Saturday, 13 April 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? BAB:26

Assalamualaikum..  :P

Demi janji...

ku gagahkan juga untuk selesaikan satu lagi bab..huhuhu.Akhirnya selesai juga kerja yang sepatutnya disudahkan beberapa jam yang lalu..

Jadi inilah hasilnya kerja yang tak seberapa itu..

walaupun dah terlewat sejam lebih yang lalu,

namun tetap kukotakan janji kan? Huhuhu.. ;)

Hua..mengantuk da..mau tidur..hohoho..

selamat membaca..

~luv u all~



Renungan dalam hikmah ... :*_*:

Red_Roses_and_Red_Hearts_Wallpaper_tzb16

      

         Ariff Farhan menapak kembali kebilik yang menempatkan isterinya semula setelah beberapa ketika dia pergi.

Kembali selepas hati si isteri dilukainya lagi.

Nur Imani pula sudah terlena semula setelah penat menantikan kehadiran suaminya semula.

Ariff Farhan menatap sepasang mata yang sedang terpejam rapat itu.Sejam yang lepas ada air mata yang menitis diwajah ini,ada luka yang terbias dibalik wajah yang tenang ini sehingga dia tidak mampu menatapnya.

Sejujurnya dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian diantara mereka,ini kerana setiap langkah yang cuba diambilnya,tidak pernah berakhir seperti yang dirancang.Seperti tadi...

Bukan senang untuk mengubat hati yang telah lama terluka..Namun siapa lagi yang akan merawatnya kalau bukan dia?

Perlahan-lahan Ariff Farhan menyentuh wajah itu dengan jari jemari kasarnya,bimbang jika kehadirannya disedari.

“Maafkan abang sayang..Abang tak pandai nak pujuk Nur,abang takut..takut seandainya kejujuran abang nanti akan membuatkan abang kehilangan Nur dan anak kita..terlalu banyak luka yang abang dah palitkan pada Nur,layakkah abang untuk mendapatkan kemaafan itu?” Singgah bibirnya didahi itu.Lama..lama dengan rasa cinta yang semakin mekar buat wanita ini.Rasa cinta yang tak pernah padam sejak ia bertamu dihatinya.

“..maafkan abang..kalaulah abang boleh jernihkan hubungan nie semudah kita memulakan ikatan dulu..abang lebih rela kehilangan apa sahaja untuk memilikinya...tapi bukan dengan melihat air mata Nur mengalir lagi..Tak sama sekali bila hati abang pun turut menangis bila Nur menitiskan air mata.”

“Abang tak mampu untuk kehilangan Nur dan anak kita..Tidak lagi selepas abang begitu bodoh menafikan kehadiran Nur dalam hidup abang.”

Dikucup lagi jari jemari halus yang berada ditangannya itu.

Dia semakin buntu untuk mencari penyelesaian kepada semua kekusutan ini.

___

Kesian Nur Imani melihat Ariff Farhan terlena dalam keadaan tidak selesa.Mana mungkin tidur duduk diatas kerusi dengan hanya berbantal tangannya dan berlapikkan secebis bahagian tilam yang menjadi tempat rehatnya ini.

“Abang..bangun..” Nur Imani mengejutkan suaminya..bahu lelaki digoncang lembut.

Keletihan yang teramat barangkali,sejak awal pagi tadi dia dapat rasakan Ariff Farhan langsung tidak berehat selepas itu.

“Hmm.Kenapa sayang?”

“Abang tidurlah kat atas katil nie,tak selesalah tidur macam tu..”

“Tak perlulah..abang tak mengantuk dah.”

“Abang tak kerja ke hari nie? Kalau ada urusan penting,pergilah..Nur boleh saja duduk kat sini sendiri,lagipun jururawat ramai.Nur boleh minta tolong mereka kalau Nur perlukan apa-apa.”

Nur Imani meluahkan apa yang bermain difikirannya.

“Abang ambik cuti,Nur jangan risau pasal abang.Zahim ada untuk uruskan apa-apa yang patut.”

“Zahim tak cuti? Kan dia baru kahwin..”

“Lupa?”

“Kan diaorang tu nikah khitbah..?”

Hmm..Yelah..

“Nur nak makan..?”

Nur Imani mengeleng,

“Abang tu..tanya Nur nie.Abang dah makan ke belum?” Nur Imani pula bertanya

“Nur jangan nak fikirkan sangat tentang abang,tahulah abang nak uruskan diri abang..yang penting sekarang...Nur dan anak.”

Nur Imani mengerling kearah suaminya.

