut kempis kakak iparnya yang sudah berisi itu.
“Yalah ibu tu kan sayang? Tengok...duduk dalam perut lagi dah jaga sayang baik-baik.Sarapan pun ibu ambik air zam-zam dan kurma saja.Dah keluar nanti,kena jadi anak yang soleh,solehah tau? Taat pada Allah dan Rasul..taat pada ibu dan ayah! Okey dear? Mak su Kinah yang pesan nie tau..”
Nur Imani turut mengukirkan senyuman dengan teletah adik iparnya yang seorang ini.
Kemudian dia pula bersuara..
“Mak su..baby cakap pesanan mak su dia dah dapat.InsyaAllah,dia akan jadi anak yang taat pada Allah,pada rasul..pada ibu dan babah..dan akan menjadi hamba yang baik dimuka bumi Allah nie.”
Ujar Nur Imani pula sambil menyentuh perutnya.
____
Nur Imani merenung kesisinya,Ariff Farhan sedang leka dengan kerja-kerjanya.Malam ini dia tidak keluar ke mana-mana melainkan duduk dirumah sahaja.
Terkenang kembali peristiwa tengah hari tadi,Ariff Farhan balik seperti yang dijanjikannya.Menu makan tengah hari mereka tadi ialah ayam masak merah.
Bukan main berselera lagi lelaki ini menjamah makanan yang telah disediakannya tadi.
Nur Imani pula yang kekenyangan melihat suaminya begitu berselera menjamah makanan yang dimasaknya.Itulah kali pertama suaminya balik untuk makan tengah hari bersamanya meskipun diantara mereka tadi ada Sakinah.
Tiada yang pelik lagi buat Nur Imani bila dia sendiri sudah terbiasa dengan sikap pelik suaminya.Biarlah asalkan hidup mereka masih berjalan seperti biasa walaupun rutin harian Nur Imani pula yang banyak berubah kerana baru kini dia merasakan dirinya adalah isteri kepada seorang lelaki.
Sedang asyik Nur Imani memerhatikan suaminya,tekaknya tiba-tiba diliurkan dengan suatu menu yang cukup menyelerakan.Gambar kuey teow sup didalam surat khabar diatas meja itu menganggu ketenangan hatinya.
Restoran Pak Man..!
Serentak itu ingatannya terhadap restoran kegemarannya ditepi jalan sebelum masuk ke lorong rumah mereka ini menerpa fikirannya.
Lagilah melonjak-lonjak rasa dihatinya ingin mendapatkan apa yang diidamkannya itu.Lagipun restoran tersebut memang dibuka sehingga ke awal pagi kerana kedai tersebut hanya memulakan perniagaannya selepas asar.
Patutkah dia mempelawa Ariff Farhan supaya menemaninya?
“Sibuk ke?” Nur Imani menjengulkan wajahnya kedalam bilik Sakinah.
Adik iparnya itu sedang membaca sambil menggunakan komputer ribanya.
Pada awalnya tadi Nur Imani ingin sahaja mengajak Ariff Farhan pergi bersamanya,namun lelaki itu kelihatan sibuk dengan kerja-kerjanya.Mungkin dia tidak patut menganggu..
“Takdalah akak..Kenapa?”
“Kinah temankan akak keluar kejap..Boleh?”
“Kita nak pergi mana?” Soal Sakinah sambil mengerlingkan pandangannya kearah jam loceng diatas meja lampu disebelahnya.
Nur Imani sudah melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja solek dibilik tetamu ini.
“Baby teringin nak makan kuey teow sup kat restoran depan tu..Kinah teman akak ye?”
“Boleh-boleh..” Sepantas itu juga Sakinah memberikan jawapan,
“..untuk baby dengan ibu..apa-apa pun boleh..Jom!” Sambungnya lagi sambil menutup komputer riba yang sedang digunanya tadi.
“Okey...Kinah siaplah dulu..akak tunggu kat bawah.”
“Err..tapi..akak dah beritahu abang Han ke?”
Langkah kaki Nur Imani terhenti dengan soalan yang baru diajukan oleh Sakinah kepadanya.
Ini satu hal lagi..
Bermakna dia terpaksa juga menganggu suaminya sebentar lagi..
