Tuesday, 19 August 2014

Di Penghujung Rindu: BAB 18

zahrahcinta_ceknursalisa

 

#PrayForPalestine#OperasiBadar#GazaUnderAttack#ICC4Israel

#terroristisisrael#PrayForMH370#PrayForMH17



zahracinta_ceknursalisaASSALAMUALAIKUM..;)

LATEST :-

UPDATE BAB 18

BAB 18

“Nak pergi mana lagi sayang? Duduk dulu.Rehat,kerja nie kalau diikutkan..sampai esok pun tak habis..”

Anis Adelia tidak jadi membawa dirinya jauh daripada Aniq Ehsan.Permintaan suaminya membuatkan dia duduk juga,disebelah Ariq Ehsan mereka.

Hampir 5 jam sikecil ini sudah terlena.Wajah kecil itu diusap cinta,bibirnya singgah didahi luas itu.Bangun nanti,nak menyusu jer nie.

“Boleh abang tanya Anis sesuatu...?” Usapannya diubun-ubun Ariq Ehsan terhenti.

Anis Adelia membalas renungan suaminya.

Bersantai berdua ‘tanpa’ anak,bukanlah sesuatu yang menyeronokkan buat Anis Adelia.

Lelaki ini!? Ada saja pertanyaan yang akan meniti bibirnya!

Saat tangan kanannya yang berada diwajah Ariq Ehsan disentuh dan diambil Aniq Ehsan.Anis Adelia bagaikan dapat mengagak apa pula soalan yang bakal dilontarkan lelaki ini kepadanya.

“Dah 3 hari abang disini,dah 3 hari juga abang tak pernah nampak benda tu dijari Anis lagi..”

“Mana cincin nikah kita?” Dia berterus terang.

Benarlah telahan Anis Adelia.

“Hilang ke?” Soal Aniq Ehsan lagi apabila isterinya membisu.

“Taklah..” Pendek jawapan yang diberikan,membuatkan sang suami tidak berpuas hati.

“Habis tu?”

Lama Aniq Ehsan menantikan jawapan dibibir itu,namun...

“Langsung tak ada nilai ke untuk Anis??” Soalnya terus-terusan.Mendesak Anis Adelia menjawab juga pertanyaannya.

“Awak rasa macam tu ke??” Soal Anis Adelia serius.

“Perlu ke Anis tanya abang sedangkan jawapannya hanya Anis yang tahu?!”

“Awak tahukan saya tak suka dengan barang kemas?” Jawabnya pula dengan rasa tidak senang.

“Rantai?”

Aniq Ehsan pula terus menduga.Pandangannya turut terarah kesitu..

Anis Adelia memandang kearah rantai yang dimaksudkan,sejak kali pertama dia mengalungkan rantai ini dilehernya 7 tahun yang lalu belum pernah walaupun sekali dia menanggalkannya.

“Seseorang yang istimewa berikan pada Anis sampai jauh lebih penting daripada Anis biarkan sahaja cincin nikah kita tersarung di jari manis nie?” Silih berganti wajah isteri dan jari manis wanita itu yang sedang dipegangnya ditatap.

Berkerut dahi Anis Adelia mendengar tuduhan itu..

Jadi selama nie.. Aniq Ehsan mempunyai persepsi lain terhadap rantai ini?

“Apa pulak..rantai nie saya dah pakai sebelum kita bernikah lagi kan? Awak sendiri perasankan??”

Anis Adelia menegur,tidak suka dengan cara Aniq Ehsan berfikir tentangnya.

“Sebab tu abang tertanya-tanya..”

Ya Allah,kenapa pulak suami aku nie?

“Itulah..saya tak cakap apa-apa lagi awak dah tuduh saya macam-macam.” Anis Adelia menyindir.

Sebelum hal remeh temeh sebegini menjadi topik hangat mereka,lebih baik dia memberikan jawapan kepada semua soalan lelaki itu.

Separuh lagi rantai lehernya yang sentiasa berada didalam bajunya dikeluarkan.

“Awak..” Anis Adelia menghentikan seketika kata-katanya.Wajah Aniq Ehsan ditatap seketika sebelum dia meneruskan semula apa yang ingin diperkatakannya.

