Saturday, 23 March 2013

Salahkah aku…Mencintaimu??? (12) BAB:23

Assalamualaikum semua..

insyaAllah mulai bahagian nie "SA...M???" akan disambung dalam versi bab pula.

Jadi...dia memang....akan jadi lebih pendek la dpada post2 sbelum nie..

sorry you alls..

Okey..sebagai permulaan..

->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->->





Image

Mempersembahkan,hehe ;)

BAHAGIAN 12 => BAB : 23

   Sebaik sampai kerumah mereka petang tadi Nur Imani hanya mengurungkan dirinya didalam bilik.

Barang-barang yang dibawa balik daripada kampung pun dibiarkan En.suami sahaja yang menguruskan semuanya.Itu juga yang dikehendaki oleh Ariff Farhan ketika dia ingin menghulurkan bantuan tadi.

Hendak berdiri lama-lama pun Nur Imani tak boleh inikan pula untuk mengangkat semua barang-barang yang dibawa balik daripada kampung tadi.Semuanya disebabkan sakit dipinggangnya ini yang membuatkannya benar-benar tidak selesa.

“Ya bu...petang tadi baru sampai.Maaflah Nur tak telefon ibu,Nur pun tak sihat nie..Dari tadi sakit jer pinggang nie.”  Sempat juga Nur Imani menghubungi ibunya seperti yang telah dijanjikannya sebelum mereka bertolak balik tadi.

“Itulah..berahsia lagi dengan ibu.” Terpinga-pinga Nur Imani mendengar jawapan ibunya.Rahsia apa pulak nie?

“Ibu nie..pernah ke Nur rahsiakan apa-apa daripada ibu?”  Soal Nur Imani semula pelik.

“Han buat apa?” Soalannya pula dibiarkan tergantung oleh ibunya.

“Dalam bilik,rehatlah kot..”

“Dalam bilik? Habis Nur ada dimana nie?” Errk..?

“Nur baru turun,dekat dapur..nak minum.”  Tipu!

Maafkan Nur bu...

“Yelah..lepas ni pergilah rehat..”

“Ye ibu..Assalamualaikum..Sayang ibu.”

“Waalaikumussalam..ibu pun sayang Nur.Jaga diri tu baik-baik..”

Nur Imani memutuskan talian dengan rasa bersalah yang teramat.Sudah acap kali dia menipu ibunya,bukan setakat ibunya sahaja..kadangkala dengan ibu mertuanya juga.Entah berapa banyak kali lagi dia perlu menipu mereka untuk menyimpan segala rahsia ini.

Yang pasti..dia sudah penat dengan semua ini.

------

Rasa sakit yang dirasai Nur Imani langsung tidak hilang,selepas menunaikan solat isyak Nur Imani terpaksa memujuk dirinya supaya tidur namun setelah jam mencecah keangka 2.00 pagi,dia dikejutkan kembali dengan rasa sakit yang semakin terasa dirahimnya ini.Percubaannya untuk tidur semula selepas itu,langsung gagal.Sekejap matanya terlelap kemudian terbuka semula apabila sakit itu kembali terasa mencucuk dirahim dan pinggangnya,begitulah seterusnya.

Tak boleh jadi nie.. Bisik hati kecilnya,sejujurnya dia risau juga jika peristiwa dimana dia demam dulu berulang semula walaupun dia tak merasa seperti hendak demam.

Sebaik menyanggul rambut panjangnya yang terlepas bebas Nur Imani turun daripada katil lalu menuju kebilik air sebelum mengambil air sembahyang.

Setelah itu,dia mendapatkan botol air zam-zam yang diletakkan diatas kerusi ditepi meja kerjanya.Air zam-zam tersebut dituangkan kedalam gelas sebelum diteguk perlahan setelah dibacakan dengan selawat dan beberapa ayat Al-Quran yang pendek.Doanya hanya satu,semoga Allah meredakan rasa sakit yang sedang dirasainya ini.

15 minit sudah berlalu,Nur Imani masih seperti tadi.Rasa tidak selesa dirahimnya langsung tidak hilang.Perasaan bimbang pula makin menyelinap kesanubarinya.

Dia perlu kehospital dengan segera,tak boleh bertangguh lagi!

Namun..bagaimana dia ingin memandu dalam keadaan begini?

Ya Allah...