“Belum,akak nak balik bilik ambik tudung..nanti akak beritahu dia.”
Nur Imani terus keluar tanpa mendengar apa yang ingin diberitahu oleh adik iparnya terlebih dahulu.Tidak jadi Sakinah meneruskan kata-katanya setelah melihat kakak iparnya keluar begitu sahaja daripada biliknya.
confirm tak lepas nie..!
Detik hati kecilnya pula.
Sakinah sudah sedia maklum dengan perangai abang kesayangannya itu.Dia yakin abangnya takkan mengizinkan isteri kesayangannya itu keluar malam-malam begini,terutama sekali dalam keadaan kak Nur tengah berbadan dua itu.
Perangai yang saling tak tumpah seperti babah mereka...
Pun begitu,Sakinah tetap juga bersiap walaupun dia tahu apa jawapan abangnya nanti..mana tahu abangnya akan memberikan lampu hijau pula bila kakak iparnya memujuk nanti.
Nur Imani merapati Ariff Farhan yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya,dia sudah siap pun mengenakan tudung dikepalanya.
Tunggu nak keluar sahaja,tapi macam yang Sakinah beritahunya tadi dia mesti mendapatkan keizinan daripada Ariff Farhan terlebih dahulu.
Tidak tahu bagaimana dia ingin memulakan ayat.
“Abang..Nur nak keluar dengan Kinah sekejap..” Beritahunya sambil menatap tulisan diatas kertas A4 dimeja kerja suaminya.Sengaja tidak mahu membiarkan matanya singgah kewajah suaminya itu.
“Nak pergi mana? Dah dekat pukul 11.00 nie?” Soal Ariff Farhan pula.Sekelip mata dia membiarkan urusannya,seluruh perhatiannya diberikan kepada isteri yang sedang bercakap dengannya sekarang.
Tak berkedip matanya melihat isterinya yang sudah bersiap itu,
“Tiba-tiba pulak tekak nie teringin nak makan kuey teow sup.”
“Dah lewat nie..tak payah pergilah..esok saja kita keluar okey? Abang balik kerja esok kita terus kesana.” Terus kata putus itu meniti bibir Ariff Farhan.
Nur Imani mula jauh hati dengan sikap suaminya semula.
Kenapa nak kena tunggu esok pulak?
Sebelum jawapan itu diterimanya pun,air muka Ariff Farhan yang sempat dikerlingnya tadi sudah dapat diagak oleh Nur Imani.
“Tak jauh pun abang,dekat depan jalan tu saja.Lepas makan nanti Nur terus balik,Nur bukan keluar seorang diri pun..Nur ajak Kinah teman.”
Nur Imani cuak padahal dia dah terliur sangat nak menjamah kuey teow sup yang diinginkannya.Tak pernah-pernah dia teringin nak makan sesuatu sampai macam nie sekali,tapi sekarang suaminya pula menghalang?
“Ya..abang tahu..tapi cuba tengok jam dah pukul berapa tu..?”
Bagaikan orang bodoh Nur Imani mengikut sahaja arahan daripada suaminya.Padahal dia baru sahaja diberitahu lelaki ini yang jam sudah pun menghampiri pukul 11.00.
“Pukul 10.45” Jawabnya lurus seperti yang dipersoalkan..
“Dah lewatkan? Nur tidur dulu..Esok petang abang bawak Nur pergi.Bolehkan?”
Nur Imani sudah tidak terkata apa lagi.Mulutnya terkunci serta merta..perasaannya semakin terusik.
Dia betul-betul teringin nak makan kuey teow sup tu.Tak boleh nak tunggu esok dah..
Mulalah air matanya ini ingin menitis.
Sensitif lagi..
“Esok kita pergi..abang janji!” Perasan dengan perubahan mendadak mood isterinya,Ariff Farhan segera memujuk.
“Yalah..Esok sebelum restoran tu bukak lagi Nur tunggu kat depan pintu dia..”
Ariff Farhan tersentak dengan jawapan isterinya,namun dia tidak berpeluang untuk berkata apa-apa kerana isterinya sudah bergerak kekatil mereka.
Nur Imani terus naik kekatil sebaik sahaja menanggalkan tudungnya.Jubah ditubuhnya tidak disalin?
Merajuk dah..??
Haish...tak boleh jadi nie..
