Renungan dalam hikmah ->->->->->->->->->->->->->->->

“Bagi sini beg tu..Biar abang bawak!” Kehadiran semula Ariff Farhan mengejutkannya.Dia sedang menghulurkan tangannya untuk menyambut beg yang berada ditangan isterinya.
Pun begitu Nur Imani tetap menghulurkannya.
Merenung wajah suaminya,rasanya tidak perlu untuknya menyentuh semula perkara yang baru berlaku tadi atau mereka akan bertekak semula.
____
“Jangan lupa temu janji kita dua minggu daripada sekarang..InsyaAllah,masa tu dah boleh scan gender baby.Lepas dah tahu tu,bolehlah nak buat persediaan apa yang patut untuk menyambut kelahirannya pula.”
Gembiranya Nur Imani dengan perkhabaran itu.Lebar lagi senyuman dibibir suaminya.
“InsyaAllah Dr..Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana dah merawat isteri saya dan anak kami..” Ariff Farhan terlebih dahulu menyatakan apa yang ingin diucapkan oleh Nur Imani.
“Sama-sama.”
“Terima kasih Dr.” Nur Imani turut tidak melepaskan peluangnya untuk mengucapkan penghargaannya kepada Dr.Farihah.
“Jaga diri dan bayi baik-baik..” Dr. Farihah yang tidak betah dengan nasihatnya.Seorang Dr. yang cukup disenangi pesakitnya.
Nur Imani juga tidak penat untuk menerimanya.
Ketika pandangannya kembali kepada suaminya.
Ariff Farhan mengunjukkan tangannya,Nur Imani tidak menunggu lama untuk membiarkan tangannya pula melingkari lengan sasa itu.Dia ingin segera kembali kerumahnya.
___
Sebelum zohor Ariff Farhan dan Nur Imani tiba juga dirumah mereka.Isterinya yang sedang nyenyak terlena disebelah kerusi tempat pemanduannya dipandang.
“Sayang..”
Lembut sahaja dia mengejutkan isterinya.
Nur Imani yang sedikit terganggu dengan suara itu membuka matanya sedikit,wajah suaminya menyapa pandangan.
“Erm..dah sampai ke?”
“Turunlah..Kita dah sampai.” Nur Imani melemparkan pandangannya keluar tingkap kereta suaminya.
Benar...mereka telah tiba dirumah.Tersenyum Nur Imani melihat mahligai yang baru seharian ditinggalkannya ini.
Keluar sahaja daripada pintu kereta,sebaik sahaja kakinya mencecah keatas lantai marmar dikawasan rumah mereka ini,Nur Imani seakan-akan telah mendapatkan kembali kekuatannya.
Home sweet home..
Baiti jannati..
Ya Allah,rindunya aku kat rumah nie.
Pelik? 3 hari dikampung..tak pun dia merindui rumah mereka sehebat ini namun..bermalam dihospital untuk sehari,bagaikan setahun pula dirasakannya terpaksa meninggalkan rumah ini.
“Abang,Nur masuk dulu.Nak naik bilik,rehat.”
“Pergilah..Beg-beg tu biarkan saja kat belakang tu.Nanti abang bawakkan.”
Berhati-hati dia mengatur langkahnya,menapak ke setiap anak tangga yang akan membawanya kebiliknya semula.
Dalam keterujaannya untuk berehat dan menghilangkan seketika seraut wajah itu daripada pandangannya.
Apa dah jadi?
Terpempan Nur Imani melihat keadaan didalam biliknya.360 darjah telah berubah sama sekali.
“Nur..”
Ariff Farhan datang tepat pada masanya,mungkin sudah mengetahui apa yang bakal berlaku.
“Abang.Bilik nie? Mana barang-barang Nur? Kenapa..?”
Semua soalan yang ingin diajunya kepada Ariff Farhan tergantung tanpa sempat disudahkan.
Sedangkan dia cuma ingin tahu...kenapa semuanya berubah?
“Mulai hari nie,Nur akan duduk dalam bilik abang.Dengan abang..”
Jawapan Ariff Farhan membuatkannya dadanya tiba-tiba terasa sukar untuk bernafas.
Wajah suami ditatap memohon pengertian..
“Tapi abang..?” Nur Imani menyoal tidak puas hati.Sekali lagi pandangannya kembali kepada biliknya yang sudah jauh berubah daripada semalam.
“Abang tak nak perkara kelmarin berulang lagi.”