“Saya sayang rantai nie sebab ini barang pertama yang saya beli masa gaji pertama saya dulu.Lagi pun,siapalah yang baik hati sangat nak bagi saya rantai emas.Saya pun bukanlah perempuan sebertuah itu.” Anis Adelia memulakannya dengan bunga-bunga kata.Wajah tegang itu juga mula kendur sikit demi sedikit.

“Okey sayang.Pasal cincin nie..tak mengapalah.Mungkin takda rezeki.Balik Malaysia nanti abang jumpa pereka tu semula.Abang minta dia design balik cincin yang sama dengan yang abang berikan Anis dulu.Abang harap kali ini cincin tu Anis hanya akan tanggalkan bila abang dah tiada kat atas muka bumi nie nanti.”

Kesitu pula dia.

Aniq Ehsan masih tak perasan,sedangkan sudah terang lagi bersuluh cincin yang dimaksudkannya tadi sudah pun berada didepan matanya semula.

“Saya tak pernah hilangkan pemberian orang,inikan pula cincin nikah kita.InsyaAllah saya akan jaga baik-baik.” Bebel Anis Adelia malas.

Baru Aniq Ehsan tersedar.Pandangannya tertancap tepat kearah cincin yang berada dirantai leher isterinya.

Terkejut barangkali melihatkan barang yang disangkanya hilang itu berada didepan mata.

“Cincin tu ada saja kat sini...Maaf,sejak mengandung dulu kulit tangan nie jadi alah sikit,gatal sampai luka-luka..sebab tu saya jadikan buah rantai saja.”

Diam pulak!? Desis hati kecil Anis Adelia.

Tulah..serkap jarang lagi!

“Kalau nak saya pakai semula,awak pakaikanlah..”

“Nah!”

Anis Adelia menghulurkan cincin yang baru dikeluarkannya daripada rantai tadi kepada Aniq Ehsan.

Seperti yang dikatakannya tadi,ketika mengandungkan Ariq Ehsan,cincin ini terpaksa ditanggalkannya.Bermakna? Sudah setahun lebih cincin ini tidak pernah dipakainya.

“Dah alang-alang awak ada nie.Sarungkanlah..manalah tahu,dengan rahmat dan kasih sayang NYA,DIA jadikan sentuhan awak,penawar alahan saya...?”

Tiada kata-kata sinis mahupun sindiran lagi sebagai balasan kepada kata-kata tuduhan suaminya tadi,sebaliknya Anis Adelia ‘memujuk’ pula.

“Tak payah pakailah sayang..”

Beria Aniq Ehsan membelek jari-jemarinya tadi..Tiba-tiba? Keputusan itu pula diberikan.

“Kenapa?”

“Gatal-gatal nanti?” Ujarnya dengan sedikit rasa bersalah.

Risau juga rupanya?!

Tersenyum pula Anis Adelia mendengarnya.

“Gatal,saya tanggal balik..” Balas Anis Adelia pula.Memang itulah yang akan dilakukannya jika alahannya masih tidak hilang.

Lama pula Aniq Ehsan melihat jari manis isterinya ini.

“Encik Aniq,dah lenguh jari-jari saya nie.Awak tenung lama-lama tu kenapa lagi? Sarungkan jer..kan saya dah cakap,kalau gatal nanti.Saya tanggal balik,takkanlah saya nak memudaratkan diri saya sendiri?!”

Jawapannya tidak diterima Aniq Ehsan.

“Tak kisahlah kat mana pun cincin nie diletakkan yang penting masih ada pada saya kan?” Tokok Anis Adelia lagi.

“Abang bukannya apa sayang,bila cincin tu tersemat kat jari nie.Orang tahu...perempuan kat depan abang nie dah ada yang punya.Sekalipun abang tak ada dengan sayang,cincin nie dah jelas sebagai jawapan.”

Pulak!

Jadi...?! Inilah sebabnya?!

Kes cemburulah nie..!

Ish!

Tak selesai lagi rupanya.

“Tak perlu cincin awak...tu...”

Anis Adelia mengalihkan pandangannya kearah seraut wajah kecil yang sedang terlena itu.

“Hero awak ni lebih daripada jelas untuk beritahu semua yang saya nie memang milik awak..”

Itulah hakikatnya!