“Nur..” Ariff Farhan sudah berada disisi isterinya ketika ini.Duduk dibucu katil diatas kepala isterinya.Rambut Nur Imani disentuh dan dibelai lembut.
Akalnya mula memerah idea sambil menyusun ayat untuk memulakan bicaranya.
“Sayang..abang bukannya tak nak bagi Nur keluar..tapi dah lewat sangat nie.Tak baik keluar dalam keadaan Nur macam nie..Baby..”
Isterinya tetap diam..
“Lapar sangat ke? Abang masakkan okey? Tapi kuey teow tu takda rasanya..Abang masakkan bihun sup untuk sayang.Bolehkan?”
Pujuk suaminya terus..
Namun Nur Imani masih seperti tadi,sedikit pun dia tidak bergerak daripada kedudukannya ketika ini.
“Tak perlulah..kan abang dah janji nak bawak Nur pergi esok.” Akhirnya..kedengaran juga suara yang dinantikan Ariff Farhan.
Semakin galak pula tangannya mengulit-ulit rambut ikal mayang yang terlepas bebas itu.
“Memanglah abang dah janji,tapi kalau dah Nur macam nie..?”
“Nur boleh jer tunggu sampai esok..” Potong Nur Imani.
Ariff Farhan pula diam,memandang kewajah isterinya yang muram itu hatinya mula memberat.
“Kak Nur..Jom!”
Sakinah tiba-tiba muncul..
Bilik abang dan kakak iparnya yang sememangnya sedia terbuka terus diserbu masuk tanpa salam.Terpinga-pinga dia melihat kakak ipar dan abangnya. Kak Nur sedang terbaring diatas katil..abangnya pula sedang duduk diatas tilam disisi wanita itu.
La...drama apa pulak nie?
“Tak jadilah Kinah,esok petang kita pergi..Abang Kinah tak bagi kak Nur keluar...Tak apalah dik..tak lari pun kedai tu kan?” Mendalam maksud yang cuba disampaikan oleh Nur Imani kepada suaminya ini melalui perantaraan Sakinah.
Terkebil-kebil Sakinah mendengarnya kerana dia cukup faham apa yang cuba disampaikan oleh kakak iparnya ini kepadanya.
“Kalau macam tu,tak apalah..Kinah masuk bilik dulu.Betul jugak cakap abang tu..Kak Nur kan tengah mengandung..tak elok perempuan mengandung keluar waktu-waktu macam nie.”
Kinah berpura-pura bodoh.Seolah-olah tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku didepan matanya.
Apa lagi nak dikata..Abang Han punya kerjalah nie..
Alahai..kesiannya kakak ipar aku..dahlah tengah mengidam..Abang Han nie pun..Tak paham-paham ke anak dia yang nak makan tu..?
Kalau takut sangat nak bagi isteri tu keluar dengan adik abang nie..abang sendirilah temankan..
Hai..macammanalah nak pujuk isteri macam tu..?
“Kinah..” Sakinah tidak jadi keluar apabila namanya dipanggil oleh abangnya,dia berpaling semula kearah pasangan suami isteri itu.Abangnya sedang menatapnya.
“Kinah tunggu kat bawah dulu.Kejap lagi abang dengan kak Nur datang.”
Itulah jawapan yang ingin didengari Sakinah..kan senang kalau daripada awal lagi dia memberikan keizinannya? Tidaklah merajuk isteri kesayangannya itu..
Abangnya turut memberi isyarat mata yang hanya mereka berdua memahaminya.
Sakinah membalasnya dengan isyarat tangan,tersengih pula dia.
Sebelum dia turun,pintu bilik pasangan suami isteri itu ditutup rapat.
Pergi atau tak mereka sebentar lagi..semuanya bergantung kepada usaha abangnya memujuk kakak iparnya nanti.Jika kedua-duanya turun sebentar lagi,insyaAllah mereka akan pergi namun jika abangnya sahaja yang turun atau langsung tidak turun maknanya..dia kena naik kebilik semulalah jawabnya..
Ariff Farhan merendahkan sedikit tubuhnya supaya rapat kewajah isterinya,usaha pujuk-memujuk diteruskan kembali.
“Okeylah..jom kita pergi ke restoran tu..Kinah pun dah siap.”
