Renungan dalam hikmah.. :>___<:

Released....BAB :> 24
=> “Encik Ariff...” Ariff Farhan segera berpaling kearah suara itu.Wajah Dr.Farihah menyapa pandangannya.
Selepas beberapa ketika dia menantikan isterinya diluar wad kecemasan ini dengan penuh debaran.
Akhirnya penantiannya berbalas juga.
“Dr.?” Melihatkan air muka Dr. itu.Ariff Farhan tidak sanggup pula ingin mendengar apa yang akan diberitahukan oleh wanita ini kepadanya.Namun apa pun jawapan yang bakal diberitahukan kepadanya nanti,itulah kenyataan yang harus dia terima.
Makin kencang pula detapan jantungnya..dapat dirasakan ada berita buruk yang bakal disampaikan kepadanya pagi ini.
Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menerima apa sahaja berita yang akan disampaikan oleh hamba Mu ini kepadaku.
“Maafkan kami Encik Ariff...Kandungan Puan Nur Imani tidak dapat diselamatkan.Isteri Encik Ariff keguguran.”
Allah!
Bagaikan terhenti dunianya ini mendengar jawapan Dr.Farihah itu.
Ya Allah...Nur.
Terduduk Ariff Farhan diatas kerusi dibelakangnya,semuanya seperti yang dijangka.
Sedar tak sedar,air matanya sudah mengalir laju membasahi wajahnya.
Sekelip mata?? Baru tadi dia tahu yang isterinya mengandung dan sekarang?? Allah telah mengambil semula sikecil itu daripada mereka?
___
“Ha?!”
Astagfirullahala’zim!
Mimpi rupanya..?
Ariff Farhan meraup berat wajahnya,boleh pula dia terlena disaat-saat genting begini?
Jam ditangannya langsung ditenung,sudah hampir ke pukul 3.00 pagi.Bermakna dia sudah tertidur diatas kerusi ini hampir 5 minit yang lalu.Namun boleh pula dia bermimpikan...?
Err...tak sanggup pula dia mengingatnya semula.
Lantas pandangannya dilemparkan kearah pintu wad kecemasan yang telah memisahkan dia dan isterinya hampir 20 minit yang lalu.Masih tiada tanda-tanda pintu tersebut akan terbuka semula.
Ya Allah..Bagaimanakah keadaan mereka didalam sana..?
Ariff Farhan bangun semula daripada kerusi tersebut dan kembali mundar-mandir dihadapan bilik rawatan itu.Serba tak kena dia dibuatnya.Kejap-kejap jam ditangannya dikerlingnya,sudah terlalu lama Nur Imani berada didalam bilik itu namun sebarang berita pun tidak diterimanya lagi.
___
“Encik,kami terpaksa bawa Puan Nur ke wad kecemasan.Dia memerlukan rawatan yang lebih lanjut atau Encik dan isteri besar kemungkinan akan kehilangan anak ini.”
Ketika Dr. Farihah memberitahunya perkara itu tadi,dia merasakan dunianya kosong.Masakan tidak,berita tentang kandungan Nur Imani baru sahaja diketahuinya.Namun dalam masa yang sama dia mungkin terpaksa berdepan dengan suatu kemungkinan yang lebih besar daripada itu kerana isterinya mungkin akan keguguran.
Ya Allah...kifarah dosa aku ke atas apa yang sedang terjadi sekarang ini??
Ya Allah...yang sedang terlantar kesakitan itu adalah isteri yang paling aku kasihi,wanita yang telah menyerahkan kehidupannya kepadaku selama ini untuk aku lindungi..untuk aku cintai dan untuk aku bimbingnya menjadi seorang isteri yang juga dikasihi dan dicintaiMu.Namun aku lalai ya Allah,sengaja menduganya meskipun silap itu bukan datang daripadanya.Aku jauhkan dia daripada diri ini meskipun dia berhak untuk mendampingi aku,suaminya
Jika dengan mengambil amanah itu semula dapat menebus dosaku terhadapnya dan juga Engkau ya Allah.Aku redha..Ambillah dia dan selamatkanlah isteriku.