“Abang..Ini bilik..” Nur Imani cuba menjelaskan namun ayatnya terhenti apabila..
“Kak Nur...”
Keadaan jadi sunyi tiba-tiba.Nur Imani memandang wajah Ariff Farhan,rasanya dia sudah dapat meneka milik siapakah suara itu..
Tapi..??
Sah! Sakinah...?
Bila pulak Sakinah berada didalam rumah ini?
“Kinah?” Ujar Nur Imani tidak percaya.Wajahnya terus dimaniskan.
Kejutan kedua buatnya untuk hari ini,dalam masa tidak sampai 5 minit.
Ternyata kehadiran Sakinah lebih mengejutkannya.
“Akak dah sihat erk? Baby..?” Sakinah kelihatan gembira menyambut kepulangannya.
“Alhamdulillah,kak Nur dengan baby dah sihat,kalau tak ibu dengan baby tak keluarlah mak su..Kinah tak ikut yang lain balik kampung..?”
Soalnya meskipun kehadiran Sakinah masih menjadi tanda-tanya buatnya.
Pelukan Sakinah juga tidak dibalasnya.
“Abang Hanlah nie..Tak beritahu Kinah pun kak Nur balik hari ini..Maaf kalau kak Nur terkejut dengan kehadiran tetamu tak diundang nie.Mulanya Kinah memang ingat nak ikut semua balik,tapi memandangkan kelas dah nak mula balik isnin nie.Rasanya lebih baik terus balik jer walaupun berat jugaklah hati nie nak berpisah dengan anak-anak buah yang comel-comel kat kampung tu.”
“Kak Nur tak kisahlah,Kinah boleh jer nak tinggal kat sini kalau Kinah nak..Lagipun tak jauh kan,universiti tempat Kinah belajar tu daripada rumah abang nie.Tue..Myvi kak Nur kat luar tu mana ada berusik sangat dah.Kinah bolehlah guna..”
“Tak naklah Kinah...duduk hostel lagi mudah sebenarnya kak Nur.Banyak advantage berbanding tinggal kat luar.” Tolak Sakinah baik.
Nur Imani pula sudah mendapat jawapan yang ditunggunya.
Mujur sahaja dia dan Ariff Farhan tidak bertegang urat lagi tadi,jika tak..??
“Kinah dah masak..Kak Nur nak makan tak?” Soal Sakinah semula.
“Nanti ya...Kak Nur nak rehat.Letihlah dik...Balik daripada hospital nie asyik nak tidur pulak.Dalam kereta tadi pun akak tidur saja.Kinah tak makan lagi ke?”
“Kinah makan dah.Kalau macam tu,marilah Kinah temankan akak kebilik.Ibu kan baru baik,kenalah rehat banyak-banyak.”
Sakinah memandang kewajah abangnya,Ariff Farhan sedang tersenyum kelat kearahnya.Mujurlah Sakinah ada bersama mereka jika tak..?
Ai..terima kasihlah adik abang.Kalau Kinah tak tolong abang pindahkan semua barang-barang kak Nur kebilik abang.Tergendalah semua urusan abang.
Ariff Farhan menutup kembali pintu bilik yang telah dibuka isterinya tadi.Dia sekadar mengekor adik dan isterinya itu daripada belakang sambil memasang telinga akan apa yang dibual oleh kedua-dua wanita ini
Didalam bilik Ariff Farhan,selepas 10 minit berlalu.
“Kak Nur rehat okey? Kinah turun dulu..” Ujar Sakinah selepas dia menemani Nur Imani berbual untuk beberapa ketika.Mungkin ada perkara yang ingin dibincangkan oleh suami isteri ini kerana sebelum dia menyapa mereka tadi,Sakinah melihat Nur Imani seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepada abangnya.
“Terima kasih Kinah...”
Kinah mengukirkan senyuman manis buat kakak iparnya itu.
“Abang..Kinah keluar dulu..”
Abangnya yang sedang mengeluarkan barang-barang kakak iparnya daripada beg yang dibawa balik daripada hospital tadi turut disapanya.Leka pula lelaki itu mengemas.
Pandangan adik beradik itu sempat bersatu.Hanya mereka berdua yang mengerti akan apa maksud yang terselindung disebalik bebola mata hitam milik kedua-dua insan tersebut.
Nur Imani langsung tidak dapat menghidu yang kehadiran Sakinah ini adalah perancangan suaminya untuk memperbaiki semula hubungan mereka ini.