Buntu Nur Imani seketika meskipun dia punya pilihan lain untuk membawanya kehospital.

Lama dia berfikir,lama dia menimbangkan..Akhirnya keputusan itu juga yang dipilihnya.

Nampaknya..dia memang tiada pilihan lain,mahu tak mahu pertolongan daripada insan itu terpaksa dipinta atau...

Nur Imani memulas tombol pintu bilik Ariff Farhan,mujur tidak berkunci.Perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam.Pada mulanya tidak sampai hati juga dia ingin mengejutkan lelaki itu,apatah lagi dia tahu yang suaminya ini memang keletihan.

“Abang..” Nur Imani menggoncang perlahan bahu suaminya,bukan niatnya ingin menganggu lena Ariff Farhan namun dalam keadaan sekarang dia tahu...dia tak punya pilihan lain.

“ Hmm..Nur?? Ada apa nie..Pukul berapa sekarang?” Ariff Farhan kelihatan terganggu dengan kehadirannya.Dalam masa yang sama juga dia turut terkejut,mungkin tidak menyangka kehadiran isterinya ini.

“Abang tolong hantar Nur ke klinik kejap.Boleh tak?” Nur Imani juga tidak menunggu lama untuk memberitahu Ariff Farhan apa tujuannya masuk kebilik ini.

“Klinik?? Kenapa? Kau sakit ke??” Soal Ariff Farhan terus,hilang pula ke rasa mengantuknya?

“Perut Nur nie sakit.Tak tahulah kenapa..Tolong hantar Nur kejap.Nur rasa Nur tak boleh nak memandu.” Tanpa pertanyaan lagi,Ariff Farhan bingkas bangun.

Nur Imani pula yang terkejut dengan tingkah lelaki itu.

“Kau tunggu kat bawah,aku nak salin kain nie dulu..”Arahnya..

Entah kenapa sedikit rasa kecewa menyelinap kesanubari  Nur Imani dengan jawapan Ariff Farhan itu.

“Cepat tau abang,Nur tunggu dalam kereta.Jangan lambat-lambat.” Sempat dia berpesan sebelum melangkah keluar semula,semoga Ariff Farhan dapat mengerti akan keadaannya ketika ini.

“Ye..kau turun dulu.” Ariff Farhan turut meyakinkan isterinya..

Nur Imani sempat mencapai baju sejuknya sebelum turun menantikan suaminya didalam kereta.Mujur tidak sampai seminit,Ariff Farhan sudah muncul diluar rumah.Hanya sedikit kelegaan bertandang dihati Nur Imani kerana dia begitu bimbang tadi jika suaminya ini siap mandi dan menukar pakaian sepenuhnya.

Namun menunggu Ariff Farhan mengunci pintu rumah dan grill pula membuatkan Nur Imani merasakan lelaki itu mengambil masa yang begitu lama untuk masuk kedalam kereta.Ikutkan hati,mahu sahaja dia keluar dan menarik sahaja Ariff Farhan masuk kedalam kereta.

Sabar sajalah Nur..

Sudahnya,hanya itu yang mampu dilakukannya.

“Kau okey tak nie?” Soal Ariff Farhan setelah dia memasuki tempat pemandu.Sempat juga dia mengajukan soalan itu sambil memasang tali keledar ditubuhnya.

Nur Imani membalas pandangan suaminya..daripada air mukanya,kelihatannya lelaki itu bimbang juga dengan keadaannya?

Ah! Biarlah..dia nak risau ke apa ke..yang penting kami nie!

“Abang boleh hantar Nur cepat-cepat ke hospital tak..? Perut Nur sakit nie..”

“Kenapa..?” Ya Allah! Perlukah soalan itu,abang?? Soal Nur Imani sendiri.

“Kalaulah Nur tahu..?” Itu pula yang meniti bibirnya.

“Cepatlah abang..” Malas ingin bersoal jawab lagi,Nur Imani lantas mengingatkan Ariff Farhan tujuan mereka sekarang.

“Hmm...” Jawabnya sambil memulakan pemanduannya.