Maka kuatkanlah juga iman isteriku untuk menerima kenyataan itu nanti.Sesungguhnya aku akan sentiasa berada disisinya untuk mengubat segala duka dan kesedihan yang telah aku palitkan terhadapnya.
Kau kuatkanlah juga iman ku,untuk berdepan dengan kemarahan dan kebenciannya kerana aku tahu.. itulah bayaran yang harus aku lunaskan demi sebuah..kemafaan.
Namun ya Allah,jika masih rezeki kami untuk mendapatkannya,Engkau permudahkanlah urusanku untuk menjernihkan semua kekeruhan yang telah aku mulakan ini kerna aku dapat rasakan,hatinya begitu terluka.Jika tidak,mana mungkin dia sanggup menyembunyikan perihal kandungannya itu daripada ku..
Tak semena-mena tubir matanya sudah dibasahi air mata yang akhirnya tumpah kewajahnya.Tewas juga Ariff Farhan dalam melawan perasaannya.
Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.
15 minit seterusnya berlalu lagi....
“Bagaimana dengan isteri saya Dr.?” Itu soalan pertamanya sebaik sahaja dia melihat Dr.Farihah keluar daripada bilik yang dimasuki isterinya tadi.
Air muka Dr.Farihah yang sukar dibacanya membuatkan Ariff Farhan tidak dapat menenangkan perasaan takut dan bimbang yang bertandang dihatinya sedari tadi.Mengingatkan pula mimpi yang telah dialaminya tadi,makinlah hatinya diburu resah.
Kenapa dia merasakan Dr.Farihah mengambil masa yang begitu lama untuk memberitahunya perkara sebenar? Ada sesuatu yang buruk telah terjadikah pada isterinya?
“Alhamdulillah,keadaan Puan Nur Imani dah stabil.Encik Ariff jangan bimbang,sekarang nie..Kita biarkan isteri Encik Ariff berehat seketika.Ubat tidur yang telah kami suntikkan ketubuhnya tadi cukup untuk merehatkan kedua-duanya bagi beberapa jam yang akan datang. .” Hampir dia melompat mendengar berita gembira itu.
Ya Allah,subhanallah,alhamdulillah.....! Hatinya terus memuji Zat Yang Maha Agung itu.Bergetar seluruh tubuhnya ini mengucapkan puji-pujian itu.
“Jadi bayi kami pun selamat..?” Soalnya kembali,sekadar ingin mendapatkan kepastian meskipun apa yang diberitahu oleh Dr.Farihah tadi begitu jelas dipendengarannya.
“InsyaAllah,dia takkan apa-apa.Jangan risau.Dia pun kuat seperti ibunya..” Ujar Dr. Farihah tenang,
Ya Allah!! Akhirnya Ariff Farhan mampu menarik nafas lega.Lapang betul hatinya mendengar kedua-dua berita baik ini.Barulah dia mampu tersenyum semula.
“Alhamdulillah,alhamdulillah,terima kasih Dr.” Seperti segala kekusutan yang melanda dirinya terbang begitu sahaja sebaik berita itu tiba kepengetahuannya.
Gembira betul Ariff Farhan dengan apa yang baru dikhabarkan oleh Dr.Farihah ini.Semuanya jelas diraut muka yang turut berubah ceria sebaik mengetahui keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.
“Sama-sama,kalau takda apa-apa lagi.Saya mintak diri dulu..”
Ariff Farhan mengangguk..Seketika kemudian barulah dia melihat 3 orang orang jururawat turut mengiringi Dr.Farihah dan isterinya masuk kebilik ini tadi,keluar sambil menolak keluar katil dimana terbaringnya Nur Imani disitu.
Ya! Seperti yang diberitahu oleh Dr.Farihah kepadanya tadi.Nur Imani sedang terlena.
Bagaikan bertahun lamanya mereka terpisah,melihat raut wajah itu semula terpadam segala kerinduan yang bertandang dihatinya sebaik sahaja mereka terpisah tadi.Mahu sahaja dia mendakap tubuh itu jika tidak memikirkan ada insan lain diantara mereka ketika ini.