“Itu kata sayang tapi masih ada hamba Allah tu yang macam tak faham jer...”

Dia mula balik!

“Awak..please lah..Kan saya dah cakap,saya dengan Fitri tak ada apa-apa.Nothing special...Hubungan kami macam kawan-kawan yang lain..”

“Serius! Abang tak suka cara dia pandang Anis. Hanya abang yang ada hak eksklusif itu untuk Anis,bukan mana-mana lelaki lain jauh sekali,dia.”

Aniq Ehsan menegaskan!

Dia mudah tolak ansur dalam perkara lain,tapi!

Dalam hal seperti ini?!

Tidak sama sekali.

“Awak nampak saya buat perkara yang sama ke pada dia?” Masih jawapan yang sama diberikannya kepada soalan sama yang diutarakan suaminya semalam.

“Tak ? kan??! Jadi awak nak takut apa? Kalau betul saya pun sukakan dia,saya tak perlu tunggu awak muncul untuk balas cinta dia,Niq.”

“Seriuslah awak,saya tak suka kita jadikan dia sebagai topik utama perbualan kita.Dia bukannya sesiapa kita sampai kita perlu bertelagah kerananya.” Giliran Anis Adelia membantah untuk.

Habis sahaja Anis Adelia berkata begitu,cincin yang telah sekian lama ditanggalkannya kembali tersarung dijari manisnya.

Cincin nikah mereka!

Disarungkan kembali oleh Aniq Ehsan sendiri!

Allah! Hilang rasa tidak puas hati Anis Adelia kepada lelaki ini sebaliknya pula yang dia rasai.

Macam majlis batalkan air sembahyang pulak dah?!

Hah!

Serentak dengan itu juga,Aniq Ehsan menjatuhkan bibirnya lama dijari manis itu sebelum mengucapkan sesuatu.

“Abang dah janji dengan Auni nak telefon dia.Dia nak cakap dengan Anis..dan abang harap,kita dah boleh kenalkan Ariq pada mak usu,pak ngah,mak lang dan mak uda dia.Biar semua tahu! Abang dah ada anak.”

Anis Adelia sudah menatap kembali sepasang mata itu.

Sudah lama Anis Adelia memikirkan semua nie..sebelum Aniq Ehsan menemui mereka lagi kerana sebelum itu Aniq Ehsan juga turut tersenarai diantara mereka.

Dia sedar dan dia tahu..anak mereka perlu kenal semua ahli keluarganya kerana dalam kamus hidupnya bukan hanya ada ummi tapi juga abah,tokwan,mak tok..ibu serta bapa saudaranya yang lain..

“Sayang?” Mengelamun lagi?

Kesenyapan Anis Adelia menganggu ketenteraman Aniq Ehsan.

“Dah tak ada apa yang perlu saya sembunyikan daripada pengetahuan sesiapa.Ikut awaklah.Saya dah bersedia.”  Ucap Anis Adelia tenang,matanya masih dipakukan pada cincin yang kembali tersarung dijarinya.

Sesungguhnya dia tidak mempunyai alasan lagi untuk menyembunyikan Ariq Ehsan daripada pengetahuan mereka semua.

Alasannya menyembunyikan kewujudan Ariq Ehsan selama ini pun adalah hanya kerana abahnya...

Tapi sekarang?!

 

Alhamdulillah....

Aniq Ehsan lebih gembira mendengar jawapan isterinya.Sekali lagi bibirnya dijatuhkan ke jari jemari itu.

................................................(  _________  ) ............................

 

 

7 comments:

  1. Best....x hbis lg cemburu en.aniq??cemburu tanda syg....tp jgn cemburu buta lak ye en.aniq....

    ReplyDelete
  2. Wahhh .. harap mama ariq dapat terima balik papa ariq. dapat lah ariq adik baru nanti. hihihi

    ReplyDelete
  3. Awww sho shweeeetbhihi

    ReplyDelete
  4. Good job writer.. Mmg terasa berbaloi menunggu berbulan2. Hasilnya mmg awesome.. X sabar nk tnggu novelnya.. Anyway ada any update about novel salahkah aku.. Mencintaimu (?)

    ReplyDelete
  5. makin menarik dan x rugi menanti.. tahniah

    ReplyDelete