Nur Imani terus memejamkan mata setelah kenderaan suaminya sudah bergerak dijalan besar.Rasa sakit dirahimnya semakin mencucuk-mencucuk.Namun bimbang dihatinya lagilah tak dapat ditahan.Sepanjang perjalanan,kedua-dua tangannya hanya dibiarkan berada diatas perut yang terasa sakit.Bibirnya basah dengan ayatul kursi yang dibaca berulang-ulang kali tanpa mengenal erti jemu.Didalam hatinya pula,Nur Imani tidak henti-henti bermohon kepada Allah agar menyelamatkan kandungannya ini.Meskipun sudah berusia 3 bulan namun risiko keguguran itu tetap ada,kerana itu dia bimbang.Bimbang jika dia akan kehilangan sikecilnya malam ini.

Ya Allah,jagalah zuriat kami ini..jagalah amanah yang telah kau berikan kepada kami ini.Aku tahu aku terlalai seketika sebelum ini,namun itu bukan bermakna aku tidak menyayanginya.

Sungguh! Aku sayangkan dia ya Allah.Jagalah dia,jagalah dia demi ibunya ini..

Ariff Farhan terus fokus dengan pemanduannya,sesekali matanya dikerlingkan kearah Nur Imani.Jelas diraut wajah itu sedang menahan kesakitan.

Hairan? Kenapa Nur boleh sakit perut? Kalau ya pun..keracunan makanan..

Rasanya sejak berada dikampung apa yang dia makan,itu jugalah yang dimakan isterinya.Begitu jugaklah sebaliknya.Kalau Nur Imani keracunan makanan,pasti dia juga begitu? Dan..ahli keluarga yang lain.

Sekali lagi pandangannya dikerlingkan kewajah isterinya,kali ini tangannya turut mengambil jari jemari isterinya yang berada diatas perutnya.

“Nur.. okey ke? Sakit sangat..??” Soalan itu boleh terpacul dibibirnya.

Dalam menahan rasa sakit,sedikit sebanyak sentuhan ditangannya ketika ini memberikan sedikit kekuatan kepada Nur Imani.Soalan itu pula,membuatkan hatinya tersentuh..sejak balik kampung,tingkah Ariff Farhan semakin menjadi persoalan dimindanya.Makin dekat saat perpisahan itu,semakin pelik pula perangai suaminya.

Matanya dibuka semula.Nur Imani sempat membalas renungan suaminya sebelum Ariff Farhan mengembalikan semula sepenuh perhatiannya kepada pemanduannya.

“Nur okey..” Ujar Nur Imani lembut.

Akhirnya genggaman Ariff Farhan dibalas dengan pautan yang lebih kemas daripadanya.

Sedikit rasa lapang menyelinap ke sanubari Ariff Farhan dengan jawapan Nur Imani itu,sejujurnya dia cuma ingin mengetahui keadaan isterinya.Ketika melihat Nur Imani diam dan tidak berkutik sejak tadi itu membuatkan dia bimbang yang teramat.

Pun begitu,hatinya turut tidak sedap.Mungkinkah ada sesuatu yang disembunyikan Nur Imani daripada pengetahuannya? Apakah penyakit yang dihidapi Nur Imani sekarang ada kena mengena dengan kesihatannya yang tidak berapa baik sejak akhir-akhir ini?

Makinlah hati sisuami diburu resah...

Hampir 20 minit perjalanan,mereka tiba juga kedestinasi yang ditunggu.

Ariff Farhan langsung memarkir keretanya setelah tiba diklinik yang dimaksudkan isterinya.

Dia menoleh kesisinya,sesekali kelihatannya wajah tenang itu berkerut lagi menahan sakit.Sampai begitu sekali ke sakit perut yang terpaksa ditanggung isterinya?

“Nur..” Nur Imani membuka matanya,panggilan itu membawanya kembali kedunia nyata.

Agak terkejut dia melihat wajah Ariff Farhan yang berada didepannya.Nasib baik dia tidak menggerakkan kepalanya,jika tidak mahu berlaga kepalanya ini dengan kepala suaminya.

Sejak bila kereta lelaki ini berhenti? Seingatnya sedari tadi dia tidak terlena pun,cuma matanya yang dipejamkan untuk menghilangkan sedikit rasa sakit yang sedang ditanggungnya ketika ini.

Mujur keadaan sekeliling agak gelap dan kelam..dengan wajahnya yang masih basah dengan air mata,Nur Imani membalas pandangan lelaki itu.Rasanya Ariff Farhan tak perasan perubahan diwajahnya ini dengan keadaan gelap yang hanya diterangi cahaya lampu jalan ini.