Ya Allah...!
Terima kasih sayang...
Sempat Ariff Farhan meraih dan menyimpul jari jemari isterinya erat didalam genggamannya.Didalam hati,dia tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga buat Sang Maha Pencipta kerana masih diberi peluang untuk menebus segala kesilapannya.
----
Ariff Farhan menatap wajah isterinya yang masih terlena,bibir yang nampak pucat itu disentuh dengan jemari kasarnya.Bermacam-macam rasa yang sedang bermain dibenaknya ini.
“Semua nie salah abang kan,sayang? Nur sembunyikan berita sepenting ini pun disebabkan abang jugak kan??”
Ariff Farhan bersuara perlahan,daripada nada suaranya..jelas yang dia masih dihantui dengan rasa bersalah terhadap isteri dan juga bayi mereka.
Bagai terngiang-ngiang lagi ditelinganya saat dimana Nur Imani menyebut tentang ‘anak’tadi.
Sudah 3 bulan?? Namun baru sekarang dia mengetahui isterinya ini mengandung? Itupun dalam situasi seperti sekarang.Agaknya? Kalau dia tidak menghantar Nur Imani kesini tadi? Entah sampai bila Nur Imani akan merahsiakan perkara sepenting ini daripada pengetahuannya??
Ariff Farhan menjatuhkan pandangannya kearah perut isterinya yang kelihatan berisi itu.Bagaimana dia terlepas pandang akan perubahan ditubuh isterinya ini meskipun setiap hari mereka bersemuka.
Pernah juga dia berbicara mengenai perkara ini namun itu semua sekadar untuk mengusik dan menguji Nur Imani.Jadi??
Ariff Farhan buntu..
Tidak tahu apa jawapan terhadap semua persoalannya ini.
Seringkali hati wanita ini dilukainya.Kononnya tidak mahu Nur Imani jatuh sayang dengannya..akhirnya?
“Maafkan babah sayang..nie semua salah babah.Kesian ibu...Kalau tak kerana ego babah,mesti semua nie terjadi.Ibu mungkin takkan terlantar sakit seperti sekarang.” Perut Nur Imani diusap kasih.
Jari jemari isteri yang erat berada didalam genggamannya sedari tadi,dikembalikan kebibirnya.
“Abang kena jernihkan semua nie,demi hubungan kita..demi anak..” Ujarnya perlahan sambil menjatuhkan bibirnya semula diubun-ubun isteri kesayangannya.
Masuk ini sudah hampir 20 kali dia mengucup wajah itu.Betapa ruginya dia melepaskan beribu peluang untuk mendapatkan pahala yang cukup mulia disisi Allah ini?
Ariff Farhan terus setia disisi isterinya.
Sepanjang dua jam seterusnya ini..matanya hanya dibiarkan menatap wajah tenang yang sentiasa mendamaikan resah dihatinya ini.
Sudah cukup! Sebelum segala-galanya lebih rumit,permainan ini harus ditamatkan!
Itu keputusannya!
___
Laungan azan daripada masjid berdekatan membuatkan Ariff Farhan tersedar daripada lamunannya,subuh sudahpun berkunjung tiba.Nur Imani masih juga terlena,dia bangun daripada kerusi yang didudukinya.Ada urusan yang lebih utama yang perlu dilakukannya sekarang.
“Rehatlah sayang..abang nak kemasjid dulu.”Rambut lebat isterinya dibelai sayang sebelum sebuah kucupan dipahatkan lama didahi itu.
Sebelum pergi,Ariff Farhan sempat mengucapkan sesuatu kepada anak mereka.
“Assalamualaikum anak babah..babah nak pergi masjid,solat subuh.Lepas tu babah terus balik sini.Jaga ibu ya sayang..Mmm....sayang anak babah.” Kali ini bibirnya turut singgah dipermukaan perut Nur Imani.Mengucup perut itu,lama.