“Tutup pintu...!” Sempat juga Ariff Farhan mengingatkan.
Sakinah mengangkat tangan tanda faham.Dia keluar daripada bilik abang dan kakak iparnya dengan hati yang lapang.
Meskipun tidak banyak bantuan yang dapat diberikan namun dia tetap berpuas hati.Sekurang-kurangnya,dengan kehadirannya disini..abangnya dapat menggunakan ruang dan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri.
Petang semalam.
“Maksudnya? Abang dengan Kak Nur tak tidur sebilik?”
Soal Sakinah semula dalam nada suara yang begitu terkejut.
Jadi betullah sangkaan mama dan kakak-kakaknya.
“Abang dengan kak Nur mungkin akan bercerai.” Makin terkejut Sakinah mendengarnya.Macam tak percaya sahaja dia dengan kata-kata abangnya ini.
Kenapa sampai nak bercerai berai pulak nie?
“Dengar dulu cakap abang nie...” Mengerti apa yang sedang bermain didalam fikiran adiknya,Ariff Farhan cuba menerangkan kepada Sakinah satu persatu.
“Abang tak tahu nak minta tolong siapa dalam perkara nie dan sekarang hanya Kinah seorang yang tahu mengenai masalah rumah tangga abang.Abang tahu,Kinah juga adalah seorang yang amanah.Kinah boleh sembunyikan perkara nie daripada pengetahuan semua kan? Abang minta maaf dik,bukan abang nak babitkan Kinah dalam masalah rumah tangga abang tapi abang buntu.Abang tak tahu bagaimana nak pujuk hati kak Nur.”
“Dah terlalu banyak luka yang abang buat pada kak Nur.Dah lama abang melukainya dik.Semuanya memang silap abang.Abang akui..Bodohnya abang kerana meletakkan kesalahan kak Nurin dulu dibahunya.”
Sikit demi sedikit Sakinah mula jelas dengan perkara sebenarnya.Jadi peristiwa dululah penyebab kepada apa yang sedang berlaku dalam hubungan abang dan kakak iparnya hari ini?
Abangnya masih berdendam dengan kak Nurin?
Namun yang menjadi mangsa...?
Kak Nur!?
Ya Allah! Abang aku...
Apalah yang abang buat nie?
Sememangnya mereka berdua hanya berlakon sahaja dihadapan seluruh ahli keluarga selama ini?
Patutlah kak Nur sembunyikan perihal kandungannya daripada mereka semua dulu.
Betul jugaklah tekaan kak ngah..Kak long.
Masa tu abangnya tak tahu yang isteri dia mengandung?
Rahsia itu juga baru terbongkar sebenarnya?
Bagaikan detektif Sakinah cuba merungkai sendiri rahsia yang tersembunyi di sbalik semua benda yang terjadi ini.
“Abang main-mainkan perasaan kak Nur ke?” Sakinah menduga.
Ariff Farhan termenung.Sakinah sudah dapat membaca jawapannya.
“Kalau abang tak sayangkan kak Nur,better abang lepaskan dia.Tak perlu rasanya untuk abang simpan kak Nur lagi sedangkan abang dan dia sama-sama terseksa.Untuk itu,abang mesti berdepan dengan keluarga sebelah kita dan kak Nur.Terutama sekali babah.InsyaAllah,Kinah yakin..kali ini mereka akan faham.Hati tak boleh dipaksa kan.”
Berubah air muka Ariff Farhan dengan apa yang diperkatakan oleh Sakinah.
Kesitu pulak dia??
“Kinah..abang minta Kinah tinggal kejap dengan abang nie sebab abang nak mintak tolong Kinah pulihkan kembali hubungan abang dengan kak Nur.Bukannya...”
“Abang sayang kak Nur?” Sekali lagi Ariff Farhan diajukan dengan soalan yang menduga daripada adik kesayangannya ini.
Terangkat keningnya dek soalan itu.
“Jangan pandang Kinah macam tu lah..Kinah tanya abang nie..jawab sajalah..Kinah tak nak tolong nanti baru tau..”
Ugut?
“Kinah serius nie..kalau abang tak sayang kak Nur buat apa kita buat semua nie.Tak guna pun..”
“Siapa tak sayang bini,Kinah.” Mengalah juga Ariff Farhan dengan kehendak adiknya.
Namun perlahan saja perkataan tersebut meniti bibir abangnya,Sakinah tergeleng.