“Jom...kita dah sampai!” Arahan itu membuatkan kaki Nur Imani ingin segera melangkah keluar,cuba melawan rasa sakitnya dengan tidak mengeluarkan sebarang kata,hanya riak wajahnya yang menggambarkan betapa sakit perutnya ketika ini.

Namun..belum pun sempat kakinya mencecah tar jalan,

“Allah!” Tindakan Ariff Farhan yang tiba-tiba mencempungnya.Membuatkan Nur Imani menjerit kecil..Cukup terkejut,cuma tidak dapat diluahkan dek rasa sakit ini.Mencerlung pandangan yang dberikannya kepada Ariff Farhan.

Jika tidak memikirkan keadaan dirinya yang sudah terlalu lemah..mahu sahaja kedua-dua belah tangannya ini mencekik leher insan dihadapannya ini.

Tahu tak suaminya ini yang isterinya ini sedang kesakitan??

Kenapa dikejutkan sebegini rupa?

Arghhh!!!!

“Abang buat apa nie? Turunkan Nur..Nur boleh masuk kehospital sendiri.”

Ariff Farhan diam,terus memulakan langkahnya menuju ke klinik yang ingin dipergi isterinya tadi.

“Tak payahlah hantar Nur sampai kesana.Abang turunkan Nur kat sini jer.Biar Nur masuk sendiri.Abang pergilah balik.Esok kerja kan? Tentang Nur,abang jangan risau..lepas dapatkan rawatan nanti,Nur terus balik dengan teksi.Lagipun terminal teksi tak jauh daripada sini,tak sampai 100 meter pun.” Pelik Ariff Farhan dibuatnya dengan kata-kata isterinya.Pun begitu dia tetap ambil endah tak endahnya sahaja dengan kata-kata.Terus langkanya diatur.

“Abang..” Melihat masih tiada sebarang reaksi daripada suaminya itu,Nur Imani memanggilnya semula..

“Kau datang dengan aku,jadi kena balik dengan aku! Setakat nak tunggu 10-15 minit tu..aku tak kisahlah! Lain kalau kau kena tahan pulak,tapi takkanlah sebab sakit perut jer mereka nak tahan kau?”

Nur Imani sudah tidak tahu ingin mengatakan apa lagi..langkah Ariff Farhan semakin menghampiri pintu masuk klinik,apa lagi yang mampu dilakukannya?

Ya Allah...kau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menempuh ujian Mu selepas ini.Jika kemarahannya yang bakal aku perolehi,jika kebenciannya yang terpaksa aku hadapkan selepas ini.Aku redha ya Allah..kerana sejak daripada awal lagi aku dah bersedia untuk menghadapi hari ini..

“Nur?? Kain kau..?”

Itu pula yang didengarinya ketika mereka sudah melewati pintu hadapan klinik.Terpempan Nur Imani melihat skirt labuhnya sudah dibasahi darah.

“Ya Allah..” Bibir mulusnya bersuara perlahan.

Pandangan suami yang sudah terpaku kearahnya juga seperti sudah membaca sesuatu,

Nurse.......! Isteri saya!?” Ternyata kelantangan suara suaminya membuatkan perhatian semua yang berada dikaunter dan disekitar kawasan ini terus memakukan pandangan kearah mereka berdua.

Dalam kekalutan suaminya,Nur Imani melihat Dr. Farihah baru keluar daripada satu bilik.

“Dr.,” Nur Imani memanggil wanita itu.

Meskipun kedudukan mereka agak jauh dan suara Nur Imani juga tidaklah sekuat mana namun tetap jelas kedengaran ditelinga Dr. Farihah.Dia yang baru sahaja memeriksa seorang pesakitnya yang baru sahaja melahirkan anak lebih kurang 20 minit yang lalu,lantas menghampiri Nur Imani.

Ada sesuatu yang terjadi kepada pesakitnya ini!

“Dr. pesakit nie tumpah darah!” Belum pun sempat Nur Imani berkata sesuatu kepada Dr. Farihah,Salah seorang jururawat yang baru menghampiri mereka menerangkan keadaan sebenar kepada wanita itu.

“Okey! Bawa dia kebilik rawatan! Sekarang!”Arah Dr. Farihah sebelum bergerak masuk kedalam biliknya.