Penting ke aku nie buatnya? Hatinya bersoal jawab.

Ariff Farhan sudah bangun daripada kerusi yang didudukinya,sesuatu sedang dikeluarkan oleh suaminya daripada beg plastik hitam yang tidak dapat dipastikan apakah bendanya.

Delima!!!? Bagaikan tidak percaya Nur Imani melihat buah delima yang berada ditangan suaminya ketika itu.

“Tadi abang ada nampak seorang pak cik nie jual buah delima.Katanya dia tanam sendiri,isi pun merah..Tapi tak tahu betul ke tidak.Kalau tengokkan buah,besar..rasanya betullah kot.”

Tak perlu Nur Imani bertanya.

Seketika kemudian,Ariff Farhan sudah menghilangkan diri buat beberapa ketika didalam tandas sebelum muncul semula dengan buah yang sudah siap dibasuh ditangannya.

“Masa kak long mengandung dulu,abang nampak mama selalu suruh kak long makan buah delima.Kak ngah pun memang akan cari buah nie setiap hujung minggu.Stok kat rumah untuk seminggu..memang tiap-tiap hari dia makan buah nie.Mungkin Nur pun boleh cuba,abang pun tak berapa nak pasti sangat tentang kelebihannya sebab tak pernah ambik tahu pun.Nanti abang cuba tanya mama,tak pun..search dalam internet saja.”

Bual Ariff Farhan agak ragu-ragu dengan fakta yang cuba dikongsikan dengan isterinya,sambil tangannya ligat membelah buah delima yang baru dibasuhnya itu.

Nur Imani terus memerhatikan tingkah suaminya,tercuit pula hatinya.

Namun perhatiannya terhadap buah delima dihadapan matanya juga tidak dapat dialihkan.

Memang agak besar buah delima yang dibeli suaminya ini,kulitnya juga merah.Entah bagaimana pula isinya?

Harapnya sebaik kulitnya.Doanya.

Sebaik ianya sudah terbelah dua..

Subhanallah! Makin kecur air liur Nur Imani melihat isi buah delima yang begitu memukau pandangan itu.

Merahnya yang sememangnya merah delima yang diingininya.

“Abang..tak perlulah nak leraikan satu-satu,biar Nur yang buat.Makan sambil keluarkan daripada kulit lagi nikmat.” Ujarnya bersahaja sambil menadah kedua-dua belah tangannya.

Pelik Ariff Farhan melihat tingkah isterinya namun diberikan juga buah yang baru dibelahnya itu kepada siisteri.

Tersenyum lebar Nur Imani saat melihat delima yang sudah bertukar  ketangannya ini.

Seingatnya sejak dia mengandung sudah beberapa kali dia membeli buah ini dipasaraya malah pernah juga dia singgah disebuah gerai buah-buahan ditepi jalan,namun kecewa apabila buah yang diharapkan dapat memenuhi keinginannya tidak seperti yang dibayangkan.

Sekarang..?

Suaminya sendiri yang sedang memenuhi apa yang dikehendakinya?

Aduhai..

Terharu betul Nur Imani dibuatnya meskipun dia tahu Ariff Farhan langsung tidak tahu menahu tentang keinginannya itu.

Alangkah bahagianya jika dia mampu menzahirkan penghargaannya dengan memeluk sahaja tubuh insan yang sedang menatapnya ini?

Janganlah Nur..nanti dikatanya kau buang tabiat pula!

Hati kecilnya yang baru berbisik itu membuatkan sebuah senyuman mekar terukir dibibirnya,itulah jawapannya.

Yalah tu..betullah apa yang dibicarakan hatinya ini.

Tak pasal-pasal pulak disergah Ariff Farhan nanti.

 

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Tidak mahu lagi melayan perasaan,Nur Imani langsung memasukkan beberapa biji buah delima yang baru dileraikan tadi kedalam mulutnya.

Allah! Nikmatnya....Tidak terucap dengan kata-kata akan enaknya rasa buah delima yang telah dibelikan suaminya ini.Mata yang dipejam rapat itu cukup untuk menceritakan segala-galanya.

Tertunai sudah keinginan yang selama ini terpendam jauh didasar hati.

“Ermm..Ya Allah..sedapnya bang..manis! Dah lama Nur cari delima macam nie..”

Ujarnya dalam keterujaan.

Ariff Farhan dapat melihatnya kerana itu dia turut tumpang gembira.

Bagaikan tiada apa yang berlaku diantara mereka tadi buat Nur Imani?