Ariff Farhan memulakannya semula..
“Sayang nak makan kuey teow supkan?”
“Tak payahlah..kan dah janji nak pergi esok.Nur boleh tunggu.”
Sudahnya?
Tak boleh jadi nie..kena guna anak jugaklah kalau dah ibunya tak jalan jugak.
“Baby babah teringin nak makan kuey teow sup ye? Patutlah ibu sampai merajuk dengan babah..? Babah mintak maaf sayang,sekarang nie sayang pun kena tolong babah jugaklah pujuk ibu..Kita pergi makan kuey teow sup sama-sama..Kalau tak nanti,kempunanlah anak babah nie.”
Makin lirih hati Nur Imani mendengar kata-kata suaminya.
Yalah..Dia pentingkan anak dia jer lah...Aku nie?
“Yalah..Kalau Nur yang nak makan tentu-tentunya abang tak kisahkan? Tak apalah..Nur faham..esok abang tak payah bawak Nur.Nur boleh pergi sendiri.”
Gulp..
Lain yang cuba dipancing,lain pula tangkapan yang didapatnya.
Ariff Farhan semakin tersindir.
“Bukan itu maksud abang..Sayang kan teringin nak makan kuey teow sup.Abang...”
“Nur nak tidur.Tak teringin dah pun nak makan..” Rajuknya terus..
“Janganlah macam nie..ke..sayang nak abang cempung sampai ke restoran tu.Sayang tak larat nak berjalan ye?”
Dia buat lawak dah.
Nur Imani mengeleng,memanglah dia mengantuk namun matanya tidak boleh dipejamkan.Kuey teow sup panas yang begitu menyelerakan terus bermain dimindanya.Teringin sangat dah nie.Jika diikutkan rajuknya..dia lebih rela mengeraskan hatinya ini sampai ke esok tapi..
Baby ibu nak makan ye?
Boleh tak kita tunggu esok?
Ibu tak nak keluar dengan babah...babah dah kecilkan hati ibu.Ibu sedih sangat..
Rajuknya terus dikongsi bersama sikecilnya ini..
Nur Imani duduk diatas kerusi dihadapannya seperti yang diarahkan oleh suaminya,
10 minit yang lalu dia tetap berkeras tidak mahu mengikut kehendak suaminya namun dek keinginan yang lebih memujuknya supaya pergi juga membuatkan dia menuruti juga arahan lelaki itu.
Sedang dia berjalan menuju keluar rumah,namanya dipanggil kembali.
Nak keluar ke tak suami aku nie?
“Nak keluar macam nie je ke?”
Soal Ariff Farhan yang baru muncul semula selepas mengambil kunci keretanya.
Nur Imani langsung menatap dirinya sebaik suaminya berkata begitu.
Diteliti tubuhnya dari atas kebawah.
Apa lagi yang tak kena nie?
Nak kata jubah nie kecik?
Haih..
punyalah longgar.
Nak kata tudung nie pendek?
Haih..bidang 60 nie?
Kecik lagi ke bang?
Nak kata aku tak tutup aurat dengan baik?
Semuanya dah tutup,kaki pun sudah disarungkan dengan stoking.
Apa pulak le yang tak kena nie?
Dengan wajah kudusnya Nur Imani kembali memandang wajah suaminya..dia sendiri tidak tahu apa kekurangan pada pakaian yang dipakainya ini.Dah Ariff Farhan yang menegur lebih baik dia bertanyakan kepada lelaki itu apa kekurangan yang telah dilihatnya pada pakaian isterinya ini?
“Ke depan sikit,abang sarungkan baju sejuk nie.”
La..Itu saja ke? Nur Imani memandang kearah baju sejuk yang sudah dibawa ketubuhnya untuk disarungkan.
“Kat luar tu sejuk,tambah-tambah lagi malam-malam macam nie.Abang tak nak isteri dengan anak abang sakit.” Bisik Ariff Farhan perlahan ketelinga isterinya.
Sebaik sahaja suaminya selesai memakaikan baju sejuk yang dibawa tadi ketubuhnya,Nur Imani ingin bergerak semula,namun tangannya terlebih dahulu dicapai oleh suaminya.
Ya Allah..Apa lagi nie?