Ariff Farhan yang masih terkejut dengan apa yang berlaku,terus mengikuti mereka.Setia disisi isterinya kerana dia tidak dapat membendung rasa bimbangnya,tambahan lagi ketika melihat darah yang membasahi kain Nur Imani tadi.

“Dr..baby saya?” Antara rasa takut,bimbang dengan keadaan dirinya..Dengan kehadiran Ariff Farhan lagi.Nur Imani terpaksa juga bersuara,dia perlu berdepan dengan semua ini.

Dia pula hanya bimbangkan keadaan bayinya sahaja sekarang ini,

Seperti yang diduganya!

Ariff Farhan terpaku mendengar soalan isterinya kepada Dr. wanita yang sedang merawatnya ketika itu.Rasanya dia tak salah dengar dan dia yakin apa yang keluar daripada bibir isterinya beberapa saat yang lalu adalah apa yang didengarinya dengan telinganya ini.

“Ada komplikasi pada kandungan awak nie,Nur..”

Sah!

Lemah segala sendi-sendi Nur Imani mendengar kata-kata Dr.Farihah itu.Ketakutan mula menjalar disetiap urat nadinya.Semakin bimbang dan takut dengan sesuatu yang bakal menimpa dirinya.

“Dr. tolong saya,walauapapun yang terjadi,selamatkan anak saya.” Ujar Nur Imani sambil mengenggam erat lengan Dr. Farihah.

Sedari tadi dia menahan rasa dihatinya baru sekarang dia dapat melepaskan semuanya dengan menangis dihadapan mereka semua,yang dia tahu sekarang cuma keadaan kandungannya! Babynya!

Akhirnya Nur Imani merelakan juga pandangannya singgah kewajah Ariff Farhan buat kesekian kalinya,takut sebenarnya dia ingin menatap wajah insan itu.Dia juga tahu lelaki itu masih terkejut.Terkejut dengan berita yang sepatutnya tidak sampai kepada pengetahuannya ini namun..?

Dalam keadaannya sekarang,dia begitu memerlukan kehadiran Ariff Farhan disisinya.

Dengan deraian air mata,Nur Imani memberanikan diri untuk bersuara kepada suaminya.Moga akan terungkai segala persoalan yang sedang bermain dibenak lelaki ini.

Maafkan Nur...

“Anak kita abang...” Rintih Nur Imani akhirnya,beserta itu pandangannya sudah dijatuhkan daripada membalas renungan suami yang tidak mampu dibacanya.

Marahkah dia??

Bencikah dia??

Dia tidak punya jawapan untuk semua itu...

#######################

That's all 4 today..

Bolehla tinggalkan sebarang respon dibawah kerana sekarang nie Cek dalam mood :>rajin sikit nak update dan bukak blog :)

Maksudnya..-> insyaAllah,cek akan respon kalau berkesempatan..

17 comments:

  1. Akak. Kenapa pendek sangat. Lepas tu ulangan je bab tdi.

    ReplyDelete
  2. oh ye..tersilap..huhuhu :)
    k..k.. dah betulkan :)
    pendek ye dik??
    insyaAllah,bolehla update selalu kalu mcam nie..xdelah jauh2 sgat jrak setiap bab..mcam y sbelum2 nie..

    ReplyDelete
  3. Tapi serius kak. Alhamdulillah best sngt. Next entry please.

    ReplyDelete
  4. ala yang..x lrat nak kumpul banyk2 mcam sblum2 nie.. :)
    pndk2 pun,insyaAllah akan d update btrusan..boleh ye ;)

    ReplyDelete
  5. Berdebar ni...huhuu

    ReplyDelete
  6. Pendek pun xpe klau update berterusan.... Wee :D

    ReplyDelete
  7. Ooo..dh jdi bab eaa akak ?

    ReplyDelete
  8. fuhh..menyeksa perasaan sungguh..hahhaa.. lagi2..hihi :)

    ReplyDelete
  9. lama menyepi..? :)
    okeylah..baru nak update nie..

    ReplyDelete
  10. KENAPA BAB 12 SAMPAI 23 TAPI PENDEK AJE.

    ReplyDelete
  11. baby mio..maksudnye..bahagian 12..tapi dah bab 23 ;)

    ReplyDelete