Jelas sekali,dia tidak dapat menyembunyikan perasaan bahagianya ini kerana dia juga bakal bergelar seorang ayah tak lama lagi!
Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya sejak dia menikahi wanita ini hampir setahun yang lalu.
Dan sekarang? Semuanya bakal menjadi kenyataan.
Alhamdulillah...
Abang pergi dulu sayang,
Ariff Farhan melemparkan pandangannya kepada Nur Imani buat kali terakhir setelah itu barulah pintu yang dibukanya tadi,dirapatkan kembali.Dia melangkah pergi meninggalkan kedua-duanya dengan menitipkan mereka kepada Ar-Rahman..DIAlah yang akan menjaga anak dan isterinya sehingga dia menyelesaikan urusannya.
---------
Ariff Farhan mengaminkan doanya subuh itu dengan rasa syukur yang teramat.Hari ini seakan-akan memberikannya sebuah kehidupan yang baru,suasana baru dan dia juga bertekad untuk membuka langkah yang baru.
“Assalamualaikum..” Sedang dia melipat kembali sejadah yang telah digunakan,teguran seseorang membuatkannya berpaling kearah suara itu.
Imam yang telah mengimamkan subuh mereka tadi,kini sedang berdiri dihadapannya.Sekali lagi Ariff Farhan bersalaman dengan lelaki tua itu.
“Waalaikumussalam.” Jawabnya senang,
“Anak nie siapa? Daripada mana? Musafir?”
“Saya Ariff Farhan,imam boleh panggil Farhan saja.Sebenarnya saya tengah menunggu isteri saya di Klinik Najjah..” Ariff Farhan menjelaskan.
“Oh..isteri Farhan bersalin?”
“Tak..tapi insyaAllah dalam masa beberapa bulan akan datang nie..Isteri saya tumpah darah tadi,nyaris juga kami kehilangan cahaya mata sulong kami..Alhamdulillah,sekarang nie..dua-dua dalam keadaan stabil.” Beritahunya jujur.
“Innalillahhiwainnailaihirojiun..Alhamdulillah.Farhan janganlah risau sangat.Serahkan segala-galanya kepada Allah.Pertama kali nak jadi seorang bapalah nie..?”
“Nampaknya begitulah Imam..Alhamdulillah,rezeki kami.” Sambutnya senang,jelas terpancar sebuah kebahagian diraut wajah itu sehingga dapat dilihat oleh Imam ini.
“Alhamdulillah..Tahniah bakal bapa.InsyaAllah,jadi suami dan bapa yang soleh.Bimbing anak isteri menuju syurga.” Penuh mendalam maksud yang cuba disampaikan oleh Imam ini kepada Ariff Farhan.
Dia juga mengertinya lantas mengangguk,
“Amin..insyaAllah imam,doakan kami..”
“InsyaAllah..”
“Kalau macam tu saya mintak diri dulu Imam.Takut nanti,isteri tersedar..tadi pun saya dah titipkan dia kepada Allah dengan jururawat diklinik saja.Sekarang dah sampai masanya saya nak ambik semula tanggungjawab saya tu.”
“Pergilah nak.Baik-baik berjalan tu.InsyaAllah,ada rezeki kita jumpa lagi.Assalamualaikum.”
“InsyaAllah.Waalaikumussalam.Saya minta diri dulu.”
Ariff Farhan sempat berpelukan dengan imam masjid tersebut sebelum dia berlalu pergi,kembali semula kepada isteri dan anaknya kerana sesungguhnya dia mula merinduikan kedua-dua insan itu.
Sempat juga dia singgah dikedai makan berhampiran sebelum masuk keklinik tadi,membeli sarapan untuknya dan Nur Imani jika dia tersedar nanti.
----
“Anak ibu lapar ya??” Nur Imani mengusap lembut perutnya,dia benar-benar gembira ketika ini,apatah lagi ketika dikhabarkan yang kandungannya selamat.
Bukan main panjang lagi doanya sebaik sahaja dia selesai menyempurnakan rakaat subuhnya tadi.