Apalah yang dia malu sangat nak mengaku tu..dulu,masa bercinta dengan kak Nurin,tak pernah pun dia jadi macam nie,okey jer melayan kak Nurin.Depan keluarga pun bukan main loving and caring lagi,pada hal kahwin pun belum lagi masa tu.Nie..dengan isteri sendiri pulak jadi pelik sangat aih..?
Geram pulak Sakinah melihatnya.
“Kinah tak dengar.” Tenang Sakinah bersuara,memang berniat ingin mengenakan abangnya ini.
“Cepatlah abang..Kinah masih boleh bersabar nie.Kalau tak nanti,Kinah panggil teksi jer balik terus ke hostel.” Sakinah menggunakan ‘modal’ yang dia ada.
Memerah wajah abangnya..
Malulah tu kena berterus terang dengan adik sendiri pulak.
Sakinah malas ingin mengambil pusing lagi.Nak atau tak,abangnya terpaksa juga berterus terang dengannya.Tak banyak,sikit pun jadilah.Sakinah cuma ingin mendapatkan sedikit gambaran tentang hubungan mereka.
“Abang sayang..kalau tak sayang takkan abang mintak tolong Kinah nie.” Akhirnya...Sakinah tersenyum nakal.
“Kan senang macam tu..berterus terang.Abang nie..dengan Kinah pun nak malu-malu.Selama nie okey jer kongsi masalah dengan Kinah?”
Laju bahunya dilagakan dengan bahu abangnya,sempat lagi Sakinah mengusik dalam marah-marahnya itu.
“Abang tahulah adik abang nie suka bercakap tapi abang cuma nak tahu,sekarang nie...sudi ke tak nak tolong abang?”
“Aik..abang ugut Kinah pulak?” Soal Sakinah tidak percaya..
“Bukan ugut..minta tolong.”
“Minta tolong macam tu punya cantik bahasa?”
Terhambur ketawa dibibir Ariff Farhan melihat reaksi Sakinah kali ini.
“Okey-okey..Nur Sakinah,abang nak minta tolong dengan Sakinah.Boleh tak Sakinah tolong abang atau..Kinah nak tengok abang dengan kak Nur berpecah belah?”
Macam tak percaya sahaja dia dengan kata-kata abangnya tadi.Wajah Ariff Farhan sekali lagi dipandang tidak puas hati.
Nak juga dia selitkan unsur-unsur ugutan kat situ..
Maksudnya..tentu-tentulah Sakinah tak nak abang dan kakak iparnya berpisah.Tambahan lagi mereka berdua bakal menimang cahaya mata yang pertama,
Argh!! Tak boleh!
Mak su takkan biarkan ibu dan ayah kepada anak saudara mak su yang bakal lahir nie berpisah.InsyaAllah..sayang pun akan bahagia dengan ibu dan babah sebagaimana sepupu-sepupu yang lain bahagia disisi mama dan papa mereka.
Sakinah..Sakinah..
__
“Nur nak apa-apa ke?”
Ariff Farhan melabuhkan punggungnya diatas tilam disisi isterinya.Selepas Sakinah keluar daripada bilik mereka beberapa ketika yang lalu dia terus mendapatkan isterinya yang sedang terbaring diatas katilnya.
Rambut panjang milik isterinya dibelai.Saat bibirnya dijatuhkan ke dahi Nur Imani,mata bundar itu terpejam rapat.
Nur Imani mengelengkan kepalanya.
“Abang...kenapa pindahkan semua barang-barang Nur kesini?”
Soalan yang terbantut sebaik Sakinah datang tadi kembali meniti bibirnya,tapi kali ini terus kepada maksudnya.
Namun Ariff Farhan diam pula.
“Kalau sebab Kinah nak duduk sini dua tiga hari,sepatutnya abang kunci sahajalah pintu bilik tu.Nanti bukan senang nak pindahkan balik.Habis semua barang Nur dah kesini.”
“Nie bukan sebab Kinah..abang memang nak Nur duduk dalam bilik abang mulai hari ini.”
Apa maksudnya?
“Kenapa pulak?”
“Abang tak mahu perkara malam tu berulang lagi.”
“Sebab itu sahaja? Abang..Nur dah pulih sepenuhnya.InsyaAllah lepas nie Nur akan lebih berhati-hati.Abang janganlah risau sangat.” Tambahnya lagi.
“Lebih baik macam nie.Nur kata mengantuk tadi? Tidur dulu.Sebelum zohor nanti abang kejutkan.”
Ariff Farhan mengucup rambut isterinya sebelum berlalu pergi.