“Ada apa lagi abang? Nak tambah sweater lagi ke?”
Ujarnya berbaur gurauan namun wajah serius suaminya membuatkan secalit senyuman yang terukir dibibirnya tadi terus hilang.
Macam tak ikhlas jer dia nak bawak aku keluar nie?
“Tunggulah kejap..abang tahulah sayang teringin sangat nak makan kuey teow sup,tapi takkan 4-5 minit tak boleh nak tunggu lagi dah?” Usikan suaminya dipandang sepi..Takda masa nak bergurau lagi.
“Duduklah dulu..kita nak keluar malam nie.Dah tengah-tengah malam pulak tu..”
Nur Imani sekadar memandang kearah suaminya.
“Sebelum keluar abang nak sayang baca ayat kursi 7 kali.Baca sama-sama dengan abang..Untuk kebaikan baby dan ibu..Bolehkan?”
Hanya itu sahaja?
Muka yang penuh dengan tanda tanya tadi sudah kelihatan senyuman simpul dibibirnya.
Keprihatinan suaminya disambut dengan rasa syukur yang teramat dihati kecilnya.
Rasanya dia dah salah sangka dengan suaminya ini.
Maafkan Nur..
Ujarnya didalam hati dengan rasa bersalah.
Ariff Farhan mendahului isterinya memulakan bacaan 7 ayat kursi yang dimintanya tadi.
Tanpa mereka sedari,sepasang mata bundar yang sedari tadi tidak lekang daripada menatap mereka sedang tersenyum gembira sambil berpeluk tubuh didinding dapur yang sedikit terselindung itu.
Dalam masa yang sama hati anak dara itu turut tercuit melihat kerisauan abangnya.
Hai..itulah dia Ariff Farhan yang dia kenal sejak kecil.Dengan adik beradik dia pun kadang-kadang layanannya terlampau.Inikan pula isterinya..dahlah tengah mengandung pulak tu.
“Penat ke?” Soal Nur Imani kepada suaminya yang baru sahaja menjatuhkan tubuhnya keatas tilam setelah menukar pakaian yang dipakainya ketika keluar tadi.
Nur Imani yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya diatas tilam berhampiran dengan suaminya tersentak apabila lengannya ditarik sehingga menyebabkan tubuhnya tertindih akan tubuh suaminya yang sedang berbaring ketika itu.
Boleh pula Ariff Farhan buat-buat tak tahu saja dengan apa yang telah dilakukannya...
Mungkin benar dia keletihan..
“Abang penat..Kita tidurlah...Temankan abang..” Bisik suaminya ketelinganya..
Makin erat pula pelukannya ditubuh isterinya.
“Nur tak salin baju lagi nie..” Nur Imani pula membalasnya dengan bisikan lembut didada suaminya..
“Tak payah salin..abang mengantuk sangat..kan abang dah janji akan bacakan ayat kursi untuk Nur dan anak sebelum abang tidur..kalau abang tunggu sayang salin baju nanti,langsung abang yang tertidur sampai subuh esok.”
Sabar sahajalah Nur Imani melayaninya..
Hmm..
“Sayang...”
Suara itu kembali kedengaran sebaik dia membacakan ayat kursi untuk mereka.Nur Imani pula hampir terlena ketika suara Ariff Farhan kembali menyapa pendengarannya.
“Ye..” Nur Imani tidak mampu mengangkat kepalanya lagi..kali ini dia memang mengantuk.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
“Sayang..”
Tak jadi lagi matanya dipejam bila suara itu kembali kedengaran..
Ada apa lagi suamiku sayang..? isteri dengan anakmu nie dah mengantuk sangat..
“Ye..” Tetap disahutnya..
“Bismikallah...”
Allah!
“Bismikallahhumma amuutu wa ahya..” Serentak itu bibir mereka membacakan semula doa sebelum tidur itu..
Ariff Farhan melabuhkan bibirnya dirambut isterinya..
Nur Imani makin terlekap rapat ditubuh suaminya..
#####################
Subhanallah. Indah coretan ini. Semoga Allah memberkatimu.
ReplyDeletetq dears... :)
ReplyDeletesweetnya.. :D
ReplyDelete:)....
ReplyDeleteBest.
ReplyDeletebest5......... :)
ReplyDelete