“Abang nak?”Nur Imani tidak lupa untuk mempelawa insan itu walaupun sedikit terlambat..

Dia sudah bersedia untuk menyuapkan beberapa biji buah delima yang sudah berada ditangannya itu kedalam mulut suaminya.Namun bila gelengan dikepala itu yang diterimanya sebagai jawapan,dia kembali menjamah delima itu tanpa sebarang soalan lagi.

Ariff Farhan lebih senang untuk memerhatikan tingkah isterinya itu.

“Buah delima nie banyak khasiatnya,sebab tu jadi makanan sunah..lagipun kan ianya merupakan salah satu buah yang terdapat disyurga? Nur pernah baca..dalam Al-Quran pun 3 kali nama buah dilema nie disebut.” Sempat pula Nur Imani membuka mukaddimah kepada suaminya.Rasanya Ariff Farhan memang tak tahu menahu tentang kebaikan buah syurga ini.

“Ada satu artikel nie pula menyebutkan yang delima memang baik untuk ibu mengandung..sebab tu la mama suruh kak long..kak ngah makan masa mereka mengandung.Sebab tu lah anak-anak mama semuanya bijak-bijak.Sekarang nie,turun kat cucu-cucu pulak.Kalau tak mengandung pun boleh jer makan bang kalau tak..takkanlah jadi sunah Rasulullah kan?”

“Tapi kebaikannya bukan untuk ibu yang mengandung jer tau..untuk baby juga..insyaAllah anak akan bijak.” Nur masih menatap kewajah suaminya,beria benar dia mendengarnya..

“Jadi..Kalau nak anak bijak...abang bagilah Nur makan delima tiap-tiap hari erk? Tapi...nak delima yang macam nielah..tak nak yang warna biasa-biasa sebab rasa dia tak seenak delima yang nie..Okey?”

Boleh pulak dia nak buat deal ?

Namun dihujung-hujung bicaranya tadi,Nur Imani seakan-akan berbisik dengan dirinya.Tak berani sebenarnya,namun niatnya juga sekadar ingin bergurau.Tak memaksudkan pun..

Dengarkah lelaki itu?

Sayang sekali...

Ketika pandangan yang sengaja dilarikan daripada suaminya beberapa saat lalu kembali semula kepada lelaki itu,Ariff Farhan kelihatan sedang membaca surat khabar yang tidak sempat dibukanya sejak dibeli selepas balik daripada masjid tadi.

La..Bila masa pulaklah dia duk ambik surat khabar tu?

Tadi..? Nur Imani merenung kearah sebuah bangku yang tadinya tempat surat khabar itu berada,agak jauh kedudukannya daripada suaminya.

Bagaimana pula dalam sekelip mata sudah berada ditangan suaminya ini?

Keliru Nur Imani seketika..

Hmm..sah lah tu..Dia tak dengar..

Nur Imani kembali memberikan perhatiannya kepada delima yang berada didepan mata.

Sekali hadap jer nie..Bisik hati kecilnya semula.

Sekelip mata dia lupa apa yang diperkatakannya kepada suaminya tadi.

Penangan delima..

____

Nur Imani menunggu Ariff Farhan kembali daripada masjid walaupun matanya begitu berat untuk dicelikkan.

Sudah 15 minit berlalu selepas dia melunaskan tanggungjawabnya kepada Sang Pencipta.

Jururawat juga sudah membuat pemeriksaan terakhir untuk hari ini buat mereka berdua.Alhamdulillah,keadaan baby memang sudah kembali baik sepenuhnya.Tiada apa yang paling menggembirakannya ketika ini dengan berita baik seperti ini.

Kedua-dua ibunya dikampung juga sudah dikhabarkan tentang keadaan terbaru dirinya dan anak.

Gembira betul mereka mendengarnya.

Harapan Nur Imani pula,biarlah malam ini menjadi malam pertama dan terakhirnya dia bermalam disini.Tiada untuk kedua kali kerana itu jugalah doanya selepas solat isyak tadi.

Ah..tak berdaya lagi rasanya untuk terus berada di ‘penjara’ ini untuk beberapa hari lagi,ikutkan hati..malam ini juga dia ingin meminta Ariff Farhan membawanya pulang.

Namun..demi kebaikan baby..relakan juga dirinya untuk berkorban dalam keterpaksaan.

“Kenapa tak tidur lagi?”

Ariff Farhan kembali selepas 20 minit menghilang.Melihat isterinya masih terjaga ketika dia masuk semula kebilik ini tadi.Laju sahaja bibirnya menyoal.

“Tunggu abang..” Itu jawapannya.