Masakan tidak,ketika Dr. Farihah memberitahunya yang bayinya mengalami komplikasi ketika dia dimasukkan kewad tadi,dalam mindanya ketika itu Nur Imani hanya memikirkan satu kemungkinan.Kemungkinan yang dia akan kehilangan anak yang telah dikandung hampir 4 bulan lamanya ini.
Alangkah sebak hatinya ketika itu?
Selepas dia telah melalui beberapa kesukaran untuk mengekalkan benih ini dirahimnya.
Saat dia yakin Allah akan memeliharakan kandungannya ini sehingga dia melahirkan nanti..sesuatu yang diluar jangkaannya telah berlaku.
Hati ibu mana tidak sedih? Apatah lagi ini merupakan anak pertamanya dan mungkin juga akan menjadi yang terakhir buatnya.
Nur Imani bagaikan terbawa-bawa lagi dengan kesedihan itu,dia juga tidak dapat membendung air matanya daripada mengalir saat berita gembira ini sampai kepengetahuannya.
Tiba-tiba perasaannya diusik semula dengan salah satu peristiwa yang telah berlaku pagi tadi.Peristiwa yang hampir membuatkannya putus asa dengan Rahmat Allah.
“Encik Ariff,kami terpaksa bawa Puan Nur ke wad kecemasan.Dia memerlukan rawatan yang lebih lanjut atau Encik dan isteri berkemungkinan besar akan kehilangan anak ini.”
Apa yang diberitahu oleh Dr. Farihah kepada suaminya itu membuatkan Nur Imani semakin terluka.Dia tidak mampu untuk menaruh harapan yang besar lagi buat sikecil ini.Andainya ini merupakan detik-detik terakhir sikecil ini berada dirahimnya,dia redha.Redha dengan ketentuan Allah keatas mereka.
Matanya terus dipejamkan rapat selepas itu,dia sekadar membiarkan sahaja air matanya menitis dibalik kelopak mata yang tertutup.Apatah lagi ketika itu,dia juga tidak mampu untuk membalas pandangan suaminya.
Kenapa?
Kerana rahsia yang tersimpan rapi selama ini bocor dalam situasi yang tidak dijangka.
Hanya pegangan tangan Ariff Farhan yang sedari tadi erat mengenggam jari jemarinya memberitahu Nur Imani yang Ariff Farhan masih berada disisinya.Ini jugalah kekuatannya ketika itu,sehinggalah suatu saat dia merasakan katil yang menjadi tempat pembaringannya sudah bergerak.
Nur Imani merasakan matanya yang basah itu dikucup oleh seseorang.Bibir siapa lagi kalau bukan bibir suaminya.Dia yakin itu walaupun matanya terus dibiarkan terpejam.
“InsyaAllah..Nur takkan apa-apa..abang akan tunggu Nur..” Bisikan itu??
Seketika kemudian,genggaman tangan lelaki itu turut terlerai dengan sendirinya.Hanya suara Ariff Farhan memanggil namanya yang kedengaran buat kali terakhir sebelum pendengarannya menangkap bunyi pintu ditutup pula.
Dikala itu Nur Imani sedar,Ariff Farhan sudah tiada disisinya lagi.Tinggallah dia bersama kesakitan ini,kesakitan yang akan menentukan keadaan bayi mereka dirahimnya ketika itu.
Allah..Ya Allah,selamatkanlah anak kami ini.Peliharakan dia dirahimku ini sehingga saatnya nanti.
Nur Imani terus berdoa didalam hatinya sehinggalah dia tidak sedarkan diri selepas itu.
Alhamdulillah,selepas melalui beberapa jam yang begitu sukar untuknya dan bayi.
Semuanya sudah kembali seperti sedia kala,ketika ini Nur Imani dapat merasakan sikecilnya ini sedang berehat dirahimnya.Mungkin dia masih keletihan.Letih selepas terpaksa bertarung dengan maut.
Rehatlah sayang..ibu ada saja kat sini..Ibu akan temankan sayang sentiasa..Rehatlah selama mana yang sayang mahu kat rahim ibu nie,tapi...jangan tinggalkan ibu ya.