Nur Imani sekadar memandang suaminya sehinggalah tubuh itu menghilang daripada pandangannya.
Apa kenanya lelaki ini?
“Assalamualaikum..” Nur Imani terkedu melihat wajah yang berada didepan matanya ketika dia membuka mata tadi.Patutlah dia merasakan ada sesuatu yang menganggu lenanya.
“Waalaikumussalam..”
Mata yang masih ingin dipejamkan itu digagahkan juga untuk dicelik.Sejak balik daripada klinik,entah kenapa dia begitu susah untuk melawan rasa mengantuknya.Semasa zohor tadi,Ariff Farhanlah yang mengejutkannya.Sekarang pun..begitu?
Hmm...nie mesti dah masuk asar nie. Tak perlu lagi dia mendapatkan jawapannya daripada lelaki yang sedang membelai wajahnya ini.
Mengerti apa yang sedang bermain dibenak isterinya,Ariff Farhan langsung bersuara semula.
“Tak baik tidur petang-petang macam nie.Abang nak Nur bangun,mandi..”
Tak keruan Nur Imani apabila wajah itu semakin mendekatinya,bukan setakat nafas suami yang hangat mengenai wajahnya..pipinya yang sudah berlaga dengan bibir suaminya membuatkan wajahnya semakin membahang.
Dia cuba menolak tubuh itu sedikit menjauh daripada terus melekap ditubuhnya,namun tubuh itu terus mengeras tanpa sedikit pun dapat digerakkan tangannya.
Kekok benar dirasakannya ketika ini,lelaki ini pula..kalau dulu bukan main susah lagi nak tunjukkan kemesraannya tapi sekarang?
Nur Imani pula yang naik rimas bila wajah ini sentiasa berada didepan matanya.
Rimaskah aku??
“Nur mengantuk..” Ujarnya malas.
“Oh tidak...Sayang babah,sayang dah wakeup kan? Okey...sekarang sayang kena tolong babah pulak.Suruh ibu bangun...Please..”
Err?? Hilang mengantuknya saat Nur Imani merasakan perutnya diusap,entah bila masa Ariff Farhan turut menjatuhkan kepalanya disitu.
Terbuka terus mata yang masih mahu terpejam tadi.
Ya Allah..
“Ibu bangun dah..” Laju pula bibir Nur Imani menyahut.
Tersenyum Ariff Farhan mendengar suara isterinya.Nur Imani bangun daripada pembaringannya malas.
“Okey..ambik tuala nie,masuk bilik air.Mandi.” Membulat mata Nur Imani memandang kearah tuala yang sudah diletakkan suaminya kebahunya.
“Nur nak rehat kejap sahaja lagi boleh?” Nur Imani cuba untuk berunding.
“Nak abang dukung?”
Gulp!
“Yalah..yalah..Nur mandi.Sekarang jugak.” Mengalah juga Nur Imani sudahnya.
Ariff Farhan merenung kearah isterinya sehingga Nur Imani menghilangkan diri dibalik pintu bilik air yang baru ditutupnya.
Sedang dia mengemas semula katil yang tampak sedikit berselerak itu,telefon bimbitnya pula berdering kuat.Menganggu urusannya.
“Assalamualaikum Him..Ada apa?” Nur Imani memasang telinga dari dalam bilik air.Nampaknya Ariff Farhan seperti perlu keluar petang ini.
“Aku dekat rumahlah.Kenapa?”
“Sekarang ke?”
“Kau kat mana??”
Sunyi seketika..
“Okeylah..aku datang dalam masa setengah jam daripada sekarang.Tunggu..!”
Tak sampai seminit Nur Imani mendengar ketukan diluar pintu.
“Sayang..” Suara suaminya kedengaran.
“Hmm.”
“Abang nak keluar kejap,jumpa Him.”
“Hmm..”
“Kalau ada apa-apa telefon abang..”
“Hmm..”
“Abang pergi dulu...”
“Hmm..”
Itu sahajalah jawapan Nur Imani.
Mendengar sahaja pintu bilik dibuka dan terkatup semula,Nur Imani tahu..suaminya sudah keluar.
Sangkanya tadi,Ariff Farhan akan berjemaah dengannya? Seperti zohor tadi..?
Tapi nampaknya dia solat sendiri sahajalah kejap lagi.
Hmm...
********************
best.. smbung lg ye. :D
ReplyDeleteBEST........
ReplyDeletenak lagi...:)
ReplyDelete