“Tunggu abang? Kenapa?”

“Saja..”

Jawapan yang tidak sepatutnya meniti bibir Nur Imani..

“Sebenarnya mengantuk..tapi tak boleh nak tidur.” Satu lagi alasan yang tidak munasabah.

Sedangkan semasa suaminya sedang berjalan kearahnya tadi,sudah beberapa kali belakang tangannya menutup mulut yang asyik menguap.

“Kalau mengantuk,tidur sajalah..tak payah tunggu abang.Sebenarnya,masa nak naik lif tadi..Abang terjumpa dengan kawan kat bawah,lagut bersembang sampai tak sedar jam dah dekat 9.30.Itu yang terlambat sikit.” Terangnya tanpa dipinta.

Sambil itu,Ariff Farhan membantu isterinya untuk baring semula meskipun tidak diminta isterinya.

Sempat pula mereka berbual sebelum Nur Imani disapa lena yang dinantikan..

Rehatlah sayang..Ariff Farhan memahatkan bibirnya didahi itu kemudian beralih kepada kandungan isterinya.

anak babah...jaga ibu baik-baik.InsyaAllah babah akan balik secepat yang mungkin.Sayang dia.. Terpahat juga ciuman kasihnya dipermukaan perut isteri yang dilitupi baju dan selimut itu.

Setelah itu Ariff Farhan mula bergerak keluar,meninggalkan isterinya untuk menguruskan sesuatu yang lebih utama sekarang.

Sekali lagi dia menitipkan isterinya ini kepada Allah dan jururawat yang bertugas..

____

Nur Imani tersedar subuh itu sebelum azan subuh berkumandang namun kehilangan suaminya menimbulkan tanda tanya sehinggalah matanya terpandang akan sekeping nota kecil yang diletakkan di atas almari kecil ditepi katilnya.

  Assalamualaikum sayang..

                     abang balik kejap.Ambik barang.Maaf tak kejutkan Nur..

                    abang tak nak ganggu.InsyaAllah,abang cuba balik secepat mungkin.

                                             Take care dear..

Setelah nota tersebut selesai dibacanya,Nur Imani langsung mencapai telefon bimbit yang berada tidak jauh daripadanya.Laju tangannya menaip butang-butang huruf di papan kekunci telefon bimbitnya itu.

 Salam..abang..Jangan tergesa-gesa..rehatlah dulu kat rumah tu.

                                            Nur dan anak baik-baik saja jer kat sini..

                                           Datang petang-petang sikit pun tak apa.

Itu pula pesanan ringkas yang dihantarkannya kepada suaminya.

Nur Imani sudah bersedia untuk memulakan hari yang baru..

Badannya terasa benar-benar bertenaga pagi ini,rasanya dia dah pulih sepenuhnya.Perut yang masih tidak menampakkan perubahan yang besar itu ditatap..tangannya mengusap lembut permukaan perut yang terlindung dek baju hospital yang tersarung ditubuhnya ini.

“Assalamualaikum anak ibu..Alhamdulillah,hari nie sayang masih ada dengan ibu dan ayah..Sayang ibu nie sihat-sihat sahaja kan kat dalam rahim ibu nie? Kalau macam tu..sayang kena terus macam nie sampai sayang betul-betul dah bersedia nak jumpa dengan ibu dan ayah nanti,okey? Sekarang nie..kita kena sama-sama terus macam nie,sampai Dr.Farihah datang untuk tengok keadaan ibu nanti.Supaya...Kita boleh balik kerumah semula..rindunya ibu nak balik rumah kita..!”

_____

“Betul nie Dr.?”

Nur Imani menginginkan kepastian,rasanya dia tidak salah dengar akan apa yang dikhabarkan oleh suaminya kepadanya tadi?

Melihat akan reaksi pesakitnya,Dr.Farihah mengangguk sekali lagi.Sudah dua kali dia diajukan dengan soalan yang sama oleh bakal ibu ini.Namun dia juga tidak kisah untuk melayaninya.

“Janji dengan saya..! Pastikan perkara yang terjadi nie tak berulang lagi? Awak hanya akan kembali kesini semula untuk kita sambut kelahiran sikecil nie?”

Nur Imani menyentuh perutnya,dihadapan Dr. Farihah..dia menganggukkan kepalanya.

“InsyaAllah..Saya janji! Saya akan lebih berhati-hati lagi selepas nie.”

Ujar Nur Imani sambil mengingatkan dirinya.