Sayanglah nyawa ibu..
Sayanglah kekuataan ibu..
Sebaik mengaminkan doa makan yang dibacanya,Nur Imani menyantap juga makanan yang telah dibawa oleh jururawat yang telah memeriksanya tadi.Padahal dia langsung tidak berselera untuk menjamah makanan tersebut.Namun ketika memikirkan keadaan diri dan anaknya lagi..itulah yang membuatkan Nur Imani gagahkan juga dirinya untuk makan.
Ariff Farhan??
Nur Imani sekadar diberitahu oleh jururawat yang membantunya untuk solat subuh tadi yang suaminya telah pergi kemasjid didepan klinik ini untuk solat subuh.Mana mungkin dia dapat melupakan insan itu kerana Ariff Farhanlah orang pertama yang dicari anak matanya ini ketika dia membuka mata tadi.
-----
“Assalamualaikum..” Kehadiran semula Ariff Farhan didalam bilik ini membuatkan Nur Imani merasakan ketenteramannya mula hilang meskipun dia begitu ingin menatap wajah insan ini.
Dia juga tahu,Ariff Farhan pasti menginginkan penjelasan daripadanya mengenai semua yang telah berlaku ini.
“Waalaikumussalam..” Pun begitu,salam yang wajib keatasnya untuk dijawab itu ditunaikan terlebih dahulu.
Begitu tenang riak muka yang dipamerkan suaminya,bagaikan tiada apa yang berlaku.
Mengapa?
Ariff Farhan meletakkan nasi lemak,roti, air mineral dan buah-buahan segar yang sempat dibelinya tadi keatas almari kecil disebelah kanannya.Kemudian dia menarik kerusi disebelah katilnya sebelum melabuhkan punggungnya disitu.
“Nur apa khabar?” Nur Imani mendiamkan diri saat Ariff Farhan meraih tangan kanannya kedalam genggamannya.Ada satu perasaan halus yang menjalar kesanubarinya dek sentuhan itu.
“Alhamdulillah,rasa seribu kali lebih baik daripada pagi tadi.” Jawabnya ikhlas.
Rasa kekok pula Nur Imani dibuatnya dengan keadaan ini.Sekelip matanya sikap suaminya berubah.
“Alhamdulillah..” Sambutnya juga.
“Anak babah?”
Soalnya kembali sambil meletakkan tangannya kepermukaan perut isterinya yang dilitupi selimut dan baju yang dipakai isterinya.
Nur Imani sekadar membiarkan tindakan suaminya itu..Apa haknya untuk menghalang kan?
“Alhamdulillah..Anak pun sihat.Sekarang nie dia tengah rehat.Rehat untuk mendapatkan kembali tenaga yang dah banyak hilang tadi.”
Beritahu Nur Imani tanpa dipinta..lagipun soalan itu memang ditujukan kepadanya secara tersirat.
Tak semena-mena pandangan mata yang cuba dielak daripada menatap wajah suaminya tadi singgah juga tepat keanak mata hitam itu.Terperangkap juga Nur Imani akhirnya.
“Nur..” Tangannya sudah dibawa kedalam genggaman suaminya.
Nur Imani diam.
Jika tadi dia merasa selamat dengan soalan-soalan suaminya,tapi sekarang tidak lagi???
Ariff Farhan pasti menginginkan penjelasan daripadanya dengan apa yang telah terjadi semalam terutama perihal anak mereka ini.
Nur Imani menghela nafas berat sebelum sempat Ariff Farhan meneruskan bicaranya.
Akan semakin keruhkah perhubungan yang hampir tiba kepenghujungnya ini?
Ya Allah..
#######################
yeayyy..
ReplyDeleteYeshh...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Nak sampai ke penghujung dah ke?
ReplyDeleteyeyy nak lagi...
ReplyDelete;) ...
ReplyDeleteyeah.. :)
ReplyDelete:)
ReplyDeleteNAK LG.
ReplyDeletebla nk smbung lg ni? dah x sbar dh,,.
ReplyDelete