Dr.Farihah tersenyum senang dengan jawapan itu,dia tahu..pesakitnya ini memang sudah tak sabar-sabar untuk kembali kerumahnya semula.Dia juga tidak mahu menghalang jika itu yang mereka mahu namun,tahap kesihatan setiap pesakitnya tetap menjadi keutamaannya sebelum dia dapat melepaskan mereka dengan rela hati kerana itulah tanggungjawab dan etika yang dipegangnya sebagai seorang doktor.

____

Selepas Dr.Farihah keluar beberapa minit yang lalu,Nur Imani tidak menunggu lama lagi untuk mengemas segala barang-barangnya namun tidak dikhabarkan lagi kepada suaminya.

Ariff Farhan sendiri terkejut melihat semuanya telah diselesaikan sebaik sahaja dia masuk kebilik yang menempatkan isterinya semula lewat pagi itu.

“Nur..Buat apa nie? Kemas-kemas nak kemana?” Soal Ariff Farhan bodoh.

“Nur dah boleh discharge tengah hari nie!”

Gembiranya dia??

Tapi?? Ariff Farhan masih terpinga-pinga..Betul ke apa yang dikhabarkan isterinya ini?

“Dr.Farihah dah sahkan sendiri..Anak pun dah okey..Ibu lagi tak sabar-sabar nak balik rumah.”

“Prosuder lain Nur dah uruskan,apa kata abang tolong Nur jelaskan bil nie kat kaunter.”

Nur Imani menghulurkan borang dan duit yang telah disediakannya tadi kepada Ariff Farhan.

Terbeliak mata Ariff Farhan melihat duit yang berada didepan matanya ketika ini,Nur Imani pula langsung tidak menyedari akan perubahan diwajah suaminya itu kerana sebaik borang dan duit tadi sudah bertukar tangan dia langsung meneruskan kerja mengemasnya yang masih ada sedikit lagi.

Dah tak sabar sangat nak balik tu.

“Apa nie?!”

Soalan tersebut mengembalikan semula pandangan Nur Imani kepada suaminya,dia pula pelik dengan soalan yang diajukan suaminya kepadanya.

“La..kan Nur dah cakap tadi? Nie..bil untuk rawatan kat hospital nie.Memanglah kena isi borang?”

Nur Imani sudah mempamerkan wajah peliknya pada soalan Ariff Farhan tadi.Nampak sangat Ariff Farhan gagal menyampaikan maksud sebenarnya kepada isterinya ini.

“Duit nie?”

Boleh pula Nur Imani tersenyum dengan soalan seterusnya itu.

“Abang..Kalau tak pakai guna duit,nak guna apa pulak? Daun..ke?” Soalnya pula dengan senyuman yang masih terlakar diwajah,mengeleng dibuatnya dengan soalan suaminya ini.

Gurauan yang sedikitpun tidak mencuit hati Ariff Farhan.

Dia sendiri tak pasti apakah Nur Imani sengaja buat-buat tak faham dengan apa yang dimaksudkannya tadi ataupun..dia memang tak faham.

Daripada air muka tu..nampak polos jer?

“Sayang..ambik duit nie..Simpan balik.Ingat abang takda duit ke nak bayar kos rawatan Nur?”

Ha??

Terhenti kerja Nur Imani serta merta,menusuk betul apa yang baru didengarinya tadi.

Rasanya dia sudah faham akan apa yang dimaksudkan oleh Ariff Farhan itu..

Ada salah faham antara mereka sekarang nie..suaminya?

“A...” Ariff Farhan sudah tiada dibelakangnya lagi malahan didalam bilik ini juga.

Nur Imani menjatuhkan kembali tangannya,

Pandangannya turut tertancap kearah duit yang telah diberikan kepada Ariff Farhan tadi.Semuanya berada diatas meja itu semula kecuali borang...

Sudah?!

Bukan itu maksud Nur Imani dengan kata-katanya tadi..

Memang dia berniat untuk membayar kos rawatannya sendiri.Tak bermaksud pun ingin menduga suaminya,tapi..?

“Ya Allah..tiba-tiba pulak dia yang terasa? Aku atau dia yang tengah mengandung sekarang nie?”

Blurr..

*************************************************

4 comments:

  1. Terima kasih cik penulis...errr nk tanya ade facebook or twitter?

    ReplyDelete
  2. sama :)
    hehe..kalau ckap x der..tipulah kan ;)
    cuma y khas utk dkongsikan dgan smua tu xda lagilah..
    kalu ada apa-apa bolehlah e-mel terus jer kat Cek okey?
    nie alamat dia..
    ceknursalisa@yahoo.com

    ReplyDelete